21
Penghasilan dan Aplikasi Media Non-Elektronik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Ugama | 1 1.0 PENDAHULUAN Memang tidak dinafikan bahawa di zaman yang canggih ini perbagai jenis media telah dihasilkan. Manusia sekarang tidak heran dengan kecanggihan yang wujud sekarang. Media cetak dan media elektronik memang telah mempengaruhi kehidupan manusia di dunia ini. Media-media inilah yang berperanan untuk menyebarluaskan maklumat terkini. Penciptaan media cetak dianggap suatu fenomena hidup bagi manusia pada kurun ke-19 dan ke-20 dan kepentingannya sering disamakan dengan senjata yang boleh digunakan untuk keamanan ataupun kemusnahan. Bahkan Napeoleon Bonaparte dalam abad ke 17 pernah menyatakan bahawa jika meriam memusnahkan sistem feudal, dakwat pula akan memusnahkan organisasi sosial medan. 1 Menurut W.Schramm dalam Syed Arabi Idid, media berperanan untuk menyedarkan tentang semangat kenegaraan selain dapat digunakan sebagai suara perancang negara dan mengajar kemahiran yang baru. di samping itu, menurut A.Samad Ismail, seorang tokoh wartawan yang terkenal bahawa peranan media baik media cetak mahupun media elektronik bukan sahaja untuk menyebarkan maklumat dan fakta, data dan laporan tetapi juga untuk membentuk pendapat dan fikiran umum, mempengaruhi, mendidik serta meningkatkan tahap fikiran, nilai hidup yang baik dan mensejahterakan masyarakat 2 1 Ahmad Muhammad Hassan, 1999, Media Pembelajaran, Singapura, Cahaya Bakti Printing,m.s 22 2 ibid Hasil Usaha: Haji Abdul Afiq bin Zainuddin 09DTOO5 Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

  • Upload
    3563

  • View
    794

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 1

1.0 PENDAHULUAN

Memang tidak dinafikan bahawa di zaman yang canggih ini perbagai jenis media

telah dihasilkan. Manusia sekarang tidak heran dengan kecanggihan yang wujud

sekarang. Media cetak dan media elektronik memang telah mempengaruhi kehidupan

manusia di dunia ini. Media-media inilah yang berperanan untuk menyebarluaskan

maklumat terkini. Penciptaan media cetak dianggap suatu fenomena hidup bagi

manusia pada kurun ke-19 dan ke-20 dan kepentingannya sering disamakan dengan

senjata yang boleh digunakan untuk keamanan ataupun kemusnahan. Bahkan

Napeoleon Bonaparte dalam abad ke 17 pernah menyatakan bahawa jika meriam

memusnahkan sistem feudal, dakwat pula akan memusnahkan organisasi sosial

medan.1

Menurut W.Schramm dalam Syed Arabi Idid, media berperanan untuk

menyedarkan tentang semangat kenegaraan selain dapat digunakan sebagai suara

perancang negara dan mengajar kemahiran yang baru. di samping itu, menurut

A.Samad Ismail, seorang tokoh wartawan yang terkenal bahawa peranan media baik

media cetak mahupun media elektronik bukan sahaja untuk menyebarkan maklumat

dan fakta, data dan laporan tetapi juga untuk membentuk pendapat dan fikiran umum,

mempengaruhi, mendidik serta meningkatkan tahap fikiran, nilai hidup yang baik dan

mensejahterakan masyarakat 2

Di Negara Brunei Darussakam sekarang sudah terkenal dengan media cetaknya

seperti Media Permata, Borneo Bulletin, Pelita Brunei dan majalah-majalah lain. Bahan-

bahan seperti ini memang banyak mengandungi banyak informasi-informasi yang

penting. Media-media ini akan memberikan ilmu pengetahuan yang belum kita ketahui.

Kebanyakan orang ingin mengetahui mengenai tips-tips kesihatan, jawatan-jawatan

kosong dan banyak lagi ilmu pengetahuan sama ada yang di dalam negeri ataupun luar

negeri. Begitu juga dengan media elektronik seperti radio dan televisyen yang sudah

1 Ahmad Muhammad Hassan, 1999, Media Pembelajaran, Singapura, Cahaya Bakti Printing,m.s 222 ibidHasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Page 2: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 2

meningkat saluran-salurannya. Dunia hiburan masa kini sudah jauh meninggalkan

zaman.

2.0 APA ITU MEDIA?

Media merupakan alat perantaraan yang menjadi penghubung di antara pemilik

media dan sasaran orang ramai. Peranan media amat penting untuk menyampaikan

pelbagai bentuk maklumat seperti pendidikan, kebudayaan, ekonomi, hiburan dan

berita.3 Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini media banyak menyiarkan

rancangan yang berbentuk mistik, kisah-kisah jenayah, cara hidup yang liar dan

program-program hiburan yang tidak bersesuaian dengan budaya hidup masyarakat

negara kita. Program-program ini ditayangkan oleh semua saluran media sama ada

media cetak mahu pun media elektronik seperti televisyen, empayar internet, media

interaktif , akhbar, buku, majalah, artikel dan sebagainya.4

Dahulu media hanya ditunjukkan kepada bahan-bahan bertulis contohnya

suratkhabar, buku, majalah dan sebagainya dan berbentuk audio-visual seperti

televisyen dan radio. Tetapi hari ini skop media telah berkembang melampaui pelbagai

bentuk dan alat seperti Internet, teknologi telefon bimbit seperti SMS. MMS dan

multimedia lainnya, malahan melintasi teknologi satelit. Manusia dapat menggunakan

media untuk berhubung dalam masa yang sangat cepat, pantas, mudah dan terbuka

yang melintasi ruang sempadan dan ruang angkasa.5

Media di zaman sekarang benar-benar menjadi ‘tuan’ dalam seluruh aspek

kehidupan. Dari orang yang paling kecil sampai konglomerat, semua mengenal

perkembangan media, baik dalam bidang informasi, komunikasi, komputer, teknologi, 3 Jamaluddin Siregar, 1997, Kaedah Media Dalam Pembelajaran, Kuala Lumpur, Sri Indah Ltd. Co, m.s 254 ibid5 opcit m.s 32Hasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Page 3: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 3

internet dan sebagainya. Media yang berkembang begitu cepat sekali bukan saja

teknologi media itu sendiri, tetapi pengunaan dan pemanfaat media sangat cepat.6

Media mempunyai nilai yang sangat positif dalam perkembangan kehidupan

manusia, namun juga menjadi perosak yang menjerumus manusia ke dalam kegagalan

dan kehancuran. Dengan demikian media sebenarnya neutral dalam diri sendiri dan

sekarang tergantung kita yang menggunakan alat tersebut, apakah itu dipakai sebagai

alat kebenaran atau alat itu digunakan untuk senjata kejahatan.7

3.0 KONSEP MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

Media yang juga dikenali sebagai medium yang bermaksud sesuatu saluran

komunikasi yang membawa maklumat.Iaitu dari penyampai akan diterima oleh

penerima melalui saluran komunikasi yang disebut sebagai media. Dalam pengajaran,

media berperanan untuk mendorong minat pelajar mengikuti proses pengajaran dan

dengan ini ianya meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran.8

Pada awalnya,iaitu sebelum bidang teknologi memainkan peranannya yang

besar dalam proses pengajaran dan pembelajaran,guru-guru adalah merupakan media

yang utama dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar-pelajarnya.

Perkembangan dalam bidang teknologi memungkinkan proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung tanpa kehadiran guru.

Pembelajaran kendiri boleh berlaku sekiranya pelajar disediakan dengan media

pengajaran yang berkesan dan sesuai. Antara contoh yang boleh digunakan dalam

pembelajaran kendiri ialah pita video, computer atau modul pengajaran. 9

6 Hidayah Salim, 2001, Penggunaan Media Di Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur, Percetakan Mawar,m.s 457 ibid8 opcit m.s 479 Noriati A. Rashid Boon Pong Ying Sharifah Fakhriah Syed Ahmad Wan Kamaruddin Wan Hassan,2009, Teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran, Selangor Darul Ehsan, Oxford Fajar Sdn Bhd, m.s 32Hasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Page 4: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 4

Dalam pada masa yang sama, hal ini menunjukkan guru masih berperanan

dalam menentukan hasil pembelajaran, pemilihan tajuk dan isi pelajaran,pemilihan

strategi, teknik dan kaedah pengajaran serta bentuk penilaian.Dari apa yang

diterangkan diatas, dapatlah difahami serba sedikit mengenai dengan makna media

pengajaran. Media itu di definisi kan sebagai pelbagai alatan yang mampu

menyampaikan mesej pengajaran.10

Media dalam pengajaran ialah sesuatu alatan yang berupaya untuk menyalurkan

mesej pengirim kepada penerima mesej sehingga mendorong dan meransang

pemikiran, perasaan, minat dan perhatian penerima. Dalam konteks pendidikan, media

merupakan alat yang digunakan oleh guru (pengirim mesej) untuk menyampaikan

mesej dengan berkesan kepada penerima (pelajar).

Pun begitu, kita tidak boleh sama sekali membataskan media dalam pengajaran

dengan melibatkan peralatan semata-mata. Sebaliknya, ia melibatkan pemilihan teknik

sehingga pelajar melalui pelbagai pengalaman yang bermakna semasa menempuh

proses pembelajaran. Hakikatnya media dalam pengajaran perlu menjadi penghubung

antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.11

Pengunaan media bermula dari guru sebagai pihak utama yang mencari jalan

untuk meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran.

Guru perlu menyedari bahawa keupayaanya bukan sahaja menyampaikan kandungan

pelajaran secara langsung kepada pelajar sebaliknya kandungan pelajaran dapat

diterima dengan mudah dan berkesan sekiranya guru dibantu oleh pelbagai jenis

media.12

3.1 FUNGSI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.

10 ibid11 ibid12 Halimah Johari, 1996, Pengajaran Bersistematik Dengan Bahan Media, Kuala Lumpur, PTU printing, m.s 44Hasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Page 5: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 5

Penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja untuk

meningkatkan minat dan pemahaman pelajar terhadap pengajaran guru, malah

penggunaan media dapat mengatasi pelbagai kekangan guru dalam menguruskan

pengajaran di bilik darjah.

Selain itu juga, penggunaan media pada masa ini mampu memenuhi pelbagai

tuntutan dalam pendidikan memandangkan pendidikan pada hari ini bukan sahaja

terbatas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, bahkan matlamat

pendidikan lebih luas dan menyeluruh.

Antara matlamat pendidikan adalah untuk menghasilkan masyarakat yang

memiliki keupayaan dalam mereka cipta dengan menggunakan kreativiti atau daya

kreatif pelajar di samping mampu untuk mempelbagaikan kemajuan sains teknologi dan

ledakan maklumat.

Tuntutan melahirkan masyarakat yang mampu menguasai ilmu pengetahuan

belum mampu menjadikannya sebagai modal insan, sebaliknya seseorang manusia itu

perlu juga memiliki keupayaan diri dan mempunyai ketahanan dalam mental dan emosi.

Tuntutan tersebut adalah berat untuk seorang guru memikulnya, maka dengan

penggunaan media serba sedikit dapat meringankan tanggung jawab guru tersebut

yang mana di antara fungsi nya adalah seperti berikut.13

3.1.1 PEMBANTU GURU

Dengan menggunakan media sebagai sebahagian dari alat atau bahan bantu

mengajar ianya akan membantu guru dalam melaksanakan proses pembelajaran dan

pengajaran secara sistematik. Disamping itu ianya akan memberikan kemudahan

kepada guru dalam menerangkan suatu isi pelajaran yang diajarkan.

Sebagai contoh pengguanaan media bagi mata pelajaran ibadat iaitu dalam bab

solat, guru akan menggunakan slide atau video sebagai bahan bantu mengajar. Disini

13 opcit m.s 65Hasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Page 6: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 6

dapat dilihat akan kepentingan serta peranan media dalam proses pengajaran dan

pembelajaran.

Dengan menggunakan video, guru akan memainkan video tersebut sebelum

memulakan pembelajaran yang mana pelajar akan menunjukkan rasa minat untuk

menonton video berkaitan dengan solat. Masa menayangkan video tersebut sekurang-

kurang nya 3-4 minit sahaja agar masa tidak terbuang dengan mengambil masa yang

lama.

Manakala bagi pertunjukkan slide, guru haruslah memilih latar belakang yang

sesuai agar pelajar tidak terlalai atau asyik dengan latar belakang yang penuh dengan

gambar kerana ianya akan menghilangkan fokus pelajar dalam pembelajaran dan

hendaklah dipastikan ianya bersesuaian dan tidak terlalu “simple”.

Dari penerangan itu tadi jelas media itu membantu guru dalam pengajaran dan

pembelajaran yang mana dengan adanya media seperti yang disebutkan diatas tadi

akan mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada guru bahkan juga kepada pelajar

amnya kerana dengan pembelajaran mengguanakan media ini kesannya akan lebih

efektif dari dilakukan dengan menggunakan kaedah syarahan semata-mata tanpa

menggunakan bahan media yang bersesuaian.14

3.1.2 PENGGANTI GURU.

Keupayaan guru dalam mengendalikan pengajaran ada kalanya berdepan

dengan pelbagai kekangan seperti guru perlu menghadiri mesyuarat tergempar atau

tugas-tugas ad hoc yang memungkinkan kelas terpaksa di tinggalkan seketika. Sebagai

manusia juga guru itu tidak terlepas dari masalah kesihatan dan tidak mampu

melaksanakan tugas nya seperti kelaziman.

Dan ada di antara guru yang harus menghadiri seminar-seminar atau kursus-

kursus yang diarahkan dan terpaksa digantikan oleh guru lain.Hal-hal yang seperti ini

14 Lee Yew Teng, 1997, Global Pendidikan, Johor Bharu, Bertih Sdn Bhd, m.s 50Hasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Page 7: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 7

menjejaskan serba sedikit proses pembelajaran pelajar akan tetapi penggunaan media

dalam pengajaran dan pembelajaran akan mampu mengurangkan sebarang kesulitan

yang timbul.

Dalam hal ini, pelajar mampu untuk melakukan pembelajaran kendiri dengan

menggunakan media mengikut panduan serta bimbingan yang terdapat pada media

yang digunakan tersebut. Pada masa kini banyak pihak yang telah pun menyediakan

portal pembelajaran kendiri yang membenarkan proses pembelajaran.

Ianya dikendalikan sendiri oleh pelajar hanya dengan mematuhi arahan dan

langkah-langkah pembelajaran yang diarahkan oleh media yang di gunakan yang mana

perkembangan ini melahirkan pelbagai ciptaan bahan media yang mampu menarik

pelajar untuk mengikuti pembelajaran mereka walaupun sewaktu ketiadaan guru.15

4.0 BAHAGIAN MEDIA NON-ELEKTRONIK.

Media non-elektronik itu terdapat pelbagai jenis dan unsur yang mana ianya

dapat diklafikasikan kepada beberapa bahagian yang diantaranya dua bahagian

seperti berikut:

Media non-elektronik bercetak

Media non-elektronik tidak bercetak

-Media non-elektronik bercetak

15 opcit m.s 52Hasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Page 8: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 8

Media non-elektronik bercetak adalah alat atau bahan bantu mengajar

merupakan salah satu alat yang digunakan dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Ianya meransang daya pemikiran pelajar dengan pelbagai bentuk dan

warna yang menarik. Diantara Media non-elektronik bercetak yang dihasilkan sebagai

bahan bantu mengajar adalah seperti poster-poster,gambar-gambar animasi,peta-peta

dan sebagainya. Juga termasuk kedalam bahan media non-elektronik bercetak adalah

2D dan 3D.16

-Media non-elektronik tidak bercetak

Apa yang dimaksudkan dengan media non-elektronik tidak bercetak sebenarnya

adalah sama dengan yang bercetak akan tetapi perbezaan nya ialah yang tidak

bercetak iu menggunakan kaedah tradisional tanpa menggunakan sebarang mesin bagi

penghasilan media tersebut.Ianya adalah ditulis atau dibuat oleh guru itu sendiri dengan

memakan masa yang ada kalanya lama dan ada kala nya mengambil masa yang

sedrhana berbanding dengan penghasilan media non-elektronik bercetak yang

mengambil masa sekitar beberapa saat sahaja.17

5.0 KEPENTINGAN MEDIA DALAM KEHIDUPAN.

Sekarang zaman globalisasi ini, manusia sangat membutuhkan teknologi dalam

kegiatan sehari-hari. Media juga memainkan peranan penting dalam menyebarluaskan

penggunaan teknologi seperti contoh buku-buku dihasilkan dengan adanya mesin

fotokopi untuk dicetak, akhbar-akhbar dan majalah-majalah juga terhasil dengan

adanya teknologi canggih untuk mencetak sedala media-media yang diperlukan. 18

Selain itu juga, teknologi seperti komputer kini sudah dikenali seluruh

masyarakat apatah lagi dengan kemunculan internet. Penggunaan komputer dalam 16 Daud Hashim, 1999, Teknologi Pembelajaran dalam Pengajaran, Singapura, Bright Printing Co., m.s 4417 ibid18 opcit m.s 44Hasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Page 9: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 9

melayari internet telah berkembang pesat dan memberi impak kepada pendidikan

dalam pelbagai aspek. Kemudahan yang disediakan khususnya World Wide Web, mel

elektronik, forum perbincangan dalam talian semakin rancak digunakan kini sebagai

medium perkongsian, penyebaran maklumat serta saluran komunikasi utama.

Teknologi multimedia interaktif menerusi web juga menjadi fenomena baru yang

semakin mendapat sambutan ramai seluruh dunia. Pengintegrasian antara kedua-dua

teknologi membawa perubahan dalam penggunaan media, khususnya dalam

pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru dan pelajar di sekolah. 19

Penggunaan media bermaksud penggunaan alat dan bahan yang membawa

mesej atau maklumat isi pelajaran yang direka bentuk untuk pengajaran pelajar. Contoh

media pengajaran adalah nota, OHP, video imager, disket, CD-ROM, cakera padat,

internet, komputer, VCD, papan putih, DVD, mikrofon, mesin fotokopi, projektor dan

seumpamanya.

Kajian (Rafie, 1994) mendapati bahawa ransangan media bercetak dan

gabungan media dapat meningkatkan prestasi pelajar dalam penulisan karangan.

Kajian Toh dan Abd. Rahim (1994) mendapati pelajar yang didedahkan dengan empat

mod pengajaran mempunyai motivasi yang tinggi berbanding dengan pelajar yang

hanya didedahkan kepada satu mod pengajaran sahaja. 20

Perry (1993) dalam kajiannya mendapati media pengajaran ini berfaedah kerana

ia meningkatkan minat dan perhatian pelajar, menggalakkan maklum balas bagi pelajar

dan pengajar, dan kepimpinan dalam teknologi pendidikan dapat diwujudkan. Menurut

Jonassen (1999), kemudahan hiperteks dan hipermedia yang terdapat dalam internet

dapat menyediakan suasana pembelajaran yang bercirikan konstruktif.

19 Kee Wong Liew,2000, Gandingan Media dan teknologi dalam pendidikan,Kuala Lumpur, NVG sdn bhd,m.s 6620 ibidHasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Page 10: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 10

Pembelajaran menerusi multimedia mempunyai banyak kelebihan dan antara

yang utama menurut Alessi dan Trollip (2001) dalam buku mereka bertajuk Multimedia

For Learning adalah:

i. Pelajar boleh mencapai bahan pembelajaran pada bila-bila masa dan di mana

saja mereka berada.

ii. Bahan sokongan pembelajaran boleh dirangkaikan daripada sumber tambahan

yang terdapat di seluruh dunia.

iii. Pengurusan dan mengemaskini bahan pembelajaran menjadi semakin mudah

dan pantas.

iv. Pelbagai bentuk saluran komunikasi boleh disediakan bagi kegunaan pelajar

dan pendidik.21

v.

Kepelbagaian penggunaan media pengajaran yang merangkumi ICT ini dapat

menghasilkan perubahan pengajaran dan pembelajaran seperti pelajar memperoleh

pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan tajuk yang berkenaan. Selain itu,

pelajar memperoleh pengalaman yang bermakna dan menarik minat mereka untuk

meneruskan pembelajaran dan pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan dan

kemahiran yang diperlukan dalam situasi yang perlu.

McGloughlin (1997) dalam bukunya bertajuk Multimedia On Web menyatakan

terdapat pelbagai faktor mengapa perlunya teknologi multimedia diintegrasi bersama-

sama teknologi web atau internet. 22

6.0 PENGHASILAN MEDIA NON-ELEKTRONIK

Tajuk yang akan di bahaskan ialah berkenaan dengan penghasilan media non-

elektornik, yang mana seperti penjelasan yang sudah diterangkan di atas bahawa

media memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

21 ibid22 opcit m.s 43Hasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Page 11: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 11

Penghasilan bahan media non elektronik adalah bahan yang dihasilkan dengan tidak

menggunakan atau memerlukan kuasa elektrik.23

Ianya hanya memerlukan kepada bahan-bahan seperti kertas atau buku dan

sebagainya untuk dijadikan sebagai alat atau bahan bantu mengajar. Berikut adalah di

antara beberapa bahan non-elektornik bagi proses pengajaran dan pembelajaran.:

23 ibidHasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Inilah di antara penghasilan bahan media non-elektronik dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak kira dengan mana-mana institusi pengajian pada masa kini.

Page 12: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 12

Gambar di atas menunjukkan antara bahan-bahan media yang non-elektronik yang

digunakan. Tidak terhad pada mata pelajaran pendidikan semata-mata sahaja juga

termasuk juga mata pelajaran ugama. Seperti yang mana yang terdapat di atas antara

bahan media non-elektronik yang digunakan dalam pembelajaran ugama ialah seperti

bulan-bulan menurut kalendar Islam.

7.0 APLIKASI MEDIA NON-ELEKTRONIK DALAM PEMBELAJARAN UGAMA.

Dari kajian yang di lakukan oleh Mahmud Sakili (1988) beliau menyebutkan

bahawa penggunaan media perlu di tekankan dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini

kerana peredaran zaman yang semakin hari semakin berkembang dengan kepesatan

info telekomunikasi atau ict. Segala bahan media yang digunakan hendaklah di

aplikasikan dengan sebaiknya tanpa mengira bahan yang digunakan.24

Penggunaan media dalam pembelajaran ugama bukan lah suatu benda yang

baharu dilakukan kerana ianya sudah pun berlaku mungkin di awal tahun 70an. Iaitu

dengan menggunakan papan tulis sebagai bahan media. Setelah kemajuan dicapai

pada tahun 80an guru-guru telah memulakan pengajaran dengan menggunakan media

non-elektronik seperti kad manila, carta, buku-bukuan dan lainnya.

Untuk mengaplikasi media non elektronik ini pada mata pelajaran ugama ianya

hendaklah bersesuaian dengan subjek yang diajarkan agar pelajar dapat memahami

dengan lebih berkesan. Ini kerana jika pelajar kurang memahami isi satu-satu pelajaran

itu maka akan menyulitkan bagi guru untuk mengulang kembali isi pelajaran tersebut.

24 Hidayah Salim, 2001, Penggunaan Media Di Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur, Percetakan Mawar,m.s 109Hasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Page 13: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 13

Guru seharusnya tahu mengaplikasikan jenis media non-elektronik yang

bersesuaian sebagai contoh dalam bab solat. Guru bolehlah melukis gambar orang

yang sedang bersolat atau lebih baik jika sekiranya guru mengambil gambar orang

yang sedang bersolat dan dipotong dan seterusnya dilekatkan pada kad manila.

Begitulah diantara cara-cara untuk mengaplikasikan bahan-bahan bantu

mengajar yang berasaskan kepada media non-elektronik yang mana bahan tersebut

boleh diguna pakai lagi dan mengelakkan dari berlakunya pembaziran dan dalam pada

masa yang sama bahan tersebut dapat diguna pakai di tahun yang mendatang.

8.0 Penutup

Secara kesimpulannya, memang benar kesemua jenis media ini berperanan

untuk menyebarluaskan maklumat, untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita

serta membantu dalam tugas dan kegiatan sehari-hari. Dengan menggunakan alat

media kita akan mengetahui apa sahaja maklumat-maklumat yang tidak kita ketahui

sebelumnya. Di samping itu juga media berpengaruh kuat dalam menggugat keimanan

seseorang jika disalahgunakan media tersebut. Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-

Imran: 104 yang mafhumnya:

“Hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan

menyeru kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, mereka itulah

orang-orang yang beruntung.”

Hasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Page 14: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 14

Oleh yang demikian, masyarakat memahami betapa kuatnya peranan media

untuk mencorakkan tingkahlaku dan sikap manusia terhadap kehidupan. Kepercayaan

yang wujud pada diri manusia datang dari apa yang disimpan dalam minda mereka.

Dalam dunia sejagat sekarang, kuasa besar seperti Amerika tidak menjajah

secara fizikal tetapi cukup dengan menggunakan alat-alat media mereka seperti media

cetak, visual, audio, filem dan internet untuk menjajah kepada minda negara-negara

yang disasarkan.

Demikian juga halnya maklumat yang diisi dan dimuatkan dalam komputer dan

alat-alat perhubungan tidak semuanya betul dan berfaedah yang memerlukan kepada

penggunanya berhati-hati dan meneliti maklumat berkenaan. Oleh itu Allah Subhanahu

Wataala awal-awal lagi memberikan peringatan sebagaimana firman-Nya dalam Surah

Al-Hujuraat:6 yang mafhumnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasakh

membawa sesuatu berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya

supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak

diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menjadikan kamu

menyesali apa yang kamu telah lakukan".

Hasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2

Page 15: Kertas Kerja bagi subjek Alat Bantu Mengajar

P e n g h a s i l a n d a n A p l i k a s i M e d i a N o n - E l e k t r o n i k d a l a m P e n g a j a r a n d a n P e m b e l a j a r a n U g a m a | 15

Bibliografi

- Ahmad Muhammad Hassan, 1999, Media Pembelajaran, Singapura, Cahaya Bakti Printing

- Daud Hashim, 1999, Teknologi Pembelajaran dalam Pengajaran, Singapura, Bright Printing Co

- Halimah Johari, 1996, Pengajaran Bersistematik Dengan Bahan Media, Kuala Lumpur, PTU

printing

- Hidayah Salim, 2001, Penggunaan Media Di Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur, Percetakan

Mawar

- Jamaluddin Siregar, 1997, Kaedah Media Dalam Pembelajaran, Kuala Lumpur, Sri Indah Ltd. Co

- Kee Wong Liew,2000, Gandingan Media dan teknologi dalam pendidikan,Kuala Lumpur, NVG

sdn bhd

- Lee Yew Teng, 1997, Global Pendidikan, Johor Bharu, Bertih Sdn Bhd

- Noriati A. Rashid Boon Pong Ying Sharifah Fakhriah Syed Ahmad Wan Kamaruddin Wan

Hassan,2009, Teknologi dalam Pengajaran dan pembelajaran, Selangor Darul Ehsan, Oxford

Fajar Sdn Bhd

Hasil Usaha:Haji Abdul Afiq bin Zainuddin09DTOO5Diploma Tertinggi Pergururan Ugama Usuluddin Tahun 2