E4800 Programmable Logic Controllers UNIT3

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT3

    1/7

    3.0 DEFINASI, FUNGSI DAN BINAAN

    Sebelum anda mempelajari PLC secara terperinci, perkara-perkara yang perlu

    di pelajari terlebih dahulu adalah seperti berikut :

    Definisi PLC

    Latarbelakang PLC

    Fungsi PLC

    Jenis-Jenis Binaan PLC

    Kelebihan PLC

    Rekabentuk Perkakasan PLC

    3.1 DEFINISI PLC

    Untuk pengetahuan anda, PLC di definisikan oleh National Electrical

    Manufacturers Association of Amerika ( NEMA ) sebagai :

    Satu sistem elektronik beroperasi digital yang digunakan di dalam

    persekitaran industri, yang mana menggunakan ingatan yang boleh diaturcara

    untuk simpanan dalaman ke atas arahan-arahan untuk melaksanakan fungsi

    tertentu seperti logik, turutan, pemasaan, pembilang dan pengiraan matematik

    untuk mengawal berbagai mesin atau proses melalui modul masukan dan

    keluaran digital ataupun analog.

    3.2 LATARBELAKANG PLC

    Di antara faktor awal yang mengujudkan rekaan dan pembangunan sistem

    kawalan yang boleh di aturcarakan adalah seperti berikut :

    3.2.1 Keperluan kos yang rendah

    3.2.2 Penggunaan secara pintar

    3.2.3 Pengawal yang mudah dikawal

    16

    16

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT3

    2/7

    PLC yang pertama telah direka oleh sekumpulan jurutera di Syarikat General

    Motor (GM), Amerika Syarikat dalam tahun 1968 bila syarikat tersebut

    mencari kaedah lain untuk menggantikan sistem kawalan geganti yang rumit.

    Mereka juga telah menetapkan bahawa spesifikasi sistem kawalan yang baru ini mestilah memenuhi keperluan berikut :

    3.2.4 Mudah diaturcarakan

    3.2.5 Tidak perlu pendawaian semula keatas sistem kawalan jika berlaku

    perubahan keatas aturcara

    3.2.6 Lebih kecil, murah dan keboleharapan yang tinggi.

    3.2.7 Binaannya ringkas dan penyelenggaraanya murah.

    3.2.8 Kos yang kompetitif.

    3.3 FUNGSI DAN JENIS BINAAN PLC

    3.3.1 FUNGSI PLC

    PLC boleh melakukan pelbagai fungsi, diantarannya adalah seperti berikut :

    JENIS KAWALAN FUNGSI

    Kawalan Jujukan a. Pengganti Geganti Kawalan

    Logik Konventional

    b. Pemasa / Pembilang

    c. Pengganti Kad Kawalan Papan Litar

    Bercetak

    d. Pengawal Mesin dan Proses bagi Kawalan

    Automatik, Separuh Automatik dan Manual

    Kawalan Canggih a. Menyelesaikan Operasi Matematik

    ( +, , , x )

    b. Menguruskan Maklumat

    c. Kawalan Analog ( suhu, tekanan dll. )

    d. Kawalan Motor Servo

    17

    17

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT3

    3/7

    e. Kawalan Motor Pelangkah

    f. Kawalan P.I.D

    ( Propotional Integral - Derivation )

    Kawalan Seliaan a. Proses Paparan dan Penggera

    b. Diagnosis dan Paparan Kerosakan

    c. Antaramuka dengan Komputer

    ( RS 232C / RS 422 )

    d. Antaramuka Pencetak / ASCII

    e. Rangkaian Automasi Kilang

    g. Rangkaian Kawasan Tempatan (LAN)

    h. Rangkaian Kawasan Meluas (WAN)

    i. Automasi Kilang (FA), Sistem Pengilangan

    Bolehlentur (FMS), Pengilangan Bersepadu

    Komputer (CIM) dll.

    3.3.2 JENIS-JENIS BINAAN PLC

    Rajah 3.3.2 di bawah menunjukkan beberapa jenis binaan PLC yang terdapat

    di pasaran masa kini.

    18

    18

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT3

    4/7

    Rajah 3.3.2 : Jenis-Jenis Binaan PLC

    3.4 KELEBIHAN PLC

    Kelebihan-kelebihan PLC adalah seperti berikut :

    Tempoh perlaksanaan sesuatu projek kawalan yang pendek.

    Mudah dibuat pengubahsuiaan aturcaranya.

    Pengiraan kos projek yang tepat.

    Memerlukan masa latihan yang pendek.

    Rekabentuk sistem kawalan mudah diubah dengan menggunakan perisian.

    Aplikasi kawalan yang meluas.

    Penyelenggaraannya mudah.

    Kebolehharapannya tinggi.

    Perkakasan pengawal yang piawai.

    Ketahanan kepada masalah persekitaran proses( suhu, lembapan,

    19

    19

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT3

    5/7

    ketidakstabilan voltan dan hingar ) yang baik.

    Rajah 3.5 : Rekabentuk Sebuah Mikrokomputer Asas

    3.5 UNIT PEMPROSESAN PUSAT

    Unit ini merupakan unit yang terpenting di dalam binaan sesebuah PLC.

    Di dalam unit ini terletaknya satu cip litar terkamil iaitu cip mikropemprosesyang mengawal keseluruhan proses operasi kawalan PLC. Mikropemproses

    mengandungi unit arithmatik , unit kawalan dan beberapa bilangan unit

    ingatan yang dikenali sebagai pendaftar. Sila rujuk rajah 3.5 di atas.

    3.6 UNIT INGATAN

    Rajah 3.5 di atas menunjukkan unit ingatan yang terdapat di dalam rekabentukdalaman PLC. Unit ini mengandungi DUA ( 2 ) jenis ingatan iaitu :

    3.6.1 RAM (RANDOM ACCESS MEMORY)

    RAM adalah ingatan jenis baca / tulis dan mudah diaturcarakan dan

    diperbaiki.

    Semua aturcara pengguna disimpan di dalam ingatan ini. Aturcara ini pula

    akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskan kepadanya.

    20

    20

    Mikro -Pemproses

    ( UPP )

    ROM

    SistemOperasi

    RAM

    Aturcaradan Data

    UnitInput

    UnitOutput

    BUS DATA

    BUS KAWALAN

    BUS ALAMAT

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT3

    6/7

    3.6.2 ROM ( READ ONLY MEMORY)

    ROM adalah ingatan jenis baca sahaja. Aturcara sistem disimpan di dalam

    ingatan ini. Aturcara ini tidak akan hilang apabila bekalan kuasa diputuskankepadanya. Peralatan khas digunakan untuk memadam aturcara yang terdapat

    di dalamnya.

    3.7 UNIT INPUT DAN OUTPUT

    Merujuk kepada rajah 3.5 , unit input dan unit output adalah merupakan unit

    yang terdapat di dalam rekabentuk dalaman PLC. Unit Input adalah unit

    dimana peranti masukan ( suis , penderia ) disambungkan kepadanya.

    Manakala Unit Output pula adalah merupakan unit untuk peranti keluaran

    ( lampu , motor ) disambungkan kepadanya.

    3.8 UNIT PAPARAN DAN PENUNJUK

    Unit paparan dan penunjuk merujuk kepada paparan status geganti dalaman

    PLC. Ini dapat dilihat pada Konsol Pengaturcaraan jika pengguna

    menggunakan kaedah pengaturcaraan kod mnemonik dan Skrin Komputer jika

    pengguna menggunakan kaedah pengaturcaraan perisian.

    3.9 UNIT HOUSING

    Unit ini memberikan perlindungan kepada litar dan komponen komponen

    dalaman PLC.

    3.10 UNIT PENGATURCARAAN

    Unit pengaturcaraan sesuatu PLC terdiri daripada dua peranti iaitu :

    Konsol Pengaturcaraan.

    Komputer.

    3.11 UNIT STORAN SEKUNDER

    21

    21

  • 8/2/2019 E4800 Programmable Logic Controllers UNIT3

    7/7

    Unit ini berhubungkait dengan Unit Pemprosesan Pusat di mana semua

    aturcara dan maklumat disimpan.

    3.12 UNIT VDU ( Video Display Unit)

    Unit yang memproses maklumat operasi dan status sistem yang akan di

    paparkan oleh PLC.

    3.13 UNIT BEKALAN KUASA

    Unit ini membekalkan kuasa kepada Unit Pemprosesan Pusat, Unit Input dan

    Unit Output.

    3.14 UNIT PENCETAK

    Unit ini digunakan untuk mencetak aturcara sesuatu sistem kawalan yang

    dikawal oleh PLC samada secara grafik ataupun teks.

    22

    22