3
ULASAN KRITIS Golongan minoriti merupakan golongan kecil orang yang sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama dan sebagainya. Golongan ini juga menyumbang kepada sumber pendapatan negara. Walaupun golongan ini dalam bilangan yang kecil, mereka berhak untuk hidup bahagia seperti rakyat yang lain di Malaysia . Hak –hak golongan ini harus dipelihara supaya dapat mengurangkan jurang antara mereka dengan golongan majoriti. Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk melahirkan warganegara yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek. kerajaan mengambil pelbagai usaha untuk memupuk perpaduan pada golongan pelajar minoriti. Konsep satu Malaysia ditubuhkan untuk mengatasi masalah-masalah perpaduan dikalangan rakyat. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis rumah terbuka perayaan peringkat kebangsaan yang dihadiri oleh pelbagai kaum. Mereka menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai pelbagai kaum dan latar belakang. Pada peringkat sekolah pula Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) diwujudkan untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, tenaga dan kepakaran tanpa mengira kaum. Dengan adanya program RIMUP ini, murid dapat mengenali agama, bangsa, budaya, makanan , tarian dan sebagainya. Usaha kerajaan menjalankan program ini, dapat melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum disekolah.

golongan minoriti

Embed Size (px)

DESCRIPTION

minoriti

Citation preview

Page 1: golongan minoriti

ULASAN KRITIS

Golongan minoriti merupakan golongan kecil orang yang sama keturunan, agama,

budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang majoriti penduduknya berlainan

keturunan, agama dan sebagainya. Golongan ini juga menyumbang kepada sumber

pendapatan negara. Walaupun golongan ini dalam bilangan yang kecil, mereka berhak untuk

hidup bahagia seperti rakyat yang lain di Malaysia . Hak –hak golongan ini harus dipelihara

supaya dapat mengurangkan jurang antara mereka dengan golongan majoriti.

Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk melahirkan

warganegara yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek.

kerajaan mengambil pelbagai usaha untuk memupuk perpaduan pada golongan pelajar minoriti.

Konsep satu Malaysia ditubuhkan untuk mengatasi masalah-masalah perpaduan dikalangan

rakyat. Menurut Perdana Menteri kita, konsep Satu Malaysia dapat dijayakan melalui majlis

rumah terbuka perayaan peringkat kebangsaan yang dihadiri oleh pelbagai kaum. Mereka

menghadirkan diri dan mengitimkan hubungan mereka dengan masyarakat yang mempunyai

pelbagai kaum dan latar belakang. Pada peringkat sekolah pula Rancangan Integrasi Murid

untuk Perpaduan (RIMUP) diwujudkan untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu

pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibah dan mampu

menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. RIMUP ialah satu program yang

menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam

kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, tenaga dan

kepakaran tanpa mengira kaum. Dengan adanya program RIMUP ini, murid dapat mengenali

agama, bangsa, budaya, makanan , tarian dan sebagainya. Usaha kerajaan menjalankan

program ini, dapat melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum

disekolah.

Pengenalan satu sistem pendidikan yang sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

telah mewujudkan perpaduan kaum di sekolah. Pendidikan yang sama. Sistem pendidikan dan

penilaian peperiksaan yang sama merupakan antara elemen penting dalam memupuk

kesepaduan kaum dan etnik di negara ini. Selain itu, penggunaan bahasa Malaysia iaitu bahasa

rasmi negara kita sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut

membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain seperti slogan bahasa jiwa

bangsa. Walaupun golongan minoriti mempunyai bahasa ibu moyang tersendiri, mereka

diwajibkan belajar bahasa rasmi negara iaitu bahasa Melayu supaya mereka dapat bersatu

Page 2: golongan minoriti

padu dengan jelatah rakyat Malaysia yang lain. Dengan menguasai bahasa Melayu mereka

akan yakin pada diri sendiri untuk bergaul mesra dengan kaum-kaum yang lain.

Usaha kerajaan untuk menaikan taraf infrastruktur sekolah juga merupakan satu

langkah untuk memupuk perpaduan dikalangan pelajar. Kemudahan insfrastruktur yang

kondusif untuk semua pelajar di sekolah tanpa mengira taraf sosial keluarga. Sebagai contoh

kerajaan mengarahkan semua sekolah untuk memberi kemudahan semua pelajar

menggunakan Pusat Sumber Sekolah semaksimum mungkin bagi tujuan mengulangkaji,

mencari maklumat dan menambah pengetahuan melalui pembacaan buku dan sebagainya.

Penggunaan komputer di makmal komputer sekolah perlu diberi keutamaan kepada pelajar

daripada golongan minoriti yang tidak ada kemudahan komputer dan intenet di rumah. Dengan

ini, pelajar golongan ini dapat bergaul mesra dengan semua pelajar tanpa mengira kaum.

Kerajaan sering berusaha untuk membantu golongan minoriti untuk menghapuskan

jurang kemiskinan. Oleh itu, kerajaan menubuhkan badan-badan kerajaan untuk membantu

golongan ini supaya hidup bahagia seperti kaum lain. Pelajar golongan minoriti yang layak

mesti diberi peluang untuk menyambung pelajaran. Begitu juga halnya dengan pemberian

bantuan-bantuan yang lain .Penyaluran kemudahan seperti Skim Bantuan Baucer Tuisyen,

Rancangan Makanan Tambahan, bayaran Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Skim

Bantuan Buku Teks dan berbagai-bagai lagi mestilah telus dan pelajar yang layak. Dengan ini,

dapat menghapuskan perasaan rendah diri dalam pelajar dari golongan minoriti.

Kesimpulannya, perpaduan kaum merupakan kunci kemajuan

dankemakmuran negara. Langkah-langkah tersebut di atas harus dijalankan

dengan sungguh-sungguh dan bukan sekadar melepaskan batuk di tanggaagar benih

perpaduan dapat disemaikan dalam kalangan pelajar. Walaupun terdapat beberapa cabaran,

tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih

berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh

semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai.