Upload
amirahnori
View
122
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
31
31
31
NAMA TEMPATAN :
Belimbing Tanah
31
NAMA BOTANI:
Averrhoa
NAMA FAMILI:
Geraniaceae
ASAL :
Kampung Melayu Kangkar Pulai
HABITAT DAN EKOLOGI :
Pokok ini sering ditemui tumbuh meliar di kawasan lembah, tanah yang lembap atau berlumut
dan juga di kawasan-kawasan padang.
SAIZ POKOK :
Pokok ini bersaiz kecil, sejenis pokok herba dengan ketinggian mencapai 0.5m dan diameter
antara 0.8 m – 1.0 cm
SIFAT FIZIKAL POKOK :
Akarnya jenis serabut, daunnya bercabang tiga, sementara bunganya berwarna ungu keputihan.
Buahnya kecil kelihatan seperti belimbing berwarna hijau atau hitam, berangkai dan mempunyai
rasa masam.
KEGUNAAN :
Seluruh pokok ini digunakan untuk mengubati penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagai
penghalang dahaga. Air rebusan pokok ini diminum tiga kali sehari. Manakala buahnya dimakan
mentah. Buah dari jenis yang berawarna hitam pula digunakan untuk mengubati penyakit darah
tinggi.
31
31
NAMA TEMPATAN :
Hempedu Bumi / Pokok Cerita
NAMA BOTANI:
Andrographis paniculata Nees
NAMA FAMILI:
31
Acanthaceae
ASAL :
Kampung Melayu Kangkar Pulai
HABITAT DAN EKOLOGI :
Pokok ini sering ditemui tumbuh di kawasan kampung dan tempat-tempat lapang.
SAIZ POKOK :
Ketinggian mencapai 1.5m dan diameter antara 1.0 -1.5 cm.
SIFAT FIZIKAL POKOK :
Pokoknya jenis renek. Batangnya bewarna keperangan dan berbuku. Daunnya mempunyai rasa
pahit dan berada dalam susunan bertentangan. Permukaan atas daun berwarna hijau tua,
sementara bahagian bawah daun berwarna hijau muda.Bunganya dalam rangkaian seperti tandan
berwarna putih keunguan dan kelihatan seperti misai kucing.
KEGUNAAN :
Merawat darah tinggi, kedatangan haid tidak tetap, demam, sakit patukan ular dan kencing manis.
Kajian saintifik menunjukkan ekstrak daripada pokok meningkatkan kadar fotositosis sel darah
putih iaitu proses sel darah putih melawan bakteria.
31
31
NAMA TEMPATAN :
Sakat ribu-ribu / Sisek naga
NAMA BOTANI:
Drymoglossum piloselloides (L) P
NAMA FAMILI:
Polypodiaceae
ASAL :
31
Kolej 9 Universiti Teknologi Malaysia
HABITAT DAN EKOLOGI :
Efifit ini sering didapati di pohon tua yang tumbuh di kawasan yang agak terbuka di kampung
atau di hutan.
SAIZ POKOK :
Fron yang subur berbentuk panjang 6cm dan lebar kira-kira 5cm dan berdiameter 1cm
SIFAT FIZIKAL POKOK :
Sejenis tumbuhan jenis efifit pada pohon tua atau hampir mati. Mempunyai frons sambaing
berwarna hijau, berbentuk bulat. Ia tumbuh bersama rizom serta akar, rapat pada bahagian kulit
pokok. Sori pula berbentuk jalur di sekeliling fron tersebut.
KEGUNAAN :
Fron ditumbuk bersama gypsum untuk merawat ruam gatal. Ia juga digunakan sebagai campuran
losyen untuk penyakit cacar. Pakis ini juga digunakan sebagai ubat pupuk untuk sakit kepala.
Perahan jusnya pula diminum untuk merawat batuk, sembelit dan gonorhea.
31
31
NAMA TEMPATAN :
Kadok Kampung, Sirih duduk
NAMA BOTANI:
Piper sarmentosum roxb
NAMA FAMILI:
Piperaceae
ASAL :
31
Kampung Melayu Kangkar Pulai
HABITAT DAN EKOLOGI :
Pokok kaduk mudah ditanam dan hidup subur di kawasan yang lembap dan hidup liar. Kaduk
merupakan tumbuhan jenis yang sesuai hidup di kawasan yang beriklim panas seperti
tropika .Kaduk juga tumbuh meliar terutamanya di kawasan yang teduh, lembap atau hidup
dibawah sudut pokok lain manakala kaedah tanamannya menggunakan kaedah keratan batang.
SAIZ POKOK :
Diameter batang di antara 0.3 cm- 0.5cm
SIFAT FIZIKAL POKOK :
Daun kaduk lembut dan berbentuk bujur sireh,nipis berwarna hijau tua , berkilat dan berselang-
seli manakala bunganya banyak ,padat, sangat kecil,dan tersusun rapat.Bentuknya adalah sama
seperti sireh tetapi mempunyai bau yang kuat.
KEGUNAAN :
Khasiat pokok kaduk ini adalah mestilah direbus dengan air agar dapat melawaskan
kencing.Daunnya pula mujarab untuk merawat demam malaria dengan cara meminum air
rebusannya.Air rebusan itu juga berkhasiat bagi melegakan batuk-batuk, selsema , sakit
pinggang,sakit gigi dan sengal-sengal tulang.Daunnya yang ditumbuk pula boleh dijadikan ubat
panau dengan cara menampal pada bahagian panau tersebut.
31
31
31
NAMA TEMPATAN :
Ubi Bemban
NAMA BOTANI:
Donax Grandis / Donax Arundastrum
NAMA FAMILI:
Marantaceae
31
ASAL :
Kampung Melayu Kangkar Pulai
HABITAT DAN EKOLOGI :
SAIZ POKOK :
Diameter batang di antara 0.3 cm- 0.5cm
SIFAT FIZIKAL POKOK :
Mempunyai ruas berwarna hijau. Daunnya seperti daun alpinia dan lebar .Akarnya ada rizom.Isi
ubi bembang amat berurat dan mengandungi banyak kanji dan air.Manakala batangnya pula
berselaput atau berkotak-kotak.Daunnya agak lebar dan panjang
KEGUNAAN :
Akar direbus untuk menyejukkan badan.Air dari daun atau batang untuk menyegarkan
mata.Perahan air dari pucuk yang masih bergulung digunakan untuk mencucikan mata Boleh
mengubati penyakit cacar dan menghilangkan parut dan rasa miang pada badan
.
31
31
NAMA TEMPATAN :
Ketumpangan Air
NAMA BOTANI:
Peperomia Pellucida
NAMA FAMILI:
Pepper family (Piperaceae)
ASAL :
Kampung Melayu Kangkar Pulai
31
HABITAT DAN EKOLOGI :
Ditepi longkang dan dikawasan yang agak lembab. Tumbuhan tropika semusim ini mudah
dijumpai dikawasan-kawasan yang agak lembab dan agak terlindung dari cahaya matahari.
SAIZ POKOK :
tumbuh menegak dengan ketinggian boleh mencapai satu kaki(25-30 cm).
SIFAT FIZIKAL POKOK :
Batangnya dari jenis berair dan senang patah berwarna hijau muda.Daunnya berbentuk seperti
daun sirih dan baunnya juga hampir sama. Daunnya berkilat dibahagian atas dan agak kelabu
dibahagian bawah.Buahnya bulat , sangat kecil dan berbentuk bujur dan berwarna hijau ketika
muda dan coklat apabila matang mempunyai minyak sari apabila dimasak.
KEGUNAAN :
Jusnya yang segar diminum untuk mengelakkan jangkitan pada mata, cirit-birit, batuk,
selesema,dan jangkitan pundi kencing dan untuk menurunkan tekanan darah tinggi.
31
31
NAMA TEMPATAN :
Kangkung
NAMA BOTANI:
Ipomoea Aquatica Forsskal
NAMA FAMILI:
Convolvulaceae
ASAL :
Kawasan Ladang Unit Pertanian Universiti Teknologi Malaysia
HABITAT DAN EKOLOGI :
31
Kangkung berasal dari kawasan tropika benua asia dan dipercayai dari india.Pada masa ini kangkung mempunyai taburan di Asia selatan ,Asia Tenggara , Kawasan tropika Afrika,Amerika Selatan, Amerika Tengah dan kepulauan Oceania.Ia paling banyak ditanam sebagai sayur dan paling kerap dimakan di seluruh kawasan Asia Tenggara.
SAIZ POKOK :
Lebar bunga 5 cm dan tiub bunga 4-7.5 cm panjang
SIFAT FIZIKAL POKOK :
Pokok ini merupakan pokok herba yang mempunyai kadar pertumbuhan yang laju, batangnya
mempunyai rongga pada ruas, licin dan akar keluar pada buku jika tersentuh tanah atau dalam
air.Daunnya ringkas berbentuk tiga segi atau mata lembing dan mempunyai tangkai daun yang
panjang berwarna hijau atau kadang-kadang ungu.Bunga dihasilkan secara tunggal atau
berjambak. warna sama ada putih, merah jambu atau ungu.
KEGUNAAN :
Pokok (seluruh bahagian): Dimakan sebagai ubat herba untuk melawaskan pembuangan air besar
dan juga sebagai tonik. Kangkung digunakan sebagai penawar racun dalam makanan dan
minuman. Bubur yang dimasak bersama kangkung dan daging dimakan sebagai ubat busung,
lemah tubuh dan penyakit keputihan. Kangkung direbus dan airnya diminum sebagai ubat batuk.
Makan banyak kangkung boleh menenteramkan keadaan gelisah, tidak lena tidur dan sakit
kepala. Kangkung berwarna ungu dimakan sebagai ubat herba untuk merawat diabetes (kencing
manis). Kangkung ditumbuk lumat dan dijadikan ubat luaran untuk merawat bengkak - bengkak,
terseliuh, bisul dan jangkitan pada kulit.
Akarnya direbus bagi kegunaan mencuci buasir.
31
31
31
31
NAMA TEMPATAN :
Pegaga
NAMA BOTANI:
Centella asiatica (L) Urban
NAMA FAMILI:
Umbelliferae
ASAL :
Kawasan Ladang Unit Pertanian Universiti Teknologi Malaysia
31
HABITAT DAN EKOLOGI :
Hidup dan tumbuh meliar di tanah pamah. Pokok ini hidup menjalar dalam rumpun yang banyak.
SAIZ POKOK :
Mampu membesar sehingga 8 inci dan daunnya mampu mencecah diameter 2.5 inci.
SIFAT FIZIKAL POKOK :
Pokok ini mempunyai ciri-ciri daun yang besar dan lebar dan kebanyakan daun berbentuk bulat
seperti paying. Pokok ini kurang berbau pegaga. Ia akan berwarna hijau gelap dan berkilat bila
terkena pantulan matahari. Rasanya adalah pahit.
KEGUNAAN:
Keseluruhan bahagian pegaga (daun, batang, bunga, buah dan akar) banyak kegunaannya dan
mengandungi khasiat yang tinggi. Antaranya adalah seperti digunakan semasa wanita berpantang
iaitu selepas bersalin membuang toksik dalam badan, melambatkan tanda-tanda penuaan dan
awet muda (jaga kulit). Pegaga dapat membantu mengurangkan darah tinggi, menguatkan salur
darah, dan menguatkan ingatan. Di amping itu, pegaga turut dimakan mentah dengan
menjadikannya sebagai ulam yang dimakan bersama nasi yang banyak diamalkan dalam kalangan
masyarakat melayu khususnya tetapi kini turut dimakan oleh banggsa-bangsa lain.
31
31
NAMA TEMPATAN :
Bunga raya
NAMA BOTANI:
Hibiscus Rosa Sinensis
NAMA FAMILI:
Malvaceae
ASAL :
Kawasan Ladang Unit Pertanian Universiti Teknologi Malaysia
HABITAT DAN EKOLOGI :
31
Pokok bunga raya sesuai ditanam di kawasan tropika atau separa tropika iaitu kawasan yang
beriklim panas dan lembab seperti di kawasan negara Malaysia.
SAIZ POKOK :
Boleh mencapai ketinggian 15 kaki dan ukur lilitnya antara 5 cm hingga 20 cm.
SIFAT FIZIKAL POKOK :
Tumbuhan renek yang berbunga. Berbentuk seperti trumpet. Mempunyai lima kelopak bunga
dalam pelbagai warna seperti putih, merah, merah jambu dan kuning.
KEGUNAAN:
Bunga raya dan daunnya yang ditumbuk lumat: Ditampal pada kulit untuk merawat bisul, gatal
kulit, demam panas, beguk, luka, dan bengkak. Daun bunga rayamampu melebatkan rambut dan
bulu kening.
Bunga raya direbus dengan air mendidih: Boleh dijadikan losyen untuk mencuci mata yang
bengkak atau radang. Selain itu boleh diminum untuk rawat asma, batuk, bengkak kelenjar
parotid, bronchitis, selesema, mengeluarkan kahak dan hingus serta merangsang haid