Contoh RPH KSSR(1).docx

Embed Size (px)

Citation preview

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR BAHASA MALAYSIA

Tarikh 25 Oktober 2015

Tahun 3 Cemerlang

Bilangan murid 30 orang

Masa8.30 9.30 pagi

Mata pelajaranBahasa Melayu

TemaKeluarga

TajukBerkelah di Pantai

Standard Kandungan3.3 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul

Standard Pembelajaran3.3.4 Membina dan menulis pelbagai jenis ayat berdasarkan bahan grafik dalam satu perenggan dengan betul.

Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat i. membina lima hingga tujuh ayat penyata berdasarkan gambar tunggalii.menulis lima hingga tujuh ayat penyata dalam satu perenggan dengan betul berdasarkan gambar tunggal .

Pengisian KurikulumIlmu : Kajian TempatanNilai : Kasih Sayang, Menghargai Alam SekitarPeraturan Sosiobudaya : Laras bahasaEMK : Kreativiti dan inovasi penjanaan idea : Keusahawanan sedar tentang nilai penjagaan alam sekitar kepada industri pelancongan : TMK belajar melalui TMK

Strategi PengajaranPembelajaran KonstruktivismeKemahiran BerfikirKemahiran Belajar Cara BelajarKemahiran InterpersonalKemahiran Intrapersonal

Pengetahuan Sedia AdaMurid pernah berkelah bersama-sama keluarga di tepi pantai.

Sistem BahasaSintaksis : Ayat Penyata

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran (BSPP)i. Gambar Tunggal Berkelah di Tepi Pantaiii. Komputeriii. Lagu Tanjung Puteriiv.Slide PowerPoint

Langkah/ MasaKandunganAktiviti Pengajaran dan PembelajaranCatatan

Induksi Set(5 minit)Lagu Tanjung Puteri1. Murid diperdengarkan lagu Tanjung Puteri dengan menggunakan FrogVLE).2. Guru menggunakan Random Name (Frog VLE)3. Lirik lagu dipaparkan.4. Murid dan guru bersoal jawab tentang maksud lirik lagu tersebut 5. Guru mengaitkan dengan tajuk pelajaran pada hari ini.

Langkah 1(10 minit)Gambar Berkelah di Tepi PantaiContoh Ayat Penyata :1. Keluarga saya sedang berkelah.2. Mereka berkelah di tepi pantai.3. Mereka berkelah di pantai Port Dickson.4. Pemandangan di tepi pantai Port Dickson sangat cantik. Struktur Ayat Penyata:1 Subjek + 1Predikat ( Frasa Nama+ Frasa Nama/ Frasa Kerja/ Frasa Adjektif/ Frasa Sendi Nama) 1. Murid meneliti gambar yang ditunjukkan oleh guru.2. Murid diminta menulis ayat penyata berdasarkan gambar tersebut.3. Beberapa orang murid diminta membaca ayat penyata yang telah ditulis.4. Guru membimbing dan membetulkan kesilapan dalam ayat yang dibina oleh murid.

BSPP:Gambar perkelahan di tepi pantai

Kemahiran InterpersonalKemahiran Intrapersonal

Langkah 2(15 minit)Contoh ayat penyata dalam perenggan:

1. Keluarga saya sedang berkelah di tepi pantai Port Dickson1.Guru menunjukkan contoh cara menulis ayat penyata dalam perenggan, iaitu dengan menggabungkan ayat- ayat penyata yang ditulis dalam Langkah 1.2.Murid-murid dibahagikan ke dalam kumpulan. Setiap kumpulan diminta menggabungkan ayat-ayat penyata yang telah dibina untuk ditulis dalam satu perenggan.3. Beberapa orang murid diminta membacakan ayat-ayat yang telah dibina dan guru membetulkan kesilapan yang terdapat.KB Banding BezaKP verbal linguistik

Tatabahasa: Ayat Penyata

Langkah 3(25 minit)

Contoh ayat :1. Adik duduk di tepi pantai.2. Saya dan keluarga menaiki perahu.3. Ayah, ibu dan adik bermain pasir di tepi pantai.4. Kereta ayah terbabas di tepi pantai.

Lampiran 1Pentaksiran

1. Murid membina ayat tunggal berdasarkan gambar (slide) powerpoint yang disediakan di FROGVLE2. Murid menyalin ayat yang dibina dalam buku tulis.

Pengayaan

1. Murid menyambung ayat yang dibina dalam langkah 3 supaya menjadi satu perenggan pendek.

Pemulihan

1. Murid menyusun perkataan yang diberi supaya menjadi ayat penyata.BSPP:Gambar tentang aktiviti perkelahan keluarga di tepi pantai.EMK : TMKNilai : Sedar tentang kebaikan melakukan aktiviti riadah.

Penutup(5minit)Penutup Kognitif :

Penutup Sosial :Murid diminta menyatakan kembali contoh ayat penyata yang telah dibina

Guru menyedarkan murid tentang kepentingan dan keindahan alam sekitar