5
JURNAL REFLEKTIF Apa yang saya dapati semasa saya menjalankan tugasa ini ialah saya dapat mengetahui serba sedikit tentang suku kaum bajau terutama sekali suku kaum bajau di daerah Kota Belud, Sabah. Kaum Bajau adalah kaum pribumi Sabah yang kedua terbesar selepas kaum Kadazan/Dusun. Umumnya, kaum ini tinggal di kawasan pantai dan bekerja sebagai nelayan di pantai, sungai malah di kawasan pulau-pulau yang berdekatan dengan penempatan mereka. Selain itu, ada juga segelintir daripada mereka yang mendapatkan rezeki dengan bekerja sebagai petani tepi laut atau tasik dan pengumpul hasil-hasil laut. Dari segi perkahwinan,kelahiran,dan,kematian masyarakat Bajau mempunyai adat mereka yang tersendiri.Bagi adat perkahwinan,majlis dibuat sebelum hari prkahwinan.Keluarga yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya,tiga hari bagi keluarga sederhana dan sehari bagi keluarga miskin.Sepanjang hari tersebut pada sebelah malamnya majlis titik diadakan iaitu memainkan alat muzik di tempat kediaman kedua- dua belah pihak.Majlis ini mungkin berlangsung hingga larut malam,kemudian diikuti dengan tarian tradisional.Sehari sebelum perkahwinan,bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak andam. Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap akan diusung dengan tandu atau menunggang kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan.Beberapa das tembakan akan

Jurnal reflektif suku kaum bajau

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Jurnal reflektif suku kaum bajau

JURNAL REFLEKTIF

Apa yang saya dapati semasa saya menjalankan tugasa ini ialah saya dapat mengetahui

serba sedikit tentang suku kaum bajau terutama sekali suku kaum bajau di daerah Kota Belud,

Sabah.

Kaum Bajau adalah kaum pribumi Sabah yang kedua terbesar selepas kaum

Kadazan/Dusun. Umumnya, kaum ini tinggal di kawasan pantai dan bekerja sebagai nelayan di

pantai, sungai malah di kawasan pulau-pulau yang berdekatan dengan penempatan mereka.

Selain itu, ada juga segelintir daripada mereka yang mendapatkan rezeki dengan bekerja sebagai

petani tepi laut atau tasik dan pengumpul hasil-hasil laut.

Dari segi perkahwinan,kelahiran,dan,kematian masyarakat Bajau mempunyai adat

mereka yang tersendiri.Bagi adat perkahwinan,majlis dibuat sebelum hari prkahwinan.Keluarga

yang berada mengadakan majlis tujuh hari sebelumnya,tiga hari bagi keluarga sederhana dan

sehari bagi keluarga miskin.Sepanjang hari tersebut pada sebelah malamnya majlis titik diadakan

iaitu memainkan alat muzik di tempat kediaman kedua- dua belah pihak.Majlis ini mungkin

berlangsung hingga larut malam,kemudian diikuti dengan tarian tradisional.Sehari sebelum

perkahwinan,bakal pengantin lelaki dan perempuan akan didandan oleh beberapa orang mak

andam.

Pengantin lelaki yang berpakaian serba kuning lengkap akan diusung dengan tandu atau

menunggang kuda ketika menuju ke kediaman pengantin perempuan.Beberapa das tembakan

akan dilepaskan sebagai tanda hormat akan ketibaan rombongan pengantin lelaki di halaman

rumah pengantin perempuan.Setelah tiba waktunya,pengantin lelaki mengambil wuduk dan

majlis akad nikah dilangsungkan.Selepas itu,pengantin lelaki akan dibawa masuk ke bilik

pengantin perempuan bagi upacara pembatalan air sembahyang.Setelah pengantin lelaki

membatalkan air sembahyang dengan menyentuh dahi isterinya,kedua dua mempelai itu

disandingkan.

Masyarakat Bajau juga terdapat kebudayaan mereka yang tersendiri,seperti makanan

tradisional,tarian dan sebagainya.Dari segi makanan,terdapat pelbagai jenis makanan.Antaranya

ialah kima,putu,dan Tompe atau tinompeh.Makanan tradisional kima adalah nama sejenis kerang

laut dan terdapat dalam beberapa spesies,antaranya lapiran,kima bohe dan sollot-sollot iaitu

Page 2: Jurnal reflektif suku kaum bajau

bersaiz kecil dan menyelit di celah-celah permukaan batu.Kima di jadikan lauk dalam makanan

tradisi Orang Bajau.Kima ini boleh dimakan mentah-mentah setelah dihiris atau di potong kecil-

kecil dan dicampur dengan air limau dan lada serta rempah ratus yang lain mengikut selera

seseorang.Ia juga boleh di makan bersama sayur.Selain itu,makanan tradisional putu pula adalah

makanan yang berupa ubi kayu yang diparut dan telah diperah airnya lalu dimasak secara

stim.Manakala makanan tradisional Tompe atau Tinompeh juga adalah makanan yang berupa ubi

kayu yang diparut dan telah diperah airnya.Ia kemudiannya digoreng tanpa minyak di dalam

kuali,sehingga warna kekuning-kuningan.

Budaya tarian tradisional di kalangan masyarakat Bajau antaranya ialah Tarian Limbai

dan Runsai.Tarian Limbai merupakan satu tarian tradisional suku kaum bajau Kota Belud.Tarian

Limbai biasanya ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak kerumah

pengantin perempuan.Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai,perarakan dihentikan buat

sementara.,lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin.Ia merupakan upacara khas

sebagai isyarat menjemput pengantin lelaki naik ke rumah untuk melakukan ijab dan

kabul.Tarian Limbai diiringi oleh irama kulin tangan.Kumpulan muzik ini mengandungi enam

orang pemain yang diketuai oleh seorang wanita yang memainkan kulintangan,dua orang

pemukul gendang,dua orang pemaian gong dan seorang pemain bebandil.Tarian ini mengiringi

anggota-anggota rombongan lelaki naik ke rumah.Penari-penari melambai-lambaikan selendang

mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.

Dalam melakukan majlis perkahwinan, masyarakat Bajau berpegang kepada pantang

larang kaumnya. Penetapan hari perkahwinan perlulah dielakkan daripada hari Rabu dan Ahad.

Ini kerana kedua-dua hari ini dianggap kurang baik untuk upacara tersebut. Jika ada yang

melanggar pantang ini, pengantin akan jatuh sakit dan tidak akan mendapat rezeki yang baik.

Pada kebiasaannya mereka akan memilih hari yang ke-14 atau 15 mengikut kalendar Islam,

kerana dipercayai ketika itu cahaya bulan terang dan rezeki pengantin baru itu akan menjadi

murah.

Bagi kaum Bajau mereka lebih mempercayai perkahwinan yang bersifat monogami

daripada poligami. Dalam adat istiadat perkahwinan kaum Bajau, kebanyakan perkahwinan

berlaku antara kaum kerabat (saudara-mara) mereka sendiri. Hal ini kerana mereka amat percaya

bahawa perkahwinan sesama kaum kerabat sendiri lebih menjamin perkembangan zuriat mereka.

Page 3: Jurnal reflektif suku kaum bajau

Perkahwinan Bajau tidak pernah melarang perkahwinan dengan orang luar dari kerabat

mereka, namun mereka lebih cenderung untuk berkahwin dengan kaum kerabat (yang jauh)

sendiri. Pun begitu, mereka tidak boleh mengahwini mereka yang mempunyai ikatan akrab atau

muhrim. Jika perkahwinan berlaku dengan muhrim sendiri, maka perkahwinan itu dianggap

sumbang dan anas serta akan mendatangkan sial.

Pada hari pertama, majlis disambut meriah pada waktu petang dan malam. Sambutan ini

disambut secara maglami-lami (beramai-ramai). Dalam majlis ini, kaum kerabat dan tetamu akan

berkumpul untuk menjamu selera (bagi memperingati nenek moyang mereka yang telah

meninggal dunia) dan menyaksikan beberapa jenis hiburan yang disediakan oleh pihak pengantin

perempuan. Dalam jamuan memperingati nenek moyang, mereka akan berzikir bersama tetamu

yang lain dan biasanya nasi kunyit bersama lauknya dan kuih panyam disediakan.

Pada hari kedua pula, upacara dimulakan dengan pukulan titik diallau, iaitu pukulan

tagungguk khas. Biasanya pukulan itu dibuat pada pukul lima pagi (sebelum subuh), bagi

mengingatkan penduduk setempat, akan majlis perkahwinan mereka. Setelah bersarapan lebih

kurang pada pukul lapan pagi, kedua-dua pengantin akan dimandikan oleh ahli-ahli agama di

rumah masing-masing diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci sebagai doa selamat bagi mereka.

Setelah dimandikan pengantin lelaki akan diarak dengan menaiki kuda ke rumah pengantin

perempuan atau ke masjid untuk majlis akad nikah. Setelah itu pengantin lelaki akan didukung

oleh dua orang lelaki masuk ke dalam rumah pengantin perempuan atau masjid, di mana akan

berlangsungnya majlis akad nikah. Proses akad nikah yang dilakukan oleh kaum Bajau adalah

sama seperti adat perkahwinan Melayu, iaitu sebelum dinikahkan imam akan membacakan

khutbah nikah.

Setelah selesai upacara pernikahan, pengantin lelaki akan diberikan sehelai kain

selendang dan dipimpin oleh pengapitnya ke pelamin. Dalam tempoh itu, pengantin lelaki

diiringi oleh pukulan tagungguk dan nyanyian jam-jam. Apabila rombongan pihak lelaki

semakin hampir, pihak perempuan akan menurunkan tirai di hadapan pelamin untuk melindungi

pengantin perempuan daripada penglihatan pengantin lelaki.

Page 4: Jurnal reflektif suku kaum bajau