23
Soalan Percubaan SPM 2012 (Kelantan) Bahagian Satu (40 markah) Jawab semua soalan 1. Hendaklah jadi kepala, buang perangai yang cela. Hendaklah memegang amanat, buanglah kianat. ( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan ) a) Apakah jenis puisi di atas. (2 markah) b) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas. ( 2 markah ) 2. Syahadan,maka dicitanya nama gurunya Bakawan Narada, maka keluarlah jin keempat orang akan pahlawan daripada sekalian jin yang amat banyak itu. Maka jin itu pun datanglah menyembah Putera Jayapati. Maka sembahnya, "Ya tuanku, apa pekerjaan tuanku memanggil patik ini dan musuh yang mana hendak disuruh patik melawan? Maka sangatlah ingin rasanya patik hendak berperang". Maka kata Putera Jayapati,"Hai saudaraku,lawanlah akan hulubalang Raja Gangga Wijaya yang di bawah mahligai ini'. ( Dipetik daripada Hikayat Putera Jayapati, Seuntai Kasih Secebis Harapan ) Huraikan dua unsur cerita panji dalam petikan di atas. ( 4 markah ) 3. Maka kata naga itu, "Ya Tuanku Raden Kesuma Ningrat, ambillah di dalam telinga patik ini". Maka diambil oleh Raden Kesuma Ningrat dua biji telur itu maka dikasikan kepada tuan puteri satu

Soalan Percubaan SPM Kelantan 2012

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kesusasteraan melayu

Citation preview

Soalan Percubaan SPM 2012 (Kelantan)Bahagian Satu(40 markah)Jawab semua soalan1. Hendaklah jadi kepala,

buang perangai yang cela.

Hendaklah memegang amanat,

buanglah kianat.

( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )

a) Apakah jenis puisi di atas.

(2 markah)

b) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam puisi di atas.

( 2 markah )

2. Syahadan,maka dicitanya nama gurunya Bakawan Narada, maka keluarlah jin keempat orang akan pahlawan daripada sekalian jin yang amat banyak itu. Maka jin itu pundatanglah menyembah Putera Jayapati. Maka sembahnya, "Ya tuanku, apa pekerjaan tuanku memanggil patik ini dan musuh yang mana hendak disuruh patik melawan? Maka sangatlah ingin rasanya patik hendak berperang". Maka kata Putera Jayapati,"Hai saudaraku,lawanlah akan hulubalang Raja Gangga Wijaya yang di bawah mahligai ini'. ( Dipetik daripada Hikayat Putera Jayapati, Seuntai Kasih Secebis Harapan )

Huraikan dua unsur cerita panji dalam petikan di atas.

( 4 markah )

3. Maka kata naga itu, "Ya Tuanku Raden Kesuma Ningrat, ambillah di dalam telinga patik ini". Maka diambil oleh Raden Kesuma Ningrat dua biji telur itu maka dikasikan kepada tuan puteri satu biji dan kepada Raden Kesuma Wati satu biji. Maka ia pun kembalilah, maka kata Raden Kesuma Ningrat, "Hai landak putih kedua, pergilah engkau pulang dapatkan singa, katakan aku hendak pulang". Maka pergilah landak itu.

( Dipetik daripada Hikayat Cendawan Putih, Seuntai Kasih Secebis Harapan )

Jelaskan dua nilai moral yang terdapat dalam petikan diatas. ( 4 markah )

4. Pengalaman adalah payung ketabahannya

menempuh hujan ujian yang tajam

keredaan adalah bekal usahanya

merempuh hutan beban yang kelam.

(Dipetik daripada sajak Sketsa Pengemis Kecil Pada Landskap Kota Raya, karya Chulan Chin )

Nyatakan dua persoalan dalam puisi di atas. (4 markah)

5.HULUBALANG : Ampun, tuanku. Lekas berundur, tuanku. Askar-askar Feringgi

mencari tuanku di keliling Kota Melaka. Mereka sangat zalim dan

kejam. Ramai orang kita ditawan dan dibunuhnya. Semua masjid dan madrasah dibakar.Lekas berundur dari sini, tuanku.(SULTAN MAHMUD terdiam sejurus dan tunduk termenung

sambilmemandang permaisuri dan sekaliannya). Kita semua terpaksa berundur, tuanku.Tapi....tapi, Datuk Bendahara dengan orang-orangnya masih berdegil menentang di luarkota... ( Dipetik daripada drama Bendahara Tepok oleh Shaharom Husain )

Jelaskan dua latar masyarakat dalam petikan drama di atas. (4 markah)

6. IMRAN : (Suara putus-putus) Sabar, Asma. Jangan putus asa. Bawa mengucap.

Mereka bawa kita ke hospital ni. Engkau akan sembuh cepat,

Percayalah. Aku pun sakit juga, luka-luka. Maaf ya, Asma. lni semua

salah aku, tak dengar nasihat kau. Aku menyesal, tapi apa boleh buat,

perkara sudah terjadi ( Dipetik daripada drama Menggapai Pelangi oleh Taha Abd Kadir )

Jelaskan dua perwatakan Imran dalam petikan drama di atas. ( 4 markah )

7.Deru angin yang menyentuh seluruh badanku bagaikan menggerakkan segala sendi

pemalasku. Dingin. Bagaikan kucing bangun tidur,aku menggeliat.Mengendurkan

otot-otot yang tegang.Aku melepas pandang ke arah bukit bukau di sekitar rumahku.

Kabus pagi masih lagi belum mahu membiarkan suria menonjolkan diri. Dingin

menghambat ke seluruh tubuhku yang kurus

( Dipetik daripada cerpen Benar kata Ayah oleh Ria Asmira )

Berikan. dua gaya bahasa beserta contoh yang terdapat dalam petikan cerpen di atas.

( 4 markah )

8. "Kau punya cita-cita, Rini? 'tanyaku sekadar mengalih tajuk perbualan."Ya. Aku ingin sekali menjadi seorang doktor. Jika tercapai cita-cita itu nanti, tahulah aku untuk mengubah nasib bangsaku. Cuma kadang-kadang aku terasa, dalam hidup seperti ini, mampukah itu dinamakan cita-cita atau hanya tinggal angan-angan sahaja?' Ada segarit senyuman tawar di sudut bibir gadis itu.

( Dipetik daripada cerpen Di Bawah Langit Takut-takut oleh Amalia Fauza Bohari )

Huraikan dua teknik penceritaan yang terdapat dalam petikan di atas. ( 4 markah )9. " Emak sebenamya ada masalah berat dan tak tahu dengan siapa emak nak

berkongsi." Di situ dia noktahkan ayatnya.

( Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )

a) Siapakah Emak dalam petikan di atas dan dialog itu ditujukan kepada siapa?

( 2 markah )b) Apakah masalah berat yang dihadapi oleh emak dalam petikan di atas? (2 markah)

10. Syed Mustafa senyum dan berpuas hati dengan penerangan Anuariza. Dia mengakui ketinggian ilmu agama anak muda itu. Maghrib dan subuh tadi, dia mendengar laungan azan yang begitu lunak dari masjid kampung. lbunya mengatakan Anuariza yang melaungkan azan apabila masuk waktu solat. Sewaktu kenduri kesyukuran di rumahnya malam semalam juga, Anuariza turut diberi kepercayaan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW selepas imam kampung itu memulakannya.

( Dipetik daripada novel Jeriji Kasih karya Ramlah Abd Rashid )

Berikan empat unsur lslam yang terdapat dalam petikan di atas. ( 4 markah )Bahagian Dua( 60 markah )Bahagian A(Puisi Tradisional dan Prosa Klasik)Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 21. Baca petikan puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Syair Pentingnya Menjaga Hubungan Keluarga dan PersahabatanZahir peruntungan yang telah sejati,

Mendapat saudara handai sahabati,

Ahli kebajikan menyejukkan hati,

Setia amanah nyata dilihati.

Budi yang sama ikhlas mesra,

Menghabisi dukacita sengsara,

Bukan balas intan mutiara,

Melainkan rahmat dipohonkan segera.

Jatuh padanya itu sekalian,

Darjah kehebatan lagi kepujian,

Nur keelokan rahmat ketinggian,

Daripada itu hingga kemudian.

Kerana fakir tiada terkuasa,

Pada hamba lusuhlah jasa,

Budi yang ihsan dipohon sentiasa,

lkatan reda sama sebangsa.

Sesungguhnya tenang rasa fikirku,

Serta rahmat anugerah Tuanku,

Yang telah menghasilkan maksudku,

Memecahkan di hati yang terbuku.

( Dipetik daripada Seuntai Kasih Secebis Harapan )

a. Jelaskan tiga ciri bentuk syair di atas. ( 6 markah )

b. Nyatakan tiga amalan masyarakat dalam memupuk hubungankekeluargaan

danpersahabatan yang terdapat dalam syair di atas. ( 6 markah )

c. Ciptakan dua rangkap syair yang bertemakan kasih sayang. ( 8 markah )

2. Berdasarkan Hikayat Caya Langkara, teks seuntai Kasih Secebis Harapan:a. Nyatakan empat kejayaan watak Caya Langkara. ( 8 markah )

b. Jelaskan enam ciri cerita lipur lara yang terdapat dalam hikayat ini. (12 markah)

Bahagian B(Puisi Moden dan Drama)Jawab sama ada Soalan 3 atau Soalan 43. Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian, jawab soalan-soalan berikut

DI DADA MEREKA ADA KHALIDMereka tak pemah mengimpikan puja sanjung

dan nama menggunung

di dada mereka ada Khalid

di tangan mereka pedang keberanian

di hati mereka berkubu keyakinan

seorang mati seribu lagi bingkas

mengipas bara perjuangan.

Perjuangan suci tak pernah tunduk

pada igau kematian

mati hanya mampu menumpaskan pengecut

hidup hanya bererti buat yang berani

biar seribu tahun

perjuangan luhur jalannya berlumpur.

Di dada mereka ada Khalid

singa garang di padang juang

setiap hari akan mereka nantikan

musuh pulang mengusung walang

musuh walang mengusung keranda teman.

SHAHRUNIZAM ABDUL TALIBa. Jelaskan nada sajak di atas. ( 4 markah )

b. Huraikan empat gaya bahasa yang terdapat dalam sajak di atas. ( 8 markah )

c. Ciptakan sebuah sajak yang bertemakan perjuangan. Bilangan baris sajak anda itu tidak kurang daripada lima belas baris. (8 markah)

4. Berdasarkan drama Dongeng Sang Puteri karya Wan Ahmad lsmail :a. Jelaskan empat perwatakan Puteri Lelawati Ayu . ( 8 markah )

b. Bincangkan tiga pengajaran dalam drama . ( 6 markah )

c. Huraikan tiga latar masyarakat. ( 6 markah )

Bahaglan C( Cerpen dan Novel )Jawab sama ada Soalan 5 atau Soatan 65. Berdasarkan cerpen Anak-anak Pejuang, karya Ghazali Lateh;a. Huraikan tema cerpen tersebut. ( 4 markah )b. Nyatakan empat peranan Pak Denan dalam cerpen tersebut. ( 8 markah )c. Jelaskan empat konflik batin watak Pak Denan dalam cerpen tersebut. ( 8 markah )

6. . Berdasarkan novel Dari Lembah ke Puncak karya Ghazali Lateh.a. Jelaskan lima bukti yang menggambarkan kegigihan Jalil dalam noveltersebut. ( 10 markah )

b. Huraikan lima persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. ( 10 markah )Skema Jawapan Peperiksaan Percubaan SPM 2012.Bahagian Satu1. a. gurindam 2 markah

b.i. Kita mestilah menjauhi/membuang sifat/perangai yang buruk/tercela sekiranya hendakmenjadi pemimpin/ketua.

Cth : Hendak jadi kepala,

Buang perangai yang cela 1+1m

ii. Kita mestilah memegang amanah yang diberi.

Cth: Hendaklah memegang amanat. 1+1m

iii. Kita hendaklah menjauhi perbuatan khianat.

Cth: buanglah khianat 1+1m

Mak: 2 markah

2. Unsur cerita panji

i. Watak utama/watak-watak dari kalangan istana/putera- puteri raja

Contoh: Putera Jayapati/Raja Gangga Wijaya. 1+1m

ii.Ada watak pembantu

Contoh: Jin keempat orang/Bakawan Narada. 1+1m

iii. Ada unsur sakti/luar biasa/dongeng/mitos

Contoh: Putera Jayapati menyeru gurunya Bakawan Nara yang mengeluarkan pahlawan jin keempat/jin yang amat banyak. 1+1m

iv. Ada unsur peperangan

Contoh: Pahlawan Jin keempa/rakyat jin/Putera Jayapati hendak berperang dengan Raja Gangga Wijaya.

1+1m

v. Latar tempat di alam nyata / ghaib

Contoh: Di bawah mahligai. 1+1m

Mak: 4 markah

3. Nilai moral/murni/kemanusiaan

i.Baik hati.

Contoh: Naga menyuruh Raden Kesuma Ningrat mengambil dua biji telur

burung merpati didalam telinganya 2m

ii.Keadilan.

Contoh: Raden Kesuma Ningrat memberikan sebiji seorang telur burung

merpati putihkepada Tuan Puteri Pelinggam Cahaya dan Raden Kesuma Wati 2m

iii. Kepatuhan/kesetiaan/ketaatan.

Contoh: Landak putih patuh/setia/taat kepada Raden Kesuma Ningrat yangmenyuruhnya pergi memanggil singa kerana dia hendak pulang 2m

Mak: 4 markah

4. Persoalan

i.Pengalaman hidup 2m

ii. Ketabahan menghadapi ujian 2m

iii.keredhaan menghadapi kesusahan/kesulitan 2m

Mak. 4 markah

5. Latar masyarakat :

i.Masyarakat berada dalam ketakutan.

2m

ii.Masyarakat rnenjadi mangsa / tawanan perang.

2m

iii.Masyarakat kehilangan harta benda

2m

iv.Masyarakat gigih/berani berjuang .

2m

v.Masyarakat taat kepada ketua/ raja..

2m

vi.Masyarakat dalam keadaan huru hara menyelamatkan diri.2 m

vii.Masyarakat yang zalim/kejam.

2m

Mak. 4 markah

6. Perwatakan lmran

i. Seorang bersikap tenang.

2m

ii. Seorang yang mengakui kelemahan diri.

2m

iii.Seorang yang keras hati.

2m

iv.Seorang yang prihatin / mudah simpat

2m

v. Seorang yang mudah insaf.. 2m Mak. 4 markah

7. Gaya bahasa

i. Personifikasi

1m

Contoh: Deru angin menyentuh seluruh badanku/Kabus pagi masih tagi

belum mahu membiarkan suria menonjokan diri/Dingin menghambatke seluruh tubuhku yang kurus. 1m

ii. Simile.

1m

Contohnya: Deru angin.yang menyentuh seluruh badanku bagaikan

menggerakkan segala sendi pemalasku/Bagaikan kucing bangun tidur

aku menggeliat

1m

iii.Sinkof

Contohnya: badanku/ pemalasku.

1m

vi.Kata ganda

Contohnya: otot-otot

1m

Mak: 4 markah

8. Teknik penceritaan

i. Dialog.

1m

contohnya: " Kau punya cita-citra , Rini? Tanyaku sekadar mengalih

tajuk perbualan.

1m

ii.lmbas muka.

1m

Contohnya: jika tertcapai cita-cita itu nanti, tahulah aku untuk mengubanasib bangsaku.

1m

iii.Teknik deskriptif/penghuraian.

1m

Contohnya: Ada segarit senyum tawar di sudut bibir gadis itu 1m

9.

a. i. Solehah.

1m

ii. Anuariza.

1m

b. Memberi jawapan terhadap lamaran Syed Mustafa yang mahu

mengahwininya.

2m

Mak. 4 markah

10. Unsur lslam

i. Waktu-waktu dalam lslam/ subuh / maghrib.

1m

ii. Laungan azan.

1m

iii. Masjid / rumah ibadat dalam lslam.

1m

iv.Kenduri kesyukuran/ amalan hidup lslam

1m

v. Berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

1m

vi. Nama nabi/ Nabi Muhammad SAW

1m

vii. lmam / gelaran dalam lslam

1m

Mak: 4 markah

Bahagian DuaSoalan 1a. Bentuk

i. Berangkap

Contoh: Terdiri daripada lima rangkap.

1+1m

ii. Jumlah baris setiap rangkap sama banyak/empat baris .

Contoh: R1 - R4.

1+1m

iii. Rima akhir sama/terikat/sekata.

Contoh:semua rangkap rimanya aaaa

1+1m

iv. Jumlah perkataan sebaris tidak sama banyak/di antara tiga hingga

lima perkataan..

Contoh: Menghabisi dukacita sengsara ( tiga perkataan )

Budi yang sama ikhlas mesra ( lima perkataan).......1+1m

v. Jumlah suku kata sebaris tidak sama banyak/di antara sembilan

hingga dua belas

Contoh: Bukan balas intan permata ( sembilan suku kata )

Zahir peruntungan yang telah sejati (dua belas suku kata)

1+1m

vi. Berbentuk terikat / tidak bebas

2m

Mak: 6 markah

b. Amalan masyarakat.

i. Hubungan kasih sayang/ kemesraan antara keluarga / sahabat 2m

ii. Selalu tolong-menolong keluarga yang memerlukan.

2m

iii. Selalu berhubung/bertanya khabar ahli keluarga

2m

iv. Sentiasa membuat kebajikan

2m

v. Semangat setia kawan.

2m

vi. Bersatu padu / mengamalkan semangat perpaduaan.

2m

vii. Berbudi/ berbuat jasa dengan ikhlas

2m

Mak: 6 markah

c. Mencipta Syair

i. Tema

2m

ii. Gaya Bahasa 2m

iii. Bentuk.

2m

iv. Kreativiti. 2m

Mak. 8 markah

Soalan 2.

a. Kejayaan-kejayaan watak Caya Langkara

i. Berjaya mengambil kembang kuma-kuma putih di puncak

gunung Mesir

2m

ii .Berjaya menyembuhkan penyakit ayahandanya/Raja

Saiful Muluk.

2m

iii. Berjaya menyembuhkan penyakit Raja Mesir.

2m

iv. Berjaya menyelamatkan diri daripada dibakar/dibunuh oleh

Muqaddamdan Muqaddim di dalam gua.

2m

v. Berjaya membebaskan Muqaddam dan Muqaddim/Tuan

Puteri Ra'na Kaseen yang ditawan oleh Raja Peringgi.

2m

vi. Berjaya mendapatkan balik kembang kuma-kuma putih yang

dirampas oleh RajaPeringgi.

2m

vii.Berjaya berkahwin dengan Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Puteri

Raja Madinah.

2m

viii. Berjaya menjodohkan/mengahwinkan bondanya/Tuan Puteri

Sekandrum denganRaja Madinah

2m

ix. Dilantik sebagai pengganti Raja Madinah

.2m

x. Berjaya menawan dan mengislamkan ajar-ajar/Raja Jin K2m

xi. Berjaya mengahwinkan Muqaddam dengan Tuan Puteri Ratna

Dewi/Puteri RajaPeringgi

2m

xii. Berjaya mengahwinkan Muqaddim dengan Tuan Puteri Ratna

Dewi Kemala/PuteriRaja Mesir

2m

Mak: 8 markah

b.Ciri-ciri lipur lara dalam Hikayat Caya Langkara

i. Memaparkan suasana/keadaan kehidupan putera-puteri raja,

contoh: Suasana/keadaan kehidupan Muqaddam/Muqaddim/

CayaLangkara iaitu puteraRaja Saiful Muluk/Raja negeri Ajam

Saqat dll

2m

ii. Berlatarkan istana,

contoh: lstana Raja Saiful Muluk/istana Raja Madinah/istana Raja

Mesir/istana Raja Peringgi/dll.

2m

iii.Watak-watak/watak utama terdiri daripada kalangan

putera-puteri raja/istana contoh: Caya Langkara ( watak utama ) ialah putera Raja

Saiful Muluk/Tuan Puteri Ra'naKaseen ialah puteri Raja Madinah/

Tuan Puteri Ratna Dewi Kemala ialah puteri RajaMesir/Tuan

Puteri Ratna Dewi ialah puteri Raja peringgi/dll.

2m

iv.Ada unsur pengembaraan/merantau,

contoh: Muqaddam/Muqaddim/Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Tuan

Puteri Ratna DewiKemala/Caya Langkara mengembara/merantau

di dalam hutan untuk pergi ke puncakgunung negeri Mesir untuk

mendapatkan kembang kuma-kuma putih. .

2m

v.Ada unsur peperangan,

contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja Jin Kafir/

rakyat RajaJin/menteri/hulubalang/mangkubumi/pahlawan negeri

Mesir/Peringgi

2m

vi.Ada unsur percintaan/berkasih sayang,

contoh: Caya Langkara bercinta/berkasih sayang dengan Tuan

Puteri Ra'na Kaseen

2m

vii.Penggunaan puisi tradisional/bahasa berirama/runs,

contoh: Tuan Puteri Ratna Dewi berpantun:

Berkuda lagi berambu,

Perca diambil akan cemara,

Orang muda baharu bertemu,

Marilah diambil akan saudara

2m

viii.Ada unsur latar tempat di kayangan/alam ghaib,

contoh: Caya Langkara berperang dengan ajar-ajar/Raja

Jin Kafir di kayangan/di alam ghaib.

2m

ix.Ada unsur/latar tempat di alam nyata,

contoh: di negeri Ajam Saqat/Mesir/Madinah/Peringgi/di puncak

gunung Mesir/di dalamgua/di hutan/di laut/ dll.

2m

x.Ada unsur kesaktian/luar biasa/dongeng,

contoh: Kembang kuma-kuma putih yang berakar dan melekat

di tapak tangan Tuan PuteriRa'na Kaseen/makanan naga kuna

yang terlalu banyak/naga kuna yang berenang terlalulaju di laut/

Caya Langkara yang bercahaya duduk di atas permukaan air

laut/dll.

2m

xi.Ada watak pembantu,

contoh: Naga kuna/kucing putih dan kucing hitam/Raja Jin Kafir

yang memeluk agamalslam/dll

2m

xii.Plot cerita berakhir dengan kejayaan/kegembiraan, ..

contoh: Tuan Puteri Ra'na Kaseen/Caya Langkara berjaya

mendapatkan kembang kuma-kumaputih di puncak gunung

Mesir/Caya Langkara berkahwin/bernikah dengan Tuan Puteri

Ra'na Kaseen/Raja Saiful Muluk/Raja Mesir/Raja Madinah

sembuh daripada penyakitnyadengan hikmat kembang

kuma-kuma putih.

2m

Mak: 12 markah

Soalan 3.

a.Nadai.Patriotik

Contoh : di tangan mereka pedang keberanian

.2+2m

Mak: 4 markah

b.Gaya bahasai. Pemilihan kata/diksi yang/tepat/berkesan/puitis

Contoh: perjuangan/ luhur

1+1m

ii. Asonansi

Contoh: di tangan mereka pedang keberanian ( pengulangan a )

1+1m

iii. Aliterasi

Contoh: di dada mereka ada Khalid ( pengulangan d ) 1+1m

iv. Sinkof

Contoh: tak

1+1m

v. Anafora

Contoh: musuh pulang mengusung walang

musuh walang mengusung keranda teman.

1+1m

vi. Metafora

Contoh: pedang keberanian/bara perjuangan/padang juang 1+1m

vii. Responsif

Contoh: di dada mereka ada Khalid

di tangan mereka pedang keberanian .

1+1mviii. Anafora Contoh: Musuh pulang Musuh walang

1+1m ix. Pengulangan baris Contoh: Di dada mereka ada Khalid.

1+1m

Mak. 8 markah

c. Mencipta sajak

i. Tema .

2m ii. Gaya bahasa 2m iii. Bentuk

2m iv. Kreativiti 2m

Mak. 8 markah

Soalan 4.

a. Perwatakan Puteri Lelawati Ayu :

i. Seorang yang penyayang Contoh : Puteri Lelawati Ayu amat menyayangi Nenek Kebayan Kembang Kasturi .

1+1mii. Seorang yang suka merendah diri Contoh : PLA selalu merendah diri dengan menyatakan dirinya hodoh,walhal diaseorang yang cantik. Hal ini diakui oleh Nenek Kebayan dan Mamat

1+1miii. Seorang yang setia Contoh : PLA tetap setia bersama neneknya untuk tinggal di kawasan setinggan,walaupun ayah kandungnya iaitu keturunan istana mempelawa untuk tinggal diistana. 1+1miv. Seorang yang tidak suka meminta-minta Contoh : PLA berpendapat bahawa orang yang suka meminta-minta merupakanahli neraka.

1+1mv. Seorang yang tabah Contoh : PLA tabah menghadapi kehidupan yang miskin di kawasan setingganyang busuk dan kotor

1+1mvi. Seorang yang tidak mudah mempercayai orang lain. Contoh : PLA tidak cepat mempercayai kata-kata Tengku Mahmud bahawa bagindamerupakan ayahanda Puteri./ PLA menyiasat terlebih dahulu akan kebenaran kata-kata Tengku Mahmud tersebut

1+1m

Mak: 8 markah

b. Pengajaran dalam drama :

i. Kita hendaklah menghindari sikap mementingkan darjat atau kelas dalam kehidupan Contohnya : Pihak istana tidak bersetuju apabila Tengku Mahmud Baginda telahmengahwini anak Nenek Kebayan Kembang Kasturi yang merupakan seorang penari joget.1+1m

ii. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan kepada kita. Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi telah memelihara Puteri Lelawati Ayuselama 18 tahun setelah kematian bondanya

1+1m

iii. Kita hendaklah berpegang teguh kepada ajaran agama. Contohnya : Nenek Kebayan tidak pernah meninggalkan sembahyang dan selalumembaca Al-Quran.

1+1miv. Kita hendaklah sentiasa mengawal anak-anak agar mereka tidak melakukan perkarayang tidak sihat. Contohnya : Watak ibu kepada Puteri Lelawati Ayu telah menjadi penari joget tanpapengetahuan Nenek Kebayan Kembang Kasturi disebabkan kelalaiannya dalam mengawasi pergerakan anaknya itu

1+1m

v. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan yang menimpa diri kita. Contohnya : Nenek Kebayan Kembang Kasturi

1+21

vi. Tabah menghadapi penderitaan hidupsewaktu zaman penjajahan Jepun suatu ketika dahulu.

1+1m

Mak: 6 markah

c. Latar masyarakat :

i. Masyarakat istana / golongan bangsawan. Contohnya:Tengku Mahmud Baginda ialah dari golongan bangsawan / istana. .

1+1mii. Masyarakat Melayu setinggan Contohnya :PLA dan Nenek Kebayan Kembang Kasturi ialah penghuni rumah setinggan yang daif dan kotor

1+1miii. Masyarakat penyayang Contohnya :Tengku Mahmud sangat menyayangi anaknya, walaupun terpisah 18tahun, baginda tetap mencari anaknya.

1+1miv. Masyarakat yang suka bersedekah. Contohnya :Mamat dan Puteri menerima makanan dan pakaian dari sedekahseseorang yang baik hati

1+1mv. Masyarakat yang mentaati perintah Allah Contohnya :lbu PLA telah meninggal dunia semasa sedang solat walaupun diaseorang penari kelab malam

1+1mvi. Masyarakat yang rajin berkerja. Contohnya :Putera melakukan kerja kraf tangan untuk menyara hidupseperti membuat topeng/kipas

1+1mvii. Masyarakat miskin/setinggan. Contohnya : Nenek Kebayan /PLA tinggal di kawasan setinggan / kotor / daif.

1+1mviii. Masyarakat yang suka tolong- menolong. Contohnya :Mamat sentiasa membantu PLA dan Nenek Kebayan Kembang Kasturi .

1+1m

Mak. 6 markah

Soalan 5.

a.Tema cerpen

Semangat patriotik/Perjuangan kemerdekaan tanah air 2mHuraian: Pak Denan bekas pejuang tanah air inginbersama-samameraikan hari kemerdekaan yang diadakan di Kuala Lumpur. Malangnyahasrat Pak Denan mendapat tentangan daripada anaknya.

2m

Mak: 4 markah

b. Empat peranan Pak Denan

i. Seorang pejuang kemerdekaan negara

2m ii. Melumpuhkan Malayan Union..

2m iii. Menjelajah ke seluruh negeri dan desa untuk membangkitkan semangatmenentang penjajahan semasa mudanya......2m iv Menyedarkan anak-anaknya supaya mencintai tanah air.2m iv. Berperanan sebagai model/ pejuang tanah air.............2m Mak: 8 markah

c. Empat konflik batin/jiwa/dalaman/mental

i. Kecewa. Contohnya : Pak Denan kecewa apabila anaknya Abdul Rahman menghalanghasratnya untuk datang ke Kuala Lumpur. 7m ii. Sedih. Contohnya : Pak Denan sedih atas kematian isterinya.2m iii.Terkilan. Contohnya : Pak Denan terkilan dengan sikap Abdul Rahman yang menolakrayuannya untuk menyaksikan sambutan hari kemerdekaan di Kuala Lumpur

2m iv. Bimbang.. Contohnya : Pak Denan tambah bimbang apabila anaknya tidak pulang mengambilnya untuk ke Kuala Lumpur, sedangkan hari sudah malam

2m v. Marah. Contohnya :Pak Denan marahkan anak-anaknya yang datang memintamaaf kepadanya di Tugu Negara

2m

Mak: 8 markah

Soalan 6.

a. Kegigihan Jalil

i. Kegigihan menebus kembali tanah pusaka ayahnya. Contoh: Jalil berusaha dengan gigih mengumpul wang untuk menebus semula tanah tersebut.

1+1m ii.Kegigihan dalam menuntut ilmu. Contoh: Jalil berusaha gigih untuk meneruskan pelajarannya walaupun hidupnyamiskin/tanpa ibu.

1+1m iii. Kegigihan mencari rezeki bagi menyara kehidupan. Contoh: Jalil gigih mengerjakan sawah walaupun kakinya luka.

1+1m iv. Kegigihan berusaha untuk mengubah nasib. Contoh: Jalil sanggup berhijrah ke Kuala Lumpur mencari kerja untuk mengubah nasibhidupnya dan seterusnya menyambung pelajaran dan berjaya membuka Syarikat Alam Hijau.

1+1mv. Kegigihan rnempertahankan hak. Contoh: Jalil berusaha dengan gigih mengumpul wang dan bersabar dengan karenah PakAmat yang mungkir janji sehingga dia berjaya menebus semula tanahnya.

1+1mvi. Kegigihan mencapai cita - cita. Contoh: Jalil gigih bekerja dan mengembangkan syarikat perniagaannya hingga berjayamembina Taman Tema di kampungnya...

1+1mvii. Kegigihan untuk memajukan kampungnya. Contoh: Jalil berusaha membina Taman Tema untuk membangunkan kampungnya .

1+1m

Mak: 10 markah

b. Persoalan

i.Kasih sayang anak terhadap ibu/dalam keluarga Contoh: Jalil tetap mengasihi ibunya walaupun dia dilayan dengan kasar oleh Mak Teh.

1+1m ii.Amalan musyawarah/gotong royong dalam masyarakat. Contoh: Penduduk kampung Bukit Nibung berbincang untukmencari kata sepakat berkaitanpampasan tanah bagi pembinaan Taman Tema.

1+1m iii. Keazaman untuk mencapai cita-cita. Contoh: Jalil mempunyai keazaman untuk mendapatkan kembali tanah pusaka yangdijual oleh ibunya

1+1m iv.Sumbang mahram dalam keluarga Contoh: Pak Ngah Kadir tergamak melakukan sumbang mahram terhadap darah dagingnyasendiri iaitu Biah. 1+1mv. lmpian merealisasikan cita-cita dalam hidup Contoh: Jalii bercita-cita untuk memajukan tanah bendang di kampung Bukit Nibungmenjadi Taman Tema yang terkenal.

1+1mvi.Sikap terburu-buru membawa padah. Contoh: sikap Mak Teh yang tergesa-gesa menjual tanah pusaka arwah suaminya menyebabkandia kehilangan segala-galanya

1 +1mvii. Kepentingan ilmu/pelajaran untuk masa hadapan Contoh: Kejayaan Jalil dalam Peperiksaan SPM melayakkan dia melanjutkan pelajaran kepusat pengajian tinggi/UPM .

1 +1mviii.Kemiskinan/kesusahan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan hidup. Contoh: Walaupun Jalil hidup dalam kemiskinan, namun dia tetap berjaya dalam pelajaran

1 +1mix.Amanah untuk ditunaikan. Contoh: Jalil menunaikan amanah arwah bapanya untuk mendapatkan geran tanah.

1 +1mx.Sikap tolong-menolong dalam pelbagai etnik/ masyarakat. Contoh: Ah Bee membantu Jalil semasa kesusahan.

1 +1mxi.Amalan perbomohan dalam masyarakat Melayu Contoh: Mak Teh menemui Tok Su Dollah untuk mengetahui sama ada Muhsin melarikan Biah.

1 +1m

Mak: 10 markah