Kertas Kerja Lawatan Ke Langkawi

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Kertas kerja lawatan rombongan sekolah ke Langkawi

Citation preview

Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar

Kertas Kerja Lawatan Sambil Belajar ke LangkawiDan Lawatan Penanda Aras ke SMK ArauProgram Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai Felda 2010RASIONAL

Menyedari hakikat kebenaran pepatah Jauh Berjalan Luas Pengalaman,lawatan sambil belajar ke Pulau Langkawi ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi tentang keadaan persekitaran. Lawatan Muhibbah antara satu program Pendidikan Khas dengan program Pendidikan Khas yang lain amat penting kepada pelajar Pendidikan Khas untuk mewujudkan kerjasama dan hubungan yang baik disamping dapat menambah pengalaman dan pengetahuan. Dengan adanya lawatan seperti ini dapat membantu memberi idea dan menambahbaikkan program Pendidikan Khas yang terdapat di SMK Jelai Felda.OBJEKTIF1. Memberi peluang kepada pelajar menambah pengetahuan dan pengalaman.

2. Memberi peluang kepada pelajar membina keyakinan diri dan boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran.3. Mewujudkan suasana yang muhibbah antara pelajar dan guru.

4. Mewujudkan hubungan yang mesra dan meningkatkan modal insan antara komuniti dan warga pendidikan khas.MATLAMAT1. Mencapai matlamat kurikulum Pendidikan Khas

2. Memupuk sifat ingin tahu dan mendapatkan maklumat dari pemerhatian dan pengamatan.3. Memupuk sifat yakin diri dan berdikari di kalangan pelajar Pendidikan Khas.

SASARAN1. Semua pelajar Pendidikan Khas Sek. Men. Keb. Jelai (Felda)(35 orang)

2. Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas

(10 orang)SKOP LAWATAN1. Membuat Lawatan ke Langkawi seperti makam Mahsuri, Kilim Geopark, Lama Beras Terbakar, Mardi Agro Teknologi park dan SMK Arau .PENYERTAAN

1. Semua pelajar Pendidikan Khas Sek. Men. Keb. Jelai (Felda)

(35 orang)

2. Guru-guru dan Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas

(10 orang)TENTATIF PROGRAMTARIKH/MASAAKTIVITIPENYELARASAN

25/6/20106.00 petang26/6/2010

8.30pagi -6.00petang27/6/20109.00 p.m- 1.00 p.m

2.00 petang

Bertolak dari SMK Jelai (Felda) ke LangkawiLawatan ke Makam MahsuriLaman Beras Terbakar

Mardi AgroKilim Geopark, Cable Car dan kilang minyak gamatLawatan ke SMK ArauBertolak balik ke SMK Jelai FeldaGuru penyelaras Guru penyelaras

Guru penyelarasGuru penyelaras

ASPEK ORGANISASI DAN PENGURUSAN

Satu jawatankuasa projek telah dibentuk bagi tujuan pengawasan dan penyeliaan supaya projek berjalan lancar didalam perkara penyeliaan, pemantauan dan perjalanan projek agar projek siap dalam tempoh yang ditetapkan.SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Penyelaras Lawatan

: Pn. Saniah Bt Mamat

Penolong Penyelaras Lawatan: Cik Norhayati Bt Said

Pengurus Pengangkutan

: Cik Nor Ashikin binti Ab. RahmanBendahari

: Cik Masdiana Bt Salim

AJK

: Cik Norhayati Bt Said

Puan Siti Azwana Bt Misran

En. Mohamad Ashmir Bin Basiron

En. Haza Suhaimi Bin Abd. Hamid

ANGGARAN PERBELANJAANBILPERKARAKOS

1Tambang bas

40 orang x RM 170.00

RM 6800.00

JUMLAHRM 6800.00

SUMBER KEWANGAN

1. Bayaran tambang dari pelajar pendidikan Khas

2. Bayaran tambang dari guru dan PPM Pendidikan Khas

PENUTUP

Melalui lawatan ini pelajar-pelajar dapat menambahkan pengetahuan dan pengalaman mengenai tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Langkawi disamping dapat melihat sendiri fakta-fakta sejarah tersebut. Lawatan penanda Aras pula dapat menambahkan maklumat dan pengetahuan kepada guru-guru mengenai program Pendidikan Khas yang terdapat di negeri lain.Disediakan Oleh,

Diluluskan Oleh,..............................

............................

(Saniah Bt Mamat)

LAPORAN LAWATAN KE LANGKAWIPROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SMK JELAI FELDA TAHUN 2010

TARIKH

: 25hb. Jun dan 26 hb Jun 2010 2010

( Jumaat dan Sabtu)TEMPAT

: i. Mardi Agro Teknologi Park

ii. Makam Mahsuri

iii. Laman Beras Terbakar

iv. Cable Car

v. Kilim Geopark

vi. Pekan KuahBILANGAN PESERTA: 22 ORANG PELAJAR SMK JELAI ( F)5 ORANG GURU PENDIDIKAN KHAS

2 PEMBANTU PENGURUSAN MURID

LAPORAN

Lawatan sambil belajar ke Negeri Langkawi ini telah diadakan selama 12 hari. Peserta lawatan bertolak ke Langkawi pada 25hb. Jun 2010 pukul 6.00 petang Seramai 43 orang peserta yang terdiri daripada pelajar, ibu bapa, guru dan PPM telah menyertai lawatan ini. Tempat penginapan yang disediakan ialah Hotel Langkasuka.Lawatan ini merupakan salah satu program yang telah dirancang bagi memastikan pelajar-pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelai (Felda) diberi pendedahan dan maklumat tentang tempat-tempat bersejarah yang terdapat di Malaysia.Tempat pertama yang dilawati ialah MARDI Agro Technology Park. Terdapat pelbagai jenis pokok buah-buahan tempatan dan ulam-ulaman seperti buah mangga, buah nangka gergasi , daun selon, daun ulam raja dan bermacam-macam jenis lagi. Kami juga dapat merasai buah-buahan yang terdapat di sekitar Mardi. Selepas itu pemandu pelancong membawa kami ke Rumah Mahsuri.Terdapat pelbagai tinggalan sejarah yang ada di situ.Kami telah dipertontonkan dengan tayangan video mengenai diri Mahsuri disepanjang hayatnya. Disini terdapat makam Mahsuri , perigi Mahsuri dan pelbagai barangan peribadi milik Mahsuri.Destinasi seterusnya ialah Laman Beras Terbakar, dimana ianya terletak lebih kurang 4 km dari Makam Mahsuri. Kemudian kami dibawa ke Langkawi Cable Car. Bayaran sebanyak RM 15.00 dikenakan kepada sesiapa yang mahu menaiki cable car. Dari atas cable car kita dapat melihat pemandangan di Pulau Langkawi. Kami menaiki bot ke KILIM Geopark dimana terdapat burung helang, ikan pari, ikansumpit dan pelbagai jenis ikan lain. Kami berasa seronok kerana dapat memberi ikan makan dan memegang ikan tersebut.Kemudian kami menaiki bot ke Rain Forest Park dengan bayaran RM 25.00. Di sini kami di bawa melawat ke tempat Helang dan Gua Kelawar . Keadaan di Gua Kelawar agak sempit dan gelap di mana kami terpaksa menundukkan kepala untuk masuk ke gua tersebut.Destinasi terakhir kami ialah ke Pekan Kuah.Di sana terdapat pelbagai barangan yang di jual untuk di jadikan cenderamata.

Adalah diharapkan agar lawatan sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan kerana ia memberi manfaat untuk menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar pendidikan khas.

Disediakan Oleh

Saniah Bt Mamat

LAPORAN LAWATAN PENANDA ARAS

KE SMK ARAU, PERLIS

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SMK JELAI FELDA TAHUN 2010

TARIKH

: 27hb. Jun 2010

MASA

: 10.30 pagi - 1.00 petang

TEMPAT

: Program Pendidikan Khas Integrasi

SMK Arau, PerlisBILANGAN PESERTA: 40 orang

Pelajar , ibu/bapa, guru dan PPM

LAPORAN

Lawatan penanda aras ke SMK Arau telah diadakan pada hari Ahad , 27hb. Jun 2010. Tujuan lawatan ini diadakan ialah untuk memberi pendedahan kepada guru, pelajar dan Pembantu Pengurusan Murid mengenai program Pendidikan Khas yang dijalankan di Negeri lain.

Peserta lawatan sampai di SMK Arau pada pukul 10.30 pagi. Sesampai di sana kami disambut oleh guru dan pelajar Program Pendidikan Khas walaupun pada hari tersebut bukan hari persekolahan. Aktiviti yang dijalankan di SMK Arau ialah aktiviti pertanian dan projek membuat kek. Selepas mendengar taklimat dan melihat demontrasi membuat kek kami telah dijamu dengan makan tengahari yang disediakan oleh guru-guru dan pelajar PPKI SMK Arau.Kami merasa amat bertuah kerana berpeluang melawat ke sekolah tersebut kerana sambutan yang amat mesra dari guru-guru di sana . Disamping itu banyak maklumat yang kami perolehi mengenai cara-cara menjalankan program Pendidikan Khas supaya lebih menerik dan berkesan.Adalah diharapkan agar lawatan sebegini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan kerana ia memberi manfaat untuk menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar pendidikan khas.

Disediakan Oleh

Saniah Bt Mamat