Upload
ckg-rmy
View
6.472
Download
6
Embed Size (px)
DESCRIPTION
sejarah spm 2015
Citation preview
FOKUS TARGET SEJARAH SPM 2015TINGKATAN 4BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIATamadun Mesir Purba
Di manakah letaknya tamadun Mesir Purba.Tamadun Mesir Purba terletak di tebing Sungai Nil yang mempunyai tanah dataran yang subur.
Bilakah tamadun Mesir terbentuk?Tamadun Mesir bermula sekitar tahun 3500 S.M
Namakan kuasa luar yang memerintah selepas kejatuhan tamadun Mesir.Kuasa luar yang memerintah selepas kejatuhan TM ialah Libya, Kush, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom
Huraikan pembentukan tamadun Mesir. Sejak tahun 5000 S.M. orang yang menetap di lembah Sg
Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam.
Sistem perparitan dan pengairan dibina untuk pertanian. Mereka mebina peralatan kawalan air dan terusan untuk
meningkatkan kesuburan tanah Menghasilkan lebihan makanan. Mendirikan petempatan tetap di sepanjang Lembah Nil dan
berkembang menjadiperkampungan.
Gabungan kampung-kampung mewujudkan beberapa buah bandar yang kemudiannya bergabung dan membentuk sebuah nome atau daerah.
Kesemua nome disatukan mewujudkan sebuah Bandar yang menjadi pusat pentadbiran
Antaranya Bandar Thinis, Tebes dan Memphis.
Huraikan ciri-ciri petempatan kekal masyarakat tamadun Mesir. Firaun Menes menyatukan semua nome menjadi sebuah
kerajaan dengan Bandar Thinis Dijadikan pusat pentadbirannya. Pusat pentadbiran berpindah ke andar Memphis yang
berhampiran dengan delta sungai Nil. Pada kemuncak Zaman Pertengahan, pusat pentadbiran ini
telah berpindah ke Bandar
Thebes. Bandar menjadi tempat kediaman Firaun. Bandar berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan
pentadbiran. Pelabuhan Dijadikan pusat keagamaan dan pusat tumpuan
penduduk.
Jelaskan organisasi social masyarakat mesir.Dalam TM, Firaun merupakan raja yang berkuasa
mutlak serta dianggap suci. Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun. Selain itu Firaun dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun digelar sebagai raja Matahari, iaitu Amon-Re. Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan
Golongan bangsawan menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus danMengagihkan makanan dan menjadi pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
Para rahib dipertanggungjawabkan oleh firaun untuk mentadbir hal keagamaan.Jurutulis pula ditugaskan untuk menulis rekod kerajaan.Sementara itu rakyat bebas terdiri daripada petani, pedagang dan artiran. Selain itu hamba adalah susun lapis masyaakat yang paling bawah.
Nyatakan peranan firaun dalam bidang pemerintahan tamadun Mesir. Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlak serta
dianggap suci. Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun. Pada zaman kerajaan lama, firaun dianggap sebagai
jelmaan tuhan Horus. Semasa pemerintahan dinasti ketiga dan keempat, firaun
digelar sebagai raja matahari, iaitu Amon-Re. Firaun juga merupakan ketua pendeta, pemilik tanah, ketua
hakim, dan ketua pahlawan. Beliau dibantu oleh golongan bangsawan untuk
menjalankan pentadbiran, menjaga Keamanan, mengurus dan mengagihkan makanan di dalam
Negara. Para rahib dipertanggungjawabkan oleh firaun untuk
mentadbir hal keagamaan
Firaun melantik orang awam sebagai jurutulis untuk menulis rekod kerajaan.
Firaun Hatshepshut seorang wanita bertindak membina terusan dan menukar padang pasir kepada tanah pertanian yang subur.
Nyatakan pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesir. Masyarakat Mesir terlibat dalam kraftangan seperti
penenunan dan pembuatan barangan Tembikar dan peralatan.
menghasilkan tekstil dan kertas untuk eksport. perlombongan emas. Sungai Nil yang lebar membolehkan kapal-kapal menyusur
dan berlabuh di pelabuhan-Pelabuhan seperti Thebes, Memphis, Fayoum, dan Heliopolis.
Pentadbiran yang terancang telah berjaya menarik pedagang-pedagang dari Laut Mediterranean dan laut Merah untuk singgah di pelabuhan Mesir Purba.
Apakah bentuk kepercayaan masyarakat Mesir? Orang Mesir Purba percaya kepada konsep politeisme. setiap tuhan orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan
unsure alam seperti Re (TuhanMatahari), Ra-Atum (Tuhan langit) dan Amun (Tuhan Angin)
Mempercayai kepada kehidupan selepas mati dan mayat perlu disimpan serta dijagadengan teliti.
Makam mayat dibekalkan dengan barangan kelengkapan harian seta keperluan kehidupan selepas mati.
Terangkan ciri-ciri sistem tulisan masyarakat Mesir. Sistem tulisan TM dikenali sebagai hieroglif. Sistem tulisan tamadun Mesir Purba ini berasaskan
kombinasi gambar dan symbol berdasarKan bunyi. Sistem tulisan sangat penting untuk tujuan mencatatkan
rekod aktiviti pertanian danPengutipan cukai.
Tulisan memainkan peranan penting untuk tujuan keagamaan dan amalan ritual Kepercayaan.
Guna kertas dari pokok Papyrus
Huraikan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 1
Sumbangan TM ialah seni bina pyramid daripada ilham Imhotep, iaitu saintis, ahli fizik, arkitek, dan penasihat penting kepada firaun Djoser. Imhotep telah memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu-bata.
Kemajuan pendidikan dengan mencipta kertas daripada pokok papyrus yang banyak hidupDi Lembah Nil. Penciptaan kertas telah memudahkan penyimpanan segala khazanah bangsa. Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya iaitu hieroglif.
Kemajuan dalam bidang ilmu perubatan telah melahirkan pengamal perubatan mendapatStatus yang tertinggi dalam masyarakat berkhidmat untuk firaun dan masyarakat. Kemajuan bidang perubatan dalam proses memumiakan mayat. Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu hingga ke hari ini.
Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometrid an astronomi telah digunakan untuk mengawal banjir di Sungai Nil yang berlaku sekali dalam setahun.. Pemerintah berjaya mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.
Pengetahuan dalam bidang astronomi dan matematik membolehkan orang Mesir PurbaMemperkenalkan sistem kalender 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun. Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen serta buku merupakan salah satu manifestasi kewujudan sebuah tamadun yang agung.Keagungan tamadun Mesir Purba jelas bergantung kepada pengawalan air sungai Nil Yang menjadi nadi kepada tamadun Mesir Purba.
Apakah yang ditekankan dalam sistem pendidikan tamadun Mesir.? mewujudkan sistem pendidikan untuk kanak-kanak sejak dari umur yang rendah yang terdiri daripada keluarga
atasan. diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan di bawah
pentadbiran kerajaan. Bertujuan untuk melahirkan para pegawai Kerajaan
terutamanya jurutulis yang sempurna dan terlatih. Ilmu geometri, matematik dan sains diajar bagi melahirkan
golongan terlatih
yang boleh enguruskan hal ehwal pertanian, pengawalan air sungai Nil serta pembinaan bangunan dan pyramid.
Mengapakah masyarakat Mesir Berjaya membina tamadun yang hebat ? (KBAT)
Adanya Sg Nil yang menghasilkan delta subur untuk pertanian.
Perkembangan pertanian mewujudkan perkampungan. Di Bandar terdapat pusat pentadbiran, kediaman Firaun,
pelabuhan dan pusat agama. Firaun Hatshepsut Berjaya menjadikan tanah pasir kepada
tanah pertanian yang suur. Maju dalam bidang sains Lahir jurutulis yang menulis rekod kerajaan Mahir menebus guna tanah Memperkenalkan calendar 12 bulan dan 365 hari setahun Maju dalam perubatan seperti pengawetan mayat dan
pembedahan
Mengapakah masyarakat Mesir mampu membina pyramid?
Mempunyai tenaga mahir seperti jurubina, jurutera Masyarakatnya berpengetahuan tinggi dalam matematik,
sains dan geometri serta astoromi Masyarakat yang kreatif dalam teknik pembinaan bangunan
menggunakan batu bata Tenaga buruh yang ramai untuk membina pyramid Mempunyai raja berwibawa yang cekap mentadbir. Rakyat yang bersatu padu
TAMADUN HWANG HODimanakah letaknya tamadun Hwang Ho?Terletak di lembah sungai Hwang Ho atau sungai Kuning utara China.
Senaraikan tiga dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766
S.M Dinasti Shang pada sekitar tahun
1766-1050 S.M Dinasti Chou dari tahun 1050 S.M hingga tahun 256 S.M
Huraikan proses pembentukan tamadun Hwang Ho
Lembah Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal menetap dan membina petempatan.
Tapak Banpo yang berhampiran Bandar Sian moden merupakan petempatan awalpenduduk Hwang Ho.
Penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan binatang, mengumpul hasil hutan dan memburu.
Perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa buah bandar antaranya Anyang
Yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang. Semasa dinasti Chou, tamadun ini tersebar hingga ke
bahagian selatan sungai Yangtze.
Jelaskan proses pembentukan Negara kota tamadun Hwang Ho Petempatan awal berasaskan pertanian membawa kepada
kemunculan bandar-bandar Anyang menjadi Negara kota terletak di kawasan tanah
tinggi Sungai Huan. Di bandar ini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
Dinasti Shang. Raja sebagai ketua pemerintah, golongan pembesar dan
agama tinggal dikawasan bandar. Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalau
pencerobohan musuh dan dikelilingi oleh masyarakat petani.
Huraikan organisasi social masyarakat Dinasti shang dalam tamadun Hwang Ho
Masyarakat Hwang Ho diketuai oleh Raja yang berkuasa mutlak dan menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar. Kemudian diikuti oleh golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk mendiami kawasan di luar negara kota ini.
Selain itu golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang digunakan bagi menghasilkan senjata, perisai dan hiasan pada kereta kuda yang digunakan oleh tentera Serta peralatan untuk acara keagamaan.
Golongan pembesar pula mampu memiliki tentera dan senjata gangsa menggunakanKeistimewaan mereka ini untuk menundukkan golongan bahawan. Manakala golongan paling bawah dalam masyarakat shang ialah hamba.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 2
Huraikan sistem pemerintahan Dinasti Shang Sistem pemerintahan dinasti shang berbentuk pemerintahan
beraja. Pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara
lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja. Raja-raja berkuasa ke atas kawasan pusat pentadbiran dan
mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, social, dan agama.
Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat dari Tuhan.
Raja-raja shang tidak perlu mendapatkan pengeshan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama.
Raja dibantu oleh golongan bangsawan yang dipertanggungjawabkan untuk mentadbir Wilayahnya.
Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri dalam tugas
Seperti pungutan cukai pertahanan dan undang-undang. Kezaliman Raja shang menunjukkan raja kehilangan
mandat menyebabkan golongan hamba menyingkirkan Dinasti
shang untukdiganti dengan Dinasti chou.
Huraikan sistem pemerintahan dinasti Chou Raja-raja dinasti chou membahagikan pemilikan tanah
mereka kepada wilayah-wilayah Melantik pembesar tempatan di setiap wilayah ini. Raja-raja Dinasti Chou mengikat pembesar tempatan
melalui ikrar taat setia kepadaPemerintahan
dan memberikan hadiah seperti kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
Mereka diminta melingungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
Pembesar tempatan diberi hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan Upacara pengorbanan.
Nyatakan ciri-ciri pengkhususan pekerjaan masyarakat tamadun Hwang Ho Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing
terdiri daripada tentera berkuda dan Tentera berjalan kaki. Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran
berperanan memenuhi
Golongan atasan. Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan
tembaga seperti bekas minuman dan makanan, senjata dan barang tembikar.
Golongan hamba berfungsi sebagai tentera paksaan digunakan untuk membantu kerja-kerja perburuhan dan untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan.
Jelaskan agama dan kepercayaan masyarakat tamadun Hwang Ho Sebahagian masyarakat mengamalkan kepercayaan
animisme. Masyarakat shang mempercayai politeisme seperti tuhan
syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung. Mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang
melibatkan permainan muzik, Upacara korban diketuai oleh bomoh. Bomoh terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle
meletakkan di atas unggun api Sehingga timbul rekahan untuk meramalkan dan mentafsir
sesuatu kejadian.
Nyatakan bentuk tulisan masyarakat tamadun Hwang Ho Rekahan tulang oracle mempengaruhi idea penciptaan
tulisan. Tulisan peringkat awal berbentuk ideogram berdasarkan
symbol. Tulisan asal mempunyai gambar seperti kanak-kanak,
bulan, matahari dan sungai.
Jelaskan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam bidang politik, ekonomi, social, agama dan KepercayaanSistem Politik Dari segi politik, sistem pemerintahan berbentuk monarki
diteruskan hingga ke zaman Dinasti Shang. Gelaran raja ditukar kepada maharaja. Raja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat dari syurga. Amalan pemerintahan dinasti diteruskan hingga abad ke
20.Sistem Ekonomi Sistem pengairan diperbaharui dengan membina terusan-
terusan untuk mengairi kawasan Pertanian dan mengelakkan berlakunya banjir.
Kemajuan dalam teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk tujuan pertanian.
Petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman. Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada
kayu kepada besi.Sistem Sosial Sistem tulisan digunakan oleh orang China sehingga hari
ini. Penggunaan tulisan digunakan dalam bidang penulisan
percetakan. Tulisan juga diajar di sekolah-sekolah di China. Tulisan ini terus berkembang dan digunakan oleh orang
Korea dan jepun.Agama dan Kepercayaan Kepercayaan yang masih berkekalan sehinggan hari ini
ialah pemujaan roh nenek moyang. Unsur pemujaan dijalankan sejak zaman shang ini telah
diteruskan mengikut kesesuaian Masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan
unsure makanan, duit kertas, dan barang perhiasan. Konsep Yin dan Yang serta Feng Shui merupakan dua
daripada kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur
Yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.
Feng Shui berlandaskan bagaimana manusia berharmoni dengan alam semesta.
sistem kalender telah diperkenalkan, iaitu terdapat 30 hari dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
Raja menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam dan musim menuai.
Amalan menggunakan kalender ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti harian
Seperti upacara perkahwinan, perburuan ataupu pengebumian.
Pengamalan falsafah perang Sun Tzu, karyanya, The Art Of War membicarakan selok-belok perang dan cara menangi musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.dan diaplikasikan pula sebagai taktik dalam urusan perniagaan.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 3
Kepentingan karya Sun Tzu , The Art of War bagi mencapai kecemerlangan diri Strategi menangani musuh supaya tidak mudah mengalah Memupuk daya saing supaya sentiasa berusaha Memupuk semangat untuk memajukan diri Semangat cinta diri dibentuk demi kejayaan Berani menghadapi cabaran supaya tabah hadapi dugaan
Buktian kegemilangan Malaysia di persada dunia. Tapak warisan dunia seperti Melaka dan Pulau Pinang yang
diiktiraf oleh UNESCO Terdapat bangunan pencakar langit/mercu tanda seperti
KLCC dan Menara KL. Pengajuran Formula 1 yang merupakan sukan permotoran
terbesar di dunia. Menjadi pemimpin pertubuhan antarabangsa seperti OIC,
NAM Merpejuangkan isu kemanusiaan seperti Dasar Apartheid, rakyat Palestin dan bencana alam Kewibawaan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed yang
diiktiraf dunia Menjadi hub makanan halal dunia Wujud syarikat penerbangan tambang murah seperti AIR
ASIA
Apakah iktibar yang boleh dipelajari daripada masyarakat Hwang Ho? Taat setia kepada raja agar egara kuat dan politik stabil Berfikiran kreatif dan inovatif bagi melahirkan masyarakat
pencipta Mementingkan ilmu untuk melahirkan masyarakat
intelektual Mempelbagaikan kegiatan ekonomi seperti pertanian,
perdagangan dan membuat tembikar.
Nyatakan ciri-ciri negara kota Anyang Merupakan negara kota dalam tamadun Hwang Ho. Terletak di tanah tinggi Sungai Huan. Dalam kota terdapat pusat pentadbiran, istana, kuil,
kediaman raja dan pembesar. Terdapat tembok untuk menhalang pencerobohan musuh. Dikelilingi oleh perkampungan petani.
Apakah yang anda faham tentang mandat dari Tuhan Percaya bahawa jika raja memerintah dengan adil
Kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup
Pemerintah direstui tuhan
Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho. Raja Bangsawan/pembesar/pegawai kerajaan Pedagang Petani Artisan Hamba
Jelaskan peranan amalan ramalan tulang oracle dilakukan. penggunaan tulang binatang dan kulit kura-kura. Fungsi tulang oracle ialah untuk meramal sesuatu keadaan. Golongan bomoh terlibat dalam upacara penilikan. Rekahan pada tulang akan ditafsirkan atau disabitkan
dengan sesuatu keadaan. Amalan ini membawa kepada kemunculan sistem tulisan
awal di China.
Nyatakan sumbangan Dinasti Shang dalam bidang pertanian. Pemimpin prihatin terhadap pembangunan pertanian. Pembinaan sistem pengairan. Pembinaan terusan untuk mengairi kawasan pertanian. Tujuan pembinaan terusan juga untuk mengelak banjir. Kemajuan dalam teknologi pembajakan seperti penciptaan
cangkul dan sabit. Penggunaan batas untuk tujuan penanaman. Mengantikan alatan pertanian kayu dengan alatan besi. Penggunaan kalendar untuk menentukan musim menuai
dan menanam.
Kemajuan dicapai tamadun Cina dalam bidang pertanian Pengenalan alat tenggala Membuat batas tanaman Pengenalan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu / kereta
kuda / kereta sorong beroda Membuat penyisir tanah Penciptaan alat kegunaan pertanian Sistem penanaman secara bergilir untuk Kekal kesuburan
tanah Peneresan kawasan bukit untuk pertanian Pembinaan sistem pengairan untuk pertanian Pembinaan terusan untuk kawalan banjir
Jelaskan langkah-langkah yang dilakukan oleh kerajaan dalam membangunkan bidang pertanian di Malaysia kini (KBAT)
Mengwujudkan pelbagai agensi pembangunan pertanian seperti MARDI, RISDA dan FELDA.
Membangunkan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang pertanian untuk hasil yang berkualiti
Membuka kawasan pertanian menerusi FELDA dan FELCRA.bagi meningkatkan pengeluaran
Memberi subsidi baja kepada petani untuk membantu petani
Membantu pemasaran hasil pertanian melalui FAMA. Mengwujudkan Koridor Utara sebagai pemangkin
pertanian negara. ( mana-mana yang munasabah )
Berdasarkan kemajuan sektor pertanian tamadun Hwang Ho, nyatakan langkah-langkah yang boleh diamalkan dalam membangunkan serta memajukan sektor pertanian negara kita.
pilih pemimpin yang bijak untuk menguruskan sector pertanian
membina sistem pengairan yang baik gunakan benih yang bermutu / berkualita gunakan baja yang bersesuaian gunakan teknologi terkini / alat pertanian yang moden /
jentera mengusahakan tanah yang terbiar bantuan modal diberikan kepada petani bantuan teknikal diberikan kepada petani mewujudkan pasaran yang meluas menggunaan teknik penanaman yang baik memberikan khidmat nasihat mengkomersialkan produk pertanian
Pengamalan agama dan kepercayaan masyarakat cina masih berterusan sehingga hari ini.Pada pandangan anda, mengapakah keadaan ini berlaku ?
Menyembah roh nenek moyang Mengamalkan animisme / politisme Percaya kepada tulang oracle yang boleh meramal keadaan Mempercayai konsep ying yang/ Feng Shui/ keharmonian manusia dan alam sekitar
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 4
Tamadun Hwang Ho boleh dianggap sebagai salah sebuah tamadun yang unggul. Berikan penjelasan anda. Ya/ Setuju Alasan – mempunyai system pemerintahan yang sistematik Diketuai raja/ dibantu oleh golongan bangsawan/ Pegawai kerajaan Pembahagian tanah kepada wilayah-wilayah setiap wilayah ditadbir oleh pembesar tempatan Mampu membina empayar Mempunyai system agama/ kepercayaan – animism/politeisme/ sembah roh nenek
moyang Telah mempunyai sistem tulisan dan masih digunakan sehingga hari ini. Berkembang ke Korea/ Jepun
TAMADUN MESOPOTAMIA
Apakah maksud Mesapotamia?
Bermaksud tanah di antara dua sungai.
Di manakah letaknya tamadun Mesospotamia?Terletak di antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates(3 500 S.M.)
Terangkan cirri-ciri Negara kota Tamadun Mesopotamia. Setiap negara kota memiliki ciri fizikal tersendiri terbahagi
kepada kawasan utama Iaitu Pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan. Setiap negar kota mempunyai kubu pertahanan dengan
pelbagai bentuk pintu gerbang Yang menjadi lambang kekayaan sebuah kota. Di dalam kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah
ibadat, rumah kedai dan pasar. Jalanraya berkeadaan lurus dan lebar memisahkan dengan
rumah kediaman. Pusat sesebuah kota adalah rumah ibadat yang menjadi
tumpuan anggota masyarakat. Setiap kota mempunyai unit politik dan agama tersendiri. Kewujudan sungai dan tanah pamah telah memudahkan
pengangkutan dengan kapal, peati dan keldai. Melalui jalan laut, Negara kota mudah dihubungi dengan
wilayah sekitarnya.
Jelaskan organisasi social masyarakat dalam tamadun Mesopotamia. Terbahagi kepada dua golongan, iaitu golongan pemerintah
dan golongan rakyat. Pemerintah terdiri daripada raja, ketua pendeta, ketua
tentera, dan bangsawan. Golongan rakyat terbahagi kepada dua, iaitu rakyat bebas,
seperti petani, artisan, serta pedagang. Hamba terdiri daripada tawanan perang.
Terangkan peranan raja dalam sistem pemerintahan tamadun Mesopotamia. Raja sebagai ketua pemerintah. Raja di anggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan pemilik
Negara kota, dikenali sebagai Teokrasi. Menjadi ketua tentera. Menjadi ketua pendeta yang berkuasa dalam hal
keagamaan. Berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang
jawatan di Zigurat dan menentukan pentadbirannya. Berkuasa dalam bidang ekonomi, seperti cukai tanah,
petanian dan perniagaan raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mempunyai
ikatan kekeluargaan dengan Keluarga diraja. Masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja sebagai
tuhan kecuali semasa pemerintahan raja Naramsin di Akkad.
Beliau menggelar dirinya “ Raja empat penjuru alam”
Jelaskan cirri-ciri sistem tulisan masyarakat Mesopotamia. Kewujudan sistem tulisan yang bermula dalam bentuk
tulisan begambar. Berkembang kepada tulisan berbentuk symbol yang ditulis
pada tanah liat. Menggunakan pen rumput buluh menulis pada tanah liat
berbentuk pepaku Dikenali sebagai cuneiform.
Raja Hammurabbi telah memberi sumbangan yang besar dalam bidang perundangan semasa memerintah Babylon. Jelaskan. Sumbangan besar Hammurabbi adalah Kod Undang-
undang Hammurabbi.
Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat.
Sekiranya seseorang bangsawan mencederakan mata rakyat atau patahkan tulang, Bangsawan didenda satu wang perak.
Kod ini mengandungi kira-kira 282 undang-undang yang dipahat pada tembok serta tiang besar untuk dibaca
oleh rakyat. Kod Undang-undang Hammurabbi menjadi dasar
perundangan dalam tamadun Mesopotamia. Undang-undang ini berjaya mengelakkan wujudnya
permasalahan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan dikalangan susun lapis masyarakat itu sendiri.
Undang-undang ini mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam kehidupan
masyarakat tersebut. Kod ini membantu peradaban Mesopotamia bertahan
jangka masa panjang dari tahun 3500 S.M hingga tahun 539 S.M.
Huraikan sumbangan sistem tulisan dalam masyarakat Mesopotamia Sistem tulisan telah membawa kepada sistem pendidikan
yang bertujuan untuk melahirkan Jurutulis. Urusan pentadbran dan perniagaan dapat direkodkan oleh
jurutulis. Melalui perdagangan, semua urusan jual belinya ditulis
dalam resit, nota, dan surat kredit. Sistem tulisan melhirkan tradisi kesusasteraan seperti epik Gilgamesh merupakan hasilk esusasteraan
yang tertua di dunia mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
Jelaskan sumbangan sains dan teknologi tamadun Mesopotamia kepada manusia sejagat. Tamadun Mesopotamia menyumbang kepada
perkembangan ilmu astronomi. Pencerapan pergerakan bulan, bintang dan matahari telah
memperkembangkan ilmu Matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah,
menolak, mendarab, membahagi dan punca ganda. Penguasaan bidang astronomi membolehkan mereka
menggunakan jalan laut untuk belayar.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 5
Pencerapan sistem solar membolehkan penciptaan kalender yang mengandungi 12 bulan dalam satu tahun.
Perkembangan ilmu perubatan kerana kerajaan Assyria mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
Penciptaan roda untuk kereta kuda bertujuan untuk peperangan atau kegunaan pada masa aman.
membolehkan penciptaan kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dapat mengawal banjir dan meningkatkan hasil pertanian.
Menggunakan kapal layar serta pengangkutan beroda untuk menguasai jalan darat serta jalan laut.
Memperkenalkan cara membuat batu-bata daripada tanah liat.
Dalam seni bina, mereka mencipta arca dan tiang batu. Contohnya di Zigurat dan arca Patung Raja Gudea.
Pembinaan Taman Tergantung Babylon menjadi salah satu ciptaan menakjubkan dibina dibina oleh Raja Chaldea.
BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUNPOLITIK : PERUNDANGANJelaskan sistem perundangan tamadun Yunani Dewan perhimpunan berfungsi menggubal undang-undang. Kepentingan undang-undang diutarakan oeh plato dalam
bukunya Republic. Menurut plato, Negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan Berupaya menggubal
undang-undang.
Huraikan sistem perundangan yang diamalkan oleh Tamadun Rom. Undang-undang bertulis dikenali Hukum Kanun 12
telah dipahat pada kayu. juga dikenali sebagai Papan Dua Belas diletakkan di tempat Awam untuk tatapan rakyat. Maharaja Justinian bertanggungjawab mengumpul,
menyatukan dan membukukan undang-undang tersebut. Melahirkan kod undang-undang Rom atau undang-
undang Justinian. Intipati undang-undang tersebut masih kekal hingga hari
ini. Undang-undang Rom mengandungi tiga cabang iaitu
undang-undang sivil, rakyat danNatural.
Prinsip undang-undang Rom ialah seorang manusia sama disisi undang-undang.
Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah. Keadilan kepada setiap individu. Hukuman berdasarkan bukti yang cukup. Prinsip undang-undang rom menjadi asas sistem
perundangan hari ini.
Jelaskan sistem perundangan Tamadun India Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu
paling tua bertujuan memastikan perjalanan kerajaan serta
keberkesanan pentadbiran. Raja dipertanggungjawabkan untuk memlihara kesucian
dan kedaulatan undang-undang. Segala kesalahanyang dilakukan akan dikenakan denda
bergantung kepada kesalahan. Golongan Brahmin menjadi golongan yang dominant
dalam bidang unang-undang Kerana mahir tentaang hukum hakam keagamaan. Pada zaman Dinasti Maurya, undang-undang maharaja
disampaikan sebagai titah dan perintah diraja. Segala titah perintah diukir pada tiang batu didirikan di tepi
jalan raya supaya undang-undang dibaca oleh rakyat. Tiang batu dikenali sebagai Tiang Asoka kerana didirikan
pada zaman pemerintahan Asoka Asoka seorang pemerintah yang adil kerana sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan
rakyat.
Jelaskan system perundangan Dinasti Chin dan Dinasti Han di China Sistem perundangan berteraskan dua prinsip utama, iaitu
hukuman berat dan bercorak kolektif. Teras undang-undang ini adalah daripada falsafah
legalisme yang digubal oleh ahli falsafah yang bernama Han Fei Tzu
pada zaman Dinasti Chin Undang-undang yang tegas dapat mengawal tingkah laku
manusia dan tidak harus wujud rasa belas kasihan. Raja mesti meiliki kuasa yang utuh bagi menguatkuasa
undang-undang untuk membendung tindakan liar manusia.
Pada zaman Dinasti Han, undang-undang berteraskan ajaran Confucius yang menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia serta masyarakat.
Sebagai warganegara, bagaimanakah anda mengamalkan prinsip Rukun Negara keempat iaitu Kedaulatan Undang-undang? Mematuhi undang-undang Tidak melanggar undang-undang Berdisiplin dalam kehidupan Melapor salah laku undang-undang Bersopan dan bertatasusila Saling mengormati
Kesan jika tidak mematuhi undang-undang Negara menjadi kucar kacir kerana berlakunya jenayah dan
pergaduhan Jenayah berleluasa kerana sikap pentingkan diri Hidup tidak berdisiplin kerana tiada peraturan Tidak disukai rakan-rakan dan masyarakat kerana
bermasalah Menyusahkan keluarga dan masyarakat kerana
menimbulkan banyak masalah
PERLUASANKUASATAMADUN YUNANINyatakan sumbangan Philip II dan Alexander the Great dalam bidang perluasan kuasa Tamadun Yunani Semasa pemerintahan Philip II dari Macedonia, kerajaan
Macedonia dan Yunani telah disatukan. Anaknya, Alexander the Great, berjaya meluaskan kawasan
takluk Yunani Apabila menguasai Parsi, Mesir, Turkistan dan Samarkand. Seluruh kawasan laut Mediterranean itu berada di bawah
kekuasaannya. Alexander the Great terlibat dalam penyebaran kebudayaan
Hellenistik iaitu campuran antara kebudayaan Yunani dan Parsi serta
kebudayaan timur yang lain.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 6
Kebudayaan Hellenistik tersebar dari kota-kota utama dalam empayer Yunani
Seperti Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch.
Jelaskan perluasan kuasa Empayar Rom Julius Caesar bertanggungjawab menamatkan sistem
republic dan menjadi dictator. Rom mencapai taraf empayar setelah meluaskan kuasa ke
Mecadonia, Yunani, Syam,Mesir, Peranchis, Brttania dan beberapa kawasan di Jerman.
Membentuk pemerintahan berpusat dengan penyatuan wilayah-wilayah kecil yang ditakluki.
Beliau menggunakan gelaran maharaja dengan menguasai senat dan angkatan tentera.
Semasa pemerinthan Augustus, beliau berjaya membawa keamanan dan keagungan Rom.
Wujud keamanan yang kekal selama 200 tahun. Semasa pemerintahannya digelar Pax Romana yang
merupakan zaman kegemilangan Rom Membawa keamanan dan kesejahteraan daripada pelbagai
bangsa dalam tiga benua iaitu Asia, Afrika dan Eropah. Pemerintahan Augustus Caesar berjaya menubuhkan sistem
empayar bercorak warisan. Empayar Rom terdiri daripada Britain, Sepanyol, kwasan
sungai Rhine, Danube, Laut Hitam Pergunungan Atlas, afrika utara, Macedonia, sebahgian
Turki dan Palestin.
Kejayaan yang dicapai melalui perluasan kuasa Dinasti Maurya di India disebabkan para pemimpin. Jelaskan. Perluasan kuasa yang besar berlaku semasa pemerintahan
Dinasti Maurya bermula pada zaman pemerintahan. Chandragupta Maurya Kejayaan disebabkan memiliki pasukan tentera yang besar
dengan 600 ekor gajah, 1000 Orang askar berkuda dan 10 000 orang infantry. Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara, Punjab dan
menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat.
Bindusara anak Chandragupta, meluaskan empayar Maurya ke Mysore dibahagian Selatan India.
Asoka meluaskan kuasa melalui dasar yang lembut dan terbuka
serta memberikan seluruh India menjadi kawasan takluk empayar Maurya pada zaman pemerintahan Asoka ekoran kemenangan ke atas kalinga dalam Perang Kalinga.
Peristiwa Perang Kalinga Semasa pemerintahan Asoka 100 000 tentera mati 150 000 tentera cedera Berjaya menyatukan India Menyedarkan Asoka bahawa peperangan membawa
kematian Asoka memeluk agama Buddha Taktik peperangan bertukar dasar yang lembut.
TAMADUN CHINAJelaskan perluasan kuasa Dinasti Chin Shih Huang Ti berjaya manyatukan seluruh kerajaan kecil
di China melalui perluasan kuasa membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti
Chin. Shih Huang Ti memeirntah secara autokratik, tegas dan
mutlak. Beliau menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan
melantikgabenor Dan panglima tentera untuk mentadbir. Mengarahkan pembinaan Tembok Besar China bagi
mempertahankan empayar daripada Serangan orang gasar. Zaman dinasti Han, kewibawaan Maharaja Han Wu Ti
yang digelar maharaja tentera Berjaya memperluas kawasan takluk melalui angkatan
tenteranya yang besar dan kuat. Kawasan yang berjaya ditaklukinya termasuklah Sinkiang
Lembah Tarim dan Tutor di Utara Yang Tze, Kwangsi, dan Kwang Tung di Selatan.
Pada zamannya, pengaruh China telah tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan kemakmuran negeri China telah berjaya diwujudkan.
Keagungan sesebuah negara bergantung kepada kewibawaan dan ketokohan pemimpin dalam bidang peluasan kuasa dan pembentukan empayar. Buktikan kebenaran kenyataan ini. Philip II berjaya menyatukan Macedonia dan Yunani Alexander The Great Berjaya menguasai Parsi/ Mesir/
Turkistan/Samarkand/ seluruh Laut Mediteranean
Menyebarkan kebudayaan Hellenistik Augustus Caesar membina empayar Rom yang meliputi
Britain/Sepanyol/ Sg Rhine/ Sg Danube/Laut Hitam/ Turki/ Pakistan
Chandragupta Maurya menguasai India utara/ Punjab Bindusara meluaskan kuasa ke Mysore Asoka menguasai seluruh India Shih Huang Ti Berjaya menyatukan kerajaan-kerajaan kecil
di China
Ciri-ciri perluasankuasa bentuk baru (kbat) Campur tangan Negara luar dalam hal ehwal politik
negara’ Pencerobohan sempadan laut, udara dan darat Menguasai dan mengawal ekonomi sesebuah Negara Kawalan ke atas kewangan Negara Syarat perdagangan yang tidak adail Penyerapan budaya asing tanpa disedari Budaya hiburan yang keterlaluan Menjadi tempat ujian senjata nuklear
EKONOMIHuraikan perkembangan ekonomi di Yunani Tumpuan utama diberikan kepada aktiviti perdagangan kerana keadaan muka bumi Yunani Yang bergunung-
ganang dan tidak sesuai untuk pertanian. Terdapat peningkatan yang tinggi dalam perdagangan
dengan kuasa luar melalui jalan laut. Perdagangan hanya berlaku antara kawasan di persisir
pantai ang berhampiran seperti Mesir, Syria dan Phoenecia. Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan
makanan dan terpaksa mendapatkan Bahan makanan dari luar seperti
dari kawasan di Sparta dan Laut Hitam. Athens menjadi pusat pengumpulan barang keperluan yang
datang dari Timur. Kegiatan perdagangan yang dijalankan di Negara kota
dikenakan cukai ini telah menyebabkan kenaikan harga barang Ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat-tempat lain
seperti Alexandria pada zamanGraeco-rom, iaitu pada tahun 300 S.M
TAMADUN INDIA
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 7
Terangkan kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi tamadun India. Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan pesat kerana melibatkan perdagangan dalam wilayah India dan
perdagangan luar seperti Mecedonia, Sri Langka, rantau Asia Tengah dan Asia Tenggara.
Pusat perdagangan iaitu Anga, Kalinga dan Karusa yang menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan
mutiara. Mempunyai pelabuhan yang menghubungkan India dengan
Negara luar seperti Tamralipti, Ghantashala, Kadura, Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay.
Di setiap Bandar wujud persatuan perdagangan dan perusahaan
yang dikenali sebagai Stresthin antaranya persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang
kulit. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal harga, kualiti
barangan dan gaji pekerja. Raja mengawasi perjalanan persatuan. Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
menggunakan mata wang sebagai media jual beli. Contoh, bentuk mata wang emas. Terdapat sector perusahaan seperti pengeluaran tekstil, kain
kapas, sutera, perusahaan yang berasaskan barangan emas, mutiara dan batu permata.
Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap pelbagai perdagangan seperti hasil pertanian dan hasil buah-buahan.
Cukai dipungut untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.
Perdagangan dengan Alam Melayu telah berkembang untuk mendapatkan hasil seperti rempah, bedak wangi, gading gajah dan besi. Dari China pula seperti tekstil, tembikar, barang kaca dan minyak wangi.
Terangkan kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi tamadun China Dalam bidang pertanian, tenggala diperkenalkan untuk
membuat batas tanaman. Kolar kuda digunakan untuk kuda menarik tenggala kayu,
kereta kuda dan kereta sorong beroda serta penyisir tanah. Sistem penanam secara bergilir telah diperkenalkan untuk
menjaga kesuburan tanah.
Kawasan bukit telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang.
Sistem pengairan seperti pembinaan terusan telah dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam dalam pertanian terkawal.
Kawalan terhadap banjir dengan membina terusan. Perusahaan logam dan perusahaan tembikar turut
berkembang didagangkan ke kawasan di luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
Pada zaman Dinasti Tang, hasil dibawa melalui Jalan Laut iaitu berdasarkan bukti terdapat tembikar dan logam China di tapak-tapak pelabuhan kerajaan awal.
Hasil perusahaan China didagangkan di negeri China. Muncul persatuan perdagangan yang membawa kepada
kelahiran golongan kelas Petengahan yang besar. Perkembangan ekonomi menyebabkan perkembangan
system perhubungan, Iaitu pembinaan jalan raya, jambatan, dan alat
pengangkutan seperti kereta kuda kereta lembu.
Jelaskan usaha yang perlu dilakukan oleh pemimpin hari ini untuk memajukan bidangperdagangan. Menyediakan pelabuhan entreport Menarik pedagang seluruh dunia dengan mengenakan cukai yang berpatutan Perdagangan antarabangsa Menyediakan kemudahan di pelabuhan seperti gudang/ tempat tinggal mempelbagaikan barangan eksport
Apakah manfaat yang diperoleh sekiranya Malaysia menjadi kuasa perdagangan yang unggul ? Kegiatan perdagangan dipergiat Berlaku pertukaran teknologi yang pesat Kemakmuran ekonomi negara Berkembang menjadi pelabuhan entreport Menambahkan sumber pendapatan negara Menambahkan peluang pekerjaan
Bagaimanakah mata wang dapat memudahkan urusan perdagangan ? Pengganti kepada sistem barter
Sebagai medium jual beli Menjadikan urusan ekonomi lebih sistematik Lambang kekukuhan ekonomi sesebuah negara
PENDIDIKANHuraikan system pendidikan dan peperiksaan dalam tamadun China Masyarakat menghargai pendidikan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus
peperiksaan awam kerajaan. Terdapat tiga peringkat pendidikan iaitu pendidikan rendah, menengah dan tinggi. Peringkat sekolah rendah, tertumpu pada kegiatan
mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan Sembilan buah buku suci tanpa memahami maknanya.
Pada peringkat menengah, tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera.
Pada peringkat tinggi pula tumpuannya adalah untuk menterjemah buku suci.
Pendidikan china memberi tumpuan untuk pentadbiran.
PEPERIKSAAN Peperiksaan awam mengandungi tiga tahap, iaitu tahap
pertama Hsiu tai, Tahap keduaChun-Jen, dan tahap ketiga Chin Shih.
Peperiksaan awam dikendalikan dengan ketat dan jika didapati meniru dikenakan hukuman mati.
Mereka yang mengambil peperiksaan ditempatkan di dalam bilik dengan penyediaan
Dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan. Tahap pertama setaraf dengan ijazah pertama, tahap kedua
setaraf dengan sarjana Tahap ketiga setaraf dengan doctor falsafah seperti pada
zaman moden. Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah, tahap
kedua, di ibu kota daerah Tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana,
iaitu dihadapan maharaja. Mereka yang lulus tahap atau ijazah pertama akan
berpeluang menjadi pegawai kerajaan ijazah ketiga pula layak menjadi pendidik. Peperiksaan awam tahap pertama diadakan dua kali dalam
tempoh tiga tahun sementara
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 8
Peperiksaan tahap awam tahap kedua dan ketiga, diadakan tiga tahun sekali.
Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia.
Pada pengetahuan anda, mengapakah masyarakat menyanjung peperiksaan awam China? Untuk menjawat jawatan dalam kerajaan. Orang yang meniru dihukum bunuh. Peraturan yang ketat dan tidak ada sebarang penipuan. Meningkatkan mobiliti social penduduk. Semua rakyat boleh menduduki peperiksaan. Terdapat tiga tahap peperiksaan, tahap pertama di daerah,
tahap kedua diibukota tahap ketiga di istana di hadapan maharaja. Calon peperiksaan ditempatkan dalam bilik dan di kurung
selama tiga hari untuk menulis jawapan.
Huraikan perkembangan sistem pendidikan dalam tamadun Yunani Di Athens, pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia
yang seimbang pencapaiannya dari sudut rohani dan jasmani.
Orang Athens berpendapat manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal untuk kesejahteraan kehidupan manusia.
Pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni pidato, membaca, menghafal dan menulis dititikberatkan di Athens.
Perkembangan pendidikan menyebabkan banyak sekolah falsafah dibina dan berkembang di Negara kota seperti Athens, Thebes, Elea dan Miletus.
Athens dikenali pusat cendekiawan Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles.
Sekolah ini telah melahirkan sejarawan seperti Thucydides, anaximander, Heraclitus dan Anaxagoras.
Di Sparta, matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada Negara kotanya.
Pendidikan di Sparta mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata.
SENI BINAYUNANITerangkan sumbangan tamadun Yunani dalam bidang seni bina Pembinaan acropolis oleh pericles bertujuan sebagai pusat
pentadbiran, pusat keagamaan Dan pusat pertahanan. Bentuk bangunan sempurna dengan ukiran yang unik
berunsur keagamaan dan mempunyai nilai estetik. Merupakan pusat pentadbiran di Athens Di dalamnya terdapat binaan yang menarik seperti berhala, teater serta bangunan
yang menarik iaitu Parthenon. parthenaon dibina untuk Dewi Athena dan untuk
mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia.
Patheon berbentuk kubah berfungsi sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam.
TAMADUN ROMSumbangan Tamadun Rom dalam seni bina. Aqueduct adalah untuk bekalan air di Rom. Bekalan air dibawa dari gunung melalui saluran air dalam
tanah dan dalam pintu gerbang. Teknologinya berasaskan sistem gravity. Colloseum berfungsi sebagai tempat pahlawan Rom
bertarung dan sebagai teater
TAMADUN INDIAJelaskan seni bina di India Great Bath merupakan binaan yang sangat baik dan
lengkap. Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 20 buah kuil. Kompleks kuil di Gua Ellora pula mempunyai 28 buah kuil
mempamerkan penggunaan elemen geometri, iaitu bentuk segi empat dan bulat
Stupa Besar di Sanchi adalah untuk keagamaan.
TAMADUN CHINASeni bina Tamadun China Tembok Besar China untuk pertahanan di China dibina
sejak zaman DinastiChou.
Panjangnya 1500 batu dari Kansu ke Peking.
Tembok kawasan Bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata danlumpur.
kawasan dalam tembok menempatkan Maharaja. Istana yang masih kekal ialah kota larangan. Kuil dan pagoda juga merupakan seni bina penting
tinggalan sejarah.
Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat tamadun Yunani, Rom , India dan China mampu menghasilkan seni bina yang menjadi symbol kemajuan?
Mementingkan ilmu pengetahuan Menggunakan bakat dan kemahiran kreatif Berfikiran futuristic Mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi Rajin dan gigih berusaha
Huraikan sumbangan tamadun Yunani kepada kehidupan hari ini Tamadun Yunani mewariskan sistem pemerintahan
demokrasi Rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik dan
pembentukan kerajaan. Sistem pemerintahan demokrasi diamalkan kebanyakan
Negara dunia hari ini. Malaysia mengamalkan sistem demokrasi tetapi bentuk
sedikit berubah kepada demokrasi berparlimen. Dewan perhimpunan bertindak menggubal undang-undang
Negara diamalkan kebanyakan Negara di dunia Mahkamah berjuri dalam perbicaraan terhadap pesalah
diamalkan hingga hari ini. Sistem pendidikan memberi penekanan melahirkan insan
seimbang seperti mana dalam Falsafah pendidikan Negara kita.
Manusia cemerlang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal.
Ilmu falsafah Socrates, Aristotle. Plato menjadi rujukan dalam falsafah moden.
Karya dan teori sejarah Herodotus dan Thucydides menjadi rujukan ahli sejarah moden.
Pembinaan acropolis menjadi panduan pembinaan dan pelancongan hari ini.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 9
Kemajuan sains dan teknologi zaman ini berasaskan zaman Yunani oleh Pythagoras melalui
Teorem Pythagoras diguna pakai hari ini. Teori isi padu air dan gravity oleh ahli fizik Archimedes
digunapakai hingga sekarang. Karya sastera Homer iaitu Illiad dan Odyssey dibaca
hingga ke hari ini. Penggunaan vocal dari tulisan Phonnecia digunakan dalam
tulisan rumi hari ini. Sukan Olimpik masih dijalankan hingga ke hari ini. sukan Olimpik Yunani diadakan empat tahun sekali
menjadi amalan hingga hari ini.
Huraikan sumbangan tamadun rom kepada kehidupan hari ini Tamadun Rom mewariskan sistem pemerintahan republik Unsur demokrasi melibatkan rakyat dalam pemilihan
Presiden. Pembentukan Dewan Senat dan Dewan perhimpunan
dalam pentadbiran seperti di India,Peranchis dan Afrika Selatan.
Konsep politik seperti senat, diktator, veto dan censor adalah warisan Rom.
Sistem pemerintahan berpusat hasil penyatuan wilayah dengan mewujudkan Majlis Perbandaran dengan Bandar-bandar terancang.
Sistem perundangan Rom yang meletakkan manusia sama disisi undang-undang
Dan keadilan kepada setiap individu digunakan hingga hari ini.
Hukuman berasaskan bukti yang sahih dengan seseorang tidak akan bersalah sehingga terbukti bersalah.
Kalender berasaskan kalender Rom seperti Julai dan Ogos sempena nama Julius Caesar dan Maharaja Augustus.
Sistem pendidikan berdasarkan aplikasi ilmu untuk dipraktik dan semangat setia kepada negara menjadi panduan pada hari ini.
Ilmu falsafah Stoisme menjadi rujukan ahli falsafah moden. Kemajuan bidang matematik moden berasaskan matematik
Boethius memperkenalkan campur. tolak, bahagi dan geometri.
Teknologi pembinaan seperti aqueduct, colloseum arked, pantheon menjadi rujukan pusat pelancongan hari ini.
Bahasa latin menjadi bahasa rujukan zaman ini.
Tulisan Phonesia diubahsuai menjadi tulisan rumi yang diguna pakai hari ini.
Huraikan sumbangan tamadun India kepada kehidupan hari ini Tamadun India mewariskan system birokrasi dalam
pentadbiran. Memperkenalkan persatuan perdagangan dan perusahaan
yang diamalkan dalam perdagangan hari ini. Sumber falsafah dalam kitab veda menjadi rujukan hingga
hari ini. Ilmu sains dan teknologi adalah cabang kitab veda yang
menjadi rujukan hari ini. Kemajuan bidang matematik moden berasaskan konsep
geometri oleh Aryabhata dan Varachamihira digunapakai hari ini.
Teknologi pembinaan seperti stupa Besat di Sachi dan candi menjadi rujukan dan pusat pelancongan hari ini.
Agama Hindu dan Buddha diamalkan oleh penduduk dunia ini.
Bahasa Sanskrit menjadi bahasa rujukan zaman menghasilkan pelbagai bahasa di India.
Bahasa Sanskrit digunakan dalam agama Hindu dan Buddha.
Hasil sastera epik Mahabrata dan Ramayana menjadi rujukan dan pembacaan hari ini.
Huraikan sumbangan tamadun China kepada kehidupan hari ini. mewariskan sitem pemerintahan autokrasi. Terdapat jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam
dikenali Hon Kao Tzu. Pegawai kerajaan yang dilantik mesti lulus peperiksaan
awam Pencipataan kolar kuda yang digunakan oleh masyarakat
dunia hari ini. Pertanian bergilir yang diperkenalkan untuk mengekalkan
kesuburan tanih. Sistem peperiksaan awam diperkenalkan Falsafah Taoisme, Legaslisme dan Confucianisme menjadi
rujukan ahli falsafah moden. Teknologi pembinaan Tembok Besar China dan pagoda
menjadi rujukan dalam pembinaan dan sebagai pusat pelancongan.
Rekod sejarah bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan maklumat geografi sebagai sumber sejarah.
Teknologi membuat kertas dan tembikar memberi sumbangan kepada masyrakat dunia.
Ilmu perubatan tradisional China masih menjadi rujukan oleh masyarakat hari ini.
Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang diperlukan untuk membolehkan sesuatu tamadun meningkat dan berkembang. Perlu mempunyai sikap inovatif dalam kehidupan. Perlu berusaha untuk memperbaiki dan meningkatkan
kehidupan. Keperluan Negara yang aman supaya pembangunan tidak
terjejas. Sistem pemerintahan yang adil dan kuat. Kebolehan menjangka perubahan yang akan berlaku di
masa depan. Keperluan meningkatkan pemikiran dalam menambah ilmu
pengetahuan. Keperluan menambah kemahiran melalui ilmu pengetahuan
dari masa kesemasa. Berani meneroka bidang baru untuk mempertingkatkan
kehidupan kita.
BAB 3 : KERAJAAN AGRARIAApakah dimaksudkan dengan kerajaan agraria?Kerajaan yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemugutan hasil hutan dan sungai.
Di manakah lelaknya kerajaan agraria di Asia Tenggara? Di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai contohnya kerajaan Dvaravati, kawasan bukit dan lereng gunung berapi seperti Kerajaan
Taruma.
Senaraikan kerajaan agraria di Asia Tenggara.1. Kerajaan Angkor2. Kerajaan Funnan3. Kerajaan Dvaravati4. Kerajaan Sungai Merah5. Kerajaan Sungai Mekong6. Kerajaan Sailendra7. Kerajaan Sukhotai
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 10
8. Kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Deing
Terangkan ciri-ciri kerajaan agraria. Kerajaan yang berasaskan pertanian, penternakan dan
pemungutan hasil hutan dan sungai. Terletak di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah
sungai, kawasan bukit dan lereng gunung berapi. Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah kerana
mendapat bekalan air yang mencukupi. Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang
kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan relung.
Tanaman sampingan yang turut diusahkan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek dan sayur–sayuran.
Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam.
Mengumpul hsil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagi jenis buah–buahan.
Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan. Masyarakat agraria terlibat dengan kegiatan menangkap
ikan di sawah, paya dan sungai dan mendapatkan kulit kura–kura.
Mengusahakan kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.
Lebihan hasil ternakan dan tanaman tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar dan kerajaan maritim.
Perkembangan pertanian turut dipengaruhi oleh pembinaan sistem pengairan yang baik.
Raja terlibat dalam pembinaan pengairan dan kerajaan bertanggugjawab dalam pengurusan sistem pengairan.
Huraikan kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Asia Tenggara.
Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah kerana mendapat bekalan air yang mencukupi. Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan membuat teres dan relung.
Selain itu tanaman sampingan yang turut diusahakan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran.Masyarakat agrarian juga menghsilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam. Mereka juga mengumpul hasil
hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah–buahan. Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan.
Masyarakat agraria terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai dan mendapatkan kulit kura–kura. Mereka mengusahakan kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam. Lebihan hasil ternakan dan tanaman tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar dan kerajaan maritim.
Huraikan faktor–faktor yang menyumbang kemajuan pertanian kepada kerajaan Angkor. Pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperoleh dari
Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap. Raja sendiri terlibat dalam pembinaan sistem pengairan. Kerajaan bertanggugjawab secara langsung dalam
pengurusan sistem pengairan. Pemerintahan Raja Indravarman I telah membina sistem
pengairan dan baray yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar serta
dapat menampung keperluan beras kerajaan Angkor. Tanah disekitar Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap yang
subur disebabkan mendapan lumpur ketika banjir. Mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun
sesuai untuk tanaman padi sawah. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan Sungai
Mekong.
Huraikan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada Kerajaan Angkor. Membekal sumber air minuman. Limpahan air Sungai Mekong pada musim banjir mengalir
ke dalam Tasik Tonle Sap dan tasik menjadi luas. Pada musim kemarau, kawasan sekitar tasik menjadi subur
hasil daripada mendapan lumpur. Membekal sumber protein seperti ikan kepada penduduk
sekitar tasik. Air daripada tasik dialirkan ke kawasan tanaman padi
dengan menggunakan terusan.
Sumber air dan tasik dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan beras yang mencukupi kepada penduduk Angkor.
Pada pandangan anda apakah sumbagngan sector pertanian kepada Negara? Sumber pendapatan Negara seperti getah dan kelapa sawit
untuk eksport Member pekerjaan kepada penduduk melalui pembukaan
lading-ladang baharu Sumber makanan penduduk seperti beras, ubi keledek,
sayuran dan ternakan. Keseimbangan alam udara yang segar dan bersih
contohnya pokok menghalang hakisan dan pemanasan global
Pada pendapat anda mengapakah berlakunya kejadian banjir di kawasan pertanian di Cameron highland? Pembangunan pertanian tidak terancang seperti membuka
tanah sesuka hati Penarahan lereng bukit menyebabkan kawasan tadan hujan
musnah. Pembuangan sampah ke dalam sungai menyebabkan system saliran tidak berfungsi
Pembalakan yang berleluasa sehingga memusnahkan hutan simpan
Penguatkuasaan undang-undang yang lemah Sikap individu yang tamak untuk mengaut keuntungan.
Mengapakah Negara kita masih menumpukan kepada pembangunan ekonomi pertanian? Keperluan makanan seperti beras, buah-buahan dan
ternakan Menjadi sumber ekonomi dan pendapatan Negara Memanfaatkan kemajuan teknologi Kemajuan penyelidikan MARDI Kelembapan sector perindustrian bersaingan di peringkat
global Pasaran yang luas dalam Negara dan luar Negara Pertanian menjadi pekerjaan
Jelaskan usaha menggalakan generasi muda terlibat dalam sector pertanian. Penggunaan teknologi moden dan canggih yang melibatkan
tenaga mahir
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 11
Memperluas pertanian rumah hijau menggalakkan penglibatan siswazah
Memperkasa bioteknolgi akan meningkatkan hasil pertanian
Pertanian ladang bagi meningkatkan prospek antarabangsa seperti tanaman cili dan pisang
Kemudahan pinjaman untuk pelaburan pertanian seperti Bank Pertanian
Kerajaan telah menjadikan slogan ‘Pertaniaan Satu Perniagaan’ sebagai usaha untuk memajukan pertanian di Negara kita.Berikan komen anda. Hasil pertanian dipasarkan ke luar Negara Mempelbagaikan hasil pertanian Mengawal mutu hasil pertanian Dijalankan secara ladang Intensif modal Melibatkan banyak buruh Teknologi moden untuk tambah kecekapan Mengiklankan produk pertanian Menggalakkan bidang penyelidikan dan pembangunan
pertanian
Sebagai seorang usahawan tani yang Berjaya, bagaimanakah anda memodenkan sector pertanian? Membangunkan R&D Menanam pelbagai jenis tanaman/produk Meluaskan pasaran hingga ke peringkat antarabangsa Menjalin kerjasama dengan pakar dari luar
Cabaran yang dihadapi dalam usaha memodenkan sector pertanian di Malaysia. Penggunaan kaedah lama menyebabkan hasil tidak
berkualiti contoh peralatan tradisional Generasi muda kurang berminat kerana menganggap
pertanian pekerjaan ketinggalan zaman Petani kekurangan modal menyebabkan mereka tidak boleh
menggunnakan jentera model kerana kos yang tinggi Gangguan musuh perosak seperti serangga, ulat yang
merosakkan tanaman
BAB 4 : ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MEKAHNamakan datuk Nabi Muhammad s.a.w.
1. Abdul Muttalib bin Hashim
Namakan bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Al-Haris Abu Talib Abu Lahab Abbas HamzahMengapakah tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w disebut tahun Gajah? Sempena tahun berlakunya serangan tentera bergajah di
kota Makkah yang dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah.
Terangkan riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w. sebelum dilantik menjadi Rasul. Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang
terkenal, bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mahir dalam selok-belok pemiagaan.
Berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah Arab yang lain.
Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Muttalib dan ibu baginda, Aminah binti Wahab.
Nabi Muhammad sa.w. telah dilahirkan pada 20 April, tahun 570 M., iaitu bersamaan 12 Rabiulawal pada Tahun Gajah.
Nabi Muhammad s.a.w. telah diserahkan kepada Halimatus Sa'diyah untuk dipelihara dan disusui setelah bapa baginda meninggal dunia.
Ketika berusia enam tahun, ibu baginda, Aminah binti Wahab meninggal dunia
baginda telah dipelihara oleh datuk baginda, Abdul Muttalib.
Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w. Abu Talib memelihara setelah datuk baginda Abdul Muttalib meninggal dunia.
Nabi Muhammad s.a.w. telah menjadi yatim piatu sejak berumur enam tahun.
Pernah mengembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda, Abu Talib.
Mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam ketika berusia 12 tahun.
Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. telah diramalkan oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira, semasa rombongan ini singgah di Basrah.
Giat berdagang dan pernah berniaga secara berseorangan dan berkongsi bersama temannya ketika berusia 20 tahun.
Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah, iaitu hamba Khadijah.
Khadijah memberi modal yang besar kepada baginda kerana kemuliaan budi pekerti, sifat amanah, dan kebolehan baginda menjalankan perniagaan.
Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata serta kepandaian baginda menyebabkan perniagaan memperoleh keuntungan yang berlipat ganda.
Perasaan hormat Khadijah terhadap baginda telah membawa kepada perkahwinan ketika baginda berumur 25 tahun dan Khadijah pula berusia 40 tahun.
Menyelesaikan persengketaan untuk meletakkan semula Hajar Aswad ke tempat asalnya, iaitu di penjuru timur Kaabah semasa berumur 35 tahun.
Sifat pengasihnya dan timbang rasanya sebagai ketua keluarga sering membantu isterinya memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak, dan membersihkan rumah.
Mengamalkan cara hidup yang sederhana anak-anak diberikan pendidikan agama secukupnya
menjadikan diri baginda teladan kepada anak-anak. Sentiasa merendah diri ketika bergaul dengan semua
lapisan masyarakat Bersifat penyayang terhadap orang tua dan juga kanak-
kanak. Menunjukkan sifat pemaaf dengan mengampun dan
memaaf Arab Quraisy yang menyerah diri semasa pembukaan semula kota Makkah.
Sifat bijaksana dalam menyelesaikan masalah semasa baginda mementerai Perjanjian Hudaibiyah
Ciri-ciri keperibadian menjamin kehidupan sejahtera Memiliki empat sifat terpuji iaitu FAST Ketua keluarga yang dicontohi Digelar al-Amin kerana perkataan dan perbuatan dipercayai Tidak pernah berbohong Kepimpinan menyelesaikan masalah
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 12
Mengapakah perlantikan Nabi Muhammmad s.a.w. sebagai rasul dianggap rahmat kepada masyarakat dunia? Mencorakkan tamadun Islam bagi masyarakat Arab
Jahiliah di Semenanjung Tanah Arab. Mengubah cara hidup masyarakat Arab Jahiliah kepada
suatu kehidupan yang lebih teratur secara beransur-ansur. Menerapakan nilai-nilai murni dalam kehidupan, misalnya,
amalan bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.
Membawa pembaharuan dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi dan sosial.
Apakah wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.? Wahyu pertama diturunkan olehAllah kepada Nabi
Muhammad s.a.w. ialah surah al-Alaq, ayat 1-5 yang memerintahkan umat Islam supaya membaca.
Berdasarkan wahyu yang pertama mengapakah amalan membaca sangat penting dalam Islam? Melalui pembacaan, seseorang itu akan mendapat ilmu dan
menambah ilmunya. Melalui pembacaan kajian terhadap sesuatu perkara dapat
dilakukan. Seseorang atau sesuatu bangsa yang berilmu dapat
mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang di meningkatkan tamadun bangsanya.
Ilmu yang dituntut mestilah dapat membina masyarakat.
Pada pandangan anda, apakah nilai yang boleh anda contohi daripada Nabi Muhammad S.A.W. untuk membina masyarakat Malaysia yang unggul dan dipandang tinggi dalam khalayak dunia ? Sentiasa berkata benar supaya dapat mengikis perasaan
prasangka dalam masyarakat Mementingkan ilmu agar dapat mencipta idea-idea baru
dan menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik Menunaikan janji agar masyarakat sentiasa dihormati dan
diyakini Gigih dan sabar dalam menghadapi sesuatu masalah
menjadi kunci kepada setiap kejayaan
BAB 5 : KERAJAAN ISLAM DI MADINAHPerjanjian Aqabah Pertama dan Kedua
Senaraikan penduduk yang menetap di Madinah sebelum kedatangan Islam. Golongan Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah, Bani
Qunaiqa' dan Bani Nadhir. Golongan Nasrani.
Terangkan peristiwa yang membawa kepada Perjajian Aqabah pertama antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan penduduk Madinah. Beberapa orang suku Khazraj dari Madinah menemui
Nabi Muhammad s.a.w. di Aqabah dan kemudian memeluk Islam. Sekembalinya ke Madinah, mereka telah menyebarkan
Islam dikalangan masyarakat Madinah yang lain. Pada musim haji berikutnya, 621 M., sekumpulan suku Aus
dan Khazraj telah mengunjungi Nabi Muhammad s.a.w. sekali lagi.
Menerusi pertemuan di Aqabah terjalinlah perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang Arab Madinah.
Jelaskan kandungan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua.PerjanjianAqabah Pertama Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman kepada Allah
dan Rasul. Berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad
s.a.w. Tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri,
meminum arak dan membunuh bayi perempuan.PerjanjianAqabah Kedua Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam. Mengukuhkan lagi taat setia kepada Nabi Muhammad
s.a.w.. Suku Aus dan Khazraj menjemput Nabi Muhammad s.a.w.
dan orang Islam di Makkah berhijrah ke Madinah. Mereka secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal. Menjanjikan keselamatan untuk baginda dan orang Islam
Makkah. Menyatakan kesediaan mempertahankan Islam.
Apakah kesan Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua yang dimenterai antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan penduduk Madinah?
Menjadi pendorong utama berlakunya penghijrahan orang Islam dari kota Makkah ke kota Madinah.
Islam dapat disebarkan secara aman di Madinah. Rasulullah diiktiraf sebagai pemimpin Negara Umat Islam bertambah Pembentukan kerajaan Islam pertama
B. HijrahApakah yang dimaksudkan dengan Hijrah dalam konteks Islam? Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke kota
Madinah untuk memperkukuhkan kedudukan Islam. Merupakan strategi baru untuk menyebarkan Islam. Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan
meninggalkan keburukan dan kejahatan. Semangat ingin berubah dalam pelbagai keadaan seperti
perubahan dari segi sikap, cara, berfikir, dan tingkahlaku.
Bilakah berlaku penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah?1 Rabiulawal bersamaan 12 September tahun 622 M.
Nyatakan empat hujah menolak pendapat Barat menyatakan hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah sebagai pelarian. Jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam
Perjanjian Aqabah kedua. Ketibaan orang Islam Makkah telah disambut dengan rela
dan meriah oleh orang Madinah. Orang Islam Makkah telah diberi tempat tinggal serta
dijamin keselamatan. Nabi Muhammad s.a.w. telah dilantik menjadi pemimpin
Madinah dan diterima oleh oleh semua golongan masyarakat Madinah.
Huraikan sebab-sebab Nabi Muhammad s.a.w. berpindah dari Makkah ke Madinah?
Perintah Allah menerusi wahyu. Niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi
Muhammad s.a.w. Penentangan dan ancaman kaum Quraisy Makkah semakin
meningkat.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 13
Merupakan strategi Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengembangkan Islam.
Suasana aman di tempat baru akan memudahkan lagi penyampaian dakwah Islamiah.
Jemputan masyarakat Arab Madinah yang sedang menghadapi pelbagai konflik dan sentiasa bertelagah antara suku Aus dan Khazraj
Orang Arab Madinah memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad s.a.w. untuk mengetuai mereka.
Mengapakah hijrah Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah dianggap penting dalam sejarah perkembangan Islam? Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan
tanpa berselindung lagi. Mendamaikan suku Arab di Madinah khususnya suku Aus
dan Khazraj, melalui semangat persaudaraan sesama Islam. Menjalinkan hubungan persaudaraan sehinggakan orang
Islam Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing dengan orang Islam Madinah.
Memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah digelar Ansar.
Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripacla pelbagai suku, budaya dan agama serta melahirkan kehidupan yang harmoni di Madinah.
Membina Masjid al-Nabawi sebagai tempat untuk beribadat dan belajar, bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam.
Wujud kiraan tahun Hijrah dalam takwim Islam yang mula digunakan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al- Khattab.
Menukar nama Yathrib kepada Madinah A-Munawwarah atau kota bercahaya sebagai pusat Tamadun Islam.
Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong, menerima orang Islam Makkah sebagai saudara.
Sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w. misalnya, Abu Bakar al-Siddiq bin Abu Talib dan Abdul Rahman bin Auf.
Memperlihatkan wanita menggerakkan kemajuan sesebuah negara contohnya, Asma' menghantar makanan dan menyampaikan berita gerakan orang Quraisy kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad s.a.w. yang sanggup berkorban dan meninggalkan kesenangan hidup demi memperjuangkan Islam.
Menampakkan kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. mengatur strategi perjuangan dengan tidak terus berangkat ke Madinah sebaliknya bersembunyi di Gua Thur.
Merancang penubuhan sebuah negara Islam Madinah dengan merangka sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamai Piagam Madinah.
Adakah hijrah masih berlaku pada hari ini?Ya.. hijrah masih berlaku pada hari ini. Meninggalkan keburukan dan kejahatan Perubahan sikap dan tingkah laku yang negatif kepada
positif Perubahan dari segi sikap, cara berfikir, dan tingkah laku Berubah sikap m iaitu empunyai semangat ingin berubah
kea rah lebih baik Sifat malas kepada rajin berusaha Menjadi seorang pelajar yang lebih berdisplin Mempunyai kekuatan jiwa dan keimanan yang teguh agar
dapat menghadapi cabaran dalam kehidupan Sedia menempuh cabaran dan tidak mudah berputus asa
Bagaimanakah kecemerlangan diri boleh dicapai melalui pengamalan konsep hijrah? Berfikiran positif berbanding negatif Mengubah sikap malas kepada rajin Berwawasan berbanding tiada hala tuju Menuntut ilmu untuk mengelakkan kejahilan Berakhlak mulia berbanding akhlak jahiliah Tidak lalai dan sentiasa peka dengan perubahan Sentiasa menepati masa Patuh pada perintah tuhan berbanding engkar Sentiasa mencari yang terbaik dalam kehidupan Sentiasa memperbetulkan kesilapan yang dilakukan Sanggup berkorban untuk agama,bangsa dan negara
Piagam MadinahApakah yang dimaksudkan dengan Piagam Madinah? Merupakan sebuah perlembagaan bertulis yang telah dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. berpandukan wahyu Allah.
Merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia yang menjadi asas kepada sebuah negara yang berdaulat.
Menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah yang terdiri daripada masyarakat Islam dan masyarakat
bukan Islam merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial.
Mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya,
dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan orang bukan Islam.
Jelaskan kandungan Perlembagaan Madinah. Mengandungi 47 fasal. 23 fasal membincangkan hubungan dalam kalangan orang
Islam dan tanggungjawab mereka terhadap negara Madinah.
Sementara 24 fasal lagi adalah tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk orang Yahudi terhadap negara Madinah.
Dari segi politik, Nabi Muhammad s.a.w. berperanan sebagai pernimpin bagi kerajaan Madinah
yang mempunyai penduduk berbilang kaum, agama dan budaya.
Nabi Muhammad s.a.w. sebagai ketua hakim bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh
masyarakat Madinah berasaskan semangat musyawarah dan berlandaskan
keadilan. Masyarakat Madinah bebas memilih agama masing-masing dan menghormati agama yang dianuti oleh individu yang
lain dan tidak memaksa mereka memeluk Islam. Masyarakat Madinah bebas mengamalkan adat masing-
masing selagi tidak bertentangan dengan Islam. Masyarakat Madinah dianggap sebagai ummah yang hidup
bersatu padu, tolong-menolong, dan bekerjasama tanpa mengira bangsa untuk menjaga keharmonian negara.
Undang-undang Islam telah diguna pakai secara menyeluruh.
Peraturan kekeluargaan yang bersesuaian dengan Islam boleh diamalkan sekiranya tidak bercanggah dengan Islam.
Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demi kemajuan ekonomi negara.
Tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 14
Amalan riba dan penindasan dalam kegiatan perniagaan dilarang.
Mewajibkan kesemua masyarakat Madinah mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh luar.
Keselamatan bukan Islam dan orang Yahudi terjamin mereka mempunyai hak yang sama dengan masyarakat
yang lain selagi mereka mematuhi Piagam Madinah.
Huraikan kepentingan Piagam Madinah dalam pembentukan masyarakat yang adil. Merupakan model kerajaan Islam sebagai panduan
pemerintahan negara. Kerajaan Islam boleti diterima pakai oleh semua golongan
masyarakat. Undang-undang Islam boleh dipraktikkan dalam sesebuah
negara, yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama. Piagam ini mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap merangkumi peraturan yang berkaitan dengan dunia dan
akhirat. Dari segi ekonomi, amalan riba, penipuan, rasuah dan
penindasan tidak dibenarkan. Sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah telah
digalakkan. Ekonomi Islam sangat mementingkan keadilan Berjaya membentuk masyarakat baru berasaskan ummah,
semangat ukhuwah Islamiah kedudukan rakyat adalah sama dan keadilan sosial
dipraktikkan bagi membolehkan masyarakat hidup bersatu padu dan aman.
Tiada lagi perbezaan taraf di kalangan masyarakat. Mempunyai undang-undang yang adil, lengkap dan
sempurna kepada masyarakat Madinah daripada pelbagai keturunan, budaya dan agama.
Menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu dengan perjanjian yang lengkap sebelum membentuk kerajaan.
Sistem pemerintahan yang diasaskan oleh Nabi Muhammad s.a.w. melelakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi.
Menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik dengan setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan dan perlu mematuhinya.
Bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara Madinah daripada serangan luar untuk menjadikan negara Madinah kuat dan disegani oleh negara luar.
Penggubalan Piagam Madinah melambangkan kepintaran Nabi Muhammad s.a.w .Berikan komen anda. Membina sebuah pemerintahan yang lengkap mengandungi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
orang Islam dan bukan Islam politik dan pentadbiran negara, keagamaan, kehidupan
sosial, undang-undang, ekonomi, ketenteraan membentuk perpaduan ummah di mana masyarakat yang
hidup bersatu-padu dan aman damai Satu peraturan yang ditetapkan dalam perlembagaan
merangkumi perkara dunia dan akhirat Kedudukan sama rata yang menekankan persamaan hak
persaudaraan orag Islam dan bukan Islam Perlembagaan yang bersistematik Masyarakat yang harus yang bertanggungjawab menjaga
dengan mematuhi peraturan dan undang-undang Negara demi keselamatan negara dan sosial \
Konsep satu ummah sesuai untuk rakyat Malaysia. Buktikan. Masyarakat yang berbilang kaum hidup bersatu padu
demi keamanan negara Masyarakat saling bekerjasama kerana memahami budaya
masing-masing Semua rakyat menghormati antara satu sama demi
kesejahteraan negara Masalah diselesaikan melalui rundingan/musyawarah
BAB 6 : PEMBENTUKAN KERAJAAN ISLAM DAN
SUMBANGANNYA
KERAJAAN BANI ABBASIYAHSiapakah pengasas kerajaan Bani Abbasiyah?1. Abu Abbas as Safah
Senaraikan empat khalifah yang terkenal dalam pemerintahan Kerajaan Abbasiyah.1. Abu Abbas a]-Saffah2. AbuJaafaral-Mansur3. Hurun al-Rasyid4. Abdullah al-Makmun
Jelaskan sumbangan Kerajaan Bani Abbasiyah dalam perkembangan ilmu pengetahuan. Menjadikan kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan
penyebaran ilmu semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya Khalifah al-Makmun.
Menubuhkan Baitulhikmah sebagai sebuah institusi keilmuan oleh Khalifah Harun al-Rasyid.
Menterjemah karya falsafah dan sains terutamanya daripada bahasa Yunani ke dalam bahasa Arab.
Kegiatan penulisan dilakukan mengikut tiga tahap pertama, mencatat idea, kedua, mengumpul idea yang
serupa ke dalam sebuah buku, ketiga, mengarang ke dalam bahagian dan bab.
Melibatkan golongan ulama dalam penulisan seperti menyusun hadis dan menghasilkan tulisan dalam
bidang fikah, tafsir, dan sejarah. Melahirkan ulama terkenal iaitu Imam Malik, Ibn Ishaq,
Abu Hanifah, Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi'i dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Membuat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah dan ilmu hadis.
Mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Arab dan memuatkan keterangan dan ulasan dengan jelas.
Memelihara warisan ilmu daripada lenyap kerana mereka telah menerima hasil penulisan ketika Eropah dilanda Zaman Gelap.
Penubuhan institusi pengajian tinggi telah mempertingkatkan kegiatan penyelidikan membolehkan hasil kajian sarjana Islam sampai ke Eropah.
Penterjemahkan kajian sarjana Islam dalam bahasa asing telah menyebabkan berlaku Renaissance di Eropah.
Pada pendapat anda bagaimanakah untuk melahirkan melahirkan masyarakat yang cintakan ilmu? Ibu bapa patut membudayakan tabiat membaca di rumah
sebagai ikon terbaik Menyediakan sudut bacaan/perpustatakaan di rumah Melaksanakan program NILAM di sekolah Mengamjurkan pertandingan membaca
Jelaskan usaha-usaha anda sebagai seorang pemimpin untuk menjadikan negara anda Menubuhkan institusi pengajian tinggi Islam
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 15
Menggalakan usaha-usaha penterjemahan Mempertingkatkan kegiatan penyelidikan Memberi bantuan kewangan dalam bidang pendidikan Melantik lebih ramai ulama dalam bidang pendidikan Memberi biasiswa kepada pelajar aliran Islam
Kerajaan Turki UthmaniyahApakah yang difahamkan dengan semangat Ghazi?Semangat menjadi pahlawan yang sanggup berkorban untuk menyebarkan agama Islam.Apakah yang dimaksudkan dengan Janissari? Kumpulan tentera elit yang terlatih dalam ketenteraan yang diberi latihan fizikal dan ketenteraan terutamanya
selok belok, taktik dan teknik peperangan sejak dari kanak-kanak.
Jelaskan Sumbangan kerajaan Turki Uthmaniyah. Mampu bertahan hingga 600 tahun dengan menakluki
sebahagian Eropah. Sebagai pelindung kepada umat Islam di seluruh dunia
apabila Sultan Selim I berjaya menguasai Makkah. Memperkenalkan sistem perundangan yang
mempertahankan dan membela nyawa, harta, dan kehormatan setiap individu tanpa mengira bangsa dan agama semasa pemerintahan Suleiman I
dikenali sebagai Kanun Suleiman. jawatan seperti Kadi dan Mufti telah dijadikan sebagai
sebahagian daripada organisasi pentadbiran agama Islam. Memperkenalkan jawatan Sheikh-ul-Islam, iaitu ketua
ulama untuk mengeluarkan fatwa berkaitan agama dan sains undangundang digunakan hingga ke hari ini.
Istanbul menjadi pusat pertemuan dalam jalinan perdagangan di antara Timur dan Barat serta antara dunia Islam dengan dunia bukan Islam.
Menguasai pelabuhan membentuk Jalinan Perdagangan Dunia Islam yang berpusat di Istanbul.
Memperkenalkan sistem yang menggalakkan kecemerlangan individu yang membawa kepada mobiliti sosial dalam masyarakat Eropah.
Berperanan dalam perkembangan ilmu pengetahuan, pendidikan, kebudayaan, penerbitan dan penterjemahan.
Memperkembangkan sistem madrasah, sekolah pengetahuan akademik, sekolah sastera, maktab tentera, maktab teknik dan kolej perubatan.
Sumbangan golongan intelektual kerajaan Uthmaniyah adalah dalam bidang penulisan ensiklopedia.
Menubuhkan perpustakaan di masjid, hospital dan rumah. Sumbangan dalam seni bina masjid.
Iktibar daripada kejayaan kerajaan Turki Uthmaniyah
untuk kegemilangan Negara.
Mengukuhkan perpaduan untuk kstabilan Negara
Menguasai ilmu pengetahuan supaya dapat melahirkan
masyarakat minda kelas pertama
Memperkukuh kekuatan ketenteraan agar menjadi benteng
pertahanan Negara
Mementingkan pendidikan untuk melahirkan modal insan Pemimpin yang berwibawa supaya pentadbiran lebih
sistematik
Keruntuhan kerajaan Islam seperti kerajaan Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniyah telah berlakudalam sejarah dunia. Pada pandangan anda mengapakah keadaan itu berlaku Perpecahan masyarakat Keruntuhan akhlak Kelalaian pemimpin Serangan dari pihak luar Bencana alam yang berlaku Kelemahan system pentadbiran Kemerosotan ekonomi Penyelewangan dalam kalangan pemerintah Ketidakadilan dalam masyarakat Tidak mengamalkan ajaran Islam
Pada pendapat anda , apakah faktor yang menyumbang kepada kejayaan kerajaan TurkiUthmaniyah menyebarkan Islam keseluruh dunia Pegangan akidah dan akhlak yang tinggi Semangat ghazi Kekuatan system ketenteraan Kumpulan Jannisari Dasar pemerintahan islam yang diplomasi dan toleransi Peranan pendakwah Islam Dasar Islam berasaskan kecemerlangan individu yang menarik minat
BAB 7 : ISLAM DI ASIA TENGGARAPENGARUH ISLAM
Huraikan pengaruh agama Islam terhadap sistem pemerintahan dan pentadbiran di Asia Tenggara. Memperkenalkan institusi kesultanan yang sultan sebagai ketua negara. Mufti dilantik sebagai penasihat sultan dalam hal ehwal
agama Islam. Pentadbiran negara dibantu oleh kadi, khatib, bilal,
pemungut zakat, penyelia baitulmal dan penjaga harta wakaf
Penggunaan gelaran sultan telah mengukuhkan kedudukan kerajaan Islam
dan menjamin kewibawaan raja di Alam Melayu Hukum Kanun Melaka, raja-raja Melaka yang lain diberi
gelaran Khalifatul Mukminin yang bererti pemimpin orang mukmin. juga tercatat pada mata wang syiling dalam kerajaan
Melayu Melaka, Johor, Pahang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Gelaran Zillullah fil'Alam yang bermaksud bayangan Allah di dalam alam ini juga digunakan oleh raja-raja Melaka.
Islam dijadikan agama rasmi seperti kerajaan Melayu Melaka, kerajaan Acheh dan kerajaan Brunei.
Sultan merupakan khalifah Allah di bumi. Unsur-unsur Islam juga telah diterapkan pada nama negeri
seperti Acheh Darus Salam. Nama raja menggunakan nama Islam seperti Sultan Mansur Syah bermaksud pemerintah yang
dibantu oleh Allah Sultan Mahmud Shah pula bermaksud sultan terpuji. Memperkenalkan undang-undang syariah misalnya, kes jenayah seperti kecurian dan pembunuhan,
urusan pernikahan, perniagaan, serta pembahagian harta pusaka.
Sultan Muzzafar Syah Melaka memperkenalkan undang-undang syariah dengan menggubal Hukum Kanun Melaka.
Pada zaman Sultan Alaudin Riayat Syah, undang-undang Islam ini dipraktikkan dengan tegas di Melaka.
Di Acheh, terdapat Kanun Mahkota Alam. Sultan telah menggunakan semangat jihad di kalangan
rakyat menentang serangan Portugis untuk melindungi kesucian Islam di Acheh.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 16
Semangat jihad ini telah disebarkan menerusi tulisan ulama Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel
menegaskan tentang kewajipan berjihad Rakyat di Jawa, bersatu teguh dengan prinsip-prinsip Islam
untuk menghalau penjajah Portugis dan Belanda. Syeikh Daud al-Pattani wring menulis surat kepada
pelajarnya di Pattani supaya berjihad menentang penjajah Siam.
Bagaimanakan cara hidup masyarakat setelah kedatangan Islam ke Asia Tenggara? mengubah budaya masyarakat dengan cara hidup yang
berorientasikan Islam seperti cara berpakaian, iaitu bertudung kepala dan
bersongkok. Islam dijadikan sebagai 'ad-din' iaitu satu cara hidup yang
lengkap dan menyeluruh. Kedatangan Islam telah mengubah sistem sosial
masyarakat yang mempunyai kelas kepada konsep persaudaraan dan persamaan taraf sesama
manusia. Nilai-nilai akhlak Islam dijadikan panduan dalam
kehidupan harian seperti sifat tolong-menolong, hormat menghormati dan
bekerjasama menjadi budaya masyarakat. Kemurnian Islam tergambar dalam cara hidup yang
diamalkan orang Melayu seperti amalan gotong-royong menjadikan kerja berat
menjadi ringan kerana dilakukan bersama-sama. Amalan bersatu-padu dan semangat kerjasama di kalangan
masyarakat kampung dapat di pupuk dan diperkukuhkan dalam kerja-kerja seharian.
Huraikan pengaruh Islam dalam bidang ekonomi di Asia Tenggara. Institusi ekonomi seperti baitulmal berfungsi sebagai
perbendaharaan negara dan hasilnya diperoleh daripada zakat dan sedekah. la telah
diperkenalkan di Acheh oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam.
Islam menggalakkan umatnya supaya rajin bekerja dan mencari rezeki yang halal dan melarang perbuatan mengemis.
Islam menggalakkan orang Islam berdagang dan mengamalkan unsur-unsur yang halal semasa berurus niaga.
Islam melarang amalan riba, penindasan, dan penipuan. Nilai-nilai murni dalam ekonomi disarankan seperti
berjimat cermat dan berusaha dengan bersungguh-sungguh.
BAB 8 : KESAN KEDATANGAN ISLAM DI TANAH MELAYUEKONOMIKegiatan perdagangan yang pesat adalah pengaruh daripada kedatangan Islam di Melaka. Jelaskan. Sejak abad ke-12 aktiviti perdagangan yang membabitkan
Lautan Hindi dan Laut China Selatan didominasikan oleh pedagang Islam
telah mempengaruhi perkembangan perdagangan di Melaka dan Alam Melayu.
Orang Melayu terbabit secara aktif dalam perdagangan timur dan barat yang berkait rapat dengan saranan Islam
yang menegaskan aktiviti ini merupakan sumber rezeki yang besar, malahan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri terbabit secara langsung dalam aktiviti tersebut.
perdagangan menjadi salah satu saluran yang memesatkan proses pengislaman di Melaka hingga menjadi pusat perdagangan yang penting pada abad ke 15.
Walaupun Melaka tiada rempah ratus yang diperlukan oleh pedagang luar
namun kedudukannya yang strategik membantu perkembangan perdagangan.
Pentadbiran yang licin dan teratur menyediakan pelbagai kemudahan kepada pedagang asing
menyebabkan aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar. Kerajaan Melaka mewujudkan jawatan laksamana bagi manjaga urusan kelautan dan jawatan syahbandar
sebagai ketua pelabuhan. Undang-Undang Laut Melaka digubal terutama dalam hal
ehwal yang berkaitan dengan tugas-tugas nakhoda, jurumudi dan seumpamanya.
Kepesatan perdagangan di Melaka dibuktikan dengan terdapatnya 84 bahasa, yang dipertuturkan
tetapi bahasa Melayu sebagai lingua-franca kepada pedagang.
Sistem timbang dan sukat telah diperkenalkan di bawah tanggungjawab syahbandar
dengan mengunakan sistem tahil dan kati. Timbangan yang menggunakan dacing timbangan ialah
sistem bahara emas, perak, bahan wangian dan batu permata serta rempah ratus.
Kaedah yang digunakan di Melaka dalam urusan perdagangan, ialah kaedah pertukaran barang dan penggunaan mata wang logam.
Jelaskan ciri-ciri mata wang yang mendapat pengaruh Islam dalam kerajaan Melayu tradisional Mata wang timah pada zaman Melaka, berbentuk bulat dan
beratnya ialah satu kati lapan tahil dengan nama sultan yang memerintah serta tarikh Islam
dicatat. Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay digunakan di
Melaka serta boleh ditukarkan dengan mata wang tempatan.
Mata wang di Johor yang diperbuat daripada timah dan dikenali sebagai wang katun.
berbentuk bulat atau segi enam dan mempunyai tulisan jawi atau Arab.
Mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin
yang boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan. Mata wang emas digunakan secara meluas di Kedah dan
Johor. Mata wang emas Johor yang tertua ialah pada zaman
pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Syah. Mata wang emas di Kelantan dikenali sebagai kijang
kerana terdapat gambar kijang pada muka wang emas tersebut.
Mata wang emas di Johor digelar kupang dan mengandungi emas seberat 10 grains (0.65 gram) dan juga jenis emas yang mempunyai berat 40 grains (2.6 gram).
Tiap-tiap mata wang emas tertera dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut.
Di bahagian belakang mata wang itu pula tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin.
Huraikan aktiviti perdagangan yang diamalkan pada zaman Kesultanan Melayu Melaka.(cukai)
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 17
para pedagang yang berniaga diwajibkan membayar cukai terhadap barang dagangan mereka sebelum urusan pemiagaan dapat dilakukan.
Cukai yang paling asas ialah cukai tetap (cukai import) yang jumlahnya telah ditetapkan oleh pemerintah.
Para pedagang yang datang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam, dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah barangan yang dibawa.
Pedagang dari Jepun dan China pula dikehendaki membayar cukai sebanyak lima peratus.
Terdapat barangan tertentu yang dikecualikan cukai seperti beras dan makanan.
Setelah semua cukai dibayar, urusan jual beli dapat dilakukan di bazar-bazar yang disediakan sepanjang Sungai Melaka.
Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai, iaitu yang datang dari kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus dan orang asing sebanyak enam peratus.
Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan dikalangan orang Islam
tetapi, dibenarkan kepada golongan ceti yang memberikan pinjaman wang.
golongan kaya dan berkemampuan membayar zakat harta yang disimpan. Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan.
Mengapakah kerajaan Malaysia menggalakkan rakyat terlibat dakam perniagaan? Pembangunan berkembang pesat Member keuntungan yang besar Menggalakkan rakyat bekerja sendiri Melahirkan usahawan Berjaya Melahirkan masyarakat yang berdikari
Bagaimanakah anda boleh menerapkan nilai-nilai Islam dalam perdagangan? Bersikap jujur dan amanah dalam urusan jual beli supaya
menjadi contoh Mendapatkan kebenaran logo halal sebagai jaminan
kebersihan Gigih berusaha Tidak menindas atau menipu Bersedekah kepada fakir miskin
Cukai merupakan antara sumber pendapatan untuk membangunkan Negara. Buktikan. Digunakan untuk menaik taraf system pengangkutan di
Negara Dapat melengkapkan infrastruktur seperti pembinaan
sekolah dan klinik kesihatan\ Digunakan untuk perbelanjaan mengurus Meningkatkan keselamatan Negara Pemberiam BR1M Digunakan untuk membayar hutang Negara Membina kemudahan awam Sebagai modal pelaburan
Huraikan pengaruh Islam dalam bidang kesusasteraan kepada masyarakat Melayu tradisional. Bahasa Melayu menjadi mantap kerana cerita-cerita panji
yang ditulis dalam bahasa Jawa disampaikan dalam bahasa Melayu.
Hasil kesusasteraan Melayu terpengaruh dengan gaya, tatabahasa dan bentuk sastera Islam seperti syair, gurindam, nazam dan cerita hikayat.
Fungsi sastera berubah daripada tujuan untuk berhibur kepada tujuan untuk mengkritik.
Bahasa Melayu digunakan dalam bidang perdagangan sebagai bahasa perantaraan di kalangan pedagang dari Timor dan Barat dalam Zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Bentuk prosa memperkenalkan cerita hikayat para nabi dan sahabat baginda contohnya tentang Nabi Muhammad s.a.w. seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bolan Berbelah.
Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah telah menjadi karya yang penting dan disimpan di Istana Melaka.
Hikayat saduran bercorak Arab-Parsi seperti Hikayat Abu Nawas dan Hikayat Hasan Damsyik.
Memperkenalkan karya berbentuk puisi, contohnya, Syair Dahulu Kala yang ditulis oleh Tengku Ampuan Mariam di Terengganu.
Apakah bentuk kesusasteraan Melayu sebelum kedatangan Islam?
Sebelum kedatangan Islam kesusasteraan rakyat disebarkan secara lisan, daripada satu generasi kepada generasi yang lain.
Jenis kesusasteraan yang terawal ialah cerita asal usul yang merangkumi kepercayaan tentang kejadian dam, nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang.
Cerita binatang yang menggunakan nama binatang sebagai watak utamanya terutama sang kancil iaitu binatang yang amat terkenal dalam masyarakat Melayu.
Cerita jenaka dan lucu yang memperkenalkan nama-nama tertentu untuk menunjukkan sifat atau watak masing-masing,
seperti Pak Kaduk dan Lebai Malang yang menunjukkan kebodohan;
Pak Pandir manunjukkan watak yang lurus dan bendul; Berta Pak Belalang
dan Si Luncai menunjukkan kecerdikan dan kepintaran. Cerita dongeng yang memberikan pengajaran, misalnya,
Batu Belah Batu Bertangkup dan Bawang Putih Bawang Merah.
Kesusasteraan lisan dalam bentuk puisi pula adalah seperti pantun, teka-teki, gurindam dan seloka.
Nyatakan pengaruh kesenian Islam ke atas masyarkat Melayu. Seni bina masjid sebagai tempat untuk menunaikan solat
atau sebagai tempat perkumpulan social mempunyai ciri-ciri khas seperti mihrab, mimbar, telaga
atau pancur air dan bumbung seperti Masjid Kampung Laut di Kelantan Berta Masjid
Peringgit clan Masjid Tengkera di Melaka. Istana raja dibina dengan indah dan dilengkapi dengan
balairung, tempat persemayaman diraja, balai istiadat. Ini dapat dilihat pada istana Melaka.
Setiap binaan rumah dan istana dilengkapi kemahiran seni ukiran dengan berbagai-bagai hiasan dalaman yang bermotifkan tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan dan geometri.
Kemahiran dalam kesenian epigrafi seperti batu bersurat dan batu nisan melalui seni tulisan pada Batu Bersurat Terengganu.
Seni tulisan khat atau kaligrafi digunakan sebagai hiasan terutamanya di masjid atau madrasah, pada batu nisan, barang tembikar, mata wang, pakaian dan sebagainya.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 18
Jenis tulisan khat yang digemari oleh orang Melayu adalah daripada jenis kufi dan nasakh. Petikan daripada al-Quran ditulis sebagai hiasan di masjid, madrasah dan surau.
Tarian dabus yang terkenal di negeri Perak memaparkan pengaruh Arab yang mempunyai unsur keagamaan yang dikaitkan dengan kepahlawanan Saidina Ali.
Pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah, tarian mak inang telah ditarikan di istana Melaka pada majlis-majlis tertentu.
Nazam berbentuk syair mengisahkan riwayat Nabi Muhammad s.a.w., para nabi Allah, dan para sahabat sangat terkenal di Terengganu, Pahang dan Melaka.
Dalam seni dikir, seni kata lagu bercampur baur antara bahasa Melayu dengan bahasa Arab dinyanyikan dengan iringan pukulan rebana dan kompang.
Kesenian ghazal, iaitu se.jenis puisi Arab yang memuji-muji kebesaran Islam terkenal di negeri Johor.
Bagaimanakah masyarakat Melayu tradisional mengekalkan keharmonian hidup bermasyakat setelah kedatangan Islam? Kesan Islam terhadap sistem hidup orang Melayu bermula
daripada perubahan prinsip kepercayaan atau akidah kepada perubahan akhlak dalam, kehidupan.
Hubungan antara individu dan pertalian kekeluargaan yang rapat menjamin kesejahteraan hidup.
Ibu bapa dan orang yang lebih tua hendaklah dihormati. Jiran pula dianggap sebagai anggota keluarga sendiri. Terdapatnya panggilan atau gelaran tertentu untuk orang
yang lebih tua dalam sesebuah keluarga seperti Pak long dan mak long, tidak boleti dipanggil dengan namanya.
Apabila bertutur dengan orang tua, orang yang lebih muda hendaklah bercakap dengan suara yang rendah.
Para tetamu dilayan dengan hormat dan dihidangkan dengan minuman dan makanan.
Apabila datang berziarah, tetamu hendaklah memberikan salam dan tuan rumah wajib pula menjawabnya.
Apabila masuk ke dalam rumah, tetamu dan tuan rumah akan bersalam-salaman dan ketika bersalaman, kanak-kanak dikehendaki mencium tangan orang yang lebih tua.
Membongkok apabila berjalan di hadapan orang tua. Tidak mencampuri dalam percakapan orang tua. Membaca bismillah semasa hendak makan dan minum. Petmainan tradisi menggalakkan kerjasama di kalangan
masyarakat.
Semangat gotong-royong di kalangan anggota masyarakat seperti dalam majlis perkahwinan, majlis berkhatan dan majlis tamat membaca al-Quran atau majlis khatam.
Nilai perpaduan amat ditekankan oleh masyarakat yang sentiasa berpegang kepada konsep bersatu teguh bercerai roboh
diibaratkan seikat seperti sirih, serumpun seperti serai dan sedencing seperti besi.
Berdasarkan situasi keruntuhan akhlak remaja masa kini yang meruncing, nyatakan langkahlangkahuntuk membentuk akhlak mulia dalam kalangan remaja hari ini.
Mengamalakan undang-undang Islam Menguatkuasakan undangundang yang lebih tegas Memperbanyak program keagamaan Mengurangkan program hiburan dalam media massa Mewajibkan pendidikan sivik di sekolah Mewajbkan pendidikan Islam dan Moral wajib lulus Pihak berkuasa mengawal pusat pusat hiburan Mewujudkan persaudaraan dalam kalangan masyarakat Kempen mewujudkan keluarga penyayang
Bagaimanakah institusi pendidikan di Malaysia menggalakkan budaya inovasi dalam kalanganpelajar untuk melahirkan sumber manusia berkualiti? Menggalakkan budaya pemikiran kritis kepada pelajar Menekankan bidang kemahiran dan teknikal kepada pelajar Memupuk sikap berdaya saing dalam kalangan pelajar Memperbanyak aktiviti sumbangsaran yang melibatkan
pelajar Memastikan pelajar menghayati aspirasi Wawasan 2020
yang mahu melahirkan masyarakat Saintifik Menggalakkan sikap ingin tahu kepada pelajar Membuka minda pelajar untuk melihat dan menilai sesuatu
secara global Menggalakkan pelajar menyertai ceramah atau seminar
bertemakan inovasi Memupuk budaya berfikir secara kreatif dan inovatif dalam
kalangan pelajar.
BAB 9 : PENJELAJAHAN DAN PENEROKAANPenjelajahan dan penerokaan Senaraikan Kuasa-kuasa Eropah yang terlibat dalam penjelajahan dan penerokaan pada abad ke-15. Portugal Sepanyol Belanda Inggeris
Terangkan sebab-sebab berlaku penjelajahan dan penerokaan orang Eropah ke dunia luar. Ingin mendapatkan barangan seperti emas, sutera dan
rempah ratus dari Timur. Raja Sepanyol dan Raja Portugal merupakan memberikan
galakan menjelajah ke Timur. Perjanjian Tordesillas telah ditandatangani untuk
menamatkan persaingan mendapatkan tanah jajahan bahagian timur kepada Portugal manakala Barat kepada Sepanyol.
Perdagangan rempah ratus dan sutera telah mendatangkan keuntungan.
Ingin menyebarkan agama Kristian seperti yang ditekankan oleh penguasa gereja di Eropah.
Semangat untuk menyebarkan agama Kristian. Kemunculan Monarki Baru di England, Perancis dan
Belanda menggalakkan penjelajahan dan penerokaan ke seberang laut.
Semangat kebanggaan bangsa telah mendorong orang Eropah untuk menjelajah di luar Eropah sebagai kebanggaan bangsa.
kesan penjelajahan orang Eropah terhadap masyarakat setempat Pemimpin tempatan terpaksa membuat perjanjian dengan
mengiktiraf kekuatan kuasa Eropah. Syarikat berpiagam yang telah diwujudkan menjalankan
perdagangan dari Eropah hingga ke Carribean, Latin Amerika, Afrika, India, Asia Tenggara dan Asia Timur.
Daerah di luar Eropah telah menjadi pembekal kepada keperluan masyarakat Eropah.
Portugis telah menguasai pusat emporium dunia seperti Goa dan Melaka.
Barangan yang dibawa dari Timur telah memperkayakan ekonomi dan gaya hidup masyarakat di Eropah.
Jalan pelayaran perdagangan di Lautan Hindi, Asia Tenggara dan Laut China Selatan dikuasai oleh Portugis.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 19
Penduduk tempatan menerima agama Kristian yang dibawa oleh mubaligh Kristian.
Penjelajahan Sepanyol dengan melakukan penaklukan ke atas Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec
dan menakluk Peru dengan menghapuskan tamadun Inca. Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika
Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah tersebut.
Para pemodal Sepanyol mengeksploitasikan buruh pribumi untuk bekerja di lombong dan di ladang mereka.
Petempatan orang Portugis di Melaka dan Goa manakala Filipina amat dipengaruhi oleh kuasa Sepanyol.
sikap yang perlu ada untuk menerima perubahan bagi mencapai kemajuan melalui Zaman Renaissance hingga zaman penjelajahan dan penerokaan di Eropah? Kepentingan penerokaan ilmu pengetahuan. Semangat inkuiri untuk melakukan perubahan. Kegigihan dalam usaha mencapai sesuatu matlamat. Keberanian menghadapi cabaran tanpa mengira risiko yang
bakal dihadapi semasa meneroka lautan serta daratan.
Imperialisme Apakah yang dimaksudkan imperialisme? sebagai penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat
terhadap negara yang lemah. Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari
segi politik dan ekonomi.
faktor-faktor yang mempengaruhi kedatangan penjajahan Barat ke Asia. Kuasa Barat berminat untuk mendapatkan bahan mentah
dalam kuantiti yang banyak serta secara berterusan daripada tanah jajahan
seperti rempah ratus, emas dan perak. Untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri
negara mereka.
Jelaskan cabaran yang dihafdapi Malayisa untuk menjadi sebuah Negara yang kuat bagi menghadapi penjajahan bentuk baru? Demontrasi jalanan yang merosakkan imej Negara kerap
berlaku Isu perkauman yang menebal yang menyebabkan
pergaduhan Pencerobohan dan ancaman lanun yang tidak mematuhi
undang-undang antarabangsa Rakyat berminda kelas ketiga yang mudah terpengaruh
Perbalahan politik yang berterusan
Kesan daripada Revolusi Industri yang merebak ke Eropah menyebabkan Britain, Jerman, Belanda, Perancis dan Itali
menjadi kuasa imperialis. Revolusi pengangkutan mewujudkan sistem jalan kereta
api dan penciptaan kapal wap menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba untuk
mendapatkan tanah jajahan. Britain terpaksa mencari pasaran di Asia kerana Amerika Syarikat mengenakan tarif untuk
melindungi industri mereka Pihak Barat yang juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun
dan agama Kristian ke seberang laut. Semangat perlumbaan di kalangan negara Barat dalam
kegiatan penaklukan kerana menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai satu
status kuasa yang kuat. Orang-orang Eropah menganggap usaha mengembangkan
tamadun mereka sebagai satu tanggungjawab yang disebut oleh orang Inggeris sebagai "the white man's
burden", oleh Perancis sebagai "mission civilisatrice", oleh Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya
dan oleh Amerika sebagai "the blessings of the Anglo-Saxon protection.
kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara. Para pemerintah tempatan terpaksa menerima para
penasihat dan pentadbir dari Barat. Sistem politik perundangan peribumi telah ditukar
menyamai sistem Barat. Persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan menyebabkan kuasa British telah campur tangan di Tanah
Melayu, Burma, India, Belanda di Indonesia, Perancis menjajah lndo China dan Amerika menduduki
Filipina. Kegiatan ekonomi peribumi dihapuskan. Kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah
dikomersialkan untuk memenuhi keperluan industri di Britain.
Sistem pendidikan yang diperkenalkan terhad di kawasan bandar untuk memberi pendidikan asas
dan melatih golongan pentadbir rendah bagi memenuhi keperluan pentadbiran penjajah.
Kuasa Barat bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain
untuk menjadi tenaga kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka.
Perubahan demografi dan komposisi etnik berlaku di negara yang telah dijajah oleh kuasa Barat membentuk masyarakat majmuk.
Menjalankan dasar pecah dan perintah mengelakkan hubungan antara kaum semasa pemerintahan mereka.
Tugas untuk merangsang dan menjalin hubungan baik di kalangan pelbagai kaum terpaksa dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka.
Apakah kepentingan warganegara di Malaysia harus mempunyai semangat ingin meneroka sesuatu perkara yang baru? Mewujudkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi. Meningkatkan kesungguhan untuk memajukan negara Membantu rakyat untuk meneroka ilmu yang baharu Membangunkan pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia Membolehkan semangat penerokaan dapat diterapkan
diperingkat awal persekolahan melahirkan lebih ramai golonggan peneroka dan
cendekiawan\
Pada pendapat anda apakah ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seorang peneroka atau penjelajah?
Bersifat berdaya saing Berfikiran terbuka tidak mudah berputus asa Berusaha bersungguh-sungguh mempunyai keazaman yang tinggi mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi mempunyai semangat meneroka yang tinggi gigih dalam melakukan sesuatu berani mengambil risiko (mana-mana jawapan munasabah)
Sekiranya anda dilantik menjadi seorang pemimpin, apakah langkah-langkah yang boleh anda jalankan bagi mengalakkan lagi usaha penjelajahan dan penerokaan di kalangan rakyat di negara ini?
Menyediakan pusat atau institusi pengajian yang menyediakan kursus yang berkaitan dengan ilmu penjelajahan dan penerokaan
Menyediakan bantuan teknikal dan kewangan kepada para peneroka
Membangunkan pusat latihan yang berkaitan dengan penerokaan dan penjelajahan Menjalinkan kerjasama dengan pihak luar berkaitan
dengan penerokaan ilmu baharu
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 20
Perkongsian teknologi berkaitandengan penerokaan dan Penjelajahan
RENAISSANCEApakah yang dimaksudkan dengan Renaissance? Berasal daripada perkataan Itali, renisciment yang
bermaksud "kelahiran semula" merujuk pada penghargaan semula ilmu dalam tamadun
Yunani dan Rom.
Senaraikan tokoh humanisme. Francesco Petrarch Niccolo Machiavelli Giovanni BocaccioTerangkan sebab-sebab Renaissance berlaku di Itali. Lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan
terhadap keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan.
Melahirkan Bapa Humanisme iaitu Francesco Petrarch, Niccolo Machiavelli dan Giovanni Bocaccio.
Kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat inkuiri yang kuat.
Kemunculan bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat perdagangan antarabangsa
seperti Venice, Genoa, Florence, Rom dan Milan. Pertembungan budaya, bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik di kelilingi Laut
Mediterranean. Kemunculan Venice dan Genoa sebagai pelabuhan untuk
menjalankan perdagangan antarabangsa. Kemunculan para pedagang kaya yang menggunakan
kekayaan untuk mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.
Golongan pedagang kaya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis, ahli muzik, saintis dan penulis. Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence.
Berlaku persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk mendapatkan seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang oleh patron.
Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar ke bandar bagi tujuan menyiapkan tugasan secara tidak langsung menyebarkan idea Renaissance di Itali.
Paus di Rom menjadi penaung kepada para seniman dan cendekiawan.
Golongan ini mula bekerja secara bersendirian untuk mempelihatkan bakat masing-masing.
Kemahiran seniman dihargai ini mempengaruhi para pelukis untuk dikenali secara
individu iaitu individualisms seperti pelukis iaitu Leonardo da Vinci, Raphael dan
Michelangelo. konsep pendidikan menggalakkan pembinaan kemahiran
dalam aspek intelektual serta fizikal di kalangan individu. Misalnya, Leonardo da Vinci dan Michelangelo, selain
menjadi pelukis dan pengukir agong, disanjung kerana kemahiran dalam bidang ilmu pengetahuan yang lain.
Terdapat tokoh Renaissance contohnya, tokoh pemikir seperti Thomas More , Francis Bacon dan William Shakespeare.
Mengapakah berlaku permusuhan antara gereja Rom dengan ahli sains dan matematik di Itali? Gereja Rom mencemburui pencapaian bandar seperti
Florence yang dikuasai oleh keluarga Medici. Gereja Rom berhasrat menjadikan Rom secantik Florence. Gereja menghadapi masalah kerana khuatir ahli sains dan
ahli matematik mencabar pemikiran mereka. Konflik atau perselisihan pendapat berlaku seperti dalam
kes Galileo Galilei. Galileo Galilei menyatakan matahari sebagai pusat Islam manakala gereja menyatakan bumi sebagai pusat Islam. Para saintis menekankan kaedah pemerhatian serta
penggunaan akal dan logik dalam menerangkan mesuatu fenomena Islam.
Pihak Gereja menekankan penjelasan tradisional tentang fenomena Islam.
Apakah langkah yang diambil oleh Paus untuk menjadikan Rom sebagai pusat Renaissance di Itali? Memberi perhatian kepada seni lukis dan seni ukir. Paus Julius II telah mengupah pelukis dan pengukir
terkenal seperti Leonardo da Vinci, Raphael, dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katedral di Rom.
Membina Katedral St. Peter.
Pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom.
Terangkan sumbangan tokoh-tokoh yang muncul pada zaman Renaissance.Francesco Petrach Dikenali bapa humanisme. Menubuhkan perpustakaan kerana minat dalam ilmu. Menyimpan koleksi karya agong zaman Yunani dan Rom
yang diterjemahkan oleh cendekiawan Islam dan Paderi. Memerhati sendiri apa yang ditulis untuk mengelakkan
percanggahan pendapat. Memperkenalkan kaedah penulisan melalui sistern
pernerhatian.Niccolo Machiavelli Dikenali tokoh humanisme. Menghasilkan buku "The Prince" Menyarankan seorang raja harus berkuasa mutlak. Pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi rakyat. Rakyat perlu memberi taat setia kepada Gereja Katolik. Memperkenalkan aliran aliran nasionalisme di Eropah. Ideanya mendorong pembentukan negara bangsa di Eropah.
Leonardo da Vinci Seorang tokoh seniman dan cendekiawan yang terkenal. Melukis dan mengukir untuk mencantikkan gereja dan
katedral di Rom. Menjadi pelukis terkenal dengan menghasilkan lukisan
"Mona Lisa". Berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai
manusia yang ideal. Seorang versatil dengan menguasai semua bidang ilmu
seperti seni bina, seni ukir, kejuruteraan, botani, falsafah, geografi dan strategi ketenteraan.
Mendahului zamannya mempunyai semangat inkuiri untuk mencari jawapan segala kejadian silam.
Membuat buku catatan dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal seperti busur panah gergasi digerakkan dengan roda.
Nyatakan kesan yang berlaku selepas Renaissance di Eropah. Kemunculan monarki baru. Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 21
memperkukuhkan kedudukan raja menyebabkan kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan
semakin kurang. Monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile dan Aragon
(Sepanyol), England, Perancis dan Belanda. Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin
berkembang dan meluas kegiatan ekonomi sara diri kian pupus. Kemajuan dalam bidang matematik, geografi, kartografi
(teknik melukis peta) dan astronomi menyebabkan perkembangan kegiatan penjelajahan dan
penerokaan. Menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjektifan, dan eksperimen merintis jalan kepada pembangunan dan perkembangan
ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan. Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia melahirkan emosi atau perasaan yang dicerminkan di dalam
muzik, lukisan, dan ukiran yang dihasilkan. Dari segi psikologinya, unsur emosi yang dicerminkan
berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.
Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik.
Pendidikan baru menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat
melahirkan ‘manusia Renaissance’ yang mempergunakan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi memajukan kehidupan manusia.
Pengajaran daripada Zaman Renaissance ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani untuk meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua jurusan.
Apakah ciri-ciri masyarakat Eropah pada zaman Renaissance yang boleh anda contohi?
Bersifat ingin tahu.inkuri Mengahrgai ilmu Keberanian meneroka perkara baharu Masyarakat kreatif Bersaing secara positif Pemimpin berwibawa
BAB 10: PERLOMBONGANApakah yang dimaksudkan dengan ekonomi dagangan? Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah. Pengeluaran adalah dalam skala yang besar. Menggunakan tenaga buruh yang banyak dibawa dari
China untuk perlombongan bijih timah dan buruh India di ladang. Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat
besar. Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek
untuk melombong bijih timah. Pemasaran adalah lebih luas dieksport ke Eropah. Pasaran bertujuan membekalkan bahan mentah untuk
industri di Eropah. Melibatkan lebihan pengeluaran.
Senaraikan kegiatan ekonomi dagangan di Tanah Melayu.i) Pertanian dagangan ii) Perlombongan
Senaraikan jenis tanaman dagangan yang dijalankan oleh British di Tanah Melayu.i) Ubi Kayu ii) Tebu iii) Lada hitam iv) Gambir v) Tembakau vi) Kopi vii) Getah
Sebab tanaman komersial tertumpu di kawasan pantai barat. Kemudahan infrastruktur pengangkutan seperti jalan raya
dan jalan kereta api Mempunyai kemudahan pelabuhan Bandar menjadi pusat pentadbiran Menjadi pusat pengumpulan bahan mentah Mempunyai kemudahan institusi kewangan Bentuk muka bumi yang sesuai Tanah yang subur Dasar dan galakan British
Jelaskan kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.
Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi dagangan yang
berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah.
Aktiviti ekonomi tradisional di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.
Mewujudkan bentuk ekonomi duaan iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi dagangan.
Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan
pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur. Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah
dilaburkan semula untuk meningkatkan industri perlombongan. Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan
sektor pertanian dan perlombongan.
Huraikan perkembangan pertanian komersial di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak pada abad ke 19.
Sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu.
Tanaman komersial ialah ubi kayu,tebu,lada hitam,gambir,tembakau dan kopi.
Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di Johor, penanaman gambir dan lada hitam telah diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu.
Tanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan menanam lada hitam secara kangkar atau ladang.
Pada tahun 1860-an Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.
Para pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersial pada era kolonialisme British.
kerana mereka mempunyai modal,teknologi,serta mendapat konsesi tanah yang luas dan pajakan yang lama.
Masyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri menyebabkan wujudnya dwiekonomi.
British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal dari China mengusahakan getah untuk tujuan eksport.
Apakah yang dimaksudkan sistem kangcu. Diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja
Abu Bakar. Tanaman terdiri daripada gambir dan lada hitam. Sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 22
Setiap ladang dikenali sebagai kangkar. Saiz setiap satu kangkar sekitar 2500 ekar hingga
20 000 ekar. Setiap kawasan kecil akan diusahakan oleh 3-10 orang
buruh dari China.
Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu pada abad ke -20. Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai. Revolusi Perindustrian telah membawa kepada permintaan
yang tinggi terhadap getah yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya
industri kereta. Peranan Henry N.Ridley dilantik sebagai Pengarah
Botanical Garden di Singapura yang berusaha membawa masuk getah.
Ridley berusaha menyakinkan para peladang untuk menanam getah
dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma.
Beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh secara ibedem atau berbentuk tulang ikan kering,yang tidak merosakkan pokok.
Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar,basikal dan peralatan letrik.
Kemasukkan modal asing milik pelabur Eropah Penubuhan syarikat perwakilan membuka ladang dan
menguruskan eksport getah seperti Harrisons and Crosfield,Boustead Buttery Estate
Agency,Guthrie dan Sime Darby. Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan
kepada pemodal asing Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah
kepada peladang getah. Pembinaan infrastruktur seperti jalanraya serta jalan kereta
api untuk menghubungkan kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dalam
pusat pentadbiran. Membawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk
bekerja dengan bayaran gaji yang murah. Berlaku kejatuhan harga kopi.
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh British untuk menstabilkan harga getah. Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson 1922. Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar. Memperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh
getah. Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa
1934. Mengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil
getah. Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah. Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman
getah. Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah
sawah.
Huraikan sejarah perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatangan British. Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak
abad ke -9 lagi. Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar
Melayu dikerjakan oleh buruh tempatan. pembesar yang mempunyai lombong bijih timah
termasuklah Long Jaafar,Ngah Ibrahim,Raja Jumaat di Selangor
Bijih timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran.
Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun dan India.
Bijih digunakan untuk membuat gendang gangsa,alatan senjata dan alatan muzik seperti gong.
Penglibatan pengusaha dari China dalam sektor perlombongan bijih timah berlaku mulai pertengahan abad ke -19
yang dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.
Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu.
Para pembesar melayu akan memastikan hasil bijih yang dilombong,dijual semula kepada mereka.
Harga bijih akan ditentukan oleh para pembesar Melayu itu sendiri.
Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah
dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini. Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada
saudagar-saudagar Cina Untuk mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak
berupaya menyediakan modal. Perusahaan Bijih Timah mendapat perhatian pihak British
kerana mendatangkan keuntungan Pemodal Cina tidak berupaya bersaiang dengan Pemodal
Eropah kerana kemampuan mereka menyediakan modal bagi
penggunaan teknologi kapal korek. Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh
kepada intensif modal. Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan
diluluskan bagi mewujudkan British kuasai perusahaan melombong bijih timah. Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih
timah terus merosot pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru dalam
perlombongan bijih timah. Beri cadangan anda untuk memperomosi hasil pertanian Negara ke peringkat antarabangsa Menghasilkan produk makanan baharu Meningkatkan kualiti pembungkusan Menambah nilai pada khasiat makanan Menjadikan menu makanan di hotel Pasaran menerusi e dagang
Mengapakah orang Melayu hanya terlibat sebagai pekebun kecil getah semasa pemerintahan British. Dasar British melarang pembukaan tanah baharu untuk
tanaman getah Bayaran premium untuk membuka tanah baharu dinaikkan Larangan tanaman getah di tanah penanaman kelapa Tiada modal dan sukar mendapat pinjaman Tiada pengetahuan dan kepakaran
Pada pendapat anda, bagaimanakah untuk mengekalkan Mlaysia sebagai pengeluar getah dunia? Mengadakan penyelidikan dan pembangunan
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 23
Inovasi baru dalam teknologi penanaman dan pemprosesan getah
Meningkatkan industry beraasaskan getah Membuka lebih banyak ladang getah Tanaman semula oleh pekebun kecil dan FELDA Meneroka pasaran baharu Mengelakkan pergantungan pasaran pada Britain dan
Amerika Syarikat
Wajarkah perusahaan perlombongan bijih timah di negara kita dibangunkan semula.Berikan pandangan anda berserta alasan.Pendirian Wajar Negara masih mempunyai kawasan yang banyak sumber
bijih timah Harga bijih timah sangat tinggi di pasaran dunia Bijih timah banyak kegunaannya Boleh menjadi negara pengeluar bijih timah yang utama di
dunia semula Menjana sumber pendapatan negara Menjadi sumber pekerjaan penduduk Membangunkan kawasan yang dibuka sebagai kawasan
perlombongan Mengembalikan nostalgia Malaysia sebagai negara
pengeluar bijih timah terbesar di dunia
Pendirian tidak wajar Harga bijih timah terlalu bergantung kepada keadaan
pasaran Kemahiran rakyat terhadap perusahaan bijih timah sudah
berkurangan Memerlukan modal yang besar Memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi Lebih menguntungkan terlibat dalam industri lain Menyebabkan banyak tanah menjadi kawasan lombong Merosakkan ekosistem Pencemaran alam agak keterlaluan
MASYARAKAT MAJMUK
Senaraikan wilayah di China penghijrahan orang Cina ke Tanah Melayu.i)Kwangtung ii)Kwangsi iii)FukienSenaraikan cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.
i) Sistem Tiket Kredit ii) Sistem Pengambilan Kakitangan.
iii) Sistem Pengambilan rumah kongsiiv) Kemasukan Berkumpulan.
Terangkan sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke-19.
Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan
mendorong British membawa masuk imigran. membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk
bekerja dalam sector pertanian dan perlombongan. Kemiskinan di tempat asal Orang Melayu tidak menentang imigran Cina dan India
berhijrah ke Tanah Melayu. Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu
dengan India Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan
getah dan bijih timah. Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh
asing ini untuk ke sini.
Bagaimanakah kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu abad ke – 19.Sistem Tiket Kredit bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari
kampung-kampung di negara China oleh kheh-thau atau ketua.
Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang dibawa dikenali sin kheh.
Sin Kheh diletakkan di bawah pengawasan nakhoda atau agensi buruh
setelah menerima bayaran daripada bakal majikan. Sin Kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau
bertulis untuk menjelaskan hutang bekerja dengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh
yang tertentu. Sin Kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan
pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang. Sin Kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh
pemborong buruh untuk diserahkan kepada majikan dengan bayaran tertentu.
Sistem Pengambilan Kakitangan
Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.
Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga mereka sampai di tempat majikannya.
Sistem Pengambilan Rumah Kongsi Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara
China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi. Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan
buruh-buruh tersebut Sehinggalah mereka sampai di rumah kongsi di Tanah
Melayu. Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi, pembawa buruh akan dibayar dengan kadar tertentu seperti
yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.Kemasukan secara berkumpulan tajaan oleh Charles Brooke Melalui syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura. Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di
Sarawak secara berkumpulan dengan persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke.
Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sector pertanian gambir dan lada hitam.
Apakah yang dimaksudkan dengan kanganiSeorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan tenaga buruhdari India.
Bagaimanakah kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke -19.Sistem Buruh Bebas melalui sistem buruh bebas buruh akan datang sendiri
dengan biayaan masing-masing. Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan
tertentu kerana kepentingan ekonomi. Setelah tiba di Tanah Melayu,mereka bebas memilih
tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki.Sistem Kontrak Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah
Melayu dan sebagai balasannya buruh
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 24
tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun) dengan
bayaran yang paling minimum iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari.
Sistem Kangani Seorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan, akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk
mencari tenaga buruh. Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai
perbelanjaan buruh tersebut sehingga mereka tiba di Tanah Melayu. Seorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang
membawa masuk pekerja asing.
Huraikan ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu. Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum Orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar, kaum Cina
tinggal di kawasan bandar dan kaum India tinggal di estet. Jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum orang
Melayu sebagai petani,kaum India kebanyakannya sebagai penoreh getah dan kaum Cina sebagai peniaga dan pekerja di lombong bijih timah.
Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sosial berbeza antara satu sama lain.
Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas.
Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing.
Salah satu kesan dasar ekonomi yang dijalankan semasa penjajahan British di anah Melayuialah pembentukan masyarakat berbilang kaum. Bersetujukah anda pertambahan penduduk diMalaysia dapat memberikan kesan yang positif ?
Bersetuju Dapat membekalkan tenaga kerja Meningkatkan produktiviti Memajukan ekonomi Meningkatkan pendapatan Memperkukuhkan ekonomi
Tidak Bersetuju Pertambahan masalah jenayah kegiatan ekonomi akan dikuasai oleh sesebuah kaum sahaja
masalah perpaduan akan timbul
Huraikan sejarah perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada awal abad ke -20. Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian. Jalan keretapi dibina untuk mempercepatkan pengangkutan
bijih timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.
Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 menghubungkan Taiping dengan Port Weld,Kuala Lumpur
dengan Port Swettenham,kawasan perlombongan di Seremban ke Port Dickson dan Tapah Road dengan telok Anson.
Pada tahun 1904,semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan telah mempunyai perkhidmatan kereta api.
Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam telah disiapkan pada tahun 1918.
Pada tahun 1931,jalan kereta api di bahagian timur yang menghubungkan Gemas,Pahang dan Kelantan ke sempadan Siam telah siap dibina.
Menjelang tahun 1923,jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga ke Singapura.
Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di kawasan pendalaman untuk penanaman getah.
Di Johor,orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas terdapatnya pembinaan jalan kereta api.
Perkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
Jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah digunakan untuk mengangkut bijih timah dan getah ke pangkalan sungai.
Menjelang tahun 1895,Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400 kilometer.
Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902.
Antara tahun 1911 hingga tahun 1928,jalan raya yang menghubungkan Perlis dan Singapura siap dibina.
Jalan raya di antara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi memudahkan perhubungan antara negeri-negeri di Pantai Timur.
Sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,perkhidmatan pos,radio dan perkhidmatan udara turut diwujudkan akibat daripada perkembangan ekonomi.
Apakah sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal abad ke – 20. Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah. Mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong
ke pelabuhan untuk dieksport. Jalan kereta api menghubungkan semua kawasan
perlombongan bijih timah di Perak,Selangor dan Negeri Sembilan. Menghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah
Melayu. Pembukaan tanah baru di pedalaman untuk peladangan
getah. Menarik pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah. Kereta api dapat membawa muatan yang banyak. Menghubungi dengan negara luar melalui pelabuhan
dengan menggunakan kapal berkuasa wap. Pelabuhan dapat dimajukan untuk mengekspot getah dan
bijih timah ke Eropah.
TINGKATAN 5NASIONALISME DI THAILAND , FILIPINA DAN INDONESIA TAHAP 1 DAN 2
Ciri-ciri umum Birokrasi Barat Penubuhan kerajaan pusat Menyatukan wilayah-wilayah di tanah jajahan Perlantikan Gabenor Jeneral sebagaiketua pentadbir Pentadbiran melalui biro / jabatan Pelantikan pegawai Barat sebagai ketua biro Pengenalan undang-undang BaratPerubahan pengenalan birokrasi Barat di A.Tenggara. Di Filipina daerah-daerah kecil / barangay disatukan peringkat pentadbiran tempatan perkenal Sistem Encomienda diketuai oleh Encomiendaro
Menjaga keamanan Mengkristian penduduk Mengutip cukai Dibenci penduduk Filipina Mengenakan cukai yang tinggi Kerahan tenaga kepada rakyat
Di Indonesia pentadbiran terbahagi kepada dua iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 25
Pentabiran pusat diketuai oleh Gabenor Jeneral Pentadbiran tempatan dikendalikan oleh pembesar tempatan dengan
pengawasan pegawai Belanda penubuhan jabatan-jabatan: Jabatan Pelajaran / Jabatan Pertanian Penubuhan Dewan Tempatan yang berfungsi sebagai penasihat
pentadbiran Belanda Penubuhan Volksraad /Majlis Rakyat ke arah berkerajaan
sendiri Hasil desakan Sarekat Islam Di Burma diperkenalkan Akta Kampung Ulu Burma dan Akta
Perkampungan Burma penubuhan Majlis Perundangan dan jabatan di Burma seperti
Jabatan perhutanan/ jabatan kesihatan/ jabatan pelajaran Di Indochina, pentadbiran diketuai oleh Gabenor Jeneral yang
bertanggungjawab terus kpd Kementerian Tanah Jajahan di Paris
Perancis menubuhkan Union Indochinoise rang undang-undang di Indochina diluluskan Parlimen
Perancis Di Tanah Melayu, Pulau Pinang, Melaka dan Singapura disatukan di bawah
negeri-negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor Jeneral dibantu oleh residen kaunselor pentadbiran peringkat kampung dikekal/ diketuai oleh
penghulu Negeri Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang
disatukan di bawah Negeri-negeri Melayu Bersekutu diperkenalkan Sistem Residen Kedah, Terengganu, Kelantan, Perlis dan Johor dijadikan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu Sistem Penasihat diperkenalkan Pengenalan Sistem kutipan cukai pembahagian negeri kepada beberapa daerah penubuhan balai polis
Di Thailand birokrasi Barat diperkenal sendiri oleh Raja Chulalongkorn
dan Raja Mongkut Perlantikan pegawai-pegawai Barat mengetuai jabatan-jabatan
kerajaan dan melatih pegawai tempatan Pegawai Britain dilantik Penasihat Kewangan dan pelabuhan Penasihat kastam dan ketenteraan dari Amerika dan Perancis memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah/ Majlis Mesyuarat
Tertinggi / Kabinet Menteri Juru audit dari Britain dilantik dalam perbendaharaan negara
Ciri-ciri gerakan nasionalisme tahap pertama di Filipina
Gerakan dakyah pimpinan Jose Rizal Disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan
Barat Menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol Bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti bangsa
Sepanyol Bangsa Filipina diberikan kebebasan bersuara Menubuhkan Liga Filipina Bertujuan mendesak Sepanyol membuat pembaharuan
dalam politik,ekonomi dan sosial Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke Dapitan
Mindanao Jose Rizal akhirnya dihukum bunuh
Perkembangan gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina Katipunan ditubuhkan oleh Andreas Bonifacio Penentangan secara radikal terhadap Sepanyol Matlamat menyatukan bangsa Filipina Mencapai kemerdekaan melalui revolusi Menggunakan media cetak Kalayan Revolusi bersenjata untuk menggulingkan Sepanyol Katipunan semakin lemah selepas kematian Bonifacio Emilio Aguinaldo mengadakan kerjasama dengan Amerika
Syarikat Berjaya mengusir Sepanyol Pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh Aguinaldo pada
tahun 1898 Tidak disahkan oleh Amerika Syarikat Revolusi diteruskan sehinggan Aguinaldo ditangkap
Ciri-ciri perjuangan Katipunan Ditubuhkan oleh Andres Bonifacio Memulakan gerakan radikal terhadap Sepanyol Matlamat menyatukan Filipina Mencapai kemerdekaan melalui revolusi 1896 melancarka revolusi/pemberontakan tetapi gagal Menjadi lemah selepas Bonifacio dijatuhkan hukuman
bunuh Dipimpin oleh Aguinaldo Aguinaldo mengadakan kerjasama dengan Amerika
Syarikat
Perkembangan nasionalisme tahap pertama dan kedua di Indonesia Tahap pertama Memberi tumpuan terhadap isu-isu pendidikan Pendidikan dapat mengubah nasib rakyat Indonesia Raden Adjeng Kartini memajukan pendidikan untuk kaum
wanita Habis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri
Jawa Mendedahkan kemunduran rakyat dan penindasan Belanda Memberi inspirasi untuk menubuhkan pertubuhan yang
lebih tersusun Muhammadiyah ditubuhkan Metalamat untuk menyebarkan Islam sebenar Menghindar ancaman sekularisme Barat Muhammadiyah membina sekolah,klinik dan masjid
Tahap Kedua
Memperlihatkan perjuangan parti politik radikal Sarekat Islam (SI) , Parti Komunis Indonesia (PKI) , Parti
Nasional Indonesia(PNI) Menuntut kemerdekaan dengan cara lantang walaupun
dengan cara kekerasan PNI dibawah pimpinan Soekarno mendapat sokongan
rakyat Indonesia Belanda telah menangkap pemimpin-pemimpin radikal Belanda mengharamkan parti-parti politik radikal
NASIONALISME DI THAILANDTokoh yang terlibat dalam gerakan nasionalisme di Thailand Nai Pridi Panomyong Field Marshall Phibul Songram
Sebab-sebab berlakunya gerakan nasionalisme tahap pertama di Thailand Kegelisahan rakyat terhadap penguasaan politik oleh
kerabat diraja Penentangan rakyat terhadap raja berkuasa mutllak Perkembangan sistem pendidikan Barat Golongan intelek didedahkan kepada fahaman
liberal,sistem demokrasi dan raja berpelembagaan Kelemahan sistem pentadbiran Sikap boros Raja Vajiravudh
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 26
Kesan gerakan nasionalisme tahap pertama tersebut. Penubuhan Parti Rakyat oleh Nai Pridi Panomyong dan
Field Marshall Phibul Songram Parti Rakyat melancarkan Revolusi Thai Menamatkan sistem raja berkuasa mutlak
Tindakan yang diambil Perdana Menteri Thailand untuk mengatasi rasa tidak puas hati rakyat terhadap gerakan nasionalisme tahap kedua. Meluluskan undang-undang menyekat kebebasan dan
penguasaan ekonomi orang Cina Membubarkan sekolah Cina dan akhbar Cina Galakkan penduduk peribumi libatkan diri dalam kegiatan
ekonomi Memberi jawatan tertinggi dalam kerajaan kepada
penganut agama Buddha Menukar nama Siam kepada Thailand bermaksud Tanah
Bebas Mengadakan kerjasama dengan Jepun dalam Perang Dunia
Kedua Memperoleh semula wilayah di Indochina dan Tanah
Melayu
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda , mengapakah Thailand berjaya mengekalkan kemerdekaannya? Birokrasi Barat diperkenal Raja Mongkut/Raja Chulalongkorn Raja Mongkut melantik 80 orang penasihat Barat Untuk
mengetuai pelbagai jabatan melatih pegawai tempatan Penasihat kewangan/pelabuhan/polis dari Britain Penasihat
kastam dari Amerika Syarikat Penasihat tentera dari Perancis Raja Chulalongkorn memperkenalkan Majlis Penasihat Rendah Memperkenalkan Majlis Mesyuarat Tertinggi Memperkenalkan Kabinet Menteri Lantik juruaudit dari Britain berkhidmat dlam perbendaharaan
Negara Sistem Raja Berperlembagaan diperkenalkan menggantikan
sistem raja berkuasa mutlak. Menjalin hubungan baik dengan kuasa Eropah Jalin hubungan baik dengan Jepun semasa Perang Dunia KeduaSebagai warganegara Malaysia yang patriotik, apakah peranan anda untuk memertahankan kedaulatan negara daripada dijajah semula? Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan termasuklah
Sains dan Teknologi
Meningkatkan imej negara dengan mengharumkan nama negara sama ada dalam bidang sukan dan sebagainya.
Bersungguh-sungguh mempertahankan negara daripada segala bentuk ancaman yang akan mendatangkan kesan buruk kepada negara
Mencintai negara dengan meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri
Tidak mengkhianati negara dengan membocorkan maklumat rahsia negara kepada pihak musuh
Menguatkan sistem pertahanan negara dengan meletakkan anggota keselamatan di kawasan yang menjadi tumpuan pihak penceroboh
Cadangan dalam merealisasikan hasrat pemupukan semangat nasionalisme yang berterusan dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.
Mengadakan pameran yang berkaitan dengan sejarah negara bertujuan memupuk semangat cinta akan negara dalam diri masyarakat
Memperbanyakkan menerbit buku-buku yang berkaitan tentang tokoh nasionalis yang banyak memberi sumbangan kepada negara
Mengadakan kempen Cintailah Negara Kita dengan menyiarkan dalam media massa seperti media cetak dan elektronik
Mengadakan pertandingan menulis esei tentang tokoh pemimpin negara
Mengadakan lawatan ke tempat-tempat bersejarah seperti Memorial Tunku Abdul Rahman
Mengutamakan penggunaan Bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat berbilang kaum
Iktibar yang diperoleh daripada perkembangan nasionalisme yang berlaku di negara-negara Asia Tenggara Melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan Perjuangan secara organisasi dan tersusun mendatangkan
lebih banyak kejayaan kepada pemimpin Pemimpin perlu bijak dalam membuat keputusan dan
dasar-dasar negara Mempunyai semangat setia negara yang tinggi Pentadbiran yang sistematik menjamin kestabilan negara Sikap tolong menolong dan bekerjasama dalam membuat
keputusan untuk kebaikan bersama
Sebagai pemimpin, apakah tindakan yang anda akan lakukan untuk memodenkan pentadbiran Negara?
Membentuk pentadbiran yang sistematik dengan menubuhkan jabatan tertentu uktuk melicinkan pentadbiran
Membuat piagam pelanggan bertujuan memastikan pekerja mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam organisasi
Pegawai yang mesra pelanggan di semua unit pentadbiran Mewujudkan organisasi tersusun untuk memudahkan
bidang tugas masing-masing Menggunakan teknologi ICT dalam menyampaikan
maklumat kepada orang ramai Mencontohi pentadbiran sistematik negara luar
Sistem pendidikan barat telah menyebabkan rakyat tidak berpuas hati dan telah mencetuskannasionalisme di Asia Tenggara. Apakah situasi yang boleh membuktikan penyataan tersebut adalah benar. Sikap penjajah pilih kasih Beri pendidikan peringkat rendah sahaja Untuk golongan elit sahaja Untuk penduduk bandar sahaja. Anak rakyat biasa tidak diletakkan bersama anak golongan
berkedudukan
Di Filipina, penentangan Jose Rizal terhadap penjajahan bukan sahaja dengan terhasilnya novel Noli Me Tangere namun beliau juga terlibat dengan gerakan nasionalisme. Huraikan penjelasan anda. Melancarkan gerakan dakyah Menuntut Filipina dijadikan wilayah Sepanyol Meminta bangsa Filipina diberi hak yang sama seperti
Sepanyol Menubuhkan Liga Filipina Mendesak Sepanyol membuat pembaharuan politik,ekonomi,dan sosial Meningkatkan keyakinan rakyat untuk menentang penjajah Membantu rakyat untuk kehidupan yang lebih baik
Anda adalah generasi muda yang menjadi harapan untuk terus mengekalkan kemerdekaan negara. Jelaskan sumbangan yang boleh dilakukan supaya semangat nasionalisme semakin kukuh pada hari ini. memelihara imej negara memberi sumbangan dalam pembangunan Negara menyokong pasukan / skuad negara spt badminton/
Harimau Malaya
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 27
membeli barangan buatan Malaysia mematuhi undang-undang
Jelaskan peranan anda sebagai generasi muda hari ini dalam mengekalkan kedaulatan dan kemerdekaan tanah air kita Mengeratkan perpaduan Negara Malaysia terdiri daripada
pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India Tidak bekerjasama dengan kuasa asing yang sentiasa
mencari peluang menggugat keharmonian Negara Menguasai ilmu pengetahuan agar melahirkan masyarakat
yang memberi sumbangan terhadap pembangunan Negara Ilmu sains dan teknologi
Mempertahankan perlembagaan sebagai asas pentadbiran negara
Kukuhkan jati diri agar tidak mudah digugat oleh anasir luar
Bagaimanakah anda dapat menunjukkan cirri-ciri seorang yang patrriotik.
Menghormati raja sebagai ketua Negara Menghormati lambing-lambang Negara yang merupakan
identity Negara Menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat Membeli barangan buatan Malaysia supaya ekonomi
Negara maju Mematuhi undang-undang agar Negara aman Bangga berbahasa Melayu sebagai rakyat Malaysia Hidup bersatu padu secara harmoni
BAB 2 : PENENTANGAN DI SARAWAK, PERAK, KELANTAN DAN TERENGGANU
Terangkan peristiwa penentangan para pemimpin Sarawak terhadap James Brooke. James Brooke berusaha menguasai pedalaman Sarawak Linggir menentang James Brooke dengan menyerang
Kapal Nemesis dekat Batang Lupar Rentap menentang James Brooke yang cuba menghapuskan
orang Iban di Sungai Skrang James Brooke menyerang dan membakar kampung Rentap Penentangan Syarif Masahor dan Datu Patinggi Abdul
Ghapor kerana penguasaan Brooke di Sungai Rajang
Huraikan penentangan Dato’ Maharaja Lela ke atas British di Perak. Penentangan itu berlaku secara bersatu oleh semua
pembesar dan sultan serta penduduk tempatan terhadap British.
Residen memungkiri fungsinya sebagai penasihat Para pembesar menolak sistem cukai yang menghapuskan
hak mereka. Para pembesar menolak penguasaan British terhadap
kawasan mereka. Para pembesar menolak campur tangan British dala adapt
resam dan hal ehwal tempatan. J.W.W. Birch tidak menghormati sistem sosial tempatan
dan tidak tahu berbahasa Melayu. Pada tahun 1874 Perjanjian Pangkor ditandatangi oleh
Sultan Abdullah dan Sir Andrew Clarke menyebabkan berlaku bantahan terbuka oleh pembesar
Melayu Perak terhadap campur tangan British. Dato’ Maharaja Lela membuat kubu di Pasir Salak dengan mengadakan mesyuarat di Durian Sebatang antara
Dato’ Maharaja Lela dengan pembesar-pembesar Melayu bertujuan menentang undang-undang British.
Selepas bermesyuarat Dato’ Maharaja Lela bersetuju membunuh J.W.W Birch
Sultan Abdullah memberitahu Sultan Ismail tentang rancangan tersebut.
Sultan Abdullah terpaksa menyerahkan Perak kepada British walaupun berlaku penentangan terhadap British.
Mat Arshad, orang suruhan British,dibunuh oleh penduduk tempatan semasa menampal poster cukai di Pasir Salak.
Pembunuhan J.W.W Birch oleh Seputum, Pandak Lam dan lain-lain lagi atas arahan Dato’
Maharaja Lela di Sungai Perak, Pasir Salak. Pihak British dengan 500 orang tenteranya melancarkan
serangan terhadap Pasir Salak menyebabkan Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor
melarikan diri ke Kota Lama. Semua yang terlibat dengan pembunuhan J.W.W Birch
ditangkap dan dibicara oleh Raja Idris sebagai hakim manakala penasihat perbicaraan ialah Frank
Swettenham. Dato’ Maharaja Lela bersama-sama Dato’ Sagor,Pandak
Lam,Seputum dan Pandak Induk dijatuhi hukuman gantung. Sultan Ismail dibuang negeri ke
Johor.sultan Abdullah,Menteri Ngah Ibrahim, Syahbandar dan Laksamana pula dibuang
negeri ke Pulai Seychelles.
Huraikan peristiwa penentangan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu Penentangan diketuai oleh seorang ulama iaitu Haji Abdul
Rahman Limbong Nama sebenar ialah Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul
Hamid Digelar ‘Limbong’ kerana sering mengajar Agama Islam di
Kampung Limbong, Kemaman, Terenggganu Pada bulan Julai 1922 Haji Abdul Rahman Limbong
mengetuai orang kampung meneroka tanah di Kuala Telemong
tanpa menghiraukan peraturan Tanah British Pada Mei 1925 mereka membuka tanah milik Tengku Nik
Maimunah British mulai bimbang dengan tindakan Haji Abdul
Rahman Limbong dan pengikutnya Penentangan bersenjata penduduk tempatan bermula
bermula pada bulan Mei 1928 Mereka bertindak menyerang bangunan kerajaan di Kuala
Berang dan berjaya mendudukinya British dengan menggunakan nama Sultan telah
menghantar tiga orang pembesar untuk mendapatkan semula Kuala Berang.
Rakyat akur kerana konsep tidak menderhaka kepada sultan Kebangkitan di Kuala Telemong telah berjaya di atasi oleh
British Haji Abdul Rahman Limbong ditangkap, dibicarakan dan
dibuang negeri ke Mekah
Peristiwa penentangan Tok Janggut di Kelantan Diketuai oleh Tok Janggut Bermula apabila British menguasai Pasir Putih dan meletakkan Penasihat British pada tahun 1910 British memaksa penduduk tempatan menerima sistem
cukai Brtish Semua tanah dan tanaman dikenakan cukai Cukai kepala sebanyak satu riyal untuk penduduk yang
berumur 15 tahun ke atas Cukai hanya boleh dibayar pada waktu pejabat sahaja Sistem cukai dan kaedah pembayaran menyulitkan
penduduk Keadaan ini menyebabkan Tok Janggut menentang dan penentangannya mendapat sokongan rakyat Arahan dikeluarkan agar Tok Janggut ditangkap tetapi
gagal Tok Janggut dengan bantuan Engku Besar Jeram, Penghulu
Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat menyerang Pasir Putih dan berjaya mendudukinya pada tahun 1915
Sebuah kerajaan dibentuk
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 28
Engku Besar Jeram dilantik sebagai raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri, dan Che Ishak sebagai Pegawai Daerah
British menggunakan nama Sultan untuk membawa masuk tentera dari Negeri-Negeri Selat untuk menyerang Tok Janggut di Pasir Putih
Serangan bermula di Saring dalam tahun 1915 Dengan menggunakan senjata moden dan serangan yang
tersusun Tok Janggut dikalahkan Tok Janggut terkorban dan mayatnya diarak disekitar
pekan Kota Bharu
Tindakan pemimpin setempat menentang penjajahan British di Tanah Melayu seperti Tok Janggut adalah sangat wajar. Berikan hujah anda untuk menyokong penyataan tersebut.
British mencampuri pentadbiran Tempatan sehingga menindas pendudus Memonopoli ekonomi untuk kepentingan mereka Mewujudkan jurang dalam pendidikan supaya rakyat tidak
bersatu Mengambil alih kuasa pembesar agar menguasai politik Mengamalkan dasar pecah dan Perintah untuk mengelakkan perpaduan
AKHBAR , MAJALAH DAN NOVEL PENGGERAK KESEDARAN KEBANGSAAN Akhbar, majalah serta novel adalah media cetak yang amat
berpengaruh membangkitkan semangat kebangsaan Antara akhbar yang diterbitkan ialah Warta Malaya,
Lembaga Malaya, Majlis, Utusan Melayu, Warta Negara dan Warta Sarawak
Persoalan masa itu ialah bidang sosial atau pendidikan, ekonomi dan politik
Tulisan penulis seperti Zaaba (Zainol Abidin bin Ahmad), Dato’ Onn Jaafar dan Abdul Rahim Kajai membangkitkan kesedaran
untuk memajukan diri dan bersatu padu di kalangan penduduk tempatan
Mereka turut mengkritik dasar penjajahan British dan penindasan terhadap penduduk tempatan
Pendidikan tinggi di kalangan orang melayu Pendidikan untuk golongan wanita Meminta orang Melayu meninggalkan sikap negatif seperti
memilih pekerjaan dan tidak berusaha Galakan untuk menabung di kalangan orang Melayu untuk
pendidikan anak-anak Kepentingan kemahiran tradisional orang Melayu Kepentingan pendidikan Bahasa Inggeris di kalangan orang
Melayu untuk kemajuan
Pembaikan taraf sekolah Melayu dengan memberikannya nilai ekonomi
Martabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran British
Kepentingan pendidikan Islam bagi orang Melayu Mengekalkan nilai-nilai baik masyarakat Melayu Menggalakkan penubuhan syarikat kerjasama Mengurangkan kemasukan orang dagang yang mengancam
ekonomi tempatan Menggalakkan penglibatan orang Melayu dalam
perniagaan Melarang orang Melayu menjual tanah Menyeru orang Melayu berjimat-cermat Mendesak British membina kampung khas Melayu di
Kuala Lumpur Mengkritik British yang mengurangkan kuasa raja-raja
melayu Kritikan terhadap raja dan pembesar yang kurang
memberikan perhatian kepada kemajuan orang melayu Tolak sikap pilih kasih British dalam perlantikan pegawai Menuntu agar diadakan Malay Administrative Service
untuk menjaga kedudukan pentadbir Melayu Seru orang melayu bersatu dalam pertubuhan kebangsaan Menentang tuntutan orang dagang terhadap politik
tempatan
Akhbar, majalah dan novel sebelum merdeka penting dalam melahirkan semangat kebangsaan.Berikan pendapat anda. Membangkitkan semangat perjuangan menentang penjajah Mewujudkan semangat menuntut ilmu
pengetahuan/pendidikan Mempunyai keberanian mengkritik British Meningkatkan maruah wanita Menyeru semangat perpaduan dalam kalangan rakyat
Sebutkan isu-isu yang dibangkitkan oleh akhbar Melayu dalam soal sosial dan pendidikan di Tanah Melayu pada 1930 an Menggalakan pendidkan untuk anak perempuan Menyeru orang Melayu jangan memilih kerja Menggalakkan tabungan untuk pedidikan anak-anak Mementingkan pendidikan bahasa Inggeris Memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
Huraikan mesej-mesej yang diutarakan melalui novel Melayu pada tahun 1930an Semangat cinta akan tanah air Menghargai warisan bangsa Berbangga dengan dengan kebolehan sendiri
Mementingkan pendidikan Membuang pandangan negatif yang menghalang kemajuan
Jelaskan isu yang berkaitan wanita yang dibangkitkan dalam akhbar, majalah dan novel Melayu pada tahun 1930an. Pendidikan untuk anak perempuan Menggalakkan wanita mendapat pendidikan tinggi Kebebasan wanita Perpaduan dalam kalangan guru perempuan Menyeru wanita menjaga kesopanan
Huraikan mesej-mesej berkaitan semangat kebangsaan yang dibangkitkan melalui novel-novel Melayu tahun 1930-an. Semangat perjuangan menentang penjajah Semangat cinta akan tanah air Menghargai sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melaka Menggunakan sejarah sebagai pendorong perjuangan Menghargai warisan bangsa
Kepentingan akhbar dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia Memupuk semangat patriotik Menyebar idea-idea baharu Membina jati diri bangsa Ejen perubahan minda masyarakt Meningkatkan tahap intelektual masyarakat Memupuk perpaduan Meningkatkan celik huruf masyarakat
Andaikan anda seorang penulis cadangkan tema penulisan yang dapat menaikkan imej negara kita Perpaduan/Integrasi Nasional Satu Malaysia Kemakmuran Malaysia Keistimewaan Malaysia Kejayaan Malaysia Malaysia Boleh Malaysia Gemilang Malaysia Kebanggaan Kita Patriotik
Akhbar masih lagi berperanan untuk menaikkan semangat cinta akan tanah air sehingga ke hari ini ?Berikan hujah anda. Harganya murah dan Mampu dibeli oleh setiap lapisan
masyarakat Senaskah Berita Harian berharga RM1.50
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 29
Mudah diperoleh kerana pasarannya meluas dari bandar hingga ke kawasan pedalaman
Mudah dibawa kerana lebih ringan berbanding bahan bacaan yang lain
Minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia masih lagi rendah berbanding dengan negara maju.Berikan ulasan anda. Ya, minat membaca masih rendah dalam kalangan rakyat
Malaysia Kajian menunjukkan purata rakyat Malaysia hanya
membaca sebuah buku dalam setahun Kebanyakan masa dihabiskan dengan membaca buku yang
rendah kualitinya seperti majalah Remaja dan Sri Dewi Taksub dengan kemajuan ICT Banyak menghabiskan masa dengan bermain gajet dan
melayari internet You tube, facebook dan WhatsApp Taraf ekonomi rendah kerana kekurangan sumber
kewangan untuk membeli bahan bacaan bermutu Keperluan makanan dan persekolahan anak-anak Harga buku mahal menyebabkan tidak mampu dibeli oleh
golongan berpendapatan rendah terutamanya penulis terkenal keluaran daripada Dewan Bahasa dan Pustaka
Persatuan Melayu yang telah ditubuhkan di Tanah Melayu Kesatuan Melayu Singapura Persatuan Sahabat Pena Malaya / PASPAM Persatuan Melayu Perak Persatuan Melayu Selangor Persatuan Melayu Negeri Sembilan Persatuan Melayu Pahang Kesatuan Melayu Muda
Jelaskan isu yang diperjuangkan oleh persatuan-persatuan dalam gerakan nasionalisme diTanah Melayu, Sabah dan Sarawak sebelum perang Dunia Kedua.Kesatuan Melayu Singapura Menjaga kepentingan sosioekonomi penduduk Melayu
Singapura Mohammad Eunos Abdullah menjadi wakil KMS dalam
pentadbiran British.
Sebagai wakil orang Melayu dalam Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat
Mendesak kebajikan orang Melayu Singapura dan berjaya memperolehi sebuah kawasan penempatan
khas bagi orang Melayu Singapura.
Persatuan Sahabat Pena Malaya Menggalakkan ahlinya berkenal-kenal dan bertukar-tukar
pendapat bagi mewujudkan perpaduan Bagi memajukan diri sendiri dan bangsa Melayu di
Semenanjung Tanah Melayu. Menggabungkan tenaga intelektual Melayu bagi membincangkan nasib orang Melayu dalam soal
ekonomi, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Persatuan Melayu Sarawak Mengeratkan perpaduan Melayu, menggalakkan pendidikan, menjaga budaya dan maruah
bangsa,serta menegakkan ajaran agama Islam.
Persatuan sahabat Pena Sabah Mewujudkan perpaduan di kalangan anggota-anggotanya terdiri daripada peniaga kecil,pegawai rendah kerajaan dan
guru sekolah Melayu.
Kesatuan Melayu Muda Menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di
seluruh Semenanjung. Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang Melayu. Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya
dengan bergabung dengan Indonesia.
Kongres Melayu Membincangkan soal kemunduran orang Melayu dalam
pendidikan dan ekonomi. Membincangkan pilih kasih British kepada anak negeri
asal. Mengatasi pemasalahan sosioekonomi dan politik. Mengatasi perasaan kenegeriaan yang memisahkan orang
Melayu.
Apakah Melayu Raya atau Indonesia Raya. Slogan atau cita- cita politik sebahagian kecil orang
Melayu dibawah Kesatuan Melayu Muda.
Mahu menghidupkan semula kegemilangan empayar Melayu seperti Majapahit,srivijaya dan Melaka.
Idea negara Melayu Malaya dicetuskan oleh abdul Hadi Hassan Pensyarah Maktab Perguruan Sultan Idris.
Menjadi matlamat perjuangan KMM menubuhkan negara untuk bergabung dengan Indonesia mencapai kemerdekaan daripada penjajah British.
Huraikan perkembangan Kesatuan Melayu Muda dalam memperjuang semangat nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. KMM ditubuhkan pada tahun 1939 yang dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob. Matlamat penubuhan untuk menggalakkan perpaduan di
kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung. Meningkatkan tahap pendidikan di kalangan orang Melayu. Menubuhkan negara Melayu Raya atau Indonesia Raya
dengan bergabung dengan Indonesia untuk mencapai kemerdekaan.
KMM bekerjasama dengan Jepun pada akhir tahun 1940 untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
Menjadikan KMM badan propaganda Jepun, membeli Warta Malaya untuk dijadikan alat propaganda
anti-British, dan mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari sokongan. KMM menubuhkan cawangan diseluruh Tanah Melayu
bagi meluaskan propaganda menentang British. Maahad II Ihya Assyariff,di Gunung Semanggol menjadi
penyokong KMM Dengan menyediakan kader-kader dikenali tentera semut
untuk menentang British. Ibrahim Haji Yaakob,Ishak Haji Muhammad, dan 150
orang penyokong KMM ditangkap oleh British pada akhir tahun 1941 dan dipenjarakan di Changi,Singapura.
Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menyekat semangat kebangsaan penduduktempatan semasa Jepun menjajah di Tanah Melayu. Menjalankan pemerintahan ketenteraan. Menyekat kebebasan bersuara penduduk di Tanah Melayu. Memberi kebebasan kepada pertubuhan yang menyokong
dan bergerak di bawah pengawasannya. Mengharamkan penerbitan semua akhbar.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 30
Menukarkan nama akhbar temapatan kepada nama Jepun seperti Malai Shibun untuk Utusan Melayu.
Semua sekolah menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar.
Menerapkan nilai budaya Jepun dalam kehidupan seharian.
Nyatakan pertubuhan-pertubuhan yang menentang ketika pendudukan Jepun di Tanah Melayu di antara tahun 1941 hingga 1945. MPAJA- Parti Komunis Malaya mengadakan penentangan
melalui gerakan bawah tanahdengan bantuan senjata oleh pihak British.
Gerila- Mereka bekerjasama menjalankan perang gerila terhadap Jepun.
Bintang tiga- Pasukan bintang Tiga juga ditubuhkan dengan ahlinya terdiri daripada tiga kaum penting di Tanah Melayu, iaitu Melayu, Cina dan India menentang Jepun secara gerila.
Di kalangan orang Melayu pula ditubuhkan Force 136 keanggotaan terdiri daripada pegawai-pegawai tadbir
Melayu yang bekerjasama dengan tentera British, bergerak secara gerila di hutan dan aktif di Kedah,Johor
dan Pahang. Pasukan Wataniah Pahang adalah pasukan sukarela
menentang Jepun Terdiri daripada guru,pegawai tadbir kerajaan dan orang
kampung yang sedar tentang penindasan Jepun.
BAB 3 : KESULTANAN MELAYU MELAKA
1.Jelaskan maksud konsep berikut:
Rakyat Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah terikat kepada undang-undang dan peraturan yang
dikuatkuasakan Mesti mentaati raja yang memerintah Sebagai tanda ketaatan rakyat bersedia mempertahankan
negara Menghadiri adat istiadat kerajaan Mengadakan gotong royong dan kerahan tenaga
Kedaulatan Kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah
Kekuasaan ini tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak
Merujuk juga kepada kekuasaan sesebuah negara dan pemerintah
Boleh menggunakan kuasa untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang
Negara mempunyai hak mutlak terhadap rakyat Memastikan negara bebas daripada sebarang campur
tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan asing Dirujuk terus kepada raja yang memerintah
Nyatakan alat-alat kebesaran diraja yang menjadi simbol kedaulatan raja dan kerajaan yang memerintah.
Tengkolok Diraja Cogan Agama Gendik Diraja Kalung diraja Pending Diraja
Nyatakan warisan pensejarahan Kesultanan Melayu Melaka yang masih diamalkan oleh Negeri-negeri Melayu lain pada hari ini.
Adat istiadat Melayu Agama Islam Bahasa Melayu Kerajaan Johor, Perak, Pahang diasaskan oleh kerabat
diraja Melaka Menggunakan gelaran Sultan pada awal nama Sistem perwarisan takhta mementingkan jurai keturunan
sebelah bapa Putera sulung sultan dengan permaisuri berpeluang
mewarisi takhta Sekiranya sultan tiada putera, adik lelaki boleh mewarisi
takhta Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan Gelaran berbeza mengikut keadaan tempat Kitab undang-undang Johor, Perak dan Pahang
Pada pendapat anda, apakah kepentingan institusi kesultanan di negara kita? Warisan negara bangsa Mengukuhkan semangat patriotik Mengukuhkan perpaduan Dapat memerintah negara sendiri Mempertahankan kedaulatan negara Melaksanakan dasar-dasar sendiri [Mana-mana jawapan munasabah]
Negara dan bangsa Malaysia dikategorikan sebagai unik. Kemukakan alasan anda untuk menyokong pernyataan tersebut. Rakyat terdiri daripada pelbagai kaum Pelbagai bahasa/dialek Mempunyai pelbagai budaya Wujud kebebasan beragama Pengamalan kebudayaan kebangsaan Mempunyai identiti kebangsaan tersendiri Pembentukan negara berlaku dengan aman Rakyat hidup bersatu padu Sistem raja beperlembagaan [Mana-mana jawapan munasabah] Kewujudan institusi Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 merupakan asas pembinaan negara dan bangsa kita.Terangkankan ciri-ciri negara dan bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka.Wilayah Iaitu kawasan tempat tinggal rakyat Sempadannya diterima umum Wilayah pengaruh merujuk kepada kawasan yang
rakyatnya menerima pemerintahan seseorang raja Memperakui pemerintahan seseorang raja Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan
lingkungan pengaruh yang luas Walaupun sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan
negara moden Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah
Melayu / seluruh timur Sumatera
Kedaulatan Merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah
wilayah Kekuasaan tidak boleh dihadkan oleh mana-mana pihak Merujuk kepada kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah
negara / pemerintah Negara / pemerintah boleh menggunakan kuasa untuk
menggubal / melaksanakan undang-undang Raja yang memerintah mewakili negeri / kawasan
pemerintahan Negara berkenaan mempunyai hak mutlak terhadap
rakyatnya Negara itu bebas daripada campur tangan / paksaan /
taklukan / perintah kuasa asing. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka kedaulatan dirujuk
terus kepada raja yang memerintah Raja yang memerintah mewakili negeri / kawasan
pemerintahan
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 31
Lambang negara Merupakan simbol / tanda yang menjadi identiti sesebuah
negara Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan Lambang penyatuan negara / bangsa Kebesaran sultan / Kesultanan Melayu dilambangkan
dengan alat tertentu Seperti regalia / nobat / warna / bahasa / undang-undang /
protokol / adat istiadat istana
Keunggulan Undang-undang Untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah
diwartakan Undang-undang dicipta untuk memelihara keamanan /
melindungi rakyat Keunggulan undang-undang menentukan struktur
kerajaan / kehakiman / Bahasa / agama / kerakyatan diterima oleh masyarakat
Terdapat dua sumber undang-undang bertulis Dipengaruhi oleh hukum adat tempatan / agama Islam Hukum Kanun Melaka Menyentuh bidang kuasa raja / pembesar serta pantang
larang dalam kalangan anggota masyarakat Hukuman ke atas kesalahan jenayah awam / undang-
undang keluarga / lain-lain Undang-undang Laut Melaka Membincangkan perkara yang berkaitan dengan tatacara
pelayaran di laut tanggungjawab pengawal kapal / atur cara pelayaran /
perniagaan / bidang kuasa nakhoda kapal / hukuman bagi kesalahan jenayah
Rakyat Seluruh penduduk bagi sesebuah wilayah Mereka terikat kepada undang-undang / peraturan yang
dikuatkuasakan dalam wilayah tersebut Rakyat bertanggungjawab mentaati raja yang memerintah Contoh tanda ketaatan rakyat adalah bersedia
mempertahankan negara / menghadiri adat istiadat kerajaan / mengadakan gotong royong / kerahan tenaga
Kerajaan badan yang diberi kuasa untuk menguruskan pentadbiran menjaga keamanan mempertahankan kedaulatan negara menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain Kerajaan wujud apabila adanya raja Raja / sultan merupakan pemerintah tertinggi
dibantu oleh Bendahara / Penghulu Bendahari / Temenggong / Laksamana
Sistem pemerintahan Negeri-negeri Melayu seperti Johor, Perak dan Pahang adalah berdasarkan sistem pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Buktikan kebenaran penyataan tersebut.
Warisan Kesultanan Melayu Melaka seperti adat istiadat Melayu
agama Islam berkembang di negeri-negeri tersebut Bahasa Melayu berkembang di negeri-negeri tersebut Kerajaan tersebut diasaskan oleh kerabat diraja Melaka Semua pemerintah negeri menggunakan gelaran Sultan
pada awal nama masing-masing Sistem warisan takhta di negeri-negeri tersebut
mementingkan jurai keturunan sebelah bapa Putera sulung sultan dengan permaisurinya berpeluang
mewarisi takhta kerajaan sekiranya sultan tidak mempunyai putera / adik lelaki
sultan boleh mewarisi takhta Mengamalkan Sistem Pembesar Empat Lipatan perbezaan antara ketiga-tiga negeri tersebut adalah pada
gelaran pembesarnya disebabkan perubahan semasa / penyesuaian dengan
keadaan tempatan Kitab undang-undang disalin / dipinda berdasarkan Hukum
Kanun Melaka untuk disesuaikan dengan unsur tempatan contoh Undang-Undang Pahang yang disusun oleh Sultan
Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah pada tahun 1596
Selepas kemerdekaan, institusi Raja Berperlembagaan telah diwujudkan untuk menggantikan institusi Kesultanan Melayu.Mengapakah institusi Raja Berperlembagaan perlu dipertahankan? Raja merupakan ketua negara Raja lambang kedaulatan negara Warisan turun temurun sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka Lambang keamanan rakyat Lambang perpaduan Pelindung semua rakyat / orang Melayu Menjaga hak istimewa orang Melayu / bumiputera Memastikan keadilan dilaksanakan Melicinkan pentadbiran Lambang identiti negara Mana-mana jawapan munasabah
Terdapat segelintir rakyat Malaysia, terutama generasi muda masih tidak memahami kepentingan institusi Raja Berperlembagaan. Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah tersebut Menyemai semangat patriotik dalam kalangan pelajar Menghormati lambang-lambang kebesaran Menghayati Rukun Negara Menganjurkan pertandingan bahas / pidato / syarahan / kuiz
/ melukis berkaitan Yang di-Pertuan Agong / sultan Lawatan ke muzium diraja Mencari maklumat berkaitan institusi beraja di internet /
media massa Menghasilkan penulisan berkaitan institusi beraja Meraikan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong / sultan Menghasilkan dokumentari tentang Yang di-Pertuan Agong
/ sultan Media elektronik menyiarkan rancangan dokumentari
berkaitan Yang di-Pertuan Agong / sultan Menyanyikan lagu kebesaran negeri dengan penuh
semangat Menghadiri upacara pertabalan Yang di-Pertuan Agong /
sultan Menghormati upacara pemakaman Yang di-Pertuan
Agong / sultan Berkabung atas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong /
sultan
Namakan Perlembagaan Johor.Undang- undang Tubuh Kerajaan Johor.
Namakan pengasas dan tahun perlembagaan Johor digubal.Sultan Abu Bakar pada tahun 1895
Nyatakan kandungannya. Mengandungi perkara tentang keturunan sultan sebagai
pewaris takhta kerajaan. Mengandungi pengiktirafan orang Melayu Johor sebagai
rakya Johor. Menyatakan agama Islam sebagai agama rasmi.
Jelaskan kedudukan sultan berdasarkan perlembagaan Johor. Raja hendaklah berbangsa Melayu, lelaki dan beragama
Islam. Raja,menteri dan jemaah pangkuan negeri dilarang
menyerahkan negeri kepada kuasa luar. Raja berkuasa melantik Menteri Besar dan Naib Menteri
Besar dipilih oleh Jemaah Menteri
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 32
dengan perkenan raja.
Nyatakan struktur pentadbiran negeri Johor.Majlis Mesyuarat Kerajaan Majlis Mesyuarat Kerajaan dibahagikan kepada dua, Majlis Negeri yang mempunyai kuasa perundangan Jemaah Menteri yang mempunyai kuasa pelaksana. Majlis Negeri dipengerusikan oleh Menteri Besar sabagai
Yang Dipertua Berfungsi membantu Raja dan Jemaah Menteri dalam
mentadbir negeri dan rakyat. Jemaah Menteri pula terdiri daripada lapan hingga dua
belas orang pegawai kanan kerajaan yang menjadi ahli Majlis Negeri berbangsa Melayu,beragama Islam dan merupakan rakyat Johor.
Setiap pegawai kerajaan yang dilantik menjadi Menteri mesti mengangkat sumpah dan memberikan taat setia kepada Raja serta kerajaan Johor.
Penggubalan perlembagaan bertulis ini didorong oleh pemerintah untuk membentuk kerajaan bercorak demokrasi bagi menggantikan pemerintahan raja berkuasa mutlak.
Pengisytiharan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan system pentadbiran bagi menghalang rancangan British menguasai negeri Johor.
Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor berjaya memantapkan system pentadbiran negeri semasa zaman penjajahan British. Buktikan. Mempunyai perlembagaan bertulis Menetapkan pewaris bangsa Pewaris takhta mestilah keturunan Sultan Pewaris adalah anak lelaki sulung permaisuri/adik lelaki
Sultan Mengiktiraf orang Melayu sebagai rakyat Johor bagi
menjamin kesetiaan Menjadikan Islam sebagai agama rasmi Sultan mempunyai kuasa melantik/menentukan Menteri
Besar/Jemaah menteri Raja,menteri dan Jemaah Pangkuan Negeri dilarang
menyerahkan negeri kepada kuasa/kerajaan lain
Sistem Jemaah Menteri di Kelantan bertujuan untuk melicinkan pentadbiran dan pemerintahan.Jelaskan. Diamalkan semasa pemerintahan Sultan Muhammad I melantik beberapa orang pembesar untuk membantu
pentadbiran baginda.
Sultan Muhammad II telah memperkemaskan Sistem Jemaah Menteri
Mewujudkan lapan badan Jemaah Menteri. Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-
masing dianggotai oleh empat orang pembesar. Terdapat lapan jemaah menteri yang menguruskan
pentadbiran di Kelantan. Jemaah Penasihat Raja - Menguruskan perkara dan urusan
penting yang bukan rahsia. Jemaah Menteri Istana - Menguruskan istiadat diraja dan
istiadat rasmi di seluruh negeri Kelantan. Jemaah Menteri Keadilan dan Kehakiman - Mengendalikan
urusan penting tentang keadilan dan kehakiman. Jemaah Menteri Dalam Menteri - Menjaga keamanan
negeri. Jemaah Menteri Luar Negeri - Menguruskan dasar dan hal
ehwal luar negara. Jemaah Menteri Perbendaharaan - Mengendalikan harta
benda dan hasil mahsur. Jemaah Menteri Peperangan - Menguruskan pertahanan
dan keamanan negeri. Jemaah Menteri Pentadbiran dan Pengimarahan Negeri- -
Menguruskan kemajuan dan pembanggunan negeri. Sultan Muhammad II menyingkirkan kerabat diraja yang
terlibat dalam pertikaian merebut kuasa menggantikannya dengan pembesar yang bergelar Nik dan
Wan. Golongan pembesar membantu mengukuhkan kewibawaan
Sultan Muhammad II denganNmemberikan taat setia yang tidak berbelah bagi
Seandainya keamanan negara tergugat oleh anasir yang tidak bertanggungjawab. Kemukakan cadangan anda kepada pemimpin negara tindakan yang harus diambil oleh kerajaan dalam mengatasi cabaran tersebut. Mengambil tindakan tegas undang-undang Menyatukan rakyat semua lapisan masyarakat Menjelaskan kepentingan keamanan dalam kalangan rakyat Memantapkan perpaduan antara kaum Mempertingkatkan kerjasama antara kerajaan dengan
rakyat Memperkukuhkan semangat kemasyarakatan Mempergiat konsep 1 Malaysia
Memperbanyakkan pasukan sukarelawan Mempergiat kempen semangat cinta akan negara Memantapkan aktiviti Rukun Negara Meluaskan aspek keamanan dan keselamatan dalam
Program Khidmat Negara
Apakah gelaran tertinggi pemerintah di Negeri Sembilan.Gelaran iailah Yang Dipertuan Besar.
Terangkan peranan Undang dalam sistem pemerintahan di Negeri Sembilan Undang dipertanggungjawab melantik Yang Dipertua
Besar. Menjadi perunding dalam setiap keputusan yang dibuat
oleh Yang Dipertuan Besar. Menjadi ketua luak.
Senaraikan empat luak utama di Negeri Sembilan.1. Rembau 2. Johol 3. Sungai Ujong 4. Jelebu
Jelaskan unsur demokrasi dalam sistem pemerintahan di Negeri Sembilan. Negeri Sembilan mengamalkan sistem pemerintahan
berdasarkan adat pepatih, Iaitu kedaulatan berada di tangan rakyat. Perlantikan pemimpin dibuat daripada peringkat paling
bawah iaitu Anak Buah, diikuti oleh Buapak,Lembaga dan
Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
walaupun Yang Dipertuan Besar pemerintah tertinggi kerajaan.
Setiap keputusan yang Dipertuan Besar adalah berdasarkan perundingan baginda dengan Undang.
Setiap luak ditadbir oleh Undang dan mereka ini dipilih oleh Lembaga.
Undang dipertanggungjawabkan untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
Lembaga dilantik oleh Buapak merupakan ketua suku anggota masyarakat yang bertanggungjawab terhadap suku masing- masing.
Lembaga berkuasa melantik individu yang layak menjadi Undang.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 33
Buapak merupakan Ketua Perut menjadi tempat rujukan bagi setiap masalah,
khususnya,yang berkaitan dengan adat.. Setiap anggota Perut dikenali sbagai Anak Buah. Sistem mengagihkan kuasa kepada individu mengikut
peringkat menunjukkan sistem pemilihan pemimpin di Negeri Sembilan mempunyai unsur
demokrasi.
Apakah peraturan hidup yang menjadi amalan dalam Adat Perpatih. Kepentingan bersama dalam membuat keputusan. Semangat gotong royong,dalam sebarang pekerjaan. Saling menghormati di antara satu sama lain. Bermuafakat untuk memilih pemimpin. Semangat bekerjasama antara suku untuk memilih
pemimpin.
BAB 4 : MALAYAN UNIONApakah Malayan Union. Negara dan bangsa yang diperkenalkan oleh British pada
tahun 1946 untuk menghapuskan negara dan bangsa dibina sejak zaman Kesultanan Melayu
Melaka.
Mengapakah British memperkenalkan Malayan union di Tanah Melayu. Sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah
pembentukan pemerintahan sendiri. Melicinkan pentadbiran dengan menyeragamkan
pentadbiran yang berbeza, iaitu Negeri-Negeri Selat,Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Menjimatkan kos pentadbiran. Mengimbangi pembangunan ekonomi di setiap negeri. Membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya
golongan pendatang dapat melupakan negara asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union.
Memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu tidak terbantut dan terjamin.
Menjamin penguasaan yang berterusan terhadap sumber ekonomi Tanah Melayu.
British berhasrat mengurangkan kuasa politik orang Melayu.
Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union. Semua negeri Melayu dsatukan Diketuai Gabenor British Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan MU dibentuk Singapura diasingkan sebagai pelabuhan bebas Kewarganeraan sama rata dengan prinsip jus soli Raja-raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-raja Melayu
dalam hal ehwal agama Islam Pesuruhjaya Negeri di setiap negeri
Apakah yang dimaksudkan dengan jus soli. Kelayakan menjadi rakyat Malayan Union kepada sesiapa
saja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura. Berumur 18 tahun dan ke atas serta bermastautin selama 10
hingga 15 tahun akan diberikan kerakyatan. Mereka yang berumur kurang daripada 18 tahun anak
wargenegara Malayan Union diberi kerakyatan. Semua rakyat British daripada tanah jajahan takluk boleh
menjadi rakyat Malayan Union.
Huraikan pelaksanan pentadbiran malayan union di Tanah Melayu pada tahun 1946.
Berusaha mewujudkan sebuah kesatuan yang dikuasai oleh sebuah pemerintahan pusat yang kuat.
Pentadbirannya terus kepada Parlimen British di London menolak tradisi dan sistem politik Melayu. Gabenor pertamanya iaialh sir Edward Gent
bertanggungjawab kepada Parlimen British. Di bawah Gabenor terdapat tiga majlis pentadbiran di
peringkat pusat iaitu Majlis Eksekutif, Majlis Undangan dan Majlis Raja-Raja Melayu.
Mengapakah orang Melayu menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu. Membantah tindakan Sir Harold MacMichael mengugut Raja-Raja Melayu diturunkan takhta sekiranya
enggan menerima Malayan Union seperti yang terjadi kepada Sultan Badlishah,Kedah.
Sultan tidak diberikan masa yang cukup berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri seperti yang berlaku kepada Sultan Perak.
Sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan seperti Sultan Selangor dan Sultan Johor.
Bagi orang Melayu,keadaan selepas Perang Dunia kedua tidak sesuai untuk British membuat pembaharuan politik.
Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union
Raja- Raja Melayu kehilangan takhta dan kredibiliti sebagai ketua orang Melayu.
Zakat fitrah dipungut di bawah nama Gabenor Malayan Union
bertentangan dengan kedudukan Sultan yang merupakan ketua agama Islam.
bimbang agama Islam akan tercabar. mengancam status quo orang Melayu sebagai peribumi. Jumlah orang Melayu akan menjadi kecil dengan
kemasukan orang dagang ekonomi dan pendidikan mereka akan bertambah mundur. Bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah
dibina oleh Kerajaan Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka
dan menghapuskan sejarah kerajaan Melayu.
Mengapakah orang dagang dan golongan Melayu radikal menyokong tindakan British memperkenalkan Malayan Union. Bersetuju menyatukan negeri-negeri Melayu menjadi
sebuah unit politik untuk melicinkan pentadbiran. Menyokong dasar sama rata Malayan Union yang akan
menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu.
Menyokong kerakyatan Malayan Union yang terbuka kerana mereka boleh mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.
Mempercayai janji British yang akan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) menyokong kerana pemerintahannya bersifat Barat serta menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 34
Konsep republik seperti Indonesia dapat dijalankan seterusnya konsep Melayu Raya dapat dilaksanakan yang
mendapat sokongan daripada Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam, Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Malaya (BATAS).
Penyatuan pentadbiran agama Islm dalam Malayan Union disokong oleh PKMM kerana hal ehwal pentadbiran Islam dipermudahkan.
Pegawai tadbir Melayu menyokong Malayan Union dengan alasan British merupakan kuasa besar dan mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu.
Bagaimanakah orang Melayu menentang Malayan Union yang diperkenalkan oleh British di Tanah Melayu. Bantahan melalui akhbar-akhbar Melayu seperti Utusan
Melayu,Majlis dan Warta Negara secara berterusan. Mengadakan demontrasi secara damai semasa Sir Harold MacMichael mendapatkan tandatangan
Raja-Raja Melayu di Kota Bahru,Kelantan dan di Alor Setar,Kedah.
Persatuan-persatuan Melayu menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di London.
Dato’ Onn Ja’afar menyeru orang Melayu berkongres untuk menubuhkan United Malays Organization
( UMNO ) sebagai benteng menentang Malayan Union. Kongres Melayu 1946 telah diadakan dari 1 hingga 4 Mac
1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur
dihadiri oleh 41 buah persatuan dari seluruh Semenanjung Tanah Melayu.
Kongres ini bersetuju menubuhkan United Malays National Organization ( UMNO ) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menentang Malayan Union.
Kongres Melayu Kedua diadakan dari 30 hingga 31 Mac 1946
untuk membantah pengisytiharan Malayan Union pada 1 April 1946.
Orang Melayu mengadakan rapat umum di setiap bandar besar
untuk menunjukkan bantahan mereka kepada ahli-ahli Parlimen British.
Raja-Raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar pada 28 April 1946
untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.
Apakah iktibar peristiwa penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union. Perlu tegas untuk melakukan bantahan terhadap British. Perlu rundingan dengan orang Melayu dan Raja-Raja
Melayu sebelum sesuatu dasar hendak dibuat. Penyatuan orang Melayu untuk mempertahankan status quo
mereka. Kongres Melayu 1946 telah melahirkan UMNO yang
menjadi benteng perjuangan menentang Malayan Union.Tindakan British memperkenalkan MU adalah tidak wajar. Berikan alasan anda untuk menyokong pernyataan tersebut. British gagal mempertahankan Tanah Melayu daripada
pendudukan Jepun Status negeri Melayu adalah negeri naungan bukan jajahan British kejam apabila menghapuskan kuasa raja Dasar jus soli menyebabkan orang Melayu terpinggir Ketamadunan Melayu seperti Bahasa Melayu dan tulisan
jawi akan pupus Menghapuskan identity bangsa Melayu British mengekploitasi ekonomi British mencabar orang Melayu dan agama Islam
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan ke atas negara kita jika Malayan Union berjaya dilaksanakan oleh penjajah British?
Institusi kesultanan akan terhakis kerana Gabenor akan mengetuai pentadbiran Malayan Union
Sistem pemerintahan demokrasi berparlimen tidak akan wujud di negara ini
Gabenor Malayan Union mengambil alih tugas mengutip zakat fitrah daripada Sultan.
Orang Melayu akan kehilangan warisan tamadun Melayu seperti Kesultanan Melayu Melaka.
Kedudukan Bahasa Melayu bukan sebagai bahasa kebangsaan
Golongan imigran akan menguasai bidang ekonomi Adat istiadat Melayu akan terhapus Perlaksanaan sistem undang undang British di Tanah
Melayu Pemerintahan Tanah Melayu diketuai oleh Gabenor
Setiap negeri akan diketuai oleh Pesuruhjaya Negeri.
Pergerakan Politik Di Sarawak dan Sabah
Senaraikan persatuan yang menentang penyerahan Sarawak kepada British. Persatuan Melayu Sarawak Persatuan Dayak Sarawak Barisan Pemuda Sarawak Barisan Pemuda Melayu Sibu
Mengapakah penduduk peribumi Sarawak menerima Perlembagaan 1941 yang digubal oleh Vyner Brooke. Vyner Brooke berjanji memberi kerajaan sendiri kepada
Sarawak. Kuasa mentadbir akan diserahkan kepada Majlis Negeri. Ahli – ahli Majlis Negeri akan dilantik oleh Raja Sarawak.
Mengapakah masyarakat tempatan menentang penyerahan Sarawak oleh Vyner Brooke kepada British. Dipaksa untuk menerima penjajahan British secara mutlak. Brooke menyerahkan Sarawak kepada kerajaan British di
London sebagai tanah jajahan mahkota. kerana perkara tersebut bercanggah dengan Perlembagan
1941. Keputusan itu dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berunding
dengan orang tempatan atau ketua-ketua mereka. Vyner Brooke menerima sokongan anggota bukan
bumiputera dan pegawai-pegawai British menyebabkan Sarawak diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan
Mahkota British.
Kenapa Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British. Belaiu sangat tua dan uzur untuk meneruskan
pemerintahan. Pengganti beliau Anthony Brooke tidak layak untuk
mentadbir dengan berkesan. Beliau mendapat persetujuan daripada pembesar Sarawak
untuk menyerahkan kepada British.
Apakah tindakan yang diambil oleh masyarakt tempatan menentang penjajahan British di Sarawak.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 35
Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Barisan Pemuda Sarawak, Barisan Pemuda Melayu Sibu dan Persatuan Dayak Sarawak menentang pengisytiharan tersebut secara terbuka.
Kaum ibu dalam PKMS turut membantah dengan berdemonstrasi dan menghantar surat bantahan kepada kerajaan British.
Seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.
Pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda Sarawak menubuhkan kumpulan
Rukun Tiga Belas, sebagai tindak balas terhadap tekanan politik British.
Sir Duncan Stewart, iaitu Gabenor Sarawak yang baru dilantik telah ditikam oleh Rosli Dhobi semasa beliau melawat Sibu pada 3 Disember 1949.
Apakah tindakan Britis terhadap penentang di Sarawak. Kerajaan British mengeluarkan Surat Pekeliling Bil 9
memberi amaran kepada kakitangan awam. Menghukum gantung terhadap Rosli Dhobi dan tiga orang
yang terlibat dalam pembunuhan Gabenor Sarawak,Sir Duncan Stewart.
Penyerahan Sabah oleh Syarikat Borneo Utara British kepada British tidak mendapat tentangan.Jelaskan. Kesedaran politik di Sabah amat perlahan,berpecah belah
dan tidak berkesan. Persatuan Kebangsaan Melayu Labuan,Persatuan Melayu
Jesselton serta Barisan Pemuda Labuan dan Jesselton ialah persatuan sosioekonomi yang bersifat sederhana.
Sekiranya anda seorang pemimpin di Sarawak pada waktu itu, bagaimanakah anda menentang penyerahan itu?
Menghantar surat bantahan/ kawat/ telegram kepada British
Membuat pakatan sulit antara kaum terpelajar dengan orang muda
Kakitangan awam meletakkan jawatan Kaum ibu mendapatkan sokongan kaum Iban Membuat demonstrasi Menubuhkan persatuan seperti Persatuan Kebangsaan
Melayu Sarawak/ Persatuan Dayak Sarawak/ Barisan Pemuda Sarawak/ Barisan Pemuda Melayu
Menubuhkan parti politik Tidak bekerjasama dengan British Menentang pengisytiharan secara terbuka Melibatkan diri dalam pembunuhan Gabenor Sarawak
BAB 8 : PERPADUAN MELALUI PENDIDIKAN
PENGGUBALAN DASAR PENDIDIKANTerangkan langkah-langkah ke arah pembentukan Dasar Pendidikan Kebangsaan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah bermula sebelum
kemerdekaan lagi apabila British memperkenalkan Sistem Ahli.
Laporan Barnes 1950 mencadangkan semua sekolah vernakular Melayu,Cina dan
Tamil dibubarkan digantikan dengan satu jenis sekolah sahaja,iaitu sekolah
kebangsaan. dicadangkan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar pada peringkat rendah serta bahasa Inggeris pada peringkat
menengah dan tinggi. Cadangan ini ditentang oleh masyarakt cina kerana
menganggap bahas ibunda mereka akan tergugat.Laporan Fenn-Wu 1951 mencadangkan sekolah vernakular cina terus kekal
walaupun bersetuju dengan sistem pendidikan kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952 mencadangkan dua sistem persekolahan yang menggunakan dua bahasa pengantar,iaitu bahasa
Inggeris dan Melayu. Pengajaran bahasa Cina dan Tamil akan disediakan
sekiranya ada permintaan daripada ibubapa. Bahasa Melayu diwajibkan diajar di sekolah Inggeris B ahasa Inggeris diwajibkan diajar di sekolah Melayu Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dijalankan kerana
tentangan masyarakat Cina dan India, kekurangan kewangan dan ancaman pengganas komunis
pada ketika itu.Penyata Razak Pada tahun 1955,Kerajaan Perikatan membentuk sebuah
Jawatankuasa Pelajaran
dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak Hussein selaku Menteri Pelajaran.
mengemukakan dua elemen penting dalam dasar pendidikan iaitu
sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk dan penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan.
Cadangan penyata Razak termasuklah penubuhan sekolah umum (rendah)
Yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
dan sekolah jenis umum (rendah) menggunakan bahasa Inggeris,Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar.
Sekolah menengah melayu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar
sekolah menengah Inggeris menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris diwajibkan diajar disemua sekolah.
Penyata Razak telah mengemukakan cadangan penting bagi pembentukan bangsa yang bersatu padu melalui satu dasar pendidikan yang menggambarkan perasaan dan harapan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.
Penyata Razak kemudiannya dijadikan Ordinan Pelajaran 1957.
Bagaimanakah Akta Pelajaran tahun 1961 dapat memupuk semangat perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Untuk memupukkan semangat perpaduan kaum sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan. Pelajaran percuma pula diberikan kepada semua pelajar
sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama.
Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu.
Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan begitu jelas dalam laporan Rahman Talib.
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah.
Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang 15 pelajar Islam.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 36
Bahasa Cina dan Bahasa Tamil diajar di sekolah kebangsaan sekiranya terdapat sekurang- kurangnya 15 orang pelajar.
Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan.
Meningkatkan peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah supaya umur persekolahan murid dapat dilanjutkan kepada 15 tahun.
Murid yang gagal melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah biasa diberi peluang memasuki sekolah yang menyediakan kursus kemahiran untuk melahirkan tenaga kerja mahir dan sebagai persediaan untuk pasaran kerja.
Mata pelajaran wajib pula adalah seperti yang diajarkan di sekolah menengah biasa.
Kursus kemahiran pilihan yang diajarkan ialah perdagangan,sains rumahtangga,seni perusahaan dan sains pertanian.
Jelaskan matlamat yang terkandung dalam falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan adalah usaha berterusan memperkembangkan
potensi indivindu secara menyeluruh dan bersepadu. Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek,emosi,jasmani dan rohani. Meningkatkan kemahiran berfikir,kecerdasan intelek,sikap
kreatif dan berilmu pengetahuan. Penekanan terhadap penguasaan dalam kemahiran
membaca,menulis dan mengira. Melahirkan wargenegara Malaysia yang
berketerampilan,berakhlak mulia,berdisplin dan bertanggungjawab.
Memiliki ketahanan diri untuk menghadapi cabaran. Kepercayaan dan kepatuhan kapada tuhan. Mengutamakan bidang sains,teknologi dan vokasional bagi
memenuhi keperluan industri. Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga,masyarakat dan negara.
Bagaimanakah sistem pendidikan di sekolah rendah dan menengah dapat menjadikan anda insan yang seimbang. Penerapan nilai-nilai murni dalam matapelajaran. Penerapan nilai patriotisme dalam mata pelajaran sejarah.
Pelajar-pelajar Islam mesti mengambil matapelajaran Pendidikan Islam.
Pelajar-pelajar bukan Islam mesti mengambil matapelajaran Pendidikan Moral.
Mempelajari mata pelajaran Kemahiran Hidup bersepadu di sekolah
Mempelajari mata pelajaran elektif seperti Prinsip akaun,Perdagangan dan Ekonomi Asas.
Mempastikan pelajar mengikuti mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Memastikan semua pelajar menganggotai persatuan atau kelab.
Memastikan semua pelajar menganggotai pasukan beruniform.
Memastikan semua pelajar menganggotai permainan dan sukan.
Menyanyi lagu Negaraku setia kali perhimpunan sekolah. Melibatkan diri dalam upacara seperti Maulidur
Rasul,Majlis Hari Raya,Hari Kebangsaan, Kokurikulum dan Sukan Sekolah Menyertai Bulan Bahasa di Sekolah. Menyertai Bulan Disiplin dan Berbudi Bahasa. Melibatkan diri dalam aktiviti sukan.Maksud dengan Wawasan 2020 Gagasan negara utk jadi negara maju menjelang tahun 2020. jadikan Malaysia negara industri yang maju dengan acuan
sendiri Agar setanding dengan negara maju yang lain. Kemajuan yang hendak dicapai berlandaskan kemajuan bersepadu
Cabaran yang perlu diatasi untuk mencapai Wawasan 2020. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu. Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram &
berkeyakinan. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi. Membina masyarakat yang maju dan saintifik. Mewujudkan masyarakat yang berbudaya peyayang Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya. Memupuk dan membina masyarakat makmur.
Tanggungjawab anda sebagai pelajar dalam merealisasikan wawasan 2020 menyahut 9 cabaran
meneruskan kesinambungan perjuangan pemimpin terdahulu
meningkatkan ilmu sainsa dan teknologi menguasai ict inovatiif dan kreatif mengamalkan nilai-nilai murni bersifat penyayang
Ramalkan kehidupan masyarakat Malaysia menjelang tahun 2020 Negara maju dalam sains dan teknologi seperti automotif
dan robotik Rekacipta model baharu atau inovasi produk Taraf hidup rakyat tinggi Umur hayat panjang kerana ilmu perubatan Amalan hidup sihat dipraktikkan Negara tanpa kesesakan lalu lintas Menjadi negara pengeluar barangan industri, pertanian dan
sistem pendidikan bertaraf dunia
Senaraikan tahap pertama Rancangan Pembangunan Lima Tahun.1. Rancangan Malaya Pertama ( 1956-1960)2. Rancangan Malaya Kedua ( 1961-1965)3. Rancangan Malaysia Pertama ( 1966-1970)
Jelaskan peranan FELDA Penubuhan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau
Federal Land Development Authority (FELDA) untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar
di samping meningkatkan hasil pertanian negara. Tanah baru dibuka secara besar-besaran untuk pertanian. Menyediakan petempatan baru yang dilengkapi kemudahan
asas kepada peneroka. Penduduk luar bandar yang miskin dipindahkan ke
petempatan baru untuk menjadi petani moden. Jenis tanaman yang diberikan tumpuan ialah getah dan
kelapa sawit.
Senaraikan agensi yang ditubuhkan dalam Rancangan Pembangunan Tahap Pertama.1. RIDA ( MARA) 2. FELDA 3. FAMA4. FELCRA 5. PERNAS 6. MARDI7. MIDA.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 37
Huraikan peranan MARA dalam usaha meningkat ekonomi penduduk bumiputera di negara kita. Membantu,membimbing bumiputera dalam perdagangan
dan perindustrian. Membantu melahirkan usahawan bumiputera dalam bidang
ekonomi. Menambah guna tenaga bumiputera. Meningkat ekuiti bumiputera dalam syarikat. Menyediakan kemudahan asas kepada bumiputera dalam
bidang perniagaan. Membangun dan memajukan penduduk luar bandar. Mengadakan program latihan belia di luar bandar. Memberi bantuan modal dan pinjaman kepada bumiputera
dalam perniagaan.
Rancangan pembangunan luar bandar masih menjadi agenda penting kerajaan dalam Rancangan Malaya kedua dan Rancangan Malaysia Pertama. Jelaskan. Program pembukaan tanah di bawah FELDA digiatkan. Usaha mempelbagaikan hasil pertanian negara bagi mengurangkan pergantungan Negara terhadap getah
dan juga bahan makanan import. Menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
(FAMA) untuk membantu petani mengatasi masalah pemasaran hasil pertanian dan
seterusnya meningkatkan pendapatan mereka. Memberikan tumpuan terhadap penyediaan infranstruktur
sosial seperti pelajaran,kesihatan dan perumahan. Usaha menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
luar bandar. Memastikan semua program pembangunan
memfokuskan kesejahteraan rakyat bagi memupuk integrasi nasional di antara penduduk
Sabah,Sarawak dan Semenanjung Tanah Melayu. Rancangan Malaysia pertama bersifat bersepadu dan
merangkumi semua bidang ekonomi dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi dalam sektor
pertanian dan perindustrian. Pembukaan tanah oleh FELDA semakin pesat seperti Tiga Segi Jengka,Johor Tenggara dan Pahang
Tenggara.
Menubuhkan Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA) untuk membantu FELDA menjalankan pembangunan ekonomi di kawasan luar bandar.
RIDA digantikan dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Bank Bumiputera ditubuhkan untuk menggalakkan
penyertaan bumiputera dalam sektor perusahaan dan perdagangan.
.Terangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan untuk memastikan DEB mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Lembaga Beras dan Padi Negara (LPN) 1971 bertujuan menstabilkan harga padi. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971 untuk membangunkan dan memodenkan industri perikanan
serta meningkatkan taraf hidup nelayan. Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) 1971 ditubuhkan
untuk membangunkan bandar. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan
Getah ( RISDA) 1973 ditubuhkan untuk membantu pekebun kecil dari segi penyelidikan dan
penanaman semula getah. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP)1973 ditubuhkan
untuk membantu golongan petani melibatkan diri dalam kegiatan koperasi. Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) 1974
ditubuhkan untuk memajukan sector perindustrian dan perniagaan yang berkaitan dengan petroleum.
Pembukaan tanah secara besar-besaran dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah oleh agensi-
agensinya seperti Lembaga Kemajuan JohorTenggara(KEJORA) Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dan lembaga Kemajuan Pahang Selatan (DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan ( KESEDAR).
Tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit kerana keperluan eksport.
Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan industri dan pembangunan bandar baru.
Pembangunan luar bandar terus diberi perhatian dalam Rancangan Malaysia kelima.
Penggunaan tanah yang lebih cekap dititikberatkan.
Industri desa yang berpontensi seperti kraftangan digalakkan.
Kemudahan kredit dan insentif telah diperluas,misalnya melalui Bank Pertanian Malaysia,Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia.
Sejauhmanakah Dasar Ekonomi Baru berjaya mencapai matlamatnya. Perlaksanaan DEB berjaya merapatkan jurang antara kaum
serta wilayah. Kadar kemiskinan menurun. KDNK meningkat dari RM 21548 pada tahun 1970 kepada
RM 59155 pada tahun 1990. Pendapatan per kapita meningkat dari RM 1109 kepada
RM 6180 pada tahun 1990. Hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat
sebanyak 20.3% sedangkan sasaran yang ditetapkan 30%. Hak milik modal saham kaum bukan bumiputera
meningkat kepada 46.2% melebihi sasaran 40% yang ditetapkan. Peningkatan hak milik modal saham kedua-dua golongan
ini sekurang-kurangnya berjaya mengurangkan hak milik saham orang asing kepada 33.5%.
.BAB 9 : MALAYSIA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA/SERANTAUApakah ASEAN.1. Sebuah pertubuhan serantau yang terdiri daripada 10 buah negara Asia Tenggara.
Di manakah dan bila pertubuhan ASEAN ditubuhkan.1. Di Bangkok dengan termetarainya Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967.
Senaraikan anggota ASEAN1. Terdiri daripada 10 buah negara iaitu Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, Singapura, Brunei, Myanma, Laos,Kampuchea dan Vietnam.
Apakah logo ASEAN. Sepuluh tangkai padi mempamerkan impian pengangasan
sepuluh buah negara
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 38
yang diikat oleh persahabatan dan perpaduan. Bulatan membayangkan semangat bersatu padu dalam
ASEAN.
Apakah moto ASEANi ) Keamanan ii) Kestabilan iii) Kegigihaniv) Kedinamikan v) Kesucian vi) Kemakmuran
Terangkan matlamat penubuhan ASEAN. Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. Membantu antara satu sama lain dalam bidang
ekonomi,sosial dan kebudayaan. Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama
dalam bidang pertanian,perdagangan dan perindustrian. Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk
latihan dan penyelidikan. Mengadakan hubungan yang erat dengan persatuan atau
pertubuhan serantau dan antarabangsa.Terangkan usaha- usaha yang dijalankan ASEAN dalam bidang politik,ekonomi dan sosial di Asia Tenggara.Politik Satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua
negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur. Mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon
aman,bebas dan berkecuali ( ZOPFAN). Mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau ini. Tidak bersekongkol dengan mana-mana blok barat atau
blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar. Berusaha untuk mengatasi masalah pencerobohan Vietnam
ke atas Kampuchea dengan mengadakan satu mesyuarat membentuk kerajaan
Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.
Vietnam telah bersetuju dengan cadangan berkenaan dan mesyuarat itu telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
Dalam mesyuarat tahun 1984,Menteri-Menteri Luar ASEAN telah memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
Tidak membenarkan mana-mana Kapal menggunakan peraiaran dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.
Ekonomi Membentuk kerjasama dalam projek-projek perindustrian
contohnya projek baja urea di Bintulu (Sarawak) serta Acheh ( Indonesia). Kerjasama ekonomi melalui zon kawasan Perdagangan
Bebas ASEAN atau ASEAN Free Trade Area (AFTA) yang telah diumumkan di Singapura pada tahun
1992. Malaysia telah mengemukakan idea melalui ASEAN untuk
memperluas skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini
yang melibatkan China,Jepun dan Korea Selatan. Idea ini telah dikemukakan oleh dato seri Dr. Mahathir
Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur atau East Asian Economic Caucus (EAEC).
Kerjasama secara tidak rasmi tetap terus diadakan melalui konsep ASEAN + 3 merujuk pada kerjasama yang ingin diwujudkan antara negara ASEAN dengan negara-negara timur,iaitu China,Jepun dan Korea.
Menteri-menteri luar negara Asia Timur dijemput menghadiri majlis kerjasama ekonomi.
Sosial Kerjasama dalam bidang pendidikan dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran
ASEAN (SEAMEO) Pembinaan pusat serantau untuk sains dan matematik
(RECSAM) di Pulau Pinang,Malaysia. Kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian
dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN. Pertukaran rancangan televisyen dan radio dijalankan. Sukan SEA diadakan untuk merapatkan hubungan antara
negara melalui semangat kesukanan. Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan dengan
mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada 1992. Menjalinkan kerjasama dalam bidang persuratkhabaran. Menjalinkan kerjasama dalam bidang kesusasteraan. Menjalankan kerjasama melalui pertukaran pelajar dan
tenaga pengajar dalam bidang pendidikan.Apakah yang dimaksudkan Kawasan Perdagangan Bebas Asia Tenggara (AFTA)
Kerjasama ekonomi ASEAN yang diumumkan pada sidang kemuncak di Singapura 1992.
Menghapuskan sekatan dagangan di kalangan negara-negara ASEAN.
Menggalakkan kerjasama di kalangan negara-negara anggota.
Mewujudkan pasaran yang luas kerana penduduk yang ramai.
Mengembangkan industri dengan meningkatkan pengeluaran barang.
Meningkatkan kerjasama ekonomi negara-negara ASEAN.
Sekiranya anda sebagai pemimpin ASEAN, apakah usaha yang perlu diambil bagi mengatasi masalah yang dihadapi antara negara-negara ASEAN ini Mengutamakan pendekatan rundingan Menghormati kedaulatan Negara-negara ahli Mematuhi undang-undang antarabangsa Meningkatkan pertukaran teknologi Menghormati budaya antara negara Mengadakan lawatan rasmi pemimpin-pemimpin ASEAN
Keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN banyak memberi manfaat kepada Negara kita. Berikan hujah anda. Kerjasama politik/ ekonomi/ sosial Ekonomi Negara berkembang kerana peluasan pasaran Negara dapat menjalankan perdagangan antarabangsa Perkembangan pendidikan hasil perkongsian ilmu /
kepakaran Pertukaran teknologi dalam pelbagai bidang Negara dapat dikenali di peringkat Antarabangsa
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kejayaan pertubuhan tersebut dalam menjamin kestabilan serantau Kerjasama mengatasi ancaman komunis Pengistiharan konsep ZOPFAN/Zon Aman Bebas dan
Berkecuali Mengelakkan campur tangan kuasa besar Tidak bersekongkol dengan Blok Barat atau Timur Mengamal prinsip berkecuali Zon Bebas Senjata Nuklear Menyelesaikan konflik campurngan Vietnam di
Kampuchea Menubuhkan kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 39
Larangan kapal membawa bahan nuklear di kawasan perairan atau pelabuhan ASEAN
Kerjasama memerangi dadah Kerjasama membanteras isu pemerdagangan manusia di
kawasan sempadan
Pada pandangan anda, adakah penubuhan ASEAN Berjaya mengekalkan keamanan danKemakmuran serantau? Berikan hujah anda.
Bekerjasama dalam semua bidang Mengamalkan sikap tolong menolong dalam kalangan
Negara anggota Menjalin hubungan perdagangan Penganjuran sukan SEA/ Bola sepak piala Axiata/Piala
Suzuki Menyelesaikan isu Kampuchea Menjadikan kawasan serantau sebagai Zon Aman Bebas
dan Berkecuali Kerjasama membanteraspengganas Kerjasama kawalan sempadan Larangan perairan Asia Tenggara daripada kegiatan
mengangkut bahan nuklear Menganjurkan mesyuarat ketua-ketua kerajaan ASEAN Menyelesaikan masalah yang timbul secara rundingan
Keanggotaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan di peringkat serantau dan antarabangsa telah menjadi pemangkin kepada kejayaan negara. Berikan pendapat anda.
Keamanan negara terjamin Kedaulatan negara terpelihara Kemajuan dalam ekonomi Menjadi rantau bebas daripada ancaman senjata nuklear Menjadi negara contoh dalam membanteras ancaman dadah Malaysia menjadi hab halal Mewujudkan pasaran bebas Berjaya menganjurkan pelbagai acara sukan Mendapat bantuan dari pelbagai pihak bila berlaku bencana Sektor pelancongan berkembang pesat
BLOK DUNIAApakah Blok Dunia. Blok dunia merujuk kepada negara-negara yang sehaluan
yang berusaha untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan ahli.
Blok ini tampil dalam pelbagai bentuk,iaitu sama ada berdasarkan aspek politik , ekonomi atau geografi.
Mengapakah terbentuk Blok kapitalis dan Blok Komunis selepas Perang Dunia Kedua.
Fahaman politik yang berbeza antara dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Russia.
Amerika Syarikat menganggap dirinya jaguh demokrasi dengan mengamalkan hak asasi manusia dan ekonomi bebas.
Rusia menganggap jaguh sosialisme berdasarkan ajaran komunis
yang percaya kebajikan masyarakat dicapai dengan memiliknegarakan harta.
Wujud rasa kurang percaya kedua- dua pihak semasa Perang Dunia Kedua.
Kebuntuan dalam rundingan menyelesaikan Perang Dunia Kedua.
Britain sekutu Amerika syarikat mengarahkan tentera Barat membebaskan Balkan sebelum ketibaan tentera Rusia.
Selepas Perang, Dunia Eropah terbahagi kepada dua berdasarkan cara mereka dibebaskan.
Negara Eropah yang dibebaskan oleh Amerika Syarikat mengamalkan ekonomi bebas.
Negara Eropah yang dibebaskan oleh Rusia mengamalkan sosialisme ajaran Karl Marx.
Jerman terbahagi kepada dua iaitu Jerman Timur dan barat yang dipisahkan oleh Tembok Berlin.
Hubungan yang terhad dalam bidang diplomatik perdagangan dan individu.
Bagaimanakah Blok Kapitalis dan Blok Komunis mengukuhkan kedudukan masing-masing. Membuat persiapan ketenteraan dengan melancarkan
senjata nuklear. Menjalankan kegiatan propaganda dan pengintipan antara
satu sama lain. Menjalankan kegiatan memberi bantuan ekonomi untuk
meluaskan pengaruh. Berebut-rebut untuk menawarkan bantuan pertahanan dan
ekonomi kepada Negara-Negara Dunia Ketiga.
Amerika Syarikat bersama sekutunya telah membentuk pakatan tentera NATO iaitu Pertubuhan Atlantik Utara untuk menghadapi Blok Komunis.
Rusia dengan semua negara komunis menubuhkan pakatan WARSAW
Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara dibentuk menghalang pengaruh Rusia dan China merebak ke Asia Selatan.
Presiden Amerika Syarikat John F Kennedy memberi kata dua kepada Rusia
agar menarik balik senjata nuklear dari Cuba untuk mengelakkan perang nuklear.
Berperang secara tidak langsung dengan sekutu mereka dengan amerika syarikat membantu Korea Selatan dan
rusia membantu Korea Utara.
Apakah yang dimaksudkan Perang Dingin.Perang Dingin terbentuk daripada Blok dunia berasaskan geopolitik dan tidak berlaku sebarang konflik bersenjata secara langsung.
Senaraikan dua kuasa besar yang terlibat dalam Perang Dingin.
i) Amerika Syarikat ii) Soviet Union.
Terangkan sebab – sebab berlaku Perang Dingin.
Perang Dingin berlaku disebabkan oleh perbezaan ideologi dan fahaman politik.
Berlaku persaingan kuasa antara blok kapitalis yang diketuai oleh Amerika Syarikat dengan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union.
Kedua-dua blok ini ingin membuktikan kekuatan masing-masing.
Kedua-dua blok berusaha menyebarkan pengaruh dan memajukan kepentingan masing-masing di Eropah dan di Asia
melalui propaganda serta bantuan ekonomi dan ketenteraan.
Blok komunis dan blok kapitalis berusaha mempengaruhi pegangan negara-negara Dunia Ketiga ini dengan menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi.
Apakah kesan Perang Dingin.
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 40
Kesan Perang Dingin pembentukan blok dunia kepada Blok Kapitalis, ,Blok Komunis dan Blok Dunia Ketiga.
Amerika Syarikat dan sekutunya mewujudkan pakatan tentera iaitu penubuhan NATO untuk menyekat pengaruh komunis.
Soviet Union dan negara-negara komunis menubuhkan Pakatan Warsaw.
Amerika Syarikat membentuk Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara atau South-East Asia Treaty Organisation ( SEATO) menyekat pengaruh komunis di Asia Selatan.
Berlaku perlumbaan senjata di antara Blok Kapitalis dan Blok Komunis.
Bandingkan ideologi antara Blok Kapitalis dengan Blok Komunis.
Aspek Blok Kapitalis Blok Komunis
Politik i) Negara Demokratikii) Pemilihan kerajaan melaluipilihan raya
i) Pemerintah Diktaktorii)Parti Komunis sahaja diiktiraf
Ekonomi i) Peluang perniagaan danpemilikan harta persendirian
i) Perniagaan dan pemilikan hartadimiliki oleh kerajaan
Sosial i) Kebebasan individusepenuhnya.
i) Kebebasan individu di lindungidan di kawal.
Jika anda seorang pemimpin Malaysia ,jelaskan cabaran menghadapi perang Dingin? Elakkan persaingan meluaskan pengaruh Tidak melibatkan diri dalam penyebaran ideology Mengamalkan dasar berkecuali tidak memihak kepada mana-mana blok dunia Menjalinkan hubungan diplomatic dengan semua negara Menyelesaikan masalah secara rundingan Memberi kerjasama dalam usaha menjaga keamanan
negara(Terima mana-mana jawapan munasabah)
Pada pendapat anda,bagaimanakah cara mewujudkan keamanan sejagat?
Menghargai perdamaian Mementingkan persaudaraan Mengelakkan perlumbaan senjata Menentang keganasan Menghargai semangat setiakawan Menghormati hak asasi manusia Menentang kezaliman Mengamalkan perinsip keadilan(Terima mana-mana jawapan munasabah)
Apakah manfaat yang diperoleh oleh Malaysia,kesan tidak bersekongkol dengan mana-mana negara blok kamunis atau kapitalis? Dapat mengekalkan kedaulatan Dapat meningkatkan kemajuan negara Dapat mengekalkan keamanan sejagat Dapat menarik ramai pelabur Industri pelancongan berkembang Pertukaran teknologi Mengelak campur tangan kuasa komunis atau kapitalis Dapat menjalinkan hubungan diplomatic(Terima mana-mana jawapan munasabah)
Mengapakah hubungan luar penting bagi sesebuah negara? Meningkatkan eksport/import negara Menarik pelabur asing Pertukaran teknologi/kepakaran Mengekalkan kedaulatan negara Menjamin kestabilan/keamanan dunia Menjalin kerjasama erat dalam semua aspek Mewujudkan perdagangan dua hala Menyelesaikan sebarang masalah secara toleransi/rundingan Menarik lebih ramai pelancong luar Meningkatkan imej negara di mata dunia
Matlamat dasar luar Malaysia Berbaik-baik dengan semua negara Jamin keselamatan rakyat dan negara Pelihara kepentingan nasional Kekalkan kedaulatan negara Galakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi Kekalkan keamanan sejagat Utk jadi warganegara global yg bertanggungjawab Pupuk kesejahteraan dunia
Asas penggubalan dasar luar Malaysia
Faktor sejarah Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah wujud hubungan
perdagangan dengan negara luar seperti China, Arab dan Siam. Malaysia bekas tanah jajahan British sertai Komanwel adakan hubungan dengan negara bekas jajahan British yang lain Pada awal kemerdekaan Malaysia menjalankan dasar pro-barat
untuk bantuan pertahanan kerana ancaman komunis
Faktor Ekonomi Malaysia mengamalkan pasaran bebas menjalankan hubungan ke
arah kemajuan ekonomi. Malaysia jalin hubungan dengan pembeli utama bahan mentah
negara spt Amerika Syarikat / Britain Malaysia jalin hubungan luar untuk menarik pelabur modal asing. Malaysia masih harapkan bantuan modal dan pasaran dari
Britain / Amerika Syarikat selepas merdeka. galak pelaburan asing melalui Dasar Pandang Ke Timur.terutama
dari Jepun dan Korea Selatan untuk meluaskan pasaran spt hubungan dengan negara
membangun dan negara Islam
Faktor politik Malaysia amalkan demokrasi berparlimen sokong keamanan sejagat / pemeliharaan kedaulatan negara sokong Palestin mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat sokong semua resolusi PBB ke arah keamanan./ Piagam PBB
untuk kekalkan keamanan dunia
Faktor Geografi Kedudukan Malaysia yang strategik serta bersepadan dengan
kebanyakkan negara di Asia Tenggara. perairan menjadi laluan utama kapal-kapal dagangan di dunia keselamatan negara serantau mempengaruhi keselamatan
Malaysia.
Faktor Demografi majoriti penduduk Malaysia beragama Islam Malaysia mengadakan hubungan dengan Negara Islam/ OIC Tidak mengadakan hubungan dengan Israel Israel menindas dan menceroboh rakyat Palastin. Malaysia amal konsep perpaduan & hormati hak asasi manusia. penduduk Malaysia pelbagai kaum dan bebas jalankan budaya
masing-masing. Tidak adakan hubungan dengan Afrika Selatan/ dasar apartheid.
Perkembangan dasar luar Malaysia
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 41
Tahap pertama – Pro Barat dan anti komunis – Tunku Abdul Rahman
o Disebabkan faktor politik spt ancaman komunis/ konfrontasi Indonesia/ putus hubungan dgn Filipina/ pemisahan Singapura
Tahap kedua – Berkecuali – Tun Razak & Tun Hussein peranan yang dimainkan oleh AMDA berkurangan/pengaruh
British di timur semakin merosot./pergolakan yang berlaku di Vietnam yang melibatkan dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan China.
Tahap ketiga – Kepentingan ekonomi – Dr Mahathir Berkaitan dgn isu perdagangan / pelaburan/ pembangunan negara
membangun
Sebab Malaysia pro Barat dan Anti komunis Ancaman komunis / PKM Malaysia perlu bantuan tentera negara Komanwel Malaysia tandatangani perjanjian pertahanan AMDA Timbulnya krisis dengan negara jiran Berusaha berbaik-baik dengan negara jiran Sertai ASA, MAPHILINDO/ ASEAN Pergantungan ekonomi kpd Britain Malaysia anggota blok sterling / jalankan perniagaan guna paun
sterling Barat terutama Britain pembeli utama komoditi : getah dan bijih
timah Pelabur Britain masih kuasai peratus besar dlm ekonomi Malaysia
terutama perladangan dan industri Malaysia cuba amalkan pasaran bebas Bina rangkaian perdagangan dengan negara lain utk kurang
pergantungan kpd Britain Mencari pasaran baru
Sebagai warganegara Malaysia yang mencintai keamanan negara, apakah usaha yang boleh anda jalankan bagi mengekalkan kestabilan politik ? Mengekalkan keamanan Negara secara berterusan Tidak menyentuhkan isu sensitive sesebuah kaum Menghormati hak asasi setiap kaum Menghormati agama lain dan budaya lain Mematuhi undang-undang Menolak sebarang bentuk keganasan Mengamalkan konsep 1 malaysia Elak campur tangan asing Menghormati amalan demokrasi Menghargai keamanan Menghormati prinsip demokrasi
Jelaskan bagaimanakah kita boleh mengharumkan namanegara di arena antarabangsa?
Isi Huraian ContohHidup bersatu Masyarakat
berbilang kaumMelayu, Cina, India
Wujudkan politik yang stabil dan aman
Ahli politik bersatu
Memajukan ekonomi Majukan pelbagai sektor kilang, pertanian, perdagangan
Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara luar.
Negara jiranAntarabangsa
Memberi bantuan kepada negara dilanda bencana
Tsunami di Indonesia
Menyertai pertubuhan antarabangsa
ASEAN, PBB, NAM
Mengambil peranan aktif dalam pertubuhan antarabangsa
Anggota Tidak Tetap Badan Keselamatan PBB
Memenangi sukan di peringkat dunia
Squasy - Nicol Ann David
Terkenal /hebat dalam dunia seni dan perfileman
Datuk Michelle YeohDatuk Jimmy Choo
Bersama-sama mengekalkan keamanan dunia
Menyokong dasar PBB
Sebagai warganegara yang patriotik, apakah kepentingauntuk memelihara hubungan serantau alam kalangan negara Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN).
Isi Huraian
Tiada musuh Tidak diancam oleh kuasa besarNegara menjadi aman Saling hormat menghormatiMengekalkan kedaulatan negara
Sifat setia kawan
Menjamin keselamatan negara
Tidak campur tangan
Meningkatkan ekonomi Hubungan daganganMenyelesaikan masalah secara bersama
Melalui rundingan
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab, cadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan keberkesanan hubungan dengan negara ASEAN.
Isi Huraian Contoh
Bersatu padu Menjaga kepentingan bersama
Saling membantu
Sekiranya diserang musuh / masalah bencana alam
Tsunami di Acheh
Kerjasama ekonomi
Hubungan dagangan
Kerjasama pertahanan
Keselamatan perairan
Kerjasama politik
Berunding jika menghadapi masalah
Mesyuarat Membincangkan sebarang keputusan bersama
Pada pandangan anda, apakah kelebihan negara kita mengamalkan dasar berkecuali dalam konteks hubungan negara Malaysia dengan dunia.
Isi Huraian ContohNegara aman . Dihormati
negara luarTiada musuh Berbaik dengan
semuaTidak memihak Blok Barat atau komunis
Bukti berkecuali
Ekonomi stabil - perdagangan seluruh dunia
Tiada halangan politik
Tiada ancaman kuasa besar
Tidak campurtangan urusan negara lain
Pertukaran teknologi dengan semua negara di dunia
Perkongsian kepakaran
Kepakaran pendidikan,kesihatan
Pelaburan asing meningkat
Pelaburan luar Perkilangan
Kepimpinan berwibawa Bijak , berpandangan jauh
Tun Mahathir
Disediakan oleh ckgrodiah mohd yunus. e sejarah spm wordpress. Semoga cemerlang dalam SPM 2015 Page 42