Karangan Kem Motivasi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

karangan pengalaman

Citation preview

Tuliskan pengalaman kamu program motivasi yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Pada hari Jumaat yang lalu, sekolah saya telah menganjurkan program motivasi yang bertajuk ' Kem ke Mercu Jaya'.Seramai 85 murid tahun 6 telah mengikuti program motivasi ini.Program ini juga disertai oleh beberapa orang cikgu. Program motivasi ini dianjurkan khas untuk murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR supaya dapat menenangkan fikiran mereka.

Pada pukul 2.30 petang, kami berkumpul di dataran biru. Kami mendaftar nama mengikut kelas masing-masing.Cikgu Ihlam memberi taklimat ringkas tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu.Kami dipecahkan kepada 8 kumpulan.Kumpulan saya terdiri daripada lapan orang iaitu lima perempuan dan tiga lelaki.Cikgu di dalam kumpulan kami adalah Cikgu Mastura.Selepas itu, kami masuk ke dalam dewan mengikut kumpulan masing-masing.

Program pertama,kami disuruh berbincang tentang wang yang dibelanjakan oleh ibu bapa untuk kami setiap bulan dan setiap tahun.Saya berasa terkejut melihat senarai saya kerana selama ini saya tidak pernah berfikir tentang perbelajaan ibubapa saya terhadap saya.Saya berasa bersyukur dengan pengorbanan mereka untuk saya. Pada pukul 4:00 petang, saya besama-sama rakan saya menikmati juadah petang kami di kantin iaitu roti dan minum jus oren.

Pada pukul 4.30 petang, kami berkumpul di padang sekolah untuk menjalani aktiviti riadah. Setiap kumpulan dikehendaki memegang sebiji belon yang berisi air.Belon itu harus diberikan kepada cikgu selepas menghadapi halangan itu.Kamimerangkak di atas lumpur, memasuki gelung rotan,mengayut pada tali yang diikat pada pokok dan sebagainya. Muka dan badan kami dipenuhi dengan lumpur. Walaupun saya berasa jijiktetapi aktiviti lasak ini sangat seronok.

Selepas itu, kami mandi dan bersiap sedia untuk ke program seterusnya.Rakan-rakan Islam pula pergi bersolat sebelum menyertai kami yang lain di kantin.Saya dan rakan-rakanmakan nasi ayam kicap dengan gelojoh kerana kelaparan.Selepas itu kami ke dewan untuk mendengar ceramah.Ceramah itu diadakan untuk memberi motivasi kepada kami supaya belajar bersungguh-sungguh dan membanggakan ibu bapa dengan berjaya dalam pelajaran. Pada pukul 12.00 malam kami bersedia untuk tidur.

Pada keesokkan hari, kami berkemas untuk pulang ke rumah.Saya berasa sangat gembira kerana dapat mengikuti program ini.Cikgu Ilham memberikan latihan-latihan sekolah untuk disiapkan pada musim cuti sekolah.Saya amat berterima kasih kepada guru-guru yang sanggup meluang masa mereka untuk bersama kami. Saya berharap agar dapat mengikuti program sebegini sekali lagi.