4
KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH TARIKH: 13 Ogos 2014 (Rabu) TEMPAT: Hotel UiTM Permatang Pauh, 13500 Permatang Pauh. ANJURAN: Kelab Pusat Sumber Sekolah

Kertas Kerja Jamuan Akhir Tahun 2014

  • Upload
    idamm

  • View
    1.331

  • Download
    74

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pusat sumber sekolah

Citation preview

KERTAS CADANGAN

KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN

PENGAWAS PUSAT SUMBER DAN KELAB PUSAT SUMBER SEKOLAH

TARIKH: 13 Ogos 2014 (Rabu)TEMPAT:Hotel UiTM

Permatang Pauh,

13500 Permatang Pauh.ANJURAN:Kelab Pusat Sumber Sekolah1.0 Pendahuluan

Majlis Jamuan Akhir Tahun Pengawas Pusat Sumber akan diadakan pada 13 Ogos 2014 iaitu pada hari Rabu. Lokasi majlis ini diadakan pada tahun ini ialah di Hotel UiTM, Permatang Pauh. Lokasi ini dipilih kerana ianya merupakan antara lokasi yang sesuai bagi mengadakan jamuan Hi-Tea. Menu yang disediakan juga adalah bersesuaian dengan bajet yang diperuntukkan. Di samping itu diadakan juga majlis penyampaian hadiah kepada guru serta pengawas cemerlang dan aktiviti cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi majlis ini.

2.0 Objektif

2.1 Menghargai jasa guru Pusat Sumber yang berjasa dan memberi sumbangan tenaga dan fikiran kepada Pusat Sumber.

2.2 Mengiktiraf pengawas Pusat Sumber yang cemerlang dari segi bersikap bertanggungjawab, kerajinan dan kepekaan terhadap tugas.

2.3 Meningkatkan motivasi dan semangat untuk pengawas-pengawas Pusat Sumber untuk melaksanakan tugas mereka dengan penuh bersemangat, dedikasi dan bertanggungjawab.

2.4 Mengeratkan hubungan antara guru dan pelajar serta pelajar dengan pelajar.

2.5 Melepaskan tekanan, merehatkan minda serta badan dengan menyertai aktiviti yang diadakan.

3.0 Aturcara Program

2.00 ptg: Kehadiran guru-guru dan pelajar.

3.00 ptg: Majlis bermula

Kata alu-aluan pengerusi majlis

Bacaan doa selamat

Ucapan Ketua Pengawas

Ucapan Pengetua dan perasmian majlis

Penyampaian hadiah

3.30 ptg: Makan dan cabutan bertuah5.00 ptg: Majlis Bersurai

4.0 Ahli Jawatankuasa Kerja

Pengerusi

: En Ahmad Ezzat B Ismail

Timbalan Pengerusi

: Hj. Ramli B Abd Rahim

Naib Pengerusi 1

: Pn Suraine Bt Basir

Naib Pengerusi 2

: En Baharudin B Hashim

Naib Pengerusi 3

: En Sugaip B Semaun

Penyelaras

: Pn Norlida Bt Mohd Mahudin

Setiausaha : Pn Norain Bt Abu BakarBendahari: Pn Nur Hafizah Bt OthmanBuku program

: Pn Faizza Bt Mohd AkhirJemputan

: Cik Sriminangwati Bt Zainulis

Hadiah/sumbangan: Pn Rafidah Bt Yahaya`

Juruacara

: Pn. Rozita Bt Ariffin

Pendaftaran

: Nor Syamimi Sufiera Bt Limi Hawari (Pengawas PSS)

Pengangkutan dan keselamatan pelajar : Pn Hasniah Bt Md Saboo@Eusop

Dokumentasi

: Amalina Lubis Bt Abd Khalik Lubis (Pengawas PSS) Fotografi

: Pn Faizza Bt Mohd Akhir5.0 Perbelanjaan Majlis

BILPERKARAKUANTITIJUMLAH

1Hi-Tea Menu55 orang x (RM35.00)

RM1925.00

2Anugerah Pengawas PSS Cemerlang/Dedikasi

3

RM100.00

3Hadiah & CenderahatiCabutan Bertuah

Door Gift

RM1000.00

RM500.00

4Pengangkutan2 x RM100RM200.00

5Pengurusan & Lain-lainRM500.00

JUMLAH KESELURUHANRM4225.00

6.0 Sumber Kewangan

Disebabkan Pusat Sumber tidak mempunyai sumber kewangan yang mencukupi maka Pusat Sumber telah memohon bantuan kewangan daripada syarikat-syarikat pembekal buku, pihak swasta dan individu yang sudi memberi sumbangan secara ikhlas bagi menjayakan majlis ini.

7.0 Penutup

Majlis ini merupakan majlis tahunan yang diadakan khas untuk meraikan majlis perpisahan kepada pengawas-pengawas pusat sumber yang akan tamat pengajian pada tahun ini di samping memberi pengiktirafan kepada guru dan pengawas yang cemerlang pada tahun ini. Segala usaha murni ini diharap dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Disediakan oleh,

27 Januari 2014__________________________

(NORLIDA BT MOHD MAHUDIN)

Guru Perpustakaan dan Media,

SMK Tun Hussein OnnDisahkan oleh,

__________________________

(EN AHMAD EZZAT B ISMAIL)

Pengetua,

SMK Tun Hussein Onn