18
[1] Faktor Baka Pengertian Baka Beberapa pandangan atau pengertian tentang baka telah dibuat oleh ahli-ahli psikologi: J.A. Thomsom Baka ialah satu istilah yang menyatakan perhubungan genetic di antara generasi manusia. Amram Scheinfeld Baka adalah menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait fizikal dan mental. Ernest R. Hilggard Baka adalah segala ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen. Faktor- faktor Kebakaan a) Kromosom Kesimpulan tentang baka Baka menentukan struktur organ Baka adalah diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak- anak Baka menguasai penyuburan fizikal dan mental Trait-trait adalah sama dengan ibu bapa, misalnya warna rambut

Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[1]

Faktor BakaPengertian Baka

Beberapa pandangan atau pengertian tentang baka telah dibuat oleh ahli-ahli psikologi:

J.A. Thomsom Baka ialah satu istilah yang menyatakan perhubungan genetic di antara generasi manusia.

Amram Scheinfeld Baka adalah menentukan persamaan-persamaan di antara ibu bapa dengan anak-anaknya dan di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi trait-trait fizikal dan mental.

Ernest R. Hilggard Baka adalah segala ciri biologi yang diperturunkan melalui ibu bapa kepada anak-anaknya melalui gen-gen.

Faktor- faktor Kebakaan

a) Kromosom

Kesimpulan tentang baka

Baka menentukan struktur organ

Baka adalah diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak

Baka menguasai penyuburan fizikal dan mental

Trait-trait adalah sama dengan ibu bapa, misalnya warna rambut

Page 2: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[2]

b) Gen

c) Kelenjar

d) Hormon

a) Kromosom

Kromosom terjadi daripada gen-gen. Gen-gen ialah butir-butir halus dan bilangannya lebih kurang tiga puluh ribu. Butir-butir gen ini menjadi empat puluh kromosom bagi manusia. Dengan cara pembahagian sel (proses meiosis), sel telur daripada perempuan dan sel sperma daripada lelaki akan kehilangan setengah-setengah daripada kromosomnya. Apabila sperma dan telur bersatu, maka kedua-dua bahagian yang mengandungi separuh kromosom tadi akan menjadi satu sel yang mengandungi jumlah bilangan kromosom yang normal semula. Gen yang terkandung di dalam kromosom adalah pembawa baka kanak-kanak.Kanak-kanak pula akan tumbuh dan mengembang.

b) Gen

Kanak-kanak memperolehi potensi perkembangan yang tersimpan di dalam nukleus dan struktur sel yang berkenaan daripada bapa dan ibunya. Agen perkembangan yang menguasai baka ialah gen. Gen juga disifatkan sebagai penentu organism. Interaksi di antara pelbagai gen telah mempengaruhi pertumbuhan kesemua struktur fizikal pada seluruh anggota badan.

c) Kelenjar

Kanak-kanak dilahirkan dengan kelegkapan sistem-sistem yang termasuk sistem saraf, sistem pengedaran darah, sistem pernafasan, sistem penghadaman makanan dan kelenjar. Kelenjar mengeluarkan hormon untuk menggalakkan perkembangan dan mengekalkan fungsi-fungsi badan untuk berinterkasi dengan persekitaran. Kelejar tiroid , kelenjar pankreas, dan kelenjar pituitari mula bekerja daripada masa tian lagi. Kelenjar jantina berkembang pada masa seseorang itu mencapai akil baligh

Page 3: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[3]

.

d) Hormon

Hormon adalah bahan kemikal yang dikeluarkan oleh kelenjar-kelenjar di dalam badan dan disalurkan oleh peredaran darah ke organ-organ lain untuk melicinkan perjalanan sistem lain dan seterusnya melicinkan perkembangan badan.

Hormon Dikeluarkan oleh kelenjar

Fungsi

1. Pituitari Pituitari Pertumbuhan badan jantina

2. Tiroksina Tiroid a. Terlebihnya akan menyebabkan seseorang itu merasa resah gelisah dan aktif

b. Kekurangannya akan menyebakan seseorang itu merasa lembab dan lesu

3. Insulin Pankreas Mengawal banyaknya gula di dalam darah. Ia membolehkan gula di dalam darah ditukar menjadi tenaga

4. Adrenalin Adrenal Ia menyebabkan kecepatan denyutan jantung, menaikkan tekanan

Page 4: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[4]

a darah, menyebabkan hati mengeluarkan simpanan gula dan membanyakkan peringkat gula di dalam darah bagi menambahkan tenaga.

Menghentikan fungsi penghadaman makanan buat sementara.

Membolehkan seseorang itu bertindak dengan cepat dan kuat.

5. Noradrenalina

Adrenal Menyebabkan seseorang itu kembaiikan keadaan yang beremosi kepada keadaan yang normal dan terang.

6. Steroid Adrenal Mengekalkan keseimbangan garam di dalam badan dan membolehkan protein bertukar menjadi gula dan seterusnya menjadi tenaga.

7. Testosteron

Testis Menghasilkan sperma dan merangsang perkembangan ciri seks sekunder lelaki seperti pertumbuhan misai dan janggut serta perubahan suara menjadi lebih garau.

8. Estrogen Ovari Merangsang perkembangan ciri seks sekunder perempuan seperti perkembangan payu dara dan punggung. Hormon ini juga menyebabkan penebalan jika persenyawaan berlaku.

Faktor Persekitaran

Pengertian Persekitaran

Page 5: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[5]

Persekitaran adalah alam sekeliling di mana bukan sahaja selepas lahir tetapi termsuk juga di peringkat pra-lahir.

Pranatal(Pra Lahir)

Normal L. Munn

Persekitaran ialah segala benda yang ada di sekeliling unit-unit kebakaan

W. Edgar Vinacke

Persekitaran ialah segala kuasa-kuasa nyata yang kompleks di mana boleh mempengaruhi tingkah laku individu

Amrom Schenfield

Persekitaran adalah segala benda yang ada di luar diri individu dan faktor bakanya yang bermula daripada peringkat persenyawaan

A)Pemakanan

Makanan seharian ibu mengandung seharusnya mengandungi ketujuh-tujuh kumpulan makanan, iaitu, karbohidrat, protein, lipid, vitamin,garam mineral, air dan serabut. Howard dan Cronk(1983) mendapati dalam sesetengah kes, jika ibu kurang zat makanan pada akhir waktu hamil boleh menyababkan bayi mengalami kerencatan akal.

B) Kesihatan Ibu

Ibu yang hamil harus menjaga kesihatannya dengan memakan pemakanan yang seimbang dan mengurangkan pengambilan gula dan garam untuk mengelakkan penyakit seperti kencing manis dan berdarah tinggi. Ibu yang hamil perlu menjalani pemeriksaan doktor mengikut jadual yang ditetapkan. Ibu hamil juga mesti menjaga kebersihan dirinya dengan mandi setiap hari dan memakai pakaian yang longgar dan selasa serta tidak memakai kasut bertumit. Ibu hamil perlu bersenam dan mengambil masa tidur yang cukup( lebih kurang 8 jam).

C)Penyalahgunaan Dadah

Wanita hamil yang menagih dadah seperti heroin, kokien dan metadon akan melahirkan bayi yang cacat atau bayi yang terecat akal. Jika ibu minum alcohol semasa hamil, bayinya mungkin mengalami “ fetal alcohol syndrome” iaitu jarak mata bayi lebar, kepala kecil, jantung dan sendi-sendi tidak dapat berfungsi dengan betul, hiperaktif dan lain-lain.

Page 6: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[6]

E) Kesan X-Ray

Kajian menunjukkan kesan X-ray pada ibu mengandung boleh menyebabkan kecacatan pada bayi yang dikandungnya ( Hamid Arshat, 1990). Sinaran lain seperti sinaran laser ( merawat kanser) dan radio aktif juga boleh menyebabkan kecacatan bayi.

D) Faktor Rh darah

Apabila perempuan berdarah Rh-negatif berkahwin dengan lelaki yang berdarah Rh-positif, anak-anak mereka biasanya berdarah Rh-positif.

Dalam hal ini di mana perempuan yang hamil mempunyai darah Rh-negatif, beberapa sel darah daripada fetus mungkin mengalir melalui uri dan memasuki darah ibunya. Maka tisu ibunya akan menjanakan antibody yang berupaya memusnahkan sel darah yang “tidak diundang” ini. Biasanya tiada apa-apa yang serius terjadi semasa kehamilan pertama. Tetapi semasa kehamilan kedua dan ketiga, mungkin terdapat cukup antibody di dalam darah ibu dan apabila ia mengalir ke dalam darah fetus melalui uri ia mula memusnahkan sel darah fetus sehingga mengakibatkan anemia ( penyakit kurang sel darah merah). Sekiranya tidak dirawat, pasangan ini mungkin hanya mempunyai seorang anak sahaja dan mengalami keguguran pada kehamilan anak kedua dan ketiga.

Tetapi dengan majunya dunia perubatan, penyakit darah ini telah dapat diatasi. Selepas melahirkan anak pertama, wanita tersebut harus diberi suntikan “ immunoglobulin Rh” untuk mencegah tubuhnya daripada menghasilkan antibody tersebut. Suntikan harus diberi dalam masa 72 jam pertama, setiap kali selepas pengakhiran kehamilan, sama ada pengakhiran itu melalui kelahiran anak secara biasa atau pengguguran secara sengaja atau tidak.

F) Emosi Ibu

Kajian membuktikan emosi ibu yang tegang semasa mengandung, akan melahirkan bayi yang suka menangis atau merasakan dunia ini tidak selamat ( Thompson, 1970 dalam Jas Laile Suzana Jaafar, 1996). Sontang (1994) pula mendapati aktiviti janin akan meningkat secara mendadak apabila ibunya mengalami tekanan emosi. Oleh itu sebaiknya ibu-ibu yang hamil haruslah menjaga emosi mereka sentiasa tenang dan tenteram , agar bayinya akan menjadi anak yang periang dan tenang emosinya.

D) Sekolah

Melalui sekaloh, individu belajar tentang norma kumpulan dan peraturan dalam kumpulan yang lebih besar, yang hampir sama dengan masyarakat. Individu juga belajar lebih mendalam tentang nilai-nilai moral dan pergaulan dalam masyarakat. Nilai-nilai seperti tingkah laku baik dan tingkah laku buruk sangat ditegaskan agar individu dapat mematuhi kehendak masyarakat di mana dia berada.

Bilangan pelajar dalam sesuatu kelas juga akan mempengaruhi pembentukan sahsiah dan sikap individu. Sekiranya bilangan murid-murid kecil, guru dapat menumpukan lebih perhatian kepada individu daripada kelas yang bilangan muridnya lebih besar. Guru-guru di kawasan Bandar berusaha lebih giat untuk memajukan sekolah sebab ekspektasi ibu bapa yang beraspirasi tinggi terutama sekolah-sekolah di kawasan kediaman elit.

Page 7: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[7]

Faktor Selepas Lahir

G) Umur Ibu

Umur ibu semasa mengandung ada hubungan dengan risiko kematian janin ( Kessner, 1973). Semakin muda umur ibu semakin berisiko atau cenderung ia mengalami keguguran, anak tidak cukup bulan atau kematian anak. Ibu yang berumur antara 20-35 merupakan masa yang paling baik untuk melahirkan anak ( Jas Laile Suzana Jaafar, 1996)

Ibu yang berumur 40 tahun pula, mungkin mengalami keabnormalan kromoson dan melahirkan bayi monggoloid atau bayi sindrom down. Keabnormalan baka juga boleh menghasilkan anak sindrom turner ( wanita yang hanya ada satu kromosom x iaitu keadaan xo ) dan sindrom kleinfelter ( berlaku di kalangan lelaki yang mempunyai kelebihan satu kromosom x dalam bentuk xxy) .

Umur bapa juga mempengaruhi bayi yang dilahirkan,. Semakin tinggi umur bapa, semakin tinggi risiko berlakunya mutasi pada sperma dan ini boleh menyebabkan kelahiran bayi yang sindrom down.

H) Agen-agen Teratonik dan Penyakit Ibu

Taratogen ialah bahan-bahan persekitan yang menyebabkan kod-kod genetik berubah yang kemudiannya menyebabkan keabnormalan. Misalnya deman rubella boleh menyebabkan buta, pekak dan kerencatan mental kepada bayi. Empat bulan pertama merupakan tempoh masa yang paling kritikal bagi bayi dalam kandungan. Agen teratogen lain termasuklah kuman siplis, kuman herpes ( penyakit berjangkit melalui hubungan jenis) ; toxoplasmosis ( selsema akibat kuman yang terdapat pada kucing atau daging mentah); bahan kimia seperti daripada pewarna, ubat bius, ubat-ubatan dan lain-lain. Penyakit yang dihidapi oleh ibu akan mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan bayi seperti yang telah disebut di atas iaitu rubella, siplis, dan aids. Selain daripada itu,ibu juga mungkin mewariskan penyakitnya kepada kepada anaknya seperti asma ( lelah), kencing manis , dan darah tinggi.A)Pemakanan

Pemakanan berkhasiat sangat penting untuk pertumbuhan dan tumbesaran kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa harus mengambil berat tentang pemakanan sama ada sebelum seseorang ibu hamil, semasa mengandung dan selepas seseorang anak dilahirkan.

Pemakanan yang sesuai untuk bayi yang baru lahir ialah susu ibunya sebab susu ibu mengandungi segala khasiat yang sesuai untuk tumbesaran bayi dan membekalkan antibody kepada bayi supaya terpelihara daripada jangkitan penyakit. Sarapan pagi sangat penting dalam kehidupan individu dan tidak harus diabaikan sebab sepanjang malam sebelumnya, tenaga yang diperlukan untuk fungsi fisiologi utama telah diguna daripada simpanan sehingga hampir habis. Sarapan pagi harus mengandungi 4 perkara: biji-bijian seperti beras, gandum, jagung, susu dan sumber protein, buah-buahan, makanan yang boleh menimbulkan selera.

D) Sekolah

Melalui sekaloh, individu belajar tentang norma kumpulan dan peraturan dalam kumpulan yang lebih besar, yang hampir sama dengan masyarakat. Individu juga belajar lebih mendalam tentang nilai-nilai moral dan pergaulan dalam masyarakat. Nilai-nilai seperti tingkah laku baik dan tingkah laku buruk sangat ditegaskan agar individu dapat mematuhi kehendak masyarakat di mana dia berada.

Bilangan pelajar dalam sesuatu kelas juga akan mempengaruhi pembentukan sahsiah dan sikap individu. Sekiranya bilangan murid-murid kecil, guru dapat menumpukan lebih perhatian kepada individu daripada kelas yang bilangan muridnya lebih besar. Guru-guru di kawasan Bandar berusaha lebih giat untuk memajukan sekolah sebab ekspektasi ibu bapa yang beraspirasi tinggi terutama sekolah-sekolah di kawasan kediaman elit.

Page 8: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[8]

B)Keluarga

Keluarga sangat mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang . Ibu bapa akan bertanggungjawab dalam menyediakan pemakanan kepada anak-anaknya.

Selain itu, cara asuhan ( parenting style )juga akan mempengaruhi pembentukan sahsiahnya. Mengikut Diane Baumrind(1973 dalam Slavin, 1997) terdapat 3 gaya asuhan ibu bapa iaitu:

Ibu bapa “ authoritarian”(otoritarian) –mementingkan ketaatan sehingga mengorbankan rasa otonomi anak-anak.

Ibu bapa “ permisif” – memberi sepenuh kebebasan dan meletakkan pencapaian yang diharapkan daripada anak-anak mereka.

Ibu bapa “ authoritative”(otoritatif) - membentuk tingkah laku kanak-kanak mengikut kebolehan diri mereka, pada masa sama menyatakan harapan atau tingkah laku yang mereka harapkan dicapai oleh anak-anak mereka.

Menurut Baumrind, cara asuhan yang efektif ialah otoritatif sebab akan dapat membentuk anak-anak yang berdikari, berkendiri asertif, mudah berkawan, dapat bekerjasama dengan ibu bapa, tinggi harga diri dan orientasi pencapaian tinggi.

C) Rakan Sebaya

Rakan sebaya mempengaruhi individu sejak dia mula bersosial di luar rumah selain daripada adik beradiknya sendiri. Menurut Berk(1989), rakan sebaya ialah mereka yang sama umur kronologi atau hampir sama umur dengan seseorang individu. Melalui rakan sebaya individu memperolehi kemahiran penting untuk menyesuaikan diri dalam masyarakat. Individu belajar untuk menghormati hak individu lain, bekerjasama, mempelajari peranannya, bertanggungjawab di atas tugas yang diberikan padanya, mematuhi peraturan kumpulan dalam usaha mewujudkan keharmonian dalam kumpulan . Individu mempelajari kemahiran tersebut berperingkat-peringkat dan melalui permainan

D) Sekolah

Melalui sekaloh, individu belajar tentang norma kumpulan dan peraturan dalam kumpulan yang lebih besar, yang hampir sama dengan masyarakat. Individu juga belajar lebih mendalam tentang nilai-nilai moral dan pergaulan dalam masyarakat. Nilai-nilai seperti tingkah laku baik dan tingkah laku buruk sangat ditegaskan agar individu dapat mematuhi kehendak masyarakat di mana dia berada.

Bilangan pelajar dalam sesuatu kelas juga akan mempengaruhi pembentukan sahsiah dan sikap individu. Sekiranya bilangan murid-murid kecil, guru dapat menumpukan lebih perhatian kepada individu daripada kelas yang bilangan muridnya lebih besar. Guru-guru di kawasan Bandar berusaha lebih giat untuk memajukan sekolah sebab ekspektasi ibu bapa yang beraspirasi tinggi terutama sekolah-sekolah di kawasan kediaman elit.

Page 9: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[9]

Perbezaan Individu

Pengertian Perbezaan Individu

Dictionary of Psychology

Variasi atau ketidaksamaan individu dari segi norma kumpulannya, sama ada dari segi kognitif, emosi, fizikal, tingkah laku, sosial, bakat dan aspek-aspek lain yang mungkin terapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Perbezaan individu ialah kelainan-kelainan yang terdapat pada seseorang individu yang disebabkan oleh warisan kebakaran dan persekitaran .

D) Sekolah

Melalui sekaloh, individu belajar tentang norma kumpulan dan peraturan dalam kumpulan yang lebih besar, yang hampir sama dengan masyarakat. Individu juga belajar lebih mendalam tentang nilai-nilai moral dan pergaulan dalam masyarakat. Nilai-nilai seperti tingkah laku baik dan tingkah laku buruk sangat ditegaskan agar individu dapat mematuhi kehendak masyarakat di mana dia berada.

Bilangan pelajar dalam sesuatu kelas juga akan mempengaruhi pembentukan sahsiah dan sikap individu. Sekiranya bilangan murid-murid kecil, guru dapat menumpukan lebih perhatian kepada individu daripada kelas yang bilangan muridnya lebih besar. Guru-guru di kawasan Bandar berusaha lebih giat untuk memajukan sekolah sebab ekspektasi ibu bapa yang beraspirasi tinggi terutama sekolah-sekolah di kawasan kediaman elit.E) Tempat tinggal

Tempat tinggal merupakan faktor penting yang mempengaruhi perkembangan seseorang dari segi pembelajaran dan budaya atau gaya kehidupannya. Ini termasuklah sistem moral dan nilai serta “ world view” seseorang. Secara amnya terdapat tiga kawasan tempat tinggal iaitu:

Bandar 2) Luar Bandar 3) Pinggir Bandar

Biasanya individu yang tinggal di Bandar lebih terbuka fikirannya, optimistic, bertenaga dan bercita-cita tinggi seperti ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Masyarakat kampung pula suka bekerjasama, hubangan lebih rapat dan mementingkan nilai-nilai murni. Di Bandar, individu lebih individualistik dan sibuk dengan pekerjaan dan aktiviti hiburan.

Page 10: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[10]

Sebagai individu yang unik, individu itu ada kelainannya daripada individu lain.

Aspek-aspek perbezaan individu

Manusia itu berbeza dalam pelbagai domain.Rajah di bawah mengambarkan beberapa unsur perbezaan individu mengikut domain tertentu.

Domain Unsur yang berbeza

Fizikal Perbezaan jantina, paras rupa, saiz dan bentuk badan, dan warna kulit.

Kognitif Perbezaan dari segi kecerdasan mental, keupayaan berfikir,mengingat, menaakul ,dan mereka cipta.

Emosi Perbezaan dari segi mudah mesra, kawalan perasaan, ketabahan ,toleransi, rasa marah ,dan baran

Sosial Perbezaan dari segi mudah bergaul, sikap, semangat kerajinan.

Rohani Perbezaan dari segi pegangan keagamaaan, pengalaman nilai-nilai murni, meninggalkan kejahatan , dan kemungkaran.

Walaupun begitu, terdapat juga perbezaan-perbezaan yang tidak ketara, seperti perbezaan dari segi ciri-ciri personaliti dan reaksi emosi, latar belakang keluarga dan gaya hidup, seperti jenis rumah, komuniti dan masyarakat sekeliling, dan pekerjaan ibu bapa.

Langkah-langkah melayan perbezaan individu

Pengajaran guru

• Menggunakan strategi dan gaya pengajaran yang baik selaras dengan keupayaan pelajar.

• Memastikan murid memyempurnakan tugasan yang diberikan.

Page 11: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[11]

• Menjalankan aktiviti pemulihan dan penggayaan.

Memenuhi keperluan kasih sayang dan penghargaan pelajar

• Menghargai perasaan pelajar dan keupayaan mereka melaksanakan tugasan dengan baik.

• Selalu beri pujian, galakan dan ganjaran.

• Pastikan pelajar rasa dihargai dan diterima dalam kelas.

• Memberi perhatian kepada pelajar kerana penghargaan akan membentuk konsep kendiri positif.

Memotivasikan murid

• Galakkan pelajar menyertai kem bina semangat di kelab kembara untuk membentuk daya ketahanan, kecergasan ,dan keberanian.

• Kelolakan aktiviti-aktiviti pembelajaran untuk membentuk pelajar memperolehi kemahiran belajar dan bersosiolisasi.

• Memberi peluang kepada pelajar untuk membina konsep kendiri positif.

Faktor Perbezaan Individu

1. Pengaruh Keluarga

Suasana keluarga mempengaruhi personality kanak-kanak. Perhubungan ibu bapa yang erat dan mesra mengglakkan anak-anak berasa yakin, tabah hati, bertanggungjawab dan bersikap positif. Hubungan ibu bapa yang tegang , keluarga yang berpecah belah menyebabkan anak-anak berasa kurang selamat, tersingkir,

Page 12: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[12]

terganggu emosi dan tidak tenang. Taraf sosioekonomi mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang individu. Sosioekonomi yang tinggi dapat menyediakan kemudahan pembelajaran memberi pengalaman kepada individu sekaligus meningkatkan keyakinan dan konsep kendiri positif. Sebaliknya keluarga yang miskin menyebabkan anak-anak merasa serba kekurangan dan terasing daripada kawan-kawan yang berada. Pemakanan seimbang akan mewujudkan sikap dan nilai yang membantu ke arah perkembangan personaliti yang sihat , sentiasa segar , dan cergas.

2. Pengaruh Sebaya

Rakan sebaya merupakan faktor penting dalam pembentukan personality. Semakin meningkatkan usia, semakin luas pergaulannya. Rakan sebaya mempengaruhi individu dari segi:

Pengalaman: baik atau buruk Perasaan : gembira atau sedih

Sikap : malas, rajin atau bersemangat Emosi : pemarah, pendendam dan dengki hati

3. Masyarakat

Nilai dan aspirasi sesebuah masyarakat mempengaruhi pembentukan personaliti individu. Amalan nilai-nilai murni membentuk individu bertanggangjawab, rajin, sedia membantu, bertolak ansur dan sebagainya. Amalan nilai-nilai negative membentuk individu tidak amanah, mementingkan diri sendiri dan lain-lain. Pengalaman yang menyediakan , mengecewakan , tragik atau berhadapan bahaya meninggikan kesan negatif pada personaliti penerima. Tamparamen merupakan perasaan yang wujud dalam diri seseorang. Taparamen akan mempengaruhi perkembangan personaliti, contohnya individu cepat marah, kurang sabar atau gemar mengkritik orang lain biasanya dijauhi. Keadaan ini akan menyebabkan perkembangan individu itu terjejas, murung, dan merajuk.

Kecerdasan yang tinggi memperkembangkan personaliti kerana pandai membuat keputusan dengan tepat, berkeyakinan dan cekap. Individu mempunyai kecerdasan rendah cenderung kepada pola negatif dalam perkembangan personaliti seperti menarik diri dan malu. Sesetengah penyakit keturunan seperti lelah, kencing manis, achdroplesia menjejaskan perkembangan personaliti kerana emosi dan perhubungan sosial terjejas.

Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

Page 13: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[13]

Kelas: Tahun 2 Masa: 0830-0920 pagi (50 minit)

Bilangan pelajar: 23 orang Tarikh: 18 Februari 2008

Tajuk: Buah-buahan Tempatan Alat Bantu Mengajar: slaid, gambar-gambar ,

Hasil pembelajaran: Pelajar dapat mengetahui buah-buahan tempatan kertas latihan, kertas putih

Penerapan nilai: Menjaga kesihatan dengan makan buah-buahan tempatan buah epal, oren, limau cina

Page 14: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[14]

Langkah / Masa

Isi Pelajaran Aktiviti-aktiviti Catatan

Set Induksi (5 minit)

Menyoal murid:1. Namakan buah-buahan

yang kamu ketahui.2. Apakah buah-buahan

kesukaan kamu? Mengapakah?

1. Membincangkan buah-buahan

2. Murid-murid berbincang tentang buah-buahan kegemaran mereka

3. Guru memaklumkan pelajar bahawa buah-buahan tempatan adalah buah-buahan yang dapat ditanam di negara kita.

Power point

Buah epal, oren, limau

Langkah 1 (10 minit)

Membaca teks dan memahaminyaMusim Buah-buahanBuah limau dan buah durian, Buah manggis dan rambutan,Sama jambu dan mangga,Sedap manis dimakan.Pisang,nanas,dan betik,Sungguh kaya khasiatnya,Kalau makan buah-buahan,Sihat seluruh badan.

1. Murid-murid membaca teks 2. Guru meminta murid-murid

membaca teks dengan berirama yang mana mereka perlu mengetuk meja sambil membaca.

Power point

Nilai moral: Makan buah-buahan tempatan demi menjaga kesihatan badan.

Langkah 2 (10 minit)Teka-teki

1. Kulit saya banyak duri dan kuning warnanya. Siapakah saya?(Nanas)

2. Badan saya kecil dan berambut merah. Siapakah saya?(Rambutan)

3. Kulit saya bercorak.Bila buka perutku,nampaknya merah dan berbintik hitam. Siapakah saya?(Tembikai)

4. Kepala saya bagaikan sekuntum bunga hijau dan badan saya berwarna unggu . Siapakah saya? (Manggis)

5. Walaupun saya digelar sebagai bintang buah-buahan tetapi saya langsung tidak pandai

1. Guru mengemukakan beberapa teka-teki kepada semua murid.

2. Gula-gula akan diberikan kepada murid-murid yang berjaya meneka buah-buahan yang ditanyakan dengan betul dan tepat sekali.

Page 15: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[15]

Analisis:Melalui pengajaran mikro, saya mendapati pelajar-pelajar kelas ini dapat memahami teks mengenai

jenis-jenis buah-buahan dengan cepat. Mereka berupaya membezakan buah-buahan tempatan dengan buah-buahan luar negara. Pada masa yang sama, saya telah mendapati bahawa membaca dengan pelbagai cara dapat menarik perhatian pelajar-pelajar, contohnya cara pengajaran yang melibatkan pelajar untuk membaca teks dengan berirama, terutamanya bagi mereka yang tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran di dalam kelas. Cara ini turut menjadikan suasana kelas bertambah meriah. Permainan teka-teki yang melibatkan buah-buahan amat merangsang fikiran pelajar untuk mendapatkan jawapan yang betul. Saya juga mengetahui bahawa menyelesaikan tugasan secara berkumpulan dapat mengeratkan hubungan pelajar dan menerapkan nilai bekerjasama. Namun, kelemahan yang datang bersama melalui cara ini ialah ada di kalangan pelajar yang mengambil kesempatan ini untuk berbual dengan rakan tentang tajuk yang lain. Keadaan ini amat mengecewakan.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran , saya berasa cemas kerana kekurangan mengajar. Sebenarnya, saya ingin menunjukkan beberapa jenis buah-buahan yang asli tetapi saya menghadapi masalah kesuntukan masa untuk buah-buahan tersebut. Saya berpendapat menggunakan buah-buahan yang asli akan lebih menarik perhatian para pelajar kerana pelajar-pelajar ini mempunyai sikap ingin

Page 16: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[16]

tahu yang tinggi. Saya berjanji akan berbuat demikian pada masa akan datang. Untuk menjadikan proses pengajaran lebih memeriahkan, saya akan cuba mencari lagu yang sesuai dengan tajuk yang hendak diajarkan.

Sebagai kesimpulan, Rancangan Pengajaran Harian ini telah menjadikan saya lebih berpengalaman dalam memikirkan aktiviti untuk pelajar-pelajar secara kreatif.

Kesimpulan Perkembangan merupakan satu proses sepanjang hidup yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu baka dan persekitaran. Baka merujuk kepada kod genetik yang kita mewarisi daripada ibu bapa. Persekitaran bermaksud sekeliling pengalaman-pengalaman yang kita hidup dan mengalami dalam keluarga dan budaya. Tingkah laku kompleks manusia yang terlibat dalam perkembangan kognitif dan sosial menimbul sebagai akibat interaksi di antara baka dan persekitaran. Pertumbuhan fizikal cepat berlaku pra dan lepas lahir seseorang bayi. Perkembangan pra-lahir boleh dipengaruhi oleh persekitaran. Ini kerana hamper semua makanan yang dimakan oleh ibu akan disalurkan kepada fetus. Bahan makanan dan kesihatan ibu adalah penting kepada perkembangan masa hadapan bayi.

Manusia itu berbeza dalam pelbagai domain.Rajah di bawah mengambarkan beberapa unsur perbezaan individu mengikut domain tertentu.

DomainUnsur yang berbezaFizikalPerbezaan jantina, paras rupa, saiz dan bentuk badan, dan warna kulit.KognitifPerbezaan dari segi kecerdasan mental, keupayaan berfikir,mengingat, menaakul ,dan mereka cipta.EmosiPerbezaan dari segi mudah mesra, kawalan perasaan, ketabahan ,toleransi, rasa marah ,dan baranSosialPerbezaan dari segi mudah bergaul, sikap, semangat kerajinan.RohaniPerbezaan dari segi pegangan keagamaaan, pengalaman nilai-nilai murni, meninggalkan kejahatan , dan kemungkaran.

Page 17: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[17]

Bibiografi

1. Jerrold E.Kemp, Ed.D.(1987) Corak Rancangan Pengajaran. Satu Rancangan Untuk Menggubal Unit Dan

Kursus. Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan Pusaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Lee Shok Mee (1993) Asas Pendidikan. Psikologi Dalam Bilik Darjah. Mengikut Sukatan Pelajaran Asas

Pendidikan. Jun 1993. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

3. Mohamad Daun Hamzah. Perkembangan Kanak-Kanak Dan Pembelajaran. Utusan Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

4. Tang Chee Yee. Psikologi Perkembangan. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Kuala Lumpur.

5. www.esp.or.id

6. www.marketingteacher.com

Page 18: Faktor-Faktor Mempengaruhi Perkembangan Kanak-Kanak

[18]

7. www.health.gov.on.ca