Kertas Kerja Lawatan Kssr

  • View
    33

  • Download
    5

Embed Size (px)

DESCRIPTION

paper work

Text of Kertas Kerja Lawatan Kssr

KERTAS KERJA

1.0 Tajuk ProgramLawatan Ilmiah KSSR,

Subjek Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu

Sekolah Rendah (BMM3101) & Kelestarian JPM2.0 Pengenalan ProgramApabila cabaran berubah akibat daripada perkembangan semasa dan arus globalisasi, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada 2011 bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang dijalankan sejak tahun 1993. KSSR dilaksanakan di sekolah rendah di negara ini dengan harapan dapat mendidik seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang mampu berhadapan dengan cabaran semasa dan cabaran masa hadapan dalam abad ke-21. Sehubungan dengan itu, para pelajar dari Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Semester 1 Ambilan Januari 2013 opsyen Bahasa Melayu telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Lawatan Ilmiah KSSR di SK Kebakat dan SK Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Kelantan di bawah sukatan Subjek Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah beserta tinjauan perihal kelestarian sekolah untuk menjadi inspirasi dalam melestarikan Jabatan Pengajian Melayu, IPG Kampus Kota Bharu.2.1 Rasional ProgramMelalui program ini, para guru pelatih akan diberi pendedahan awal tentang proses pengajaran dan pembelajaran kurikulum baharu ini iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah yang sedang dijalankan untuk pelajar tahap 1 iaitu Tahun 1, 2 dan 3. Rasionalnya, program ini bertujuan untuk memberikan pengalaman dan pendedahan secara praktikal di sekolah agar guru pelatih lebih jelas lagi akan pelaksanaan kurikulum ini.

2.2 Rasional Pemilihan Tempat2.2.1 Sesuai dengan keperluan sukatan.

2.2.2 Pengalaman dan pendedahan untuk melihat pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah dengan lebih jelas dan praktikal.2.2.3 Peluang meninjau perincian pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah sama ada dari aspek Pengajaran dan Pembelajaran untuk persediaan kepada bakal guru.

2.2.4 Kajian emperikal tentang kemudahan dan kelengkapan untuk memenuhi kriteria penilaian amali dan kaedah pentaksiran dalam situasi yang sebenar.

3.0 Matlamat Program

3.1 Melengkapkan guru pelatih dengan pengetahuan asas pelaksanaan KSSR di sekolah rendah.

3.2 Membina keyakinan diri dalam diri guru pelatih untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah kelak dengan melihat proses pengajaran di sekolah dalam situasi sebenar.3.3 Memberi pendedahan kepada kemahiran asas dalam pelaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah sekaligus menjadikannya sebagai panduan untuk menjalankan aktiviti di sekolah yang akan ditugaskan.3.4 Mendalami pengalaman pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan memperbaiki nilai mutu diri sebagai guru pelatih untuk menjadi peneraju dalam mengeluarkan modal insan cemerlang di sekolah.4.0 Objektif Program4.1 Menimba pengalaman pelaksanaan KSSR di sekolah secara praktikal dan bukan sekadar teori dalam kursus Subjek Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3101).4.2 Mewujudkan interaksi antara guru pelatih dengan masyarakat luar, khususnya para pelajar dan guru-guru yang berpengalaman dalam bidang perguruan untuk berkongsi idea secara ilmiah tentang kurikulum baharu ini.4.3 Menunjukkan kepekaan dan keprihatinan terhadap perubahan kurikulum di sekolah-sekolah sesuai dengan keperluan sukatan pelajaran iaitu Subjek Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3101).4.4 Meningkatkan dan mengasah bakat kepimpinan dan keyakinan dalam diri pelatih supaya berani menyahut cabaran dan sanggup memikul tanggungjawab sebagai seorang pemimpin yang amanah dan berketerampilan dalam bidang pendidikan.

4.5 Membina perwatakan guru yang mempunyai sahsiah yang bersepadu, beretika, berdisiplin, berpotensi dan berketerampilan semasa di sekolah.

5.0 Tarikh Program24 April 2013 (Rabu)

6.0 Tempat

1. SK. Kebakat, Wakaf Bharu, Kelantan2. SK Chenderong Batu, Wakaf Bharu, Kelantan7.0 Penganjur Guru pelatih PISMP opsyen Bahasa Melayu Sem 1 Ambilan Januari 2013 dengan kerjasama Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. 8.0 Kumpulan Sasaran Program (Lihat Lampiran 1 dan Lampiran 2)9.0 Ahli Jawatankuasa IndukAHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

LAWATAN ILMIAH KSSR, SUBJEK PENGAJIAN KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH (BMM3101) & KELESTARIAN JPMJAWATANKUASA INDUK

Penaung

: Tn. Hj. Hashim Bin Deraman

Pengarah IPG Kampus Kota Bharu

: Dr. Mohd Aziz Bin Mohd Din

Timbalan Pengarah IPG Kampus Kota Bharu

Ketua Jabatan

: Pn Zaleha binti Mohd Noor

Ketua Jabatan,

Jabatan Pengajian Melayu,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Kota Bharu.

Pensyarah Pengiring : 1. Pn Nik Noraini binti Raja Abdullah (BM 1) 2. Encik Mohd Asif bin Mohd Alwi (BM 2) 3. Pn Sakila binti Dollah (BM 3) 4. Pn Zaleha binti Mohd Noor 5. Pn Narita binti Mohd NoorAHLI JAWATANKUASA PENGGERAKPengerusiMohd Muzammil bin Ab Rahim (BM 1 - SK)Naib Pengerusi (1)

Pugelentheran A/L Paremasamy (BM 3 - SJKT)Naib Pengerusi (2)

Hilmi Syukran Bin Mohd Rashid (BM 2 - SJKC)Setiausaha

Jahir Bin Korotok (BM 1 - SK)Naib Setiausaha

NurFarhana binti Khairuddin (BM 3 - SJKT)Shereen Farzana Binti Mohd Hanifah Khairunnisa Binti Bolhassan (BM 3 - SJKT)Lee Jie Yee (BM 2 - SJKC)Noradila Binti Adnan (BM 1 - SK)BendahariNurul Hafidzah Bt Abd Halim (BM 1 - SK)Nur Izzati binti Mohammed Rifin (BM 3 - SJKT)Lee Jing Wen (BM 2 - SJKC)Naib Bendahari

Nur Suaidah binti Alias (BM 3 - SJKT) Mhd Lex Qayyum B. Hais (BM 1 - SK)Mohd Azri Bin Kamarudin (BM 2 - SJKC)AHLI JAWATANKUASA KECIL

1. AJK Perhubungan dan Pengangkutan

Muhammad Syahir B. Che Aini

Raja Maksum B. Raja Ali

Zainal B Hazmi

Aslah Bt Zakaria

Ekafauziawati Bt Sukirman Nurul Amirah Binti Zulkepeli

Ong Yee King Fanly

Shahrul Faisal Bin Mohamed Shari

Swa Ming Jian

Syaza Khalis Bin Suphi

Wong Chuan Eng

2. AJK Aktiviti

Agnes Yam Soke Ee

Amirul Izzat Bin Alias

Hajaj Hambali Bin Mohd Wira

Hassan Bin Abdul Hamid

Maithasa Syuhada Binti Adnan Nurain Syamimi binti Noor Azlan

Nurul Afifah binti Rahim

Shatyawati A/P Somasundharan

Siti Nor Atiekah binti Kamaruddin

Fatin Athirah Bt Abu Bakar

Maisarah Bt Ayob

Mazlinda Amira binti Mohamad

3. AJK Protokol dan Cenderahati

Muhammad Faiz bin Nayan

Syahmi Afif Syahir bin Abdul Rani

Thompson Anak Juna

Aznizan binti Aziz

Julianah binti Ahmad

Lorshini A/P Gunintheren

Marasilinda Anak Omar

Muhammad Nur Asyraf B. Rahsid

Rosman B. Muhamad Amin

Reymond A/L Bah Ayoh

Rizal Bin Aman

Mona Anak Pengabang

4. AJK Dokumentasi / Buku Program / Fotografi

Alex Madais

Mazly Tius

Mohamad Firdaus B. Radzali

Mohd Syahrul Adhab. Mohd Fouat

Mohd Hazizie B. Abdul Rahman

Nor Hannisa binti Halimi

Nor Amira binti Tayabu

Nor Ezatul Azhanafiza Ahmad Baharuddin

Nor Fatin binti Mansor

Nur Maisarah binti Ahmad Khair

Wan Nor Arifah Nabilah Wan Mustaffa

Yuvarani A/P Subramaniam5. AJK Persegaran

Nur Amalina Salwa Bt Rosli

Nur Amira Aiza Bt Mohd Johan

Nurshaziana Bt Mohd Salahudin

Nurul Farahain Bt Zamri

Rafiza Bt Darus Mardhiah Ani Syahindah Binti Marzuki

Mohamad Aizatul Ariffin Bin Mohd

Mohamad Zairi Bin Ahmad Sabri

Muhamad Fathul Zariff Bin Rosli

Ng Chai Wei

Ng Xue Jing

Norhayati Bt Ali Maran

Siti Ainizah Bt Samsuri

Nurul Ilyani Bt Mohd Borahan

Farah Hani Bt Abd Hamid10.0 Atur cara Program7.40 Pagi: - Bertolak dari IPG Kampus Kota Bharu.8.00 Pagi:- Tiba di SK. Kebakat Kota Bharu.

- Taklimat dan sesi suai kenal dengan Pemimpin Sekolah.

- Lawatan ke bilik KSSR sekolah.

- Meninjau kelas yang menjalankan sesi P&P KSSR.

- Majlis Penyampaian Cenderahati.10.40 Pagi: - Bergerak semula ke SK.Chenderong Batu

- Taklimat dan sesi suai kenal dengan Pemimpin Sekolah.

- Lawatan ke bilik KSSR sekolah.

- Meninjau kelas yang menjalankan sesi P&P KSSR.

- Majlis Penyampaian Cenderahati.

2.00 Petang: - Bertolak balik ke IPG Kampus Kota Bharu

11.0 Bajet Perbelanjaan

BilPerkaraBilangan

1. Plak2 Buah

2. Goody bag2 Buah

3. Tuala2 Buah

4. Buku Catatan 2 Buah

5. Air Mineral4 Kotak

Jumlah Item 12

12.0 Penutup

Diharapkan program seumpama ini dapat mencapai matlamat dan objektif yang dirancangkan serta akan dapat mewujudkan kerjasama yang erat dan persefahaman yang seiringan antara sesama guru pelatih dan pensyarah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, diharapkan agar program ini dapat memberi dapatan yang berguna kepada kita semua sebagai bakal-bakal guru agar dapat mengaplikasikannya kelak. Kerjasama daripada pihak tuan, kami dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Disediakan Oleh :

________________________

( JAHIR BIN KOROTOK )

Setiausaha,

Lawatan Ilmiah KSSR,

Subjek Pengajian Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (BMM3101) & Kelestarian JPM.

Diluluskan Oleh :

________________________

( HAJI HASHIM BIN DERAMAN )

Pengarah,

Institut Pendidikan Guru,

Kampus Kota Bharu,

Kelantan.

Disokong Oleh :___________________________

(PUAN ZALEHA BINTI MOHD NOOR)

Ketua Jabatan,

Jabatan Pengajian Melayu,

IPG Kampus Kota Bharu.

[LAMPIRAN 1]SENARAI NAMA PELAJAR PISMP SEM 1