Upload
others
View
29
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PIKM/SEKRETARIAT/EDARANAHLI/2020(59) 3 DISEMBER 2020
SEMUA AHLI PIKM (U/P: Pengarah Urusan)
YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
SURAT EDARAN PIKM KE-59/2020: AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA 1990 (AKTA 446)
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah menguatkuasakan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) bermula 1 Jun 2020 dan penguatkuasaan sepenuhnya bermula 1 September 2020.
3. Antara lain, akta pindaan berkenaan bertujuan menambah baik standard penginapan pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini. Pelaksanaan dan penguatkuasaan meliputi semua majikan dan penyedia penginapan dari semua sektor pekerjaan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Akta 446 juga bertujuan untuk menambah baik Garis Panduan Penginapan Pekerja Asing 2018 yang telah disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
4. Majikan atau penyedia penginapan berpusat wajib mendapatkan Perakuan Penginapan secara atas talian melalui pautan: http://akta446.mohr.gov.my. Kesalahan menempatkan pekerja tanpa Perakuan Penginapan boleh dikenakan denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya.
5. Bersama ini dilampirkan dokumen-dokumen berkaitan Akta 446 seperti berikut:
5.1 Slaid oleh JTKSM berhubung Akta 446; 5.2 Soalan Lazim Akta 446; 5.3 Panduan Memohon Perakuan Penginapan.
6. Sebarang maklumat lanjut berhubung Akta 446, Ahli-ahli PIKM boleh menghubungi Ibu Pejabat JTKSM di talian 03-88865192, atau emel ke [email protected]. Sekian, terima kasih. Yang benar,
DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF PRESIDEN
SEKRETARIAT PIKM: UNIT 715 & 716, BLOK A, TINGKAT 7, KELANA BUSINESS CENTRE, JALAN SS7/2, KELANA JAYA, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : 03-7804 7359 / 03-7804 9358 FAKS : 03-7886 7246 / 03-7803 8691
Presiden DATO’ SRI HJ RAMLI B. HJ YUSUFF
Timbalan Presiden KAPTEN NAJMUDDIN B. MOHD IBRAHIM (B)
Naib Presiden MEJ. JEN. DATO’ MOHD YUNUS B. LONG (B)
SALIZA BT ABDULLAH
MOHAMMAD UBAIDILLAH B. IMAN
Setiausaha Kehormat
KU NORAZMI B. DATO’ HJ. IMAM ASMAWI
Bendahari Kehormat
IR. SOFIA BT DATO’ IR. JOHARI
Penolong Setiausaha ASSYANUR NASYRAH BT ISHAK Penolong Bendahari DATO’ HABIBULLAH B. DATO’ HJ AHMAD
Ahli-ahli Jawatankuasa DATO' HJ. JAAFAR B. HJ MAT
KAPTEN DATO’ ISMAIL B. ISHAK (B)
MOHD YUSOFF B. M DAUD
ADNAN B. ABDULLAH
ADILA B. DATO’ ABDULLAH
BRIG. JEN. DATO' ZAINAL B. ABD RAHMAN TUDM(B)
MOHAMMED FADZLAN B. MUSTAPA
DATO’ DR. BASANT SINGH SIDHU
DATUK ZAIDI B. MOHAMED
Juruaudit Dalaman MOHD HODORI B. SARBINI
ZAINAL ABIDIN BIN MD KASIM
Pengerusi Zon WP Kuala Lumpur DATO' ROSMARAYU BT MOKHTAR Pengerusi Zon Selangor DATUK SHANKER RAJ AYANGER Pengerusi Zon Johor DATUK MHD. TAHIR B. MOHD NOAH Pengerusi Zon Perak ZAITON BT MOHD NUSI Pengerusi Zon Kelantan AFENDI BIN MUKHTAR Pengerusi Zon Pahang MOHAMAD TARMIZI B. MOHAMAD GHANI Pengerusi Zon Pulau Pinang MUHAMMAD SYAFIQ B. ISHAK Pengerusi Zon Kedah & Perlis DATO’ PADUKA HJ AB RAHAMAN BIN JAPAR Pengerusi Zon Melaka DATO' GAN PENG LAM Pengerusi Zon Negeri Sembilan MEJ. MOHD ZAINAL B. JUNI (B) Pengerusi Zon Sabah KAPTEN MAZALAN B. FADZIL (B) Pengerusi Zon Sarawak SHAHARUDDIN B. SAMSI
Sekretariat Pengurus Besar JEFF NOR JETTEY
1 / 7
SOALAN LAZIM
MENGENAI AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN
KEMUDAHAN PEKERJA 1990 [AKTA 446]
1. Bilakah Akta ini mula berkuatkuasa?
Akta ini mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2020.
2. Kepada siapa Akta ini terpakai?
Akta ini terpakai kepada:
(i) majikan
(ii) penyedia penginapan berpusat
di semua sektor pekerjaan di seluruh Semenanjung Malaysia dan Wilayah
Persekutuan Labuan.
3. Apakah tujuan Akta ini ?
(i) Memberi liputan kepada semua sektor pekerjaan;
(ii) Menetapkan standard minimum perumahan dan kemudahan pekerja di
Malaysia, selari dengan piawaian antarabangsa;
(iii) Menangani elemen buruh paksa;
(iv) Melindungi hak dan kebajikan pekerja berkaitan penginapan;
(v) Meningkatkan kawalan dari segi keselamatan dan kesihatan pekerja; dan
(vi) Mewujudkan penginapan pekerja yang lebih sistematik dan kondusif bagi
tujuan perancangan pembangunan negara.
4. Apakah kehendak utama yang perlu dipatuhi oleh majikan dan penyedia
penginapan berpusat berkaitan penginapan atau penginapan berpusat yang
disediakan kepada pekerja?
Semua penginapan atau penginapan berpusat yang disediakan perlu mendapat
Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah Tenaga Kerja.
5. Adakah perumahan di estet dan lombong di kawasan Majlis Daerah perlu
mendapatkan Perakuan Penginapan?
Tidak perlu.
2 / 7
6. Apakah kesannya jika majikan dan penyedia penginapan berpusat beroperasi
tanpa Perakuan Penginapan?
Majikan Boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000
Penyedia Penginapan
Berpusat
Denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak
melebihi 1 tahun atau kedua-duanya
7. Bagaimanakah cara majikan dan penyedia penginapan berpusat membuat
permohonan bagi mendapatkan Perakuan Penginapan?
A. SEBELUM PERMOHONAN DI JTKSM
Dokumen yang perlu disediakan:
(i) Jika membina bangunan;
a) Perakuan Siap dan Pematuhan / Certificate of Completion and
Compliance (CCC) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
(ii) Jika bangunan sementara atau bangunan bukan kediaman;
a) Kelulusan Permit Bangunan bagi suatu tempoh terhad daripada
PBT; atau
b) Kelulusan Menukar Syarat Bangunan atau Kelulusan Ubahsuai
Bangunan daripada PBT.
(iii) Jika bangunan adalah sewaan;
a) Kelulusan atau kebenaran daripada PBT (jika berkenaan).
B. SEMASA MEMBUAT PERMOHONAN DI JTKSM
(i) Membuat permohonan bagi setiap penginapan atau penginapan
berpusat secara dalam talian di Sistem Permohonan Perakuan
Penginapan (http://akta446.mohr.gov.my/);
(ii) Menyediakan Fi Pemprosesan bagi Permohonan Perakuan
Penginapan atas nama Ketua Pengarah Tenaga Kerja bagi setiap
permohonan seperti kadar di jadual berikut:
KATEGORI
PEMOHON
KAPASITI PEKERJA
DALAM PENGINAPAN
KADAR
FI PEMPROSESAN
Majikan
10 orang atau kurang RM100
Lebih daripada 10 orang RM300
Penyedia
Penginapan
Berpusat
500 orang atau kurang RM2,000
Lebih daripada 500 orang RM5,000
3 / 7
(iii) Menyediakan salinan Pendaftaran Syarikat (SSM); dan
(iv) Menyediakan salinan dokumen yang perlu dilampirkan (yang
berkenaan):
a) Perakuan Siap dan Pematuhan / Certificate of Completion and
Compliance (CCC);
b) Kelulusan Permit Bangunan bagi suatu tempoh terhad;
c) Kelulusan Menukar Syarat Bangunan (jika berkaitan);
d) Kelulusan Ubahsuai Bangunan (jika berkaitan)
e) Kelulusan / Kebenaran menyewa bangunan;
f) Perjanjian Sewaan Bangunan untuk bangunan yang disewa;
g) Pelan Lantai; dan
h) Gambar luar bangunan dan di dalam bangunan (Bilik tidur, ruang
tamu, dapur, tandas dan bilik air
(v) Mengemukakan dokumen seperti di senarai semak ke Pejabat Tenaga
Kerja yang berhampiran.
8. Apakah jenis bangunan yang boleh digunakan sebagai penginapan atau
penginapan berpusat?
(i) Rumah Teres;
(ii) Rumah Kedai;
(iii) Banglo;
(iv) Pangsapuri / Flat;
(v) Rumah Kampung;
(vi) Kedai Pejabat ;
(vii) Kabin;
(viii) SoHo/SoFo; dan
(ix) Lain-Lain Yang Dibenarkan Oleh PBT.
4 / 7
9. Bagaimanakan majikan dan penyedia penginapan berpusat menentukan
kapasiti bilangan penghuni dalam penginapan atau penginapan berpusat?
KELAS
BANGUNAN ILUSTRASI CARA PENGIRAAN
Bukan
Dormitori
Dormitori
10. Apakah kemudahan-kemudahan yang perlu disediakan oleh majikan dan
penyedia penginapan berpusat (bagi setiap penginapan atau penginapan
berpusat)?
BIL. KELAS BANGUNAN KEHENDAK MINIMUM
1. Penginapan atau
penginapan berpusat
yang bukan berbentuk
dormitori
(i) Satu ruang rehat;
(ii) Satu ruang makan dengan kerusi dan meja;
(iii) Bilik tidur;
(iv) Satu ruang dapur;
(v) Bilik air dan tandas (sama ada berasingan
atau bersekali) mengikut nisbah 1 bilik air dan
tandas : 6 pekerja;
(vi) Kipas bagi setiap ruang rehat, ruang makan
dan bilik tidur;
(vii) Lampu bagi setiap ruang rehat, ruang makan
dan bilik tidur;
Luas dormitori / 3 meter ² = Bilangan maksimum pekerja yang boleh ditempatkan di dalam satu bilik asrama / dormitori
5 / 7
BIL. KELAS BANGUNAN KEHENDAK MINIMUM
(viii) Satu ruang untuk menyidai pakaian;
(ix) Satu alat pertolongan cemas (first aid-kit); dan
(x) Tong sampah.
2. Penginapan atau
penginapan berpusat
yang berbentuk
dormitori
(i) Satu ruang rehat;
(ii) Satu ruang makan dengan kerusi dan meja;
(iii) Ruang tidur;
(iv) Satu ruang dapur;
(v) Bilik air dan tandas (sama ada berasingan
atau bersekali) mengikut nisbah 1 bilik air dan
tandas : 15 pekerja;
(vi) Kipas bagi setiap ruang rehat, ruang makan
dan ruang tidur;
(vii) Lampu bagi setiap ruang rehat, ruang makan,
ruang tidur, ruang dapur, bilik air dan tandas;
(viii) Satu ruang untuk menyidai pakaian;
(ix) Satu alat pertolongan cemas (first aid-kit); dan
(x) Tong sampah.
11. Apakah kemudahan asas yang perlu disediakan oleh majikan dan penyedia
penginapan berpusat kepada setiap pekerja yang tidak boleh dikongsi dengan
pekerja lain?
(i) Katil bersaiz tidak kurang daripada 1.7 meter persegi (katil single atau katil
double decker);
(ii) Tilam yang tebalnya tidak kurang daripada 4 inci;
(iii) Bantal dan selimut; dan
(iv) Almari berkunci (0.35 meter panjang x 0.35 meter lebar x 0.9 meter tinggi).
12. Apakah keperluan lain yang wajib disediakan oleh majikan dan penyedia
penginapan berpusat setiap masa?
Bekalan air dan bekalan elektrik.
13. Apakah tanggungjawab majikan dan penyedia penginapan berpusat berkenaan
keselamatan dan kesihatan bagi penginapan atau penginapan berpusat yang
disediakan?
(i) Menyediakan penginapan yang berasingan untuk pekerja berlainan jantina;
(ii) Mengambil langkah pencegahan yang perlu bagi memastikan keselamatan
dan kesejahteraan pekerja;
(iii) Mengambil langkah keselamatan kebakaran;
6 / 7
(iv) Mengambil langkah keselamatan sistem pendawaian elektrik;
(v) Memastikan pekerja menerima bantuan perubatan yang diperlukan;
(vi) Mengambil langkah pencegahan untuk membendung penyebaran penyakit
berjangkit;
(vii) Membuat penyelenggaraan; dan
(viii) Melantik ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’.
14. Apakah tanggungjawab ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’?
(i) Memastikan pekerja mematuhi peraturan di penginapan atau penginapan
berpusat;
(ii) Melawat dan memeriksa penginapan atau penginapan berpusat sekurang-
kurangnya 2 kali sebulan dan menyimpan rekod pemeriksaan; dan
(iii) Membawa pekerja yang sakit ke hospital dan menyimpan rekod aduan
kesihatan.
15. Siapakah yang boleh dilantik sebagai ‘orang yang bertanggungjawab bagi
penginapan’?
Majikan dan penyedia penginapan berpusat boleh melantik pekerjanya sendiri atau
pihak lain sebagai ‘orang yang bertanggungjawab bagi penginapan’.
16. Apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh majikan dan penyedia
penginapan berpusat bagi mencegah penyakit berjangkit?
(i) Memastikan pekerja diperiksa kesihatannya atas perbelanjaan majikan;
(ii) Membawa pekerja ke hospital jika perlu;
(iii) Mengkuarantin pekerja apabila diarahkan;
(iv) Menyahkuman kawasan gunasama dengan kerap;
(v) Memastikan pekerja diberi imunisasi atas perbelanjaan majikan;
(vi) Mengambil langkah-langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit
seperti COVID-19;
(vii) Merujuk kepada pegawai perubatan kesihatan sekiranya terdapat gejala
penyakit berjangkit seperti COVID-19 dan yang lain.
17. Apakah rekod-rekod yang perlu disediakan dan disimpan oleh majikan dan
penyedia penginapan berpusat untuk diperiksa oleh Jabatan Tenaga Kerja?
(i) Senarai nama pekerja yang menghuni penginapan;
(ii) Rekod penyelenggaraan penginapan;
(iii) Rekod kesihatan pekerja yang menghuni penginapan;
(iv) Jadual lawatan pemeriksaan penginapan pekerja oleh majikan atau penyedia
penginapan berpusat; DAN
(v) Buku rekod aduan kesihatan pekerja di penginapan.
7 / 7
18. Bolehkah majikan membuat potongan gaji terhadap semua kemudahan yang
disediakan di dalam penginapan?
Tidak boleh. Kesemua kemudahan tersebut adalah atas tanggungjawab majikan.
19. Apakah majikan wajib melaporkan penempatan pekerjanya di penginapan yang
disediakan sendiri atau di penginapan berpusat?
Ya. Laporan perlu dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerjanya ditempatkan
dalam penginapan atau penginapan berpusat.
Kegagalan melapor merupakan suatu kesalahan dan, boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika disabitkan.
20. Apakah status penginapan atau penginapan berpusat yang telah dibina dan
diduduki sebelum Akta ini berkuatkuasa?
Penginapan atau penginapan berpusat tersebut boleh digunakan tetapi majikan dan
penyedia penginapan berpusat perlu memohon Perakuan Penginapan dengan serta
merta di Pejabat Tenaga Kerja yang berhampiran.
21. Apakah status Penyedia Penginapan Berpusat yang beroperasi sebelum Akta
ini berkuatkuasa?
Penyedia Penginapan Berpusat yang telah beroperasi sebelum kuat kuasanya Akta
ini perlu membuat permohonan semula ke JTKSM untuk mendapatkan Perakuan
Penginapan.
22. Adakah majikan bertanggungjawab untuk menyediakan penginapan kepada
pekerja bersama tanggungannya?
Tidak, majikan tidak bertanggungjawab untuk menyediakan penginapan kepada
pekerja bersama tanggungannya.
23. Sebarang pertanyaan berhubung isu-isu ini bolehlah hubungi:
(i) Pejabat Tenaga Kerja berhampiran (senarai penuh di laman sesawang rasmi
di http://jtksm.mohr.gov.my/ms/);
(ii) E-mel ke [email protected]
JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA
28 OGOS 2020
1 / 3
PANDUAN MEMOHON PERAKUAN PENGINAPAN DI BAWAH SEKSYEN 24D
AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN
KEMUDAHAN PEKERJA 1990 [ AKTA 446 ]
1. Majikan dan penyedia penginapan berpusat hendaklah terlebih dahulu mendapatkan
kelulusan atau kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengenai
bangunan yang akan digunakan sebagai penginapan atau penginapan berpusat
sebelum mengemukakan permohonan Perakuan Penginapan.
2. Hanya majikan dan penyedia penginapan berpusat yang menyediakan penginapan
atau penginapan berpusat kepada pekerja yang disyaratkan untuk memohon
Perakuan Penginapan.
3. Jenis-jenis bangunan yang boleh digunakan sebagai penginapan atau penginapan
berpusat:
(i) Rumah teres / berkembar / banglo;
(ii) Pangsapuri / Flat / Kondominium;
(iii) Townhouse;
(iv) Rumah kedai;
(v) Kedai Pejabat;
(vi) Rumah Kampung;
(vii) Kabin/Rumah Kongsi;
(viii) SoHo/SoFo;
(ix) Lain-lain bangunan bukan kediaman yang diubahsuai bagi kegunaan
penginapan dan mendapat kelulusan PBT mengikut piawaian yang ditetapkan.
Sila baca dengan teliti panduan ini sebelum mengisi dan menghantar permohonan
Perakuan Penginapan. Sila ambil perhatian bahawa sebarang kesilapan dan
dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak diproses.
2 / 3
4. Setiap penginapan atau penginapan berpusat hendaklah mematuhi kehendak seperti
di Jadual 1.
Jadual 1: Jenis Penginapan atau Penginapan Berpusat dan Kriteria
PENGINAPAN
BERBENTUK DORMITORI
PENGINAPAN
SELAIN DORMITORI
Ruang Tidur 3 meter persegi 3.6 meter persegi
Kemudahan
sanitari 1 tandas :15 pekerja 1 tandas : 6 pekerja
Kemudahan yang
tidak boleh
dikongsi
Katil bersaiz tidak kurang daripada 1.7 meter persegi
Tilam yang tebalnya tidak kurang daripada 4 inci (10.2 cm)
Bantal dan selimut
Almari berkunci bersaiz tidak kurang daripada 0.35 meter
panjang, 0.35 meter lebar dan 0.9 meter tinggi untuk
penyimpanan selamat barangan berharga pekerja.
Kemudahan untuk
gunasama pekerja
Ruang gunasama (ruang tamu)
Kipas dan lampu
Ruang dapur
Ruang menyidai pakaian
Tong sampah
Alat pertolongan cemas / first aid kit
5. Prosedur Permohonan Perakuan Penginapan
(i) Permohonan bagi setiap penginapan atau penginapan berpusat hendaklah
dibuat secara dalam talian melalui Sistem Permohonan Perakuan Penginapan
(http://akta446.mohr.gov.my/) dan dicetak Akuan Penerimaan Permohonan.
(ii) Dokumen seperti senarai di bawah hendaklah disediakan:
BIL. DOKUMEN
A. Pendaftaran Syarikat (SSM)
B. Perjanjian Sewaan Bangunan / Perjanjian Jual Beli / Certificate of
Completion and Compliance (CCC)
C. Pelan Lantai oleh Pelukis Plan Berdaftar
D. Salinan Surat Kelulusan/Kebenaran daripada PBT :
(i) Kelulusan Permit Bangunan bagi suatu tempoh terhad (bagi
penginapan sementara); atau
(ii) Kelulusan Menukar Syarat Bangunan (daripada komersial
kepada penginapan contoh Gudang kepada asrama)
3 / 3
(iii) Kelulusan Ubahsuai Bangunan (jika berkaitan)
E. Gambar luar bangunan dan di dalam bangunan
(Bilik tidur, ruang tamu, dapur, tandas dan bilik air)
(iii) Majikan dan Penyedia Penginapan Berpusat yang mempunyai beberapa
penginapan atau penginapan berpusat di lokasi alamat yang berbeza perlu
mengemukakan permohonan berasingan bagi setiap alamat penginapan
atau penginapan berpusat tersebut.
(iv) Akuan Penerimaan Permohonan Perakuan Penginapan yang telah dicetak
beserta dokumen seperti senarai semak hendaklah dikemukakan ke Pejabat
Tenaga Kerja berhampiran dan disertakan bayaran Fi Pemprosesan bagi
Permohonan Perakuan Penginapan seperti di Jadual 2.
(v) Fi Pemprosesan bagi Permohonan Perakuan Penginapan atas nama Ketua
Pengarah Tenaga Kerja hendaklah disediakan dalam bentuk bank draf, wang
pos atau kiriman wang.
Jadual 2: Fi Pemprosesan Bagi Permohonan Perakuan Penginapan
KATEGORI
PEMOHON
KAPASITI PEKERJA
DALAM PENGINAPAN
KADAR FI
PEMPROSESAN
Majikan 10 orang atau kurang RM100
Lebih daripada 10 orang RM300
Penyedia
Penginapan
Berpusat
500 orang atau kurang RM2,000
Lebih daripada 500 orang RM5,000
6. Tatacara semasa mengambil Perakuan Penginapan (setelah diluluskan)
(i) Hanya Pengarah Syarikat / Rakan kongsi / Pemilik Syarikat sahaja yang
dibenarkan untuk hadir mengambil Perakuan Penginapan (semakan akan
dibuat kepada Salinan SSM).
(ii) Wakil syarikat yang hadir dikehendaki membawa bersama:
a) Surat Wakil Kuasa dari Pengarah Syarikat / Ketua Operasi Syarikat
(COO) / Ketua Eksekutif Syarikat (CEO); dan
b) Salinan Kad Pengenalan Pengarah Syarikat / Rakan Kongsi / Pemilik
Syarikat / Pengerusi atau Setiausaha (Koperasi).
Sebarang maklumat lanjut boleh didapati dari Pejabat Tenaga Kerja berhampiran atau melalui
laman sesawang http://jtksm.mohr.gov.my atau melalui e-mel [email protected]
JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA
01 OKTOBER 2020