22
1 UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Nama Penuh Penulis : OMAR NOR BIN ABU BAKAR Tarikh lahir : 13 JUN 1981 Tajuk : PERBANDINGAN TAHAP KEKUATAN MENTAL DI ANTARA ATLET LELAKI DAN ATLET PEREMPUAN DALAM ACARA SILAT OLAHRAGA SILAT SENI NEGERI JOHOR Sesi Akademik : SESI 2007/08 Saya mengaku bahawa tesis ini sulit seperti berikut: SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)* TIDAK TERHAD Saya setuju bahawa tesis saya dibuka kepada capaian tidak terhad (teks penuh) Saya membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi. ____________________________ TANDATANGAN Disahkan oleh : _______________________________ TANDATANGAN PENYELIA (810613-02-5011) Tarikh : 30 APRIL 2008 EN. SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI Tarikh : 30 APRIL 2008 / CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

  • Upload
    lyhanh

  • View
    243

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS Nama Penuh Penulis : OMAR NOR BIN ABU BAKAR

Tarikh lahir : 13 JUN 1981

Tajuk : PERBANDINGAN TAHAP KEKUATAN MENTAL DI ANTARA ATLET

LELAKI DAN ATLET PEREMPUAN DALAM ACARA SILAT OLAHRAGA

SILAT SENI NEGERI JOHOR

Sesi Akademik : SESI 2007/08 Saya mengaku bahawa tesis ini sulit seperti berikut: SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)*

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)*

TIDAK TERHAD

Saya setuju bahawa tesis saya dibuka kepada capaian tidak terhad (teks penuh)

Saya membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk

tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sabagai pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

____________________________

TANDATANGAN

Disahkan oleh :

_______________________________

TANDATANGAN PENYELIA

(810613-02-5011) Tarikh : 30 APRIL 2008

EN. SYAHRUL RIDHWAN MORAZUKI

Tarikh : 30 APRIL 2008

/

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

2

“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan IJAZAH SARJANA

MUDA SAINS SERTA PENDIDIKAN (SAINS SUKAN).”

Tandatangan : ……………………………….........................

Nama Penyelia : EN. SYAHRUL RIDHWAN BIN MORAZUKI

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

PERBANDINGAN TAHAP KEKUATAN MENTAL DI ANTARA ATLET LELAKI

DAN ATLET PEREMPUAN DALAM ACARA SILAT OLAHRAGA DAN SILAT

SENI NEGERI JOHOR

OMAR NOR BIN ABU BAKAR

Tesis ini di hantar untuk memenuhi kelayakan anugerah

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JUNE 2008

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

ii

“Saya akui tesis ini yang bertajuk PERBANDINGAN TAHAP KEKUATAN MENTAL DI

ANTARA ATLET LELAKI DAN ATLET PEREMPUAN DALAM ACARA SILAT SENI

DAN SILAT OLAHRAGA NEGERI JOHOR adalah merupakan hasil kerja yang

dilakukan oleh saya sendiri kecuali nukilan dan juga ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ……………………………………

Nama Penulis : OMAR NOR BIN ABU BAKAR

Tarikh : 30 APRIL 2008

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

iii

DEDIKASI

Kehadapan ibunda tercinta Habsah binti Shabudin dan ayahanda tersayang Abu

Bakar bin Dalim,

Kehadapan Penyelia yang dihormati En. Syahrul Ridhwan bin Morazuki,

Kehadapan rakan-rakan seperjuangan, para jurulatih dan para atlet yang diingati,

Terima Kasih kerana membantu dan menyokong saya.

Semoga kita dirahmati oleh Allah SWT

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

iv

PENGHARGAAN

BISMILLAAHIRRAHMANIRRAHIM

Alhamdulillaahirobbilaalamin..Segala puji bagi Allah, tuhan pentadbir sekelian alam

Bersyukur saya kehadrat Allah kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan laporan akhir Projek Sarjana Muda untuk Program Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan) yang bertajuk Perbandingan Tahap Kekuatan Mental Atlet Lelaki dan Atlet Perempuan Dalam Acara Silat Olahraga dan Silat Seni Negeri Johor.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada penyelia saya iaitu En. Syahrul Ridhwan bin Morazuki dan kedua ibu bapa yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan menyokong saya dalam menyempurnakan Projek Sarjana Muda.

Tidak dilupakan ucapan jutaan terima kasih kepada rakan seperjuangan, jurulatih-jurulatih silat dan atlet-atlet Pencak Silat Majlis Sukan Negeri Johor yang akan mewakili negeri Johor dalam Sukan Malaysia 2008 kerana banyak membantu dalam kesempurnaan kajian kekuatan mental yang telah dilaksanakan.

Sehubungan dengan itu, setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam kajian ini.

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

v

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan untuk membuat pembandingan tahap kekuatan mental

antara atlet lelaki dan perempuan dalam kategori silat olahraga dan silat seni untuk

Majlis Sukan Negeri Johor. Seramai 27 orang atlet (16 Lelaki, 11 Perempuan)

menjawab borang soal-selidik yang merangkumi 5 kriteria kekuatan mental iaitu

kebolehbalikkan, kebolehan terhadap penumpuan, keyakinan dan tahap motivasi.

Berdasarkan purata markah bagi semua subjek didapati tahap kekuatan mental atlet

lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat olahraga adalah rendah dan silat seni adalah

sederhana. Analisis ujian-t tidak bersandar menunjukkan tiada perbezaan yang

signifikan bagi tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan bagi

acara silat olahraga dan silat seni untuk semua kriteria kekuatan mental kecuali kriteria

motivasi bagi acara silat seni (p<0.05). Kesimpulannya, kajian ini mendapati atlet silat

olahraga dan silat seni mempunyai tahap kekuatan mental yang rendah.

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

vi

ABSTRACT

This study was carried out to compare the level of mental toughness between

male and female athletes of silat olahraga and silat seni for the Johor State Sports

Council. Twenty seven athletes (16 male, 11 female) answered the questionnaire which

consist of 5 main mental toughness criteria such as reboundability, pressure handling,

concentration, confidence and motivation level. Based on the average marks for all

subjects, it is obtained that the level of mental toughness of athletes from the silat

olahraga and silat seni is low. Independent t-test analysis revealed that there was no

significant difference for the level of mental toughness between male and female

athletes for both silat olahraga and silat seni in all criteria mental toughness criteria

except motivation criteria for silat seni. This study concludes that silat olahraga and silat

seni athletes have low mental toughness.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

1

DEKLARASI

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRACT

ABSTRAK

SENARAI KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI LAMPIRAN

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4Objektif Kajian

1.5 Hipotesis Kajian

1.6 Persoalan Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Skop Kajian

ii

iii

iv

v

vi

vii

ix

x

xi

1

5

6

7

8

8

9

9

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

viii

2

3

4

5

SOROTAN KAJIAN

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian

3.2 Subjek Kajian

3.3 Instrumen Kajian

3.3 Prosedur Pengumpulan Data

3.4 Analisis Data

ANALISIS KAJIAN

4.1 Analisis Deskriptif

4.1.1 Karakteristik Subjek Kajian

4.1.2 Analisis Kekuatan Mental

4.2 Analisis Inferensi

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Perbincangan

5.2 Kesimpulan

5.3 Cadangan

10

14

14

15

16

16

17

18

22

25

29

29

RUJUKAN

LAMPIRAN A

31

33 - 37

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

ix

SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

4.1

4.2

Keputusan kajian pembandingan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat olahraga. Keputusan kajian pembandingan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat seni.

23

24

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

x

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

4.1

4.2

4.3

4.4

4.5

Pembandingan purata markah tahap kekuatan mental seorang atlet dalam acara silat olahraga (lelaki=10 orang; perempuan=5 orang) berdasarkan 5 kriteria asas kekuatan mental Goldberg (1999) Pembandingan purata markah tahap kekuatan mental seorang atlet dalam acara silat seni (lelaki= 6 orang; perempuan= 6 orang) berdasarkan 5 kriteria asas kekuatan mental Goldberg (1999) Pembandingan purata markah tahap kekuatan mental diantara atlet lelaki dan atlet perempuan (lelaki=16 orang; perempuan= 11 orang) dalam acara silat olahraga dan silat seni Pembandingan purata markah tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat olahraga secara peratusan perbezaan purata markah. Pembandingan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet perempuan dalam acara silat seni secara peratusan perbezaan purata markah.

18

19

20

21

22

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

xi

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A

Ujian Tahap Kekuatan Mental Atlet Pencak Silat

32

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

BAB 1

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan

Ilmu pencak silat dan bela diri merupakan permainan dan pengetahuan yang

ada hubungannya dengan rahsia mempertahankan diri Nusantara Melayu. Pencak

silat kini terkenal dengan silat olahraga dan silat seni diperingkat antarabangsa.

Tajuk kajian adalah perbandingan tahap kekuatan mental atlet lelaki dan perempuan

dalam acara silat seni dan silat olahraga Negeri Johor. Merujuk kepada Kamus

Dewan (2005) perbandingan didefinisikan sebagai perbuatan membandingi atau

membandingkan. Tahap bermaksud peringkat atau tingkat dan kekuatan mempunyai

dua maksud iaitu pertama; tenaga, daya dan kedua; kekuasaan, keteguhan atau

kekukuhan yang didefinisikan oleh Kamus Dewan (2005).

Kamus Dewan (2005) mendefinisikan mental kepada dua maksud iaitu

berkaitan dengan atau melibatkan akal, pemikiran, proses intelektual dan dalam

bahasa percakapan tidak siuman, sakit otak atau gila. Selain dari itu, atlet

didefinisikan sebagai orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan. Selain itu,

silat didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai sejenis seni (permainan dan

sebagainya) atau kepandaian berjuang dengan menggunakan ketangkasan menyerang

dan mempertahankan diri.

Kamus Dewan (2005) mendefinisikan seni kepada dua bahagian iaitu yang

pertama halus (kecil, elok), tipis dan halus, enak didengar (suara) dan comel (bentuk

badan), manakala yang kedua ialah karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang

dicipta dengan bakat (kecekapan), hasil dari suatu ciptaan dan kebolehan mencipta

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

2

sesuatu seperti seni silat seni mengenai bersilat atau berpencak. Manakala Olahraga

didefinisikan oleh Kamus Dewan sebagai latihan atau sukan yang memerlukan

kekuatan fizikal, ketangkasan atau stamina.

Abd. Wahab (1987) menyatakan seni pencak silat adalah satu seni

mempertahankan diri bangsa Melayu. Beliau mendefinisikan seni sebagai karya

indah yang diciptakan dan pencak bermaksud kepandaian menangkis untuk

mempertahankan diri. Tambahan lagi, beliau mendefinisikan silat sebagai satu

permainan menangkis serangan yang didalamnya terdapat serangan dan bela diri

samada tanpa senjata atau senjata.

Kuan dan Roy (2007) menyatakan bahawa tidak terdapat definisi yang

khusus mengenai kekuatan mental. Walaubagaimanapun, Middleton et al. (2005)

mencadangkan definisi bagi kekuatan mental adalah keteguhan dan keyakinan yang

tidak goyah terhadap matlamat yang sedikit walaupun ada tekanan dan kesusahan.

Tambahan beliau lagi, bagi mencapai kekuatan mental memerlukan sebahagian atau

kesemua 12 komponen kekuatan mental yang telah dikenalpasti dalam kajian beliau.

Pertandingan silat olahraga menggunakan unsur-unsur pertandingan yang

didasarkan kepada norma-norma olahraga. Terdapat 2 orang pesilat bertanding

dalam gelanggang. Peserta pertandingan memperlihatkan variasi teknik persilatan

yang cekap dan pantas misalnya kaedah menangkis atau mengelak, mengenakan

sasaran, menjatuhkan dan mengunci lawan sesuai dengan perguruan seni pencak silat

yang mereka pelajari. Pada masa yang sama, pesilat wajib mematuhi peraturan-

peraturan yang ditetapkan seperti pemakaian, pukulan, sepakan dan sebagainya.

Dalam sesuatu pertandingan silat olahraga boleh disertai pesilat lelaki dan wanita.

Penganjuran pertandingan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu mengikut jantina,

kategori umur dan berat badan.

Abd. Wahab (1987) menyatakan silat seni meliputi permainan bela diri yang

digabungkan dengan seni dan dilakukan dalam gaya gerak tari yang berseni. Segala

gerak tari dan langkah yang dilakukan mempunyai hubungan dengan maksud

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

3

pembelaan diri dan serangan. Pergerakan tarian ini lembut dan perlahan, namun

tarian ini masih tetap mengandungi kaedah serangan dan belaan yang tinggi nilainya.

Pada tahap ini kalah dan menang tidak menjadi soal apabila dalam pertandingan.

Kepentingannya ialah penyampaian, ketepatan, kebolehan dan keindahan seni yang

dilakukan oleh pesilat.

Pertandingan silat seni lebih kepada persembahan seni pencak silat yang

mana pergerakan mereka mempunyai maksud yang tersendiri dalam konteks belaan

dan serangan yang hanya difahami oleh pengadil-pengadil pertandingan.

Penganjuran pertandingan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu mengikut jantina dan

jenis persembahan. Terdapat sekumpulan pesilat yang akan dibahagikan kepada 3

kategori persembahan iaitu solo, tempur dan berkumpulan. Persembahan solo

menampilkan seorang pesilat membuat persembahan seni pencak silat. Selain

daripada itu, dalam kategori persembahan tempur terdapat 2 orang pesilat akan

berlawan sesama sendiri samada melibatkan tangan kosong atau senjata.

Persembahan berkumpulan melibatkan 3 orang pesilat membuat persembahan seni

pencak silat samada yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Silat Antarabangsa

(PERSILAT) atau penganjur pertandingan.

Goldberg (1999) membahagikan soal selidik bagi menguji tahap kekuatan

mental kepada 5 kriteria yang utama iaitu:

(i) Kebolehbalikkan (reboundability) bermaksud bahawa seseorang itu

mempunyai kemahiran mental untuk kembali pulih daripada

melakukan kesilapan. Kekuatan mental bergantung kepada kebolehan

seseorang untuk melupakan kesilapan yang pernah dilakukan.

Kekerapan memikirkan kesilapan yang dilakukan mengakibatkan

prestasi akan jatuh.

(ii) Kawalan tekanan (handle pressure) yang bermaksud tanpa

keupayaan untuk bertenang dalam pertandingan, atlet akan berada

pada bukan tahap sebenar. Puncak prestasi memerlukan anda tenang

semasa permulaan perlawanan. Sementara itu, sedikit kebimbangan

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

4

diperlukan untuk membangkitkan keupayaan atau prestasi pada tahap

terbaik. Walaubagaimanapun, terlalu banyak kebimbangan

mengakibatkan otot tegang dan membawa anda kepada prestasi yang

merudum jatuh.

(iii) Penumpuan (concentration) diterjemahkan kepada keupayaan untuk

fokus kepada yang mana lebih penting dan menghalang gangguan

yang lain adalah kunci utama kepada kecemerlangan prestasi.

Penumpuan yang lemah adalah faktor utama atlet terperangkap dalam

prestasi yang kurang baik.

(iv) Tahap keyakinan (level of confidence) menunjukkan bahawa tahap

keyakinan yang dimilikki oleh seseorang atlet yang tidak goyah oleh

kesilapan dan kegagalan yang lepas. Apabila tahap keyakinan yang

rendah dalam pertandingan akan mengembalikan keupayaan

semulajadi, kesungguhan dan bakat yang dimilikki oleh atlet.

Manakala ketinggian tahap keyakinan akan meningkatkan latihan atlet

dan bakat yang dikurniakan bagi menaikkan prestasi mereka ke satu

tahap yang lebih tinggi.

(v) Motivasi (motivation) mempunyai maksud satu dorongan kepada atlet

untuk berlatih bersungguh-sungguh dan mencapai matlamat.

Motivasi diri membenarkan diri atlet itu mengangkat diri semula

setelah melakukan kesilapan dan kegagalan pada masa lampau.

Menurut Abd. Aziz (2006) menyatakan bahawa tumpuan ialah proses

menumpukan perhatian mempunyai dua komponen utama iaitu memberikan

tumpuan atau fokus secara sedar dan sengaja kepada satu topik, tugasan atau

petunjuk yang releven dan memberikan tumpuan secara berterusan. Selain daripada

itu beliau juga menyatakan bahawa motivasi ialah satu daya yang membantu

peningkatan serta pengekalan perlakuan seseorang individu.

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

5

Oleh yang demikian, secara umumnya kajian ini dilakukan adalah untuk

membandingkan peringkat kekuatan mental setiap pesilat olahraga dan seni serta

pembandingan antara lelaki dan perempuan dalam menghadapi pertandingan bagi

mewakili negeri Johor.

1.2 Latar Belakang Masalah Seorang pesilat olahraga lazimnya mempunyai tahap kebimbangan yang

tinggi khususnya apabila menentang lawan yang lebih handal. Ini disebabkan salah

satu punca kebimbangan ialah tekanan terhadap fizikal. Sehubungan dengan itu, Abd

Aziz (2006) menyatakan atlet akan berasa bimbang sekiranya seseorang itu tahu

bahawa ada usaha yang akan dilakukan oleh pihak lawan untuk menewaskan atau

mencederakannya secara fizikal. Selain daripada itu, penilaian atau perbandingan

sosial menyebabkan kita merasa tertekan apabila prestasi kita akan dinilai atau

dibandingkan dengan orang lain.

Sehubungan itu, Anizu et al. (2000) menyatakan bahawa terdapat perbezaan

yang signifikan diantara kekuatan mental dan kecederaan. Kajian beliau menyatakan

bahawa kebanyakkan pemain bola sepak yang cedera mendapat markah yang rendah

dalam ujian kekuatan mental berbanding pemain bola sepak yang tidak cedera.

Maka kekuatan mental boleh dianggap sebagai alat pengukur kepada kecederaan

pemain bola sepak liga professional di Malaysia. Oleh yang demikian, pemain yang

memperolehi markah yang rendah dalam ujian kekuatan mental mempunyai peluang

yang tinggi untuk mendapat kecederaan berbanding pemain yang memperolehi

markah yang sederhana dan tinggi dalam ujian kekuatan mental.

Abd Aziz (2006) mendefinisikan kebimbangan sebagai tafsiran kognitif yang

dibuat oleh individu terhadap apa yang terdapat di persekitarannya samada yang

telah, sedang dan akan dihadapi oleh seseorang itu dari segi fisiologikal atau

psikologikal. Sekiranya tafsiran tersebut menjurus kepada sesuatu yang

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

6

mendatangkan kesan negatif maka ia menghasilkan kebimbangan. Sebagai contoh,

apabila seorang gimnas terjatuh dari ‘balance beam’ kemudian melakukan cubaan

seterusnya, perasaan takut jika jatuh untuk kali kedua serta kebimbangan yang

dirasai kerana kehilangan mata akibat jatuh pada percubaan sebelumnya berpotensi

memberikan kesan negatif yang sekaligus menjejaskan prestasi gimnas tersebut.

1.3 Pernyataan Masalah

Kuan dan Roy (2007) menyatakan bahawa faktor kejayaan dalam sesuatu

pertandingan ialah kekuatan mental. Kekuatan mental boleh dipertimbangkan

sebagai faktor yang mempengaruhi kemahiran-kemahiran mental.

Sehubungan dengan itu, Davenport (2006) menyatakan setiap atlet bela diri

perlu mempertimbangkan kepentingan kemahiran mental dalam latihan fizikal

mereka. Namun begitu kefahaman mereka tentang psikologi dalam perlawanan dan

bahagian dalam pembangunan kemahiran mental perlu dibina dalam jangkamasa

yang sangat panjang. Proses pembangunan kekuatan mental ini dipengaruhi oleh

jurulatih dan atlet itu sendiri dengan siapa mereka berkongsi pengalaman dan

pembelajaran kenali diri sendiri untuk memperbaiki kelemahan. Selain daripada itu,

masalah yang akan dihadapi ialah aplikasi latihan kemahiran mental yang tidak

sistematik dan tidak berstruktur.

Dalam temuramah bersama Ketua Jurulatih Pencak Silat Majlis Sukan Negeri

Johor, didapati tiada peruntukan bagi menyediakan pakar motivasi dan kaunseling

untuk persediaan mental atlet dalam menghadapi perlawanan akan datang. Namun

begitu, mereka mengambil inisiatif dengan menghantar para jurulatih kursus untuk

memimpin psikologi atlet. Selain daripada itu, mereka juga mengahantar atlet

mereka untuk program motivasi berkelompok yang akan dikendalikan oleh mereka

yang profesional. Maka beberapa pendekatan, kaedah dan strategi untuk

meningkatkan kemahiran mental para atlet telah diambil oleh pihak pengurusan dan

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

7

jurulatih yang akhirnya terpulang kepada atlet bagaimana penerimaan mereka

terhadap persediaan mental dalam pertandingan yang akan mereka hadapi.

Sehubungan dengan itu, Davenport (2006) juga menyatakan terdapat

hubungan antara latihan mental dalam latihan fizikal adalah sangat penting dalam

pembangunan kemahiran mental. Semasa latihan, atlet beladiri akan belajar

mengumpulkan kemahiran-kemahiran yang sepatutnya untuk mempertingkatkan

prestasi perlawanan mereka. Dalam temuramah beliau, subjek kedua menyatakan

bahawa dia akan membawa gambar pihak lawan dalam beg dan tidak akan pulang ke

rumah selagi belum memecahkan atau merosakkan gambar yang dilekatkan pada

punching bag tersebut dengan tumbukan. Manakala subjek pertama menyatakan

dalam menjadi jurulatih secara fizikal dan mental beliau telah banyak kali memaki

hamun untuk meningkatkan semangat para pelatihnya.

1.4 Objektif Kajian

1.4.1 Mengenalpasti tahap kekuatan mental antara atlet silat olahraga dan atlet silat

Seni Negeri Johor.

1.4.2 Membandingkan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet

perempuan dalam acara silat olahraga Negeri Johor

1.4.3 Membandingkan tahap kekuatan mental di antara atlet lelaki dan atlet

perempuan dalam acara silat seni Negeri Johor.

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

8

1.5 Hipotesis Kajian

Dalam konteks kajian ini hipotersis adalah seperti berikut : Hο 1 Tidak terdapat perbezaan tahap kekuatan mental yang signifikan di

antara atlet lelaki dan atlet perempuan bagi silat olahraga Majlis Sukan

Negeri Johor

Ha 1 Terdapat perbezaan tahap kekuatan mental yang signifikan di antara

atlet lelaki dan atlet perempuan bagi silat olahraga Majlis Sukan Negeri

Johor

Hο 2 Tidak terdapat perbezaan tahap kekuatan mental yang signifikan di

antara atlet lelaki dan atlet perempuan bagi silat seni Majlis Sukan

Negeri Johor

Ha 2 Terdapat perbezaan tahap kekuatan mental yang signifikan di antara

atlet lelaki dan atlet perempuan bagi silat seni Majlis Sukan Negeri

Johor

1.6 Persoalan Kajian 1.6.1 Apakah tahap kekuatan mental atlet silat olahraga dan atlet silat seni Negeri

Johor?

1.6.2 Adakah terdapat perbezaan tahap kekuatan mental diantara atlet lelaki dan

atlet perempuan dalam acara silat olahraga dan silat seni Negeri Johor?

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my · atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)* TERHAD ... Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia

9

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk membandingkan tahap kekuatan mental atlet-atlet

pencak silat Negeri Johor. Keputusan kajian boleh dijadikan panduan kepada pihak

jurulatih dan pengurusan untuk menilai tahap kemampuan mental atlet silat olahraga

dan silat seni sebelum pertandingan dapat mengenalpasti kriteria kekuatan mental

yang lemah atlet-atlet tersebut. Kelemahan yang dikenalpasti dapat membantu

jurulatih memberikan latihan mental yang sesuai kepada atlet untuk meningkatkan

keupayaan sesuatu kriteria kekuatan mental.

1.8 Skop Kajian

Kajian ini hanya melibatkan pesilat-pesilat lelaki dan perempuan bagi

kategori silat olahraga dan silat seni. Kajian ini juga hanya memberi tumpuan atau

penekanan kepada tahap kekuatan mental pesilat-pesilat tersebut sebelum

pertandingan.