Upload
nguyenkhanh
View
233
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBELAJARAN SECARA TRADISIONAL : SATU KAJIAN DI
MADRASAH AL-YAMANI
MOHD ZAID BIN ABU HASSAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
Judul: FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI
PEMBELAJARAN SECARA TRADISIONAL : SATU KAJIAN DI MADRASAH AL-YAMANI
Sesi Pengajian :2003/2004
Saya_______________________________________________________________________
(HURUF BESAR) Saya mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan (√)
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan
atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat yang TERHAD yang telah
ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : 41-01-08 Flat Seri Perak, Bandar Baru Sentul, 51000 Kuala Lumpur. Tarikh: ______________ Tarikh : _______________
Nama Penyelia :
Dr Ramli bin Awang
SULIT
√
" Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
( Pengajian Islam )."
Tandatangan : …………………………………..
Nama Penyelia : Dr Ramli bin Awang
Tarikh : ………………………………
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMBELAJARAN SECARA
TRADISIONAL : SATU KAJIAN DI MADRASAH AL-YAMANI
MOHD ZAID BIN ABU HASSAN
Latihan Ilmiah Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
( Pengajian Islam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI, 2004
" Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya."
Tandatangan : …………………………………………..
Nama Penulis : MOHD ZAID ABU HASSAN
Tarikh : ………………………….................
DEDIKASI
Dengan ingatan tulus ikhlas, kutitipkan nukilan ini buat:
Ustaz, Tuan Guru, Baba, Kiyai, Maulana, Syeikh, Sayyid, Habib
Di atas petunjuk ilmu, bimbingan rohani, dan kecintaan kepada Rasulullah
Terima Kasih di atas segala jasa dan pengorbanan
Ayah yang sentiasa berkorban,
Mak yang bersusah payah membesarkanku,
Semoga ditempatkan Allah di kalangan orang yang bertaqwa di akhirat
Adik-adik tercinta,
Mohd Akmal, Mohd Taufik, Mohd Ehsan, ,
Siti Hajar, Siti Solehah, Siti NurJannah, dan Mohd Naim,
Moga menjadi ulama’ dan da’ie apabila besar kelak
Dan seluruh pencinta ilmu serta Kaum Muslimin sekalian,
Moga sentiasa dilimpahi taufik dan hidayat
PENGHARGAAN
Segala pujian bagi Allah nan Maha Esa, Yang Maha Meliputi semesta semua,
Yang liputan-Nya menyangkal bicara, Dan yang bagi-Nya tiada suatu pun tara. Dan
salawat yang tiada berputusan serta salam yang tiada berhabisan kepada abdi dan
rasul-Nya junjungan kita Muhammad, pemilik panji kepujian yang mengikrarkan
hakikat namanya sebagai mukjizat nyata yang terus berlaku. Seterusnya kepada
keluarganya yang dipersuci kesuciannya, yang nasabnya tumbuh teguh dalam
sejarah, laksana pohon yang akarnya membenam merangkum bumi dan daunnya
melambai di langit murni. Dan kepada para sahabatnya yang bagai bintang tetap
bertabur menghiasi langit kelam, laksana lantera laut memandu bahtera ke pantai
Salam.
Alhamdulillah, akhirnya telah sempurna projek sarjana muda ini. Penyelidik
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al-Fadhil
Ustaz Marzuki bin Mohammad dan Dr Ramli Awang selaku penyelia projek di atas
bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang tempoh menyiapkan Projek
Sarjana Muda (PSM) ini. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Mudir
Madrasah Al-Yamani, Ustaz Fadzli Ahamad Al-Yamani yang banyak membantu
serta seluruh pelajar madrasah yang memberikan kerjasama yang baik dalam
menjayakan projek sarjana muda ini.
Tidak ketinggalan juga kepada guru-guru yang pernah mendidikku secara
rasmi di menara ini iaitu Ustaz Mahussain Mohd Zain, Ustaz Md Shah Lamat, Ustaz
Mohd Nasir Ripin, Prof. Madya Dr Mohd Said Hj Ishak, Ustaz Abbas Abdul Latiff,
Dr Ramli Awang, Ustaz Sayed Mahussin Ahmad, Dr Tamar Jaya Nizar, Prof Madya
Tamjes Kastiran, Ustaz Sulaiman Kadikon, Prof. Madya Dr Yahya Jusoh, Prof
Madya Abd Ghani Jalil, Ustaz Ahmad Kilani Mohammed, Ustaz Marzuki
Mohammad, Prof Madya Ajmain Safar, Prof Madya Aminuddin Ruskam, Ustaz
Arief Salleh Rosman, Ustazah Arpah Abd Wahab, Ustaz Azhar Mohamad, Ustaz
Azmi Shah Suratman, Dr Habibah Awang, Prof. Madya Dr Hussin Solomon, Ustaz
Idris Ismail, Ustaz Ahmad Puhad Alim, dan Ustaz Kamarul Azmi Jasni serta
pensyarah-pensyarah subjek pendidikan dan komputer. Sekalung penghargaan juga,
buat pensyarah-pensyarah yang banyak memberi nasihat dan tunjuk-ajar serta
bertukar-tukar pendapat secara tidak langsung di luar kelas; Ustaz Mohd Ismail
Musytari, Ustaz Azmi Shah Suratman, Prof Madya Ajmain Safar, Ustaz Kamarul
Azmi Jasni, Prof Selamat Hashim, Prof Madya Dr. Osman Sabran, Dr Habibah
Awang, Ustaz Sulaiman Shakib, Ustaz Husin Junoh dan seluruh staf Pusat Pengajian
Islam dan Pembangunan Sosial (PPIPS) serta warga kerja Masjid Sultan Ismail.
Syukur kepada Allah dan jutaan terima kasih ditujukan buat Syeikh Nuruddin
Marbu Banjari Al-Makki, Syeikh Fuad Kamaluddin Al-Rembawi, Syeikh Jahid
Sidek, Tuan Guru Abdul Rahim Aur Cina, Tuan Guru Muhammad Pondok
Berangan, Ustaz Hafiz Selamat Pondok Jenderam, Ustaz Mohd Zaidi Abdullah
Lubok Tapah, Ustaz Shamsuri Lubok Tapah, Ustaz Fadzli Ahmad Al-Yamani, Ustaz
Mohd Razib Mohd Aris, Akhi Taib, Akhi Faisal, Akhi Azim kerana telah
mencurahkan ilmu agama secara tradisional dan menyedarkanku tentang betapa
pentingnya sistem pengajian tradisional.
Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat SPI yang banyak memberi bantuan
sepanjang mengharungi dunia UTM ini. Ingatlah, dunia adalah tempat tumpangan
sementara dan akhirat jualah yang kekal. Pertingkatkanlah amalan, baikilah sahsiah,
tuntut dan sampaikanlah ilmu, serulah ke arah kebaikan, serta ikhlaskan niat kerana
Allah dalam setiap perkara. Wallahua’lam.
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi
pembelajaran di institusi pengajian tradisional terhadap pelajar-pelajar di Madrasah
Al-Yamani, Kampung Baru. Pada masa yang sama, kajian ini juga bertujuan untuk
mengetahui sejauhmanakah persepsi pelajar terhadap faktor ibu bapa, rakan-rakan,
dan kelebihan institusi pengajian tradisional dalam mempengaruhi mereka untuk
melanjutkan pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada semua pelajar di
madrasah berkenaan iaitu seramai 20 orang. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
faktor kelebihan institusi pengajian tradisional lebih mempengaruhi pelajar untuk
melanjutkan pembelajaran ke Madrasah Al-Yamani dengan nilai purata min bagi
soalan tersebut ialah 3.62. berbanding faktor ibu bapa sebanyak 2.50 dan faktor rakan
sebanyak 2.86. Soalan 27 mencatatkan peratusan paling tinggi di mana 90 peratus
responden sangat setuju dengan pernyataan ‘Institusi pengajian tradisional/pondok
memelihara warisan ilmu Islam’. Beberapa cadangan telah dikemukakan kepada
individu dan agensi terbabit supaya sedar tentang kelebihan pengajian tradisional
agar mereka dapat memperoleh atau mengadaptasikan pendidikan yang terbaik
kepada diri, keluarga dan masyarakat. Diharapkan, hasil kajian ini akan dapat
menyedarkan seluruh umat Islam tentang alternatif pendidikan agama secara
tradisional sejak turun temurun di seluruh dunia.
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the factors which influence the
students of Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru to further their study in the
institute of traditional education. In the meantime, the aim of this study is to know
how far the perception of students toward the factors of parent, friends, and the
advantages of institute of traditional education. Study samples involved all students
in that madrasah which are 20 in numbered. This study was in a descriptif form
servey, expressioned in frequency, percentage form and min as a method to analise
the data. Study result showed that the advantages of the institute of traditional
education influence more than other factors for students to further their study in
Madrasah Al-Yamani. For this, some suggestions have been purpose to individual
and agency involved to make realize about the advantages of the institute of
traditional education in order to gain and adapt the best education to self, family, and
society. This study result is hoped to make realize all Muslims about the alternative
in religious education hereditary all over the world.
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS i
PENGESAHAN PENYELIA ii
PENGAKUAN iii
PERAKUAN iv
DEDIKASI v
PENGHARGAAN vi
ABSTRAK viii
ABTSRACT ix
KANDUNGAN x
SENARAI JADUAL ix
SENARAI SINGKATAN xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB I PENGENALAN
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 5
1.2 Pernyataan Masalah 6
1.3 Persoalan Kajian 7
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 9
1.6 Batasan Kajian 9
1.7 Definisi Istilah 10
1.7.1 Faktor 10
1.7.2 Pembelajaran 10
1.7.3 Tradisional 1
1.7.4 Sanad 11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 12
2.1 Teori Asas Mengenai Bidang Yang Dikaji 12
2.2 Kajian-kajian Terdahulu Yang Berkaitan
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Pembelajaran Secara Tradisional. 14
2.3 Penutup 16
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pendahuluan 17
3.1 Rekabentuk Kajian 18
3.2 Tempat Kajian 18
3.3 Populasi Dan Persampelan 19
3.4 Instrumen Kajian 19
3.5 Kaedah Pengumpulan Data 20
3.5.1 Kajian Rintis 20
3.5.2 Prosedur Pengendalian Maklumat 22
3.6 Analisis Data 22
3.7 Penutup 23
BAB IV DAPATAN KAJIAN
4.0 Pengenalan 24
4.1 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Ibu Bapa 25
4.2 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor
Rakan-Rakan 32
4.3 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Kelebihan
Institusi Pengajian Tradisional. 41
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN, DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 51
5.1 Perbincangan Hasil Kajian 52
5.1.1 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor
Ibu Bapa 52
5.1.2 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor
Rakan-Rakan. 54
5.1.3 Persepsi Pelajar Terhadap Faktor
Kelebihan Institusi Pengajian
Tradisional 56
5.2 Rumusan 58
5.3 Cadangan 59
5.3.1 Cadangan di Peringkat JAPIM,
KPM,dan IPT 60
5.3.2 Cadangan kepada Belia 60
5.3.3 Cadangan kepada Ibu Bapa 61
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 61
5.5 Penutup 62
BIBLIOGRAFI 63
LAMPIRAN 67
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1. Perkara-Perkara Yang Diuji Dalam Borang Soal Selidik 20
2. Ubahsuai dari Skala Likert 23
3. Persepsi Pelajar Terhadap Ibu Bapa 25
4. Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Rakan-Rakan 32
5. Persepsi Pelajar Terhadap Faktor Kelebihan Institusi
Pengajian Tradisional. 41
SENARAI SINGKATAN
A.S. - Alaihis-Salam
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
JAPIM - Jabatan Pendidikan Islam Malaysia
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PBB - Pertubuhan Pondok Berhad
PPIPS - Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial
S.W.T. - Subhanahu Wa Ta’ala
SPSS - Statistical Package For Social Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
1 BORANG SOAL SELIDIK
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
Allah S.W.T. telah menciptakan manusia sebagai sebaik-baik makhluk. Manusia
dipertanggungjawabkan untuk menjadi khalifah demi memakmurkan alam. Manusia
pada asalnya tergolong daripada jenis binatang dan Allah S.W.T. telah membezakannya
dengan binatang melalui kemampuannya untuk berfikir agar mereka dapat bertingkah
laku dengan tertib( Ibnu Khaldun, 2002 : 524 ). Adapun, pada dasarnya manusia itu
adalah jahil dan menjadi seorang yang berilmu setelah mendapat ilmu pengetahuan.
...........“Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan”
(Taha : 20)
Begitulah firman Allah S.W.T. yang merupakan dalil yang menunjukkan
keutamaan ilmu pengetahuan. Menurut Ibnu Hajar Al-Asqalani ( 2002 : 263 ) ilmu
2
sangat penting kerana Allah S.W.T. tidak pernah memerintahkan Nabi-Nya untuk
mencari sesuatu, melainkan menuntut ilmu. Ilmu di sini bermaksud, ilmu-ilmu syariat
yang berfungsi untuk menjelaskan kewajipan seorang mukalaf tentang urusan agama
yang meliputi ibadah, muamalah, akidah, dan sebagainya.
Ilmu dan penghayatan agama merupakan teras kejayaan manusia yang sebenar.
Jalan untuk menuju kepada kejayaan memerlukan bimbingan guru yang ‘alim. Oleh
sebab itulah, sekiranya kita meneliti sejarah Islam silam, kita dapati bahawa Rasulullah
S.A.W. berguru dengan Jibril A.S. Setiap kali bulan Ramadhan, Jibril akan menyemak
hafalan Al-Quran Rasulullah S.A.W. secara talaqqi dan musyafahah ( Hj Abdullah
Ishak, 1995 : 206 )
Dalam pada itu, sahabat-sahabat juga berguru dengan baginda dalam majlis-
majlis ilmu yang diadakannya. Selepas kewafatan Rasulullah S.A.W., Islam berkembang
dengan sangat pesat. Ramai di kalangan sahabat yang menziarahi negeri-negeri Islam
untuk mencari, menyemak, dan menyebarkan hadis. Ketika pemerintahan Saidina
Uthman, Abdullah bin Saba’ seorang munafik Yahudi telah menyebarkan hadis-hadis
palsu untuk menjatuhkan kepimpinan beliau dan memecah belahkan kesatuan umat
Islam ( Abdul Rahman Haji Abdullah, 1981 : 89 ) Para sahabat dan tabiin berusaha
untuk memelihara kesucian hadis dengan membuat suatu peraturan yang ketat dan
ilmiah. Sahabat tidak lagi menerima sesuatu hadis tanpa menanyakan sanad dan meneliti
perawinya ( M. Hasbi Al-Shidieqy , 2000 : 53 ). Imam Muslim meriwayatkan pada
pendahuluan kitab Sahih Muslim bahawa Ibnu Sirrin berkata:
“Mereka tidak bertanya tentang sanad. Tatkala telah terjadi fitnah, mereka pun
berkata : Sebutlah nama-nama perawimu. Maka dilihatlah mana yang ahli sunnah
diambil hadisnya, dan mana yang ahli bid’ah lalu ditinggalkan hadisnya” (M. Hasbi Al-
Shidieqy , 2000: 54 )
3
Sanad sebenarnya adalah suatu elemen penting dalam pengajian agama. Institusi
pengajian tradisional sangat menitik beratkan perkara ini. Ini adalah untuk memelihara
ilmu-ilmu Islam daripada penyelewengan orientalis. Syeikh Abu Hassan Ali Al-Nadwi
pernah memberi pandangan tentang kepentingan sanad. Katanya “ Antara teori yang
digunakan dalam sistem pendidikan Barat ialah menimbulkan keraguan dan syak kepada
kesucian riwayat dan dalil. Oleh itu, jalan terbaik bagi mengatasi masalah ini ialah
merangka semula sistem Pendidikan Islam walaupun menghadapi kesulitan dan waktu
yang panjang”. ( 1987 : 27 ).
Secara amnya, masyarakat tidak mengetahui sama ada sesuatu yang dipelajari
itu benar-benar daripada sumber asalnya atau pun tidak. Musuh-musuh Islam sentiasa
mencari peluang untuk menokok tambah atau menghilangkan ilmu-ilmu Islam. Ini dapat
dibuktikan apabila ramai ulama muktabar menekankan sanad dalam pencarian ilmu
pengetahuan seperti Abdullah bin al-Mubarak, Imam Syafi’e, murid-murid Imam
Bukhari, Hafiz al-Zahabi, Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani, al-Hakim, Jalaluddin al-
Dawwani, Syah Waliyullah al-Dahlawi, dan ramai lagi termasuk tokoh-tokoh sains
Islam ( Mohd Zaidi Abdullah, 2002 : 62 ) seperti Abu Bakr Muhammad bin Zakaria al-
Razi atau dikenali Barat sebagai Rhazes yang menukilkan rantaian sanad dalam buku
perubatannya (al-Hawi ) untuk menjamin kesahihan isi.( Dr. Abdul Fattah Abu
Ghuddah, 1992 : 36 ).
Bertitik tolak dari sinilah, maka pengajian tradisional yang menitikberatkan
sistem sanad diteruskan sehingga ke hari ini. Sistem pengajian tradisional mempunyai
tiga ciri utama ( Mohd Zaidi Abdullah, 2000 : 3 ):
1. Secara dengar
2. Secara baca di hadapan guru
3. Secara ijazah sanad (ijazah am atau khas)
4
Sejarah membuktikan bahawa pengajian agama di Malaysia bermula sejak sekian
lama dahulu. Pendidikan yang menggunakan Bahasa Arab sebagai bahasa pengantar
diajar oleh mubaligh-mubaligh Arab yang berdagang di Tanah Melayu pada masa itu.
Masjid, surau dan rumah-rumah tok guru menjadi tempat di mana ilmu agama diajar.
Pendidikan pada masa itu tidaklah dijalankan secara formal dan sistematik dengan
sistem silibus yang seragam. Silibus adalah berasaskan kepada Al-Quran, Sunnah dan
Hadis ( Kementerian Pendidikan Malaysia, 1997 : 14 ).
Dalam laporan Penyeliaan Pendidikan Islam Sekolah Rendah ( 1992 : 10 ),
sistem pendidikan agama di Malaysia terbahagi kepada 3 tahap iaitu sistem belajar di
rumah guru, sistem pondok, dan sistem madrasah. Kehadiran Islam telah merubah
sistem kehidupan masyarakat di Tanah Melayu dari Hindu kepada Islam. Oleh sebab itu,
pelajar datang ke rumah guru untuk mendalami ilmu agama. Apabila bilangan pelajar
makin bertambah, timbullah idea baru dengan membina surau berdekatan rumah guru.
Bilangan pelajar yang ramai dan datang dari beberapa tempat menyebabkan pondok-
pondok kecil pula dibina berdekatan dengan rumah guru bagi memudahkan pengajaran
untuk pelajar-pelajar yang datang dari luar daerah. Apabila pendidikan ini semakin
berkembang, tumpuannya tidak sekadar ibadah dan tauhid tetapi juga ilmu Hisab,
Geografi, dan lain-lain. Jadi, sistem madrasah pula bentuk.
Walaupun perubahan telah banyak berlaku dalam sistem Pendidikan Islam
dewasa ini, institusi pendidikan tradisional masih dapat bertahan sehingga ke hari ini dan
masih ada lagi pelajar yang berminat untuk mengikuti sistem pengajian ini.
5
1.1 Latar Belakang Masalah
Seperti mana yang kita ketahui, agama dan ilmu merupakan dua unsur yang
saling berhubung dan tidak dapat dipisahkan. Ilmu merupakan wahana terpenting yang
mendorong kepada pengukuhan iman dan taqwa. Iman seseorang tidak akan sempurna
tanpa ilmu. Begitu juga ilmu; tidak akan berperanan secara berkesan tanpa adanya iman.
Islam memandang ilmu pengetahuan sebagai suatu yang suci kerana semua ilmu
pengetahuan adalah manifestasi Allah kepada manusia. Pandangan suci tentang ilmu
pengetahuan inilah yang mewarnai seluruh sistem pendidikan dalam Islam hingga ke
hari ini ( Hassan Langgulung, 1991 : 112 ).
Secara umumnya di Malaysia, terdapat sistem pendidikan konvensional dan
tradisional. Sistem pendidikan konvensional di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu
peringkat persekolahan (rendah, menengah) dan peringkat pendidikan tinggi ( Abdullah
Sani Yahaya, 2003 : 103 ) Setiap warganegara Malaysia diwajibkan untuk mula belajar
pada usia tujuh tahun. Seseorang itu akan belajar selama enam tahun di peringkat
sekolah rendah dan sekurang-kurangnya lima tahun bagi pembelajaran di peringkat
menengah. Selepas itu mereka boleh melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi di
institusi-institusi pengajian tinggi.
Pada dasarnya, peluang pendidikan bagi rakyat Malaysia disediakan oleh pihak
kerajaan dan swasta. Kerajaan memperuntukkan tempat bagi pelajar yang ingin
melanjutkan pelajaran dalam bidang agama sama ada di sekolah menengah mahupun di
institusi pendidikan tinggi. Sebenarnya, terdapat sebanyak 54 buah Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama, 3 Sekolah Menengah Agama Berasrama Penuh, Sekolah Menengah
Kerajaan Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat, dan Sekolah Menengah Agama
Swasta di negara ini ( Pendidikan Islam Dan Moral, 2000 : 1 )
6
Pada peringkat pendidikan tinggi pula, terdapat banyak institusi pengajian tinggi
yang menawarkan pengajian dalam bidang agama iaitu Universiti, Kolej Universiti,
Maktab Perguruan, dan Kolej Swasta.
Pada hakikatnya, institusi pengajian tradisional semakin merosot dengan
wujudnya banyak institusi pengajian konvensional yang menawarkan sijil dan
pengiktirafan. Ia dianggap penting oleh masyarakat untuk menjamin kerjaya dan masa
hadapan mereka.
Walau bagaimanapun, amat menghairankan kerana ada pelajar yang masih
berminat untuk melanjutkan pengajian di institusi tradisional sedangkan banyak pilihan
kepada mereka untuk mengikuti pembelajaran secara konvensional.
1.2 Pernyataan Masalah
Dewasa ini, peluang yang disediakan kerajaan dalam sistem pendidikan negara
amat luas. Falsafah Pendidikan Negara menggariskan tiga bidang utama tujuan
pendidikan yang merangkumi aspek-aspek keperluan individu, negara, dan ekonomi
iaitu perkembangan individu secara menyeluruh, perpaduan rakyat, dan kemakmuran
negara ( Abdullah Sani Yahaya, 2003 : 55 ). Prasarana yang disediakan kerajaan dan
pihak swasta di Malaysia amat membanggakan. Kewujudan banyak sekolah, kolej,
maktab, dan universiti menjadi tanda pencapaian membanggakan pendidikan di negara
ini. Tambahan pula sistem pendidikan yang dirangka bersistematik dan menjanjikan
peluang pekerjaan yang baik. Namun, ada segolongan pelajar yang lebih berminat untuk
memilih aliran pendidikan tradisional.
7
Hasil temu bual dengan bekas pelajar Pondok Pasir Tumbuh, Ustaz Mohd Zaidi
bin Abdullah menyatakan bahawa faktor utama yang mempengaruhi pembelajaran
secara tradisional dewasa ini ialah faktor ilmu yang dipelajari secara teliti dan
menyeluruh. Pembelajaran yang dijalankan adalah secara turath iaitu mempelajari kitab
dari helaian pertama sehingga tamat. Menurut beliau, faktor sampingan ialah sikap ibu
bapa yang cenderung menghantar anak mereka ke institusi pengajian tradisional.
Hasil kajian yang dijalankan oleh Mazliana Yusof ( 1993 : 93 ) mendapati
kelebihan institusi tradisional ialah didikan ilmu-ilmu syariat, tarekat, dan hakikat yang
boleh menguatkan iman dan memperbaiki akhlak. Institusi pengajian tradisional
merupakan institusi penting dalam usaha melahirkan insan yang kukuh serta mantap
akhlaknya dan tebal kecintaan kepada Allah.
Berdasarkan fakta di atas, jelaslah bahawa institusi pengajian tradisional masih
dapat bertahan kerana mempunyai kelebihan yang tersendiri dan mendapat sokongan
sesetengah ibu bapa. Walau bagaimanapun, hasil penelitian penyelidik di beberapa
perpustakaan universiti awam tempatan mendapati bahawa pada akhir 1980 dan awal
1990-an, banyak kajian yang dilakukan oleh pelajar universiti tertumpu kepada
kemerosotan institusi pengajian tradisional. Berdasarkan hal tersebut, penyelidik ingin
membuat kajian tentang kemungkinan apakah faktor pendorong yang menyumbang
kepada pembelajaran di institusi pengajian tradisional.
1.3 Persoalan Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan jawapan kepada
8
beberapa persoalan berpandukan kepada beberapa matlamat dan objektif penyelidikan.
Di antara persoalan kajian adalah seperti berikut:
1. Sejauh manakah ibu bapa dapat mempengaruhi pembelajaran anak di institusi
pengajian tradisional?
2. Sejauh manakah faktor rakan-rakan dapat mempengaruhi pembelajaran pelajar di
institusi pengajian tradisional?
3. Adakah faktor kelebihan institusi pengajian tradisional mempengaruhi pelajar
melanjutkan pembelajarannya ke sana?
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui faktor-faktor yang
mempengaruhi pelajar untuk belajar di institusi pengajian tradisional dari segi faktor ibu
bapa, faktor rakan-rakan, dan kesedaran pelajar tentang kelebihan institusi pengajian
tradisional.
Tiga objektif utama yang dijadikan ialah untuk:
1. Mengenal pasti sejauh manakah faktor ibu bapa dalam mempengaruhi anak
untuk melanjutkan pembelajaran di institusi pengajian tradisional.
2. Mengenal pasti sejauh manakah faktor rakan-rakan dalam mempengaruhi pelajar
untuk melanjutkan pembelajaran di institusi pengajian tradisional.
3. Mengetahui pandangan pelajar tentang kelebihan institusi pengajian tradisional
yang mempengaruhi pembelajaran mereka ke sana.