Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Model ASSURE Kumpulan27

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/13/2019 Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Model ASSURE Kumpulan27

    1/7

    Kumpulan 27

    Nama No Matrik

    1. Mohd Nazrul Bin Ali Ahmad CT 10210488

    2. Marius Bin Ombou CT10210434

    3. Alhim Bin Ebba CT 10210052

    4. Jeffah Jun CT10210295

  • 8/13/2019 Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Model ASSURE Kumpulan27

    2/7

    1. Kekuatan dan kelemahan model Tyler dan Model ASSURE

    Model Tyler

    Model Tyler banyak digunakan dalam bidang perkembangan kurikulum. Model ini

    merupakan antara model yang paling banyak digunakan sebagai model kurikulum. Model

    kurikulum Tyler merangkumi aspek tingkah laku kendiri pelajar dan isi kandungan mata

    pelajaran.Pengembangan kurikulum dalam bidang pembelajaran adalah berdasarkan kepada

    tujuan yang hendak dicapai, pengalaman yang perlu bagi mencapai tujuan ,cara mengatur

    pengalaman tersebut secara efektif dan bagaimana mengetahui adakah tujuan tersebut telah

    dicapai. Prinsip Model Tyler ialah objektif pelajaran, kandungan kurikulum, kaedah

    pengajaran dan penilaian, pembinaan kurikulum dari segi isi pelajaran dan prosedur

    pengajaran. serta pengujian dan penilaian.

    Kekuatan model Tyler

    1. Pelajaran dirancang dan disusun kepada unit-unit kecil

    2. Urutan pelajaran adalah daripada mudah kepada kompleks.

    3. Objektif pelajaran adalah ditentukan.

    4. Isi pelajaran tersusun dan tidak berfokus kerana berdasarkan objektif.

    5. Menggunakan teknik dan kaedah yang sesuai.

    6. Bahan bantu mengajar disediakan sesuai dengan aras pelajar.

    Kelemahan Model Tyler

    1. Aktiviti pembelajaran tidak ditentukan

    2. Tahap kefahaman murid tidak diketahui sebelum aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    3. Matlamat dan objektif pelajaran adalah berdasarkan kumpulan yang besar dan bukan

    mengikut keperluan murid secara individu.

    4. Semasa murid berorientasi dengan bahan murid agak pasif

    5. Penilaian adalah kurang efektif.

    6. Cara penilaian adalah kurang efektif.

  • 8/13/2019 Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Model ASSURE Kumpulan27

    3/7

    Model ASSURE

    Model ASSURE merupakan model pengajaran yang berorientasikan bilik darjah. Model

    ini digubal oleh Heinich et al. (1982) dan dimurnikan pada 2001. Tujuan model ini ialah

    menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang memerlukan

    penggunaan media. Dalam Model ini terdapat enam fasa iaitu Analyse learners, state

    objective, select methods, Media, Materials, Utilize Media, and Materials, Require Learner

    Participation dan Evaluate and revise.

    Analyse Learners. ( Menganalisis Pelajar )

    Dalam Fasa Analyse learners, guru perlu mengenal pasti ciri-ciri umum iaitu jantina,

    umur, bakat, gaya pembelajaran, kelas dan taraf sosioekonomi. Selain itu,guru juga perlu

    kenalpasti ciri-ciri peringkat masuk (pengetahuan sedia ada) berkaitan dengan tajuk dan isi

    kandungan (pengetahuan, kemahiran dan sikap.

    State Objective( Pernyataan objektif )

    Objektif pelajaran harus dinyatakan secara khusus oleh guru. Hasil pembelajaran adalah

    berbentuk perubahan tingkah laku murid. Objektif pelajaran adalah dinyatakan secara

    spesifik berdasarkan sukatan pelajaran

    Select Methods, Media, Materials( Pemilihan kaedah, Media dan bahan )

    Kaedah, media atau bahan pengajaran mesti dipilih berdasarkan tingkat kebolehan

    pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Guru juga perlu

    menyediakan bahan yang sesuai, tempat-tempat belajar, makmal dan pusat sumber yang

    cukup. Guru juga perlu menyediakan set induksi yang menarik serta bersesuaian dengan

    tujuan dan objektif pembelajaran.

    Uti li ze Media and Materi als( Penggunaan Media dan Bahan )

    Guru adalah menggunakan sepenuhnya media dan bahan semasa proses pengajaran dan

    pembelajaran. Media atau bahan yang dibangunkan digunakan terhadap kumpulan sasaran

    asal.Guru seharusnya memeriksa bahan yang digunakan boleh berfungsi dengan baik

    sebelum masa pengajaran yang sebenarnya.

  • 8/13/2019 Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Model ASSURE Kumpulan27

    4/7

    Requir e Learner Participation( Keperluan penglibatan pelajar )

    Dalam proses pembelajaran, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran

    (membuat latihan, simulasi, perbincangan, latihtubi, kuiz dan lain-lain). Pengukuhan serta-

    merta diberikan akan menghasilkan tindakbalas yang betul. Guru boleh mewujudkan suasana

    pembelajaran yang dapat mencabar minda pelajar.

    Evaluate and r evise( Penilaian dan mengulangkaji )

    Penilaian dan semakan yang dijalankan pada akhir pembelajaran adalah bertujuan untuk

    mengesan pencapaian objektif, keberkesanan bahan bantu mengajar, cara pelajar

    mengendalikan bahan tersebut dan suasana pembelajaran..

    Kekuatan Model ASSURE

    1. Guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap

    kemampuan murid melalui proses menganalisis pelajar.

    2. Guru dapat menentukan kaedah pengajaran yang bersesuaian bagi mencapai objektif

    pembelajaran.

    3. Objektif pembelajaran dinyatakan secara khusus. Pelajar akan lebih menguasai

    kemahiran dengan lebih terperinci.

    4. Penggunaan media dan bahan secara optimum dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran yang memberi kesan pembelajaran yang amat baik kepada pelajar.

    5. Dapat menilai kekurangan dan kelemahan pelajar melalui proses pengajaran dan

    pembelajaran dalam fasa penilaian dan mengulangkaji.

    6. Semua pelajar adalah terlibat dan tiada yang terkecuali dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran dengan guru menyediakan aktiviti yang sesuai serta mencabar minda.

    7. Pelajar mudah memahami pengajaran guru dengan adanya media / bahan yang

    disediakan sesuai dengan tahap perkembangan dan kebolehan pelajar.

    8. Objektif pengajaran pula perlu dinyatakan dengan jelas dan harus difokuskan kepada

    pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari dan ia merupakan tahap

    minimum yang perlu dicapai oleh pelajar daripada pengajaran yang dijalankan.

  • 8/13/2019 Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Model ASSURE Kumpulan27

    5/7

    Kelemahan Model ASSURE

    1. Isi pelajaran adalah tidak diperincikan kepada tajuk-tajuk kecil.

    2. Proses pengajaran dan pembelajaran adalah meliputi skop yang luas dalam satu

    objektif. Keadaan ini kurang efektif kerana pelajar terpaksa mempelajari banyak

    perkara dalam satu topic.

    3. Guru mempunyai lebih komitmen untuk membuat persediaan yang rapi sebelum

    memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

    4. Guru mengambil masa untuk menyediakan peralatan multimedia seperti LCD ,laptop

    dan sebagainya serta memastikan ianya berfungsi dengan baik.

  • 8/13/2019 Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Model ASSURE Kumpulan27

    6/7

  • 8/13/2019 Kekuatan Dan Kelemahan Model Tyler Dan Model ASSURE Kumpulan27

    7/7

    4. Utilitisasikan media dan bahan :

    - Penggunaan sepenuhnya media dan bahan yang disediakan dalam proses

    pengajaran dan pembelajaran.

    5. Penglibatan pelajar :

    I ) Perbincangan dalam kumpulan.

    II ) Pembentangan hasil perbincangan kumpulan.

    III ) Penerangan slaid power point dan tayangan video oleh guru.

    6. Penilaian dan semakan semula :

    - Lembaran kerja.