11
SEKOLAH KEBANGSAAN MATU BARU D/A PEJ.PEL.GAB KCH, JLN DIPLOMATIK OFF JLN BAKO 93050, KUCHING _______________________________________________________ ___ KERTAS KERJA PROJEK INDIVIDU (MURAL KENALI DIRI) _______________________________________________________ __ NAMA : MOHAMMAD HAFIQ BIN WEINI PENGAJIAN : PISMP KAJIAN SOSIAL JAN 2011 0

KK Mural Individu

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kertas kerja

Citation preview

Page 1: KK Mural Individu

SEKOLAH KEBANGSAAN MATU BARU

D/A PEJ.PEL.GAB KCH, JLN DIPLOMATIK OFF JLN BAKO

93050, KUCHING

__________________________________________________________

KERTAS KERJA

PROJEK INDIVIDU (MURAL KENALI DIRI)

_________________________________________________________

NAMA : MOHAMMAD HAFIQ BIN WEINI

PENGAJIAN : PISMP KAJIAN SOSIAL JAN 2011

TARIKH : 14 JULAI 2014 – 8 OGOS 2014

MASA : 0900 - 1300

TEMPAT : DINDING RUANG LEGAR

0

Page 2: KK Mural Individu

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN..........................................................................................................2

2.0 RASIONAL.................................................................................................................3

3.0 OBJEKTIF..................................................................................................................4

4.0 TEMPAT DAN TEMPOH PERLAKSANAAN...........................................................4

5.0 SASARAN..................................................................................................................4

6.0 AHLI JAWATANKUSA..............................................................................................5

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN................................................................................5

8.0 SUMBER KEWANGAN………………………………..………………………………….5

9.0 PERANCANGAN PROJEK………………………………………………………..……..6

10.0 PENUTUP………………………………………………………………………….………7

1

Page 3: KK Mural Individu

1.0 PENGENALAN

Saya guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang dari Pengajian

Kajian ambilan Januari 2011 ingin menjalankan projek Individu iaitu mural

kesedaran diri yang ingin dilaksanakan pada dinding di bahagian ruang legar SK

Matu Baru. Projek ini adalah bertujuan untuk mencapai objektif yang telah

digariskan dalam program intership guru pelatih iaitu merancang, melaksana projek

atau aktiviti yang telah dipersetujui oleh pihak sekolah serta membantu dalam

mengembleng tenaga untuk mewujudkan keceriaan di luar bilik darjah. Sekolah

merupakan institusi pendidikan yang dapat membangunkan insan ke arah

kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran sekolah yang

kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat kepada warga sekolah

sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira aktiviti kurikulum, kokurikulum

atau kerohanian. Salah satu cara yang dapat dijalankan untuk mewujudkan

kawasan sekolah yang ceria dan indah adalah melakukan aktiviti keceriaan seperti

membuat mural. Namun begitu selain daripada menceriakan ruang yang kosong

tujuan utama saya melukis mural ini adalah untuk menyampaikan mesej kepada

murid-murid di sekolah ini. Keceriaan ini sebenarnya merupakan satu penyuntik

kepada motivasi murid sebelum masuk ke kelas dan mengikuti sesi P&P manakala

mesej yang saya sampaikan adalah untuk menyedarkan dan menggalakkan murid

untuk berfikir tentang matlamat mereka ke sekolah.

2

Page 4: KK Mural Individu

2.0 RASIONAL

Tujuan projek mural ini adalah untuk membantu dalam mewujudkan kawasan

sekolah yang ceria dan menyampaikan mesej kesedaran tentang matlamat hidup

murid melalui soalan “Besar nanti aku nak jadi apa?” yang segaris dengan

matapelajaran Major saya iaitu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Tambahan

pula, sudut yang dipilih ini merupakan satu sudut yang masih kosong dan tidak

berisi apa-apa aktiviti keceriaan, sudut ini juga merupakan kawasan yang selalu

dilalui oleh murid-murid dan berada dikawasan hadapan sekolah, ini membuatkan

kawasan ini amat strategic untuk melaksanakan projek saya ini. Dengan adanya

mural ini, bukan sahaja murid malah ibu bapa serta pelawat yang berkunjung ke

Sekolah Kebangsaan Matu Baru akan memberi satu persepsi yang baik terhadap

sekolah kerana mampu untuk mewujudkan satu suasana persekitaran

pembelajaran yang menarik dan meransangkan minda mereka melalui mesejnya.

Tema mural yang saya pilih adalah sebuah persoalan mudah namun mampu

member impak yang mendalam kepada murid-murid jika mereka menyelaminya.

Persoalan yang saya berikan ialah “Bila aku besar nanti aku nak jadi apa?”.

Mengapa saya memilih soalan ini adalah kerana, sehingga hari ini banyak murid-

murid yang hanya pergi ke sekolah untuk belajar tanpa tahu tujuan dan matlamat

masing-masing. Dengan adanya persoalan ini sekurang-kurangnya mereka dapat

berfikir dan mentapkan cita-cita mereka tentang apa yang ingin dicapai oleh

mereka, sekaligus menyuntik semangat mereka untuk belajar.

3

Page 5: KK Mural Individu

3.0 OBJEKTIF

3.1 Merancang dan melaksanakan aktiviti atau projek yang dipersetujui oleh

pihak bertanggungjawab.

3.2 Menyumbang tenaga dan buah fikiran dalam sebagai sumbangan terhadap

sekolah.

3.3 Menggalakkan murid berfikir tentang matlamat dan cita-cita mereka.

3.4 Dapat memberi pengalaman baru kepada guru pelatih dalam pengurusan

keceriaan sekolah dan pengalaman ini dapat digunakan apabila kami bakal

berkhidmat sebagai guru sebenar pada masa akan datang.

3.5 Menceriakan kawasan sekolah dengan mural Pendidikan Sivik dan

Kewarganegaraan

4.0 TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN

Tempoh : 21 hari (14 Julai 2014 – 8 Ogos 2014)

Tempat : Dinding ruang legar sekolah

5.0 SASARAN

Pelawat, guru dan murid Sekolah Kebangsaan Matu Baru.

4

Page 6: KK Mural Individu

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung : Tuan Haji Hashim bin Bolhi

Penasihat : Puan Nur Fazrieza binti Abdullah

Puan Haruni Binti Openg

Guru Pelatih : Mohammad Hafiq bin Weini

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

8.0 SUMBER KEWANGAN

Pihak sekolah SK Matu Baru.

5

Bil. Perkara Harga/Kos

1 Berus RM 8

2 Cat dinding RM 20

               Jumlah RM 28

Page 7: KK Mural Individu

9.0 PERANCANGAN PROJEK

Bil. Aktiviti Bahan Tindakan

1 Tinjauan awal dan pemilihan

kawasan untuk melukis mural.

Guru Pelatih

2 Melakar plan mural Kertas lukisan dan

komputer

Guru Pelatih

3 Membina kertas cadangan Kertas Kerja Guru pelatih

4 Perbincangan tetang kertas

cadangan dan lakaran mural

bersama guru besar, penolong

kanan 1.

Lakaran mural dan

kertas kerja

-  Guru Besar

- Penolong Kanan 1

- Guru pelatih

5 Pelaksanaan projek Bahan dan alatan

melukis mural

Guru pelatih

6 Pendokumentasian Kertas Cadangan

Dokumentasi

Guru Pelatih

6

Page 8: KK Mural Individu

10.0 PENUTUP

Perancangan kertas kerja projek ini adalah untuk memudahkan pengurusan yang akan

dikendalikan oleh guru pelatih dari IPG Kampus Batu Lintang. Saya berharap Projek

Individu melukis mural ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang. Projek seperti ini

akan menjadi satu pengalaman secara tidak langsung kepada saya mengenai

pengurusan keceriaan di luar bilik darjah serta mengeratkan hubungan antara guru-

guru pelatih dengan warga Sekolah Kebangsaan Matu Baru. Semoga projek yang bakal

dilaksanakan ini dapat menceriakan lagi persekitaran dan member impak ke dalam diri

seluruh warga SK Matu Baru.

Disediakan oleh,

(MOHAMMAD HAFIQ BIN WEINI)

Guru Pelatih,

PISMP Kajian Sosial Jan 2011,

IPG Kampus Batu Lintang

7

Disahkan oleh,

(TUAN HAJI HASHIM BIN BOLHI)

Penasihat,

Projek Mural Individu,

SK Matu Baru.