Upload
suddakar-narayanan
View
1.500
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Latar Belakang
Program pengkomputeran sekolah semakin diberi perhatian oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia pada ketika ini. Perkembangan ini adalah untuk memberi peluang
kepada pelajar-pelajar sekolah, supaya mereka dapat menguasai pengetahuan asas
ICT di peringkat sekolah dan institusi pendidikan tinggi. Berbekal dengan pengetahuan
asas ICT para pelajar dan graduan, akan dapat berdepan dengan kehendak dan
cabaran kerjaya mereka, dalam abad ke 21. Di samping itu keupayaan pelajar
menguasai pengetahuan ICT, dapat membantu mereka menyediakan diri untuk
menghadapi ledakkan maklumat yang semakin pantas. Kewujudan penggunaan komputer
bukan sahaja dapat merangsang pemikiran pelajar bahkan dapat memperbaiki dan meningkatkan
mutu pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah (Zoraini Wati Abas, 1993, ms. 27).
Justeru, pendedahan kepada ilmu pengkomputeran telah direalisasikan kepada semua
pelajar dan warga pendidik pada peringkat awal secara sistematik dan terancang oleh
kerajaan, agar budaya pengkomputeran dapat diamalkan dalam suasana pengajaran
dan pembelajaran yang lebih positif.
Dari perspektif pembangunan modal insan, program pengkomputeran sekolah,
bertujuan untuk memupuk pelajar, supaya memiliki kemahiran dan keterampilan. Usaha
pembestarian sekolah dengan menjadikan penggunaan ICT dalam pendidikan, adalah
bertujuan meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu
keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah bersama kompetensi guru di
sesebuah sekolah juga diharapkan akan meningkat melalui usaha pembestarian
sekolah. Dalam usaha ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memulakan
pembinaan Makmal Pengkomputeran di sekolah sekolah di seluruh negara, Projek
Rintis Sekolah Bestari telah melibatkan 88 buah sekolah di seluruh negara dengan
1
penyediaan infrastruktur dan rankaian jalur lebar (SchoolNet), PPSMI, Cyber Café,
Teknologi Wireless, Komuniti ICT dan Briget ICT.
Segala usaha ini adalah untuk merapatkan jurang digital di kalangan pelajar dan guru
dalam sekolah sekolah di Bandar dan luarbandar. Kemudahan infrastruktur yang
berkaitan dengan ICT, dilaksanakan dengan memberi talian Schoolnet dengan
menggunakan teknologi ADSL, Wireless dan Satelite di kawasan-kawasan
pendalaman, terutamanya di Sabah dan Sarawak.
Usaha membawa teknologi ICT ke sekolah, tidak akan memberi makna sekiranya
tenaga pengajar di sekolah-sekolah, tidak didedahkan dengan latihan kemahiran ICT
dan keberkesanan penggunaan teknologi tersebut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri dan
institusi-institusi perguruan telah menganjurkan kursus-kursus jangka pendek untuk
guru-guru mendapatkan kemahiran-kemahiran asas penggunaan komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
Makmal komputer yang dibina di sekolah-sekolah terdiri dari 3 model iaitu, Model1,
Model 2, dan Model 3 berdasarkan populasi sesebuah sekolah yang terlibat.
Kemunculan makmal komputer di sekolah juga adalah selaras dengan Program
Pembestarian Sekolah. Pembestarian sekolah, membawa maksud mengaplikasikan
konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran, yang direka semula
secara sistematik, dari segi amalan pengajaran pembelajaran serta pengurusan
sekolah, untuk membantu murid murid menghadapi era teknologi maklumat.
Komponen utama Pembestarian sekolah adalah berfokus kepada pengajaran
pembelajaran serta pengurusan sekolah berbantukan ICT. Aktiviti pelajar dalam bilik
darjah yang berpusatkan guru, diubah kepada pendekatan guru sebagai facilitator dan
pelajar memainkan peranan yang penting dalam proses mencari maklumat dan bahan-
bahan rujukan yang perlu dengan penggunaan peralatan ICT dan internet. Ertikata,
2
pelajar mempunyai pilihan yang luas dan dunia adalah dihujung jari mereka melalui
teknologi IT. Pendekatan pembelajaran berbantukan ICT perlu disokong dengan
infrastruktur yang lengkap dalam sekolah-sekolah dan diikuti dengan pengurusan
peralatan dan kewangan yang cekap dan berterusan.
1.2 Penyataan Masalah
Sejauhmanakah berjayanya pengurusan kemudahan makmal pengkomputeran sekolah
membantu pelajar-pelajar menguasai kemahiran–kemahiran ICT menjadi satu tanda
tanya dikalangan ibubapa dan para pendidik. Pelajar tidak dapat akses kepada
komputer secara menyeluruh kerana, bilangan komputer yang dibekalkan jauh lebih
rendah daripada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Bilangan komputer yang boleh
digunakan, seringkali terhad disebabkan oleh kerosakan teknikal yang sering berlaku
disebabkan oleh penggunaan yang keterlaluan dan tidak teliti oleh pelajar-pelajar
sekolah rendah. Perkembangan ini menambahkan kadar pengguna komputer sehingga
4 atau 5 orang murid untuk satu unit komputer, semasa pengajaran dijalankan.
Berikutan dari itu pengalaman ‘hands on‘ pelajar terbatas dan dikhuatiri masalah ini
menjejaskan penguasaan kemahiran ICT pelajar-pelajar sekolah ini.
Dalam mesyuarat agung ibubapa sekolah ini, ibubapa sering membangkitkan isu-isu
mengenai anak-anak mereka yang tidak menggunakan makmal komputer untuk belajar
pelajaran komputer. Mereka mengatakan guru tidak membawa mereka ke makmal ICT
untuk pengajaran pembelajaran. Dalam pada itu, mereka juga membangkitkan isu
anak-anak mereka yang tidak berpeluang menggunakan komputer semasa pengajaran
dijalankan kerana sering dimonopoli oleh pelajar-pelajar lain dalam kelas. Ini
membuktikan bahawa pelajar sering berebut untuk mendapatkan komputer yang terhad
dan pelajar-pelajar yang lemah tidak mendapat peluang atau pengalaman ‘hands on’
semasa pengajaran pembelajaran berjalan. Perkembangan ini bercanggah dengan
3
kenyataan bekas Menteri Pelajaran Malaysia Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein
yang menegaskan:
“Dalam proses pembestarian sekolah, sasaran kementerian ialah untuk meningkatkan
nisbah komputer kepada murid, masa dedahan murid dan guru kepada penggunaan
komputer dan mengaplikasikan teknologi yang berkesan dari segi kos.”
Kementerian Pendidikan berusaha membawa kemudahan untuk pelajar-pelajar
mendapat akses kepada pengetahuan ICT supaya pelajar-pelajar bandar dan
luarbandar tidak ketinggalan dalam aspek kopetensi ICT. Dalam usaha ini kawasan
luarbandar diberi keutamaan untuk mendirikan makmal-makmal komputer bermula
pada bulan Mac 2000. Walaupun pelbagai masalah timbul dalam proses pembinaan
namun demikian projek ini telah dapat disempurnakan berperingkat-peringkat dan
teknologi IT dapat disalurkan kepada pelajar-pelajar bandar dan luarbandar di seluruh
negara.
1.3 Penyenggaraan Makmal
Di Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat Pulau Pinang, aspek penyenggaraan peralatan
komputer yang dibekalkan, diselenggarakan oleh Syarikat Mimos Sendirian Berhad dan
Syarikat Pintar sehingga tempoh waranti tamat. Selepas tamat tempoh waranti,
Kementerian Pendidikan terpaksa melantik syarikat–syarikat tertentu untuk
menjalankan kerja-kerja penyenggaraan peralatan makmal. Namun demikian kelewatan
dalam melantik syarikat baru setelah kontrak syarikat lama tamat tempoh menyebabkan
kerja-kerja penyenggaraan peralatan ICT di sekolah ini tergendala. Hampir setiap hari
terdapat kerosakan komputer. Kerosakan–kerosakan ini biasanya tertumpu kepada
kerosakan ‘sofware’ dan ‘hardware’. Guru penyelaras makmal ICT tidak berupaya
menjalankan penyenggaraan kerana, beliau tidak dilatih dalam bidang penyenggaraan
dan tidak diperuntukkan sebarang peruntukan kewangan, untuk menjalankan kerja-
kerja pengurusan dan penyenggaraan. Penyelaras hanya berupaya menjalankan
4
penyenggaraan asas untuk memulihkan keadaan ‘software’ atas usaha beliau sendiri
dengan menggunakan masa lapang beliau.
Jadual pengajaran guru penyelaras juga berat, iaitu dari 28 hingga 30 waktu pengajaran
seminggu tanpa mengira jadual waktu ganti untuk menggantikan guru-guru yang tidak
hadir sekolah. Guru penyelaras menjalankan penyenggaraan asas dan membaikpulih
‘software’ yang rosak akhibat kehilangan fail-fail penting, serangan ‘virus’ dan lain-lain
kerosakan teknikal mudah. Namun demikian, sekolah perlu mengharapkan peruntukan
yang terhad, yang ada pada Jabatan Pendidikan Negeri, untuk mengatasi masalah
‘hardware’ yang serius di makmal komputer sekolah ini. kerosakan ‘hard disk’, ‘CD
ROM drive’, ‘power supply’ dan ‘motherboard’ komputer. Jenis-jenis kerosakan yang
dinyatakan ini, perlu sokongan kewangan untuk mendapatkan alatan ganti yang baru
untuk memulihkan komputer-komputer yang rosak di dalam makmal.
Dalam tahun 2008, kelewatan kementerian melantik syarikat-syarikat untuk
mengendalikan penyenggaraan di sekolah-sekolah diseluruh Pulau Pinang ternyata
telah melumpuhkan Makmal Komputer sekolah yang dikaji. Hanya sebanyak 8 unit
komputer dari 20 unit komputer dalam makmal tersebut yang berfungsi. Purata pelajar
yang berkongsi sebuah komputer bertambah dari 3 hingga 4 orang pelajar, bergantung
kepada jumlah pelajar dalam kelas yang menggunakan makmal.
1.4 Tindakan Menutup Makmal
Pada pertengahan tahun 2008, pihak pengurusan sekolah telah mengambil keputusan
untuk menutup makmal pengkomputeran. Alasan yang kemukakan dalam mesyuarat
guru adalah untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan bilangan komputer yang dapat
digunakan hanya tinggal 8 unit. Pihak pentadbiran juga tidak mahu para guru
menggunakan kemudahan yang terdapat dalam makmal pengkomputeran atas alasan
guru-guru menjalankan kerja-kerja yang tidak bersangkutan dengan kerja-kerja sekolah.
5
Tindakan ini telah menghalang para guru untuk menggunakan perkhidmatan internet
dan kemudahan lain untuk menjalankan kerja-kerja rutin mereka. Perkhidmatan
‘Wireless LAN’ yang telah disediakan oleh penyelaras makmal dengan usaha PIBG
tidak dapat digunakan kerana alat pemancar yang dipasang di luar makmal
pengkomputeran juga tidak dapat berfungsi berikutan dengan tindakan mematikan suis
utama dalam makmal.
1.5 Kemudahan ICT
Masalah ini memuncak apabila sekolah gagal menyediakan kemudahan ICT untuk
guru-guru menyelesaikan kerja-kerja harian mereka. Kemudahan peralatan komputer di
bilik guru tidak membantu kerana telah lapok ditelan zaman. Pencetak selalu kehabisan
dakwat dan pihak sekolah tidak dapat menyediakan mencari sumber kewangan untuk
menampung kos penyenggaraan alatan.
Badan kebajikan guru yang dibentuk di sekolah tidak dapat menggunakan wang dari
tabungnya kerana., ramai guru yang tidak setuju dengan alasan bukan semua guru
yang menggunakan kemudahan komputer yang terdapat di bilik guru. Ada di antara
mereka mengunakan kemudahan yang terdapat di rumah masing-masing untuk
membuat kerja-kerja sekolah demi untuk keselesaan mereka.
Sebagai langkah alternative Guru Besar sekolah ini menggalakan guru-guru melanggan
‘Broadband’ dan mendapatkan sebuah komputer riba masing-masing. Guru-guru yang
memerlukan perkhidmatan internet perlu membelanjakan antara RM50 hingga RM60
untuk mendapatkan perkhidmatan internet ‘broadband’ dari syarikat-syarikat yang
menawarkan perkhidmatan tersebut. Walaupun ada kelebihanya, namun bukan semua
guru mampu untuk mendapatkan kemudahan tersebut. Para guru juga tidak bersetuju
dengan saranan Guru Besar kerana mereka berpendapat kemudahan ‘School Net’
yang disediakan percuma oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk sekolah-sekolah
6
tidak digunakan secara optimum, baik untuk pelajar mahupun untuk guru dalam proses
pengajaran pembelajaran.
Perkembangan ini dikuatiri telah telah memberi impak yang negatif terhadap tahap
penguasaan literasi komputer di kalangan pelajar-pelajar sepanjang tempoh kajian ini
dilakukan. Maka tinjauan di buat untuk menetukan situasi sebenar dan masalah-
masalah pada peringkat sekolah untuk di dedahkan kepada pihak Jabatan Pendidikan
Negeri dan Kementerian Pendidikan dalam menangani isu-isu yang membendung
perkembangan penguasaan kemahiran ICT oleh pelajar. Modal yang banyak telah
digunakan untuk mendirikan makmal pengkomputeran di sekolah-sekolah kebangsaan
diseluruh negara dan kita tidak seharusnya membiarkan kelemahan teknikal dan
kelemahan pengurusan yang wujud terus mebantutkan usaha membawa pengetahuan
ICT kepada pelajar-pelajar sekolah.
Ketiadaan seseorang koordinator teknologi di sekolah untuk menguruskan hal-hal
latihan, keselamatan, keselesaan dan penggunaan yang adil di antara guru-guru dan
pelajar di sekolah juga menjadi satu masalah di sekolah. Oleh yang demikian pihak
sekolah bergantung sepenuhnya kepada Kementerian Pelajaran, untuk melaksanakan
penyenggaraan yang tersusun dan berterusan supaya objektif sebenar program
pengkomputeran sekolah dapat dijayakan di peringkat sekolah.
1.6 Soalan-Soalan Kajian
1 Adakah penguasaan kemahiran asas ICTL berbeza dalam kalangan pelajar lelaki dan
perempuan?
2 Adakah guru-guru ICTL menunjukkan kesediaan mereka mengendalikan program ini?
3 Adakah pengurusan makmal pengkomputeran sekolah ini berkesan?
4 Bagaimanakah penyenggaraan peralatan ICT dijalankan di makmal pengkomputeran
sekolah yang dikaji?
7
5 Apakah kesan pengurusan makmal pengkomputeran ke atas kemahiran ICTL pelajar?
1.7 Objektif Kajian
1 Melihat penguasaan kemahiran ICTL pelajar lelaki dan perempuan.
2 Meninjau kesediaan dan kebolehan guru dalam mengendalikan program ICTL.
3 Meninjau keberkesanan pengurusan makmal pengkomputeran sekolah yang di
kaji.
4 Meninjau tahap penyenggaraan peralatan ICT di makmal pengkomputeran
sekolah yang dikaji.
5 Mengenalpasti bahawa kemudahan infrastruktur ICT makmal pengkomputeran
sekolah dalam tempoh kajian memberi sebarang kesan kepada pencapaian
kemahiran ICTL.
1.8 Signifikan Kajian
Kajian ini adalah penting untuk mengetahui keberkesanan Program ICTL dikalangan
pelajar-pelajar tahun tiga, Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat Pulau Pinang. Dapatan
kajian ini akan membantu pihak yang bertanggungjawab (KPM/JPN/PPD/sekolah)
untuk membaiki kelemahan dan memastikan pelajar-pelajar memperolehi faedah yang
sepenuhnya dari peralatan dan kemudahan ICT yang disediakan dan seterusnya
memantapkan proses pembelajaran pelajar-pelajar sekolah ini khususnya dalam
menguasai kemahiran asas ICT melalui program ICTL.
Dapatan kajian juga diharapkan akan membantu dalam penyelidikan lanjutan mengenai
infrastruktur makmal pengkomputeran sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan
makmal pengkomputeran seluruh negara untuk mengetahui keberkesanan operasinya
dalam membantu pelajar menguasai kemahiran ICT pada umumnya. Disamping itu
8
kajian ini juga akan membantu para guru dan pihak pentadbiran sekolah yang dikaji,
untuk mengetahui tahap penguasaan kemahiran ICTL pelajar-pelajar nya.
1.9 Limitasi Kajian
Kajian ini bersifat kajian kes dengan memberi penumpuan kepada kemudahan
infrastruktur makmal pengkomputeran di Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat Pulau
Pinang yang mempunyai makmal pengkomputeran fasa satu. Makmal komputer yang
dilengkapi dengan komputer pelajar, komputer guru, projektor LCD, server dan
kemudahan ‘networking’ ini digunakan oleh pelajar-pelajar dari tahun satu hingga tahun
enam mengikut jadual yang ditetapkan oleh penyelaras makmal pengkomputeran untuk
pelajaran literasi ICT(Program ICTL).
Penyelaras makmal pengkomputeran adalah guru yang dilantik oleh pihak pentadbiran
sekolah untuk menguruskan makmal tersebut. Guru penyelaras ini tidak mendapat
sebarang keistimewaan dari segi waktu mengajar atau latihan yang khusus dalam
pengurusan makmal pengkomputeran sekolah. Dapatan kajian mungkin berbeza
dengan sekolah-sekolah yang dilengkapi dengan peralatan ICT yang diuruskan oleh
peyelaras makmal yang dilantik khas untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan
makmal pengkomputeran.
1.10 Penutup
Melalui kajian yang dijalankan ini diharapkan segala kelemahan dalam perancangan
pembangunan dan pelaksanaan program ICTL dan perkomputeran sekolah dapat
dikesan. Cadangan dan penambahbaikan dapat dilakukan. Dapatan kajian ini juga
berguna untuk penyelidikan lanjutan mengenai penggunaan komputer di sekolah dan
penggunaan makmal pengkomputeran sekolah untuk pengajaran pembelajaran dan
lain-lain kajian yang berkaitan.
9
BAB 2
TINJAUAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Penggunaan internet dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan
juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan.
Melalui portal-portal pendidikan yang disediakan sama ada portal tempatan atau luar,
guru dan murid dapat memanafaatkan sebaik mungkin. Portal pendidikan dapat
memberi kefahaman yang lebih kepada murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
contohnya dalam eksperimen sains, guru hanya menunjukkan satu-satu eksperimen
sekali sahaja tetapi melalui portal pendidikan mereka boleh berulang kali mencubanya.
Tambahan pula setiap bahan di dalam portal sentiasa dikemaskini dan murid mendapat
banyak bahan baru berbanding dengan buku teks yang diperbaharui lima tahun sekali.
(Zalina Yahaya, 2001).
Selain internet pembelajaran masa kini banyak melibatkan penggunaan bahan
multimedia komputer. Pelajar sekolah rendah, seharusnya telah dapat menguasai
kemahiran menggunakan komputer dan internet sewaktu mereka berada di tahun
pertama di sekolah rendah. Pengetahuan ini akan memudahkan mereka mendapatkan
maklumat dan bahan-bahan pembelajaran tambahan untuk memperkukuhkan
kefahaman mereka terhadap sesuatu tajuk yang dipelajari. Kajian Bahrudin, Mohamad
Bilal & Muhammad Kasim, 2001 menunjukkan bahawa ICT dapat membantu mengatasi
kelemahan pendidikan sains yang diajar secara tradisional serta penglibatan guru
dalam penggunaan komputer secara lebih produktif. Guru harus mengintegrasi
10
kemahiran teknologi dan peluang pembelajaran secara konstruktivis untuk melihat
keberkesanan penggunaan teknologi.
Namun demikian kekangan aspek sosio ekonomi pelajar yang pelbagai, maka adalah
mustahil untuk kita mengharapkan setiap pelajar sekolah rendah mempunyai
kemudahan komputer dan internet dirumah masing-masing. Di sinilah sekolah
memainkan peranan yang penting dalam menyediakan keperluan tersebut secara
efektif dan melibatkan pelajar dengan menyeluruh dalam perkembangan teknologi ICT.
Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru turut mengalami pelbagai perubahan dan
perkembangan sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat di alaf baru ini iaitu
dengan pengenalan kepada penggunaan teknologi dalam pendidikan. Guru-guru digesa
supaya melengkapkan diri dengan bermacam teknik atau kemahiran yang berteraskan
teknologi maklumat bagi menghadapi dunia perguruan yang serba mencabar ini. Justeru
itu, bermulalah era penggunaan komputer di sekolah-sekolah.
Perkembangan ini juga telah banyak mempengaruhi budaya kerja guru-guru di sekolah-
sekolah di seluruh negara. Namun dengan kehadiran makmal komputer dan
kelengkapan nya, para guru dan pentadbiran sekolah tidak seharusnya menganggap
proses perkembangan ini sebagai satu bebanan kepada mereka kerana penambahkan
kerja-kerja pengurusan peralatan. Mereka perlu melihat perkembangan ini dari sudut
sumbangan teknologi kepada perkembangan sumber tenaga manusia yang mantap,
pengurusan dan perkhidmatan yang lebih cekap, berbanding sebelum penggunaan
teknologi maklumat.
2.2 Peranan Makmal Pengkomputeran.
Makmal komputer yang diujudkan di sekolah-sekolah adalah untuk pelajar-pelajar
mendapat akses untuk belajar dan menggunakan teknologi tersebut dalam proses
11
pembelajaran mereka. Sebuah makmal pengkomputeran yang dilengakapkan dengan
komputer pelajar dan guru dengan kemudahan ‘schoolnet’ dapat membantu pelajar
melayari internet untuk mendapatkan maklumat. Guru pula dapat menggunakan bahan-
bahan pelajaran yang ada untuk memperkukuhkan pengajaran dan pembelajaran
pelajar.
Bahan-bahan pelajaran yang begitu banyak terdapat dari sumber internet dapat
digunakan oleh pelajar dan juga guru di sekolah untuk menjalankan kajian dan
mendapatkan bahan-bahan sokongan serta rujukan yang menyeluruh tentang subjek
yang dikaji dengan pantas dan mudah.
Di Britain beribu-ribu buah sekolah telah menikmati kemudahan internet. Bedasarkan
kajian yang di buat oleh sebuah pertubuhan di Amerika Syarikat, CAST telah mendapati
pelajar yang mencapai internet mampu menghasilkan projek sekolah yang lebih baik
berbanding dengan para pelajar yang tidak memiliki Internet (Jamaludin Badusah et
al.2000). Perkara Ini menjelaskan peranan internet memainkan peranan yang besar
dalam meningkatkan mutu prestasi pelajar.
Kini bukan satu khayalan apabila seseorang pelajar dengan mudah dapat melihat
kandungan sesebuah buku yang terdapat di negara luar atau berhubung terus dengan
seorang pelajar atau rakan di negara lain. Ini lah rupa bentuk teknologi ICT yang
terdapat pada zaman ini yang diturunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ke
sekolah sekolah di seluruh Malaysia. Namun demikian adakah hasrat ini melalui
halatuju yang diharapkan?
Dalam semua organisasi, aspek pengurusan perlu dititikberatkan. Pengurusan yang
cekap dan cemerlang membolehkan organisasi itu berjalan dengan baik dan berkesan.
Sehubungan dengan itu pengurusan makmal komputer seharusnya mempunyai ciri-ciri
dan matlamat berikut:
12
2.2.1 Pengurusan Makmal
Semestinya makmal komputer sentiasa berada dalam keadaan keselamatan yang
terjamin kebersihannya, kekemasan perabot, perkakasan dan peralatan komputer yang
sentiasa dijaga dan dibaikpulih dari semasa kesemasa. Makmal komputer yang tidak
diselenggarakan dengan baik akan menjejaskan peluang pelajar-pelajar menggunakan
kemudahan kemudahan ICT yang disediakan dengan optimum. Pihak pentadbiran
sekolah dan penyelaras makmal pengkomputeran betanggungjawab seppenuhnya
dalam usaha memastikan peralatan ICT dapat digunakan dengan suasana bilik yang
kondusif.
Satu jadual penyenggaraan peralatan makmal perlulah disediakan dan pihak sekolah
harus mempunyai kemudahan kewangan yang mencukupi bagi menyenggara kerja-
kerja peyelenggaraan yang kecil. Sikap pentadbiran mengharapkan Jabatan Pendidikan
Negeri untuk turun membaiki keadaan adalah tidak relevan kerana prosesnya
memakan masa yang panjang. Oleh yang demikian peranan Persatuan Ibubapa dan
Guru adalah diharapkan dapat memainkan peranan yang penting dalam menangani
masalah kewangan untuk kerja-kerja penyenggaraan.
2.2.2 Proses pengajaran pembelajaran
Matlamat utama makmal pengkomputeran adalah untuk menyediakan pelajar dengan
pengetahuan ICT yang semakin berkembang dengan pesat. Matlamat ini tidak akan
menjadi kenyataan sekiranya kelancaran program tersebut terpaksa berdepan dengan
ganguan teknikal dan perkakasan makmal. Guru tidak dapat menjalankan pengajaran
dengan berkesan dan kawalan pelajar dalam makmal komputer akan menjadi haru-biru.
13
2.2.3 Keselesaan
Keselesaan makmal pengkomputeraan yang dilengkapi dengan pengahawa dingin dan
perabot yang bermutu tinggi dan berlainan dari bilik darjah biasa, merupakan beberapa
faktor dan daya tarikan kepada pelajar-pelajar sekolah untuk terus mengunjungi bilik
tersebut. Pelajar sentiasa tertanya-tanya bilakah akan tiba giliran kelas mereka untuk
memasuki makmal komputer kepada guru mereka. Perkembangan ini menunujukkan
kepada kita bahawa pelajar bersedia untuk belajar dan kesempatan ini harus digunakan
dengan sepenuhnya untuk menyampaikan ilmu oleh para guru, di mana ianya sudah
tentu akan dapat menyumbang kearah kecemerlangan pelajar dalam matapelajaran
ICT. Di sebaliknya keadaan makmal pengkomputeran yang tidak terurus, akan
mengundang kemalangan-kemalangan yang tidak diduga. Pendawaian elektrik yang
tidak sempurna boleh menyebabkan litar pintas dan ada juga peralatan yang lama
boleh mengakibatkan kebakaran.
2.2.4 Garis Panduan Penggunaan
Garis panduan penggunaan makmal komputer perlu diselaraskan dan diikuti dengan
betul oleh semua pihak. Perkara ini adalah perlu kerana memastikan penggunaan
secara optimum. Risalah, manual dan buku panduan yang memudahkan pengguna
mengendalikan semua alat dalam makmal komputer perlu disediakan suapaya
pembaziran masa dapat dikurangkan.
Carta aliran, ‘bulletin board’ hendaklah diadakan supaya pengguna dapat mengetahui
maklumat terkini. Sistem fail dan inventori yang lengkap, kemas dan teratur dapat
menolong urusan pentadbiran dilaksanakan dengan lebih tepat dan cepat.
14
Pihak pengurusan makmal hendaklah menyediakan jadual penggunaan yang lengkap
supaya cara penggunaan makmal komputer dapat dijalankan secara teratur dan
dengan sendiri dapat mengelak berlaku pertindanan penggunaan makmal komputer
antara kelas dan pelajar. Di samping itu pengurus makmal juga perlu mengurus hal-hal
berkaitan dengan penyenggaraan makmal seperti servis alat penghawa dingin,
kebersihan dan keceriaan makmal, ‘trouble shooting’, ‘update anti virus’,
‘defragmentation’, ‘disk cleanup’, mengemaskini direktori dan sebagainya.
Pengurusan makmal juga perlu merancang supaya proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku mengikut sukatan pelajaran literasi komputer yang ditetapkan
oleh pihak kementerian. Di samping itu latihan komputer kepada semua guru dan
kakitangan sekolah perlu dijalankan supaya mereka boleh menggunakan komputer
untuk mempertingkatkan produktiviti seperti, kemahiran asas menggunakan perkakasan
komputer, pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan pemprosesan data,
pengetahuan dan kemahiran asas penggunaan hamparan elektronik, pengetahuan
asas pengurusan makmal dan penggunaan perisian pendidikan untuk pengajaran dan
pembelajaran. Sekolah sekolah yang mempunyai peruntukan perlu merancang
belanjawan dengan menggunakan peruntukan yang diberi untuk mengemaskini bahan
pembelajaran bagi perisian dan komponen perkakasan komputer. Dalam masa yang
sama menangani proses-proses penyenggaraan komputer jika berlaku kerosakkan
serta menyimpan inventori yang lengkap keatas semua perlatan ict dalam makmal.
2.2.5 Keupayaan Pelajar
Kemahiran komputer berkait rapat dengan kecekapan pelajar menggunakan
perkakasan komputer untuk pembelajaran. Tahap kemahiran yang rendah
menyebabkan pelajar menghadapi kesukaran khasnya dari segi teknikal menyebabkan
15
banyak masa terbuang begitu sahaja. (Devadason Robert Peter: 1999). Colleen
McKenna. (2001), mendapati terdapat hubungan yang rapat antara pengalaman dan
kebiasaan menggunakan komputer dengan “Computer-assisted assessment” (CAA).
Lebih banyak mereka (pelajar) menggunakan komputer, lebih berminat mereka
menggunakan “Computer-based assessment”. Ibrahim et al, (1997) mendapati
responden yang mempunyai komputer didapati mempunyai tahap penguasaan yang
lebih tinggi.
Kajian Peter Seth (2002) ke atas sekumpulan pelajar tahun 1 di Balob Teachers
College, Papua New Guinea mendapati hampir semua sekolah menengah
menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai kemahiran literasi komputer yang asas.
Sejumlah 60% daripada pelajar menunjukkan bahawa mereka tahu menggunakan
komputer. 49% pula menunjukkan keyakinan menggunakan komputer. Manakala
sejumlah 89% tahu fungsi asas monitor, keyboard, cakera keras dan tetikus. Ian John
Cole (2005) pula membuat penyelidikan tentang literasi dan kemahiran sistem komputer
ke atas jururawat pelatih menggunakan kriteria seperti; “Understanding what the keys
do on the keyboard, Learning to use a mouse, Navigating Windows 2000 and basic
word processing, How to use a bibliographic database, and How to search the Internet
and use e-mail”. Dari hasil kajian John Cole menyatakan: “a serious skills deficit and
whether these students are suffering from a lack of confidence or a real lack of
computer skills the issue is that a large number of these students perceive themselves
as being unskilled in the use of computers and that is a problem that needed to be
addressed.”
Beberapa penyelidikan yang berkaitan tahap literasi komputer menggunakan pelbagai
kriteria untuk menentukan tahap literasi komputer seseorang secara umum Ian Reid
(1997). Kebanyakan institusi pendidikan menyatakan secara umum tahap literasi
komputer yang tertentu, tetapi tidak menyatakan tahap kompetensi komputer yang
diperlukan.
16
University New South Wales, Australia misalnya menentukan tahap literasi komputer
sebagai “…general terms of 'familiarity with the vocabulary and strategies associated
with computers and computing techniques'”.
University of South Australia pula menentukan tahap literasi komputer berdasarkan
empat jenis pengguna: “the emergent user, the progressive user, the high user and the
dependent user”. Contohnya “emergent user” memiliki ciri seperti mempunyai capaian
ke komputer sama ada di rumah atau tempat kerja / belajar, mempunyai capaian dan
tahu menggunakan pemprosesan perkataan, email dan aplikasi laman web dan boleh
memuat turun maklumat ke disket untuk diprint atau lain-lain kegunaan.
National survey of Australian (Glenn F., Neil and Glenn R., 1999) menggunakan
beberapa kriteria untuk menentukan kemahiran asas komputer termasuk “using a
mouse, turn the computer on, using a keyboard, shutting down and turning off,
exiting/quitting a program, saving a document, printing a document, starting a program,
opening a saved document, deleting files, getting data from CD-Rom, creating a new
document, and moving files.”
Wikipedia (the free encyclopedia, 2006) pula menyatakan tahap literasi komputer
termasuklah kebolehan menyambung dan menghidupkan komputer, mengarang,
menyunting dan mencetak dokumen, keupayaan untuk berkomunikasi, menggunakan
komputer melalui e-mail, mengurus dan menyunting gambar (dari pelbagai perkakasan
seperti kamera digital, membuka fail dan mengenalpasti fail yang berbeza dan perlbagai
jenis literasi multimedia.
Pengukuran literasi komputer seharusnya dinilai secara umum (Scott Childers, 2006).
Scott menggunakan tiga tahap untuk menentukan literasi komputer pengguna iaitu
“Level 1: Baseline”, “Level 2: Desired” dan “Level 3:Target” Contoh pengukuran yang
digunakan oleh Scott ialah “Know how to turn the printer on” dianggap pada tahap “
17
Baseline”, “Know how to change the catridge or ribbon” dianggap pada tahap “Desired”,
dan “Ability to check the printer set-up for proper configuration” dianggap pada tahap
“Target”.
Walau bagaimanapun tahap literasi yang diukur adalah berbeza di kalangan
masyarakat, organisasi dan negara tertentu bergantung kepada bidang dan
penggunaannya. “The level of computer literacy needed to have an advantage,
depends both on the society one is in and your place in the social hierarchy. Different
countries have different needs for computer literate people due to their society
standards and level of technology.” (Wikipedia, 2006).
2.3 Latar Belakang Program Pengkomputeran Sekolah.
Program pengkomputeran mula diperkenalkan di sekolah-sekolah di Malaysia secara
rasminya pada tahun 1986 iaitu melalui Pekeliling Perkhidmatan Bil. (5) Tahun 1986.
Bermula dari tarikh tersebut, program pengkomputeran di sekolah sekolah mula
dilaksananakan dan berkembang secara beransur-ansur mengikut keperluan dan
kemampuan yang dimiliki. Bermula dengan kelab-kelab komputer yang kebanyakan
ditubuhkan atas inisiatif sekolah-sekolah sendiri telah berkembang kepada apa yang
ada sekarang.
Pada awal tahun 1990-an, kementerian mula melaksanankan beberapa projek
pendidikan yang berasaskkan ICT dan pembekalan komputer, khususnya sebagai
penyediaan infrastruktur ICT. Pada 5hb. Julai, 1992, sebanyak 60 buah sekolah
menengah luarbandar dibekalkan dengan 21 set komputer bagi setiap sekolah.
Bermula dari tarikh tersebut, usaha-usaha menerapkan penggunaan komputer kedalam
sistem pendidikan juga menjadi semakin menyerlah dan menyeluruh.
Program latihan untuk meningkatkan keupayaan guru-guru mengendalikan perkakasan
komputer dan kemahiran menggunakan software dalam mengendalaikan pengajaran
18
pembelajaran berasaskan komputer telah menjadi agenda utama dalam dalam program
ICT sekolah. Berikutan dengan itu pada awal tahun 90-an, kementerian pelajaran
melaksanakan program latihan dalam perkhidmatan untuk mendedahkan kemahiran
ICT kepada guru-guru pelatih di maktab perguruan bagi kursus Diploma Perguruan
Malaysia pada awal tahun 90-an.
Untuk memantapkan lagi kebolehan guru-guru Kursus Pengajian Teknologi Maklumat
kepada guru-guru dimulakan di Maktab Perguruan terpilih di seluruh Malaysia.
Disamping usaha ini, kursus-kursus jangka pendek dan kursus-kursus khas yang
berkaitan dengan ICT terus diadakan di peringkat negeri yang dikelolakan oleh Jabatan
Pelajaran negeri masing masing.
Dalam perkembangan berkaitan, pada tahun 1996 penyediaan infrastruktur ICT telah
diperluaskan ke 209 buah sekolah menengah dan 20 buah sekolah rendah. Setiap
sekolah menengah dibekalkan dengan 21 set komputer, termasuk sebuah’server’ untuk
mengadakan ‘Local Area Network’ tanpa kemudaham internet. Manakala di sekolah
rendah pula bekalan komputer tidak dirangkaikan.
Dari tahun 1999 hingga 2000, sebanyak 332 buah sekolah iaitu 110 buah sekolah
menengah dan 222 buah sekolah rendah di seluruh negara telah menerima komputer.
Jenis komputer yang dibekalkan adalah komputer multimedia jenis Pentium III yang
dibekalkan oleh Syarikat Mimos yang dilantik oleh kerajaan dan bekalan dibuat melalui
tender terbuka di Sabah dan Sarawak. Sekolah sekolah yang menerima kemudahan ini
diarahkan untuk menyediakan bilik khas yang diubahsuai untuk menempatkan
komputer yang dibekalkan.
Mulai tahun 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan pula Projek
Penyediaan Infrastruktur Fizikal dan Pengkomputeran Sekolah Menengah dan Rendah
di 2,148 buah sekolah rendah dan menengah .
19
Projek ini dilaksanakan berperingkat dengan memberi keutamaan kepada sekolah-
sekolah yang mempunyai enrolmen melebihi 150 orang dan mempunyai bekalan
elektrik. Makmal pengkomputeran yang dibina dilengkapkan dengan komputer terkini
beserta kemudahan rangkaian setempat dan internet. Selain peralatan komputer,
makmal ini juga dilengkapkan dengan sebuah projektor Liquid Crystal Display (LCD),
sebuah alat pengimbas (scanner), satu unit pencetak Lacer dan satu unit pencetsk
Inkjet. Sebuah kamera digital juga di bekalkan untuk tujuan menghasilkan bahan batu
pengajaran. Bilangan peralatan komputer yang diberi adalah berdasarkan enrolmen
pelajar sekolah-sekolah berkenaan.
Komitmen kerajaan dalam menerapkan penggunaan komputer dalam sistem
pendidikan adalah amat ketara dengan tindakan kerajaan melabur jutaan ringgit untuk
membina makmal serta rangkaian komputer. Tujuan pelaburan tersebut adalah untuk
mempercepatkan usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir bagi memenuhi keperluan
pasaran semasa.
Dalam satu sidang parlimen, Kementerian Pelajaran Malaysia memaklumkan kepada
dewan bahawa sehingga bulan September 2003 sahaja sudah terdapat 4,297 projek
makmal komputer sekolah (3,700 makmal baru dan 597 makmal yang diubah suai)
sudah diluluskan pembinaanya.
Jadual 2.3.1 menunjukkan taburan bilangan pembinaan bangunan baru makmal
komputer di sekolah-sekolah mengikut negeri.
20
Jadual 2.3.1. Taburan Bangunan Baru Makmal Komputer Mengikut Negeri
Negeri BilanganPerlis 68Kedah 461Pulau Pinang 91Perak 487Selangor 340Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 87Negeri Sembilan 239Melaka 140Johor 415Pahang 443Terengganu 258Kelantan 307Sabah 200Sarawak 164Dipetik dari Berita Harian halaman 7 (2003)
Menurut Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2002),
Kementerian Pelajaran telah mengariskan tiga dasar utama ICT dalam pendidikan iaitu
1 Literasi ICT untuk semua pelajar
2 Mengutamakan peranan dan fungsi ICT dalam pendidikan sebagai kurikulum dan
alat pengajaran pembelajaran.
3 Penekanan penggunaan ICT.
Literasi ICT untuk semua pelajar bermaksud, pelajar memperolehi kemahiran
menggunakan kemudahan ICT yang dapat mereka aplikasikanya dalam kehidupan
mereka seharian. Manakala peranan dan fungsi ICT sebagai kurikulum bermaksud
pelajar mempelajari ICT sebagai satu matapelajaran. Peranan dan fungsi sebagai alat
pengajaran dan pembelajaran membawa maksud, menggunakan kemudahan ICT di
dalam bilik darjah. Dasar penekanan penggunaan dimaksudkan sebagai fokus untuk
meningkatkan produktiviti, kecekapan dan keberkesanan sistem pengurusan yang
meningkatkan kualiti perkhidmatan melalui pengautomasian pejabat dan pelaksanaan
sistem aplikasi komputer dalam pengurusan maklumat yang meningkatkan mutu kerja.
21
Dalam tahun 2001, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), telah merangka program
pembangunan ICT dalam pendidikan. Tempoh masa 10 tahun mulai 2001 hingga 2010
akan digunakan untuk merialisasikan matlamat-matlamat berikut:
a. Meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT
b. Memperluaskan akses dan ekuiti kepada kemudahan ICT
c. Memperluaskan kurikulum berasaskan ICT
d. Meningkatkan system pentaksiran dengan menggunakan ICT
e. Pengintegrasian ICT dalam pengajaran pembelajaran
f. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICTdi kalangan pelajar, tenaga
pengajardan kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia.
g. Meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan
h. Meningkatkan usaha pengurusan dan penyelenggaraan perkakasan ICT
i. Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan dalam ICT
j. Meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat untuk
membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan.
2.4 Program ICTL Sekolah Rendah
Program ICTL (Information and Communication Technology Literacy) for Primary
Schools adalah satu program leterasi ICT yang dirancang untuk memberi pendedahan
kepada pelajar sekolah rendah bermula dari asas komputer, perkakasan, perisian dan
juga etika dalam penggunaan komputer di sekolah-sekolah rendah mulai 2005 tanpa
pengecualian. Program ini terdiri dari dua peringkat iaitu, peringkat satu yang
melibatkan pelajar-pelajar tahun satu hingga tiga (tahap satu), manakala peringkat
kedua program ini melibatkan pelajar-pelajar dari tahun empat hingga enam (tahap
dua). Program ini dijalankan dengan menggunakan waktu pengajaran Bahasa Inggeris
dalam jadual. Ini bermakna sebanyak dua waktu (1 jam) akan di gunakan oleh guru
Bahasa Inggeris untuk mengajar kemahiran ICTL.
22
2.4.1 Pelaksanaan Program
Program ini akan melibatkan pelajar-pelajar dari tahun satu hingga enam dengan masa
pengajaran pembelajaran selama 780 minit (26 waktu) dalam jangkamasa tiga bulan
berturut-turut. Pelajar-pelajar tahun satu akan didedahkan kepada program ini setelah
mereka melalui program transisi pada awal tahun. Sebanyak dua masa dari jadual
waktu Bahasa Inggeris akan digunakan untuk tujuan ini.
2.4.2 Peranan Guru ICTL
Guru memainkan peranan yang penting dalam memastikan kejayaan program ini.
Dalam masa yang sama, setiap guru Bahasa Inggeris yang diberi tugas dan
tanggungjawab untuk menjalankan program ini di kelas masing-masing perlu menguasai
ilmu pengetahuan dan kemahiran ICTL terlebih dahulu dan mengetahui perkembangan
semasa dalam bidang teknologi ICT. Pandian (2004) dalam kajian beliau menyatakan
guru-guru yang kurang berpengetahuan dalam bidang Teknologi Maklumat dan
Komunikasi perlu berusaha untuk mencapai kemajuan tersebut. Namun demikian,
persediaan tersebut kata perlu merangkumi persediaan mental dan fizikal. Faktor
persediaan mental, pengetahuan, pengalaman dan kemahiran di kalangan anggota
adalah penting ke arah sesuatu perubahan dalam sesebuah organisasi (Steers & Black,
1994). Kajian Steers dan Black mendapati bahawa persediaan mental di kalangan
anggota organisasi merangkumi sikap yang positif terhadap agenda perubahan yang
dicadangkan di samping memahami tujuan atau sebab-sebab di sebalik perubahan yang
akan dilaksanakan. Gbomita (1997) menyatakan bahawa sikap terhadap komputer
adalah satu daripada tiga faktor yang menyumbang kepada penerimaan guru-guru
terhadap penggunaan komputer, selain faktor ciri-ciri komputer dan dasar-dasar kritikal
yang penting untuk penerimaan penggunaan komputer. Penggunaan Bahasa Inggeris
dalam ICTL akan membantu pelajar menguasai bahasa tersebut dengan lebih baik
23
kerana bahan pembelajaran dan bahasa pengantar yang digunakan adalah dalam
Bahasa Inggeris.
Disamping meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, guru juga memainkan peranan
yang penting dalam memastikan setiap pelajar menguasai kemahiran ICTL seperti mana
yang terdapat dalam garispanduan dan modul yang dibekalkan. Penguasaan kemahiran
ICTL juga akan membantu pelajar meningkatakan produktiviti, kecemerlangan dan
pengurusan masa yang lebih berkesan dikalangan mereka.
2.4.3 Objektif Program ICTL
Dalam Huraian sukatan yang disediakan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum
Kementerian Pendidikan Malaysia, skop pembelajaran pelajar tahun 3 diharapkan pada
akhir program ini pelajar dapat menguasai kemahiran dalam pengetahuan organisasi
makmal pengkomputeran sekolah, mengenali perkakasan komputer (hardware),
pengendalian perkakasan dan aplikasi komputer (software) mudah untuk kegunaan
pelajar.
Pelajar-pelajar didedahkan dengan peralatan asas sistem komputer seperti, ‘monitor’,
‘CPU’, ‘speaker’ dan ‘keyboard’. Pelajar ditunjukkan dengan perkakasan ini dan
mengenali dengan lebih dekat dengan deria mereka dan mengenali nama perkakasan-
perkakasan tersebut. Pada usia yang masih kecil, pelajar juga didedahkan dengan
cara-cara makmal komputer diuruskan di sekolah mereka dan guru-guru yang terlibat
dalam pengurusan makmal ini. Pengetahuan tentang perkara-perkara ini dibuat pada
permulaan program supaya pelajar dapat mengikuti program ICTL dengan lebih
bertanggung jawab.
24
Rajah 2.1 Sistem Operasi Komputer
Pelajar perlu mengetahui konsep sistem operasi yang menghubungkan kesemua
perkakasan komputer dan sistem operasi yang menentukan pengoperasian lain-lain
aplikasi komputer yang terdapat dalam sesebuah komputer.
Pelajar-pelajar perlu mengenali kekunci yang terdapat dalam papan kekunci dan fungsi-
fungsi tersebut. Dengan latihan ynag berterusan diharapkan pelajar dapat mengenal
fungsi-fungsi papan kekunci dengan baik untuk mengoptimumkan penggunaan
sesebuah komputer.
Program ini juga menekankan kemahiran menaip dan penggunaan alat tetikus dengan
berkesan. Melalui latihan-latihan dengan menggunakan bahan ‘courseware’ yang yang
disediakan dan inisiatif guru, diharapkan pelajar akan menguasai kemahiran menaip
untuk menjalankan tugasan-tugasan sekolah dalam proses pembelajaran.
Akhir sekali pelajar-pelajar juga diharapkan dapat belajar menjalankan kerja-kerja
penyenggaraan asas seperti mengimbas untuk virus, menyusun dan membuang fail-fail
yang tidak perlu supaya komputer yang digunakan berjalan dengan lancar pada setiap
masa.
Bagi pelajar-pelajar yang berada di tahap dua sekolah rendah, mereka akan
didedahkan dengan kemahiran asas penggunaan komputer yang lebih mencabar
seperti tatacara melayari internet untuk mendapatkan maklumat, e-mail, menggunakan
25
kemudahan rangkaian yang telah disediakan di makmal pengkomputeran dan lain-lain
kemahiran yang perlu untuk pelajar sekolah rendah
2.5 Penutup
Sebahagian besar penyelidikan dan pembangunan telah dilaksanakan dalam rangka
untuk membawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) keperingkat yang terkini.
ICT pada awalnya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dalam proses pendidikan
(Dede, 1998). Penggunaan ICT di bidang pendidikan boleh membantu meningkatkan
kelemahan mengingat semula, motivasi dan umumnya memperdalamkan pemahaman
kandungan pelajaran. ICT juga boleh digunakan untuk mempromosikan pembelajaran
kolaboratif, termasuk main peranan, penyelesaian masalah dalam kumpulan dan
‘articulated projects’ (Forcheri dan Molfino, 2000). Secara umum, ICT ialah
mempromosi pendekatan-pendekatan baru untuk bekerja dan belajar, dan cara-cara
baru berinteraksi. Akibatnya, pengenalan ICT untuk sekolah-sekolah di Malaysia telah
menimbulkan era baru dalam pedagogi yang diperkenalkan.
BAB TIGA
METODOLOGI
3.1 Pengenalan
Bab ini akan membincangkan tentang kaedah kajian yang digunakan. Pertama,
penjelasan tentang reka bentuk kajian; kedua penerangan tentang intrumen yang
diguanakan.dan ketiga tentang sampel kajian.
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian kes yang dijalankan secara kualitatif dan kuantitatif di
Sekolah Kebangsaan Jelutong Barat yang terletak di Bandar Jelutong Kawasan Timur
26
Laut Pulau Pinang. Kajian ini tidak bertujuan untuk membuat generalisasi kepada guru
atau pelajar di sekolah-sekolah lain tetapi ia lebih memusatkan kepada pengurusan
makmal pengkomputeran dan pelaksanaan program ICTL di sekolah yang dikaji.
Kerangka Konsep
Rajah 3.2.1 Kerangka Konsep
Gambarajah di atas menerangkan dengan ringkas proses kajian ini yang memberi fokus
kepada empat perkara utama yang memainkan peranan penting dalam kejayaan
pelaksanaan program ICTL di sekolah, yang merangkumi kemudahan perkakasan ICT
dan kemudahan berkaitan untuk melaksanakan program. Kedua, pengurusan makmal
pengkomputeran sekolah di bawah pengurusan seorang pengurus makmal yang
berkelayakan. Ketiga, kesediaan guru-guru yang terlibat dengan pengajaran kemahiran
ICTL. Keempat, penglibatan pihak pentadbiran sekolah dalam menentukan program
ICTL sekolah berjalan lancar dengan mengadakan hubungan yang perlu dengan pihak
Jabatan dan Kementerian Pelajaran dalam menguruskan dan memantau kerja-kerja
penyenggaraan dan pengurusan yang konsisten. Kerangka konsep ini juga
27
PELAKSANAAN
PROGRAM ICTL
KESEDIAAN
GURU
KEMUDAHAN
PERKAKASAN
ICT
KERJASAMA PENTADBIRAN SEKOLAH
PENGURUSAN MAKMAL
menunjukkan bahawa kesemua empat faktor utama ini perlu kerjasama yang erat dan
berterusan untuk kejayaan program .
3.3 Sampel Kajian
Sampel kajian yang terdiri dari; (i) 60 pelajar tahun tiga, (ii) 5 orang guru Bahasa
Inggeris yang menjalankan program ICTL, (iii) penyelaras makmal pengkomputeran, (iv)
pelajar Tahun 3 dan (iv) ibubapa pelajar Tahun 3 melalui penggunaan ujian
penguasaan kemahiran ICTL, temubual dan pemerhatian langsung. Kajian bentuk ini
didapati sesuai kerana melalui ujian penguasaan yang akan dijalankan, tahap
penguasaan ICTL pelajar dapat diukur untuk mengetahui penguasaan kemahiran
pelajar tahun tiga di sekolah ini. Temubual akan dijalankan untuk mendapatkan
gambaran sebenar program ICTL dengan guru-guru ICTL, guru penyelaras makmal
pengkomputeran, pelajar tahun tiga yang dipilih secara rawak dan Ibubapa pelajar
tahun tiga.
3.4 Instrumen Kajian
Instrument yang diggunakan dalam kajian ini adalah temubual, pemerhatian dan ujian.
Melalui temubual dan pemerhatian, penyelidik percaya dapat melaporkan
perkembangan yang sebenar. Temubual dan pemerhatian juga dilakukan secara tidak
formal untuk memberi keselesaan kepada sampel untuk mendapatkan maklumat
dengan lebih berkesan dan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi.
3.4.1 Ujian ICTL
28
Satu ujian yang terdiri dari 40 soalan objektif akan diberikan kepada pelajar-pelajar
Tahun 3 untuk mengetahui tahap penguasaan literasi ICTL, berdasarkan sukatan
pelajaran ICTL yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK)
Kementerian Pelajaran Malaysia. Markah pelajar kemudian digredkan berdasarkan
piawai penggredan Sistem Peperiksaan Malaysia (0-39=gagal, 40-49=lulus, 50-
79=kepujian, dan 80-100=cemerlang).
Setelah digredkan, keputusan ini kemudian diubah kepada tiga tahap yang digunakan
dalam kajian ini iaitu Tahap Rendah, Tahap Sederhana dan Tahap Tinggi. Pelajar-
pelajar yang yang memperolehi markah kurang dari 39% adalah dianggap gagal dan
mereka digolongkan dalam Tahap Rendah. Pelajar-pelajar yang lulus dan mendapat
kepujian (40% hingga 79 %) akan digolongkan dalam Tahap Sederhana. Pelajar-pelajar
yang memperolehi markah melebihi 80% akan dikategorikan sebagai Cemerlang dan
digolongkan dalam Tahap Tinggi.
3.4.2 Temubual dan Pemerhatian
Temubual dengan penyelaras makmal komputer dan guru-guru Bahasa Inggeris yang
menjalankan program ICTL memberi tumpuan kepada aspek-aspek berikut:
Masalah-masalah yang dihadapi dalam mengurus makmal pengkomputeran,
keberkesanan penyengaraan peralatan ICT dalam makmal komputer, kemudahan
akses pelajar kepada peralatan ICT dalam makmal dan kesediaan guru menjalankan
program ICTL berdasarkan modul Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Keempat-empat aspek di atas didapati perlu kerana, ia menjadi faktor utama dalam
proses pembelajaran kemahiran ICTL. Namun demikian keiklasan guru-guru ICTL,
penyelaras makmal komputer, pelajar dan ibubapa memberi maklumat yang betul
adalah diharapkan untuk mendapatkan perkembangan yang sebenar di sekolah yang
dikaji.
29
3.5 Analisis Data
Keputusan ujian penguasaan kemahiran ICTL akan analisis secara diskriptif dengan
menggunakan SPSS untuk mendapatkan peratus, min dan sisihan piawai untuk
menentukan tahap literasi komputer pelajar. Pencapaian pelajar akan kategorikan
kepada tiga tahap iaitu 1 TahapTinggi, 2 Tahap Sederhana, 3 Tahap Rendah.
Dapatan dari temuramah dengan guru penyelaras makmal dan guru-guru yang
mengajar ICTL, pelajar tahun tiga dan ibubapa pelajar, akan digunakan sebagai bahan
sokongan kajian dan dapatan kajian dari perspektif keberkesanan program ICTL dan
pengurusan makmal komputer di sekolah yang dikaji.
3.6 Penutup
Penyelidik memilih untuk melakukan satu kajian kes tentang isu ini adalah kerana untuk
meninjau secara mendalam tentang pelaksanaan program ICTL di sekolah ini dan
pengurusan makmal pengkomputeran yang menjadi sumber utama dalam menjayakan
pelaksanaan program ICTL di sekolah yang dikaji. Keberkesanan makmal
pengkomputeran dalam menyediakan kemudahan peralatan komputer untuk pelajar,
kesediaan guru dan kerjasama pentadbiran memainkan peranan yang penting dalam
menentukan kejayaan dan keberkesanan program ICTL.
Bab 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan
Data yang di perolehi dari guru-guru, pelajar dan ibu bapa dirumuskan untuk memberi
gambaran sebenar. Kertas ujian setiap pelajar dianalisa dan diterjemahkan dalam
jadual analisa item untuk menggambarkan keupayaan pelajar menguasai kemahiran
30
ICTL. Kesemua dapatan dari kajian ini dibincangkan berdasarkan persoalan kajian yang
dibentuk
4.2 Latar Belakang Makmal Komputer Sekolah yang Dikaji
Penyelidik telah berkhidmat di sekolah yang di kaji sejak tahun 1993. Beliau telah
menyaksikan sendiri perkembangan teknologi ICT di sekolah tersebut sehingga beliau
berpendapat perlunya satu kajian yang komprehensif perlu dibuat untuk menyedarkan
warga sekolah dan pihak pentadbiran bahawa teknologi yang disalurkan ke sekolah ini
tidak dapat di gunakan dengan sepenuhnya bagi kebaikan pelajar. Walaupun skop
kajian ini luas, namun penyelidik memberi fokus kepada program ICTL dan pengurusan
makmal pengkomputeran sekolah tersebut.
Makmal pengkomputeran yang siap dibina dan di serahkan kepada pihak sekolah pada
tahun 2002 telah beroperasi sejak itu dengan baik dengan kemudahan 20 unit komputer
pelajar, satu unit komputer guru, sebuah pencetak, sebuah alat pengimbas dan
projector LCD. Dengan kemudahan ini, pihak sekolah dengan bantuan penyelaras
makmal pengkomputeran telah meranggka jadual penggunaan kepada semua kelas
supaya mereka berpeluang mengikuti pelajaran ICT.
Sukatan pelajaran untuk mengajar subjek ICT pada awal tahun 2002 adalah kabur
dimana tidak ada satu garispanduan dalam bentuk modul sebagai panduan guru. Oleh
kerana itu penyelaras makmal pengkomputeran, setelah berbincang dengan pihak
pentadbiran sekolah, telah menetapkan supaya pelajar-pelajar didedahkan dengan
pengetahuan ‘software’ seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan Software
yang melibatkan grafik mudah untuk kegunaan seharian dan perlu dalam menghasilkan
kerja-kerja sekolah yang berasaskan ICT.
31
Guru-guru mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
akan mengambil giliran masing-masing selama satu jam seminggu untuk menggunakan
kemudahan ICT yang disediakan. Guru-guru matapelajaran tersebut akan menggabung
jalinkan kemahiran ICT untuk mengajar topik-topik yang difikirkan sesuai. Software
buku teks yang dibekalkan oleh Bahagian Buku Teks Kementerian Pendidikan Malaysia
juga di guna pakai oleh pelajar dan belajar secara interaktif. Penggunaan internet juga
dilakukan bagi mendapatkan maklumat-maklumat tambahan tentang tugasan yang
diberi oleh guru.
4.3 Rumusan Temubual dengan Guru ICTL
4.3.1 Kekangan masa
Walaupun penggunaan komputer berjalan dengan lancar, namun guru-guru mendapati
bahawa mereka kurang berkeyakinan untuk menjalankan pengajaran. Seramai 4 dari 5
orang guru ICTL mengatakan bahawa mereka tidak menjalankan program ICTL
dengan sepenuhnya. Mereka menyarankan bahawa terdapat kekangan masa untuk
menjalankan program ini. Ini adalah kerana program ICTL mengambil masa sebanyak
60 minit (2 waktu) dari 240 minit (8 waktu) yang di peruntukkan kepada matapelajaran
Bahasa Inggeris Tahun tiga.
Guru-guru ini merasakan program ICTL memendekan lagi waktu pengajaran Bahasa
Inggeris yang sememangya mereka rasakan tidak mencukupi. Menurut Ketua Panitia
Bahasa Inggeris sekolah ini beliau mengharapkan bahawa 240 minit yang sedia ada
harus ditambah ke 300 minit seminggu untuk keberkesanan pencapaian Bahasa
Inggeris dikalangan pelajar. Namun demikian apa yang berlaku adalah sebaliknya
dimana waktu yang sedia ada perlu dikorbankan untuk memberi laluan kepada program
ICTL.
32
Penyelidik difahamkan bahawa, walaupun program ini hanya dijadualkan selama 3
bulan, pelbagai program sekolah, masalah-masalah teknikal di makmal, peperiksaan
dan sebagainya melambatkan lagi pelaksanaan program ICTL. Pada masa-masa
seperti ini, kelas-kelas ICTL yang dijadualkan terpaksa di tangguh. Sehubungan dengan
keadaan ini, pada kebiasaannya program ICTL akan berlanjutan sehingga hujung
tahun. Meskipun begitu ada juga guru-guru yang tidak dapat menyempurnakan program
ICTL.
Ini mungkin disebabkan kekurangan bilangan komputer yang boleh digunakan oleh
guru. Guru juga mungkin kurang didedahkan kepada kemahiran berkomputer.
4.3.2 Kesediaan Guru ICTL
Dari temuramah dan pemerhatian penyelidik, guru-guru ICTL kurang faham dengan
langkah-langkah pengajaran dan kandungan yang terdapat dalam modul. Oleh yang
demikian guru-guru ICTL sering melangkau tajuk dan mengajar hanya kandungan yang
mereka faham sahaja. Namun demikian guru-guru ICTL sekolah ini, seringkali
menghubungi dan mendapatkan maklumat yang perlu dari penyelaras makmal
pengkomputeran untuk melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Hanya 3
dari 5 orang guru yang ditemui mengakui bahawa mereka telah menghadiri kursus atau
latihan yang berkaitan dengan ICTL. Mereka mengakui bahawa latihan yang mereka
ikuti ada membantu mereka dalam proses pengajaran.
Pengetahuan asas yang mereka perolehi telah membantu mereka untuk membimbing
pelajar dalam program ini pada satu tahap tertentu sahaja. Gambaran yang
penyelidikperolehi dari guru-guru ICTL ada kebenaran dengan kenyataan Hassan (1998),
Halim (2000), bahawa ramai di kalangan guru masih tidak mahir menggunakan
komputer. Kajian Norizan (2002) yang melihat kesediaan guru bahasa dalam
penggunaan komputer mendapati guru-guru lebih mengetahui tentang komputer dan
bukanya kebolehan menggunakan komputer. Kajian Lee (1999) menunjukkan latihan
yang berterusan diperlukan oleh guru dan pasukan pengurusan sekolah manakala
33
bantuan, bimbingan, dan sokongan perlu diberi kepada golongan guru oleh pihak yang
bertanggungjawab
4.3.3 Peralatan Komputer
Kesemua 5 orang guru ICTL sekolah ini mengatakan bahawa peralatan komputer di
makmal pengkomputeran sering tidak berfungsi dengan baik dan banyak yang rosak.
Oleh kerana itu mereka terpaksa meletakkan 3 hingga 4 orang pelajar untuk sebuah
komputer. Jelas mereka lagi, keadaan ini menyebabkan kawalan kelas menjadi
semakin rumit dan proses pengajaran pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan
lancar.
Hanya seorang guru yang mengatakan bahawa beliau mengalami kesukaran untuk
mengawal pelajar. 4 orang guru yang lain lain mengatakan bahawa mereka tidak
mempunyai masalah kawalan kelas. Penyelidik beranggapan bahawa guru-guru yang
mempunyai pengalaman mengajar yang lama kurang menghadapi masalah kawalan
kelas semasa pengajaran pembelajaran. Namun faktor kawalan kelas tidak menjamin
pelajar menguasai isi kandungan pelajaran yang disampaikan. Pelajar juga bergaduh
dan berebut antara satu sama lain untuk menguasai komputer tersebut. Pelajar juga
difahamkan mengalami kerosakkan komputer semasa pelajaran dijalankan (computer
hang) yang mungkin disebabkan oleh keupayaan komputer-komputer yang terdapat
dalam makmal yang semakin ditelan zaman.
4.3.4 Pengetahuan Teknikal
Guru-guru ICTL yang terlibat juga tidak mempunyai sebarang kemahiran menangani
masalah-masalah kecil (troubleshooting) yang timbul semasa pengajaran dijalankan.
Mereka sering meminta bantuan guru penyelaras ICT sekiranya beliau berada dalam
makmal pada ketika itu. Namun demikian bantuan teknikal dari guru penyelaras tidak
mudah diperolehi disebabkan penyelaras makmal juga mempunyai waktu pengajaran
34
yang biasa seperti guru-guru lain. Adakalanya guru penyelaras makmal dihubungi
melalui telefon bimbit oleh guru-guru ICTL yang menhadapi masalah teknikal semasa
pengajaran sedang dijalankan. Penyelididk juga mendapati bahawa kesemua 5 orang
responden adalah guru wanita dan pada kebiasaannya mereka tidak berkemampuan
untuk melakukan kerja-kerja teknikal dan troubleshooting untuk mengatasi masalah
yang timbul dalam bilik komputer atau pun dalam bilik darjah. Mereka sentiasa
mengharapkan guru-guru lelaki mengendalikan kerja-kerja baikpulih dan kerja-kerja
teknikal walaupun ianya mudah dilakukan dengan sedikit latihan.
Dari pemerhatian penyelidik, guru ICTL tidak tahu membetulkan pendawaian yang
longgar sekiranya didapati arus elektrik tidak mengalir ke komputer. Begitu juga
keadaan dengan masalah lain seperti ‘komputer hang’, ganguan audio, suis AVR
(Automatic Voltage Regulater) yang ditutup oleh pelajar dengan sengaja, mendapatkan
‘shortcut icons’ yang di buang oleh pelajar dan sebagainya sering menjadi ganguan
kepada guru-guru ICTL di sekolah ini. Langkah mudah yang mereka ambil adalah
mengarahkan pelajar menggunakan komputer lain, atas alasan faktor masa dan
kawalan disiplin pelajar semasa kelas pengajaran pembelajaran dijalankan.
”Langkah untuk mengatasi masalah teknikal harus ditangani oleh seorang guru yang
berpengalaman dalam bidang komputer”. Begitulah saranan kesemua 5 orang guru
ICTL yang ditemubual. Dengan melantik seorang pegawai khas dalam makmal, beliau
diharapkan boleh membantu guru-guru berkenaan untuk menagani masalah-masalah
kecil yang sering mengganggu perjalanan proses pengajaran.
Dari pemerhatian penyelidik, walaupun guru-guru ICTL menjalankan program ini
dengan keadaan yang serba kekurangan namun mereka belum bersedia menerima
program yang berasaskan teknologi ini dengan positif. (Galigan, 1997) menyarankan
35
bahawa sikap guru hendaklah positif dan menerima teknologi ini sebagai satu
perubahan yang positif untuk kecemerlangan pelajar.
Namun demikian penyelidik mendapati bahawa, walaupun sekolah ini mempunyai
sebuah bangunan makmal pengkomputeran, peruntukan seorang guru khas untuk
menguruskan makmal komputer tidak dilakukan oleh Kementerian Pendidikan sehingga
sekarang. Namun demikian pihak sekolah melantik seorang guru yang mempunyai
latarbelakang pengetahuan komputer sebagai penyelaras untuk menguruskan makmal
komputer di sekolah ini.
4.4 Temubual dengan Guru Penyelaras Makmal
Guru penyelaras makmal meluahkan rasa kesal beliau dengan sikap penolong kanan
pentadbiran sekolah yang enggan memberi ‘empowerment’ dan kurang percaya kepada
beliau untuk menyelia dan menguruskan makmal pengkomputeran walaupun Guru
Besar telah melantik beliau sebagai penyelaras makmal.. Katanya (penyelaras) dengan
kehadiran beliau di dalam makmal, akan dapat membantu guru-guru mengakses
kemudahan dalam makmal dengan cepat dan mudah tanpa melalui guru kanan
pentadbiran. Di samping itu beliau juga akan dapat menjalankan tugas-tugas
pengurusan makmal dan membantu guru-guru yang menggunakan kemudahan ICT
sewaktu program ICTL dijalankan. Katanya lagi perbincangan professional bersama
Guru Besar tidak dapat diadakan kerana beliau sering tidak ada di sekolah kerana
melanjutkan pelajaran. Jadi jelas di sini percanggahan pendapat dan sikap kurang
percaya guru kanan pentadbiran telah menjadikan makmal komputeran sekolah ini
sebagai satu gajah putih sehingga ke hari laporan ini buat (Mac 2010).Program ICTL
tahap dua yang sepatutnya dijadualkan pada penggal pertama sehingga kini tidak dapat
dijalankan kerana masalah pengurusan makmal pengkomputeran yang tergendala.
Apabila ditanya tentang masa, penyelaras makmal menyatakan bahawa beliau diberi
masa yang sama seperti guru-guru biasa yang lain iaitu dari 28 hingga 30 waktu
36
seminggu termasuk jadual ganti guru-guru yang tidak hadir sekolah atau pergi
berkursus. Dengan urusan ‘core business’ beliau tidak berkemampuan untuk
menguruskan makmal pengkomputeran dengan cekap. Perkara ini disedari oleh pihak
pentadbiran sekolah namun tidak ada sebarang usaha untuk mengurangkan waktu
pengajaran beliau.
Dari temubual penulis dengan guru penyelaras didapati sememangnya guru-guru suka
mengunjungi makmal pengkomputeran semasa mereka tidak mengajar. Mereka banyak
menggunakan kemudahan peralatan ICT seperti komputer, pencetak, projector dan alat
pengimbas untuk kerja-kerja penyediaan bahan untuk pengajaran pembelajaran,
kertas-kertas soalan untuk peperiksaan bulanan dan penggal, pelbagai laporan yang
perlu disiapkan untuk sekolah pihak sekolah. Ini adalah kerana makmal komputer
adalah satu-satunya tempat yang menyediakan kemudahan komputer, pencetak, alat
pengimbas dan akses internet. Para guru juga sering mengharapkan kemudahan
internet untuk menjalankan kerja-kerja penghantaran data ke Jabatan dan Pejabat
Pendidikan Negeri, penghantaran e-mail, permohonan-permohonan online dan banyak
lagi perkhidmatan yang disediakan online dalam urusan rasmi seharian guru-guru.
4.5 Sokongan Pentadbiran Sekolah
Kesemua 5 orang guru ICTL sekolah ini menyatakan bahawa sokongan pentadbiran
dalam menangani masalah program ICTL tidak menyeluruh dan tidak terdapat usaha
bersungguh-sungguh untuk menangani masalah komputer-komputer yang rosak dalam
makmal komputer.
Dari pemerhatian penyelididk beliau mendapati bahawa pada pertengahan tahun 2008
makmal komputer diarahkan tutup, oleh pihak pentadbiran atas alasan lebih separuh
37
dari bilangan komputer yang ada dalam makmal, tidak berfungsi. Pihak pentadbiran
sekolah mendapati bahawa, sekolah dapat mengurangkan pembayaran bil elektrik yang
tinggi, dengan tindakan menutup makmal pengkomputeran dan menghentikan aliran
keluar masuk pelajar dan guru-guru ke makmal komputer sekolah.
Penyelidik mendapati walaupun 50% daripada komputer dalam makmal tidak berfungsi,
namun peralatan seperti projektor LCD, komputer guru, kemudahan internet dan ruang
bilik tersebut, dapat dimanafaatkan untuk menjalankan pengajaran secara kumpulan
(class method). Guru masih boleh menggunakan komputer guru dan LCD, untuk
menunjukkan kepada pelajar isi kandungan pelajaran yang tersedia dalam cakera padat
(CD) walaupun pengalaman ‘hands on’ pelajar terbatas. Di sebaliknya tindakan
pentadbiran sekolah, telah menghalang usaha guru-guru meneruskan program ICTL
dan pengajaran pembelajaran, berbantukan ICT di makmal pengkomputeran
tergendala. Pelajar tidak mempunyai peluang untuk menggunakan makmal dan
memberi kesan buruk kepada hasrat Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan
pengetahuan dan pengalaman ICT dalam pendidikan.
4.6 Birokrasi Pentadbiran
Dari pemerhatian penyelidik, karenah birokrasi yang keterlaluan yang diamalkan oleh
pihak pentadbiran telah menyekat kebebasan guru dan semangat mereka dalam
menjalankan tugas pengajaran di sekolah. Pelbagai peraturan yang menghadkan guru-
guru sekolah menggunakan kemudahan telah menyekat perkembangan teknologi ICT
di sekolah ini dan melembabkan semangat guru. Guru-guru mencari jalan mudah,
dengan tidak melibatkan diri untuk membantu pelajar menguasai kemahiran ICT,
38
disebabkan mereka terpaksa melalui sekatan-sekatan tertentu seperti mendapatkan
kunci yang hanya dapat diperolehi dari Penolong Kanan Pentadbiran. Guru perlu
merekodkan dalam buku daftar kunci apabila kunci diambil untuk membuka makmal
komputer. Mereka juga perlu menyatakan sebab-sebab penggunaan kepada penolong
kanan pentadbiran.
Melalui pemerhatian dan perbincangan dengan guru-guru, penyelididk mendapati
bahawa guru suka mengelakkan diri dari membuang masa melalui proses ini dan
mereka lebih gemar tidak menggunakan kemudahan ICT. Mereka berpendapat bahawa
makmal hendaklah sentiasa dibuka pada waktu persekolahan, supaya guru-guru dapat
menggunakan kemudahan makmal seperti biasa dan merekodkan dalam buku
penggunaan yang tersedia dalam makmal pengkomputeran.
Makmal komputer yang ditutup pada pertengahan tahun 2008 dan sepanjang tahun
2009 telah membuktikan bahawa, pihak pentadbiran sekolah tidak memberi keutamaan
kepada masalah teknikal yang ujud di makmal tersebut. Perkara ini ada dinyatakan oleh
salah seorang dari guruI ICTL yang di temuduga oleh penyelidik. Beliau menyatakan:
“Saya rasa pihak pentadbir perlu lebih peka kepada masalah-masalah yang dihadapi di
makmal pengkomputeran dan menyelesaikannya dengan keadaan segera supaya
proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan berkesan”. Beliau juga
merasakan bahawa pengajaran tidak akan berkesan jika diteruskan dalam bilik darjah.
Pada penggal kedua tahun 2009, pihak sekolah dengan kerjasama penyelaras makmal
pengkomputeran telah mengambil langkah untuk memohon pihak Pejabat Pendidikan
Daerah dan Pusat Kegiatan Guru untuk mengenalpasti kerosakkan dan menenjalankan
kerja-kerja penyenggaraan. Langkah ini dilakukan setelah pihak sekolah menerima
surat pekeliling dari Jabatan Pelajaran Negeri, yang mengarahkan pihak sekolah
membuat laporan kerosakan peralatan makmal pengkomputeran sekolah.
39
Penyenggaraan yang menelan belanja hampir RM33 ribu telah diselesaikan dalam
masa tidak lebih dari sebulan namun makmal komputer masih tidak beroperasi
sehingga ke hujung tahun 2009 dan sehingga bulan Mac 2010. Pihak pentadbiran
sekolah juga tidak menempatkan penyelaras yang dilantik di makmal tersebut, untuk
menjalankan kerja-kerja pengurusan program ICTL, walaupun kemudahan bilik untuk
penyelaras telah sedia ada dan semua peralatan telah dibaiki. Kelewatan ini telah
mendorong ibubapa menuntut pihak sekolah dan Persatuan Ibubapa, memberi
penjelasan dalam mesyuarat Agung yang dilangsungkan pada bulan Mac 2010.
Penyelidik difahamkan pihak PIBG telah memohon kerjasama waris pelajar yang
membangkitkan usul mengenai kelewatan operasi makmal pengkomputeran supaya
berbincang di luar mesyuarat agung. Permintaan ini dibuat semata-mata untuk
mengelakkan isu ini diperhangkatkan oleh ibubapa yang lain. Pihak sekolah dan PIBG
juga hendak menutup isu ini supaya tidak sampai ke Jabatan Pelajaran Negeri.
4.7 Respon pelajar
Penyelidik juga telah berinteraksi dengan beberapa orang pelajar tahun 3, untuk
mendapatkan keterangan dan pandangan mereka mengenai makmal pengkomputeran
sekolah dan program ICTL di sekolah ini. Apabila sekumpulan 3 orang pelajar yang di
temui ditanya tentang program ICTL, pelajar-pelajar tersebut tidak memahami maksud
program ICTL. Pelajar-pelajar tersebut tertanya-tanya antara satu sama lain. Ini
menandakan mereka tidak memahami istilah tersebut. Setelah penyelidik menerangkan
bahawa program ICTL adalah kelas komputer, barulah pelajar menganggokkan kepala
mereka menandakan mereka faham.
Soalan 1: Aadakah guru anda membawa anda semua ke makmal pengkomputeran
untuk pelajaran komputer?
Respon: “Kami tak masuk pun”
Soalan 2: Adakah guru mengajar kamu pelajaran tentang komputer?
40
Respon: “Ada sikit-sikit”.
Soalan 3: Apakah yang kamu belajar?
Respon: “Mmm…. macam … monitor, CPU, lukis-lukis gambar komputer dan
warna macam tu lah”
Soalan 4: Adakah kamu dibawa masuk ke makmal untuk belajar ICTL sepanjang
tahun lepas? (2009)
Respon: “Tak…..tak masuk”.
Soalan 5: Tahun ini (2010) ada masuk makmal tak?
Seorang pelajar menjawab:
Respon: “Tak juga. Tapi cikgu saya kata …..aaa… semua kena bayar 1 Ringgit
untuk fotostat kertas untuk belajar komputer.”
Dari kenyataan pelajar dia atas, pengkaji dapat merumuskan bahawa
pelajar diarahkan membayar RM1 untuk guru menyediakan lembaran
kerja pelajaran ICTL.
Soalan 6: Tahukah kamu kenapa awak tidak dibawa ke makmal komputer oleh
guru kamu pada tahun lepas(2009) dan tahun ini ( 2010)?
Respon “Cikgu kata banyak komputer rosak”.
Soalan 7: Sudahkah awak semua buat ujian ICTL ?
Respon: “Dah….. tapi banyak soalan yang tak tahu buat………tak faham.”
4.8 Rumusan Temubual dengan Ibubapa
41
Penyelidik telah meminta pendapat dan pandangan tiga orang di kalalangan ibubapa
pelajar untuk mengetahui perkembangan isu ini dari perspektif mereka.
Respon
Responden A, B dan C menyatakan bahawa anak-anak mereka tidak mengikuti
pelajaran komputer di makmal pengkomputeran seperti mana tahun-tahun yang
sebelumnya. Mereka juga membuat pengakuan bahawa guru tidak membawa mereka
ke makmal pengkomputeran sepanjang tahun 2009 dan awal tahun 2010 sehingga
temubual ini dijalankan. Namun demikian mereka sedia maklum terdapat sebilangan
peralatan komputer dalam makmal pengkomputeran yang tidak berfungsi.
Penyelidik juga meminta penjelasan responden tentang tindakan selanjutnya yang
mereka lakukan berikutan masalah ini seperti menghubungi pihak pentadbiran sekolah.
Responden A dan C menjawab, mereka tidak menemui pihak pentadbiran, namun
mereka telah dimaklumkan oleh guru kepada anak-anak mereka yang pelajaran
komputer (ICTL) akan dijalankan dalam bilik darjah. Kerana makmal tidak dapat
digunakan.
Responden B seorang bekas guru sekolah yang dikaji memberi maklumat yang
berbeza dimana beliau telah membangkitkan isu makmal pengkomputeran yang ditutup
dalam mesyuarat agung PIBG 2010 yang telah berlangsung pada awal bulan Mac yang
lalu. Beliau yang menyatakan bahawa tindakan menutup makmal pengkomputeran
sekolah adalah satu tindakan yang keterlaluan dan kesilapan yang besar yang telah
dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah. Namun demikian pihak PIBG sekolah
sebelum mesyuarat agung dijalankan telah memohon responden ini melalui telefon
untuk tidak membangkitkan isu tersebut dalam mesyuarat agung dan berjanji untuk
berbincang di luar mesyuarat. Menurut setiausaha PIBG, permintaan ini dibuat adalah
semata-mata untuk membendung ibubapa yang lain, dari mengetahui kelemahan
42
sekolah dalam kelewatan menangani isu makmal pengkomputeran dan tindakan
menutup makmal tersebut.
Responden B juga menyatakan bahawa pelajar boleh di bawa ke makmal komputer
untuk menjalankan program ICTL walaupun bilangan komputer yang boleh digunakan
adalah kurang kerana, yang mustahak adalah pelajar melihat dan mengenali komputer
dengan lebih dekat dan guru dapat menerangkan perkakasan komputer dan fungsi-
fungsinya dengan lebih efektif. Berikutan dengan langkah ini, pelajar dapat memahami
hubungkait perkakasan dengan fungsi-fungsinya dengan lebih jelas. Tegas beliau lagi
mengajar bagaimana komputer berfungsi dalam bilik darjah dengan menggunakan
papan hitam dan gambarajah tidak akan memberi sebarang kesan.
Pandangan ini adalah relevan dengan Teori Konstruktivisme (Jean Piaget) yang
memperkenalkan pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar
untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan
jaringan atau hubungan atara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Ramlah dan
Mahani (2002), telah mengemukakan sembilan perkara untuk melaksanakan
pengajaran menggunakan pendekatan konstruktivisme dan salah satunya adalah
menyediakan aktiviti berbentuk ‘hands on’ dan ‘minds on’ untuk pelajar dalam proses
pengajaran pembelajaran.
Responden B juga menyatakan bahawa, kebanyakan ibubapa yang menghantar anak
mereka ke sekolah ini, kurang mengambil tahu tentang proses pengajaran
pembelajaran, khususnya pelaksanaan program ICTL. Beliau memberitahu yang
ibubapa tidak mempunyai kerjasama yang rapat dikalangan mereka dalam melibatkan
diri mereka dalam usaha memperbaiki kelemahan di sekolah. Ini jelas apabila hanya
guru-guru yang mempunyai anak-anak yang belajar di sekolah ini yang berusaha dan
43
menekan pihak pentadbiran atas kelemahan yang ujud khususnya pengurusan dan
penggunaan makmal pengkomputeran sekolah.
4.9 Analisa dan Rumusan Ujian ICTL
Ujian ICTL yang dijalankan terhadap 60 sampel menununjukkan bahawa seramai 14
pelajar dari jumlah tersebut gagal ujian ini dengan memperolehi markah kurang dari
39%. Seramai 18 pelajar lulus dengan markah antara 40% hingga 49% manakala 28
pelajar memperolehi kepujian dengan markah antara 50% hingga 79%.
Ini bermakna sebanyak 23.3% peratus gagal, 30% pelajar lulus dan 46.7% pelajar
mendapat kepujian. Tidak ada pelajar yang lulus dengan cemerlang iaitu markah
melebihi 80 hingga 100.
4.9.1 Analisa Item Soalan
Ujian ICTL tahun 3, terdiri dari dua bahagian. Bahagian A merangkumi 10 soalan
aneka pilihan dan bahagian B dengan 40 soalan yang terdiri dari soalan-soalan
menyusun kenyataan mengikut turutan yang betul, menyatakan salah atau benar
kenyataan yang diberi, mengumpul perkataan mengikut ciri-ciri nya dan menamakan
ikon-ikon yang mudah.
Analisa Item dilakukan untuk 10 soalan pertama (aneka pilihan) untuk memperlihatkan
i) bilangan pelajar yang menjawab dengan betul dengan peratus. ii) bilangan pelajar
yang gagal menjawab dengan betul dengan peratusnya.
4.9.2 Jadual Analisa Item Ujian ICTL Soalan 1-10
Soalan Bilangan Betul
Peratus Bilangan Salah
Peratus
S1 22 36.7 38 63.3
S2 36 60.0 24 40.0
44
S3 31 51.7 29 48.3
S4 25 41.7 35 58.3
S5 22 36.7 38 63.3
S6 28 46.7 32 53.3
S7 26 43.3 34 56.7
S8 25 41.7 35 58.3
S9 19 31.7 41 68.3
S10 28 46.7 32 53.3
Jadual atas menunjukkan pelajar menunjukkan kelemahan yang ketara dalam
menjawab soalan aneka pilihan yang diberi. Soalan 9 merekodkan bilangan betul yang
paling rendah (19 pelajar) dengan peratusan 31.7%. Soalan 2 merekodkan bilangan
pelajar terbanyak iaitu seramai 36 pelajar dengan mencatat 60%. Secara keseluruhan,
bilangan pelajar yang menjawab kesemua 10 soalan yang pertama tidak mencapai 50%
(kecuali soalan 2).
Peratus gagal yang tinggi, menunjukkan ramai pelajar gagal menjawab 10 soalan
mudah yang pertama dalam bahagian A. Keadaan ini memberi gambaran bahawa
pelajar tidak memahami soalan dan tidak menguasai kemahiran asas yang diuji.
Soalan 11 yang menilai kemahiran pelajar menyusun langkah-langkah yang perlu untuk
menyusun ikon-ikon mengikut saiz (arrange icons by size). Walaupun kesemua langkah
telah disenaraikan, namun 59 pelajar atau 98.3% jumlah keseluruhan pelajar(60), gagal
menyusun langkah-langkah (arrange icons by size) dengan tepat. Hanya seorang
pelajar (1.7%) berjaya menyusun dengan betul. Soalan ini memerlukan pelajar
memahami langkah-langkah dari awal hingga akhir untuk melakukan sesuatu operasi
yang hanya dapat dikuasai melalui latihan atau ‘hands on’.
45
Soalan 12, menyenaraikan 10 kenyataan asas dalam pengoperasian komputer dan
pelajar dikehendaki menyatakan samada benar atau salah pada setiap kenyataan
tersebut. Untuk memperlihatkan kebolehan pelajar menjawab soalan-soalan ini, skor
pelajar diterjemahkan dalam histogram dan jadual frekuensi seperti di bawah
4.9.3 Carta Histogram analisa skor soalan 12
Histogram menununjukkan skor pelajar minimum adalah 1 dan maksimum 8 untuk
soalan 12 yang mengandungi 10 item dengan jumlah skor adalah 10. Skor Min pelajar
(4.85) yang agak rendah untuk soalan ini menunjukkan pelajar tidak menguasai
kemahiran yang diuji dengan baik. Mode untuk skor pelajar bagi soalan ini adalah 5
dimana seramai 16 pelajar memperolehi skor yang sama.
4.9.4 Jadual Frekuensi soalan 12
Frequencies
Statistics
N Valid 60
Missing 0
Mean 4.85
46
Median 5.00
Mode 5
Std. Deviation 1.793
Variance 3.214
Range 7
4.9.5 Jadual Analisa Item Soalan 12
Item Bilangan Betul
Peratus Bilangan Salah
Peratus
1 32 53.3 28 46.7
2 18 30.0 42 70.0
3 25 41.7 35 58.3
4 24 40.0 36 60.0
5 25 96.7 35 58.3
6 38 63.3 22 36.7
7 37 61.7 23 38.3
8 31 51.7 29 48.3
9 25 41.7 35 58.3
10 29 48.3 31 51.7
Jadual 4.3 menunjukkan hanya item ke 5 mendapat peratus betul yang tertinggi 96.7%
manakala item ke 2 mencatatkan peratus betul yang paling rendah dengan 30.0%.
Hanya 18 dari 60 pelajar, berjaya menjawab dengan betul item yang menguji kemahiran
pelajar memulakan aplikasi ‘Microsoft PowerPoint’. Kelemahan yang ketara dapat dilihat
dari kebolehan pelajar menjawab item 1, 3, 4, 5, 9, dan 10 yang mencatatkan peratus
betul di bawah 50%. Kesemua item ini, menguji penguasaan kemahiran pelajar tentang
47
‘Page Orientation’, ‘Steps to Bold’, ‘Print Screen’, ‘Insert Key Function’, ‘Opening a New
Presentation’ dan ‘Insert Picture from Clip Art‘.
Soalan 13 menilai kemahiran pelajar untuk mengketogorikan perkataan mengikut jenis
‘Bold’, ‘Italic’ dan ‘Underline’. Dalam bahagian ini pelajar dapat menguasai kemahiran
dengan memperolehi dari 15 hingga skor penuh 20. Begitu juga dengan soalan 14
(soalan yang terakhir).Pelajar dapat menguasai kemahiran mengenali sekurang-
kurangnya 3 daripada 4 ikon yang perlu dilabelkan. (Kertas ujian dilampirkan).
4.10 Penutup
Dari analisis item yang dilakukan terhadap kesemua soalan yang dikemukakan didapati
bahawa pelajar tidak menguasai kemahiran untuk menyatakan fungsi-fungsi perkakasan
komputer (hardware), pengendalian perkakasan dan aplikasi komputer (software) yang
pelajar tahun tiga sepatutnya menguasai. Peratus gagal dan lulus sederhana serta
ketiadaan pelajar yang lulus dengan cemerlang pada keseluruhan membuktikan
bahawa, program ICTL di sekolah ini belum mencapai tahap yang membanggakan.
Pelajar yang memperolehi pengalaman ‘hands on’ yang terhad merupakan satu faktor
penting dalam kelemahan pelajar menjawab soalan-soalan ujian yang diberi. Dapatan ini
secara tak langsung menjawab soalan kajian yang pertama dalam kajian kes ini.
Dapatan temubual dengan guru-guru ICTL membuktikan bahawa guru-guru menghadapi
masalah memahami kandungan modul disamping kekurangan pengetahuan dalam
bidang ICT. Walaupun mereka telah menghadiri kursus asas ICTL, namun kekurangan
pengalaman menggunakan komputer, membuktikan mereka kurang bersedia dalam
proses pengajaran yang sebenar. Faktor kekurangan masa juga menjadi alasan utama
guru-guru ICTL dalam melaksanakan program ini. Perkembangan ini menjawab soalan
48
kajian yang ke dua di mana penyelidik merumuskan bahawa, guru-guru ICTL kurang
bersedia dalam melaksanakan program ICTL dengan sepenuhnya. Dapatan dari
temubual dengan Penyelaras Makmal Pengkomputeran menjelaskan kepada kita
bahawa penyenggaraan peralatan ICT merupakan satu masalah besar yang
melambatkan kelancaran program ICTL disekolah ini. Dapatan ini menjawab soalan
kajian yang ke empat. Akhir nya kesan dari pengurusan dan penyenggaraan peralatan
dalam makmal pengkomputeran yang tidak konsisten, telah menyumbang kepada
pencapaian yang rendah dalam ujian ICTL yang dijalankan terhadap pelajar. Oleh itu
penyelidik merumuskan bahawa, terdapat kesan negatif terhadap pencapaian pelajar
berikutan dari pengurusan makmal pengkomputeran yang kurang memuaskan dan
perkembangan ini menjawab soalan kajian yang kelima dalam kajian kes ini. Melalui
dapatan kajian yang telah dijalankan ini juga, penyelidik dapat merumuskan bahawa
tahap pencapaian pelajar tahun 3 dalam menguasai kemahiran ICTL adalah sederhana
walaupun kemahiran-kemahiran yang diuji terdiri dari item-item yang asas dan mudah.
BAB 5
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
49
Program ICTL yang diperkenalkan di sekolah-sekolah rendah di seluruh negara adalah
satu program yang memberi asas yang kukuh untuk pelajar menerokai ilmu ICT yang
menjadi semakin penting dalam kehidupan kita. Usaha kerajaan untuk menjadikan
pelajar-pelajar sekolah bersedia pada peringkat awal membuktikan komitmen kerajaan
yang sungguh-sungguh dalam menghasilkan modal insan yang berkebolehan tinggi
dalam menangani cabaran masa hadapan. Dalam usaha ini pencapaian dalam
teknologi ICT, telah menjadi satu kayu pengukur yang penting bersama bidang ilmu
yang lain.
5.2 Pemantauan
Segala usaha dan pelaburan wang kerajaan akan menjadi sia-sia tanpa pulangan yang
berfaedah sekiranya pihak yang bertanggungjawab melaksanakan program kerajaan,
tidak berfungsi seperti mana yang diharapkan sewaktu program ini diperkenalkan.
Pemantauan yang komprehensif perlu dilaksanakan di peringkat sekolah, untuk
memastikan makmal pengkomputeran dan program-program yang berkaitan berjalan
dengan lancar. Penyelidik mendapati bahawa kelemahan dalam memberi perhatian
dalam menyediakan tenaga manusia yang mencukupi dalam menangani isu-isu yang
timbul dalam bidang teknikal di sekolah-sekolah, merupakan salah satu punca utama
kelemahan program pengkomputeran di kebanyakan sekolah. Masalah penyenggaraan
peralatan perlu diatasi dengan professional dan tidak sepatutnya dibebankan kepada
guru-guru yang dilantik oleh sekolah sebagai penyelaras makmal. Penyelaras makmal
yang dilantik perlulah diberi latihan yang khusus dan diberi jawatan sebagai Pengurus
Makmal (setaraf dengan Penolong Kanan) bersama beberapa insentif yang perlu
supaya beliau dapat menumpukan perhatian yang sepenuh dalam bidang pengurusan
makmal pengkomputeran sekolah. Pembantu Makmal Pengkomputeran Sekolah juga
harus diadakan untuk membantu Pengurus Makmal. Dalam pada itu Pengurus Makmal
haruslah diberi kuasa mengendalikan kewangan untuk menguruskan makmal
pengkomputeran masing-masing.
50
5.3 Peranan Pentadbiran Sekolah
Pihak pentadbiran sekolah hendaklah memainkan peranan yang penting dalam
menangani isu-isu semasa yang melibatkan program-program yang berasaskan
komputer, yang perlu dijalankan oleh sekolah dari masa kesemasa. Kegagalan sekolah
memantau dan memastikan kelicinan program akan berkesudahan dengan pembaziran
yang akhirnya merugikan pelajar yang menjadi pelanggan utama sesebuah sekolah.
Pihak pentadbiran yang mengambil keputusan tanpa memikirkan kesan jangka panjang
akan merugikan pelajar dan juga guru-guru.
Dalam kajian kes ini, sikap pentadbiran sekolah yang enggan berbincang dengan guru-
guru dan penyelaras makmal, telah mengambil keputusan menutup makmal dan
menghalang sebarang bentuk penggunaan. Berikutan dengan itu kelemahan yang
ketara dapat dilihat dalam pelaksanaan program ICTL sekolah. Makmal komputer yang
tidak berfungsi hampir dua tahun menunjukkan kelemahan pentadbiran yang bersikap
dingin terhadap kemajuan ICT dikalangan pelajarnya. Sikap mementingkan kemudahan
ICT untuk menjalankan kerja-kerja pengurusan pejabat lebih dari penggunaan untuk
pengajaran dan pembelajaran adalah amat dikesali oleh penyelidik. Perkara ini jelas
apabila penyelidik mendapati peralatan PPSMI yang dibekalkan untuk pengajaran
Matematik dan Sains telah disalahgunakan oleh pihak pentadbiran sekolah untuk
menjalankan kerja-kerja pengurusan pejabat seperti menguruskan Data Emis, Data
Pelajar, Skim Bantuan Buku Teks dan lain-lain kegunaan pejabat.
Jelas disini jutaan wang ringgit yang dibelanjakan oleh kerajaan untuk menyalurkan
pendidikan bermutu nampaknya sia-sia sahaja dan fenomena ini semakin berterusan di
kebanyakan sekolah.
5.4 Cadangan
51
Dari dapatan kajian kes dan pemerhatian penyelidik dalam jangkamasa pemerhatian
sebelum dan semasa kajian ini dibuat, penyelidik mencadangkan beberapa langkah
perubahan yang boleh dijalankan oleh pihak yang bertanggung jawab.
5.4.1 Jangkamasa Program ICTL
Jangkamasa tiga bulan yang dicadangkan oleh Kementerian Pelajaran harus
dipanjangkan dan menjadikan program ICTL sebagai satu subjek yang berasingan di
sekolah rendah dengan memperluaskan kandungan atau skopnya. Langkah ini juga
akan mengatasi masalah kekurangan masa guru-guru Bahasa Inggeris mengajar
subjek berkenaan.
5.4.2 Peruntukan Kewangan
Kementerian Pelajaran haruslah menyediakan peruntukan kewangan khusus untuk
makmal pengkomputeran sekolah pada setiap tahun, supaya kerja-kerja
penyenggaraan dapat dilaksanakan dengan cepat dan memastikan kelicinan program
ICTL di sekolah.
5.4.3 Kemahiran ICT
Guru-guru ICTL harus dihantar berkursus mengendalikan masalah-masalah teknikal
pada komputer, supaya mereka sentiasa bersedia untuk menangani masalah
(troubleshooting) yang timbul semasa pengajaran dijalankan.
5.4.4 Pengurus Makmal
Penyelaras makmal yang dilantik oleh sekolah perlu dinaikan taraf ke jawatan yang
tetap dengan gelaran jawatan Pengurus Makmal Komputer. Calon untuk jawatan ini
harulah dipilih dalam kalangan guru berijazah(DG41) yang mempunyai pengalaman
52
tentang pengendalian komputer. Mereka juga harus diberi kursus-kursus
penyenggaraan peralatan komputer dan pengurusan makmal dari masa kesemasa bagi
meningkatkan kebolehan mereka.
5.5 Kesimpulan
Keberkesanan program ICTL dan pengurusan makmal pengkomputeran di sekolah
yang dikaji, memperlihatkan kelemahan yang ketara dan perlu mendapat perhatian dari
semua pihak yang terlibat. Isu yang diketengahkan dalam kajian kes ini bukan sahaja
berlaku di sekolah ini malah, kebanyakan Sekolah Kebangsaan di Negeri Pulau Pinang.
Untuk meninjau dengan lebih lanjut lagi, kajian haruslah dilakukan ke atas Sekolah-
Sekolah Kebangsaan diseluruh Negeri Pulau Pinang, untuk mengetahui perkembangan
sebenar tentang keberkesanan pengurusan makmal pengkomputeran dan program
ICTL sekolah rendah yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
53