Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan

Embed Size (px)

Text of Cadangan kertas 3 spm 2014 kelantan

  • 1. CADANGAN KERTAS 3 SPM 2014Soalan RamalanSejarah Kertas 3 SPM 2014(MODEL 2)Aspek Perincian Markah RujPengenalan 1 (a) maksud demokrasi berparlimen5ms 5(b) Corak pemerintahan negara demokrasi dunia. ms 7Isi danHuraian2 Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimendi Malaysia.10 ms 83 Jentera kerajaan Malaysia dalam melaksanakansistem pemerintahan demokrasi berparlimen.30 ms 204 Amalan pilihan raya dalam sistem pemerintahandemokrasi berparlimen di Malaysia.10 ms 265 Kebaikan prinsip pengagihan kuasa antara KerajaanPersekutuan dan Kerajaan Negeri dalam amalansistem demokrasi berparlimen di Malaysia.10 ms 306 (a) Cabaran yang dihadapi dalam melaksanakansistem demokrasi berparlimen di Malaysia.10ms 35(b) Cadangan langkah untuk memantapkan sistemtersebut.7 Kejayaan pelaksanaan sistem demokrasi berparlimenyang menjadikan Malaysia dihormati di peringkatantarabangsa10 ms 338 Iktibar yang boleh diambil daripada kejayaanMalaysia melaksanakan sistem demokrasiberparlimen.10 ms 38Kesimpulan 9 (a) Pengetahuan yang diperolehi daripada tugasanyang anda laksanakan.(b) Nilai yang boleh anda ambil untuk diri anda,negara dan bangsa.(c) Harapan menjadikan bangsa dan negaraMalaysia cemerlang dan terbilang.5 ms 39KERTAS SOALAN TAMAT

2. CORAK PEMERINTAHAN NEGARA DEMOKRASI DI DUNIAContoh Soalan :Corak pemerintahan negara demokrasi dunia.[5 markah]Isi Jawapan :Negara demokrasi lahir daripada perjuangan berasaskan kedaulatanrakyat. Terdapat dua corak pemerintahan negara demokrasi, iaitu Sistem RajaBerperlembagaan dan Sistem Republik. Sistem Raja Berperlembagaanmengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi peringkat negara dan negeri.Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republik menolak institusiberaja dan diketuai oleh presiden yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.[5 markah]LATAR BELAKANG DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIAContoh Soalan :Latar belakang pelaksanaan sistem demokrasi berparlimen di Malaysiaselepas negara mencapai kemerdekaan.[5 markah]Isi Jawapan :Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen danRaja Berperlembagaan sejak tahun 1957. Terdapat dua corak pemerintahandemokrasi iaitu sistem Raja Berperlembagaan dan sistem Republik. Sistem RajaBerperlembagaan ialah sistem yang mengekalkan raja sebagai pemerintahtertinggi negara. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri. Sistem Republikmenolak institusi beraja. Kerajaan diketuai oleh presiden.Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen danRaja Berperlembagaan. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahannegara manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat. Rakyatberpeluang membentuk kerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui 3. pilihan raya. Mereka berhak mengekalkan atau menukarkan kerajaan yangsedia ada melalui pilihan raya.[5 markah]MAKSUD DEMOKRASI BERPARLIMENContoh Soalan :Maksud demokrasi berparlimen[5 markah]Isi Jawapan :Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimendan Raja Berperlembagaan sejak tahun 1957. Demokrasi Berparlimenbermaksud rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan manakala Raja-Raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat.Dalam sistem demokrasi berparlimen, rakyat berpeluang membentukkerajaan. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihanraya. Mereka berhakmenyokong, mengekalkan atau menukarkan kerajaan melalui pilihan raya.[5 markah]CIRI PEMERINTAHAN DEMOKRASI BERPARLIMEN DI MALAYSIAContoh Soalan :Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia.[15 markah]Isi Jawapan :Ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialahmempunyai perlembagaan. Perlembagaan merupakan undang-undangtertinggi yang menjadi asas kepada pembentukan sesebuah kerajaan.Perlembagaan menjadi panduan kepada kerajaan untuk mentadbir negara.Perlembagaan mengandungi pelbagai peruntukan. 4. Ciri yang kedua ialah mempunyai institusi Raja Berperlembagaan. RajaBerperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukandalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong adalah Ketua UtamaNegara. Baginda bertindak mengikut Perlembagaan Malaysia dan nasihatPerdana Menteri.Ciri yang ketiga ialah mempunyai Parlimen.Parlimen ialah badanperundangan yang menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiridaripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.Ciri yang keempat ialah mengamalkan pilihan raya. Pilihan raya ialahproses memilih wakil rakyat untuk memerintah samada di peringkat negeri ataupersekutuan. Pilihan raya diadakan dalam dua bentuk iaitu pilihan raya umumdan pilihan raya kecil. Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya(SPR).Ciri yang kelima ialah mempunyai badan yang menjalankan pemerintahan.Kuasa pemerintahan dibahagikan kepada badan perundangan, badanpelaksana dan badan kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihakyang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.Ciri yang keenam ialah mempunyai parti-parti politik. Ideologi politik dansikap perkauman menjadi asas pembentukan parti politik di negara kita. Parti-partiditubuhkan dengan matlamat untuk menyatukan dan menjagakepentingan kaum masing-masing.Ciri yang ketujuh ialah mengamalkan kebebasan asasi. Setiapwarganegara mempunyai hak asasi dan kebebasan berpersatuan, beragamadan memiliki harta. Warganegara bebas memilih dan menganggotai mana-manaparti politik. .[15 markah] 5. NILAI-NILAI DEMOKRASI BERPARLIMENContoh Soalan :Nilai-nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia.[15 markah]Isi Jawapan :Nilai demokrasi yang perlu difahami oleh warganegara Malaysia ialahmenjunjung tinggi perlembagaan negara. Perlembagaan merupakan undang-undangtertinggi negara . Perlembagaan menjadi asas pembentukan sesebuahkerajaan. Ketertinggian perlembagaan mengatasi Yang di-Pertuan Agong,Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah.Nilai demokrasi kedua yang perlu difahami oleh warganegara Malaysiaialah taat setia kepada negara. Setiap warganegara dituntut mematuhiperlembagaan dan undang-undang negara untuk menjamin taat setia kepadanegara. Perlembagaan Malaysia menyatakan seseorang yang mempunyaikerakyatan negara lain akan dilucutkan kewarganegaraannya. seseorangwarganegara boleh dilucutkan kerakyatannya jika terbukti tidak setia kepadanegara ini.Nilai demokrasi ketiga yang perlu difahami oleh warganegara Malaysiaialah jaminan hak asasi dan kebebasan rakyat di negara ini. Setiapwarganegara mempunyai kebebasan berpersatuan, beragama dan memilikiharta. Rakyat bebas untuk membentuk kerajaan dengan cara memilih wakilrakyat melalui pilihan raya. Bagaimanapun rakyat perlu mengetahui hadkebebasan mereka di sisi undang-undang.Nilai demokrasi keempat yang perlu difahami oleh warganegaraMalaysia ialah menghormati institusi Raja Berperlembagaan. Yang di-PertuanAgong adalah Ketua Utama Negara. Baginda merupakan simbol keutuhan danperpaduan rakyat di negara ini. 6. Nilai demokrasi kelima yang perlu difahami oleh warganegara Malaysiaialah mematuhi konsep pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan danKerajaan Negeri. Bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeriditetapkan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.Pembahagian kuasa dibuat agar sistem pentadbiran negara dapatdiselaraskan tanpa sebarang perbalahan.Nilai demokrasi keenam yang perlu difahami oleh warganegara Malaysiaialah mematuhi prinsip pengasingan kuasa antara Badan Perundangan, BadanPelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan ini dipegang oleh pihakyang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa. Ketiga-tiga badanmenjalankan tugas berasingan. Satu pihak tidak boleh mengambil tugas yangtidak berkaitan dengannya.Nilai demokrasi ketujuh yang perlu difahami oleh warganegara Malaysiaialah mengiktiraf hak istimewa serta kedudukan orang Melayu dan bumiputeraSarawak dan Sabah. Hak istimewa tersebut ialah pemberian jawatan dalamperkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan serta pemberia lesenperniagaan dan perdagangan. Hak keistimewaan tersebut tidak bolehdipersoalkan.[15 markah]KEPENTINGAN PERLEMBAGAANContoh Soalan :Kepentingan perlembagaan dalam melaksanakan sistem demokrasiberparlimen di Malaysia.[15 markah]Isi Jawapan :Perlembagaan berperanan menjamin kestabilan negara. Perlembagaanmenentukan rangka dan bentuk pentadbiran negara. 7. Perlembagaan membantu melicinkan pentadbiran dan pemerintahansesebuah kerajaan. Perlembagaan menjamin kecekapan, kejujuran, keadilandan ketelusan dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran.Perlembagaan menjadi panduan kepada pemimpin negara dalammenjalankan pemerintahan. Perlembagaan dapat menentukan pemerintahanyang dijalankan oleh pemimpin negara menepati kehendak perlembagaandan aspirasi rakyat.Perlembagaan menjamin taat setia rakyat kepada negara.Perlembagaan membentuk semangat patriotisme rakyat. Seseorang yangmempunyai kerakyatan negara lain atau tidak setia kepada negara bolehdilucutkan kerakyatannya.Perlembagaan menjamin hak asasi dan kebebasan rakyat. Setiapwarganegara mempunyai hak dan kebebasan untuk persatuan, beragamadan memiliki harta. Walau bagaimanapun, warganegara perlu mengetahuihad kebebasan mereka di sisi undang-undang.Perlembagaan menjadi rujukan dalam menggubal undang-undangpersekutuan dan negeri. Perlembagaan Negeri tidak bolehbercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.Perlembagaan menentukan peranan Yang di-Pertuan Agong. Yang di-Pertuan Agong Agong berperanan memelihara hak istimewa orang Melayudan Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Contohnya jawatan dalamperkhidmatan awam, biasiswa, kemudahan pendidikan, serta kemudahanpemberian lesen perniagaan dan perdagangan. 8. Perlembagaan menjamin kerjasama Kerajaan Persekutuan denganKerajaan Negeri. Bidang kuasa kerajaan ditetapkan melalui SenaraiPersekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Pentadbiran negara dapatdiselaraskan tanpa perbalahan.Perlembagaan menjamin hak istimewa orang Melayu dan bumiputera diSarawak dan di Sabah tidak dipersoalkan. Ini adalah jaminan yang ditetapkanoleh Perlembagaan Malaysia sebelum Sarawak dan