13
PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH (KBAT) BM KERTAS 1 JOHOR BAHRU 2015 BAHASA MALAYSIA TAHUN 6 KERTAS 1 ( PEMAHAMAN) MASA : 50 MINIT NAMA MURID :………………………………………………………….……………………..…. KELAS : …………………….. Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. Soalan 1 hingga Soalan 20 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan Gambar 1 Gambar 1 1 Adrian tidak dapat memberikan _______________ pada pengajaran guru kerana dia berkhayal. A tumpuan B pemusatan C penilaian D keputusan Gambar 2 2. Encik Sani sedang membaca surat yang dikirimkan __________ cucunya. A oleh B pada 1 KNT KS KATA KUNCI MEMANDU ARAH PILIHAN JAWAPAN KENAL PASTI ASPEK/ TOPIK SOALAN

Bahan Bm(Kertas 1)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BAHAN BM

Citation preview

Page 1: Bahan Bm(Kertas 1)

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH (KBAT)

BM KERTAS 1 JOHOR BAHRU 2015

BAHASA MALAYSIA TAHUN 6KERTAS 1 ( PEMAHAMAN)

MASA : 50 MINIT

NAMA MURID :………………………………………………………….……………………..…. KELAS : ……………………..

Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan.

Soalan 1 hingga Soalan 20Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

Soalan 1 berdasarkan Gambar 1

Gambar 11 Adrian tidak dapat memberikan _______________ pada pengajaran guru kerana dia

berkhayal.

A tumpuanB pemusatanC penilaianD keputusan

Gambar 22. Encik Sani sedang membaca surat yang dikirimkan __________ cucunya.

A olehB padaC kepadaD daripada

3. Mereka menggelap kaca tingkap ________________ berbual-bual.

A sambilB laluC dan

1

KNT

KS

KH

KATA KUNCI MEMANDU

ARAH PILIHAN JAWAPAN

KENALPASTI ASPEK/ TOPIK SOALAN

Page 2: Bahan Bm(Kertas 1)

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH (KBAT)

BM KERTAS 1 JOHOR BAHRU 2015

4. “Andainya kalian malas belajar, ______________ kalian akan menyesal nanti,” kata nenek kepada cucu-cucunya.

A danB laluC nescayaD kecuali

5. Kakak tersentak __________ ibu mengetuk pintu biliknya.

A apabilaB sebelumC bahawaD jika

Soalan 6 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3

6. Harga se_________ sayur bayam itu ialah RM1.00.

A bijiB ikatC batangD gugus

Soalan 7 berdasarkan Gambar 4

Gambar 47. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah ____________ bangunan baru itu.

A merasmikanB membubarkanC menubuhkanD memasuhkan

2

KH

KH

PB

KK

SEMAK DENGAN MENGGANTIKAN JAWAPAN DALAM

AYAT

LABELKAN GAMBAR /

DISKRIPSI VISUAL

Page 3: Bahan Bm(Kertas 1)

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH (KBAT)

BM KERTAS 1 JOHOR BAHRU 2015

Soalan 8 berdasarkan Gambar 5

Gambar 58. Budak lelaki itu jatuh _________________ apabila dia terpijak kulit pisang.

A terdudukB terbaringC terjelepok - terjelepok jatuh terduduk.D terperosok - termasuk atau terbenam ke dalam lubang

9. “Jangan bermain di ________ parit itu. Airnya dalam,” pesan ibu kepada Azwan.

A tengahB luarC tepiD dalam

10. “Apa_________ dayaku yang lemah ini untuk melawannya,” keluh lelaki itu.

A -lahB punC juga

11. Zarina dihormati oleh rakan-rakannya. _________, dia ketua pengawas yang berdedikasi.

A Dengan ituB Lebih-lebih lagiC Oleh hal yang demikianD Di samping itu

12. Ayah Zakuan menyambungkan ________________ pada paip air untuk memudahkan pembasuhan.

A batang paipB getah paipC baldi air

13. Tauke kedai komputer itu memberikan penerangan _________________cara-cara

3

Rujuk Kamus Dewan dan tulis makna

perkataan di sebelah kanan.

Page 4: Bahan Bm(Kertas 1)

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH (KBAT)

BM KERTAS 1 JOHOR BAHRU 2015

memasang meja komputer itu kepada Puan Faridah.A seperti B dengan C tentangD daripada

14. Daiman berkecil hati apabila rakan-rakannya __________________ adiknya.

A menyebutB menyinggungC menyindir

15. Dia bergelar ___________________ sejak memenangi hadiah wang tunai RM1 juta.

A hartawan B jutawanC senimanD budayawan

Soalan 16 berdasarkan Gambar 6

Gambar 616. _______________ disenangi oleh sekalian rakyat jelata.

A DiaB TuankuC BagindaD Beliau

Soalan 17 berdasarkan Gambar 7

Gambar 717. Aini membantu ________________ wanita buta itu melintas jalan.

A menarik B menuntun C mengheretD memegang

4

Page 5: Bahan Bm(Kertas 1)

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH (KBAT)

BM KERTAS 1 JOHOR BAHRU 2015

18. __________________sudah banyak kali dimarahi oleh ibunya, _______________ sikapnya itu tetap tidak berubah.

A Kendatipun...walhalB Walaupun...padahalC Sungguhpun...namunD Walau bagaimanapun...malahan

19. Dia ___________________ gambar berukuran pasport bersama-sama dengan borang pendaftaran.

A disertaiB menyertaiC penyertaanD menyertakan

Soalan 20 berdasarkan Gambar 8

Gambar 820. _________________, rajinnya Nabil membantu ayahnya mencuci kereta!

A AduhaiB EhC HaiD Amboi

Soalan 21 dan Soalan 22Pilih ayat yang betul.

21. A Eh, sombongnya setiausaha baru Encik Fizo!B Oh, rupa-rupanya kamulah yang menconteng buku saya!C “Wah, bila kamu pulang dari Sabah!” tanya Mak Salmah kepada Kamala.D Nah, comelnya anak saudara kamu, Nurhaliza!

22. A Terdapat banyak pokok-pokok kelapa di situ.B Di bahu jalan kelihatan lebih indah.C Dia tidak suka akan sup cendawan.

5

Page 6: Bahan Bm(Kertas 1)

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH (KBAT)

BM KERTAS 1 JOHOR BAHRU 2015

Soalan 23 berdasarkan Gambar 9

Gambar 9

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas.

23. A Sejak belajar di sekolah rendah lagi saya minat memasak.B Penglibatan saya dalam bidang masakan bermula sejak lima tahun yang lalu.C Tidak lama lagi akan bersaralah saya daripada bidang masakan.D Sepanjang yang saya ingat, sudah enam tahun saya bergiat dalam bidang masakan.

24. Alam sekitar yang dipelihara dapat menjamin persekitaran dan udara yang bersih.Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di atas.

A Apakah kebaikan alam sekitar kepada kita?B Mengapakah alam sekitar perlu dipelihara?C Bagaimanakah alam sekitar dapat dipelihara?D Bilakah alam sekitar perlu dipelihara?

Soalan 25 dan Soalan 26Pilih ayat yang sama maksudnya dengan ayat yang diberikan.

25. Salman gembira mengikut Rahim pulang ke kampungnya kerana dia berpeluang merasai cara kehidupan kaum nelayan.

A Cara kehidupan kaum nelayan membuatkan Salman dan Rahim gembira berada di kampungnya.

B Salman gembira kerana berpeluang merasai cara hidup nelayan apabila mengikut Rahim pulang ke kampungnya.

C Salman gembira melihat kehidupan kaum nelayan di kampung Rahim.D Kaum nelayan berasa gembira mengikut Salman dan Rahim pulang ke

kampungnya.

26. Kami tidak kering gusi mendengar ceritanya yang lucu itu.

A Gusi kami sentiasa kering kerana geli hati mendengar ceritanya itu.B Ceritanya yang lucu itu benar-benar mencuit hati kami.C Kami tidak henti-henti tertawa mendengar ceritanya yang lucu itu.D Ceritanya yang lucu itu menyebabkan kami tertawa sepanjang masa.

6

Sudah berapa lamakah saudari bergiat dalam bidang masakan?

JKSK

Page 7: Bahan Bm(Kertas 1)

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH (KBAT)

BM KERTAS 1 JOHOR BAHRU 2015

Soalan 27 dan Soalan 28Pilih ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris dengan betul.

27. I “Cerah betul cuaca pada hari ini,” kata Neena.II Pemain yang berusia 19 tahun itu mempunyai masa depan yang cerah dalam

sukan boling.III Kulit Fasha Sanda lebih cerah daripada kulit kakaknya.IV Air tasik itu kelihatan tenang dan cerah.

A II dan III B I, II, dan III C II, III, dan IV D I, II, III, dan IV

28. I Ayuni tidak pernah bercakap kasar dengan ibu bapanya.II Pendapatan kasar Encik Jamal ialah RM1500 sebulan.III Warganegara asing itu bekerja sebagai buruh kasar.IV Hasil kerja tangannya agak kasar.A I, II, dan III C II, III, dan IV B I, III, dan IV D I, II, III, dan IV

29. Adik mendesak supaya ayah membelikannya kereta mainan itu.Kata seerti bagi mendesak ialah…

A mengugut.B menggesa.C menghasut.D menuntut.

30. Selepas menggulung sejadah, ibu bergegas ke dapur untuk menyediakan sarapan.Kata berlawan bagi menggulung ialah...

A membuka.B menghamparkan.C merungkai.

Soalan 31 hingga Soalan 35Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Mei Ling masih ingat lagi peristiwa yang berlaku tatkala menjelangnya Tahun Baru Cina yang lalu. Ketika itulah mamanya dirawat di hospital kerana menjalani pembedahan apendiks. Pada Tahun Baru Cina kali ini, mamanya sudah sihat. Mei Ling sangat gembira.

“Mama, tahun ini rasa-rasanya tiada orang datang menginap di rumah penginapan kita. Selalunya pada Tahun Baru Cina, banyak pelanggan yang mahu menginap di sini dan kita sibuk sekali. Kali ini kita berehat saja,” kata Mei Ling.

“Ya, cadangan itu bagus juga. Kita berehat sekali-sekala. Kita tidak perlu susah-susah memasak. Kita makan di luar saja! Malam tahun baru, kita ke tokong. Siang harinya kita berehat,” kata Puan Siew. Mei Ling tersenyum gembira.

7

Page 8: Bahan Bm(Kertas 1)

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH (KBAT)

BM KERTAS 1 JOHOR BAHRU 2015

Sejak papa Mei Ling meninggal dunia, mamanyalah yang bertungkus-lumus mengurus rumah penginapan milik papanya itu. Pelanggan datang dari jauh dan dekat. Setiap tahun mamanya sibuk dan pada tahun ini, Mei Ling mahu supaya mamanya berehat.

Namun, harapan Mei Ling tidak tercapai. Ketika mereka pulang dari makan malam pada malam tahun baru, ada orang yang sudah menunggu di rumah mereka. Ada dua orang bapa, dua orang ibu, dan lima orang anak kecil. Pada pandangan Puan Siew, mereka dalam kesusahan.

Mama tersenyum kepada Mei Ling. Fahamlah Mei Ling bahawa rancangan mereka pada Tahun Baru kali ini terbantut. Mei Ling muram.

“Bersabarlah, Mei Ling. Tuhan tahu apa-apa yang terbaik untuk kita. Kita bersyukur kerana diberi kesempatan untuk menolong orang. Mama berharap agar kamu tidak kecewa,” Mei Ling tunduk membisu.

31. Apakah cadangan Mei Ling kepada ibunya pada Tahun Baru Cina kali ini?A makan di luarB tidak memasak sebarang jamuanC tidak membuka rumah penginapanD pergi ke tokong

32. Mei Ling berasa kecewa kerana...A dia dan ibunya dikunjungi oleh orang yang tidak dikenali. B harapannya agar tiada pelanggan mendatangi rumah penginapan mereka tidak

kesampaian.C ibunya masih belum sembuh daripada penyakit apendiks.D dia berasa letih melayan pelanggan ibunya.

33. Mengapakah Puan Siew masih mahu menerima tetamu meskipun dia bercadang untuk tidak berbuat demikian pada awalnya?A kerana dia lebih suka bekerja daripada berehatB kerana dia hanya mementingkan wang daripada rehatC kerana dia kasihan melihat tetamunya yang memerlukan penginapanD kerana dia tidak mahu disalah anggap oleh Mei Ling

34. Nilai murni yang berikut dapat diperoleh daripada petikan ini, kecuali...A kasih sayang.B hormat-menghormati.C tidak mementingkan diri sendiri.D setia kawan.

35. Maksud rangkai kata tunduk membisu ialah...A berfikir sesuatu.B tidak dapat bercakap.C berpuas hatiD tidak berkata-kata

8

Page 9: Bahan Bm(Kertas 1)

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH (KBAT)

BM KERTAS 1 JOHOR BAHRU 2015

Soalan 36 hingga Soalan 40Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

No. 2, Livingstone Tower,26 Richmond street,Glangow Gl 1XH,Scotland.

10 Mac 2014.

     Ke pangkuan ayahanda, bonda dan seluruh keluarga yang kini berada di Kota Bharu dengan selamatnya.

Ayahanda,     Apa khabar ayahanda sekeluarga? Anakanda di sini sihat selalu dan berharap agar ayahanda dan keluarga juga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Anakanda berada di sini hampir tiga tahun, meninggalkan kampung halaman dan keluarga. Bagaimanapun anakanda tidak lupa akan nasihat ayahanda. Untuk pengetahuan ayahanda dan keluarga, anakanda telah berjaya mengharungi liku-liku hidup di sini. Anakanda telah menceburkan diri dalam perniagaan dengan membuka sebuah restoran yang bercirikan masakan Malaysia. 'Restoran Selera Malaysia' begitulah nama restoran kebanggaan anakanda malah kebanggaan seluruh rakyat Malaysia yang tinggal di Scotland.

      Bukan sahaja  Restoran Selera Malaysia dikerumuni oleh orang Malaysia malah setiap individu yang berasal dari Asia Tenggara. Kini orang-orang Scotland sudah mula datang untuk menjamu selera di restoran anakanda. 

       Anakanda mengambil seorang tukang masak tetap yang berasal dari negara jiran Ahmad Husin Pattani. Beliau sangat mahir dalam masakan. Pelbagai resipi yang diperkenalkannya. Apa sahaja masakan yang popular di Malaysia itulah yang disediakannya.

     Menurut mereka, makanan yang ada di restoran anakanda ini dapat mengubat kerinduan akan keluarga dan negara tumpah darah mereka. Begitu juga anakanda, dapat melihat dan bercakap dengan mereka bagi menghilangkan rasa rindu kepada keluarga.

     Itulah sahaja secoret kisah daripada anakanda. Insya-Allah sebulan dua lagi anakanda akan pulang ke tanah air untuk menjenguk keluarga tersayang.

Wassalam.Anakandamu,

36    Mengapakah Hafiz berada di perantauan? A Melanjutkan pelajaranB Suka hidup di perantauanC Berkahwin dengan orang ScotlandD Ingin mencuba nasib di tempat orang

9

P3

P4

P5

P7

P6

P8

P1

P2

P9

membuka perniagaan

P4

Page 10: Bahan Bm(Kertas 1)

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH (KBAT)

BM KERTAS 1 JOHOR BAHRU 2015

37    Apakah yang menyebabkan Hafiz berjaya mengharungi liku-liku hidup  di sana? A Dapat mencipta namaB Hidupnya sangat susahC Berjaya mengatasi dugaanD Jalan yang bengkang-bengkok

38    Ahmad Husin Pattani berasal dari

A Filipina.B Vietnam.C Thailand.D Myanmar.

39    Apakah kata pelanggan apabila berada di restorannya?

A Harga makanannya murahB Masakannya sangat sedapC Makanannya sangat berkualitiD Dapat mengubat rasa rindu akan kampung halaman

40    Maksud "tumpah darah" dalam petikan di atas ialah ...

A di perantauan.B berlaku peperangan.C tempat seseorang itu dilahirkan.D tempat yang selalu berlaku kemalangan.

KERTAS SOALAN TAMAT

DISEDIAKAN OLEH :PN.ZAHARIMAH SUBAINI (GURU CEMERLANG BM DG44 /SISC+BM PPDJB)

10

P4

P6

P7

P7