Upload
tondutosuau
View
145
Download
14
Embed Size (px)
DESCRIPTION
assignment about chess competition
Citation preview
PERTANDINGAN CATUR ANTARAPERTANDINGAN CATUR ANTARA SEKOLAH SEKOLAH
20132013
(AKTIVITI 2 : PERSEDIAAN SEBELUM PERTANDINGAN)
TARIKH : 02 MEI 2013 (SABTU) TEMPAT : DEWAN MONSOPIAD SK PENAMPANGMASA : 7.00 PAGI – 4.00 PETANGANJURAN : KELAB PERMAINAN CATUR SMSM
”BADAN CERGAS, MINDA CERDAS”KERTAS KERJA
1
PERTANDINGAN CATUR ANTARA SEKOLAH MENENGAH ST MICHEAL
DENGAN SEKOLAH MENENGAH BAHANG, PENAMPANG
1. Tajuk : Pertandingan Catur 2013
2. Tarikh : 02 Mei 2013 (Sabtu)
3. Anjuran : Kelab Sukan & Permainan Catur
4. Tempat : SK Penampang, Penampang
5. Objektif :
5.1 Membentuk disiplin diri di kalangan murid-murid.
5.2 Memupuk semangat bekerjasama, muhibbah, bertoleransi dan bersefahaman
di kalangan murid tanpa mengira perbezaan kaum, bangsa, bahasa
mahupun agama.
5.3 Meningkatkan pengetahuan murid dalam sukan dan permainan
5.4 Menggalakkan murid menyertai aktiviti kokurikulum.
5.5 Mencari bakat-bakat terpendam di kalangan murid
6. Tema : ”Badan Cergas, Minda Cerdas”
7. Konsep Pertandingan : Antara sekolah
2
8. Jawatankuasa Induk Pengelola Pertandingan Catur
JAWATANKUASA INDUK PENGELOLA
PERTANDINGAN CATUR
02 MEI 2013
Bil. Jawatankuasa Bidang Tugas & Tanggungjawab
1 PenaungEn. Wong Chee Kheon
2 Penasihat
Pn. Gan Swit Peng
Pn. Nirmala a/p SS Nathan
Pn. Loh Tzu Lee
Menasihati semua ahli jawatankuasa tentang tugas, peranan & tanggungjawab.
Memberi layanan kepada pelawat sekolah atau panggilan ke sekolah berkenaan maklumat pertandingan.
3 Pengarah Kejohanan
En. Chin Nam Keong
En. Gopala Krishnan
Menubuhkan Jawatankuasa-Jawatankuasa Pertandingan.
Menyediakan pelan tindakan pengelolaan pertandingan.
Membuat pemantauan keseluruhan tentang persediaan.
Memberi layanan kepada pelawat sekolah atau panggilan ke sekolah berkenaan maklumat pertandingan
4 Penyelaras Kejohanan
Pn. Yong Lai Yen
AJK
1. Cik Karen Pang Lai Ping
Ahli Jawatankuasa Kelab Catur
Memantau dan menyelia Jawatankuasa-Jawatankuasa lain dapat merancang dan melaksanakan tugas dengan baik.
Menetapkan jadual pertandingan, kumpulan usia, bilangan peserta, bilangan hadiah, bilik / tempat pertandingan dan sebagainya.
Menentu dan menyelaras syarat pertandingan serta keperluan dengan urusetia, peserta, pegawai dan jawatankuasa berkaitan.
Memberi bimbingan dan membuat pemantauan kepada jawatankuasa kecil untuk memastikan semua tugas persediaan dan program pertandingan berjalan dengan lancar dan jayanya
Bertanggungjawab memastikan semua persediaan untuk pertandingan catur dilaksanakan dengan baik.
3
Bil. Jawatankuasa Bidang Tugas & Tanggungjawab
5 Setiausaha
Pn. Nasriah bt. Ghazali
AJK
1. Cik Sitti Hasmah bt.Lahapi
Mengurus semua urusan surat menyurat yang berkaitan dengan pertandingan seperti surat kebenaran, surat / kad jemputan, surat panggilan mesyuarat, surat memohon bantuan / tajaan, surat ‘terima kasih’
Menyediakan minit semua mesyuarat Jawatankuasa Induk dan membuat ‘progress report’ dari masa ke semasa kepada Pengerusi
Bertanggungjawab menyediakan segala ‘penulisan’ rasmi yang diperlukan bagi menjayakan pertandingan dengan baik.
6 Bendahari
Cik Sharmila a/p Arunasalam
AJK
1. Cik Nur Asimah
Mengurus kutipan derma dan bayaran peserta. Mengurus semua bayaran dan perkara yang
berkaitan dengan kewangan semasa aktiviti pertandingan.
Menguruskan segala perbankan yang diperlukan Menyediakan akaun-akaun yang diperlukan dari
masa ke semasa
Menjalankan semua tugas berkaitan dengan kewangan pertandingan
7 Urusetia Pertandingan
Pn. Yong Lai Yen
AJK
1. Cik Karen Pang Lai Ping
2. En. Lam Jet Yian
3. Cik Norfazalianna bt
Shamsuddin
(Ahli Kelab Catur)
Menguruskan pertandingan pada hari pertandingan agar berjalan dengan lancar dan berjaya.
Menyelaras dan mengurus semua perkara yang berkaitan dengan pertandingan, peserta dan jawatankuasa yang terlibat.
Mengadakan perjumpaan / mesyuarat untuk memberi penerangan kepada ketua-ketua jawatankuasa yang terlibat mengenai pertandingan supaya dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Menyediakan jadual pertandingan mengikut kumpulan usia dan sbg.
Mengenalpasti dan memperoleh semua keperluan, pegawai-pegawai dan semua jenis peralatan (termasuk jam catur, set catur, papan catur) yang diperlukan untuk menjayakan pertandingan kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa berkenaan.
Menyemak dan memastikan semua sumber manusia dan peralatan pertandingan mencukupi sebelum permulaan pertandingan
4
Bil. Jawatankuasa Bidang Tugas & Tanggungjawab
Mengurus dan menyelaras juruacara untuk semua pengumuman & penyampaian hadiah.
Menyelaras penyampaian hadiah atau cenderamata dengan urus setia atau ketua hakim.
8 Disiplin dan Keselamatan
En. Mohd Shardi b. Saripuden
AJK
1. En. Khairul Izhar b. Jaafar
2. En. Mohd Firdaus
3. Pn. Rosnani bt Ariffin
(Kadet Polis & Kadet St. John Ambulans)
Memastikan keselamatan dan disiplin peserta, pelawat, penyokong dan ibu bapa dalam keadaan baik sepanjang pertandingan
Mengawal dan menyelia disiplin dan keselamatan peserta, pegawai dan petugas sepanjang aktiviti.
Membantu Jawatankuasa Logistik menyusun perabot dan peralatan untuk pertandingan & mengembalikan semua peralatan dan perabot ke tempat asal.
Menyediakan dan meletak papan kenyataan, papan tanda di tempat strategik.
Menyediakan dan mengedar tag pegawai / pengawal kepada semua yang berkenaan.
Memastikan ahli Kadet St. John Ambulans sentiasa bersedia memberi pertolongan cemas atau rawatan pada masa pertandingan.
Mengawal lalu lintas kereta & menguruskan tempat letak kereta.
9 Kebersihan
En. Mohd Zaki b. Samlin
AJK
En. Mohd Helmi b. Rahim
(Kadet Bomba)
Memastikan semua peralatan, perabot, kawasan sekolah dan bilik adalah bersih sebelum dan selepas pertandingan.
Menyediakan beg plastik sampah untuk pembuangan sampah.
10 Publisiti
Pn. Tay Chong Kiat
AJK
1. En. Ahmad Zukhairi Zainal
Menghubungi pihak media massa seperti akhbar, radio, tv, majallah dsb
Menyebarkan berita & maklumat pertandingan Memberikan maklumat lanjutan kepada sebarang
pertanyaan yang diterima
Memastikan website sekolah sentiasa dikemasikin dengan maklumat pertandingan (hadiah, senarai peserta dsb) dengan mendapatkan maklumat terkini daripada semua
5
Bil. Jawatankuasa Bidang Tugas & Tanggungjawab
Abidin
(Lembaga IT)
Jawantankuasa berkenaan.
11 Pengurus Peserta
Pn. Gan Geok Keng
AJK
1. Cik Hanizah bt Jumatdin
2. Pn. Rohani bt. Hassan
Menerima dan memproses semua borang penyertaan yang diterima.
Menguruskan pendaftaran peserta sebelum dan pada hari pertandingan
Menyediakan senarai peserta terkini untuk diserah kepada Jawatankuasa Publisiti apabila diperlukan
Menyediakan tempat berkumpul bagi peserta, pegawai, petugas, penyokong dan ibu bapa semasa pertandingan
Menyerah yuran penyertaan kepada bendahari Menguruskan resit yuran penyertaan.
Melaksanakan semua kerja yang diperlukan berkenaan dengan pengurusan peserta agar pertandingan dapat dijalankan dengan lancar dan berjaya
12 Hadiah, Sijil dan Cederamata
Pn. Hasmiza
AJK
1. Cik Wan Hazwani
2. Cik Nor Atikah
(Boys Brigade)
Menghantar surat atau / dan membuat panggilan telefon memohon bantuan / tajaan kepada pihak-pihak yang berkenaan
Membuat ‘follow-up’ berkenaan dengan tajaan / bantuan.
Mengenalpasti bilangan hadiah, sijil dan cenderamata yang diperlukan dan seterusnya membuat tempahan / belian serta menyimpan semua hadiah, sijil dan cenderamata dengan selamat.
Menyedia, mengurus, menyusun dan mengedar cenderamata, hadiah dan sijil yang berkaitan kepada jemputan dan peserta.
Menyedia dan menguruskan hadiah, sijil dan cenderamata
Menyelaraskan keputusan pertandingan, cenderamata, hadiah dan sijil dengan juruacara
Menguruskan dan menyediakan lain-lain keperluan berkenaan dengan hadiah, sijil dan cenderamata untuk pertandingan
13 Makanan dan minuman Menempah dan mengurus makan minum peserta, guru, jemputan dan pegawai sepanjang
6
Bil. Jawatankuasa Bidang Tugas & Tanggungjawab
Pn. Rahayu bt Mohd Yusuf
AJK
1. Pn. Yazleen bt Yahya
pertandingan. Memastikan kebersihan kawasan sekolah
sentiasa dikawal dengan menyediakan tempat membuang makanan sisih dsb
Menguruskan pengedaran makanan & minuman kepada pembantu pertandingan.
Bertanggungjawab tentang segala urusan minuman dan makanan
14 Dokumentasi
Pn. Temah Khairiah bt Zainurain
AJK
1. Pn. Wong Ai Lian
(Kelab Fotografi & Redaksi Majalah)
Mengambil foto yang perlu sepanjang program pertandingan.
Membuat laporan bertulis dan dalam bentuk ‘power point’ dengan foto untuk dimasukkan dalam server sekolah.
Mendapatkan maklumat dan bahan daripada setiausaha untuk pendokumentasian.
15 Logistik
En. Mohd Zikri Ihsan
AJK
1. En. Ahmad Ruzpi b. Husaini
2. En. Sharizan b. Mohd Saud
(Kelab Elektronik, Pengakap)
Memastikan semua peralatan siar raya dan kipas berfungsi dengan baik sepanjang pertandingan.
Menentu dan menyelaras kelengkapan siar raya dan perabot pertandingan serta keperluan dengan urus setia, peserta, pegawai dan jawatankuasa berkaitan.
Bertanggungjawab memperoleh dan menyusun semua peralatan pertandingan seperti jam, set catur, papan notis, mesin cetak.
Memastikan semua perabot dan peralatan yang digunakan adalah dalam keadaan baik dan selamat diguna
Menyediakan dan menyusun semua perabot & peralatan yang perlu dalam semua bilik pertandingan
Mengembalikan dan menyusun semula segala perabot dan peralatan
16 Statistik
Pn. Yong Wai Ping
AJK
Menghadiri kursus ‘Arbiter & Pairing’ bersama dengan guru AJK dan pelajar pelatih Arbiter.
Membentukkan satu kumpulan pelajar arbiter. Menyediakan dan melengkapkan borang yang
diperlukan Memastikan bilangan komputer yang mempunyai
7
Bil. Jawatankuasa Bidang Tugas & Tanggungjawab
1. Cik Rozana bt Hashim
2. Pn. Khaw Phoay Eng
3. Pn. Wong Mei Har
4. Pelajar Pelatih Arbiter
(Kadet Remaja Sekolah & Arbiter Pelajar)
perisian untuk pertandingan dan mesin cetak adalah mencukupi dan dalam keadaan baik.
Menyerah keputusan pertandingan yang telah disahkan kepada urus setia dan pihak yang berkaitan.
Mengenalpasti dan menyediakan senarai pegawai dan pembantu pelajar yang diperlukan
Memberi taklimat kepada semua pegawai dan pembantu pelajar tentang tugas dan tanggungjawab mereka
Menentukan tempat / papan kenyataan yang sesuai untuk mempamerkan keputusan setiap pusingan.
17 Juruacara Pertandingan
Cik Maisarah
AJK
1. Pn. Noraidah bt. Yahya
Membuat segala pengumuman yang diperlukan semasa pertandingan
Menguruskan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang
9. Tentatif Program :
Jam 0730 Pendaftaran
Jam 0800 Taklimat kepada peserta
Jam 0830 Pusingan Pertama
Jam 940 Pusingan Kedua
Jam 1100 Pusingan Ketiga
Jam 1210 Pusingan Keempat
Jam 1320 Rehat
Jam 1400 Pusingan Kelima
Jam 1530 -Penyampaian Hadiah
-Taklimat kepada peserta
yang akan mewakili
kontinjen MSSD
8
Penampang.
12. Bidang Tugas Jawatankuasa
12.1 Penyelaras Program :
Menyediakan anggaran perbelanjaan.
Merancang dan melaksanakan program.
Memastikan program dilaksanakan mengikut perancangan.
Mengawal, menyelia dan memberi nasihat mengikut program.
Menjadi tempat semua AJK merujuk mengenai program.
12.2 Penyediaan Tempat:
Memastikan tempat yang akan digunakan telah tersedia sebelum
pertandingan.
Memastikan tempat yang digunakan bersih sebelum dan selepas program.
12.3 Audio:
Memastikan bilangan mikrofon dan healer yang diperlukan
Memastikan sistem audio dan peralatan disediakan 1 jam sebelum
pertandingan bermula.
Sentiasa berada dalam tempat pertandingan untuk membantu sekiranya ada
masalah peralatan yang digunakan.
12.4 Dokumentasi:
Memastikan kamera digital berada dalam keadaan baik.
Merakamkan gambar-gambar sepanjang program berjalan.
Menyediakan gambar untuk laporan.
12.5 Pengadil Pertandingan
Memastikan senarai peserta yang menyertai pertandingan.
Mengadili pertandingan dengan adil dan bijaksana
Menyerahkan keputusan pertandingan kepada bahagian teknikal
9
12.6 Hadiah
Membuat anggaran perbelanjaan
Membuat tempahan hadiah dan memastikan tempahan siap dalam jangka
masa yang ditetapkan.
Mengumpulkan keputusan pertandingan daripada pengadil
Menyerahkan keputusan pertandingan kepada penyelaras program
Memastikan acara penyampaian hadiah berjalan dengan lancar.
12.7 Peralatan & Teknikal
Memastikan giliran pasukan yang bertanding
Menyediakan pasukan yang bertanding untuk memulakan pertandingan
Memastikan peralatan tersedia dan berkeadaan baik sebelum dan selepas
pertandingan
Merakam keputusan pertandingan
Membantu pengadil
13. Anggaran Perbelanjaan :
BIL SUMBER KEWANGAN JUMLAH
1. Wang Kokurikulum RM448.00
JUMLAH RM448.00
10
14. Penutup
Melalui program yang disediakan ini adalah diharapkan agar murid-murid dapat
membina semangat kesukanan dan menunjukkan bakat terpendam yang ada pada
mereka. Selain daripada itu, program ini juga diharap dapat mewujudkan
semangat kerjasama, hormat menghormati di samping meningkatkan pengetahuan
murid dalam sukan dan permainan.
2.0 MEMPROMOSI PERTANDINGAN
BIL ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH
1 Hadiah
Kumpulan A
- Piala Johan (RM10 x 6) RM 60.00
Kumpulan B
- Piala Naib Johan (RM8x6) RM48.00
Kumpulan C
- Piala Tempat Ketiga (RM6x6) RM36.00
Kumpulan D
- Piala Tempat Keempat (RM4x6) RM24.00
2 Sijil Penyertaan (RM2 x 105) RM210.00
3 Kontigensi RM 50.00
4 Dokumentasi RM 20.00
JUMLAH RM448.00
11
Sebelum pertandingan dijalankan pihak pengelola mengedarkan risalah-risalah
pertandingan catur kepada semua pelajar SMSM dan juga kepada SMK Bahang,
Penampang. Pihak pengelola juga membuat banner untuk tujuan mempromosi
pertandingan tersebut dan menggalakkan penyertaan dari semua pelajar. Selain itu pihak
penganjur juga mengadakan pertandingan antara kelas untuk mencari wakil sekolah.
Penyertaan tidak hanya terhad kepada ahli Kelab Catur tetapi juga kepada semua pelajar.
Pihak penganjur juga mengadakan taklimat atau pun ceramah tentang faedah
mengikuti pertandingan catur kerana ia dapat membantu individu untuk lebih berhati-hati
dan berfikir sebelum melakukan sesuatu pergerakan. Tayangan-tayangan video tentang
permainan catur juga diadakan semasa sesi aktiviti ko-kurikulum dijalankan.
3.0 PENYEDIAAN TEMPAT PERTANDINGAN
4.0 PENYEDIAAN PERALATAN PERTANDINGAN
5.0 JADUAL CARTA PERTANDINGAN
12
JADUAL PERTANDINGAN
Tarikh Kategori Waktu Pusingan
02 Mei
2013
SABTU
Bawah 12/15/18
Tahun
Lelaki/Perempuan
Jam 0730 Pendaftaran
Jam 0800 Taklimat kepada peserta
Jam 0830 Pusingan Pertama
Jam 940 Pusingan Kedua
Jam 1100 Pusingan Ketiga
Jam 1210 Pusingan Keempat
Jam 1320 Rehat
Jam 1400 Pusingan Kelima
Jam 1530 -Penyampaian Hadiah
-Taklimat kepada peserta
yang akan mewakili
kontinjen MSSD
Penampang.
SISTEM PERTANDINGAN
Sistem pertandingan dijalankan secara liga dan/atau cara kalah mati seperti berikut:-
5.1 Cara Liga Empat Kumpulan ( A, B, C dan D )
5.1.1 Pusingan Pertama
5.1.1.1 Sekiranya 12 atau lebih pasukan mengambil bahagian,
mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan iaitu A,
B, C dan D. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
13
5.1.1.2 Johan, Naib Johan, Tempat Ketiga dan Keempat dalam
pertandingan tahun lalu akan ditempatkan dalam
kumpulan seperti berikut :
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
Ketiga - Kumpulan C
Keempat - Kumpulan D
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam empat
kumpulan tersebut dengan cabutan undi mengikut undang-
undang permainan berkenaan.
5.1.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak
mengambil bahagian, maka pasukan terbaik berikutnya
hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.
5.1.2 Pusingan Kedua (Suku Akhir)
5.1.2.1 Pemenang 1 dan Pemenang 2 dalam setiap kumpulan
akan masuk ke pusingan suku akhir dan pertandingan
akan dijalankan secara kalah mati.
5.1.2.2 Perlawanan adalah ditetapkan sebagaimana berikut :
5.1.2.2.1 Undian bagi 4 pasukan Pemenang Pertama Kumpulan
akan didahulukan untuk ditempatkan di Kedudukan 1,3,5
dan 7.
5.1.2.2.2 Undian bagi 2 pasukan Pemenang Kedua Kumpulan untuk
ditempatkan di Kedudukan 2 atau 4, jika Pasukan
14
Pemenang Pertama Kumpulannya telah diundi dan
ditempatkan di kedudukan 5 atau 7. Manakala 2 Pasukan
Pemenang Kedua yang lain akan diundi juga untuk
ditempatkan di kedudukan 6 atau 8.
5.1.2.2.3 Pasukan-pasukan yang menang pada perlawanan separuh
akhir akan memasuki Perlawanan Akhir bagi menentukan
Johan dan Naib Johan, sementara pasukan-pasukan yang
kalah akan bermain untuk menentukan tempat ketiga dan
keempat.
1
2
3
4
5
6
7
8
5.2. Cara Liga Tiga Kumpulan
5.2.1. Pusingan Pertama
5.2.1.1 Sekiranya 9 hingga 11 pasukan mengambil bahagian, maka
mereka hendaklah dibahagikan kepada tiga kumpulan
iaitu A, B dan C. Pertandingan akan dijalankan secara liga.
15
5.2.1.2 Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam pertandingan tahun
lalu akan ditempatkan dalam kumpulan seperti berikut:
Kumpulan A - Johan tahun lalu
Kumpulan B - Naib Johan tahun lalu
Kumpulan C - Tempat Ketiga tahun lalu
Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan
tersebut melalui undian.
5.2.1.3 Sekiranya pasukan yang diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.
5.2.2. Pusingan Kedua (Separuh Akhir)
5.2.2.1. Johan dan Naib Johan dalam setiap kumpulan akan ditempatkan
ke dalam kumpulan X dan Y dengan mengadakan
undian.
5.2.2.2. Undian akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama.
5.2.2.3. Dari 3 Johan, satu akan ditempatkan ke kumpulan X dan 2
ditempatkan ke kumpulan Y.
5.2.2.4. Naib Johan setiap kumpulan akan ditempatkan di kumpulan
lain dari Johan kumpulannya.
5.2.3 Pusingan Akhir
16
5.2.3.1. Johan kumpulan X akan melawan Johan kumpulan Y untuk
menentukan Johan dan Naib Johan.
5.2.3.2. Naib Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan
kumpulan Y untuk menentukan tempat ketiga dan
keempat.
5.3. Cara Liga 2 kumpulan.
5.3.1 Pusingan Pertama
5.3.1.1 Sekiranya 6 hingga 8 pasukan mengambil bahagian, pasukan
hendaklah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu A dan
B.
5.3.1.2. Johan dan Tempat Keempat dalam pertandingan tahun lalu akan
ditempatkan dalam Kumpulan A dan Naib Johan serta
tempat ketiga ditempatkan dalam kumpulan B
5.3.1.3. Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam 2 kumpulan
dengan cabutan undi.
5.3.1.4. Sekiranya pasukan diutamakan (seeded) tidak mengambil
bahagian maka pasukan terbaik berikutnya hendaklah
dipertimbangkan kedudukannya.
5.3.2. Pusingan kedua
5.3.2.1. Johan Kumpulan A akan melawan Naib Johan Kumpulan B dan
Johan Kumpulan B akan melawan Naib Johan Kumpulan A.
5.3.2.2. Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati
17
5.3.3. Pusingan Akhr
5.3.3.1. Johan Kumpulan A atau Naib Johan kumpulan B akan melawan
Johan Kumpulan B atau Naib Johan Kumpulan A untuk
menentukan Johan dan Naib Johan
5.3.3.2. Pasukan kalah didalam kedua-dua perlawanan di atas akan
menentukan tempat ketiga dan keempat.
5.4. Cara Liga Satu Kumpulan
5.4.1 Sekiranya empat hingga lima pasukan mengambil bahagian, pertandingan
akan dijalankan secara liga satu pusingan. Pasukan yang mendapat mata
tertinggi akan diisytiharkan sebagai JOHAN.
5.4.2 Sekiranya terdapat tiga atau kurang pasukan yang mengambil bahagian
pertandingan tidak akan dilangsungkan.
18
6.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
KERTAS KONSEP SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN CATUR
1. PENGANJURAN
1.1 Penganjuran pertandingan ini di bawah anjuran Kelab Permainan Sekolah
Menengah St. Michael Penampang mengikut undang-undang Am Pertandingan
Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Penampang (MSSP) dan peraturan
pertandingan kejohanan catur MSSM.
2. PENGELOLAAN
2.1 Pertandingan ini dikelolakan oleh SM St. Michael, Penampang.
3. FORMAT PERTANDINGAN
3.1 Pertandingan dijalankan mengikut Sistem Swiss Manager .
3.2 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar TIDAK MELEBIHI 6 ORANG
peserta bagi setiap peringkat umur.
3.3 Pertandingan dijalankan secara individu bagi semua peringkat umur.
3.4 Jadual pertandingan akan disusun oleh perisian catur (Swiss Manager)
selepas pendaftaran semua peserta.
3.5 Peringkat umur pertandingan ialah
2.5.1 Bawah 18 Tahun Lelaki/Perempuan.
2.5.2 Bawah 15 Tahun Lelaki/Perempuan
2.5.3 Bawah 12 Tahun Lelaki/Perempuan
4. PERATURAN PERTANDINGAN
4.1 Pertandingan catur MSSD ini akan dijalankan mengikut undang-undang
FIDE kecuali beberapa perkara yang dibuat pengubahsuaian untuk
pertandingan ini.
19
4.2 Umur peserta dikira pada 1 Januari 2013.
4.3 Semua peserta boleh mencatat gerakan-gerakan yang dibuat oleh kedua-
dua pihak sehingga tamat dengan menggunakan Sistem Diskriptif
atau Sistem Algebra.
4.4 Sesuatu pertandingan di antara dua pemain boleh ditentukan keputusannya
menang jika salah satu daripada perkara berikut berlaku :-
4.4.1 Raja (King) lawan dalam keadaan sah mate (checkmate).
4.4.2 Salah seorang pemain menyerah kalah semasa pertandingan.
4.4.3 Bendera jam lawannya jatuh dahulu dengan syarat buahnya
mestilah mempunyai salah satu daripada berikut (penggunaan jam
catur mengikut peraturan 5.1) :-
4.4.3.1 Sekurang-kurangnya satu 1 bidak.
4.4.3.2 Sekurang-kurangnya 2 buah kecil (minor pieces)
4.4.3.3 Sekurang-kurangnya 1 buah utama.
4.5 Sesuatu pertandingan di antara dua pemain dikira seri jika salah satu
daripada keadaan berikut berlaku :-
4.5.1 Permainan dalam keadaan stalemate.
4.5.2 Keputusan seri dipersetujui oleh kedua-dua pemain semasa
pertandingan.
4.5.3 Seseorang pemain telah membuat 50 gerakan yang berturut-turut
tanpa menawan sebarang buah lawan atau mana-mana bidak tidak
digerakkan.
4.5.4 Kedudukan gerakan yang serupa berlaku 3 kali berturut-turut .
4.6 Pemain mesti menggerakkan buah yang telah disentuh.. Sekiranya terdapat
pemain yang menyentuh LEBIH DARI SATU buah catur , maka pemain
lawan boleh menentukan buah mana di antara buah-buah catur yang
disentuh tersebut yang perlu digerakkan..
5. FAKTOR MASA
5.1 Masa untuk setiap pusingan adalah 30 minit setiap pemain. Jika sesuatu
pusingan tidak dapat ditamatkan dalam masa 30 minit , jam catur akan
20
digunakan dan masa yang diperuntukkan ialah 5 minit untuk setiap
peserta.
5.2 Jika seseorang pemain datang LEWAT 15 MINIT daripada jadual
pertandingan yang ditetapkan, maka kemenangan percuma akan diberikan
kepada pihak lawan.
6. PENENTUAN WARNA
6.1 Penentuan warna pada pusingan pertama akan ditentukan oleh
jawatankuasa pertandingan.
6.2 Seseorang pemain tidak dibenarkan bermain dengan warna yang sama tiga
pusingan berturut-turut.
6.3 Pemberian warna pada pusingan kedua dan pusingan-pusingan seterusnya
akan diputuskan oleh arbiter yang bertugas mengikut sistem swiss.
6.4 Pemain ‘bye’ tidak akan diberi sebarang warna.
7. PENENTUAN PEMASANGAN (PAIRING)
7.1 Seseorang pemain tidak boleh dipasangkan dengan pemain yang sama
lebih daripada sekali.
7.2 Semua pemasangan dalam pertandingan ini akan ditentukan oleh sistem
Program ‘Swiss Manager’.
8. PEMBERIAN MATA PADA SETIAP PUSINGAN
8.1 Pemain yang menang atau pemain bye diberi 1 mata.
8.2 Pemain yang seri diberi ½ mata.
8.3 Pemain yang kalah diberi 0 mata.
9. SISTEM PEMUTUS
9.1 Pemain yang mendapat mata yang terbanyak pada akhir pusingan akan
diistiharkan pemenang .
21
9.2 Jika terdapat kedudukan mata yang sama , pemisah-seri (tie-break) yang
berikut akan digunakan mengikut urutan seperti berikut :
9.2.1 Buchholz/Solkoff.
9.2.2 Median Buchholz/Median-Solkoff.
9.2.3 Progress/Kumulatif.
9.2.4 Membuang undi.
10. PENGAWASAN
10.1 Seorang ketua arbiter bersama arbiter-arbiter yang lain akan dilantik dan
bertugas . Keputusan mereka mengenai hal-hal teknikal adalah muktamad.
10.2 Semua peserta adalah dibawah pengawasan guru-guru pengiring masing-
masing. Guru-guru selaku pegawai pasukan akan bertanggungjawab
atas sikap dan kelakuan pemain-pemain dibawah pengawasannya.
11. BANTAHAN
11.1 Segala bantahan hendaklah dibuat secara bertulis kepada jawatankuasa
Juri Rayuan beserta dengan bayaran RM100.00 tidak lewat
daripada 5 minit selepas tamat pertandingan. Wang bantahan akan
dikembalikan sekiranya bantahan tersebut didapati berasas. Keputusan
Juri Rayuan adalah muktamad.
12. JAWATANKUASA JURI RAYUAN
12.1 Jawatankuasa Juri Rayuan terdiri daripada :-
12.1.1 Pengerusi Pengelola / wakilnya.
12.1.2 Pengerusi Teknik Catur MSSD.
12.1.3 Setiausaha Pengelola.
12.1.4 Seorang Arbiter yang tidak terlibat dengan bantahan.
13. HADIAH
22
13.1 Setiap kategori akan disediakan hadiah dan sijil pencapaian tempat
pertama hingga keempat.
14. PAKAIAN PESERTA
14.1 Setiap peserta hendaklah memakai pakaian sekolah yang kemas dan sopan
semasa pertandingan.
14.2 Kasut selipar atau sandal tidak dibenarkan.
15. KES GANGUAN.
15.1 Pihak pengelola dan arbiter berhak mengklassifikasikan jenis gangguan
yang dilakukan oleh pemain terhadap pemain yang lain.
15.2 Amaran akan diberi bagi kesalahan pertama dan dibatal permainan bagi
kesalahan kedua.
16. KELAYAKAN
16.1 Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah rendah dan
menengah yang berdaftar adalah layak untuk menyertai
pertandingan ini.
17. PENDAFTARAN PESERTA
17.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat pada atau sebelum hari Isnin 23
April 2013 bersama wang penyertaan RM……………… bagi
setiap peserta.
18. HAL-HAL LAIN
18.1 Pemain tidak dibenarkan membawa telefon bimbit ke dalam dewan
pertandingan.
18.2 Pihak jawatankuasa Pengelola Pertandingan Catur MSSD diberi
kebenaran menambah pemain bagi mengenapkan bilangan pemain
bagi setiap kategori umur.
23
18.3 Pihak jawatankuasa Pengelola Pertandingan berhak memutuskan sebarang
masalah yang timbul yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am ini.
18.4 Kriteria pemilihan untuk mewakili MSSD Penampang;
19.4.1 Keputusan pertandingan.
19.4.2 Disiplin semasa latihan pusat.
19.4.3 Kualiti semasa latihan pusat.
18.5 Setiap sekolah dikehendaki membawa set catur bagi setiap bilangan
pasangan peserta.
18.6 Segala keputusan Jawatankuasa Pengelola adalah muktamad.
24
7.0 PENYEDIAAN SURAT PERLANTIKAN PENGADIL ATAU PEGAWAI
PERTANDINGAN
Sebelum pertandingan dijalankan pihak penganjur menyediakan segala surat-
menyurat perlantikan kepada para pengadil dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam
pertandingan ini. Surat – menyurat hendaklah dihantar sekurang-kurangnya dua minggu
sebelum pertandingan bermula untuk memudahkan para pengadil dan pegawai yang
terlibat merancang aktiviti masing-masing supaya tidak bertindih dengan pertandingan
tersebut.
Surat perlantikan hendaklah dihantar ke sekolah pegawai yang terlibat dan
hendaklah mendapat kelulusan dari pihak majikan terlebih dahulu. Setelah surat
perlantikan dihantar, pihak pengelola hendaklah membuat susulan untuk memastikan
pegawai yang terlibat dapat menghadirkan diri pada hari pertandingan diadakan.
8.0 JADUAL LATIHAN MURID
Pelajar yang terlibat dengan pertandingan catur antara sekolah ini diwajibkan
datang ke sekolah setiap petang bermula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang untuk
menjalani latihan permainan. Tujuan latihan ini diadakan setiap petang adalah untuk
memahirkan lagi para peserta dalam permainan catur. Selain itu juga, pelajar akan
didedahkan dengan teknik-teknik bermain dengan betul dan teknik menawan pihak
lawan.
25
9.0 SURAT-MENYURAT PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA,
LANTIKAN AHLI JAWATANKUASA, PINJAMAN PERALATAN DAN
KEBENARAN MENGGUNAKAN TEMPAT PERTANDINGAN
CONTOH SURAT PANGGILAN MESYUARAT JAWATANKUASA
SEKOLAH MENENGAH ST. MICHEAL PENAMPANG
JALAN LAMA PENAMPANG
LORONG TAMAN SAHABAT
88300 PENAMPANG
Ruj Kami : SMSM.Pk. 08/04/01/Jld. /( ) Tarikh : 4 MAC 2013
_________________________
Melalui;
Guru Besar,__________________________________________________.
Tuan
MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN CATUR
SEKOLAH MENENGAH ST. MICHAEL 2013
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
26
2. Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti
maklumat yang berikut:
Tarikh : 10 Januari 2013.
Masa : 2.00 petang.
Tempat : Bilik Mesyuarat SMST
Pengerusi : Pengetua SM St. Michel, Penampang
3. AgendaMesyuarat:
3.1 Ucapan Pengerusi.3.2 Ucapan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan Catur.3.3 Lantikan Ahli Jawatan Kuasa Pengelola.3.4 Maklumat Pertandingan 3.5 Undang-undang dan Peraturan Pertandingan.3.6 Kewangan.3.7 Hal-hal lain.
4. Sehubungan dengan itu, tuandijemput menghadiri mesyuarat tersebut.
Kerjasama serta sokongan tuan untuk menjayakan program ini amat dihargai.
Sekian, terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
Saya yang menurut perintah,
(ENCIK GURADITHA SINGH)Pengetua SM St. Michael,Penampang.
27
CONTOH SURAT TEMPAHAN DEWAN
SURAT TEMPAHAN DEWAN
NO RUJUKAN : vmtc / dok / 011
TARIKH : 02 APRIL 2013
GURU BESAR,
SEKOLAH KEBANGSAAN PENAMPANG,
PETI SURAT 207,
89507 PENAMPANG.
( Bahagian Tempahan Dewan SK. Kebangsaan Penampang)
Tuan/Puan ,
TEMPAHAN DEWAN MONSOPIAD UNTUK PERTANDINGAN CATUR
PERINGKAT SEKOLAH
Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk perkara diatas .
02. Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah St. Michael Penampang akan
mengadakan pertandingan catur dengan Sekolah Menengah Bahang, Penampang pada 02
28
Mei, 2013, hari Sabtu. Seramai 100 orang yang hadir iaitu terdiri daripada pelajar dan
guru-guru serta pengelola pertandingan tersebut.
03. Sehubungan itu , Sekolah Menengah St. Micheal Penampang ingin menempah
kegunaan kemudahan di Dewan Monsopiad seperti ketetapan berikut :
PERTANDINGAN : JAM 7.00 PAGI – JAM 4.00 PETANG
TARIKH : 02 MEI 2013 (SABTU)
04. Kerjasama dan sokongan pihak tuan bagi menjayakan acara kami ini amatlah
kami hargai , sekian didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih .
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang Benar ,
....................................
( Indra Theavy)
Pengelola Pertandingan Catur,
Sek. Men. St. Micheal Penampang
29
CONTOH SURAT LANTIKAN PENGADIL PERTANDINGAN
SEKOLAH MENENGAH ST. MICHEAL PENAMPANG
JALAN LAMA PENAMPANG
LORONG TAMAN SAHABAT
88300 PENAMPANG
Ruj Kami : SMSM.Pk. 08/04/01/Jld. /( ) Tarikh : 4 MAC 2013
Kepada
Tn. Hj. Suhaimi b. Mansor
Melalui dan Salinan
Pengetua/Guru Besar
SMK BAHANG, PENAMPANG
Tuan,
PELANTIKAN SEBAGAI PENGADIL PERTANDINGAN CATUR 2013
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2.Sukacitanya dimaklumkan bahawa Pertandingan Catur antara SMSM dan SMK Bahang
akan diadakan seperti berikut :-
30
Tarikh : 02 Mei 2013
Masa : 2.00 hingga 4.00 petang
Tempat : Dewan Monsopiad SK Penampang
3.Sehubungan dengan itu, tuan/puan dilantik sebagai pengadil dalam pertandingan
tersebut.
4. Dipohon kerjasama tuan pengetua/guru besar agar dapat memberi pelepasan kepada
pegawai berkenaan pada tarikh yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH GEMILANG”
Saya menurut perintah,
………………………………………..(Encik Guraditha Singh)Pengetua,SM St. Micheal, Penampang
31
KEJOHANAN PERTANDINGAN CATUR DI ANTARA SM ST. MICHAEL DENGAN SMK BAHANG, PENAMPANG 2013
SEKOLAH
32
BORANG PENDAFTARAN PASUKAN
PERTANDINGAN CATUR ANTARA SM. ST. MICHAEL DAN SMK BAHANG,
PENAMPANG
5 MEI 2013
BIL PENGURUS PASUKAN NO. TELEFON
KATEGORI PEREMPUAN
BIL NAMA PEMAIN TARIKH LAHIR
NO SIJIL LAHIR
KATEGORI LELAKI
BIL NAMA PEMAIN TARIKH LAHIR
NO SIJIL LAHIR
Disahkan bahawa semua maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.
...............................................(GURU BESAR)
Sila faks kepada SMSM,Penampang pada atau sebelum 23 April 2013.
33