Upload
muizzomar
View
25
Download
3
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Darurat Dan Subversif
Citation preview
1.0 PENDAHULUAN
Definisi darurat mengikut Kamus Dewan boleh ditakrifkan sebagai keadaan yangmencemaskan atau
menyusahkan (biasanya yang berlaku secara tiba-tiba atau dengantidak disangka-sangka) seperti
bahaya, kekurangan makanan dan lain-lain. Selain itu,darurat juga membawa maksud keadaan yang
serba sulit seperti mencetuskan huru-hara,tidak aman, dan sebagainya yang disebabkan oleh
ancaman musuh dalam peperangan danlain-lain. Konsep darurat ini adalah sah dan diiktiraf dalam
semua negara dan sistemundang-undang. Undang-undang darurat pula boleh dijelaskan sebagai
undang-undangyang digubal dan dikuatkuasakan ketika berlaku darurat sahaja.Selain daripada
negara Malaysia, antara negara-negara lain yang menyediakan peruntukan mengenai perisytiharan
darurat dalam perlembagaan mereka ialah India,Amerika Syarikat dan juga United Kingdom.
Walaupun negara tersebut tidak mempunyai perlembagaan bertulis, tetapi terdapat suatu akta iaitu
Akta Parlimen yang memberi kuasakepada pihak pemerintah untuk mengisytiharkan darurat
sekiranya berlaku sesuatu situasiyang boleh mengancam keselamatan dan ketenteraman dalam
negara dan darurat juga boleh diisytiharkan sekiranya kejadian-kejadian yang buruk dijangka berlaku.
Hal ini bermaskud, pengisytiharan darurat tidak semestinya menunggu sesuatu kejadian berlakuyang
boleh mengancam keselamatan dalam negara kerana ianya boleh diisytiharkanterlebih dahulu.Di
Malaysia, perisytiharan darurat hanya dibawah kebenaran atau diisytiharkanoleh Yang di-Pertua
Agong (YDPA), iaitu Ketua Negara Malaysia. Dalam konteksMalaysia, beberapa perisytiharan darurat
telah dibuat dalam negara setelah dikenal pastimengancam keselamatan negara. Perisytiharan
darurat yang pertama telah dibuat padatahun 1948 ketika negara sedang berhadapan dengan
ancaman komunis dan pada waktuini, negara masih lagi ditadbir oleh pihak Inggeris. Perisytiharan
darurat pertama ini telahdi tarik balik kemudiannya pada tahun 1960. Selain itu, perisytiharan
darurat yangseterusnya pula dibuat pada tahun 1964 apabila Malaysia berhadapan dengan
konfrontasidari Republik Indonesia yang dipimpin oleh Presiden Sukarno. Perisytiharan darurat
yangketiga pula diisytiharkan pada tahun 1966 yang hanya melibatkan Negeri Sarawak.
Perisytiharan ini dibuat bagi menyelesaikan konflik politik di negeri tersebut ekorandaripada krisis
politik yang melibatkan Ketua Menteri pada waktu itu iaitu, Datuk Stephen Kalong Ningkan yang
dikatakan tidak lagi dipercayai oleh ahli-ahli DewanUndangan Negeri tersebut. Pengisytiharan
darurat yang terakhir dibuat ialah pada tahun1977 di negeri Kelantan kerana krisis politik dan
ketidaktentuan yang timbul dalamkerajaan negeri. Masalah poiltik yang berlaku di Kelantan adalah
sama dengan krisis politik yang melanda Sarawak pada tahun 1966. Seterusnya, akan dibincangkan
denganlebih jelas mengenai beberapa peristiwa darurat yang pernah berlaku di Malaysia.
Subversif merupana satu tindakan yang boleh membawa ancaman kepada penduduk setempat.
Selain itu kegiatan subversif juga berkaitan dengan membangkitkan perasaan tidak suka kepada
YDPA atau mana2 kerajaan persekutuan.
Mengembangkan perasaan jahat dan permusuhan antara kaum.
Mendatangkan mudarat kepada perkhidmatan yang disediakn kepada orang ramai.
CONTOH KES SUBVERSIF :
Perhimpunan bersih
Kes melissa gooi
DARURAT
13 mei 1969
Ancaman komunis pada tahun 1948-1960