Upload
aniza-ishak
View
193
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
1.1 Pengenalan
Pembelajaran Pendidikan Seni adalah untuk membina keupayaan bagi menghargai dan
mendiskriminasikan apa yang dilihat oleh pandangan mata. Literasi visual ini juga
merangkumi keupayaan menghargai dan memanipulasikan bahasa tampak yang
memerlukan seseorang itu berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual. Mempelajari
Pendidikan Seni juga memberi peluang kepada pelajar untuk membina kemahiran
psikomotor dalam berbagai bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan berbagai
nilai bagi menyuburkan domain afektifnya.
1.2 Definisi Pentaksiran
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
1.3 Konsep Pentaksiran
Langkah/tindakan/operasi yang digunakan
untuk mendapatkan
hasil yang dikehendaki
Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang
ditafsir
Proses pertimbangan
tentang pencapaian
pendidikan pelajar
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi
skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar
bagi tujuan mengenalpasti kecerdasan dan potensi pelajar bagi memperkukuh dan
mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentaksiran membolehkan guru
mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif dan
psikomotor. Pentaksiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah:-
Rajah 2 : Konsep Pentaksiran
1.4 Tujuan Pentaksiran
Pentaksiran bertujuan untuk membantu guru dalam perkara berikut iaitu:-
i. Mengesan keberkesanan pengajaran guru.
ii. Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh.
iii. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik
bersesuaian dengan tahap, keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid.
iv. Mengenalpasti kelebihan dan kekurangan murid dalam pengajaran dari semasa
ke semasa.
v. Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta merta.
vi. Mengenal pasti pelbagai potensi murid secara menyeluruh.
vii. Mengesan pertumbuhan murid bersesuaian dengan peringkat umur.
viii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk
memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
1.5 Ciri-ciri Pentaksiran
Ciri-ciri pentaksiran dalam Pendidikan Seni Visual adalah seperti berikut:-
i. Kesahan Skor ialah merujuk kepada relevan dan kecukupan cakupan.
ii. Kebolehpercayaan Skor ialah merujuk kepada ketekalan dan ketepatan.
iii. Keobjektifan ialah ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor.
iv. Kebolehtadbiran ialah kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan
secara berpusat atau berasaskan sekolah.
v. Kemudahtafsiran ialah maklumat tentang calon berdasarkan skor, diskrimininasi
antara calon, ketepatan tujuan mengadakan ujian
vi. Kekomprehensifan ialah kertas soalan mewakili semua objektif penting Sukatan
Pelajaran.
1.6 Proses Perlaksanaan Pentaksiran
Terdapat berbagai jenis-jenis penilaian yang boleh dijalankan dalam pengajaran
Pendidikan Seni Visual. Penilaian boleh dilakukan dengan menggunakan portfolio untuk
penilaian yang berterusan. Proses perlaksanaan pentaksiran hasil kerja pelajar boleh
dinilai melalui :-
i. proses kerja,
ii. pengendalian bahan,
iii. penggunaan media,
iv. kemahiran kritikal, dan
v. peringkat-peringkat perkembangan peribadi.
2.1 Pentaksiran autentik
2.1.1 Definisi
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek yang merangkumi
pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran
sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi sebenar. Menurut
Rudner & Boston (1994), pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-
kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi
maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.
Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh HillS (1993), pentaksiran
autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar,
pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap
persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Dalam erti kata lain,
pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk
pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan,
motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.
Penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara
realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran yang
dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering
digunakan dalam pentaksiran autentik (Sumber : Buku Educational Assessment of
Students).
Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk
dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang Pendidikan Seni
Visual dengan rasional lain seperti yang berikut :
a. Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk
perkembangan kanak-kanak.
o Eisner (1980), kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan
tanggapan seterusnya melahirkan konsep.
o Brown (1980), mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam
memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan
pemikiran yang kritis.
b. Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-
kanak.
c. Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan
kesinambungan subjek.
2.1.2 Ciri-ciri Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis
keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Antara ciri-
cirinya ialah :
i. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.
ii. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
iii. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
iv. Subjek membina maksud yang tersirat.
v. Berpusatkan pelajar
2.1.3 Contoh-contoh pentaksiran autentik :
i. Persembahan tarian.
ii. Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya.
iii. Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti "Science Fair" (Pameran
Sains) atau "Art Show" (Pertunjukan Seni).
iv. Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio.
2.1.4 Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar :
i. Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik
pelajar.
ii. Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman pelajar sendiri, dunia dan
masyarakat luas.
iii. Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi pelajar.
iv. Memenangani teknologi dan berfikir secara bersistematik.
2.1.5 Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi :
i. pengetahuan pelajar.
ii. pemahaman mendalam.
iii. penyelesaian masalah.
iv. kemahiran sosial.
v. sikap terhadap persekitaran.
vi. simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
Kesimpulan Pentaksiran Autentik
Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari
pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat
memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan kanak-
kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.
2.2 Pentaksiran "Performance Based"
2.2.1 Definisi
Pentaksiran "Performaced Based" ialah proses yang menggunakan subjek penglibatan
murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini memerlukan pelajar
menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga memerlukan pelajar mahir
menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan, perdebatan,
kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis). Memberi pelajar peluang
untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa
ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar
menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia
sebenar.
2.2.2 Jenis- jenis Pentaksiran
1. Portfolio (dapatan hasil kerja)
Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke
semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat
secara keseluruhannya.
2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar).
Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan
penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.
3. Mengukur berdasarkan keupayaan.
Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :-
- Bahan penulisan
- Persembahan
- Gerak kerja projek
2.3 Pentaksiran dan Hasil Pembelajaran
2.3.1 Definisi
Pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses pengumpulan data yang menerangkan
sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada
mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi
perubahan kepada palajar tersebut sama ada dari aspek kognitif, sosial, emosi dan
sebagainya.
Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang
diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja. Keputusan yang
diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan
kepada sesorang individu sahaja. Pihak sekolah menggunakan maklumat yang
diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah
yang dirasakan perlu. Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan. Pihak
penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.
Pendekatan yang dikemukan oleh MONTGOMERY tentang pentaksiran berasaskan
berasaskan hasil pembelajaran :
1. Student Learning Outcomes (SLO).
Jangkaan hasil pembelajaran yang diperoleh dengan memberi penekanan
kepada pertambahan ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap.
2. Student Progress Outcomes (SPO).
Berterusan iaitu murid dapat melakukan perubahan yang lebih baik dalam
peringkat yang seterusnya. Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap semata-
mata.
2.3.2 Kebaikan Pentaksiran
Kebaikan kaedah pentaksiran hasil pembelajaran ini boleh di kategorikan kepada tiga
bahagian iaitu :
i. Kebaikan kepada pelajar
Faham kehendak hasil pembelajaran yang diharapkan oleh guru.
Pentaksiran lebih konsisten dan telus.
Pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas kurikulum.
Pelajar dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperolehi hasil
pembelajaran yang terbaik.
ii. Kebaikan Kepada Guru
Menentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak.
Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci.
Memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran.
Dapat melihat sejauh mana keberkersanan hasil pembelajaran tersebut kepada
murid.
iii. Kebaikan kepada sekolah :
Bukti komitmen sekolah dalam usaha memperkembangkan potensi pelajar.
Menyediakan maklumat bertepatan untuk rujukan yang akan datang.
Menerapkan nilai akaunbiliti dalam mengumpulkan maklumat berkaitan
perkembangan pelajar.
Memberi maklumat berguna untuk merancang tindakan susulan dalam usaha
meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran.
Kesimpulan
Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang sistematik.
Pelajar akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran ini
memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang. Pembelajaran yang berterusan akan
berlaku kerana penilaian bersifat berterusan. Pentaksiran lebih terarah kepada program
yang afektif bukan berbentuk individu.
2.4 Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan
2.4.1 Definisi
Satu proses pengawalan yang berlaku apabila pelajar menggunakan maklum balas
yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin pertukaran dan
perubahan dalam apa-apa yang mereka fahami.
2.4.2 Prinsip-prinsip Pentaksiran Dan Tindakan Penambahbaikan :
Pentaksiran ini memberi peluang dan memberi maklum balas serta mencipta
peluang kendiri.
Pelajar hendaklah mengetahui dan memahami tentang apakah mereka cuba
capai dan apakah yang mahu mereka capai.
Menjadi sebahagian daripada perancangan efektif pengajaran dan
pembelajaran.
Perancangan hendaklah termasuk strategi bagaimana untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan dan kriteria yang hendak dicapai dalam sesuatu tugasan pelajar.
Penghakiman terhadap aktiviti yang dijalankan akan dibuat untuk mengetahui
sama ada pembelajaran boleh dipertingkatkan.
Pentaksiran ini adalah sebahagian daripada keperluan utama amalan di dalam
bilik darjah dan melibatkan kedua-dua kumpulan guru dan pelajar dalam reflek
dialog dan membuat keputusan.
Guru hendaklah yakin tahu, bersedia dan memaklumkan pelajar tentang komen
yang dicatatkan, rasional pemarkahan dan gred yang telah diberikan bagi
memastikan pelajar melakukan tindakan penambahbaikan.
2.4.3 Ciri-ciri
Proses yang memerlukan guru membantu dan membimbing pelajar membina,
mempraktikkan atau menambahbaikan hasilan karya seni visual.
Guru boleh menggunakan pentaksiran sebagai alat untuk memperoleh maklumat
tentang kemampuan atau kebolehan pelajar dan masalah kekeliruan atau
kekurangan yang dihadapi.
Guru menggunakan informasi dan maklumat untuk memberi maklum balas
kepada pelajar bagi tujuan mempertingkatkan pembelajaran mereka.
Maklumat dan informasi tentang proses pembelajaran pelajar akan diperoleh
oleh guru. Informasi ini dijangka menjadi asas bagi menentukan apakah yang
perlu dilakukan untuk membolehkan pelajar maju ke tahap yang seterusnya.
Hasil maklum balas daripada pelajar akan menentukan kumpulan strategik
arahan dan sumber yang dikehendaki.
2.4.4 Peranan Guru Dalam Pentaksiran Dan Tindakan Penambahbaikan:
Mengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar.
Memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran.
Mencipta strategi pengajaran yang berlainan bagi membantu pelajar bergerak
maju dalam pembelajaran.
Menyediakan maklum balas dan arahan segera untuk penambahbaikan.
2.4.5 Kebaikan Pentaksiran:
Bagi meningkatkan motivasi dan komitmen untuk pembelajaran.
Apabila guru memberi komitmen terhadap pembelajaran sebagai tumpuan
kepada pentaksiran, mereka telah menukarkan budaya bilik darjah kepada satu
kaedah pengesanan prestasi kemajuan pelajar.
Guru menggunakan dan memaklumkan laopran prestasi kemajuan pelajar bagi
tujuan perkembangan yang berkesan dan sistematik.
Kesimpulan
Pentaksiran ini memfokuskan kepada guru untuk mencari kelemahan murid.
Seterusnya membuat tindakan penambahbaikan sama ada kekurangan atau
kelemahan murid. Sebagai contoh, guru membuat penambahbaikan dalam hasil karya
multimedia yang dihasilkan oleh pelajar.
2.5 Pentaksiran dan Motivasi
2.5.1 Definisi
Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia.
Motivasi tidak dapat terlihat dari luar.Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam
motivasi seperti :
Sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakannya
sama ada secara negatif atau positif.
Pengarah Tuju dan Penggerak Tindakan.
Darjah Kesungguhan.
Stimulator atau semangat.
2.5.2 Tiga Kategori Motivasi
i. Motif Primer
Dibawa sejak lahir dan bukan hasil proses belajar.
Faali atau psikologis.
Keinginan untuk makan dan minum.
ii. Motif Umum
Dibawa sejak lahir dan bukan hasil proses belajar.
Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia.
Memerlukan kasih sayang, rasa ingin tahu dan diperhatikan.
iii. Motif Sekunder:
Tumbuh sebagai hasil proses belajar.
Tidak berhubungan dengan proses faali.
Memerlukan berprestasi dan berkuasa.
Kesimpulan
Satu variabel perantaraan yang digunakan untuk menimbulkan faktor-faktor dalam diri
individu yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku
ke arah suatu tujuan yang tak dapat dilihat dari luar.
2.6 Pentaksiran Aspek Nilai dan Sahsiah
2.6.1 Definisi Nilai Dan Sahsiah
Nilai murni didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan bertatasusila
seseorang individu dalam hubungannya sesama manusia, alam dan tuhan.
"Nilai-nilai murni merupakan tanggapan berkenaan perkara-perkara yang dihajati
dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau ukuran. Nilai-nilai murni
sesuatu masyarakat biasanya diasaskan kepada agama. Memang menjadi tujuan
semua agama, untuk membentuk kehidupan penganutnya untuk menjadi baik
(Wan Mohd Zahid, 1988)
Sahsiah ialah keperibadian (peribadi) yang memerlukan setiap individu menuntut ilmu
dan melengkap proses pembinaan peribadi atau sebagai insan yang terpuji. Tujuannya
adalah untuk nenilai penghayatan amalan nilai murni serta keharmonian hidup murid
mengikut norma masyarakat Malaysia.
2.6.2 Pentaksiran sahsiah dilakukan secara pemerhatian melalui aspek:
Perkembangan diri.
Keamanan dan keharmonian.
Demokrasi.
2.6.3 Ciri-ciri
Pemerhatian secara tidak formal.
Pemerhatian tidak perlu dilakukan secara serentak untuk semua murid
2.6.4 Aspek nilai dan sahsiah murid yang dinilai ialah :
Amalan nilai-nilai murni.
Perbuatan menghormati dan mematuhi arahan.
Sifat menghargai hasil kerja sendiri, kumpulan dan rakan sebaya.
2.6.5 Kebaikan Pentaksiran
i. Kebaikan Sahsiah
Murid lebih berani bercakap dan yakin.
Menunjukkan minat dalam pembelajaran mereka.
Murid boleh berinteraksi sesama sendiri, bekerjasama dan bertolak ansur.
ii. Kebaikan Nilai :
Menyedari dan menerima kepentingan keharmonian antara manusia.
Memahami dan menghayati nilai-nilai untuk berakhlak mulia.
Memupuk semangat kerjasama.
Sentiasa berfikiran positif.
Dapat menyelesaikan tugasan mengikut masa yang ditetapkan.
2.7 Pentaksiran Pembentukan Watak
2.7.1 Definisi
Proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk
sesuatu proses pendidikan.
2.7.2 Konsep Pentaksiran
Maklumat - mendapatkan maklumat tentang produk. Cara penghasilan (proses)
asas seni reka yang inigin digunakan dan tema karya.
Proses - proses penghasilan produk dan cara pelajar bekerja.
Produk - produk seni yang dihasilkan.
Penghakiman.
Penilaian dan pentaksiran produk.
2.7.3 Kategori Pembentukan Watak
Sikap - Sikap pelajar dalam berkarya.
Perwatakan Umum dan Perkembangan Emosi - Perwatakan pelajar dan
perkembangan emosi pelajar mampu mempengaruhi produk yang dihasilkan.
Contohnya pengkarya menghasilkan karya yang berkaitan dengan kehidupan
atau perasaan dalaman mereka.
Minat dan keutamaan - Lazimnya pelajar lebih suka menghasilkan karya
mengikut minat dan keutamaan mereka.
Trait Tingkahlaku - Tingkah laku pelajar mampu mempengaruhi produk.
Contohnya cara bekerja dan stail mereka dalam menghasilkan karya.
Konsep Kendiri - Pelajar mampu menaikkan konsep kendiri dalam karyanya
dengan menunjukkan stail tersendiri dalam menghasilkan produk.
2.7.4 Teknik Pentaksiran
Projektif (skala pemeringkatan ujian inventori atau pujian projektif untuk
mengukur beberapa aspek sahsiah luaran dan dalaman).
Skala kadar (darjah pencapaian murid dari segi pencapaian dan gred, teknik ini
boleh dilakukan di dalam kumpulan).
Laporan Kendiri (refleksi tentang produk sendiri).
Pengukuran situasi.
Prosedur pemerhatian.
2.8 Pentaksiran Berbantukan Komputer
2.8.1 Definisi
Merupakan satu-satunya pentaksiran yang menggunakan komputer sebagai medium
untuk merekod data supaya lebih tepat dan cekap. Pentaksiran ini juga membolehkan
data yang diperolehi disimpan dengan lebih tersusun dan bersistematik.
Istilah pentaksiran berbantukan komputer ini adalah meluas, merangkumi pelbagai
kegiatan yang mana teknologi digital digunakan dalam semua kegiatan-kegiatan
meliputi perancangan dan penghantaran pentaksiran, penandaan oleh komputer dan
alat-alat atas talian, dan semua proses pelaporan, penyimpanan dan pemindahan data
yang berkaitan dengan pentaksiran di peringkat sekolah.
Pentaksiran berbantukan komputer juga merujuk kepada amalan yang bergantung
kepada penggunaan komputer contohnya, penggunaan atas talian bagi tujuan forum
perbincangan, maklum balas kerja kumpulan, penyelesaian dan penyerahan tugasan
secara elekronik, atau e-portfolio.
2.8.2 Kelebihan Pentaksiran
Pentaksiran berbantukan komputer ini berpotensi mengembangkan pemahaman murid
terhadap pembelajaran guru dan merupakan satu kaedah latihan yang berkesan.
Pentaksiran berbantukan komputer adalah cara terbaik bagi mengenalpasti keperluan
murid dan dapat menanamkan keinginan untuk maju jika guru berupaya mengaitkan
murid kepada sumber rujukan yang baik dan tepat serta memberikan maklum balas
serta merta.
Penggunaan teknologi yang mantap, dapat menyumbang kepada pentaksiran yang
berkesan. Antara kebaikan penggunaan teknologi ini adalah penjimatan masa,
memudahkan menanda dan penjimatan ruang penyimpanan. Dengan menggunakan
komputer, guru akan mempunyai lebih masa untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.
Pentaksiran berbantukan komputer ini lebih bersifat peribadi. Murid boleh
melaksanakan pentaksiran ini pada bila-bila masa di mana sahaja mengikut kesesuaian
masa murid itu sendiri dan murid lebih menyukai pentaksiran berbantukan komputer
kerana dapat memberi maklum balas serta membuat analisis statistik dengan cepat dan
tepat berikutan dari penandaan secara automatik. Penggunaan teknologi maklumat dan
pembelajaran berasaskan web dapat membantu ke arah pentaksiran pengajaran dan
pembelajaran yang lebih cekap dan berkesan.
2.8.3 Kesimpulan
Berfokus kepada guru untuk mencari kelemahan murid. Seterusnya guru membuat
tindakan penambahbaikan terhadap kekurangan atau kelemahan murid terhadap hasil
kerja mereka. Contohnya, guru memberi komen dalam hasil karya multimedia yang
dihasilkan oleh murid. Data pentaksiran akan direkodkan denga cara yang sistematik
dah mempercepatkan pentaksiran dilaksanakan. Oleh itu sekolah harus mendapatkan
strategi pentaksiran yang baik bagi memastikan semua pembelajaran murid dapat
ditaksir dengan sebaik-baiknya.
2.9 Pentaksiran Konsep Kendiri
2.9.1 Definisi
Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia
menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri
seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi
tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang
kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai terbaik
terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar
benar-benar tahu atau berupaya mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri
juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan
penilaian.
Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal diri sendiri.
Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi
seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri berbanding
dengan orang lain dan persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai
cara memahami konsep kendiri. Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang
dipetik oleh Staats (1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam dua cara
iaitu tanggapan diri seseorang individu dan proses yang menentukan tingkah laku
seseorang individu.
Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi, peribadi
bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan
persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan
fikiran.
2.9.2 Fungsi
Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian kendiri
membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap
kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin
ilmu dan memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan
perancangan bagi pembelajaran seterusnya. Selain daripada itu penilaian ini juga akan
memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan
diri dan pencapaiannya dan mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam
kelebihan dan kekurangan serta kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang
atau kemahiran. Penilaian ini membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap
kerjanya.
2.9.3 Kaedah
Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati
matlamatnya, guru hendaklah :
meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses
pembelajaran.
mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian
kendiri.
melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan
instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik.
membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masing-masing, dan
kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya.
Penilaian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri
segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai, sama ada dalam
bentuk senarai semak atau sebagainya, kemudian meminta kerjasama rakan
sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu
kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut. Proses menganalisis
dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri itulah menjadi
“penilaian kendiri”.
2.9.4 Konsep Kendiri Positif
Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat, mempunyai
minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka
dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil.
i) Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif
Menghargai
Memuji orang lain
Puas hati dengan pencapaian
Murah hati
Mudah berkawan
Puas hati dengan dirinya
Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya
Peramah
ii) Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif
Cenderung untuk merasa salah
Takut kepada kegagalan
Sering merasa bimbang
Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil
Pencapaian akademik yang rendah
Tidak gemar kerja mencabar
Kurang keyakinan pada diri sendiri
Kurang berminat untuk mendapatkan maklum bala
Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti