2
LAPORAN LAWATAN KE MELAKA Pada 8 Mac 2015, Sekolah Kebangsaan Taman Desa telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Lawatan itu disertai oleh 32 orang murid dan 4 orang guru. Murid-murid berkumpul di sekolah pada pukul 7.00 pagi. Pada pukul 7.30 pagi Guru besar memberi sedikit taklimat. Bas bertolak tepat pukul 8.00 pagi. Rombongan tiba di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah kira-kira pukul 11.00 pagi. Tempat yang pertama kami lawati ialah bangunan- bangunan peninggalan sejarah di bandar Melaka. Antaranya termasuklah Kota A’Famosa, Gereja St. Paul dan bangunan Stadthuys. Bangunan-bangunan tersebut dibina semasa pemerintahan Portugis dan Belanda. Kira-kira pukul 2.00 petang, bas bertolak ke Air Keroh. Di sana kami melawat beberapa tempat menarik seperti Taman Rama-rama, Taman Buaya dan Taman Mini Malaysia. Kemudian kami singgah di gerai-gerai yang menjual cenderamata. Di situ terdapat pelbagai jenis barang dan makanan. Kami sempat membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Selepas itu, kami berehat sambil menikmati makan tengah hari. Pada keseluruhannya lawatan itu banyak memberikan faedah kepada kami. Kami dapat menimba banyak ilmu pengetahuan daripada lawatan itu. Kami tiba di perkarangan sekolah tepat pada pukul 4.00 petang.

Laporan - Lawatan Ke Melaka

Embed Size (px)

DESCRIPTION

BM Penulisan UPSR

Citation preview

Page 1: Laporan - Lawatan Ke Melaka

LAPORAN LAWATAN KE MELAKA

Pada 8 Mac 2015, Sekolah Kebangsaan Taman Desa telahmengadakan lawatan sambil belajar ke Melaka. Lawatan itu disertai oleh 32 orang murid dan 4 orang guru. Murid-murid berkumpul di sekolah pada pukul 7.00 pagi. Pada pukul 7.30 pagi Guru besar memberi sedikit taklimat. Bas bertolak tepat pukul 8.00 pagi. Rombongan tiba di Negeri Melaka Bandaraya Bersejarah kira-kira pukul 11.00 pagi.

Tempat yang pertama kami lawati ialah bangunan-bangunan peninggalan sejarah di bandar Melaka. Antaranya termasuklah Kota A’Famosa, Gereja St. Paul dan bangunan Stadthuys. Bangunan-bangunan tersebut dibina semasa pemerintahan Portugis dan Belanda.

Kira-kira pukul 2.00 petang, bas bertolak ke Air Keroh. Di sana kami melawat beberapa tempat menarik seperti Taman Rama-rama, Taman Buaya dan Taman Mini Malaysia.

Kemudian kami singgah di gerai-gerai yang menjual cenderamata. Di situ terdapat pelbagai jenis barang dan makanan. Kami sempat membeli cenderamata untuk dibawa pulang. Selepas itu, kami berehat sambil menikmati makan tengah hari.

Pada keseluruhannya lawatan itu banyak memberikan faedah kepada kami. Kami dapat menimba banyak ilmu pengetahuan daripada lawatan itu.

Kami tiba di perkarangan sekolah tepat pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Munirah Arshad( MUNIRAH BT. ARSHAD )Setiausaha,Tahun Enam Gemilang,Sekolah Kebangsaan Taman Desa