Upload
ainserdunk
View
6.185
Download
25
Embed Size (px)
Citation preview
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
POLITEKNIK PORT DICKSON
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PROGRAM:DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
KOD:JJ203-AMALAN BENGKEL MEKANIKAL 2
KELAS:DKM2S2
SESI:DISEMBER 2010
AMALI BENGKEL KIMPALAN GAS
SAMBUNGN LEKAP, SAMBUNGAN-T DAN MELOYANG
NAMA PELAJAR NURUL NOR AIN BINTI RASIDI
NO PENDAFTARAN 06DKM10F1063
NAMA PENSYARAH
TAJUK: Membuat sambungan asas dengan menggunakan logam penambah & meloyang
serta kerja-kerja pemotongan Oksi-asetilena.
OBJEKTIF: Di akhir modul ini palajar dapat membuat kerja-kerja asas kimpalan gas yang
melibatkan pelbagai proses penyambungan logam.
OBJEKTIF KHUSUS:
Fungsi manifold pancaronggaFungsi alator satu dan dua peringkatAlat-alat asas kimpalan gasJenis-jenis nyalaan kimpalan gasTeknik mengimpal gas
PROSEDUR KERJA SELAMAT
(i) Tabiat bekerja
Mengutamakan kebersihan dan kekemasan pakaian.
Mempunyai sikap dan tanggungjawap terhadap diri sendiri.
Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas.
Menumpukan sepenuh perhatian dan tenag ketika bekerja.
Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali.
(ii) Langkah keselamatan diri
Memakai pakaian yang sesuai contoh baju bengkel
Memakai kasut keselamatan (safety boot)
Sebelum memulakan kerja pastikan anda memakai gogal, apron, dan sarung tangan.
Pakai pakaian yang memudahkan pergerakan
Pakai pakaian yang kemas
Pastikan rambut pendek dan kemas
Tidak bergurau dalam bengkel sama ada melibatkan peralatan woksyop ataupun tidak
(iii) Langkah keselamatan di dalam bengkel
Pastikan bengkel dalam keadaan bersih
Pastikan bengkel dalam keadaan selamat
Pastikan semua pintu dan tingkap dibuka terlebih dahulu
Pastikan lantai tidak berminyak
Pastikan peralatan disusun ditempat yang betul
Mengikut semua peraturan di dalam bengkel
(iv) Langkah projek
Potong kepingan besi menggunakan gergaji besi
Mengetahui apa yang patut dilakukan
Membuat sambung temu dan sebagainya
Berlatih sehingga kumai kelihatan cantik
PENGENALAN KIMPALAN GAS
1) Kimpalan Lebur Oksi-Asetilena ialah satu proses menyambung logam sama jenis dengan cara membakar kedua-dua bahagian tepi yang hendak disambung dengan api oksi-asetilena sehingga cair dan biarkan cairan logam(benda kerja)itu bercampur.
2) Bersihkan kedua keping logam dengan berus dawai.3) Laraskan api pertengahan dan mulakan proses mengimpal paku pada kedua hujung
logam.4) Tentukan sudut sumpitan api 60-70 darjah dan rod penambah 30-60 darjah dengan
betul.5) Jika logam hampir tembus, anda boleh condongkan sedikit sudut sumpitan api.6) Lebar kumai biasanya 2 hingga kali ganda garispusat rod penambah.
PROSEDUR KERJA
SAMBUNGAN DEGAN ROD PENAMBAH
1) Laraskan api kepada nyalaan neutral 2) Benda kerja diletak di atas bata untuk memudahkan mendapat cukup ketelusan, juga
memudahkan kita melihat percikan api di bawah logam menunjukkan telusan terhasil3) Mulakan kerja mengimpal dari hujung kanan ke hujung kiri logam dan pastikan kelegaan
yang cukup 2-3 mm.4) Panaskan benda kerja sehinngga wujud kolam cairan pada logam tersebut dan
gerakkan sumpitan secara bulatan untuk mendapat luas cairan yang cukup5) Cecahkan hujung rod penambah di tengah-tengah kolam cairan logam tersebut selama
3-4 saat.Lebih lama rod penambah dicecahkan lebih tinggi kumai yang akan dihasilkan6) Gerakkan sedikit sumpitan api ke arah tempat kimpalan setiap kali menambah rod
penambah
MELOYANG
1) Logam yang hendak disambung mesti dibersihkan dahulu dengan cermat dari segala kekotoran seperti cat, karat,minyak dan lain-lain kekotoran dengan berus dawai,kikir atau mesin canai
2) Kebersihan amat penting dalam proses meloyang kerana loyang tidak akan melekat pada permukaan yang kotor
3) Mulakan proses meloyang dari hujung kanan logam ke hujung kiri pastikan api jenis pengarbonan
4) Sapukan sedikit bahan lakur dan lekapkan kedua tepi logam dan panaskan sehingga berwarna merah pada tempat yang hendak diloyang.Panaskan lagi sebelum mencairkan sedikit Loyang
5) Sumpitan api digerak-gerakkan ke hadapan dan kebelakang untuk menolak cairan loyang mengalir kea rah sambungan
6) Loyang akan mudah mengalir jika kedudukan benda kerja ditinggikan sedikit supaya loyang mengalir dari bahagian tinggi ke bahagian kedudukan yang rendah
PEMOTONGAN GAS LOGAM NIPIS
1) Gambarajah menunjukkan kedudukan muncung sumpitan api semasa melakukan proses pemotongan untuk logam yang nipis.Kurang 5 mm tebal
2) Sumpitan berkeadaan condong untuk mengelakkan haba api tertumpu pada tempat pemotongan yang mana akan mengakibatkan haba tinggi mengimpal semula bahagian yang telah dipotong
3) Laraskan api asetilena kepada kekuatan yang sesuai 4) Laraskan injap oksigen sehingga api pertengahan 5) Tekan injap oksigen tekanan tinggi dan pastikan masih jenis api pertengahan6) Setelah itu, lakukan proses pemotongan
KELENGKAPAN/ALATAN KIMPALAN GAS
Kelengkapan oksi-asetilena melaraskan nyalaan
Sistem manifold pancarongga melaras gas sebelum memulakan
kimpal
Berus dawai bersihkan besi sebelum memulakan
kimpal
Pengapit mengapit benda kerja yang panas
Gogal
melindungi mata sebelum mengimpal
Sarung tangan kulit melindungi kulit dari terkena percikan
api melindungi kulit dari terkena benda
panas
Sumpitan api mengimpal gas, melaras nyalaan
Pengetuk mengetuk serpihan yang tidak kemas
pada projek
Hasil kerja
Sambungan lekap
Sambungan-T
Perbincangan
Kecacatan pada benda kerja
Berlaku sedikit kecacatan pada projek tersebutHasil kimpalan tidak kemasSaiz kimpalan tidak seragamhasil kumai tidak ratakumai tidak sampai ke penghujung benda kerja
Sebab berlakunya kecacatan pada projek
Kurang kemahiran mengimpal gas Kurang melakukan latihan kimpalan gas Melakukan kerja kimpalan arka dengan laju Jarak kimpalan tidak sesuai. (terlalu hampir/terlalu jauh) Sudut sumpitan api tidak tepat Kurang keyakinan diri untuk melakukan kerja mengimpal
CADANGAN
Pelajar perlu mempelajari teknik kimpalan dengan betul sebelum melakukan kerja kimpalan gasPelajar perlu melakukan latihan yang lebih untuk mahir dalam melakukan kerja kimpalan gasPelajar perlu serius semasa melakukan kerja kimpalan gasPelajar perlu menggunakan proses kerja selamat ketika melakukan kerja kimpalan gasPelajar perlu tahu cara melaras api dengan betul
PERBINCANGAN1) Apakah lima (5) langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa membuat
kerja-kerja kimpalan gas?
2) Nyatakan proses meloyang.
3) Apakah yang menyebabkan api kimpalan mengeluarkan bunyi letupan ‘pop’?
4) Nyatakan 3 jenis nyalaan api oksi-asetilena.
5) Mengapakah bahan lakur digunakan semasa proses meloyang?
6) Berpandukan hasil kerja yang anda, bincangkan apa-apa kecacatan yang wujud pada sambungan kerja kimpalan anda.
7) Mengapakah hasil meloyang anda berwarna merah dan sekelilingnya pula bertompok hitam?
KESIMPULAN
dapat mengendalikan sistem manifold pancarongga sebelum membuat kimpal
dapat mengetahui asas kimpal
dapat membuat kumai dengan cantik
tahu bagaimana mengimpal jenis sambungan temu, sambungan jenis-T, sambungan lekap, dan akhir sekali, meloyang
dapat mengendalikan jenis nyalaan api dengan sempurna
dapat mempelajari langkah-langkahkeselamatan semasa mengimpal
Rujukan
1.http://notanobita.blogspot.com/2009/02/ nota-kimpalan-gas-ii.html
2.http://www.google.com.my/images?hl=ms&q=kimpalan+gas&um=1&ie=UTF-8&source=univ&ei=X9S-TI6qAY3qvQO1p8kt&sa=X&oi=image_result_group&ct=title&resnum=2&ved=0CBUQsAQwAQ
LAMPIRAN