Kelemahan Sistem Ekonomi Kapitalis

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Kelemahan Sistem Ekonomi Kapitalis

    1/3

    KELEMAHAN SISTEM EKONOMI KAPITALIS

    Monday, April 6, 2009 Posted by putera_mahsuri at10:24 AM

    Sistem ekonomi kapitalis merupakan satu sistem ekonomi yang rapuh dan mempunyai

    beberapa kelemahan.Hal ini terbukti apabila negara-negara yang mengamalkan dasar sistem

    kapitalis ini telah mengalami krisis ekonomi yang teruk.Krisis ekonomi yang melanda AmerikaSyarikat pada zaman pemerintahan Presidennya yang ke-17 Abraham Lincoln dimana beliau

    telah menghapuskan sistem perhambaan secara serentak menyebabkan ekonomi AmerikaSyarikat menjadi lumpuh.

    Penguatkuasan undang-undang penghapusan hamba secara serta merta telah menyebabkan

    pekerja-pekerja di sektor peladangan dan perindustrian pada ketika itu lumpuh kerana pekerjapekerja yang sebelum ini tidak mahu bekerja semula dengan majikan asal mereka.Hal ini kerana

    majikan atau pengusaha kapitalis tersebut telah melakukan kezaliman dan penindasan terhadap

    pekerja atau buruh tersebut dalam usaha memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kos.

    Krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat dan negara-negara kapitalis pada awal tahun

    2008 yang berlarutan sehingga kini mengjelaskan kelemahan dan kepincangan sistem ekonomikapitalis ini.Sistem kewangan dan perbankan kapitalis yang berteraskan riba telah runtuh akibatkrisis yang berpunca daripada bond subprime.

    http://puteramahsuri.blogspot.com/2009/04/kelemahan-sistem-ekonomi-kapitalis.htmlhttp://puteramahsuri.blogspot.com/2009/04/kelemahan-sistem-ekonomi-kapitalis.htmlhttp://puteramahsuri.blogspot.com/2009/04/kelemahan-sistem-ekonomi-kapitalis.htmlhttp://puteramahsuri.blogspot.com/2009/04/kelemahan-sistem-ekonomi-kapitalis.htmlhttp://puteramahsuri.blogspot.com/2009/04/kelemahan-sistem-ekonomi-kapitalis.htmlhttp://3.bp.blogspot.com/_Sz_Jc2x_ISk/SdpKRtEE8PI/AAAAAAAAAG8/vdsmE1LC2Oc/s1600-h/50_quid_note_printed[1].pnghttp://puteramahsuri.blogspot.com/2009/04/kelemahan-sistem-ekonomi-kapitalis.htmlhttp://puteramahsuri.blogspot.com/2009/04/kelemahan-sistem-ekonomi-kapitalis.html
  • 8/2/2019 Kelemahan Sistem Ekonomi Kapitalis

    2/3

    Bank-bank konvensional memberikan kemudahan pinjaman kepada individu yang brpontensi

    gagal membayar balik pinjaman tersebut. Risiko kegagalan membayar hutang yang dinamakanevent of default' akan menjadi semakin tinggi. Menurut kebiasaan sesebuah bank, jika risikonya

    tinggi maka lagi tinggilah kadar riba interest' yang akan dikenakan terhadap peminjam.

    Keghairahan dalam mendapatkan keuntungan menyebabkan mereka tidak mempedulikan statushidup individu yang ingin membuat pinjaman tersebut sama ada miskin ataupun kaya.Sekiranya

    hutang pinjaman tersebut gagal dibayar dalam tempoh yang di tetapkan,maka kadar bunga yang

    di kenakan akan meningkat dan ia akan mendatang keuntungan kepada pihak bank.

    Krisis ekonomi yang melanda Amerika Syarikat kini telah merebak hamper ke seluruh

    dunia.Negara-negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis ini turut sama mendapatkesan akibat krisis ekonomi tersebut.Kerajaan Amerika Syarikat terpaksa menyuntik RM 700

    billion USD untuk plan bail-out bagi menyelamat ekonomi negara tersebut.Krisis ini akhir telah

    merebak ke benua Eropah di mana negara-negara Eropah yang juga mengamalkan sistemekonomi kapitalis ini.Kerajaan United Kingdom terpaksa membelanjakan RM 500 billion untuk

    http://4.bp.blogspot.com/_Sz_Jc2x_ISk/SdpJZl1588I/AAAAAAAAAGs/qO9cItuy6Uk/s1600-h/economic[1].jpghttp://3.bp.blogspot.com/_Sz_Jc2x_ISk/SdpI_pQc0gI/AAAAAAAAAGk/irGztEdV4cE/s1600-h/ekonomi-02[1].jpghttp://4.bp.blogspot.com/_Sz_Jc2x_ISk/SdpJZl1588I/AAAAAAAAAGs/qO9cItuy6Uk/s1600-h/economic[1].jpghttp://3.bp.blogspot.com/_Sz_Jc2x_ISk/SdpI_pQc0gI/AAAAAAAAAGk/irGztEdV4cE/s1600-h/ekonomi-02[1].jpg
  • 8/2/2019 Kelemahan Sistem Ekonomi Kapitalis

    3/3

    bail-out bagi menyelamatkan beberapa syarikat kewangan riba di United Kingdom.

    Contoh yang lain mengambarkan kelemahan sistem ekonomi kapitalis ialah mereka

    mengalakkan kuasa monopoli dalam pasaran.pengeluar atau firma yang besar akan dapat

    menguasai pasaran dalam pembuatan barangan berteknologi tinggi dan sebagainya sekaligus

    menindas golongan pengguna yang terpaksa membeli barangan tersebut walaupun pada tingkatharga yang tinggi.Firma-firma yang kecil tidak dapat bersaingan akhirnya bangkrap dan terpaksa

    ditutup dengan menggunakan teori yang besar dan kuat akan berkuasa dan yang kecil dan lemah

    akan terus ditindas dan di hina.

    Oleh yang demikian,dalam usaha mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda dalam

    pengamalan riba dan Interest sistem perbankan,kemudiannya,pengamalan teori ekonomi yang

    diperkenalkan oleh para sarjana ekonomi terkenal iaitu memaksimumkan keuntungan danmeminimumkan kos dengan cara menzalimi dan penindasan terhadap pekerja,sistem mata wang

    yang tidak bersandarkan pada emas dan mudah di spekulasi,pengabaian terhadap kebajikan

    rakyat dan banyak lagi teori-teori pengamalan dalam sistem ekonomi kapitalis ini jelasmembuktikan kebobrokkan dan kepincangan serta kerapuhan sistem tersebut.Natijahnya.sistem

    yang ternyata mempunyai banyak kelemahan itu perlu dig anti dengan satu sistem yang lebih

    baik dan adil.Oleh itu,sistem ekonomi Islam merupakan satu altenatif yang terbaik untuk

    mengantikan sistem ekonomi kapitalis tersebut dan mampu menguasai dunia suatu hari

    nanti

    http://2.bp.blogspot.com/_Sz_Jc2x_ISk/SdpJtpmjBjI/AAAAAAAAAG0/6pL-b8juwU4/s1600-h/ekonomi[1].gif