Kepelbagaian pelajar Kuliah 2

Embed Size (px)

Citation preview

Yang ingin diajar oleh guru/ dipelajari oleh murid1. Mengikut Bloom 2. Mengikut Bloom (diubahsuai oleh Krathwohl et al 2002) 3. Jenis-jenis pembelajaran (Gagne) 4. Kemahiran psikomotor 5. Kemahiran berfikir 6. Sikap dan nilai1

Mengikut Bloom1. Fakta spesifik (knowledge of specific facts) 2. Istilah: (knowledge of terminology) 3. Cara atau kaedah membuat sesuatu (knowledge of ways and means of dealing with specifics) 4. Kelaziman atau adat (conventions). 5. Trend dan turutan (knowledge of trends and sequences) 6. Klasifikasi dan kategori (knowledge of classifications and categories) 7. Kriteria 8. Kaedah penyelidikan (methodology). 9. Generalisasi dan prinsip dalam sesuatu bidang. 10. Teori dan struktur pengetahuan

2

Mengikut Bloom (diubahsuai oleh Krathwohl et al 2002)1. 2. 3. 4. Factual Knowledge Conceptual Knowledge Procedural Knowledge Metacognitive Knowledge

3

Mengikut Jenis-jenis pembelajaran (Gagne)1. Kemahiran intelek intellectual skills (cth konsep, penyelesaian masalah) 2. Strategi kognitif cognitive strategies 3. Maklumat lisan verbal information (maklumat yg tersimpan dalam memori) 4. Sikap attitude (apa yang mempengaruhi pilihan tindakan seseorang) 5. Kemahiran motor motor skills (pergerakan otot yg bertujuan) 4

KEMAHIRAN Kategori Kemahiran: Domain Kognitif aspek pengetahuan. Berbeza mengikut kompleksnya Domain Afektif sikap perasaan, emosi. Berbeza mengikut aras penghayatan Domain Psikomotor perkembangan kemahiran motor berbeza mengikut kepakaran pelaksanaannya

5

6

Domain Objektif Kognitif (Taksonomi Bloom)

Pemikiran Aras Tinggi Penilaian Sistesis

Menghakim alat & Pemikiran Aras Rendah Mencantum kaedah Analisis elemen: untuk capai Memisah & gabungkan, tujuan: Aplikasi senaraikan ringkaskan, Nilaikan, menyusun, cadangkan, Kefahaman Kebolehan elemen: mengguna pisahkan, mengelas, kritikan, Kebolehan prinsip: Pengetahuan tentukan, merumus, sokongan, faham mengguna, asingkan, Ingatan mengubah bangkangan, prinsip: menunjuk, semula: kategorikan, dll. mencabar, memahami, melakukan, mengesan Istilah, menentukan meramal, kembangkan, dll. fakta, dll. menjelas, membina dll laziman, turutan, dll menterjemah [Moore menggabungkan sintesis dan penilaian menjadi aras creation]7

Domain Kognitif Aras 1 - PengetahuanCiri-ciri khusus Mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip, prosedur. Tiada manipulasi atau interpretasi Contoh kata kerja: melabel, melakar, melukis, memadan, memerihal, mendefinisi, mengenal pasti, mengenalpasti, mentakrif, menulis, menyatakan, menyenarai, Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat; i. menamakan 7 orang Menteri Besar di Malaysia.8

Pengetahuan tentang: Perkara khusus Istilah Fakta khusus Cara/ kaedah kendalikan perkara khusus Perkara lazim Trenda dan urutan Pengkelasan dan kategori Kriteria Pengkaedahan Perkara universal dan pengabstrakan Prinsip dan generalisasi Teori dan struktur pengetahuan

9

Domain Kognitif Aras 2 KefahamanCiri-ciri khusus: Interpretasi mudah Menunjukkan bukti yang pelajar faham Kebolehan menggunakan maklumat Mengubah ke bentuk baru Contoh kata kerja: membanding beza, memberikan contoh, membuat inferens, menambah, menentukan, menerangkan, menerangkan, menganggar, mengubah, menukar, meramalkan, merumus Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat: i. menerangkan keadaan yang menyebabkan perang saudara berlaku di negeri Perak.

10

Terjemahan Dapat menyatakan atau meringkaskan apa yg diketahui dalam bentuk lain dgn tepat Cth menyatakan simbol matematik dalam bentuk perkataan dan sebaliknya; menghuraikan makna metafora, sindiran dsbnya

Kategori Kefahaman

Interpretasi Kebolehan memahami sesuatu idea secara menyeluruh Cth Dapat mentafsir berbagai jenis data dan maklumat tentang pendidikan; dapat menghurai dan merumus sesuatu Ekstrapolasi Kebolehan membuat perluasan [extension], kesimpulan, penelahan dpd data atau maklumat yg diketahui unutk melihat implikasinya, kesannya dsb

11

Domain Kognitif Aras 3 AplikasiCiri-ciri khusus Penggunaan idea, teori, prinsip, kaedah atau maklumat ke situasi baru Mengaplikasi peraturan, idea, konsep, prinsip. Pemindahan pembelajaran Contoh kata kerja: menyelesaikan, menunjukkan Contoh hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat: i. melukis pelan rumah berasaskan maklumat yang diberi.

12

Domain Kognitif Aras 4 - AnalisisCiri khusus: Memahami perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen. Contoh kata kerja - membezakan, mengenalpasti

Contoh hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat: i. Diberi satu ayat, pelajar dapat mengenalpasti komponen utama dalam satu ayat yang diberi.

13

Analisis unsur Kenalpasti unsur-unsur yg terdapat dalam sesuatu idea, prinsip, kaedah, maklumat dsbnya. Kebolehan melihat atau mengenal andaian-andaian yg tersirat, yg tidak dinyatakan. Kebolehan membezakan antara fakta dan hipotesis, contoh dan prinsip dsbnya

Kategori Analisis

Analisis hubungan antara unsur [relationships] Kebolehan melihat dan mencerakinkan hubungan antara pemboleh ubah, bahagian atau unsur di dalam sesuatu idea, hubungan antara satu idea dgn idea yg lain, hubungan antara bahagian dalam sesuatu kaedah, maklumat dsbnya

Analisis prinsip organisasi unsur Kebolehan mencerakinkan bahagian-bahagian dalam struktur, susunan atau sistem yg menyatukan sesuatu idea, teori, hujah, kaedah dsbnya termasuk struktur yg eksplisit dan implisit, dan elemen-elemen di dalamnya yg menjadikan satu unit Cth kebolehan mengecam dan melihat bentuk [form] dan pola sesebuah novel, puisi, lukisan, teori dsbnya.Zaini Abdullah

14

Domain kognitif aras 5 - Sintesis Ciri khusus: Kebolehan menggabungkan/ menyusun bahagian-bahagian dan menjadikanya satu pola, struktur, sistem yg baru yg tidak ujud sebelum ini Contoh kata kerja berkomunikasi, membina, membuat gambaran mental, membuat hipotesis, mendefinisikan secara operasi, menganalogi, mengeksperimen, menggabungkan, mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah, merancang, merangkakan, mereka bentuk, mereka cipta, meringkaskan. Contoh hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat: i. Membina model tiga dimensi sistem solar.15

Penghasilan satu komunikasi unik Pembinaan suatu komunikasi dimana pelajar cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Cth kebolehan menulis dgn susunan dan gaya yg menarik untuk menyampaikan sebuah cerpen dsbnya

Kategori Sintesis

Penghasilan suatu rancangan/ pelan operasi Membina sebuah pelan tindakan atau rancangan operasi untuk sesuatu tujuan, mengikut keperluan tertentu

Membina suatu hubungan yg abstrak Kebolehan membina/ membangunkan satu set hubungan yg abstrak spt teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yg diberikan. Cth dapat membuat suatu teori dpd data atau faktor-faktor diberi, dapat memperbaiki teori yg sedia ada berdasarkan fakta baru, kebolehan membuat penemuan atau generalisasi baru dalam bentuk simbol matematik16

Domain kognitif aras 6 - PenilaianCiri-ciri khusus: Membuat pertimbangan [judgement] nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Penggunaan sesuatu kriteria untuk menilai sesuatu sama ada kriteria dari luar atau dalam.

Contoh kata kerja: membuat keputusan, menaksir, mengesan kecondongan, mengkritik, menjustifikasi, mentafsir, menyokong, mewajarkan Contoh penulisan hasil pembelajaran: Pada akhir pengajaran, pelajar dapat: i) Menjustifikasikan Dasar Ekonomi Baru sebagai pemangkin pembangunan seimbang antara kaum di Malaysia.17

Pertimbangan Dalam Penilaiani. Pertimbangan dari segi bukti dalaman Menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dll kriteria dalaman

Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yg dikemukakan oleh seseorang

ii.

Pertimbangan dari segi kriteria luaran Penilaian bahan yg merujuk kepada beberapa kriteria yg dipilih atau yg diingati

Contoh perbandingan mengenai teori-teori utama, generalisasi, dan fakta mengenai kebudayaan tertentu

18

Mengingati/Pengetahuan: Contoh Aktiviti dan Produknya Membuat sebuah peta cerita menunjukkan acara-acara utama dalam cerita. Membuat satu garis masa hari anda. Membuat satu peta konsep tentang tajuk yang dipelajari. Menulis satu senarai kuncikata anda tahu mengenai Apa watak-watak yang berada di cerita? Membuat satu penayangan carta Membuat satu sajak/puisi mengenai Membaca sebuah puisi yang anda telah belajar.

Pemahaman: Contoh Aktiviti dan Produknya Menulis dalam kata-kata anda yang sendiri Melukis gambar untuk menjelaskan satu peristiwa tertentu dalam cerita. Melaporkan kepada kelas Menggambarkan apa anda berfikir tentang ide-ide utama Membuat satu jalur kartun menunjukkan turutan acara dalam cerita. Menulis dan menjalankan satu drama/pementasan berdasarkan cerita. Menulis satu rumusan ringkas untuk menjelaskan cerita ini kepada seseorang yang lain Menjelaskan mengapa watak dalam cerita menyelesaikan masalah dengan cara yang tertentu Menulis satu laporan ringkasan acara. Menyediakan satu carta aliran (flow chart) untuk menjelaskan turutan acara. Membuat satu buku warna. Memparafrasa bab ini Menceritakan semula dalam kata-kata anda yang sendiri. Lakarkan (outline) ciri-ciri utama.

Aplikasi: Contoh Aktiviti dan Produknya Pada akhir pengajaran, pelajar dapat melukis pelan rumah berasaskan maklumat yang diberi. Membina sebuah model untuk menunjukkan bagaimana rupanya atau bagaimana ia boleh berfungsi Melatih sebuah drama dan melakonkannya untuk kelas Membuat satu diorama untuk menjelaskan satu peristiwa Menulis satu kemasukan diari Membuat sebuah buku skrap mengenai bidang kajian. Membuat satu peta topografi Mengambil dan pamerkan gambar-gambar tentang satu topik khusus. Membentuk satu teka-teki atau satu permainan tentang topik itu. Menulis satu penjelasan mengenai tajuk ini untuk orang lain. Memakai sebuah anak patung dalam pakaian kebangsaan. Membuat sebuah model tanah liat Mengecat satu lukisan dinding menggunakan bahan-bahan yang sama. Meneruskan cerita

Menganalisiskan: Contoh Aktiviti dan Produknya Diberi satu ayat, pelajar dapat mengenalpasti komponen utama dalam satu ayat yang diberi. Kaji selidik rakan sekelas untuk mengetahui apa mereka berfikir tentang satu topik khusus. Menganalisis keputusankeputusan ini. Membuat satu carta aliran (flow chart) untuk menunjukkan peringkat-peringkat kritikal.. Mengklasifikasikan tindakan-tindakan watak-watak dalam buku. Mewujudkan satu sosiogram daripada cerita (hikayat) Menulis sebuah biografi mengenai seseorang tokoh ternama. Menyediakan sebuah laporan mengenai bidang kajian. Menjalankan satu siasatan untuk mendapat maklumat supaya dapat membantu sesuatu pandangan anda. Mengulas (review) kerja-kerja seni dari segi terma-terma bentuk, warna dan tekstur.

Sistesis: Contoh Aktiviti dan Produknya Mencipta sebuah mesin untuk melakukan suatu tugas khusus. Reka sebuah robot untuk melakukan kerja rumah anda. Mewujudkan satu produk baru. Memberinya satu nama dan rancangkan satu kempen pemasaran. Menulis mengenai perasaan anda berkaitan dengan... Menulis sebuah drama pertunjukan TV, pertunjukan boneka, main peranan, lagu atau pantomim mengenai.. Reka satu sistem kewangan yang baru Menulis satu menu untuk sebuah restoran baru menggunakan kepelbagaian makanan sihat Reka satu muka depan untuk rekod, buku atau majalah untuk... Menjual satu idea Mereka satu cara untuk... Membentuk satu bahasa dan penggunaan baru dan menggunakannya dalam satu contoh Menulis satu lagu untuk mengiklankan satu produk baru.

Menilai: Contoh Aktiviti dan Produknya Menjustifikasikan Dasar Ekonomi Baru sebagai pemangkin pembangunan seimbang antara kaum di Malaysia. Menulis sepucuk surat kepada pengarang. Menyediakan dan menjalankan sebuah perbahasan/pedebatan Menyediakan satu senarai kriteria untuk mengadili Menulis satu ceramah yang meyakinkan atau sebaliknya Membuat sebuah buku kecil yang mangandungi lima peraturan yang anda rasa/befikir sebagai penting. Menyakinkan orangorang lain. Membentuk sebuah panel untuk membincangkan pandanganpandangan Menulis sepucuk surat kepada.. ..untuk menasihati perubahanperubahan yang di diperlukan. Menulis sebuah laporan. Menyediakan sebuah kes untuk menyampaikan pandangan anda mengenai... Menilai tindakan-tindakan watak-watak dalam cerita.

Sampel Aktiviti Menggunakan 3 Aras Domain Kognitif: Unit Angkasa

Mengingati

Pemahaman

Mengunting gambar angkasa dari sebuah majalah. Membuat satu pameran atau sebuah kolaj. Senaraikan perkataan yang berkaitan dengan angkasa (ikut abjad). Senaraikan nama-nama planetplanet dalam alam semesta kita. Senaraikan segala barang seorang angkasawan akan memerlukan untuk satu perjalanan angkasa. Membuat meja anda kepada sebuah kapal angkasa lepas. Buat patung angkasawan untuk permainan boneka. Menggunakan patung untuk memberitahu apa seorang angkasawan buat. Membuat sebuah model planet-planet dalam sistem suria kita.

Mengaplikasikan

Menyimpan sebuah diari pengembaraan angkasa anda (5 hari). Apakah jenis alat-alat akan anda memerlukan untuk membuat muzik angkasa? Membuat satu senarai soalan-soalan anda gemar untuk menanya seorang angkasawan.

Aktiviti 1

Sekarang giliran anda

Menggunakan Bloom's Matrix, - merancang aktiviti untuk setiap peringkat taksonomi . Pilih satu kontek atau unit dari pengkhususan anda.

HAVE FUN!

Domain Objektif Afektif (Krathwohl)Aras Tinggi

PencirianKomitmen

Organisasi Menilai/ menghargai Gerakbalas / respon Menerima

Generalized set & perwatakan. Bertindak secara berterusan dengan nilai yang baru. Tanggapan & organisasi sesuatu sistem nilai Mensepadukan dlm nilai baru mengikut keutamaan. Penerimaan & kecenderungan terhadap sesuatu nilai serta minat menyertai & memberi komitmen. Persetujuan & kesudian bertindakbalas dan hasilkan tingkahlaku baru sebagai hasil pengalaman Sedar & sedia menerima sesuatu (idea, proses, benda dll), perhatian yang terkawal/ terpilih.27

Aras Rendah

MENERIMA (Receiving)Menerima merujuk kepada kesediaan pelajar untuk melayani fenomena tertentu atau rangsangan (aktiviti-aktiviti bilik darjah, textbook, muzik, et,.)Peranan Pelajar Kesedaran: Pelajar sedar tentang satu keadaan tertentu, fenomena, atau masalah. Ini merupakan langkah pertama ke arah pembelajaran dalam domain ini. Kesediaan untuk menerima: Menggambarkan tingkah laku hendak memperolehi sesuatu. Pelajar memberi tumpuan kepada situasi (mendengar dengan berhati-hati ... ). Perhatian Terkawal Atau Terpilih: Pelajar akan secara positif mengawal perhatian terhadap sesuatu. Walaupun mempunyai motif yang berbeza, dia akan memilih motif terbaik untuk memberi perhatian. Peranan Guru: mendapat dan memegang perhatian pelajar. Contoh kata kerja: mengikut, memilih, mengarah, memegang, memberi dll.

MEMBUAT RESPONS (Responding)Membuat respons merujuk kepada penyertaan aktif. Pada peringkat ini pelajar memberi perhatian dan juga memberikan reaksi terhadapnya dalam beberapa cara. Menunjukkan minat dan keseronokan dalam kegiatan tertentu. CONTOH: Menyertai dalam aktiviti-aktiviti bilik darjah (Menerima dan Membuat Respons): Mendengar dengan berhati-hati. Tanya soalan-soalan relevan. Menyertai dalam perbincangan bilik darjah. Sukarela untuk tugas-tugas khas. Menyumbang bahan untuk papan buletin. Lain-lain sumbangan bila diminta

MENGHARGAI (Valuing)Menghargai adalah berkaitan dengan nilai seorang pelajar memberi kepada satu objek tertentu, fenomena, atau tingkah laku.

Cth: Bila diberi pilihan pelajar akan memohon untuk menghadiri kelas amali.Mengambil berat tentang kebajikan orang lain (menghargai) : Tanya kawan jika mereka memerlukan bantuan. Menolong dengan masalah-masalah mereka.

Berkongsi bahan-bahan dengan kawan-kawan.Menggalakkan kawan-kawan untuk berbuat baik. Menunaikan kewajipan-kewajipan kerja berkumpulan Membantu kawan yang enggan menyertai kerja berkumpulan Mendapatkan kebenaran sebelum menggunakan bahan-bahan kawan-kawan/orang lain. Terima kasih dan memuji kawan-kawan/orang lain, bila sesuai.

Komitmen [commitment] (menggabungkan aras 4 - organization dan aras 5 characterization) Mempunyai sistem nilai yang tekal dan mengamalkan nilai-nilai tersebut. Kata kerja mempertahankan, mempengaruhi Cth - Pelajar akan berhujah mempertahankan pendapatnya

Domain PsikomotorKetelitian (Precision)tumpuan, menjajarkan, menyesuaikan, kalibrate, membina

Manupulasi/Manipulationmenghubungkan, mewujudkan, memasang, membuat, melakar, menimbang, membalut dll.

Imitasi (Imitation)membina, menggerudi, membuka, mengubah, bersih, menggunakan dll.

SOLO TaxonomyStructure of the observed learning outcome (Biggs 2003) Prestructural - Here students are simply acquiring bits of unconnected information, which have no organisation and make no sense. Unistructural - Simple and obvious connections are made, but their significance is not grasped. Multistructural - A number of connections may be made, but the meta-connections between them are missed, as is their significance for the whole. Relational - The student is now able to appreciate the significance of the parts in relation to the whole. Extended abstract - At the extended abstract level, the student is making connections not only within the given subject area, but also beyond it, able to generalise and transfer the principles and ideas underlying the specific instance. 33

Prinsip penyusunan1. 2. 3. 4. Skop Sekuen Integrasi Kesinambungan

34

Prinsip penyusunan Skop (scope) berkait dengan apa yang patut diajar atau dipelajari.

35

Prinsip penyusunan Sekuen (sequence) berkait dengan perkaitan antara isi kandungan yang diajar/ dipelajari dengan isikandunganisikandungan lain dalam kurikulum

36

Prinsip penyusunan Kesinambungan (continuity) berkait dengan perkaitan antara apa yang telah dipelajari dengan apa yang akan dipelajari.

37

Prinsip penyusunan Integrasi (integration) berkait dengan perkaitan isikandungan yang dipelajari dalam kurikulum berkait dengan perkara lain yang dialami oleh pelajar samada dalam matapelajaran sekolah atau hal-hal diluar sekolah

38

Rumusan konsep-konsep dlm Model TylerUntuk mengurus pengalaman pembelajaran 1. SEKUENS/ TURUTAN Kurikulum mengandungi perkembangan progresif sesuatu pemahaman iaitu sesuatu pengalaman yang baru terbina diatas pengalaman yang sebelumnya [lebih luas dan lebih mendalam] 2. KESINAMBUNGAN/ KONTINUITI Kurikulum mengandungi pengulangan vertikal [mengufuk] iaitu peluang berterusan untuk praktis kemahiran 3. INTEGRASI Kurikulum mengandungi perkaitan mendatar antara subjek/ tajuk Setiap subjek tidak diajar secara terasing not compartmentalised39

Model Tyler1. Apakah tujuan dari aspek pendidikan yang ingin dicapai? 2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh membantu mencapai tujuan tersebut? 3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusunatur dengan berkesan? 4. Bagaimanakah boleh kita tentukan samada tujuan itu telah tercapai?40

1. Apakah tujuan dari aspek pendidikan yang ingin dicapai? Matlamat/ tujuan/ objektif/ hasil pembelajaran ditulis dalam bentuk yang menunjukkan apa yang pelajar akan buat BUKAN apa yang guru akan buat Objektif ditulis yeng menunjukkan tingkahlaku yang diharapkan berlaku BUKAN aktiviti yang dijalankan Objektif ditulis dalam bentuk yang boleh diukur41

2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh membantu mencapai tujuan tersebut?

Kriteria dalam memilih pengalaman pembelajaran 1. Pengetahuan dan kemahiran dapat digunakan di luar sekolah (pengalaman autentik) 2. Praktikal dari segi kekangan masa, resos, kewangan, tenaga pengajar dan jangkaan masyarakat 3. Berupaya meningkatkan kebolehan pelajar memperkembangkan kemahiran berfikir dan membuat keputusan yang rasional 4. Berupaya merangsang kesedaran pelajar akan keujudannya sebagai individu dan sebagai ahli kumpulan/ masyarakat 5. Berupaya menggalakan pelajar lebih terbuka akan pengalaman baru dan toleransi terhadap kepelbagaian 6. Boleh menyebabakan pelajar meluaskan minat mereka 7. Berkeboleh menggalakkan perkembangan pelajar dari segi domain-domain kognitif, psikomotor, afektif dan sosial42

3.Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini boleh disusunatur dengan berkesan? Prinsip sekuens, integrasi dan kesinambungan 4.Bagaimanakah boleh kita tentukan samada tujuan itu telah tercapai? Item taksiran yang sejajar dengan objektif43

Prinsip umum pengalaman pembelajaran1. Untuk mencapai objektif, pelajar perlu diberi peluang mengamalkan tingkah laku yg dinyatakan di dalam objektif tersebut 2. Pengalaman pembelajaran hendaklah sesuatu yg mempunyai daya penarik dan memberi kepuasan kpd pelajar

44

Prinsip umum pengalaman pembelajaran3. Objktif yg hendak dicapai tidak terlalu jauh dpd pengalaman sedia ada pelajar [zone of proximal ability] 4. Objektif hendaklah mempunyai kriteria yg membolehkan pengajaran berkesan berlaku 5. Objektif pembelajaran hendaklah menghasilkan pembelajaran sampingan yg berfaedah [spt memupuk kemahiran berfikir, menggalakkan pelajar mencari maklumat, memupuk sikap sosial yg positif dan memupuk minat]45

Rumusan prinsip memilih pp1. 2. 3. 4. Peluang untuk praktis Pelajar mendapat kepuasan dpd pengalaman pembelajaran Dalam julat kebolehan pelajar Mempunyai pembelajaran sampingan spt memupuk KBKK, sikap, minat Terdapat pelbagai pp untuk memenuhi objektif yang sama maka utamakan pp yang pelajar minati Satu pp boleh menghasilkan >1 output Keseimbangan antara ekonomi dengan kesan negatif cth kira peratus dalam matematik dengan riba46

Aras Pengalaman Pembelajaran1. Pengalaman lisan Bagaimana parlimen menggubal undang-undang, murid-murid mendengar ceramah bagaimana parlimen menggubal undangundang. 2. Pengalaman visual Mendengar ceramah bagaimana parlimen menggubal undangundang sambil menonton slaid yang berkaitan. 3. Pengalaman vikarios Melakukan lawatan untuk melihat sendiri bagaimana parlimen menggubal undang-undang. 4. Pengalaman simulasi Mensimulasikan proses penggubalan undang-undang di kelas 5. Pengalaman terus Memilih jawatan kuasa untuk memantau satu program sekolah. Pemilihan adalah bermodelkan parlimen47

48

Aras pengalaman pembelajaran Louisell & Descamps Simbolik Alami melalui simbol spt nombor perkataan & formula Kuliah Pembacaan Media secara terpencil Aras 1 Aras 2 Aras 3

Ikonik Alami melalui represensentasi visual & sensori

Media secara terintegrasiPengalaman yg disimulasikan

Aras 4

Enaktif alami sendiri apa yg dipelajari

Aras 5 Aras 649

Pengalaman sebenar

Ciri pengalaman pembelajaran [PP]Perlu kesan kumulatif PP perlu disusun atur agar ia saling mengukuhkan Perkaitan mengufuk [vertical] dan mendatar [horizontzal]50

Prinsip dalam menyusunatur PP1. Mengembangkan konsep cth saling bergantung diperingkat rumah melibatkan ibu, bapa, posmen hingga ke peringkat antarabangsa 2. Kronologi perkembangan masa 3. Mengkaitkan aplikasi 4. Lebih banyak aktiviti 5. Ilustrasi yang lebih spesifik dan menggabungkan menjadi whole [ingat the whole is greater than the sum of its parts]51

Prinsip dalam menyusunatur PP1. Pengetahuan/ kemahiran pra-syarat dikenal pasti (diajar terlebih dahulu dijika perlu) 2. Mudah ke susah 3. Ringkas ke kompleks 4. Konkrit ke abstrak 5. Keseluruhan (whole) ke pecahan (parts) 6. Dekat ke jauh 7. Yang diketahui ke yang tidak diketahui 8. Mengikut kronologi 9. Mengikut perkembangan 10. Urutan mengufuk (vertical organization) dalam aras yang meningkat 11. Urutan mendatar (horizontal organization) iskandungan diajar dalam aras yg sama 12. Spiral konsep yang sama diajar berulang-ulang tetapi dengan peningkatan kesukaran (complexity/ sophistication)

52

Setelah isikandungan dikenalpasti, disusun isikandungan dalam Jadual Penentu Kandungan (JPK). Semasa melengkapkan JPK, guru mesti sedar: 1. Apa yang murid patut belajar dari unit (rancangan mengajar berkenaan) ini? 2. Apakah yang murid boleh buat dengan apa yang telah dipelajarinya dalam unit berkenaan khasnya penggunaannya pada aras yang lebih tinggi seperti aras sintesis-penilaian dan situasi autentik kehidupan?53

Pengoperasian kurikulum Melalui Jadual Penentu Kandungan [JPK] dan Rancangan Mengajar [RM]

54

Contoh format JPK Format jadual 1 untuk menunjukkan perkaitan antara isikandungan (paksi Y) dan aras isikandungan (paksi X) Format jadual 2 untuk menunjukkan perkaitan antara rancangan mengajar (paksi Y) dan aras isikandungan (paksi X)

55