Upload
sayangeda
View
1.681
Download
7
Embed Size (px)
Citation preview
FALKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
JANUARI 2011
HBSE 2230
PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK
BERMASALAH PEMBELAJARAN
NO. MATRIKULASI : 790818025722002
NO. KAD PENGNEALAN : 790818-02-5722
NO. TELEFON : 012-5717882
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KEDAH
ISI KANDUNGAN
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGENALAN
1.1 Faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak
masalah pembelajaran
1
2
2. LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TINGKAH LAKU
2.1 Jenis-Jenis Tingkah Laku
2.2 Memilih Tingkah laku sasaran
2.3 Mengumpul dan merekod data
2-4
4-5
5-11
3. LAPORAN DAPATAN KAJIAN 12-19
4. KESIMPULAN 20-21
5. APENDIK
Rujukan 22
1.0 PENGENALAN
Pengurusan Tingkah Laku Merupakan salah satu pendekatan yang digunakan bagi
mengurangkan tingkah laku yang tidak di ingini dan membantu kanak-kanak khas bermasalah
pembelajaran yang mempunyai masalah tingkah laku menukarkan tingkah laku ini kepada
tingkah laku baru yang di ingini. Sebelum itu mari kita lihat maksud tingkah laku
itu sendiri. Mengikut kamus dewan edisi keempat tingkah bermaksud
perbuatan yang ganjil-ganjil atau tidak patut, manakala laku pula
dimaksudkan sebagai gaya (cara) membuat sesuatu. Carl Rogers (1999), juga menekankan
bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan keadaan. Jelas di
sini bahawa tingkah laku merupakan perlakuan atau perbuatan yang sama ada baik atau tidak
baik.
Manakala pengurusan tingkah laku pula ditakrifkan sebagai satu rancangan untuk
memodifikasikan tingkah laku bermasalah ke satu matlamat yang
telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai (Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005).
Daripada definisi yang didapati di atas bolehlah kita garapkan bahawa pengurusan tingkah laku
amat perlu dilaksanakan oleh guru-guru pendidikan khas bagi membantu pelajar mengurangkan
tingkah laku tidak kondusif yang boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran sama
ada di dalam mahu pun di luar kelas. Mengikut ahli-ahli behaviorisme, tingkah laku boleh
dipelajari, diubah atau diubahsuai. Dalam menjalankan pengurusan tingkah laku seorang guru
perlulah mengetahui bagaimana untuk menjalankan pengurusan tingkah laku tersebut dengan
betul dan sistematik agar objektif yang disasarkan kepada tingkah laku pelajar tercapai.
Setiap rancangan pengurusan tingkah laku yang hendak dijalankan perlulah mempunyai
perancangan, pelaksanaan program peneguhan dan penilaian. Namun begitu seorang guru
perlulah merancang objektif tingkah laku secara spesifik dan jelas ditakrifkan sesebuah tingkah
laku. Kenal pasti tingkah laku, tentukan sasaran, pilih strategi, kaji kesan setiap strategi
kemudian aplikasikan strategi, jika strategi tidak berkesan rancang semula strategi baru.
1
1.1 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tingkah Laku Kanak-Kanak Bermasalah
Pembelajaran
Sebelum pengurusan tingkah laku dijalankan seorang guru perlulah mengetahui faktor-
faktor yang boleh mempengaruhi tingkah laku negatif pelajar. Faktor-faktor yang menyumbang
punca masalah tingkah laku di antaranya ialah persekitaran, ketakutan, kemahiran komunikasi
dan sosial yang terhad, tekanan psikologi, kesukaran tugasan, kesihatan dan perubatan, aktiviti
dan tahap rangsangan, jangkaan tingkah laku serta peneguhan yang kurang sesuai.
Faktor persekitaran yang bising, sejuk, panas dan tidak menentu merupakan penyumbang
kepada berlakunya tingkah laku yang tidak diingini kerana sesetengah kanak-kanak sangat
sensitif terhadap persekitaran cuaca yang sebegini seperti kanak-kanak autism, sindrom down
dan kanak-kanak ADHD. Faktor komunikasi di kalangan kanak-kanak juga menyumbang kepada
masalah tingkah laku, terutama daripada kanak-kanak yang kurang berkomunikasi berbanding
kanak-kanak yang boleh berkomunikasi dengan baik. Fobia merupakan faktor yang boleh
mengakibatkan seseorang kanak-kanak bertindak melulu dan berbahaya untuk mengelak
daripada ketakutan terhadap sesuatu contohnya takut kepada binatang. Faktor tekanan psikologi
pula selalunya dialami oleh kanak-kanak yang mempunyai masalah autism di mana kanak-kanak
ini sukar untuk mengubah kebiasaan tingkah laku yang selalu mereka lakukan atau tingkah laku
mereka diganggu dan akibatnya kanak-kanak akan mengalami masalah tingkah laku psikologi
seperti menjerit dan mencederakan diri sendiri.
Faktor aktiviti dan tahap rangsangan yang tidak membina dan kurang menarik juga akan
menimbulkan masalah tingkah laku di dalam kelas contohnya guru tidak membuat persediaan
yang menarik dan kurang aktiviti menyebabkan kanak-kanak tersebut cepat jemu dan bosan.
Begitu juga dengan faktor kesukaran tugasan boleh menyebabkan kanak-kanak mengalami
kekecewaan dan akan menunjukkan masalah tingkah laku akibat daripada kesilapan dan
mengalami kegagalan dalam tugasan yang diberikan kepada mereka. Faktor kesihatan dan
perubatan yang dihadapi oleh kanak-kanak seperti kesakitan atau keadaan tertekan yang
berkaitan dengan keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang selesa dan boleh
menyebabkannya berkelakuan kurang sesuai, begitu juga dengan ubat-ubatan yang mempunyai
kesan sampingan yang boleh mengakibatkan tingkah laku negatif .
2
2.0 LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN TINGKAH LAKU
2.1 Jenis-Jenis Tingkah Laku
Daripada kajian yang telah saya jalankan, sebelum memulakan atau menjalankan
langkah-langkah tingkah laku ini, guru perlulah mengetahui jenis-jenis tingkah laku. Secara
amnya tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku bermasalah positif dan tingkah laku
bermasalah negatif. Tingkah laku bermasalah positif merupakan tingkah laku yang terjadi
apabila kana-kanak yang mempunyai tingkah laku positif, menggunakan tingkah laku mereka
secara berlebihan seperti tingkah laku ingin tahu yang terlampau sehingga mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah contohnya tingkah laku ingin tahu secara
berlebihan. Tingkah laku bermasalah negatif pula merupakan masalah tingkah laku yang boleh
dilihat dengan jelas dilakukan oleh pelajar. Beberapa jenis tingkah laku yang bermasalah yang
boleh dikenal pasti secara jelas di antaranya ialah tingkah laku disruptif, distuktif, agresif,
pengasingan diri, kebimbangan, ponteng sekolah dan enggan ke sekolah.
a) Disruptif
Perlakuan yang sering berlaku di dalam kelas dan juga di luar kelas di mana perlakuan
yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
b) Distruktif
Perlakuan ini melibatkan tingkah laku negatif yang suka merosakkan harta benda seperti
kerusi, meja, barang-barang rakan sekelas, mengoyak poster atau notis di papan
kenyataan dan sebagainya.
c) Agresif
Tingkah laku agresif adalah salah satu tingkah laku yang sangat negatif berlaku di
kalangan pelajar hiperaktif seperti suka bergaduh, suka memukul rakan, menjerit,
melompat, suka memaki hamun dan sebagainya.
d) Pengasingan diri
Tingkah laku yang bermasalah dan pasif ini adalah tingkah laku pengasingan diri dan
Suka menjauhkan diri daripada orang lain yang kurang disenangi. Tingkah laku ini juga
3
dijadikan sebagai mekanisme helah bela diri untuk mengelakkan diri daripada
berkomunikasi dengan orang lain.
e) Kebimbangan
Kebimbangan yang melibatkan perasaan kurang senang atau takut akibat anggapan
bahawa sesuatu yang tidak diingini akan berlaku. Keadaan ini diakibatkan daripada
pengalaman emosi yang tidak menggembirakan yang dialami oleh seseorang.
f) Enggan ke sekolah
Tingkah laku enggan ke sekolah akibat daripada perasaan fobia terhadap sekolah daripada
pengalaman buruk yang dialami di sekolah, memungkinkan kanak-kanak berasa fobia.
Kanak-kanak ini berasa bimbang untuk berpisah dengan keluarga dan bimbang
meninggalkan kawasan rumahnya.
g) Ponteng sekolah
Tingkah laku ponteng sekolah yang berpunca daripada perlakuan yang sengaja dibuat iaitu
dengan tidak menghadirkan diri ke sekolah tanpa pengetahuan ibu bapa, serta membuang
masa di tempat lain seperti pusat membeli belah atau pusat-pusat hiburan.
2.2 Memilih Tingkah laku sasaran
Pada peringkat permulaan ketiga-tiga guru ini telah memulakan interversi atau
pelaksanaan program peneguhan dengan memilih tingkah laku sasaran. Tingkah laku sasaran
merupakan tingkah laku yang telah dipilih untuk diberi keutamaan dalam proses perubahan.
Terdapat beberapa panduan memilih tingkah laku sasaran di antaranya pilih hanya satu sahaja
tingkah laku sasaran pada satu-satu masa supaya guru dapat memberi perhatian yang menyeluruh
terhadap tingkah laku yang ingin diubah.
a. Panduan memilih tingkah laku sasaran
i. Pastikan masalah yang dipilih membahayakan diri dan orang lain, mengganggu
pembelajaran dan murid lain, membahayakan keselamatan diri dan muris, masalah yang
terlalu kerap berlaku, masalah yang tidak sesuai dengan umurnya, serta masalah yang
menyebabkan pelajar lain sukar berinteraksi dengan nya.
4
ii. Analisis tingkah laku tingkah laku sasaran berdasarkan jenis tingkah laku, jangka masa
berlaku, kekerapan berlaku, tahap keterukan, dan jumlah keseluruhan tingkah laku.
iii. Pertimbangkan kemungkinan perubahan tingkah laku sama ada meningkat atau
mengurang
iv. Memastikan tingkah laku yang di pilih dapat di ukur perlakuannya
v. Memastikan tingkah laku dapat dibuat pemerhatian
vi. menyatakan tingkah laku sasaran dengan jelas dan khusus sama ada secara lisan atau bertulis.
2.3 Mengumpul dan merekod data
Selepas semua pemerhatian dilakukan langkah seterunya yang perlu dilakukan oleh guru
ialah dengan merekod semua tingkah laku pelajar. Guru perlu mengumpul maklumat tingkah
laku yang hendak diubah sebelum melaksanakan program pengurusan tingkah laku. Maklumat
yang terkumpul dikenali sebagai baseline data. Merekod bertujuan untuk mengetahui jumlah
tingkah laku yang dilakukan dalam sehari, mengetahui waktu tingkah laku paling banyak
berlaku, dan mengetahui sebab-sebab berlaku tingkah laku tersebut. Maklumat mengenai tingkah
laku diperoleh melalui pemerhatian dan merekod melalui beberapa teknik-teknik rekod seperti
rekod neratif, rekod anekdot, rekod neratif berterusan, rekod kejadian, rekod kekerapan, rekod
jangka masa, rekod had masa dan rekod sampel masa
2.3.1 Perekodan Peristiwa
Dari dapatan kajian yang telah dibuat, ketiga-tiga orang guru telah menggunakan
perekodan masa bagi tiga pelajar dengan masalah tingkah laku yang berlainan. Perekodan masa
merupakan cara guru merekod jangka masa seseorang pelajar menunjukkan sesuatu tingkah laku.
Contoh yang dikenal pasti daripada pelajar yang dibuat kajian iaitu Mohd Khairul Helmi suka
mengganggu rakan sekali ketika sesi pengajaran dan pembelajaran satu sesi 30 minit dijalankan
atau guru juga boleh merekod tingkah laku tersebut dalam peratus seperti pelajar melakukan 5%
tingkah laku yang ada.Guru merekod tingkah laku murid berasaskan kekerapan sebenar, kadar
kejadian atau kejadian tersebut dalam peratus bagi peluang sedia ada. Perekodan peristiwa atau
perekodan kekerapan bermaksud jumlah sesuatu tingkah laku diperhatikan dalam tempoh masa
yang telah diberikan direkod.
5
Rajah 1.0 : Lembaran Data Perekodan Peristiwa atau Kekerapan (Event / Frequency
Recording Data Sheet)
Tarikh : 05 September 2010 Penilai: En. Zulkifli Bin LemanNama Murid : Zainal Kelas : Tingkatan 4 Amanah
Pemerhatian
Tingkah Laku Murid
Kekerapan Kejadian
Jumlah Masa Ulasan Tambahan
Menggangu rakan ketika Pengajaran dan pembelajaran
/ 1 30 minit kelas pada waktu pagi ( 8.40 pagi- 9.10 pagi)
2.3.2 Rekod anekdot
Hasil kajian yang telah dijalankan mendapati 2 dari 3 guru mengaplikasikan rekod anekdot.
Rekod anekdot merupakan satu bentuk penulisan yang ringkas, padat dan tepat mengenai
perubahan dan perkara yang berlaku secara bermakna pada seseorang pelajar. Penyediaan nota
atau kad bagi merekodkan perlakuan pelajar amat perlu, ini bertujuan agar guru dapat
menerangkan kepada pelajar mengenai perkara yang telah terjadi sebelum ini dan perlulah
meletakan kad tersebut di tempat yang mudah dilihat dan juga diambil. Kebaikan menggunakan
rekod anekdot ini adalah pemerhatian lebih terbuka, guru boleh mencatatkan tingkah laku pelajar
yang berlaku secara semprotan pada bila-bila masa, tidak memerlukan sebarang latihan bagi
merekod menggunakan anekdot serta guru hanya mencatat tingkah laku yang benar-benar
mengganggu tanpa merekod tingkah laku lain yang kurang mengganggu pelajar dan sekeliling.
Namun begitu cara merekod ini juga mempunyai kelemahan, di mana guru hanya bergantung
pada ingat semata-mata. Pemerhatian tidak menyeluruh dan hanya satu tingkah laku sahaja diberi
perhatian. Dapatan hasilan maklumatnya adalah kurang lengkap dan tidak sesuai digunakan jika
ingin mengkaji perlakuan kanak-kanak secara mendalam dan terperinci.
6
Sekolah Model Khas Bukit Jenun
Borang Rekod Anekdot
Pemerhati: ....................................................................................................
Tarikh pemerhatian :.....................................................................................
Masa pemerhatian : .....................................................................................
Nama pelajar : .............................................................................................
Penerangan tentang kejadian:
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
.........................................................................................................
Penerangan tentang lokasi/ latar belakang kejadian :
................................................................................................................................................
............................................................................................
Nota, cadangan dan langkah:
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
................................................................................................................................................
.......................................
Tandatangan: .........................................
2.3.3 Persampelan masa
Rekod persempelan masa yang telah dilakukan oleh guru-guru Sekolah Model Khas
Bukit Jenun dilaksanakan bagi tujuan mencatat pemerhatian ke atas tingkah laku kanak-kanak
dalam satu jangka masa yang ditetapkan. Guru akan mengenal pasti kanak-kanak yang akan
diperhatikan dalam satu tempoh masa. Beberapa bahagian masa dan kekerapan berlakunya
tingkah laku dibahagikan. Sekurang-kurangnya dalam masa 15 minit satu tingkah laku akan
direkodkan. Persempelan masa mempunyai beberapa kebaikan iaitu menjimatkan masa,
Maklumat kualitatif sesuai bagi analisis menggunakan statistik, memberi maklumat mengenai
jangka masa tingkah laku itu berlaku, guru dapat mengumpul data beberapa orang pelajar secara
Rajah 2.0 : Contoh Borang Rekod Anekdot
7
serentak. Serta lebih objektif dan terkawal kerana tingkah laku adalah nyata dan terhad. Namun
begitu persampelan masa juga mempunyai kekurangan di mana rekod yang diambil hanya
tertumpu pasa tingkah laku yang telah ditetapkan sahaja serta rekod persempelan masa hanya
merekod tanpa penerangan yang lebih terperinci.
Data Persampelan Masa
Nama Murid : Mohd Khairul Helmi Bin Zainal
Persekitaran : Bahasa Melayu
Tingkah Laku Sasaran : Mengangkat tangan
Masa Mula : 8.00 pagi
Masa Tamat : 9.00 pagi
Tarikh : 20 Ogos 2009
8.00 8.05 8.10 8.15 8.20 8.25 8.30 8.35 8.40 8.45 8.50 8.55 9.00
Sela Masa
Nama murid
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13
Mohd Khairul + + - - + - + + - - + - -
Petunjuk : + (Tingkah laku sasaran ditunjukkan)
- (Tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan)
Contoh Ringkasan Pemerhatian:
a. Mohd Khairul Helmi
Jumlah Interval : 13
Selaan di mana tingkah laku ditunjukkan : 6
Peratus tingkah laku sasaran ditunjukkan : 46%
Selaan di mana tingkah laku tidak ditunjukkan : 7
Peratus tingkah laku sasaran tidak ditunjukkan : 54%
Rajah 3.0 : Contoh Lembaran Data Persampelan Masa
8
2.3.4 Senarai semak
Senarai semak boleh digunakan oleh guru bagi melengkapkan proses pengurusan tingkah
laku pelajar. Senarai semak yang dibuat akan membatu guru menyatakan sama ada pelajar
berjaya atau tidak berjaya mencapai atau tidak hasil pembelajaran yang diingini. Guru boleh juga
meletakan skala bagi menunjukkan dengan jelas hasil tingkah laku pelajar pada senarai semak.
Senarai semak yang dibuat boleh juga membantu guru mengkaji hasil yang mereka peroleh.
Rajah 4.0 di bawah disertakan contoh senarai semak.
Data Senarai Semak (Check List Data Sheet)
BUTIR-BUTIR DIRI MURID
Nama Murid : …………………………………….
Umur : .................Tarikh Lahir: .................. No. Surat Beranak :................
Kelas: ................. No Pendaftaran JKM: ..................................................
Jenis Kecacatan/ Tahap : ............................................................................
Jantina : L / P Kaum : .......................... Agama: .....................................
Bil. Adik Beradik: .............................. Anak ke- : ....................................
PENGESAHAN IBU BAPA/ PENJAGA Nama : .............................................................................No K/P : ...........................................................................Alamat : .......................................................................... ........................................................................... ...........................................................................Tandatangan: ....................... Tarikh: ..........................
Bil Keterangan Tingkah Laku Tunjuk UlasanYa Tidak
1. Perlakuan Agresif1.1
2. Perlakuan Pasif2.1
3. Perlakuan Negatif Sosial3.1
4. Pemasalahan Emosi4.1
PERLAKUAN YANG KETARAAgresif ( )Pasif ( )Kognitif ( )Emosi ( )Negatif Sosial ( )Motor Kasar ( )Motor Halus ( )Pertuturan ( )Pengurusan Diri ( )Tertib Makan ( )
Rajah 4.0 : Data Senarai Semak (Check List Data Sheet)
9
2.3.5 Interval recording
Interval recording atau merekod jarak masa adalah teknik untuk mengukur sesuatu
tingkah laku itu berlaku ataupun tidak dalam jangka masa yang ditetapkan. Jumlah masa
pemerhatian dibahagikan dengan jarak masa yang lebih kecil. Pemerhati mencatatkan sama ada
tingkah laku itu terjadi ataupun tidak dalam masa yang ditetapkan. Berpandukan pada teknik
merekod jarak masa ini, guru akan dapat membuat anggaran tentang kedua-kedua frekuensi dan
jarak masa tingkah laku pada masa yang sama.
Pemerhatian yang dijalankan dengan menggunakan interval record memerlukan
pemerhatian yang berterusan mengikut masa yang telah ditetapkan. Pemerhatian yang dijalankan
memerlukan tumpuan secara berterusan bagi memerhatikan tingkah laku yang berlaku pada bila-
bila masa. Cara ini dapat dilakukan dalam beberapa perlakuan contohnya pelajar membaling
permainan mereka ketika lapang. Apabila masa lapang ini adalah 15 minit, bahagikan jarak masa
ini kepada selang satu minit. Pada minit pertama, bila seorang pelajar membaling alat
permainannya, jarak masa ditandakan.
Pada minit kedua pula, jika dia tidak membaling alat permainan itu, maka jarak masa
tidak ditandakan. Walau bagaimanapun apabila pelajar ini membaling tiga alat permainan yang
berbeza pada minit ketiga, jarak masa ditandakan hanya sekali sahaja. Contoh borang mengukur
jarak masa boleh didapati pada Rajah 5.0 dibawah:
10
Data Perekodan Interval (Interval Recording Data Sheet)
Nama Murid : Tarikh Lahir:
Kelas :
Penilai :
Definisi Tingkah Laku yang direkod (TL sasaran) :
Masa
Tingkah laku Lokasi
UlasanDuduk Berdiri Goyang Dapur Ruang
tamu
Bilik
Tidur
8.00 pg
9.00 pg
10.00 pg
11.00 pg
12.00 tgh
1.00 ptg
2.00 ptg
Rajah 5.0 : Contoh Data Perekodan Interval (Interval Recording Data Sheet)
11
3.0 LAPORAN DAPATAN KAJIAN
Kajian berkaitan kaedah pengurusan tingkah laku yang terdapat dalam program
Pendidikan Khas Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran telah dijalankan di Sekolah Model Khas
Bukit Jenun, 06720 Pendang, Kedah. Kajian ini telah melibatkan 3 orang guru yang
menggunakan beberapa kaedah bagi mengatasi masalah tingkah laku pelajar mereka. Berikut
merupakan pemerhatian perkara-perkara yang perlu diambil kira dan kaedah yang telah
dijalankan oleh guru-guru Program Khas Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran, Sekolah
Model Khas Bukit Jenun.
RANCANGAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Masalah tingkah laku suka memukul kawan
Nama Murid : Shahrul Aminur Rashid Bin Ahmad Subhi
Tarikh Mula : 10 Jan 2011
Masalah Tingkah Laku : Menyucuk kawan dengan pensil
Tarikh Lahir : 27 Feb 1996
Umur : 15 tahun
Pengetahun sedia ada : Di marahi dan di beri amaran jika menyucuk kawan
Matlamat : Mengurangkan atau menghentikan aktiviti mencucuk kawan.
Pemerhatian
Menyucuk kawan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran berlaku.
Tingkah laku yang hendak
diuruskan
Suka menyucuk kawan
Tingkah laku sasaran Berhenti daripada tingkah laku tersebut
Masa tingkah laku dilakukan
semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
keadaan marah dan berseorangan
Sebab keutamaan
Mengelakkan tingkah laku tersebut menjadi
berterusan sehingga dewasa.
Membuatkan rakan lain tidak selamat dengan
dirinya
Memberi kesan kepada rakan-rakan
Mengurangkan perasaan banas baran
Strategi atau kaedah Sentiasa mengawal tingkah laku tersebut.
Memberi peneguhan positif untuk
mengurangkan tingkah laku tersebut.
menasihati murid supaya tidak mengulangi
tingkah laku tersebut
memperbanyakkan penggunaan bahan bantu
belajar supaya murid tidak berasa bosan.
Menggalakkan mereka belajar secara
berkumpulan supaya rakan lain berasa selesa
dan selamat dengannya.
Peneguhan Positif
memberikan ganjaran
memberikn pujian seperti ”bagus” dan
”Awak sangat baik hari ini, tahniah”
12
13
PENGURUSAN TINGKAH LAKU SASARAN
Rekod dalam bentuk Senarai Semak
Sekolah Model Khas Bukit Jenun, Pendang, Kedah.
Borang Rekod Anekdot
Pemerhati: Zulkifli bin Majid
Tarikh pemerhatian :10 Jan 2011
Masa pemerhatian : 8.10 pagi
Nama pelajar : Mohd Aminur Rashid Bin Amad Subhi
Penerangan tentang kejadian:
- suka mencucuk kawan
- berkhayal
- - berlaku semasa guru sedang mengajar di hadapan kelas
-
Nota, cadangan dan langkah:
1) melaksanakan intervensi dengan menggunakan kaedah ganjaran.
2) memberi nasihat dan teguran terhadap perlakuan tersebut.
Tandatangan:
14
Senarai Semak Tingkah Laku
Lembaran Data Senarai Semak (Check List Data Sheet)
BUTIR-BUTIR DIRI MURID
Nama Murid : Shahrul Aminur Rashid Bin Ahmad Subhi
Umur : 15 tahun Tarikh Lahir: 27 Feb 1996 No. K/P : 960227-03-6015
Kelas: 3 Amanah No Pendaftaran JKM: LD 004547
Jenis Kecacatan/ Tahap : Hiperaktif
Jantina : L Kaum : .Melayu Agama: Islam
Bil. Adik Beradik: 6 Anak ke- : 3
PENGESAHAN IBU BAPA/ PENJAGA
Nama : Ahmad Subhi Bin Ramli
No K/P : 711228-02-5919
Alamat : Kg.Lubuk Reba, Air Putih Pendang,
06700, Pendang, Kedah.
Tandatangan: Tarikh: 10 Jan 2011
PERLAKUAN YANG KETARA
Agresif ( )
Pasif ( )
Kognitif ( )
Emosi ( )
Negatif Sosial ( )
Motor Kasar ( )
Motor Halus ( )
15
Bil Keterangan Tingkah Laku Tunjuk Ulasan
Ya Tidak
1. Perlakuan Agresif
1.2 Merosakkan harta sendiri/ orang lain
1.3 Selalu berkelahi/ bertindak
1.4 Cepat marah/ meradang
1.5 Mengacau/Menguasai orang lain
1.6 Mencederakan diri
1.7 Memukul orang lain
1.8 Menjelir lidah
1.9 Panas baran
1.10 Perlakuan negatif berlaku dengan
tiba-tiba
1.11 Hiperaktif
√
√
√
√
√
√
√
√
√√
√√
√
*tingkah laku
1.7 perlu
diberi
intervensi
2. Perlakuan Pasif
2.1 Memencilkan diri
2.2 Sugul
2.3Terlalu pendiam
2.4 Terlalu malas
2.5 Mudah terganggu perhatian
2.6 Terlalu malu
2.7 Lembab pergerakan
2.8 Lembab membuat sesuatu
√
√
√
√
√
√
√
3. Perlakuan Negatif Sosial
3.1 Mengusik
3.2 Bercakap bohong
√√
16
3.3 Tidak menepati janji
3.4 Engkar/ tidak menurut perintah
3.5 Berbahasa Kasar
3.6 Terlalu suka bercakap
3.7 Selalu buang air dalam bilik darjah
3.8 Suka membuat bising
3.9 Mengambil tanpa meminta
3.10 Tidak bekerjasama
3.11 Tidak bertimbang rasa
√
√
√
√√√
√
√√√
4. Pemasalahan Emosi
4.1 Gelisah
4.2 Menggerakkan bahagian anggota
badan tanpa dapat dikawal
4.3 Bebal
4.4 Menipu /berbohong
4.5 Selalu mengadu sakit
4.6 Menangis dalam kelas
4.7 Memerlukan perhatian yang lebih
4.8 Risau
4.9 Berkhayal/ termenung
4.10 Membuat sesuatu tanpa tujuan
√
√
√
√
√
√
√
√
√
17
Data Awal- Tingkah Laku Sasaran (menyucuk kawan)
Masa
Hari
8.10-8.40
pagi
8.40-9.10
pagi
9.10-9.40
pagi
9.40-10.10
tengah hari
Jumlah
Ahad
(9/1/2011)3 1 2 2 8
Isnin
(10/1/2011)4 2 3 2 11
Selasa
(11/1/2011)3 2 0 3 8
Rabu
(12/1/2011)2 1 0 1 4
Khamis
(13/1/2011)2 0 3 1 5
Semasa menjalankan intervensi
Masa
Hari
8.10-8.40
pagi
8.40-9.10
pagi
9.10-9.40
pagi
9.40-10.10
tengah hari
Jumlah
Ahad
(16/1/2011)
2 1 2 2 7
Isnin
(17/1/2011)
2 2 1 1 6
Selasa
(18/1/2011)
1 2 2 0 5
Rabu
(19/1/2011)
0 2 2 1 5
Khamis
(20/1/2011)
1 2 1 1 5
Ahad
(23/1/2011)
2 1 1 0 4
Isnin 1 1 1 0 3
18
(24/1/2011)
Selasa
(25/1/2011)
0 1 1 0 2
Rabu
(26/1/2011)
1 1 0 0 2
Khamis
(27/1/2011)
1 0 0 0 1
Selepas menjalankan intervensi
Masa
Hari
8.30-9.30
pagi
9.30-10.30
pagi
10.30-11.30
pagi
11.30-12.30
tengah hari
Jumlah
Ahad
(30/1/2011)
0 1 1 0 2
Isnin
(31/1/2011)
1 1 0 0 2
Selasa
(1/2/2011)
1 0 0 0 1
Rabu
(2/2/2011)
1 0 0 0 1
Khamis
(3/2/2011)
0 0 0 0 0
4.0 KESIMPULAN
19
Secara keseluruhannya kajian yang telah dijalankan di Sekolah Model Khas Bukit
Jenun, ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru menjalankan Program Pengurusan
Tingkah Laku di sekolah-sekolah yang mempunyai Program Integrasi Pendidikan Khas dengan
lebih sistematik. Seperti yang kita ketahui, Pengurusan Tingkah Laku itu sendiri membawa
makna kepada salah satu pendekatan yang digunakan bagi mengurangkan tingkah laku yang
tidak di ingini dan membantu kanak-kanak khas bermasalah pembelajaran yang mempunyai
masalah tingkah laku menukarkan tingkah laku ini kepada tingkah laku baru yang di ingini. Jelas
di sini bertapa pentingnya program pengurusan dijalankan kepada pelajar-pelajar yang
bermasalah. Apa yang dapat dilihat dari hasil kajian ini terdapat beberapa kelebihan dan
kelemahan yang dapat kita gunakan dan baiki.
Pengurusan tingkah laku lazimnya dilakukan jika guru mendapati pelajarnya mempunyai
masalah tingkah laku yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran ataupun tingkah
laku yang mendatang bahaya kepada pelajar ataupun orang lain yang berada di sekelilingnya.
Terdapat beberapa langkah Pengurusan tingkah laku yang boleh di aplikasikan oleh guru. Apa
yang perlu dilaksanakan oleh seorang guru ketika menjalankan proses tingkah laku ini ialah
dengan merancang,, melaksanakan program dan menilai tingkah laku yang ada pada pelajar.
Sebarang tingkah laku yang dijalankan perlulah mempunyai rekod yang jelas untuk guru menilai,
merancang dan melaksanakan pengurusan tingkah laku dengan berkesan. Objektif pengurusan
tingkah laku juga perlulah jelas dan tepat.
Guru juga perlu mengetahui bahawa tempoh masa untuk menjalankan program
pengurusan tingkah laku ini kadang kalanya memakan masa yang lama bagi merubah tingkah
laku yang diingini. Ia bergantung pada lama manakah tingkah laku negatif ini telah berlaku sama
semenjak kecil atau baru terhasil. Oleh sebab itu la pengurasan tingkah laku perlu dijalankan
dengan sistematik.
Dalam dapatan kajian yang diperoleh, 3 orang guru telah menjalankan program ini
kepada 3 orang pelajar lain dengan masalah yang berlainan. Semua langkah-langkah yang
dijalankan telah dijelaskan di atas. Hanya 2 orang pelajar sahaja yang mengalami perubahan
tingkah laku berpandukan langkah-langkah yang dijalankan di atas. Ini menunjukkan bahawa
tingkah laku bahau dapat di ubah dalam tempoh masa yang singkat berbanding tingkah laku yang
sudah lama wujud. Contohnya tingkah laku seperti menjerit dan mengganggu kawan di mana 20
tingkah laku mengganggu kawan, baru saja berlaku ketika pelajar bersekolah, manakala tingkah
laku menjerit telah lama berlaku sebelum pelajar bersekolah.
Daripada kajian di atas , secara keseluruhan dapatlah dirumuskan bahawa Pengurusan
Tingkah laku amat perlu di jalankan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai masalah tingkah
laku yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah kepada tingkah laku
yang lebih baik. Pengurusan Tingkah Laku juga dapat membantu kita mengurangkan atau
merubah tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif.
( 3,716 patah perkataan)
APENDIKS
21
RUJUKAN
Jamila K.A. Mohamed.(2005). Pendidikan Khas Untuk Kanak-Kanak Istimewa. Kuala Lumpur. PTS
Profesional Sdn. Bhd.
Mohd Sharani Ahmad.(2004). Mengurus Kanak-Kanak yang Susah Belajar. Kuala Lumpur. PTS
Profesional Sdn. Bhd.
Jabatan Pendidikan Khas. (1995). Perancangan Strategik: Pendidikan Khas 2020. Kuala Lumpur.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malayisa. (2007). Seminar Kebangsaan Pendidikan Khas: Jilid
2. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://www.causeonline.or//iepfunctx2.html
http://wasilahpendidikankhas.blogspot.com/2010/10/pengurusan-tingkah-laku.html
http://ceritarasahati2.blogspot.com/2009/05/pengurusan-tingkah-laku-2.html
e-Kamus 5.02 Professional edission.Kamus dewan Edisi keempat.
22