titas esei

  • View
    151

  • Download
    8

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kjkz

Text of titas esei

TAJUK 1

Pengenalan Di negara ini terdapat pelbagai jenis agama. Salah satu daripadanya ialah agama Islam Agama islam merupakan agama rasmi bagi negara ini dan diperuntukkan dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan. Islam juga menjadi anutan yang tidak boleh dipisahkan daripada tamadun Melayu dan orang melayu. Tamadun melayu didefinisikan sebuah tamadun yang dibentuk oleh sekelompok manusia yang digolongkan secara luas sebagai kumpulan orang-orang melayu dan bertempat di suatu wilayah di asia tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu, gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah jawi. Dalam perkembangannya agama islam, tamadun Melayu semakin mantap dengan kedatangan Agama Islam dan mewujudkan adat istiadat Melayu. Islam dan adat budaya Melayu telah berinteraksi antara satu sama lain serta saling melengkapi antara keduanya dalam tamadun Melayu.

Kedatangan Islam telah menyebabkan berlaku proses Islamisasi di Alam Melayu dengan kesan-kesannya sebagaimana yang dilihat dalam sejarah. Antaranya ialah berlaku perubahan akidah Melayu kepada kehidupan kerohanian. Namun, masih ada unsur-unsur budaya Hindu-Buddha dan animisme yang masih diamalkan. Proses Islamisasi dalam masyarakat Melayu telah merubahkan pelbagai aspek kehidupan seperti rohani, intelektual dan kemasyarakatan.Peranan Islam Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia Penerimaan Islam oleh masyarakat Melayu dilakukan secara damai dan sejahtera. Tiada bukti sejarah yang boleh mengatakan bahawa masyarakat Nusantara menerima kemasukan Islam secara paksaan. Jika ada pun, perselisihan yang wujud adalah bersifat setempat dan tidak menyeluruh disebabkan faktor keengganan menerima perubahan. Misalnya, peperangan di antara Raja Raden Fattah yang telah memerintah ciri dengan Prabu Udara yang memerintah Majapahit pada awal abad ke-16 M. Islam datang ke Nusantara pada awal abad 1 Hijrah (kurun 7 dan 8M) . Islamisasi berlaku semakin pesat apabila kerajaan Islam berpusat di Baghdad jatuh ke tangan tentera Monggol pada tahun 1258M. Ini menyebabkan usaha Islamisasi terbuka ke kawasan-kawasan baru termasuklah Nusantara. Selepas 1258M, kemunculan kerajaan-kerajaan Islam di Nusantara tidak dapat dibendung lagi. Antaranya ialah Kerajaan Aceh, Terengganu, Melaka, Patani, Banten, Mataram, Brunai, Sulu dan sebagainya. Secara keseluruhannya, Islam telah membawa perubahan besar kepada masyarakat di Nusantara selepas itu. Contoh yang paling jelas adalah Kerajaan Melaka, Aceh dan Johor-Riau yang secara terang menyerang telah membuka minda atau fikiran masyarakat Nusantara dari pelbagai sudut seperti pentadbiran, 'pendidikan, perundangan, ekonomi dan agama. Kesan perubahan ini masih berterusan walaupun Nusantara selepas itu melalui proses penjajahan Barat bagi satu tempoh masa yang panjang bermula kejatuhan Kerajaan Islam Melaka pada tahun 1511 di tangan Portugis sehingga mendapat kemerdekaan daripada British pada tahun 1957. Selain itu, beberapa bahagian wilayah Nusantara yang lain turut mengalami kemerdekaan sebelum dan selepas itu. Pengaruh Islam tetap bertapak dan terus diasimilasi bersama-sama dengan kehidupan masyarakat Nusantara sehingga Islam dijadikan 'ad-deen' sebagai cara hidup dari semua aspek keperluan masyarakatnya. Contoh yang dapat digambarkan menerusi wasiat Sultan Mansur Syah kepada anaknya iaitu Sultan Alauddin Riayat Syah adalah seperti berikut:

u...hendaklah engkau berbuat sabar serta adil sangat-sangat, dan jangan tamakkanharta orang..... Melainkan dengan izin tuannya. Jangan lagi khali engkau,keluar dihadap orang, kerana hamba Allah banyak terserah kepadamu, jikalau kesukaran baginya hendaklah engkau tolong; jikalau teraniaya ia, hendaklah engkauperiksa baik-baik....... kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyatihi ... u

Gambar ini menunjukkan Sultan Mansur Syah Wasiat ini menjelaskan bahawa ajaran Islam dihayati dan diamalkan oleh masyarakat sebagai satu cara hidup mereka.Teori Kedatangan Islam Ke Alam Melayu

Tidak dapat dipastikan bilakah Islam mula datang dan sampai ke Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah juga masih tidak jelas dan bersimpang-siur. Namun, terdapat beberapa bahan sejarah yang boleh membantu untuk menentukan tarikh kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Pertama dari sudut riwayat yang dicatat oleh para pengembara dan pedagang yang sampai ke Asia Tenggara. Catatan telah dibuat oleh pengembara Arab dan juga Parsi.

Mengikut riwayat Cina, telah ada orang Islam di Sriwijaya pada tahun 674 Masihi/ 55 Hijrah. Kemudian Al-Masudi meriwayatkan bahawa pada 887 telah ada petempatan orang Islam di Khanfu (Canton), negeri Cina. Oleh yang demikian terdapat sarjana yang melihat kedatangan Islam ke Tanah Melayu melalui pelbagai teori. Tidak cukup dengan itu, beberapa penemuan batu bersurat dan catatan sejarah yang dibaca, ahli-ahli sejarawan tempatan telah membuat pelbagai teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Selain itu, berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera dan telah mula menyebarkan Islam ke Nusantara ini.

Gambar ini menunkukkan batu bersurat Namun begitu, teori utama yang dapat disimpulkan berkaitan kedatangan Islam ke Tanah Melayu adalah melalui negara India, China dan perdagangan serta diplomatik. Islam datang melalui India dan para pembawanya ialah para saudagar yang berniaga terutamanya dari Gujerat . Islam datang melalui negeri China seperti yang didukung oleh S.Q. Fatimi, seorang penyelidik dari Pakistan. Serta penyebaran melalui hubungan perdagangan yang wujud dalam masa yang sama penyebaran Islam telah berlaku tanpa disedari antara para pedagang yang telah datang ke Tanah Melayu dengan rakyat tempatan.

Hubungan India dengan beberapa negara di Nusantara telah lama terjalin.Pada abad ke-13 Masihi, apabila kerajaan umat Islam di Arab menguasai bahagian barat dan timur India, mereka menjadikan Gujerat sebagai pangkalan penting bukan sahaja sebagai pelabuhan, bahkan sebagai pusat perhubungan antara timur dengan barat. Dengan adanya kemudahan tersebut, saudagar-saudaugar Muslim dari Gujerat dikatakan sering berkunjung ke Nusantara untuk berdagang dan sekaligus menyebarkan ajaran Islam kepada penduduk tempatan. Ada pendapat menyatakan kedatangan Islam ke Nusantara ialah melalui daerah Bengal yang terletak di Malabar, India bukan Gujerat.

Teori kedatangan Islam dari Gujerat dan Malabar atau India ini diperkuatkan lagi dengan temuan batu nisan di Pasai yang bertarikh 1428M dan di Gerisik yang bertarikh 1419M oleh Morquette. Bentuk fizikal kedua-dua batu nisan ini mempunyai ciri persamaan dengan batu nisan di Gujerat. Realiti ini membawa pada kesimpulan sejarah oleh sejarawan; iaitu Islam sampai keTanah Melayu pada awal kurun ke-15M.

Kata Syed Muhammad Naquib al-Attas, asas jumpaan dan persamaan fizikal batu nisan sebagai di atas tidak munasabah. Sepatutnya, jumpaan dan persamaan tersebut hanya dilihat sebagai hujah tempat asal batu nisan tersebut adalah dari Gujerat, India.Penolakan satu-satu teori akan membawa kepada lahirnya satu teori sejarah yang lain. Teori sejarah terkemudian ini juga sebenarnya masih dan tetap disokong oleh sumber-sumber sejarah di samping rasionalisme sejarawan itu sendiri.

Gambar ini Menunjukkan Syed Muhamad Naquib al-AttasMenurut S.Q Fatimi, kedatangan Islam di Tanah Melayu datangnya dari Bengal, Coromandel, India. Kedatangan Islam ini dilakukan oleh para pedagang dari sana. Bengal lebih awal menerima Islam berbanding Gujerat dan Malabar. Maka, sudah tentu proses islamisasi Tanah Melayu itu dilakukan oleh wilayah yang lebih awal menerima Islam ini.Pandangan ini telah didokong oleh Arnold dalam buku akademinya, The Muslim World. Menurut beliau, para pedagang Bengal ini bermazhab Shafie; sama dengan mazhab umum di Tanah Melayu.

Kesimpulannya, paling awal kedatangan Islam dari India ini pada awal kurun ke 11M.Paling lewat Islam sampai ke Tanah Melayu dari India pada awal kurun ke-15. Para Pedagang dari India bertanggungjawab membawa Islam di Tanah Melayu berdasarkan sumber-sumber sejarah sebagaimana di atas. Realiti ini memberi jawapan bahawa betapa tingginya Islam sehingga wujud suatu interaksi sihat antara dua bangsa yang lain darah, budaya dan lain-lain; namun masih boleh bersatu dan membangunkan tamadun Nusantara atas asas yang sama iaitu Islam.

Kedatangan Islam dari negara China juga merupakan salah satu teori utama yang menjadi perbahasan antara para sejarawan berkaitan penyebaran dan kedatangan Islam ke Tanah Melayu ini. Oleh itu beberapa bukti sejarah yang telah berjaya dikemukan dan dikaji oleh sejarawan menjadi bukti dalam menghuraikan dan menerangkan teori kedatangan Islam dari negara China ini.Hujah Josselin De Jong bertitik-tolak pada jumpaan batu nisan di wilayah jiran Perlak iaitu Pasai. Pada fizikal sumber artifak tersebut terukir nama sultan Malik al-Salih, iaitu nama Sultan Pasai. Pada batu nisan tersebut juga terdapat tarikh meninggal Malik al Salih iaitu pada 1297M. Secara logiknya, kedatangan Islam ke Tanah Melayu pasti lebih awal dari tarikh tersebut. Asas jumpaan batu nisan ini dilengkapkan dengan catatan sejarah di China sendiri berhubung hubungan diplomatik China-Pasai. Menurut Josselin De Jong, pada kurun ke-13M telah berlaku hubungan diplomatik tersebut dapat dilihat apabila pengutusan 2 diplomat Pasai iaitu Hasan dan Sulaiman ke negara China tersebut. Peristiwa bersejarah tersebut berlaku pada 1282M.

Gambar ini menunjukkan Batu nisanMasih dalam perwacanaan teori Islam sampai ke AM dari China, sejarawan Gardener dan Emmanuael menyinggung pandangan yang berbeza. Menurut 2 sejarawan tersebut, Islam sampai ke China dari jalan darat oleh para pedagang Arab lembah Arabia sendiri sejak zaman Khalifah Uthman al-Affan lagi. Dalam catatan sejarah China, seawal kurun ke-8M, s