Koleksi-Esei-Esei-Terbaik Sempena 50 Tahun Kemerdekaan

  • View
    932

  • Download
    18

Embed Size (px)

Text of Koleksi-Esei-Esei-Terbaik Sempena 50 Tahun Kemerdekaan

50 TA

YSIA

Diterbitkan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Tingkat 12 Barat Wisma Sime Darby Jalan Raja Laut 50612 Kuala Lumpur Laman Web: http://www.penerangan.gov.my E-mel: webmaster@inform.gov.my Suntingan oleh: Bahagian Penerbitan Dasar Negara B.010(B.M) Mei 2008(001.) ISBN 978-983-3497-23-2 KOLEKSI ESEI-ESEI TERBAIK PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA SAMBUTAN 50 TAHUN KEMERDEKAAN MALAYSIA

ISI KANDUNGANM/S TEMPAT PERTAMA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Mohd Zharif Shafiq Bin Badrul Hisham TEMPAT KEDUA RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Elayne Kuek Kim TEMPAT KETIGA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Muhammad Shafiq Bin Saidin TEMPAT KEEMPAT 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Siti Hanisah Binti Ab. Latif TEMPAT KELIMA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Krishnakumar A/L Kanesan ESEI-ESEI PILIHAN 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Nurul Aida Binti Razali 51 43 31 21 11 1

iii

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Lok Chen Chuang RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Nor Famiza Binti Ghazali RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Wan Nazifah Binti Wan Hassan 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Lim Yeh En RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Norliza Binti Haris 50 TAHUN MALAYSIAKU GAGAH GEMILANG Esei: Muhammad Hisyamuddin Bin Sharif RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Ahmad Azizi Bin Abdul Aziz 50 TAHUN KEMERDEKAAN, GEMILANG Esei: Al Falah Has Bin Abdul Aziz NEGARAKU GAGAH

61

73 81 89

95 103 111 123

50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Nur Atikah Binti Mohamad Nadzri 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA, NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Amira Rafhan Binti Jafri 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Amy Suhaida Binti Mat Mokhtar

133

141

149

iv

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Siti Syamirah Binti Razali RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Siti Syafiqah Binti Razali 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Ho Kui Lan 50 TAHUN MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Siti Munirah Binti Arifin 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Mohd Firdaus Mohd Azman 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Devika A/P Gunasegaran 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Tan Poh Chai RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Loii Mun Yee RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Aina Afiqah Binti Kasim RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Muhammad Zharief Afzal Bin Md Kassim RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Karen Lee Yii Ping RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Yokesvaren A/L Sunderasen

157 167 177

187 197

203

209

217 225 233 243 251

v

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Ho Eileen 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Abdul Azim Bin Arshad 50 TAHUN NEGARA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Mohd Azrul Affandi Bin Md Kassim RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Abu Sufian Bin Mansoor 50 TAHUN MERDEKA NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Siti Rusniza Binti Tajul Ariff 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Nor Amaleena Binti Mohamad RUKUN NEGARA AMALAN HIDUP RAKYAT MALAYSIA Esei: Nur Abidah Binti Kasman 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Wan Nadzirah Binti Wan Hassan 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Choo Thiam Shin 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANG Esei: Lee Xiao Qian

261 269

275

283 291 299

307 315

323

331

vi

TEMPAT PERTAMA 50 TAHUN MALAYSIA MERDEKA: NEGARAKU GAGAH GEMILANGMohd Zharif Shafiq Bin Badrul Hisham SMK Tanjung Datuk, Penggerang, Johor

A

ndai seorang manusia telah berdegup jantungnya di atas bumi ini selama separuh abad, pasti banyak liku-liku hidup dan pengalaman telah ditempuhi. Meskipun terluka dengan ranjau-ranjau kedukaan namun masih terungkai kecemerlangan yang pernah dicatatkan oleh individu tersebut. Senario ini juga tidak ada bezanya jika ditransformasikan sepanjang 50 tahun negara kita merdeka. Laungan merdeka yang diketuai Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama telah mengakhiri kibaran bendera Union Jack di langit negara bertuah ini. Rantai penjajahan yang menghambat rakyat hampir empat abad lamanya telah terlerai bersama satu lembaran yang baru. Lembaran yang harus diisi dengan catatan yang mengagumkan di samping mempertahankan kebebasan yang dimiliki. Sehubungan itu, status Malaya bertukar daripada tanah jajahan British kepada ahli Komanwel. Bermula detik itulah, satu persatu kejayaan mula ditempa oleh negara. Sehingga lewat tahun 1968, pelbagai polisi pembangunan pendidikan mula dirangka bagi memastikan kemerdekaan diisi dengan sewajarnya. Antaranya mendaulatkan semula Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara dan pengiktirafan Universiti Malaya1

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

sebagai institusi kebangsaan. Sektor pendidikan yang dahulunya dipandang enteng oleh penjajah mula diberi perhatian dengan polisi pendidikan sekolah rendah secara percuma dan lebih 180,000 orang mengikuti kelas dewasa melalui kempen basmi buta huruf. Selain itu, memori manis terpahat dalam lipatan sejarah negara juga menyaksikan penubuhan negara Malaysia dengan kemasukan Sabah dan Sarawak serta pelancaran Televisyen Malaysia yang pertama. Langit tidak sentiasa cerah. Andai kejayaan sentiasa menyelimuti maka tidak akan teruji keutuhan kemerdekaan yang dibina. Pemisahan Singapura dan konfrontasi oleh Indonesia lewat tahun 1965 telah mengajar negara supaya lebih berwaspada akan duriduri yang tidak pernah lekang dengan agenda untuk meruntuhkan impian kemerdekaan. Meskipun dua cabaran ini berjaya diakhiri di hujung pena dan sehelai kertas, namun penutup tirai era 1960-an benar-benar hampir meragut apa yang telah dimiliki hampir satu dekad. Peristiwa hitam rusuhan kaum 13 Mei 1969 telah meragut nyawa-nyawa insan yang tidak berdosa bahkan tidak kurang juga harta benda yang musnah. Tragedi memilukan ini akhirnya dapat ditangani berkat kecekapan dan kebijaksanaan para pemimpin yang enggan melihat mahligai kemerdekaan ini musnah. Rentetan kedua-dua isu ini, terbentuklah prinsip Rukun Negara yang menggabungkan faktor-faktor yang mampu menyatupadukan semula rakyat dan sekali lagi sikap toleransi telah berjaya menjernihkan semula kekeruhan yang melanda perpaduan negara pada masa itu. Setelah atmosfera negara kembali reda, negara kembali memacu semula ke arah pembangunan terutama dalam bidang ekonomi. Ketirisan yang berlaku dek ketamakan penjajah asing serta amalan pilih kasih musang berbulu ayam ini mula ditangani secara serius dan kolektif. Polisi Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilaksanakan menerusi Rancangan Malaysia Kedua telah dilaksanakan. DEB adalah berteraskan membasmi kemiskinan dan menyusun semula struktur ekonomi masyarakat. Seiring dengan pelaksanaan tersebut,2

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

Lembaga Pembangunan Bandar raya (UDA) ditubuhkan untuk membantu kaum bumiputera menguasai sekurang-kurangnya 30 peratus pembangunan dan aktiviti industri negara. Kesinambungan usaha ini telah diteruskan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak melalui program Buku Hijau. Pelancaran program ini sekali gus menandakan bermulanya satu era revolusi pertanian negara. Sebagai contoh, RISDA telah ditubuhkan untuk memangkinkan kejayaan program ini. Di samping itu, kegiatan perlombongan komoditi utama juga tidak diketepikan apabila kerajaan menubuhkan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) untuk menyelaras dan mengatur pembangunan industri petroleum negara secara menyeluruh. Sehingga ke hari ini PETRONAS telah menjadi syarikat minyak multinasional yang telah mengembangkan sayapnya sehingga mempunyai kepentingan di 20 buah negara di seluruh dunia. Petronas juga gah dengan 62 buah anak syarikat milik sepenuhnya, 19 buah syarikat milik bersama, 47 buah syarikat bersekutu dan pekerja seramai 20,000 orang yang bertugas dalam bidang cari gali, mengeluarkan minyak dan gas, penapisan minyak, pemasaran dan sebagainya. Kecemerlangan negara juga dapat dilihat dengan kejayaan menubuhkan 30 syarikat usahawan bumiputera dalam projek-projek perindustrian seperti pertukangan kayu, pembuatan dan industri ringan. Negara telah mencatatkan kejayaan yang cukup manis apabila MARA berupaya merealisasikan pepatah, jauh pemandangan luas pengetahuan apabila mampu menawarkan lebih 1,700 biasiswa untuk pelajar mengikuti pengajian tinggi di dalam dan di luar negara. (500 tahun Melayu menghadapi cabaran Hal: 228). Tampuk pentadbiran negara yang diambil alih oleh Bapa Perpaduan Negara pada pertengahan 1970an juga telah mencatatkan pelbagai kecemerlangan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Pembukaan seksyen pertama lebuh raya Selatan dan pelancaran Rukun Tetangga telah mengutuhkan lagi perpaduan3

Koleksi Esei-esei Terbaik Pertandingan Menulis Esei

rakyat yang berbilang kaum. Di samping itu juga, penubuhan Permodalan Nasional Berhad dan Amanah Saham Nasional Berhad telah memapankan lagi pertubuhan ekonomi negara. Hasilnya, pada tahun 1979 dan 1980, negara telah merakamkan kejayaan cemerlang apabila mencatatkan pertumbuhan luar biasa hasil eksport dengan peningkatan hampir 40 peratus di samping kejayaan menjadi pengeksport semi-konduktor yang terbesar di dunia, pengeksport penyaman udara ketiga terbesar di dunia dan pembukaan Pusat