26
Pengenalan Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata-mata. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran, melalui aktiviti-aktiviti diluar kelas boleh mendorong murid menimba sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri suasanan berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman yang mereka lalui dapat mengukuhkan lagi daya ingatan murid-murid. Bagi subjek Pendidikan Moral penekanan diberikan dalam membentuk satu sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip- prinsip yang dianggap benar, baik, dan patut dilakukan. Sebolehnya guru cuba mengelakkan daripada murid kita menjadi insan yang tidak bermoral. Moral juga bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat. Guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi peluang kepada murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari. Lawatan ke penjara, dapat memberi peluang murid memahami lebih mendalam lagi tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral. Moral itu sendiri bermaksud sebagai cara atau berbagai cara untuk melihat dan mempersoalkan pelbagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkahlaku berdasarkan

38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

Pengenalan

Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran semata-

mata. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran, melalui aktiviti-aktiviti diluar

kelas boleh mendorong murid menimba sesuatu pengalaman baru dan merasai sendiri

suasanan berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman yang mereka lalui dapat

mengukuhkan lagi daya ingatan murid-murid.

Bagi subjek Pendidikan Moral penekanan diberikan dalam membentuk satu

sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik, dan patut

dilakukan. Sebolehnya guru cuba mengelakkan daripada murid kita menjadi insan yang

tidak bermoral. Moral juga bersifat praktikal kerana ia merupakan disiplin yang

memberitahu apakah sistem moral yang dihayati oleh sesuatu masyarakat.

Guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi peluang kepada

murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan

pelajari. Lawatan ke penjara, dapat memberi peluang murid memahami lebih mendalam

lagi tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral. Moral itu sendiri bermaksud

sebagai cara atau berbagai cara untuk melihat dan mempersoalkan pelbagai isu

berhubung dengan perbuatan atau tingkahlaku berdasarkan persoalan betul atau salah,

benar atau tidak dan apakah ia harus dilakukan atau tidak dalam satu-satu keadaan.

Guru juga perlu memahami dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan

sekiranya berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Ini adalah bertujuan untuk

melancarkan perjalanan semasa mengadakan lawatan dan bukan untuk menyulitkan

urusan. Prosedur ini melibatkan sebelum, semasa dan selepas lawatan dijalankan.

Sebelum lawatan guru perlu membuat mesyuarat pembentukan Ajk, menyediakan kertas

kerja, membuat surat kebenaran ke tempat lawatan, kebenaran PPD, kebenaran JPS,

kebenaran ibu bapa. Semasa lawatan pula guru perlu memastikan keselamatan murid,

dokumen-dokumen penting ada seperti kebenaran ibu bapa serta permit bas. Selepas

lawatan pula guru perlu menyediakan laporan lengkap.

Page 2: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

1.0 Aktiviti Sebelum Lawatan

1.1 Mengadakan mesyuarat penubuhan Ajk pelaksanaan, berbincang mengenai lawatan yang akan dijalankan.

1.2 Menyediakan Kertas Kerja.

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE PENJARA KAJANG

PADA 11 OKTOBER 2010

ANJURAN :

UNIT DISIPLIN SJKT AMPANG

&

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SJKT AMPANG

Kerjasama

HEM SJKT AMPANG

KERTAS KERJA

Page 3: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA KAJANG

ANJURAN UNIT DISIPLIN DAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SJKT

AMPANG.

1.0 DEFINISI

Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid

dan pengalaman baru kepada mereka mengenai kehidupan sebenar sebagai

penghuni penjara.

2.0 RASIONAL

2.1 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga

penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan.

2.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara

dengan lebih dekat lagi.

2.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan

inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan

bebas daripada masalah sosial.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi

corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.

3.2 Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk

berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta

bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.

4.0 SASARAN

Murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6.

5.0 BILANGAN PESERTA / GURU

Page 4: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

Seramai 80 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa /

penjaga. Seramai 8 orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini

berjalan.

6.0 CADANGAN PROGRAM

Tarikh : 11 OKTOBER 2010

Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang

Tempat Lawatan : Sekitar kawasan Penjara Kajang

7.0 AJK INDUK

Pengerusi : Pn. N. Ghandimathy

( Guru Besar SJKT AMPANG)

Naib Pengerusi 1 : Pn. Tamnicholvy

( GPK Kokurikulum )

Naib Pengerusi 2 : En. Arulselvam

( GPK HEM)

Setiausaha : En.R.Palani kumar

Bendahari : Pn. Batmah

Ajk : Pn. Kunawathy

Pn. Mohana sundari

Pn. Theivanayagi

Pn. Saraswathy

Pn. Nageswary

Pn. Malarvizli

8.0 AJK KERJA

Ketua Rombongan : En.R.Palani kumar

Fotografi : En.Mahendran

Kuiz : Pn. Mohana sundari

Page 5: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

Kecemasan : Pn.Batmah

Makanan : En.Kamalakannan

9.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti

7.30 pagi

8.00 pagi

8.40 pagi

9.00 pagi

10.00 pagi

10.30 pagi

1.00 tengah hari

2.00 petang

3.30 petang

4.00 petang

4.45 petang

- Berkumpul di sekolah / pendaftaran

- Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang

- Tiba di Penjara Kajang

- Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.

- Menonton Tayangan Video

- Rehat

- Melawat sekitar kawasan penjara ( tempat

dijatuhkan hukuman, bilik kurungan )

- Makan tengah hari

- Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal

keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang

dikenakan

- Penyampaian cenderahati

- Bertolak balik ke Sungai Buloh

- Tiba di SKSB

10.0 PENDAPATAN / PERBELANJAAN

PENDAPATAN

10.1 Peruntukan Unit Kokurikulum RM 0.00

Page 6: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

10.2 Kutipan Murid ( RM 20.00 X 80 orang ) RM 1600.00

Jumlah RM

PERBELANJAAN

10.3 Bayaran Pengangkutan RM 0.00

10.4 Makanan ( RM 12 X 80 orang ) RM 0.00

10.5 Cenderahati Penjara RM 0.00

10.6 Edaran RM 0.00

Jumlah RM

11.0 CADANGAN AKTIVITI

11.1 Setiap pelajar akan diberi lembaran kerja bagi menjawab soalan-soalan

yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-tempat yang dilawati.

11.2 Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk

disemak dan dinilai oleh guru pengiring.

12.0 PENUTUP

Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda murid disamping

memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak

kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik, sama ada kesilapan mereka

sendiri ataupun kesalahan yang tidak disengajakan.

1.3 Surat Kebenaran Ibu bapa

1.4 Surat Kebenaran Tempat Lawatan

1.5 Surat Kebenaran Pelancongan

Page 7: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

Tuan: Ruj.Kami: Tarikh :

Pengarah,Penjara Kajang,Selangor Darul Ehsan

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk:

2. Adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan lawatan sambilbelajar ke Penjara Kajang. Sehubungan dengan perkara di atas berikut adalah butiran lawatan :

Tarikh : 11 Oktober 2010Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petangBilangan : 80 orang murid dan 10 orang guru pengiringTujuan : i) Memberi pengalaman baru mengenai corak kehidupan

sebagai penghuni penjara.

3. Di sini juga pihak kami akan sertakan tentatif lawatan yang kami cadangkan. Pihak tuan boleh membuat perubahan dan cadangan yang difikirkan bersesuaian.

4. Kami amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Segala jasa dan perhatian pihak tuan amat kami hargai.

…/2

Page 8: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(N.GHANDIMATHY) Guru Besar,SJKT Ampang,Selangor.

……………………………….……………………………….……………………………….

Page 9: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

………………………………. No. Tel : ________________

Kepada,Guru Besar, SJKT Ampang,Selangor

Tuan,

SURAT KEBENARAN PENJAGA / IBU BAPA

Bahawa saya ibu bapa / penjaga yang bernama __________________________________ No. K/P ________________________ memberi kebenaran kepada pelajar yang bernama ____________________________________ dari kelas ___________ menyertai aktiviti seperti butiran berikut :

Aktiviti : Lawatan Sambil BelajarTarikh : 11 Oktober 2010Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petangTujuan : Memberi pengalaman baru berkaitan dengan kehidupan seorang

banduan.Tempat : Penjara KajangBayaran : RM 20.00

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan tersebut diadakan.

3. Saya bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa perubahan kesihatan atau keadaan fizikal anak jagaan saya sebelum tarikh aktiviti berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak jagaan saya faham bahawa setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru pengiring hendaklah dipatuhi bagi memastikan keselamatan pelajar.

4. Saya juga memberikan kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberikan segala bentuk rawatan ke atas anak saya sekiranya diperlukan.

Perakuan dibuat oleh.

Nama : ________________________ Nama saksi : ______________________

No.K/P : _______________________ No. K/P : ______________________Tarikh : ________________________ Tarikh : ______________________

Page 10: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BULOH,

47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR DARUL EHSAN

No. Tel. : 03-61561669 No. Fax : 03-61571926

Email :

[email protected] Ruj.Tuan:

Ruj.Kami: SKSB01/06/10/001 ( )

Tarikh : 2Julai 2007

Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Langat,K/M 22 Saujana Impian , Jalan Cheras, 43000 Kajang, SELANGOR.

Tuan,

Undang-Undang Pelancongan Sekolah 1957 – Surat Kebenaran Daripada Ibu Bapa

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuki.

2. Adalah disahkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa bagi membawa seramai 80 orang murid untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Penjara Kajang, Selangor pada 11 Oktober 2010.

3. Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak sekolah telah memberi segala penerangan dan akan mengambil langkah keselamatan dan pengawasan kepada ibu bapa di sepanjang program ini. Walau bagaimanapun pihak ibu bapa mengaku bahawa tidak akan mendakwa mana-mana pihak sekiranya berlaku perkara-perkara seperti kemalangan tau kecederaan ke atas anak jagaan mereka di sepanjang program tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(N.GHANDIMATHY) Guru Besar,SJKT Ampang,Selangor.

Page 11: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

PERATURAN-PERATURAN PELANCONGAN SEKOLAH 1957

Borang-borang permohonan untuk perkara-perkara di atas hendaklah dibuat dalam 4

salinan ditambah dua salinan lagi bagi setiap negeri yang hendak dilawati atau dilalui

dan disampaikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Gombak tiga minggu sebelum tarikh

melancong dalam negeri Selangor Darul Ehsan / 5 minggu sebelum tarikh perjalanan

keluar negeri Selangor Darul Ehsan.

1. Nama Sekolah : SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL,

AMPANG

2. Nama Guru Besar/Pengetua : PN. GHANDIMATHY NADESON

3. Nama Guru Yang Mengelolakan : EN. PALANI KUMAR RAMASAMY

Pelancongan

4. Tujuan Lawatan : Memberi pendedahan kepada murid

mengenai pengalaman hidup seseorang

yang bergelar banduan.

5. Nama Guru-Guru Yang Membantu : 1.

6. Jenis Kenderaan : BAS

Page 12: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

7. Tempat-Tempat Yang Dilawati :

Nama Tempat Tarikh Nama & Alamat Tempat

BermalamDari Hingga

Penjara Kajang 10/09/2007 10/09/2007 Tiada

8. Punca Pendapatan Wang

8.1 Yuran daripada murid-murid seperti senarai ahli dalam borang ini :

RM 20.00 seorang X 80 orang RM 1600.00

8.2 Punca Pendapatan Lain :

Peruntukan Unit Kokurikulum RM 00.00

Jumlah RM 0000.00

9. Nama dan Keterangan mereka yang diberi kuasa mengutip dan membelanjakan

wang.

Nama Jawatan No. K/P Umur Alamat

Cik Batmah Guru thn

Page 13: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

10. Penyata Perbelanjaan Bagi Setiap Murid :

10.1 Makanan/Minuman RM 8.00

(sarapan pagi, makan tengah hari

minum petang, makan malam)

10.2 Tambang Bas RM 12.00

Jumlah RM 20.00

Page 14: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

1.6 Senarai Nama Peserta

SENARAI NAMA MURID YANG AKAN MENGIKUTILAWATAN SAMBIL BELAJAR

KE PENJARA KAJANGPADA 11 Oktober 2010

Bil Nama No S/B Tahun Alamat No Telefon

1

2.0 Aktiviti Semasa Lawatan

Page 15: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

2.1 Aturcara lawatan

Masa Aktiviti

7.30 pagi

8.00 pagi

8.40 pagi

9.00 pagi

10.00 pagi

10.30 pagi

1.00 tengah hari

2.00 petang

3.30 petang

4.00 petang

4.45 petang

- Berkumpul di sekolah / pendaftaran

- Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang

- Tiba di Penjara Kajang

- Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.

- Menonton Tayangan Video

- Rehat

- Melawat sekitar kawasan penjara ( tempat

dijatuhkan hukuman, bilik kurungan )

- Makan tengah hari / solat

- Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal

keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang

dikenakan

- Penyampaian cenderahati

- Bertolak balik ke Sungai Buloh

- Tiba di SKSB

2.2 Keterangan Aturcara Lawatan

i) Pendaftaran

Guru memberi penerangan mengenai aturcara sepanjang lawatan.

Tidak lupa guru memberi peringatan beberapa perkara penting

semasa lawatan seperti menjaga tingkahlaku, membuat catatan,

mematuhi peraturan penjara dan tidak lupa menjaga barangan

peribadi supaya tidak tertinggal.

Page 16: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

ii) Menonton Tayangan

Aktiviti menonton tayangan murid dingatkan supaya tidak

membuat bising, menghayati dan membuat catatan perkara-perkara

penting. Mereka akan ditayangkan sejarah penubuhan, aktiviti-

aktiviti yang dijalankan di penjara.

iii) Melawat Sekitar Kawasan Penjara

Murid-murid akan dibawa melawat kawasan sekitar kawasan

penjara. Seperti bilik tahanan, tempat hukuman gantung dijalankan

dan aktiviti-aktiviti yang dijalani oleh pelatih penjara yang bakal

keluar.

iv) Sesi Motivasi

Mereka juga diberi peluang mendengar sendiri luahan rasa

penghuni penjara sepanjang mereka menjalani tahanan. Keperitan

mereka menghadapi hukuman, dapat memberi pengajaran kepada

murid-murid.

Page 17: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

3.0 Aktiviti Selepas Lawatan

3.1 Pelapor Pengajar

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJARKE PENJARA KAJANG

1. Tujuan

1.1 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga

penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan.

1.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara

dengan lebih dekat lagi.

1.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi

negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas

daripada masalah sosial.

2. Objektif

2.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi

corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.

2.2 Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk

berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta

bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.

3. Ajk Keselamatan

Ketua Rombongan : En.R.Palani kumar

Fotografi : En.Mahendran

Kuiz : Pn. Mohana sundari

Kecemasan : Pn.Batmah

Makanan : En.Kamalakannan

Page 18: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

4. Kewangan

PENDAPATAN

4.1 Peruntukan Unit Kokurikulum RM 0.00

4.2 Kutipan Murid ( RM 20.00 X 80 orang ) RM 1600.00

Jumlah RM 00.00

PERBELANJAAN

4.3 Bayaran Pengangkutan RM 0.00

4.4 Makanan ( RM 12 X 80 orang ) RM 0.00

4.5 Cenderahati Penjara RM 0.00

4.6 Fail RM 0.00

4.7 Edaran RM 0.00

Jumlah RM 1320.00

5. Aktiviti

Sepanjang lawatan sehari ke Penjara Kajang setiap murid akan diberi lembaran

kerja bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-

tempat yang dilawati. Jawapan kepada soalan berkenaan berkisar kepada tempat

yang mereka lawat. Secara tidak langsung murid perlu memberi tumpuan dan

pemerhatian semasa mereka melawat sekitar penjara.

Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk

disemak dan dinilai oleh guru pengiring. Lembaran kerja ini juga akan

digunakan oleh murid untuk membuat laporan selepas daripada lawatan.

Seramai 10 orang murid yang dapat menjawab dengan memuaskan akan dipilih

untuk menerima cenderahati yang disediakan.

Page 19: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan

6. Rumusan

Secara keseluruhan lawatan ini banyak memberi peluang kepada murid-murid

melihat sendiri kehidupan sebenar seorang banduan semasa tahanan. Secara

tidak langsung memberi kesedaran kepada murid untuk tidak melakukan

kesalahan di sisi undang-undang kerana hukuman yang dikenakan setimpal

dengan kesalahan yang dilakukan. Pengalaman sehari berada di penjara banyak

memberi pengajaran kepada murid-murid apa yang mereka lihat pada hari itu

mungkin berguna pada masa akan dating untuk menjadi insan yang lebih

menghargai usia muda dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

7. Cadangan

Saya sebagai seorang guru yang membuat lawatan ini rasa amat bertuah kerana

dapat berpeluang menjejaki kaki ke penjara. Bukan semua orang berpeluang

seperti ini. Seharusnya, kita sebagai guru perlu mengadakan lawatan sebegini

memandangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan murid amat

membimbang semua pihak. Pihak penjara juga mungkin boleh mengadakan

ceramah atau pameran ke sekolah untuk memberi kesedaran di kalangan murid-

murid.

Page 20: 38198571 Contoh Kertas Kerja Lawatan