29
1 JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017 KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN) SEMENANJUNG MALAYSIA BAGI NO. SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017 SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENYEWA RUANG KANTIN BAGI MAKSUD MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN BERMASAK SERTA MINUMAN BAGI PESERTA KURSUS DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS DOKUMEN SEBUT HARGA

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN …€¦ · Pihak Berkuasa Tempatan atau ... Menyediakan makanan iaitu sarapan pagi ... 1.7 Makanan dan minuman yang disediakan hendaklah

Embed Size (px)

Citation preview

1

JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)

SEMENANJUNG MALAYSIA

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017

KERAJAAN MALAYSIA JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)

SEMENANJUNG MALAYSIA

BAGI

NO. SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENYEWA RUANG KANTIN BAGI MAKSUD MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN BERMASAK SERTA MINUMAN BAGI PESERTA KURSUS DI

PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA

2

PERINGATAN MENGENAI KESALAHAN RASUAH DALAM DOKUMEN PEROLEHAN KERAJAAN

i) Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar atau memberi, meminta atau

menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Any act or attempt to corruptly offer or give, solicit or receive any gratification to and from any person in connection with this procurement is a criminal offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

ii) Sekiranya mana-mana pihak ada menawar atau memberi apa-apa suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang berhampiran.Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). If any person offers or gives any gratification to any members of the public service, the latter shall at the earliest opportunity thereafter lodge a report at the nearest office of the Malaysia Anti-Corruption Commission or police station. Failure to do so is an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

iii) Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenaraihitamkan kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat dengan kesalahan rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Without prejudice to any other action, disciplinary action against a member of the public service and blacklisting of the contractor or supplier may be taken if the parties are involved with any act of corruption under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

iv) Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada barangan dibekal mengikut spesifikasi yang ditetapkan atau tiada perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Any contractor or supplier who makes a claim for payment in relation to this procurement although no work was carried out or no goods were supplied or no services rendered in accordance with the specifications and any member of the public service who certifies the claim commits an offence under the Malaysian Anti-Corruption Commission Act 2009 (Act 694).

3

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENYEWA RUANG KANTIN BAGI MAKSUD MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN BERMASAK SERTA MINUMAN BAGI PESERTA KURSUS DI

PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA : JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017

JADUAL KANDUNGAN

PERKARA NO. DOKUMEN MUKA SURAT

NOTIS SEBUT HARGA 1 4 LAMPIRAN Q 5

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA 2 7 ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA 3 15 PENENTUAN SPESIFIKASI BORANG JADUAL HARGA

4 5

18

27 BORANG PENGISYTIHARAN STATUS PENDAFTARAN GST

6 28

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA (LAMPIRAN A)

29

4

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENYEWA RUANG KANTIN BAGI MAKSUD MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN BERMASAK SERTA MINUMAN BAGI PESERTA KURSUS DI

PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA : JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017

NOTIS SEBUT HARGA DOKUMEN NO. 1 ___________________________________________________________________________________

Semua keterangan mengenai sebut harga ini atau butir-butir lengkap mengenai syarat-syarat dan penentuan spesifikasi dikemukakan bersama-sama ini.

AGENSI YANG MEMANGGIL TAWARAN

: Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis

NO. SEBUT HARGA : JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017

TAJUK SEBUT HARGA

:

Perkhidmatan menyewa Ruang Kantin Bagi Maksud Membekal dan Menyediakan Makanan Bermasak serta Minuman Bagi Peserta Kursus Di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis

KOD BIDANG PENDAFTARAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (MOF)

:

221506 –(Perkhidmatan Penyewaan Dan Pengurusan Bangunan/Pejabat/Stor/Ruang Niaga/Ruang Kediaman) dan 040103 – (Makanan Bermasak (Islam).

TARIKH IKLAN : 23 November 2016 (Rabu)

TARIKH TUTUP PETI : 28 November 2016 (Isnin)

KAEDAH MENGEMUKAKAN TAWARAN SEBUT HARGA

:

a) Serahan tangan/Pos : Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, 02000 Kuala Perlis, Perlis.

b) Faks : 04-977 0689

c) Emel : [email protected]

5

LAMPIRAN Q

(ARAHAN PERBENDAHARAAN 170)

Bila menjawab, sila nyatakan nombor ini

(Kew. 284-Pin. 5/94)

KERAJAAN MALAYSIA

NEGERI PERLIS

SEBUT HARGA UNTUK BEKALAN/PERKHIDMATAN

Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditafsirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga.

Kepada (nama syarikat) Pelawaan sebut harga dikeluarkan oleh : ........................................................ ....................................................... Jabatan PERHILITAN ....................................................... Negeri Perlis Persiaran Wawasan No. Telefon........................................ 01000 Kangar, Perlis No. Pendaftaran dengan Kementerian No. Telefon : 04-976 1813 / 04-9855530 Kewangan……………………………… Kod Bidang Pendaftaran yang relevan dengan perkhidmatan ini: 221506, 040103 Tarikh : 23 November 2016

1. Sila beri sebut harga untuk bekalan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-

syarat yang ditetapkan:-

1.1 Syarat penyerahan/penyempurnaan seperti di Dokumen No. 2. 1.2 Tarikh penyerahan/penyempurnaan dikehendaki seperti di Dokumen No. 1. 1.3 Arahan pengiriman seperti di Dokumen No. 2. 1.4 Sebut harga boleh dikemukakan melalui surat, faks atau emel seperti yang dinyatakan dalam

Dokumen No.1 (notis sebut harga) pada atau sebelum 28 November 2016 (Isnin).

1.5 Tempoh sahlaku sebut harga hendaklah 90 hari selepas tarikh tutup.

Tarikh: 23 November 2016 Tandatangan : t.t

Nama Pegawai : Mohamad Affendi bin Ibrahim Jawatan : Pengarah Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis

No. Sebut Harga: JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017

6

Bil Perihal bekalan dan Syarat-

syarat Khas Unit

Ukuran Kuantiti /

Kekerapan Kadar (RM) Harga (RM)

Untuk diisi oleh Kementerian/Jabatan Untuk diisi oleh Penyebut Harga

1.

Perkhidmatan Penyewaan Ruang Kantin Bagi Maksud Membekal dan Menyediakan Makanan Bermasak Serta Minuman bagi peserta kursus di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis.

Tarikh penyerahan / penyempurnaan ditawarkan adalah selama dua belas (12) bulan * Sila sertakan sesalinan Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia.

Seperti di Dokumen

NO. 4

Seperti di Dokumen

NO. 4

JUMLAH

………………..

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih dan hendaklah dikemukakan tanpa kenaan

GST; dan (ii) Tarikh penyerahan/penyempurnaan ialah 12 bulan.

Saya /kami dengan ini menawarkan untuk melaksanakan perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.

Tarikh: ……………………..

Mustahak – Lihat Syarat-syarat Am Di Belakang

Tandatangan Penyebut Harga : ………………………..….…. Nama : ………..………………….…. No. K/P : ………….…….…….…….… Alamat Syarikat : …………….…………….…..

7

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENYEWA RUANG KANTIN BAGI MAKSUD MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN BERMASAK SERTA MINUMAN BAGI PESERTA KURSUS DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA DOKUMEN NO. 2

SYARAT-SYARAT AM Tertakluk kepada apa-apa syarat khas yang ditetapkan di tempat lain dalam pelawaan ini, syarat-syarat am yang berikut hendaklah dipakai, melainkan setakat mana syarat-syarat am itu ditolak atau diubah dengan khususnya oleh penyebut harga.

1. Berdaftar Dengan Kementerian Kewangan

Penyebut harga hendaklah membuktikan bahawa syarikatnya telah berdaftar dengan Bahagian Pengurusan Dan Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang serta masih sah dan belum tamat tempoh (salinan disertakan) serta tidak muflis dan tidak pernah disenarai hitam.

221506 - Perkhidmatan Penyewaan Dan Pengurusan Bangunan/Pejabat/Stor/Ruang Niaga/Ruang

Kediaman.

040103 - Makanan Bermasak (Islam)

2. HARGA 2.1 Harga yang ditawarkan hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun dan

kos tambahan yang berkaitan; dan 2.2 Harga hendaklah dikemukakan tanpa kenaan GST.

3. PERSETUJUAN

3.1 Kerajaan adalah tidak terikat untuk setuju terima sebut harga yang terendah atau

mana-mana sebut harga; dan 3.2 Penyebut harga adalah disifatkan telah membaca sebut harga ini dan telah

berpuas hati tentang perkhidmatan yang perlu, risiko dan segala hal yang mempengaruhi dan menjejaskan tawaran sebut harga, sebelum mengambil bahagian dalam sebut harga ini.

4. PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI

Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut spesifikasi atau piawaian yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

8

5. PENGIKLANAN

Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah, atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Ketua Setiausaha Perbendaharaan atau Pegawai Kewangan Negeri terlebih dahulu.

6. TAFSIRAN

Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

7. Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

8. CUKAI 8.1 Penyebut harga hendaklah menawarkan harga sebut harga tanpa mengambil

kira bayaran cukai di bawah Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan 2014

(Goods and Services Tax Act 2014 – Akta GST 2014) (selepas ini dirujuk

sebagai Harga Sebut Harga Tanpa GST). Meskipun demikian penyebut harga

masih bertanggungan untuk mengambil kira dalam Harga Sebut Harga Tanpa

GST tersebut bagi bayaran kos yang berkaitan dengan pematuhan kepada

mana-mana peruntukan undang-undang, peraturan-peraturan, undang-undang

kecil atau mana-mana perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana

Pihak Berkuasa Tempatan atau Syarikat Perkhidmatan Awam berkaitan

dengan perolehan ini.

8.2 Penyebut harga hendaklah mengisytiharkan status pendaftaran GST dengan

Jabatan Kastam DiRaja Malaysia pada tarikh tutup sebut harga. Untuk

pengisytiharan tersebut, satu salinan surat kelulusan pendaftaran GST

daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia beserta dengan nombor

pendaftarannya hendaklah dikemukakan bersama dengan Dokumen Sebut

Harga pada tarikh tutup sebut harga.

8.3 Sekiranya penyebut harga yang berjaya didapati berdaftar di bawah Akta GST

2014, maka Kerajaan akan mengeluarkan Surat Setujuterima (SST) dengan

menawarkan Harga Sebut Harga Tanpa GST yang dicampurkan dengan kos

kenaan cukai GST. Sebaliknya sekiranya Penyebut harga yang berjaya tidak

berdaftar di bawah Akta GST 2014, maka hanya Harga Sebut Harga Tanpa

GST sahaja akan disetujuterima melalui SST.

8.4 Bagi Penyebut harga yang mengisytiharkan tidak berdaftar di bawah Akta GST

2014, namun akan menjadi syarikat yang berdaftar di bawah Akta GST 2014

setelah Harga Sebut Harga Tanpa GST tersebut disetujuterima oleh Kerajaan,

maka Penyebut harga yang berjaya tersebut hendaklah memohon kepada

Kerajaan bagi pelarasan harga berkaitan dengan kenaan GST semasa bagi

baki Harga Kontrak yang dikenakan GST.

9

SYARAT-SYARAT KHAS SEBUTHARGA UNTUK PERKHIDMATAN MENYEWA RUANG KANTIN BAGI MAKSUD MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN BERMASAK SERTA MINUMAN BAGI PESERTA KURSUS DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI

WANG PINANG, PERLIS

Penyebutharga dikehendaki mematuhi syarat-syarat di bawah dan juga mengemukakan butir-butir yang dikehendaki dalam syarat-syarat (yang perlu sahaja).

1. UMUM

1.3 Secara umumnya kerja-kerja membekal dan menyediakan makanan untuk peserta kursus di PPBD Wang Pinang adalah merangkumi kerja-kerja berikut:

a. Menyediakan makanan iaitu sarapan pagi, minum pagi, makan

tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam (supper) dan lain-lain makanan yang di arahkan oleh Ketua Pusat PPBD Wang Pinang.

b. Memastikan hidangan berkeadaan bersih, segar dan terurus. c. Memastikan makanan mengikut menu yang ditetapkan. d. Memastikan kantin dan dewan makan berkeadaan bersih dan kemas.

1.4 Kontraktor adalah dikehendaki mengadakan sendiri pekerja-pekerja (tukang

masak dan pelayan), membekalkan dan menyediakan segala jenis mesin/peralatan dan bahan-bahan makanan yang segar dan berkualiti dalam melaksanakan perkhidmatan ini kepada semua peserta kursus Jabatan dan pelajar sekolah di PPBD Wang Pinang. Peralatan-peralatan yang diperlukan adalah seperti berikut :

a. Periuk belanga untuk memasak b. Dapur untuk memasak c. Pinggan mangkuk, cawan, gelas, sudu dan sebagainya. d. Termos untuk mengisi air panas dalam penyediaan minuman panas e. Pembakar roti. f. Bekas aluminium yang dibawahnya terdapat tempat dipasang lilin

untuk menjamin kehangatan makanan. g. Alas meja. h. Uniform pekerja i. Lain-lain peralatan yang difikirkan perlu.

1.5 Kontraktor dikehendaki membekal semua alat perkakas dan bahan keperluan

untuk kerja memasak ini. 1.6 Penyebutharga juga perlu melampirkan bersama-sama borang ini satu

salinan Sijil Pengendalian dan Penyediaan Makanan yang masih sah.

1.7 Makanan dan minuman yang disediakan hendaklah dari jenis-jenis bahan dan cara pemprosesan yang HALAL DAN BERSIH.

2. ANGGARAN KEKERAPAN KURSUS DAN KELUASAN KANTIN

2.1 Dianggarkan dalam setahun akan di jalankan 2 kali kursus Jabatan, 5 kali Program Pendidikan Biodiversiti (PPBD) dan 10 kali program lain yang di pohon oleh pihak sekolah.

10

2.2 Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak menjamin atau terikat dengan apa-apa jua cara bahawa anggaran bilangan kursus dan program yang dijalankan adalah tepat atau sepenuhnya.

2.3 Anggaran keluasan ruang perniagaan merangkumi kaki lima disekeliling

kantin adalah 60 x 40 kaki persegi.

2.4 Kontraktor adalah dinasihatkan supaya memeriksa dan membuat lawatan sendiri untuk mempastikan keadaan sebenar keluasan kawasan bangunan berkenaan.

3. CARA DAN WAKTU BERKERJA

3.1 Perkhidmatan ini secara umumnya dijalankan mengikut waktu makan sepanjang tempoh kursus dijalankan iaitu;

a. Sarapan pagi 7.00 – 8.00 pagi b. Minum pagi 10.00 – 10.30 pagi c. Makan tengahari 1.00 – 2.00 petang d. Minum petang 4.30 – 5.00 petang e. Makan malam 7.00 – 8.00 malam f. Minum malam 10.00 – 10.30 malam

3.2 Penyebutharga perlu menyediakan makanan tepat pada masanya kerana sebarang kelewatan boleh mendatangkan masalah dan mengganggu perjalanan kursus.

3.4 Penyebutharga diwajibkan mengadakan buku kehadiran pekerja dan buku

pembersihan ruang niaga bagi setiap bahagian dalam bangunan dan satu bagi luar bangunan. Ini bertujuan bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat diperiksa oleh penyelia dan pegawai yang bertanggungjawab.

3.5 Penyebutharga perlu menyediakan makanan mengikut menu dan harga yang

telah ditetapkan dan ditawarkan oleh penyebutharga dalam sebutharga ini. Sebarang perubahan menu perlu dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak pengurusan PPBD Wang Pinang.

4. PEKERJA-PEKERJA

4.1 Pekerja mestilah warganegara Malaysia. Pihak Kontraktor dikehendaki mengemukakan senarai nama pekerja yang berkaitan dengan pelaksanaan kontrak, nombor kad pengenalan, alamat pekerja dan sekeping gambar (berukuran passport) kepada pejabat Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang sebagai langkah keselamatan. Sekiranya berlaku pertukaran pekerja langkah yang sama juga perlu diambil dan dimaklumkan kepada pihak Jabatan.(Pekerja daripada penduduk tempatan adalah diutamakan)

4.2 Penyebutharga hendaklah menyatakan dalam borang tawaran sebutharga

jumlah pekerja yang akan digunakan bagi mengendalikan kontrak ini. Jumlah pekerja hendaklah sesuai dengan bebanan kerja yang akan dijalankan. Jumlah pekerja hendaklah termasuk seorang penyelia yang dilantik oleh syarikat bagi melicinkan perjalanan kerja.

11

4.3 Pekerja hendaklah memakai pakaian seragam yang dibekalkan oleh penyebutharga dan mengamalkan amalan kebersihan semasa mengendalikan makanan

4.4 Pihak Kontraktor bertanggungjawab memberitahu dengan jelas kepada

pekerja-pekerjanya tentang tanggungjawab mereka semasa menjalankan tugas supaya tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini baik kepada pekerja itu sendiri, pelawat, kakitangan dan peserta kursus.

4.5 Pekerja mestilah memastikan kawasan kantin serta kelengkapan di dalamnya

sentiasa berada dalam keadaan bersih.

4.6 Pihak Kontraktor bertanggungjawab terhadap kemalangan yang berlaku kepada kakitangan, peserta kursus atau pelawat Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang akibat kecuaian sengaja atau tidak sengaja oleh pihak pekerja syarikat.

4.7 Mencuri, memusnah atau mengambil apa-apa harta benda Pusat Pendidikan

Biodiversiti Wang Pinang adalah satu kesalahan jenayah. Sekiranya pekerja-pekerja syarikat terlibat dengan kesalahan tersebut mereka akan dirujuk kepada pihak berkuasa.

4.8 Apa-apa kerja yang dinyatakan dalam perjanjian hendaklah dilaksanakan tanpa

peringatan yang kerap daripada pihak pengurusan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang.

4.9 Setiap surat peringatan daripada pengurusan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang

Pinang berkaitan, yang tidak dilaksanakan atau tidak memuaskan akan melibatkan pemotongan bayaran selepas surat amaran dikeluarkan.

4.10 Segala akibat atau kesulitan yang timbul di antara Pihak Kontraktor dengan pihak

ketiga seperti pihak berkuasa tempatan, pihak keselamatan, orang perseorangan dan sebagainya adalah tanggungjawab syarikat sendiri.

4.11 Masalah pekerja dari segi keselamatan, kesihatan dan kebajikan adalah

tanggungjawab Pihak Kontraktor sendiri.

5. KEMUDAHAN PENGANGKUTAN / KENDERAAN

5.1 Penyebutharga bertanggungjawab menyediakan pengangkutan yang sesuai bagi tujuan perjalanan pergi dan balik kepada pekerja-pekerjanya.

6 KEBERSIHAN KANTIN

6.1 Kerja-kerja pembersihan di atas adalah di luar kontrak mencuci kawasan dan

bangunan dan menjadi tanggungjawab penyebutharga terhadap sampah, sisa makanan dan kebersihan tempat memasak dan menjual makan serta kebersihan sajian makanan itu sendiri.

6.2 Penyebutharga perlu membersihkan sendiri kawasan kantin yang merangkumi

kerja-kerja seperti:-

6.2.1 Kerja-kerja harian yang perlu dilakukan sebelum dan selepas waktu makan (sepanjang tempoh kursus berlangsung):

12

(a) Menyapu dan membersihkan semua lantai ruang memasak, ruang membasuh dan ruang makan di kantin dengan menggunakan bahan pencuci yang bersesuaian.

(b) Memungut sampah sarap dari semua tong sampah di dalam kantin

(ruang dapur, ruang membasuh dan ruang makan), memasukkan ke dalam karung plastik heavy duty dan membuangnya ke tong sampah utama yang disediakan oleh pihak pengurusan.

(c) Mengosongkan meja dan membersihkan sisa makanan serta

mengelap meja-meja makan selepas digunakan.

(d) Mencuci sinki basuh tangan, dinding dan lain-lain permukaan ruang kantin.

(e) Mencuci longkang-longkang di tepi kawasan sekitar kantin dan

membersihkan sebarang kekotoran yang dilakukan oleh pihak kakitangan kantin atau pengguna kantin.

6.3 Kontraktor perlu mengemukakan jadual mencuci dan membersih dewan

makan bagi persekitaran luar dan persekitaran dalam kepada pihak jabatan.

7. HARGA DAN BAYARAN

7.1 Penyebutharga hendaklah membayar sewa kantin setelah selesai kursus atau selepas setiap kali kantin digunakan tanpa lengah. Bayaran sewa kantin adalah mengikut bilangan hari kantin di gunakan dengan kadar sewa yang telah di tetapkan dalam sebutharga ini.

7.2 Harga makanan/minuman dan kadar sewaan kantin hendaklah harga tetap

dan tidak boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa selama tempoh sahlaku sebut harga. Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang tempoh perjanjian. Kerajaan tidak akan mempertimbangkan sebarang rayuan untuk mengurangkan kadar sewa atau harga makanan/minuman.

7.3 Pihak Penyebut Harga adalah bertanggungjawab untuk membayar segala perbelanjaan bil seperti bil air dan bil elektrik Kantin PPBD Wang Pinang pada setiap bulan atau pada setiap kali bil diterima untuk mengelakkan tunggakan bil.(meter yang berasingan untuk bil air dan elektrik akan disediakan)

8. Tempoh kontrak 8.1 Kontrak ini adalah untuk tempoh selama dua belas (12) bulan. 9. Sub-kontrak

9.1 Penyebutharga yang berjaya tidak dibenarkan sama sekali memberi atau menyerahkan sebahagian daripada kerja ini kepada mana-mana pihak lain.

13

10. Pemeteri Setem Perjanjian

10.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki membiayai sendiri perbelanjaan pemeteri setem perjanjian ( stamping aggrement ) dan yang berkaitan dengannya.

11. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

11.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki dan bertanggungjawab mematuhi semua Ordinan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang sedang berkuatkuasa seperti yang dikanunkan termasuk semua syarat dan peraturan pindaannya.

11.2 Penyebut harga yang berjaya adalah bertanggungjawab sepenuhnya

membayar semua caruman yang dikendaki di bawah Ordinan tersebut bagi semua kakitangan/pekerja yang diambil.

12. PENAMATAN KONTRAK

12.1 Kerajaan boleh memberikan notis tiga puluh (30) hari secara bertulis kepada

Syarikat untuk menamatkan Kontrak ini jika Syarikat :-

a. melaksanakan perkhidmatan yang tidak memuaskan; atau

b. melakukan pelanggaran terhadap mana-mana terma dan syarat yang terdapat dalam kontrak ini; atau

c. jika Syarikat itu sebagai seorang perseorangan atau apabila Syarikat itu adalah suatu firma mana-mana pekongsi firma itu pada bila-bila masa menjadi bankrap, atau suatu perintah penerimaan atau perintah pentadbiran dibuat terhadapnya atau membuat sesuatu penyelesaian atau perkiraan dengan atau bagi faedah pemiutang atau membuat sesuatu pindah hak atau penyerah hak bagi faedah pemiutang-pemiutang itu atau jika ia adalah suatu Syarikat, meluluskan suatu ketetapan atau mahkamah membuat satu perintah bahawa Syarikat itu digantung (bukan suatu penggulungan ahli bagi maksud penyusunan atau penyatuan) atau jika seseorang penerimaan atau pengurus bagi pihak seseorang pemiutang itu dilantik, atau timbul keadaan-keadaan yang memberi hak kepada mahkamah atau seseorang pemiutang melantik seorang penerima atau pengurus, atau yang memberi hak kepada mahkamah membuat suatu perintah penggulungan; atau

d. jika Kerajaan mempunyai sebab bagi mempercayai bahawa Syarikat atau

sesiapa yang diambil bekerja olehnya atau bertindak bagi pihaknya sama ada dengan atau di luar pengetahuan Syarikat melakukan perbuatan yang akan terjumlah kepada suatu kesalahan menurut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta 694] berhubung dengan Perjanjian ini atau mana-mana kontrak lain daripada Kerajaan.

12.2 Dengan syarat sentiasa bahawa penamatan Perjanjian ini di bawah perkara

12.1 tidak akan menyentuh hak-hak lain Kerajaan untuk mendapatkan ganti rugi

atau pampasan yang terakru di bawah Perjanjian ini.

14

13. DENDA

13.1 Sekiranya apa-apa kerosakan yang dilakukan oleh pihak Penyebut harga baik kepada perabut, peralatan, mesin, alat pepasangan elektrik dan segala harta benda di PPBD Wang Pinang, Perlis. Ketua Pusat PPBD Wang Pinang, Perlis berhak menuntut bayaran gantirugi dengan meminta penyebut harga menggantikannya.

13.2 Sekiranya jumlah kerosakan yang berlaku pada harta benda di PPBD Wang

Pinang, Perlis lebih besar jumlahnya, maka pihak penyebut harga adalah bertanggungjawab membayar gantirugi seperti mana yang dinilaikan.

Saya / Kami bersetuju dengan dengan syarat–syarat di atas.

…………………………………….................

(Tandatangan Penyebut Harga) Nama : ……………………………………………………… Jawatan : ...……………………………………………….......

Cop Syarikat :

Tarikh : ...…………………………………………………..

15

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENYEWA RUANG KANTIN BAGI MAKSUD MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN BERMASAK SERTA MINUMAN BAGI PESERTA KURSUS DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017

ARAHAN KEPADA PENYEBUT HARGA DOKUMEN NO. 3

1. HAK KERAJAAN UNTUK MENERIMA/MENOLAK SEBUT HARGA

Kerajaan adalah tidak terikat untuk menerima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu sebut harga. Keputusan Jawatankuasa Sebut Harga adalah muktamad.

2. CARA-CARA MELENGKAPKAN DOKUMEN SEBUT HARGA

2.1 Penyediaan Sebut Harga

Penyebut Harga adalah dikehendaki mengisi segala maklumat berikut dengan sepenuhnya: a) Tawaran Harga dan tandatangan Penyebut Harga dalam Lampiran Q b) Tandatangan dalam Syarat-Syarat Sebut Harga (Dokumen No. 2) c) Tandatangan dalam Penentuan Spesifikasi (Dokumen No. 4) d) Harga dan tandatangan penyebut harga di Borang Jadual Harga

(Dokumen No. 5) e) Mengisi dengan lengkap Borang Pengisytiharan Status Pendaftaran

GST (Dokumen No. 6) f) Mengisi dan menandatangani Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran

A) g) Profil Syarikat :

i. Salinan Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM); ii. Salinan sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan

Malaysia (MOF) dalam kod bidang 221506 (Perkhidmatan penyewaan dan pengurusan bangunan/pejabat/stor/ruang niaga/ruang kediaman) dan 040103 (Makanan bermasak Islam) yang masih sah tempoh;

iii. Salinan sijil Akuan Pendaftaran Kontraktor Bumiputera (MOF) (sekiranya ada)

iv. Salinan Pendaftaran GST dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (sekiranya ada)

v. Ringkasan Eksekutif Syarikat vi. Latar Belakang Syarikat vii. Carta Organisasi Syarikat viii. Salinan penyata bank bagi satu (1) bulan terkini

Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas, penyebut harga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan. Tawaran akan DITOLAK sekiranya Penyebut Harga tidak menandatangani ringkas terhadap pembetulan.

16

2.2 Penyerahan Dokumen Sebut Harga

a) Dokumen sebut harga yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri yang dicatatkan dengan bilangan sebut harga serta tajuk sebut harga.

b) Dokumen sebut harga boleh atau dikemukakan melalui fax, surat, emel atau diserahkan dengan tangan dan mestilah tiba pada atau sebelum tarikh yang ditetapkan. (Sebarang kelewatan adalah tanggungjawab penyebut harga).

c) Sebut harga yang diserahkan selepas tarikh yang ditetapkan berbangkit

dari sebarang sebab, tidak akan dipertimbangkan. 3. TAWARAN DAN DOKUMEN SEBUT HARGA

3.1 Dokumen tersebut mestilah mengandungi dan mengikut susunan perkara-

perkara di bawah. Pihak Jabatan berhak untuk menolak sebarang cadangan sebut harga yang tidak mematuhinya:-

a) Lampiran Q b) Syarat-Syarat Sebut Harga (Dokumen No. 2) c) Penentuan Spesifikasi (Dokumen No. 4) d) Borang Jadual Harga (Dokumen No. 5) e) Borang Pengisytiharan Status Pendaftaran GST (Dokumen No. 6) f) Surat Akuan Penyebut Harga (Lampiran A) g) Profil Syarikat

3.2 Kegagalan mengemukakan cadangan sebut harga seperti dinyatakan

perenggan 3.1 akan menyebabkan cadangan sebut harga yang dikemukakan DITOLAK.

4. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan urusan sebut harga ini hendaklah dirujuk kepada:

Jabatan PERHILITAN Negeri Perlis Persiaran Wawasan 01000 Kangar, Perlis (u/p: Osman Bin Bakar) No .Tel : 04 976 1813 (Kangar) / 04-9855530 (PPBD Wang Pinang) No. Fax : 04 977 0689

5. TEMPOH SIAP

Perkhidmatan hendaklah disiapkan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.

6. PERBELANJAAN PENYEDIAAN SEBUT HARGA

Semua perbelanjaan bagi penyediaan sebut harga ini hendaklah ditanggung oleh penyebut harga sendiri.

17

7. TEMPOH SAH SEBUT HARGA

Sebut harga ini sah selama 90 hari dari tarikh tutup sebut harga. Penyebut harga

tidak boleh menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya penyebut harga menarik balik sebut harganya sebelum tamat tempoh sah sebut harga.

8. PERINGATAN

(a) Tawaran sebut harga yang lewat tidak akan dipertimbangkan; (b) Sebarang kelewatan yang melibatkan penghantaran melalui perkhidmatan

pos adalah tanggungjawab penyebut harga; (c) Dokumen yang tidak lengkap, tidak mengikut arahan dan tidak teratur akan

DITOLAK; dan

(d) Jabatan tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran daripada Penyebut Harga. Keputusan yang dikeluarkan adalah muktamad.

18

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENYEWA RUANG KANTIN BAGI MAKSUD MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN BERMASAK SERTA MINUMAN BAGI PESERTA KURSUS DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017

PENENTUAN SPESIFIKASI DOKUMEN NO. 4

1

CADANGAN MENU MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK PESERTA KURSUS JABATAN

HARI PERTAMA

WAKTU MAKAN MENU MAKANAN DAN MINUMAN

HARGA (RM)/ SEORANG

Sarapan Pagi Nasi goreng kampung Roti Jem/ Mentega 2 biji telur ayam separuh masak Papadom goreng Teh/ Kopi/ Milo

Minum Pagi 2 jenis kuih tradisional / tempatan Teh/ Kopi/ Milo

Makan Tengahari Nasi putih Asam pedas ikan tenggiri Sayur campur Telur masak kicap Ulam-ulaman (pegaga, ulam raja, daun selom, timun dan lain-lain) Sambal belacan / budu Pisang / tembikai / Nenas Air buah (oren / tembikai / nenas)

Minum Petang Bubur pulut hitam Teh/ Kopi/ Milo

Makan Malam Nasi putih Kari daging + ubi kentang Pajeri nenas + udang Ikan kembung goreng tepung Ulam-ulaman (pegaga, ulam raja, daun selom, timun dan lain-lain) Sambal belacan / budu Epal / oren / honey dew Sirap ais dan air suam

Minum Malam Sandwich Teh/ Kopi/ Milo

JUMLAH (RM)

19

HARI KEDUA

WAKTU MAKAN MENU MAKANAN DAN MINUMAN

HARGA (RM)/ SEORANG

Sarapan Pagi Roti Jem / Mentega Telur ayam goreng mata kerbau Sosej ayam dan daging Teh/ Kopi/ Milo

Minum Pagi 2 jenis kuih tradisional / tempatan Teh/ Kopi/ Milo

Makan Tengahari Nasi putih Ikan merah masam manis Sambal tumis udang Sup sayur Ulam-ulaman (pegaga, ulam raja, daun selom, timun dan lain-lain) Sambal belacan / budu Pisang / tembikai / Nenas Air buah (oren / tembikai / nenas) Aiskrim

Minum Petang Roti jala Kuah kari / durian Teh/ Kopi/ Milo

Makan Malam Nasi putih Ayam masak merah Sayur campur Telur dadar Ikan masin Ulam-ulaman (pegaga, ulam raja, daun selom, timun dan lain-lain) Sambal belacan / budu Pisang / tembikai / Nenas Oren ais dan air suam

Minum Malam Keropok goreng Teh/ Kopi/ Milo

JUMLAH (RM)

20

HARI KETIGA

WAKTU MAKAN MENU MAKANAN DAN MINUMAN

HARGA (RM)/ SEORANG

Sarapan Pagi Nasi lemak Sambal bilis ½ biji telur ayam rebus Kacang tanah goreng + timun Teh/ Kopi/ Milo

Minum Pagi 2 jenis kuih tradisional / tempatan Teh/ Kopi/ Milo

Makan Tengahari Nasi tomato Ayam ros Dalca Acar nenas + timun Epal / oren / honey dew Air buah (oren / tembikai / nenas)

Minum Petang Roti / biskut Cendul pulut Teh/ Kopi/ Milo

Makan Malam Nasi putih Ikan pari / kembung bakar Sayur kailan ikan masin Tomyam campur Ulam-ulaman (pegaga, ulam raja, daun selom, timun dan lain-lain) Sambal belacan / budu Epal / oren / honey dew Sirap dan air suam

Minum Malam Roti Jem / mentega Teh/ Kopi/ Milo

JUMLAH (RM)

21

HARI KEEMPAT

WAKTU MAKAN MENU MAKANAN DAN MINUMAN

HARGA (RM)/ SEORANG

Sarapan Pagi Mee / bihun goreng Telur ayam goreng mata kerbau Roti Jem / mentega Teh/ Kopi/ Milo

Minum Pagi 2 jenis kuih tradisional / tempatan Teh/ Kopi/ Milo

Makan Tengahari Nasi putih Kari ikan bawal Kerabu magga + ikan bilis + udang kering Daging goreng pedas Ulam-ulaman (pegaga, ulam raja, daun selom, timun dan lain-lain) Sambal belacan / budu Pisang / tembikai / Nenas Air buah (oren / tembikai / nenas)

Minum Petang Laksa ½ telur ayam rebus Teh/ Kopi/ Milo

Makan Malam Nasi ayam Ayam goreng berempah Ulam- ulaman ( daun salad, tomato dan timun) Sup ayam Sambal Pisang / tembikai / Nenas Air anggur dan air suam

Minum Malam Biskut cream crakers Teh/ Kopi/ Milo

JUMLAH (RM)

22

HARI KELIMA

WAKTU MAKAN MENU MAKANAN DAN MINUMAN

HARGA (RM)/ SEORANG

Sarapan Pagi Pulut lemak kuning Rendang ayam Ikan kering Roti Jem / mentega Teh/ Kopi/ Milo

Minum Pagi 2 jenis kuih tradisional / tempatan Teh/ Kopi/ Milo

Makan Tengahari Nasi putih Sotong masak asam Ikan merah masak cili Kangkung goreng belacan Ulam-ulaman (pegaga, ulam raja, daun selom, timun dan lain-lain) Sambal belacan / budu Pisang / tembikai / Nenas Sirap dan air suam

Minum Petang Bihun sup Teh/ Kopi/ Milo

Makan Malam Nasi goreng Ayam goreng madu Daging bakar dipotong halus Sup daging/ tulang Ulam-ulaman (pegaga, ulam raja, daun selom, timun dan lain-lain) Sambal belacan / budu Pisang / tembikai / Nenas Air oren ais dan air suam

Minum Malam Roti bakar Jem / mentega Teh/ Kopi/ Milo

JUMLAH (RM)

23

2.

CADANGAN MENU UNTUK PESERTA PROGRAM PENDIDIKAN BIODIVERSITI (PPBD) DENGAN

KERJASAMA PIHAK SEKOLAH

WAKTU MAKAN MENU MAKANAN DAN

MINUMAN HARGA (RM)/

SEORANG

HARI PERTAMA

Sarapan pagi

Minum pagi

Makan tengahari

Minum petang

Makan malam

Minum malam

JUMLAH (RM)

RM 20

/orang/hari

24

WAKTU MAKAN MENU MAKANAN DAN MINUMAN

HARGA (RM)/ SEORANG

HARI KEDUA

Sarapan pagi

Minum pagi

Makan tengahari

Minum petang

Makan malam

Minum malam

JUMLAH (RM)

RM 20

/orang/hari

25

WAKTU MAKAN MENU MAKANAN DAN

MINUMAN HARGA (RM)/

SEORANG

HARI KETIGA

Sarapan pagi

Minum pagi

Makan tengahari

Minum petang

Makan malam

Minum malam

JUMLAH (RM)

RM 20

/orang/hari

26

WAKTU MAKAN MENU MAKANAN DAN MINUMAN

HARGA (RM)/ SEORANG

HARI KEEMPAT

Sarapan pagi

Minum pagi

Makan tengahari

Minum petang

Makan malam

Minum malam

JUMLAH (RM)

RM 20

/orang/hari

27

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENYEWA RUANG KANTIN BAGI MAKSUD MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN BERMASAK SERTA MINUMAN BAGI PESERTA KURSUS DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017

JADUAL HARGA DOKUMEN NO. 5

Bil

Prihal Perkhidmatan dan Syarat-syarat khas

Bilangan pekerja

Kadar makan bagi seorang

peserta kursus jabatan /hari

(RM)

Kadar makan bagi seorang

peserta program PPBD*

/hari (RM)

Kadar sewa

kantin/hari (RM)

1. Perkhidmatan Menyewa Ruang Kantin Bagi Maksud Membekal dan Menyediakan Makanan Bermasak Serta Minuman bagi peserta kursus di Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang, Perlis.

RM 20.00 RM

*PPBD = Program Pendidikan Biodiversiti

KADAR SEHARI : JUMLAH PEKERJA SEPENUH MASA : *Saya/kami dengan ini menawarkan untuk perkhidmatan di atas dengan harga diatas serta memenuhi spesifikasi yang dinyatakan dan tertakluk kepada Syarat-Syarat Sebut Harga dan Syarat- syarat Khas Sebut Harga.(*) potong yang mana tidak berkenaan.

RINGGIT MALAYSIA (dengan perkataan):………………………………………………………… …………………………………………………………………………………………………………. …………………………………………………………………………………………………………. Tempoh : Dua belas (12) Bulan ……………………………………. (Tandatangan Penyebut Harga) Nama :…………………………… Jawatan :…………………………… Cop Syarikat :

28

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENYEWA RUANG KANTIN BAGI MAKSUD MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN BERMASAK SERTA MINUMAN BAGI PESERTA KURSUS DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017

_________________________________________________________________________

BORANG PENGISYTIHARAN PENDAFTARAN GST DOKUMEN NO. 6

BIL PERKARA MAKLUMAT

1. Status Pendaftaran GST *Tidak Berdaftar/ Akan Berdaftar/ Telah Berdaftar

2. No. Pendaftaran GST (GST ID)

3. Tarikh Kuatkuasa Pendaftaran

4. Asas Perakaunan

5. Tempoh Bercukai

6. Stesen & Alamat Mengawal

Catatan : Sila nyatakan tiada atau ( - ) pada ruangan yang tidak berkaitan Saya mengaku bahawa segala keterangan di atas adalah benar. ............................................... Tandatangan Penyebut Harga : Cop Syarikat : Nama : .............................................................. Jawatan : ..............................................................

Tarikh : ..............................................................

29

Lampiran A

SURAT AKUAN PENYEBUT HARGA BAGI

SEBUT HARGA B: PERKHIDMATAN MENYEWA RUANG KANTIN BAGI MAKSUD MEMBEKAL DAN MENYEDIAKAN MAKANAN BERMASAK SERTA MINUMAN BAGI PESERTA KURSUS DI PUSAT PENDIDIKAN BIODIVERSITI WANG PINANG, PERLIS

DOKUMEN SEBUT HARGA: JPHL&TN(Ps) : SH(B)07/2017

Saya…………………………………………… nombor K.P………………….………….… yang mewakili …………………………………………………..……………………………….…. nombor (Nama Syarikat) Pendaftaran ………………………………………………… dengan ini mengisytiharkan bahawa saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawar atau memberi (Nama Kementerian/Agensi)

rasuah kepada mana-mana individu dalam ………………………………………………………. atau mana-mana individu lain, sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti di atas. Bersama-sama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti tercatat di atas untuk membuat pengistiharan ini. 2. Sekiranya saya atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati bersalah menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam (Nama Kementerian/Agensi) ……………………………………………………………. atau mana-mana individu lain sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti diatas, maka saya sebagai wakil syarikat bersetuju tindakan-tindakan berikut diambil: 2.1 penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebutharga* di atas; atau 2.2 penamatan kontrak bagi tender/ sebutharga* di atas; dan 2.3 lain-lain tindakan tatatertib mengikut peraturan perolehan Kerajaan. 3. Sekiranya terdapat mana-mana individu cuba meminta rasuah daripada saya atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai ganjaran mendapatkan tender/sebutharga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Seruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau balai polis yang berhampiran. Yang benar, ……………………………….. Nama: No K.P: Cop Syarikat: