BIMBINGAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BIMBINGAN

Citation preview

PENGENALAN

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B & K) sekolah memainkan peranan pending dalam agenda pendidikan negara terutamanya bagi mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyambut cabaran Wawasan 2020. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu mempunyai pengurusan yang mantap dan sistematik dalam usaha mencapai hasrat memberikan perkhidmatan yang terbaik. Bagaimanapun, banyak kajian yang menunjukkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah perlu melakukan perubahan dalam usaha manusia mencari jalan keluar agar individu menemui kesejahteraan dan menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar. Pengurusan bimbingan dan kaunseling sekolah yang mantap penting dalam memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang terbaik kepada pelajar, sekolah dan masyarakat.

1.1 PENGERTIAN BIMBINGAN

1.1.1 Maksud Bimbingan

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997:159), bimbingan merupakan perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Ahli-ahli psikologi mengemukakan pelbagai takrifan terhadap bimbingan dan kaunseling mengikut falsafah dan aliran pemahaman masing-masing.

Othman Mohamed (2000) juga mendefinisikan bimbingan sebagai sebahagian daripada proses menolong. Proses ini meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara teratur dan tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai untuk menentukan pencapaian matlamat oleh orang yang menerima. Biasanya ia merujuk kepada menentukan kebajikan dan perkembangan dirinya.

Takrifan bimbingan ini merujuk kepada pendapat Crow dan Crow (1960Bantuan yang diberikan oleh seseorang sama ada lelaki atau perempuan yang memiliki peribadi dan pendidikan yang memadai kepada seseorang individu setiap peringkat usia untuk menolongnya mengarahkan kegiatan hidupnya sendiri; membuat pilihan hidupnya sendiri dan menanggung akibatnya sendiri.).

Manakala menurut Shertzer dan Stone (1971), menyatakan bimbingan merupakan proses menolong individu memahami diri sendiri serta alam sekelilingnya. Proses ini sentiasa berterusan dan memerlukan jangka masa yang lama untuk melihat hasilnya.

Huraian secara terperinci mengenai takrifan ini diperjelaskan oleh Tang Chee Yee(1991:1). Maksud menolong bermakna bantu, assisting dan availing seseorang individu dalam menyelesaikan hal yang berkaitan dengan perkembangan dan kepuasan kehidupan peribadi dan sosial. Perkataan memahami diri pula ialah bagaimana seseorang individu itu memahami identiti diri, kelebihan dan kekurangan yang dimiliki.Seterusnya alam sekeliling pula ialah merujuk kepada keadaan yang berlaku di sekitarnya dan peluang-peluang yang harus direbut.

1.1.2 Prinsip-prinsip bimbingan

Antara prinsip bimbingan ialah:

Bimbingan adalah untuk semua murid, untuk perkembangan diri mereka. Fokus utama bimbingan ialah pencegahan masalah sementara ia masih boleh dikawal. Ia mesti dilakukan secara kolaboratif dengan kakitangan lain di sekolah. Murid-murid perlu menyertai bimbingan secara sukarela. Guru bimbingan perlu bertingkah laku prosesional untuk mengelakkan perhubungan tidah sihat. Perkhidmatan bimbingan merupakan tanggungjawab secara kolektif di antara guru, murid, guru pmbimbing dan sekolah, rakan sebaya dan ibubapa yang berkenaan.

1.1.3 Pendekatan Bimbingan

1. Perkembangan Pencegahan Pemulihan Krisis2. Guru Bimbingan dan Kaunseling (B & K) Guru yang dilantik sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti-aktiviti kaunseling. Guru ini tidak digelar kaunselor

1.2 PENGERTIAN KAUNSELING

1.2.1 Maksud Kaunseling

Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling.

Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.

Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu fokus mencapai matlamat yang mereka tentukan sendiri melalui pemilihan-pemilihan yang bermakna, dan melalui penyelesaian masalah yang berbentuk emosional atau antara individu.

Krumboltz (George & Kristianni, 1990), pula mengatakan kaunseling merangkumi aktiviti-aktiviti yang beretika yang dilakukan oleh kaunseling dalam usaha membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkahlaku yang akan menghasilkan penyelesian kepada masalah klien.

Untuk pemahaman dengan lebih jelas lagi tentang definisi kunseling, dipetik tiga definisi yang telah dibuat oleh tiga tokoh iaitu Blocher (1974); Corey (1977) dan James (1982). Blocher (1974) mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses untuk menolong individu supaya ia menjadi lebih sedar tentang dirinya dan bagaimana ia dapat bertindak balas dalam alam persekitarannya. Corey (1977) sepertimana dengan Blocher menekankan tentang proses di mana seorang klien diberi peluang untuk menerokai aspek diri dan kehidupannya yang menimbulakn masalah pada dirinya. Akhir sekali James (1982) pula mendefinasikan kaunseling sebagai suatu proses pembelajaran yang lebih menekankan kepada proses membantu individu untuk mencapai kehendaknya, membimbing dan menilai potensi yang ada pada diri individu.

Oleh itu, kaunseling adalah proses pertolongan yang profesional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya.

1.2.2 Ciri Ciri Kauseling

1. Kaunseling adalah hubungan profesional2. Dikendalikan oleh individu yang terlatih (kaunselor).3. Kaunseling mempunyai matlamat tersendiri.4. Kaunseling adalah satu proses.5. Dijalankan dalam bentuk individu atau kelompok.

1.2.3 Personaliti Kaunselor

1. MesraSifat mesra kaunselor akan dirasakan oleh klien apabila klien menunjukkan tanda-tanda berikut iaitu,tidak kekok bercaap, relax, selesa dan 'rasa'diterima oleh kaunselor.

2. JujurKaunselor yang jujur adalah kaunselor yang tidak berpura-pura dalam perhubungannya dengan klien. Dia bersifat natural, terbuka, spontan, tidak defensif dan konsisten. Dia mampu berkongsi aksi dan reaksi dari segi mental dan emosi dan tidak teragak-agak untuk memberi maklum balas.

3. Menerima tanpa syaratCiri-ciri ini menunjukkan bahawa kaunselor perlu menerima diri klien yang sebenarnya. Kaunselor perlu melayan klien sebagai manusia yang bermaruah dan unik walaupun klien datang dengan cerita yang mengelakkan diri daripada pandangan yang negatif atau serong terhadap kliennya.

4. BerempatiIni merujuk kepada kebolehan kaunselor untuk memasuki ruang rujuk atau dunia klien dan membenarkan dirinya mengalami proses mental dan emosi yang dialami oleh klien sambil memahami dan menghayati pengertian daripada proses ini.

1.2.4 Ciri-Ciri Kaunselor

1. Mesra2. Senang didampingi3. Bersikap terbuka (tidak berpura-pura).4. Ikhlas untuk menolong.5. Sedar tentang nilai dan kepercayaan dirinya6. Bersedia mengambil risiko7. Berupaya menjalinkan hubungan baik.8. Bertanggung jawab atas tindakan yang diambil.9. Mudah berjenaka.10. Pandai berkomunikasi.11. Berpengetahuan.12. Mempunyai nilai etika dan moral yang tinggi.13. Boleh dipercayai.14. Ada kekuatan mental.15. Bertenaga dan tinggi motivasi.

1.2 5Model Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Perkhidmatan lebih bersifat menyeluruh iaitu memberi khidmat yang ditujukan seboleh-bolehnya kepada semua kelompok sasaran, di mana perlu khidmat rujukan kepakaran juga boleh diberikan. Perkhidmatan lebih bersifat perkembangan, pencegahan dan pemulihan yang boleh disokong melalui aktiviti pengayaan dan pengukuhan. Perkhidmatan yang bersifat lebih terbuka. Perkhidmatan bersifat bersepadu dan pelbagai disiplin. Perkhidmatan bersifat pelbagai modaliti.

1.2.6 Perbezaan Bimbingan Dan Kaunseling

BIMBINGANKAUNSELING

Semua orang boleh memberi bimbingan. Dalam bimbingan ada kaunseling. Bimbingan untuk semua. Berlaku di mana-mana sahaja.

Aplikasi teori dan pengetahuan. Ada bilik khas. Pertemuan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien. Kaunselor yang bertauliah/lesen/menghadiri kursus bimbingan dan kaunseling. Garis panduan kod etika bimbingan dan kaunseling

1.3 PERKEMBANGAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH

1.3.1 Objektif

Objektif utama wujudnya perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah adalah diantaranya bertujuan untuk :i. Beri perkhidmatan membaikkan, memulihkan atau mengorentasikan pelajar yang menghadapi masalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial agar mampu menghadapi atau mengatasi masalahnya.ii. Beri perkhidmatan kaunseling kepada pelajar yang memerlukan iii. Beri perkhidmatan pencegahan ( untuk mengelakkan pelajar dari terlibat dalam perbuatan salah laku, tidak berdisiplin)

1.3.2 Proses Kaunseling Di Sekolah

Terbahagi kepada tiga fasa :FASAPROSESTINDAKAN

Fasa pertama Sebelum proses kaunseling( Peringkat Pra Persediaan )Mengkaji latar belakang klien. Segala maklumat peribadi klien perlu di kumpul secara teratur dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memahami persoalan sebenar kliennya. Di tahap ini, kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan dan seterusnya memberikan pertolongan.

Fasa kedua Semasa Proses Kaunseling(Peringkat penyediaan, kemasukan , penetapan / penjelasan, penstrukturan , perhubungan , penerokaan, pengukuhan, dan perancangan )i. Peringkat penyediaan dan kemasukan Temubual secara minima antara kaunselor dengan klien.ii. Peringkat Penetapan / Penjelasan Kaunselor mendapatkan gambaran yang jelas tentang permasalahan yang di hadapi oleh klien.iii. Peringkat Penstrukturan Kaunselor menilai diri sendiri sama ada mampu untuk menyelesaikan masalah klien atau tidak.iv. Peringkat Perhubungan Membina hubungan antara kaunselor dan juga klien.

Fasa ketiga Selepas Proses Kaunseling ( Peringkat Penamatan ) Penetapan keputusan.

1.3.3 Fokus Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling

Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus kepada program dan aktiviti seperti berikut:

Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid. Peningkatan disiplin diri murid. Pendidikan kerjaya murid. Psikososial dan kesejahteraan mental murid.

a) FOKUS 1 : Pembangunan Dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid

Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti sendiri (character) murid daripada aspek berikut;

Sikap Penyayang (kepedulian) Budi bahasa Konsep sendiri Kepemimpinan Komunikasi Kekemasan diri Ketepata masa

b) FOKUS 2 : Peningkatan Disiplin Diri Murid

Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala disiplin dan anti sosial yang lain.

c) FOKUS 3 : Pendidikan Kerjaya Murid

Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid mengenai maklumat berkaitan pendidikan dan hala tuju kerjaya. Menerusi fokus ini, guru bimbingan dan kaunseling hendaklah;

i. Melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastika semua murid dapat mengeal pasti potensi diri , minat , sikap dan hala tuju kerjaya.ii. Menyediakan profil kerjaya setiap murid bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam pelan pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka.iii. Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada terus memasuki alam kejaya atau meneruskan penggajian ke institusi-intitusi pengajian tinggi awam atau swasta.

d) FOKUS 4 : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental Murid

Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru bimbingan dan kaunseling hendaklah; Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi. Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi. Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif.1.3.4 Kaedah Perlaksanaan

1. Pengurusan Profil Murid

Fokus ini adalah menyediakan pangkala profil muridyang bertujuan untuk membuat analisis terhadap sesuatu isu berkaitan murid. Dengan analisis ini, tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh dilakukan dengan lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru bimbingan dan kaunseling hendaklah;

Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin. Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah. Menyediakan profil kerjaya setiap murid. Menyediakan profil murid dari segi kesejahteraan mental/emosi.

Profil ini hendaklah mengandungi maklumat mengenai latar belakang murid , latar belakang ibu bapa/penjaga , latar belakang masalah ,kekerapan dan punca masalah dan status tindakan penyelesaian.2. PelaksanaanPendidikan pencegahan

Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri seperti kegiata seks bebeas , bahaya HIV , dadah , rokok termasuklah bahan inhalan.

Fokus ini juga memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar mengelakkan diri daripada terllibat dengan jenayah rogol danbunuh diri.

3. Bimbingan Ibu Bapa

Fokus ini adalah membimbing murid agar mereka mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di mana; Kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam persekolahan. Melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.4. Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Fokus ini adalah meningkatkan kemahiran menolong dan soft skills(kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah; Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi PRS. Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan Bantu Diri Untuk Orang Lain PRS sebagai role model kepada orang lain. Memberi galakan kepada rakan-rakan agar bersikap positif. Menjadi rakan yang peka kepada orang lain.

5. Murid Berkeperluan Khas

Fokus ini adalah memberi perkhidmatan kaunseling dan bimbingan khas kepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah. Fokus ini juga memberi penekanan dari segi kebajikan , kemudahan , soft skill dan hala tuju kerjaya murid berkeperluan khas. Membimbing merid normal yang lain untuk menerima , membantu dan sentiasa memberi pertolongan kepada murid-murid berkeperluan khas.

6. Penyampaian (outreach) Perkhidmatan

Membuat sebaran kepada murid berkaitan perkhidmatan yang boleh diberi oleh Guru B&K serta faedah yang diperoleh daripada perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Sebaran berkaitan peluang-peluang pendidikan dan kerjaya murid.

7. Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok

Perkidmatan kaunseling individu dan kaunseling kelompok adalah menjadi sasaran kerja utama guru bimbingan dan kaunseling. Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P&P).

KESIMPULAN

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah merupakan satu perkhidmatan yang amat penting dalam era negara menuju ke arah negara maju dan dalam mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan menyambut cabaran wawasan 2020. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah masih di tahap yang baru dan pelaksanaannya memerlukan kerjasama dari semua pihak. Dalam usaha meningkatkan tahap pengurusan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling sekolah, banyak usaha yang perlu dipertingkatkan. Selain daripada itu, semua pihak yang terlibat dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling juga perlu memberi kerjasama yang jitu dalam meningkatkan tahap perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

RUJUKAN

1. http://kaunselingssbj.blogspot.my/p/bimbingan-dan-kaunseling-apa-itu.html2. https://kaunseling.wordpress.com/2008/08/27/definisi-bimbingan-dan-kaunseling/3. http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2727/Pengurusan+Perkhidmatan+Bimbingan+dan+Kaunseling+Sekolah.pdf?sequence=1

1