cadangan inkubator akedmara

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh cadangan

Citation preview

CADANGAN PENUBUHAN INKUBATOR PERNIAGAAN PUSAT GIATMARA SERIAN DI BANGUNAN AKRED MARA SERIAN

CADANGAN PENUBUHAN INKUBATOR PERNIAGAAN

PUSAT GIATMARA SERIAN DI BANGUNAN AKRED MARA SERIAN

1.0 PENDAHULUAN

Didalam Rancangan Malaysia ke-9 , Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mensasarkan seramai 150,000 usahawan bumiputera dapat dilahirkan sepanjang tempoh tersebut melalui beberapa buah agensi di bawah kementerian berkenaan. Oleh itu GIATMARA telah diberi sasaran seramai 11,000 usahawan bumiputera dapat dilahirkan sepanjang tempoh berkenaan melalui beberapa mekanisma dan program yang telah dirancang termasuklah program Inkubator, PUTEK, Latihan Kerja Sambilan ( LSKU ) dan program keusahawanan yang lain didalam GIATMARA.

GIATMARA Negeri Sarawak telah diberi sasaran seramai 176 pelatih yang akan terlibat didalam program inkubator untuk setahun dimana purata seramai 8 orang bagi setiap pusat perlu diwujudkan termasuklah Pusat GIATMARA Serian.

2. OBJEKTIF

2.1 Melahirkan seramai yang mungkin usahawan GIATMARA Negeri Sarawak melalui program inkubator yang ditubuhkan.

2.2 Menempatkan para peserta inkubator perniagaan GIATMARA pada persekitaran sebenar dunia keusahawanan di premis perniagaan yang strategic.

2.3 Memberi galakkan dan kemudahan yang terbaik kepada para peserta inkubator agar mereka lebih terdorong untuk meneruskan kerjaya sebagai usahawan di masa hadapan.

2.4 Menjalin dan mendapatkan kerjasama dan khidmat nasihat yang lebih baik dari pegawai-pegawai MARA yang sentiasa mempunyai pengetahuan,pengalaman dan kepakaran bidang keusahawanan dari masa ke semasa.

3.0 PERLAKSANAAN

3.1 Peserta Inkubator Perniagaan

Para peserta Inkubator perniagaan akan dipilih dari kalangan lepasan Pelatih Pusat GIATMARA Serian yang telah menamatkan sesi latihan di Pusat ini untuk sesuatu tempoh seperti yang telah ditetapkan.Seramai 3 orang peserta Inkubator Jahitan dan Hiasan Dalaman akan ditempatkan premis perniagaan berkenaan untuk satu-satu masa bagi sesuatu tempoh yang telah ditetapkan iaitu 6 12 bulan.

Setelah tamat tempoh peserta berkenaan menjalani program inkubator perniagaan , mereka akan diarah untuk keluar mencari tempat-tempat perniagaan yang lain untuk memberi ruang kepada peserta baru untuk menyertai program berkenaan selanjutnya. Para peserta akan bersilih ganti memasuki ruang perniagaan berkenaan sebagai proses melatih mereka terlibat secara langsung dengan proses dan persekitaran perniagaan sebenar.

3.2 Proses Pemilihan PesertaProses pemilihan peserta akan dilakukan oleh Pusat ini melalui cadangan tenaga pengajar kursus berkenaan dan dipilih oleh Pengurus Pusat dan Pegawai/Pen.Peg. MARA Daerah Serian bagi menentukan peserta-peserta yang benar-benar kompeten untuk mengisi ruang berkenaan sebagai peserta Inkubator Perniagaan Pusat GIATMARA Serian.

3.3 Peralatan dan Mesin

Bagi memberi kemudahan dan galakkan kepada para peserta Inkubator berkenaan, segala kemudahan peralatan dan mesin serta beberapa keperluan inkubator yang lain akan disediakan oleh Pusat GIATMARA Serian bagi beberapa peralatan dan mesin yang asas untuk menjalankan inkubator perniagaan berkenaan.

Disamping itu juga para peserta akan digalakkan untuk mendapatkan Skim Kemudahan Sewabeli Mesin dan Peralatan Program Pembentukan Usahawan Teknikal ( PUTEK ) Kepada Peserta Inkubator GIATMARA.Sepertimana Surat Pekililing MARA Am Bil.4/2006 dipatuhi.

3.4 Sewa Premis

Pihak kami memohon jasa baik pihak MARA Negeri Sarawak agar dapat memberi sebuah ruang perniagaan untuk dijadikan sebagai Inkubator Perniagaan Pusat GIATMARA Serian di Bangunan Aked MARA Serian untuk suatu tempoh yang berpanjangan selagi program Inkubator GIATMARA diwujudkan dari masa ke semasa dengan kadar bayaran secara percuma , jika mana surat edaran MARA bil 6/2006 diberi pertimbangan berkaitan sebagai galakkan usahawan lahir dari institusi-institusi MARA sendiri iaitu Pusat GIATMARA Serian. Di samping itu juga sebagai memberi kemudahan kepada para peserta yang baru nak bertapak sebagai usahawan sudah tentu belum mendapat pulangan jualan yang memberangsangkan diperingkat awal penglibatan mereka.

Untuk 2 tahun pertama GIATMARA akan membayar sewa bulanan premis berkenaan iaitu sehingga tahun 2010 , namun kutipan sewa akan tetap dibayar oleh peserta kepada GIATMARA dan dimasukkan kedalam akaun ESR sebagai pusingan sewa nanti bagi kegunaan dimasa akan datang.Sudah tentu kadar kemampuan para perserta untuk membayar sewa akan diberi pertimbangan sewajar agar mereka tidak merasa terbeban dengan sewa yang dikenakan.

Sebagai alternatif yang lain dan usaha untuk melibatkan mereka terlibat dalam inkubator perniagaan ini nanti ialah dengan mengenakan konsep perkongsian pembayaran diatas jumlah sewa bulanan yang dikenakan dengan kadar bayaran sama rata dikenakan bagi setiap peserta .3.5 Bayaran Deposit

Dipohonkan juga bayaran deposit adalah ditanggung oleh GIATMARA memandangkan kemampuan para peserta untuk mendapatkan keuntungan diperingkat awal penglibatan dalam dunia keusahawanan masih kecil.3.6 Bayaran Bil Air dan Elektrik

Bayaran bil air dan elektrik akan dikenakan kepada semua peserta dengan agihan sama rata bagi setiap bulan daripada jumlah keseluruhan caj yang dikenakan oleh syarikat-syarikat utility berkenaan.

3.7 Lesen Perniagaan

Pada peringkat permulaan lesen perniagaan akan didaftar sebagai milikan salah seorang atau secara perkongsian, namun usaha-usaha akan dibuat agar setiap para peserta akan memiliki lesen perniagaan sendiri agar mereka akan lebih bersedia nanti setelah tamat tempoh menjalani inkubator perniagaan di premis berkenaan seterusnya menjalankan perniagaan di tempat-tempat lain dengan telah mempunyai asas perlesenan yang ada.

3.8 Peraturan .Disiplin dan Etika

Para peserta akan terikat dengan Peraturan ,Disiplin dan Etika yang telah ditetapkan oleh GIATMARA Malaysia dan MARA dari masa ke semasa semasa menduduki premis perniagaan MARA.

3.9 Penyertaan Program

Para peserta juga perlu mematuhi arahan dari masa ke semasa untuk menyertai sebarang program yang dianjurkan oleh Pusat GIATMARA Serian dan Pejabat MARA Daerah Serian demi untuk memajukan mereka dalam kerjaya keusahawanan berkenaan.

3.10 Penyambungan Bekalan Elektrik

Penyambungan bekalan elektrik akan dibuat oleh GIATMARA ini termasuklah kos penyambungan dan pendawaian dan mendapat kebenaran Pegawai MARA Daerah Serian.

3.11 Peralatan dan kelengkapan

Peralatan dan kelengkapan yang haruslah disediakan oleh Pusat ini dan juga para peserta Inkubator Perniagaan berkenaan dengan mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Pegawai/Pen.Peg MARA Daerah Serian.3.12 Kos-Kos

a) Peralatan dan kelengkapan Inkubator Jahitan dan Hiasan Dalaman

BilPeralatan/KelengkapanKuantitiHarga seunitJumlah

1Mesin Heavy Duty 3 unitRM 2500RM 7,500

2Mesin Edging1 unitRM 3500RM 3500

3Iron board1 unitRM 80RM 80

4Strika1 unitRM 60RM 60

5Meja Panjang ( Meja gunting 8 X 4)1 unitRM 400RM 400

6Almari Pameran1 unitRM 1000RM 1000

7Cermin Fitting Room1 unitRM 180RM 180

8Meja biasa / meja kaunter1 unitRM 200RM 200

9Patung Penuh Badan1 unitRM 950RM 950

10Patung Separuh Badan1 unitRM 700RM 700

11Kipas siling1 unitRM 200RM 200

JumlahRM 14770

c) Senggaraan

BilPerkaraKuantitiHarga seunitJumlah

1Membuat susunatur dan decoration dalaman Lump sum RM 3,000RM 3,000

2Sign board Lump sumRM 1000 RM 1000

3Kos Penyambungan semula elektrik Sesco. ( meter sebelum ini telah ada)Lump sumRM 300 RM 300

Jumlah RM 1600

d) Sewaan

BilSewaanKuantitiHarga seunitJumlah

1Anggaran sewa seperti diberitahu oleh Pegawai MARA Daerah Serian 1 RM 200RM 200

2Deposit sewa3 bulan RM 600RM 600

3. 13 Starter Kit

Sepertimana yang telah dirancangkan semasa SOP usahawan GIATMARA tempohari bahawa setiap peserta inkubator akan dibekalkan dengan Starter Kit yang bernilai RM 1000. Oleh itu bagi peserta inkubator di dalam GIATMARA Serian ini akan disertai seramai 3 orang peserta maka jumlah stater kit yang diperlukan adalah sebanyak 8 X RM 1000 = RM 80004.0 PENUTUP

Adalah diharap dengan bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh MARA menerusi Program Inkubator Perniagaan di Bangunan Aked MARA Serian kepada lepasan pelatih Pusat GIATMARA Serian ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera amnya dengan lahirnya Usahawan GIATMARA Negeri Sarawak.PAGE 5