4
PROGRAM LATIHAN ILMIAH PDK KG. CHEPA LAPORAN LAPORAN AJK PUBLISITI PROGRAM LATIHAN ILMIAH DI PDK K AMPUNG CHEPA, PISMP PENDIDIKAN KHAS SEMESTER VI TAHUN 2011 Ketua : Mohd Nazri Bin Mat Nasir Bidang Tugas : Menyediakan satu bentuk laporan dan pernyataan untuk menghebahkan atau pemberitahu an tentang sesuatu agenda yang akan dijalankan berdasarkan projek yang telah dirancang melalui menyediakan:  Buku program  Poster  Fotografi Laporan Sebelum :- 1. Mengadakan perbincangan dengan ahli kumpulan untuk memilih aktiviti yang berkaitan dengan projek yang akan dijalankan di PDK pilihan untuk dimasukkan ke dalam buku program. 2. Menyediakan peralatan yang perlu diberi k eutamaan dalam bidang tugas publisiti seperti kamera, poster dan pemplet. 3. Menyediakan pemplet untuk tujuan pemberitahuan kepada masyarakat mengenai program yang akan dijalankan terutamanya bagi mendapatkan sumbangan dari pihak yang berkaitan .

Laporan AJK Publisiti n Dokumentasi

Embed Size (px)

Citation preview

PROGRAM LATIHAN ILMIAH

PROGRAM LATIHAN ILMIAHPDK KG. CHEPALAPORAN

LAPORAN AJK PUBLISITI PROGRAM LATIHAN ILMIAH DI PDK KAMPUNG CHEPA, PISMP PENDIDIKAN KHAS SEMESTER VI TAHUN 2011

Ketua: Mohd Nazri Bin Mat NasirBidang Tugas: Menyediakan satu bentuk laporan dan pernyataan untuk menghebahkan atau pemberitahuan tentang sesuatu agenda yang akan dijalankan berdasarkan projek yang telah dirancang melalui menyediakan: Buku program Poster Fotografi

Laporan Sebelum :-1. Mengadakan perbincangan dengan ahli kumpulan untuk memilih aktiviti yang berkaitan dengan projek yang akan dijalankan di PDK pilihan untuk dimasukkan ke dalam buku program.

2. Menyediakan peralatan yang perlu diberi keutamaan dalam bidang tugas publisiti seperti kamera, poster dan pemplet.

3. Menyediakan pemplet untuk tujuan pemberitahuan kepada masyarakat mengenai program yang akan dijalankan terutamanya bagi mendapatkan sumbangan dari pihak yang berkaitan .

4. Mengambil sampel gambar PDK untuk penambahbaikan semasa kunjungan pra lawatan.

Laporan Semasa :-1. Mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas sesuatu projek dijalankan .

2. Menyediakan buku program, sampel gambar dan poster untuk majlis penutup Program Latihan Ilmiah di PDK.

3. Menyediakan tentatif untuk program perasmian penutup Lawatan Ilmiah di PDK.

Laporan Selepas :-1. Mengemaskini bahan-bahan seperti gambar yang diambil untuk memudahkan tugas pelaporan dan penilaian.

2. Mengedit, mencuci, dan membukukan gambar yang diambil untuk dokumentasi.

3. Menyediakan persembahan berbentuk movie maker semasa tugas perbentangan dapatan ilmiah yang diadakan.

Kekuatan :-1. Kemudahan peralatan yang lengkap untuk bidang tugas publisiti seperti kamera, pamplet dan poster.

2. Mempunyai sudut dan ruang yang sesuai untuk menghebahkan sesuatu program yang akan dijalankan semasa di PDK.

3. Mendapat reaksi yang positif daripada masyarakat sekeliling untuk turut serta di dalam sesuatu program yang dianjurkan.

Kelemahan :-1. Tidak begitu mahir di dalam penggunaan miscosoft office publisher untuk membuat buku program.

2. Terdapat kekurangan terhadap gambar yang diambil apabila membuat semakan semula.

3. Terdapat gambar yang tidak sempat diambil berdasarkan sesuatu program yang dijalankan kerana terlibat dengan aktiviti yang lain berdasarkan pembahagian tugas yang dibuat.

Penambahbaikan :-1. Membuat persediaan rapi untuk memahami secara lebih jelas lagi bidang-bidang tugas bagi jawatan kuasa publisiti.

2. Memperbaiki kelemahan-kelemahan yang berlaku sepanjang tugasan projek untuk dijadikan panduan pada masa akan datang.

3. Meminta bantuan daripada rakan-rakan yang lain jika terdapat masalah yang memerlukan perbincangan untuk mewujudkan kata sepakat.

Disediakan oleh,Tarikh : 5 Oktober 2011

__________________________(MOHD NAZRI BIN MAT NASIR)Ketua Jawatan Kuasa Publisiti, Program Latihan Ilmiah Di PDK,PISMP Pendidikan Khas Semester 6- 11