Kepimpinan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kepimpinan

Citation preview

UNIT 3 : PERANCANGAN

MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK DAN KREATIF

BAB 2: MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BAIK

DAN KREATIF

Objektif Pembelajaran:Memahami dan mengetahui fungsi membuat keputusan dalam

sesebuah organisasi.

Hasil Pembelajaran: Di akhir unit ini, pelajar dapat:

Mendefinisikan membuat keputusan

Menerangkan jenis-jenis keputusan yang dibuat.

Membezakan situasi-situasi dalam membuat keputusan

Mengenalpasti teknik-teknik yang digunakan dalam membuat keputusan.

Menerangkan langkah-langkah dalam proses membuat keputusan.

MEMBUAT KEPUTUSAN

2.0Pengenalan

Membuat keputusan merupakan perkara penting dalam kehidupan seseorang individu terutamanya bagi seorang pengurus.Seorang pengurus tidak dapat lari daripada membuat keputusan sama ada keputusan itu adalah mudah atau lebih kompleks. Keputusan yang dibuat oleh seseorang pengurus akan menentukan jatuh atau bangunnya sesebuah organisasi.

Robin Forgarty & James Bellanca (1990)Teach Them Thinking mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement".Definisi Keputusan merupakan pilihan yang dibuat di antara dua (2) atau lebih alternatif yang ada. Satu proses mengenalpasti dan memilih alternatif atau tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.Keperluan Membuat Keputusan Seperti banyaknya keputusan yang dibuat oleh individu setiap hari, pengurus juga perlu membuat pelbagai keputusan bagi melancarkan perjalanan organisasi. Disebabkan oleh kepelbagaian keputusan yang perlu dibuat oleh pengurus dalam organisasi maka perlu ditentukan beberapa aspek bagi menentukan siapa yang penting bertanggungjawab dalam membuat keputusan organisasi. Aspek yang dibentuk bergantung kepada dua (2) faktor iaitu skop keputusan yang hendak dibuat dan tahap pengurusan.

Skop keputusan adalah merujuk kepada peratus bahagian daripada sistem pengurusan keseluruhan yang mendapat kesan daripada keputusan yang dibuat. Semakin besar bahagian-bahagian ini, maka lebih besar skop sesuatu keputusan.

Lebih luas skop sesuatu keputusan, lebih tinggi tahap pengurus yang bertanggungjawab untuk membuat keputusan tersebut.

Jenis dan Keadaan Dalam Membuat Keputusan.

Jenis Keputusan

a) Keputusan Terprogram

Apabila pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali. Keputusan-keputusan yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah untuk diselesaikan. Pengurus hanya mengikut panduan-panduan yang disediakan dalam organisasi dalam menyelesaikan masalah tersebut. Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuat keputusan yang sama bagi masalah yang sama

b) Keputusan Tidak Terprogram

Keputusan ini selalunya dibuat bagi mengatasi masalah besar dan jarang berlaku. Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta yang tidak diketahui dan dibuat bagi masa-masa yang tertentu sahaja. Pengurus yang terpaksa membuat keputusan ini memerlukan perhatian yang penuh dan serius dan mengambil kira banyak faktor sebelum mengambil satu-satu keputusan. Keadaan Membuat Keputusan

a) Kepastian

Pengurus mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan. Pengurus mempunyai mempunyai maklumat yang benar, dipercayai dan tepat. Pengurus juga mempunyai pengetahuan yang cukup dan lengkap mengenai sesuatu perkara dan ini membolehkan mereka menyenaraikan hasil-hasil yang akan diperolehi bagi setiap alternatif yang ada. Contohnya, hasil yang akan diperolehi oleh organisasi jika membuat pelaburan dalam bidang kewangan.

b) Risiko

Keupayaan pengurus untuk meramal adalah sukar. Ini adalah kerana pengurus mempunyai maklumat yang hanya cukup untuk menganggarkan hasil sesuatu keputusan tanpa mempunyai maklumat yang lengkap. Mempunyai kesan ke atas tindakan yang akan dilakukan samada berjaya atau pun tidak berjaya. Sebagai contoh, pengambilan pekerja baru secara besar-besaran untuk meningkatkan jualan.

c) Ketidakpastian

Dalam keadaan ini pengurus tidak mempunyai maklumat langsung berkaitan hasil dan kesan daripada sesuatu alternatif. Keadaan ini biasanya berlaku apabila pengurus tidak mempunyai data atau maklumat langsung berkaitan dengan apa yang akan berlaku pada masa hadapan Maka pengurus .perlu membuat keputusan yang amat penting dan berupaya untuk berfikir secara kritis. Sebagai contoh, keputusan organisasi untuk memperkenalkan suatu produk atau perkhidmatan baru.

2.1MEMBUAT KEPUTUSAN VS PENYELESAIAN MASALAH

Masalah

Masalah mudah (berstruktur) Masalah kompleks (tidak berstrutur)

Apa itu masalah..?

Situasi yang membinggungkan dimana ia memerlukan penyelesaian. Bak kata pepatah Hidup Ini Tidak Mudah Tapi Jangan Mudah Menyerah"Sesiapa Yang Tidak Pernah Merasai Kepahitan Tidak Akan Mengenal Kemanisan......... "Definisi Membuat Keputusan Keupayaan minda untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa alternatif untuk mencapai tujuan atau objektif yang ditentukan berdasarkan kriteria tertentu.Penyelesaian Masalah

Sebahagian daripada penakulan Masalah berlaku apabila seseorang berada dalam situasi yang berbeza daripada situasi yang dihajati. Masalah diselesaikan melalui tindakan berurutan yang merapatkan perbezaan antara situasi dengan situasi yang dihajatDefinisi Penyelesaian Masalah

Keupayaan minda untuk mencari idea idea dan langkah alternatif untuk mengatasi kekurangan atau halangan yang ada bagi mencapai objektif yang dihasratkan.

Faktor Dalam Membuat Keputusan

Kenapa perlu melakukan keputusan Apakah pilihan yang ada Apakah kesan terhadap pilihan kita Sejauh mana kesan pilihan terhadap kita Yang mana pilihan terbaik kita

AKTIVITI 2 A

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya!!!

Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:

2.1Keputusan adalah pilihan yang dibuat di antara dua atau lebih alternatif

(B/S)

2.2

Semakin luas skop keputusan yang perlu dibuat semakin rendah tahap pengurus yang terlibat dalam membuat keputusan tersebut.

(B/S)

2.3Keputusan Terprogram adalah rutin dan berlaku berulang kali. (B/S)

Soalan Esei.

2.4Bezakan di antara keputusan terprogram dan keputusan tidak terprogram.

2.5Terangkan tiga bentuk situasi yang wujud dalam membuat keputusan.

MAKLUMBALAS AKTIVITI

AKTIVITI 2 A

Betul / Salah2.1 B

2.2 S

2.3 B

Soalan esei.

2.4Keputusan Terprogram.Apabila pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali. Keputusan keputusan yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah untuk diselesaikan. Pengurus hanya mengikut panduan-panduan yang disediakan dalam organisasi dalam menyelesaikan masalah tersebut. Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuat keputusan yang sama bagi masalah yang sama.

Keputusan Tak Terprogram.

Keputusan ini selalunya dibuat bagi mengatasi masalah besar dan jarang berlaku. Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta yang tidak di ketahui dan dibuat bagi masa-masa yang tertentu sahaja. Pengurus yang terpaksa membuat keputusan ini memerlu perhatian yang penuh dan serius dan mengambil kira banyak faktor sebelum mengambil satu-satu keputusan.

2. 5a) Kepastian

b) Risiko

c) Ketidakpastian

2.2 Proses Membuat KeputusanLangkah-langkah tersebut termasuklah mengenalpasti masalah, mewujudkan alternatif, menilai dan memilih alternatif dan melaksanakan alternatif.

Langkah 1:Mengenalpasti Masalah

Langkah ini melibatkan penafsiran secara jelas masalah yang berlaku. Apakah penyebab kepada masalah tersebut? Pengurus perlu mengumpulkan maklumat-maklumat penting dan petanda-petanda penting yang mempunyai perkaitan dengan masalah yang dihadapi. Setelah dikenalpasti barulah pengurus boleh mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, jika jualan produk organisasi semakin menurun, pengurus perlulah mencari sebab-sebab kenapa berlakunya keadaan tersebut. Ia mungkin disebabkan oleh kelemahan jurujual, promosi yang tidak menarik, kualiti barangan yang rendah atau disebabkan oleh kemelesetan ekonomi

Langkah 2: Mewujudkan alternatif

Setelah masalah dikenalpasti, pengurus perlu mencari beberapa kemungkinan alternatif penyelesaian bagi masalah tersebut. Maklumat-maklumat yang lebih penting diperlukan bagi mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Dalam langkah ini pengurus perlu melibatkan seramai mungkin pekerja kerana mereka mungkin mempunyai lebih banyak idea dan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kebiasaanya setiap masalah mempunyai banyak alternatif yang boleh digunakan dan hanya sebilangan kecil masalah yang hanya ada satu cara untuk diselesaikan. Oleh itu pengurus perlu mencari beberapa alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Teknik brainstorming banyak digunakan dalam mencari idea yang bernas dan kreatif.Sebagai contoh, alternatif bagi menyelesaikan masalah penurunan jualan ialah seperti memberi latihan kepada jurujual, meningkatkan promosi dan meningkatkan kualiti barangan.

Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif

Pengurus boleh memilih alternatif yang paling baik dan sesuai selepas setiap alternatif dinilai Penilaian ini dibuat dari aspek kesan dan akibat bagi setiap alternatif yang ada. Penilaian ini dibuat untuk setiap alternatif bagi mencari yang terbaik. Dalam penilaian ini pengurus perlu menimbangkan 4 perkara:

Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi alternatif yang dipilih

Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih. Kesan-kesan yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif tersebut

Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.

Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut.

Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan pengurus yang terlibat untuk mencari alternatif yang terbaik. Sebagai contoh di atas, daripada beberapa alternatif yang ada, pengurus perlu memilih satu sahaja yang terbaik untuk dilaksanakan. Jika penurunan jualan disebabkan promosi maka pengurus mestilah memilih bentuk promosi yang terbaik untuk dilaksanakan setelah mengambilkira keempat-empat faktor di atas.

Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan

Setelah pengurus memilih alternatif yang terbaik maka satu bentuk rancangan untuk melaksanakan alternatif tersebut akan dibentuk. Pengurus melihat kemungkinan kesan kepada tindakantindakan yang dibentuk. Jika ketiga-tiga langkah sebelumnya dijalankan dengan baik maka peringkat perlaksanaan juga akan berjalan dengan lebih berkesan.Sebagai contoh, selepas pengurus menetapkan keputusan bagi memilih promosi bagi menyelesaikan masalah maka pegurus dan pekerja mestilah bersama-sama menjalankan kegiatan promosi dengan lebih agresif. Tindakan susulan mestilah dibentuk bagi memastikan alternatif yang diambil merupakan alternatif yang terbaik. Langkah 5: Menilai Hasil

Setelah alternatif dilaksanakan maka pengurus perlu menilai semula hasil yang diperolehi samada memuaskan hati pihak pengurusan ataupun tidak. Jika memuaskan, usaha-usaha semasa hendaklah diteruskan dan jika tidak memuaskan, maka proses penyelesaian masalah hendaklah dijalankan semula dan mengambil tindakan pembetulan.

AKTIVITI 2 B

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya!!!!

Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:

2.6Langkah terakhir dalam proses membuat keputusan ialah perlaksanaan. (B/S)

2.7Setiap masalah mempunyai hanya satu alternatif penyelesaian. (B/S)

2.8

Penyelidik mencadangkan bahawa teknik brainstorming akan menjadi lebih efektif apabila melibatkan seorang individu sahaja.(B/S)2.9

Pembuatan keputusan melibatkan pemilihan satu alternatif daripada satu kumpulan alternatif.(B/S)

2.10 Masalah kecil tidak melibatkan penyelesaian masalah. (B/S)

Soalan Esei

2.11 Jelaskan 4 perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pengurus dalam penilaian alternatif.

2.12 Anda dikehendaki mengenalpasti satu masalah berkaitan pembelajaran dan berdasarkan masalah yang dikenalpasti cuba wujudkan alternatif penyelesaian dan terangkan bagaimana penilaian dilakukan terhadap pemilihan alternatif tersebut.

MAKLUMBALAS AKTIVITI

AKTIVITI 2 B

Betul / Salah

2.6 S

2.7 S

2.8 S

2.9 B

2.10 S

Soalan eseiSoalan 2.11 Kelebihan dan kelemahan setiap laternatif yang dipilih

Kebarangkalian kesan yang akan dihadapi

Kosfaedah apabila memilih alternatif tersebut

Perbandingan setiap alternatif yang dipilih

Soalan 2.12 Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi alternatif yang dipilih

Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih. Kesan-kesan yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif tersebut

Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.

Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut.

PENILAIAN KENDIRI

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.

Jika ada masalah timbul sila berbincang dengan pensyarah anda.

Selamat Mencuba semoga berjaya!!!!!

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul kenyataan-kenyataan dibawah.

1. Keputusan Tidak Terprogram merupakan keputusan bagi menyelesaikan masalah-masalah rutin dan biasa berlaku.

(B/S)

2. Ciri utama situasi berisiko ialah maklumat yang hanya mencukupi untuk setiap

alternatif yang dipilih.

(B/S)

Soalan esei

Huraikan langkah-langkah dalam membuat keputusan pembelian sebuah kereta.

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI1.S

2.BSoalan esei

1. Langkah-langkah tersebut adalah;

Mengenalpasti Masalah

Mewujudkan Alternatif

Menilai dan Memilih Alternatif

Melaksanakan Alternatif2. Huraian setiap langkah

Langkah 1: Mengenalpasti Masalah

Lewat ke tempat kerja, terpaksa berebut menaiki bas

Langkah 2: Mewujudkan Alternatif

Kereta jenis apa, buatan mana, harga, baru/lama

Tempat pembelian

Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif

Menilai setiap alternatif yang dibuat berdasarkan kebaikan/keburukan setiap alternatif yang dipilih.

Kereta baru- kebaikan/keburukan

Kereta lama kebaikan /keburukan

Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan

Memilih alternatif yang terbaik dan melaksanakan alternatif tersebut.

Beli kereta baru

2.3 Membuat Keputusan Secara Berkumpulan

Apa Itu Kumpulan..?

Ahmed et. al (2004) mendefinisikan kumpulan sebagai dua (2) atau lebih individu yang berinteraksi dan tidak bergantung antara satu sama lain ke arah pencapaian matlamat tertentu Robbins dan Coulter (2002) mentakrifkan kumpulan sebagai dua (2) orang atau lebih individu yang bebas berinteraksi secara bersama-sama untuk mencapai matlamat tertentu. TEKNIK MEMBUAT KEPUTUSAN SECARA KUMPULAN- BRAINSTORMING Brainstorming

Adalah satu proses di mana semua idea dikeluarkan oleh setiap ahli dan idea yang terbaik dipilih untuk membantu dalam membuat keputusan. Teknik ini perlu dibentuk dengan teliti untuk mengalakkan setiap ahli menyumbangkan sebanyak mungkin alternatif dan keputusan yang logik bagi menyelesaikan masalah dan mebuat sesuatu keputusan. Daripada alternatif yang disumbangkan alternatif yang terbaik akan dipilih dan alternatif yang lain akan diabaikan.Langkah Brainstorming

Satu proses membuat keputusan di mana semua ahli mempunyai penglibatan yang sama rata. Terdapat empat ( 4 ) langkah:

a) Setiap Ahli Mencatakan Idea Tentang Satu Masalah Yang Dibincangkan.b) Setiap Ahli Membentangkan Idea-Idea Secara Lisan Dan Direkod Oleh Ahli-Ahli Yang Lain.c) Setelah Semua Idea Direkod, Barulah Perbincangan Diadakan.d) Selesai Perbincangan Setiap Ahli Menilai Idea-Idea Dan Menentukan Agreggat Tertinggi Secara Senyap.Kelebihan Membuat Keputusan Secara Berkumpulan

Menawarkan pengalaman dan kepakaran daripada pelbagai kumpulan. Lebih banyak maklumat, data dan fakta terkumpul. Masalah dapat dilihat daripada pelbagai perspektif. Meningkatkan kepuasan ahli. Membentuk penerimaan dan komitmen ahli terhadap keputusan yang dibuat.Kelemahan Membuat Keputusan Secara Kumpulan

Memakanmasa yang panjang. Perbincangan dikuasai oleh individu tertentu. Terpaksa berkompromi. Lebih mementingkan matlamat peribadi daripada matlamat kumpulan. Tekanan untuk bersetuju dengan keputusan kumpulan.

AKTIVITI 2 C

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya!!!!

Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:

2.13Teknik Brainstorming banyak digunakan dalam Proses Mengenalpasti Masalah. (B/S)

2.14 Brainstorming adalah satu proses di mana semua idea dikeluarkan oleh setiap ahli dan idea yang terbaik dipilih untuk membantu dalam membuat keputusan. (B/S)2.15Setiap ahli mencatatkan idea tentang satu masalah yang dibincangkan merupakan langkah pertama dalam langkah brainstorming.(B/S)

2.16Robbins dan Coulter (2002) mentakrifkan kumpulan sebagai dua (2) atau lebih individu yang berinteraksi dan tidak bergantung antara satu sama lain ke arah pencapaian matlamat tertentu. (B/S)2.17

Ahmed et. al (2004) mendefinisikan kumpulan sebagai dua (2) orang atau lebih individu yang bebas berinteraksi secara bersama-sama untuk mencapai matlamat tertentu. (B/S)

Soalan Esei2.18 Nyatakan 4 langkah brainstorming.

2.19 jelaskan kebaikan dan kelemahan membuat keputusan secara berkumpulan.

MAKLUMBALAS AKTIVITI

AKTIVITI 2 C

Betul / Salah 2.13 S

2.14 B

2.15 B

2.16 S

2.17 SSoalan esei

Soalan 2.18

( a)setiap ahli mencatatkan idea tentang satu masalah yang dibincangkan.

( b )setiap ahli membentangkan idea-idea secara lisan dan direkod oleh ahli-ahli yang lain.

( c ) setelah semua idea direkod, barulah perbincangan diadakan.

( d )selesai perbincangan setiap ahli menilai idea-idea dan menentukan agreggat tertinggi secara senyap.

Soalan 2.19

Menawarkan pengalaman dan kepakaran daripada pelbagai kumpulan. Lebih banyak maklumat, data dan fakta terkumpul. Masalah dapat dilihat daripada pelbagai perspektif. Meningkatkan kepuasan ahli. Membentuk penerimaan dan komitmen ahli terhadap keputusan yang dibuat. Memakanmasa yang panjang. Perbincangan dikuasai oleh individu tertentu. Terpaksa berkompromi. Lebih mementingkan matlamat peribadi daripada matlamat kumpulan. Tekanan untuk bersetuju dengan keputusan kumpulan.

2.4 PERANGKAP - PERANGKAP PRAKTIKAL YANG PERLU DIELAKKAN KETIKA MEMBUAT KEPUTUSANKeputusan Dalam Keadaan Ketidakpastian

Wujud apabila dalam keadaan yang tidak diketahui dan sukar ditentukan kerana tiada data dan maklumat yang boleh dirujuk. Menggunakan pengalaman serta pertimbangannya untuk membuat penilaian yang subjektif.Tidak Tegas Dengan Keputusan

Kita perlu tegas dengan keputusan dan jangan mengikut kata orang. Apabila kita sudah membuat keputusan, maka kita jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar kita tidak akan kecewa. Jika kita tidak tegas dengan keputusan yang dibuat maka hasil keputusan itu akan diragui serta hasil keputusan kita mungkin tidak akan tepat.Kritikan

Sebarang kritikan atau perbahasan tidakdigalakkan kerana ini akan melemahkan semangat penjanaan idea secara kreatif dikalangan ahli-ahli.Percanggahan Pendapat

Apabila berada dalam membuat keputusan secara kumpulan, terdapat pelbagai pendapat dan idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah.satu pihak melontarkan pendapat positif dan satu pihak lagi melontarkan pendapat yang jauh berbeza dengan yang lain. Ini menyukarkan proses membuat keputusan. Stereotaip

Sesetengah manusia ada yang mempunyai sikap memutar belitkan perkara yang sebenar bahawa seseorang individu tersebut mempunyai kekuatan dari segi mencurahkan pendapat yang bernas. Seorang yang bersikap sebegini haruslah berubah untuk tidak menganggap semua orang adalah serupa. Bagi seorang penyelia seharusnya sedar akan stereotaip masing- masing dan situasi mereka. Seterusnya, dalam membuat keputusan, seorang penyelia perlulah menimbangkan sama ada stereotaip itu benar benar menggambarkan situasi tersebut.

Pandangan Peribadi

Pembuat keputusan merasakan semua pihak jelas dengan keputusan yang dibuat oleh pembuat keputusan, ini akan mendatangkan masalah kepada orang lain dalam memahami sesuatu benda itu.Rasional

Sikap rasional perlulah ada dalam membuat keputusan. Seseorang yang membuat keputusan seharusnya mempunyai fikiran yang rasional agar semua individu dapat menyelesaikan masalah dengan bijak. Dalam menentukan keputusan yang diambil, individu ini seharusnya tidak mencampur adukkan masalah peribadi dengan kerja yang dilakukan.

AKTIVITI 2 D

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya!!!!

Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:2.20 Seorang yang bersikap stereotaip haruslah berubah untuk tidak menganggap semua orang adalah serupa. (B/S)

2.21Keputusan dalam keadaan keyakinan menggunakan pengalaman serta pertimbangannya untuk membuat penilaian yang subjektif. (B/S)

2.22 Kita perlu tegas dengan keputusan dan jangan mengikut kata orang. (B/S)

2.23 Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar kita tidak akan kecewa.(B/S)2.24 Sebarang kritikan atau perbahasan tidakdigalakkan kerana ini akan melemahkan

semangat penjanaan idea secara kreatif dikalangan ahli-ahli.(B/S)Soalan Esei2.25 Nyatakan tiga contoh perangkap - perangkap praktikal yang perlu dielakkan ketika membuat keputusan.2.19 Huraikan contoh diatas

MAKLUMBALAS AKTIVITI

AKTIVITI 2 C

Betul / Salah

2.20 B

2.21 S

2.22 B

2.23 B

2.24 B

Soalan esei

Soalan 2.25

1. Stereotaip

2. Tidak Tegas Dengan Keputusan

3. Percanggahan Pendapat

Soalan 2.26

Stereotaip

Sesetengah manusia ada yang mempunyai sikap memutar belitkan perkara yang sebenar bahawa seseorang individu tersebut mempunyai kekuatan dari segi mencurahkan pendapat yang bernas. Seorang yang bersikap sebegini haruslah berubah untuk tidak menganggap semua orang adalah serupa. Bagi seorang penyelia seharusnya sedar akan stereotaip masing- masing dan situasi mereka. Seterusnya, dalam membuat keputusan, seorang penyelia perlulah menimbangkan sama ada stereotaip itu benar benar menggambarkan situasi tersebut.

Tidak Tegas Dengan Keputusan

Kita perlu tegas dengan keputusan dan jangan mengikut kata orang. Apabila kita sudah membuat keputusan, maka kita jangan mudah berubah. Kesabaran amat penting setelah membuat keputusan agar kita tidak akan kecewa.Jika kita tidak tegas dengan keputusan yang dibuat maka hasil keputusan itu akan diragui serta hasil keputusan kita mungkin tidak akan tepat.

Percanggahan Pendapat

Apabila berada dalam membuat keputusan secara kumpulan, terdapat pelbagai pendapat dan idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah.satu pihak melontarkan pendapat positif dan satu pihak lagi melontarkan pendapat yang jauh berbeza dengan yang lain. Ini menyukarkan proses membuat keputusan.

2.5 MEMBUAT KEPUTUSAN YANG KREATIF

KREATIF ????

Proses mental memerlukan seseorang berfikir secara KRITIS dan KREATIF untuk membuat pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan alternatif setelah dipertimbangkan dengan teliti.KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN

Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.Situasi1:Andaikan anda sebagai ketua jabatan yang berhasrat hendak membuat keputusan sama ada hendak memecat pekerja anda ataupun tidak. Sekiranya anda hendak membuat keputusan yang bijak, berhikmah, dan sukar dipertikaikan, apakah yang anda mesti lakukan?

Tentulah anda hendak mengelak daripada membuat keputusan yang merugikan. Justeru, anda tidaklah boleh berfikir secara terburu-buru. Anda kenalah menggunakan sumber maklumat yang berasas serta mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk mencari pilihan yang terbaik. Maka anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan yang anda buat itu tekal, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan kerugian.Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking mengkategorikan kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kritis dan mendefinisikannya sebagai "making a choice based on reasoned judgement". Mereka memberikan kata sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting".

PENGAPLIKASIAN DALAM PENGAJARANPERMULAAN:Perkenalkan tajuk bagi mata pelajaran yang diajar dan kemahiran berfikir yang dipilih dan rangsangkan perbincangan (pengurusan lisan) bagi memperkenalkan kemahiran membuat keputusan dengan menggunakan bahan rangsangan yang berkaitan dengan situasi.

PERKEMBANGAN:Perkenalkan proses membuat keputusan dan Pengurusan Grafik (PG) yang hendak digunakan. Kemukakan isu dan isikan PG.

PENUTUP: Merumuskan pilihan terbaik.

KESIMPULAN

Antara kesilapan dalam membuat keputusan ialah membuat keputusan tidak tepat kerana menggunakan maklumat yang tidak lengkap. Keputusan yang dibuat juga terburu-buru kerana tidak berfikir panjang dan mendalam. Disebabkan itu,keputusan yang dilakukan juga tidak kekal, berubah-ubah dan tidak teratur. Keputusan yang mencelarukan kerana mengabaikan aspek penting yang patut diambil kira.

AKTIVITI 2 E

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya!!!!

Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:

2.27 Membuat keputusan ialah satu proses mental di mana seseorang itu bertindak

untuk memilih satu pilihan yang terbaik daripada beberapa pilihan yang ada

berdasarkan tujuan dan kriteria tertentu.

(B/S)

2.28 Proses mental memerlukan seseorang berfikir secara KRITIS dan KREATIF.(B/S)

2.29 Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinking mengkategorikan

kemahiran berfikir membuat keputusan sebagai pemikiran kreatif.

(B/S)

2.30 Anda perlulah rasional, sabar, berfikir panjang, dan mendalam supaya keputusan

yang anda buat itu tekal, kekal, dan muktamad tanpa sebarang keraguan dan

kerugian.

(B/S)2.31 Robin Forgarty & James Bellanca (1990) Teach Them Thinkingmemberikan kata

sinonim "decision making" dengan "judging, choosing, selecting".

(B/S)

MAKLUMBALAS AKTIVITI

AKTIVITI 2 E

Betul / Salah

2.27 B

2.28 B

2.29 S

2.30 B

2.31 B

PETA

MINDA

Alat fikir yang boleh digunakan untuk membantu anda membuat keputusan secara tersusun/ sistematis ialah ??

PENGURUSAN GRAFIK MEMBUAT KEPUTUSAN