Upload
externalbuild
View
1.143
Download
8
Embed Size (px)
Citation preview
Kepentingan Kepelbagaian Sumber Bumi
Kepada Manusia
Disediakan oleh: Muhammad Iqbal Bin Kamarudin (1 Adil)
Kepentingan Air• Air amat penting untuk mengawal suhu badan manusia.• Tumbuhan menggunakan air dalam proses fotosintesis.• Air adalah pelarut yang penting dalam badan kita. Bahan yang
dilarutkan termasuklah makanan yang dicerna, oksigen dan bahan buangan.
• Darah yang terdiri daripada air juga merupakan pengangkut utama di dalam badan manusia.
• Air juga diperlukan dalam pertanian, penternakan, perindustrian serta pengangkutan.
Kepentingan Udara dalam Kehidupan
• Manusia memerlukan oksigen semasa respirasi untuk membebaskan tenaga daripada makanan.
• Oksigen diperlukan untuk pembakaran.• Tumbuhan memerlukan karbon dioksida semasa proses
fotosintesis.• Pembuatan baja kimia (baja ammonium, baja urea) memerlukan
nitrogen.
Kepentingan Tanah dan Mineral
• Tanah merupakan tapak pertanian, tapak perumahan dan tapak perindustrian. Hasil daripada pertanian ini boleh digunakan sebagai makanan atau diproses untuk menghasilkan produk.
• Mineral mengandungi pelbagai bahan logam yang boleh diekstrak daripadanya. Logam-logam tersebut digunakan untuk membuat pelbagai benda seperti peralatan, kenderaan dan sebagainya. Tumbuhan juga memerlukan mineral untuk pertumbuhan.
Kepentingan Bahan Api Fosil dan Hidupan
• Bahan api fosil penting kerana ia diperlukan untuk menjana elektrik, menjadi bahan api untuk pesawat, kapal laut dan sebagainya. Bahan api fosil merupakan sumber tenaga yang utama untuk menggerakkan mesin dan jentera di kilang. Gas petroleum cecair pula digunakan sebagai bahan api untuk memasak di rumah.
• Hidupan di Bumi seperti tumbuhan dan haiwan penting kepada kita dalam banyak aspek seperti sebagai sumber makanan, untuk membuat pakaian, sebagai bahan binaan rumah dan lain-lain.
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN
SUMBER DI BUMI
Maksud Pemeliharaan dan Pemuliharaan
Pemeliharaan• Tindakan melindungi
sumber-sumber di Bumi supaya dapat mengekalkan keadaan semula jadinya.
Pemuliharaan• Cara penggunaan,
pengendalian, dan pengurusan sumber alam untuk mengelakkan pembaziran, kerosakan dan kerugian.
Cara Memelihara dan Memulihara Air
Mengurangkan penerokaan hutan yang merupakan
kawasan tadahan air
Tidak membuang sampah sarap ke dalam longkang, sungai atau laut
Jimatkan penggunaan air di
rumah
Mengawal penmbuangan sisa
kilang dan sisa pertanian ke dalam
air
Cara Memelihara dan Memulihara Udara
Tidak melakukan pembakaran
secara terbuka
Mengganti bahan api fosil dengan sumber
alternatif seperti biojisim, angin, suria dan
sebagainya.
Memasang penapis untuk menapis asap
yang keluar daripada cerobong kilang
Menggalakkan penggunaan
pengangkutan awam untuk mengurangkan
penggunaan bahan api
Cara Memelihara dan Memulihara Tanah dan Hidupan
Menebang pokok yang tua
sahaja.
Menanam semula pokok yang baharu
setelah ditebang
Menanam tanaman untuk menutup
muka bumi
Cara Memelihara dan Memulihara Mineral dan Bahan Api Fosil
Mengurangkan penggunaan
bahan api fosil
Mengguna sumber tenaga alternatif (suria, air, dll.)
Mengurangkan Penggunaan dan Penggunaan Semula
Barangan seperti bekas makanan polistren ini patut dikurangkan
penggunaannya
Barangan yang boleh dikitar semula
Contoh barangan yang boleh dikitar semula