9
KEVIN JOHN JALANI SCE 3112 PISMP SN JAN 2011 LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS PLAYSMART KOTA KINABALU SK. TEBOBON, KOTA KINABALU PENGENALAN Lawatan sambil belajar adalah salah satu perkara yang membantu guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Jika di lihat dalam kurikulum sekolah, lawatan sambil belajar merupakan salah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran sains. Pembelajaran sains melalui lawatan ke zoo, muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan.. Lokasi bagi menjalankan program lawatan sambil belajar adalah bertempat di Petrosains Playsmart, Kota Kinabalu, sabah. Petrosains PlaySmart merupakan pusat sains mini yang memberi peluang kepada murid untuk menerokai dunia sains melalui pembelajaran yang menyeronokkan iaitu melalui pameran dan aktiviti secara interaktif. Ia merupakan projek sosial korporat Petronas bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar sekolah kepada subjek sains. Pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah ini dapat membantu murid mengalami satu pengalaman yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga menyediakan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan setiap yang dipelajari di sekolah melalui permainan interaktif yang disediakan berteraskan sains dalam kehidupan seharian mereka. PERLAKSANAAN LAWATAN Satu lawatan sambil belajar ke Petrosains Playsmart Kota Kinabalu, Perpustakaan Negeri Sabah telah dilaksanakan pada 12 September 2013. Seramai 35 orang murid yang terdiri 17 orang murid tahun 5 dan 18 orang murid tahun 4. Masa lawatan ini ialah daripada jam 7.30 pagi sehingga jam 2.00 petang.

Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains Playsmart

Embed Size (px)

DESCRIPTION

laporan

Citation preview

Page 1: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains Playsmart

KEVIN JOHN JALANI SCE 3112 PISMP SN JAN 2011

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS PLAYSMART KOTA KINABALU

SK. TEBOBON, KOTA KINABALU

PENGENALANLawatan sambil belajar adalah salah satu perkara yang membantu guru dan

murid dalam  proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Jika di lihat

dalam kurikulum sekolah, lawatan sambil belajar merupakan salah satu pendekatan

pengajaran dan pembelajaran sains. Pembelajaran sains melalui lawatan ke zoo,

muzium, pusat sains, institut penyelidikan, paya bakau dan kilang boleh menjadikan

pembelajaran lebih berkesan, menyeronokkan dan bermakna. Untuk mengoptimumkan

pembelajaran melalui lawatan, ia mesti dirancang secara rapi di mana murid perlu

menjalankan aktiviti atau melaksanakan tugasan semasa lawatan..

Lokasi bagi menjalankan program lawatan sambil belajar adalah bertempat di

Petrosains Playsmart, Kota Kinabalu, sabah. Petrosains PlaySmart merupakan pusat

sains mini yang memberi peluang kepada murid untuk menerokai dunia sains melalui

pembelajaran yang menyeronokkan iaitu melalui pameran dan aktiviti secara interaktif.

Ia merupakan projek sosial korporat Petronas bertujuan untuk meningkatkan minat

pelajar sekolah kepada subjek sains.

Pengalaman pembelajaran di luar bilik darjah ini dapat membantu murid

mengalami satu pengalaman yang baru dalam pengajaran dan pembelajaran. Ianya

juga menyediakan peluang kepada murid untuk mengaplikasikan setiap yang dipelajari

di sekolah melalui permainan interaktif yang disediakan berteraskan sains dalam

kehidupan seharian mereka.

PERLAKSANAAN LAWATAN

Satu lawatan sambil belajar ke Petrosains Playsmart Kota Kinabalu,

Perpustakaan Negeri Sabah telah dilaksanakan pada 12 September 2013. Seramai 35

orang murid yang terdiri 17 orang murid tahun 5 dan 18 orang murid tahun 4. Masa

lawatan ini ialah daripada jam 7.30 pagi sehingga jam 2.00 petang.

Page 2: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains Playsmart

KEVIN JOHN JALANI SCE 3112 PISMP SN JAN 2011

Sebelum lawatan ini dilaksanakan, saya dan rakan saya iaitu Cik Nur Farhana Bt

Sairin telah membuat perancangan dan pembahagian tugas untuk lawatan sambil

belajar ini. Pada hari pertama kami melaporkan diri untuk menjalani praktikum, guru

besar sekolah tersebut meminta kami membuat satu tugasan atau projek untuk

menunjukkan sumbangan kami kepada pihak sekolah tersebut.

Setelah berbincang dengan rakan praktikum saya dan juga dengan guru

pembimbing kami iaitu Puan Nursiah Subu, kami telah memutuskan untuk membuat

lawatan sambil belajar ke Petrosains Playsmart Kota Kinabalu. Hal ini kerana dalam

subjek SCE 3112 , tugasan kami adalah membuat satu lawatan sambil belajar.

Satu mesyuarat ringkas telah dibuat bersama dengan pihak sekolah untuk

membincangkan urusan bagi lawatan sambil belajar ini. Dalam mesyuarat ini, ahli

jawatankuasa bagi lawatan telah dibentuk agar lawatan sambil belajar ini lebih mantap

dan teratur. Ketua rombongan bagi lawatan ini adalah saya sendiri iaitu Kevin John

Jalani. Lawatan sambil belajar kami ini telah diletakkan dibawah aktiviti kokurikulum.

Seramai 5 orang guru sains telah dilantik sebagai guru pengiring bagi lawatan sambil

belajar ini. Kertas kerja bagi lawatan sambil belajar ini telah dirangka dengan kerjasama

saya dan rakan praktikum saya dengan di bantu oleh guru pembimbing kami.

Segala peruntukan telah dimohon dan diluluskan oleh guru besar dan

peruntukan kewangan ini telah dikeluarkan oleh kerani kewangan di bawah bahagian

kokurikulum SK. Tebobon. Jumlah perbelanjaan yang telah diluluskan hasil daripada

perbincangan ini adalah berjumlah RM 633. Bagi perbelanjaan bas, jumlah peruntukan

adalah sebanyak RM 350.00 dan bagi makanan pula adalah berjumlah RM 280. Namun

demikian 10 peratus dikenakan sebagai cukai pemprosesan pengeluaran kewangan

daripada sekolah. Ini merupakan salah satu peraturan bagi proses pengeluaran wang

daripada sekolah.

Murid – murid yang terlibat bagi lawatan sambil belajar ini dipilih hasil

perbincangan dengan guru pembimbing serta pemantauan oleh guru praktikal

berdasarkan ciri – ciri seperti kerajinan murid dalam melibatkan diri dalam aktiviti yang

dibuat oleh guru serta sikap dan sahsiah murid dalam kelas.

Page 3: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains Playsmart

KEVIN JOHN JALANI SCE 3112 PISMP SN JAN 2011

Kertas kerja dan borang permohonan membuat lawatan yang telah diluluskan

oleh guru besar telah dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah Kota Kinabalu di Wisma

KWSP. Satu surat yang menyatakan kelulusan kebenaran untuk membuat lawatan

tersebut telah dikeluarkan 3 hari selepas borang permohonan dihantar ke Pejabat

Pelajaran.

Setelah semua permohonan diluluskan, borang kebenaran iaitu borang K1

diedarkan kepada murid – murid untuk diisi oleh ibu bapa mereka. Borang ini penting

agar guru dapat mengetahui sekiranya ibu bapa murid tersebut memberi kebenaran

kepada anak mereka untuk mengikuti lawatan tersebut atau tidak.

SEMASA

Murid – murid yang mengikuti lawatan sambil belajar telah berkumpul di kantin

sekolah seawal jam 7.00 pagi lagi. Sarapan pagi telah disediakan di kantin sekolah.

Guru pengiring yang dapat mengikuti lawatan samil belajar ini terdiri daripada Kevin

John, Nur Farhana Bt Sairin, Pn. Rapiah Manap, Nur Nadia Bt Yusuf dan Muaz

Mudrikah. Guru – guru sains yang sepatutnya mengikuti lawatan ini tidak dapat

mengikutinya kerana mengikuti aktiviti atau program yang telah dirancang lebih awal

oleh pihak sekolah.

Satu taklimat ringkas kepada murid telah diberi oleh saya sendiri selaku ketua

rombongan dan pemeriksaan kehadiran murid telah dibuat oleh Cik Nur Farhana bagi

memastikan semua murid telah berada di dalam bas. Murid – murid telah diberi satu

tanda nama sebagai pengenalan diri mereka. Rombongan lawatan sambil belajar

bertolak ke Petrosains Playsmart pada jam 7.30 pagi dan tiba ke lokasi lawatan pada

jam 8.30 pagi. Setiba di lokasi, murid – murid berkumpul di hadapan Perpustakaan

Negeri Sabah.

Memandangkan Petrosains belum lagi buka, maka murid – murid sekolah telah

dibenarkan untuk masuk ke dalam pusat sumber negeri untuk membaca buku sebelum

dibenar masuk ke dalam Petrosains pada jam 9.00 pagi. Kami disambut oleh pegawai

Petrosains tersebut dan satu taklimat ringkas diberi oleh pegawai Petrosains tersebut.

Page 4: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains Playsmart

KEVIN JOHN JALANI SCE 3112 PISMP SN JAN 2011

Murid – murid kemudiannya diberi peluang untuk meneroka dan mencuba alatan yang

disediakan oleh pihak petrosains.

Terdapat banyak alatan yang dapat membantu meningkatkan kemahiran dan

pengetahuan murid – murid di dalam petrosains ini. Contohnya seperti rock detectives,

materials laboratory, menyiasat bagaimana bunyi bergerak, domino, menyiasat

bagaimana bayang – bayang terbentuk, mini excavator, multimedia lab, kuasa angin,

make your own roller coaster dan sebagainya lagi. Murid – murid berasa seronok dan

teruja apabila dapat menimba pengalaman baru dalam lawatan sambil belajar ini.

Setelah itu, pada jam 11.00 pagi, murid – murid berkumpul di satu ruang kumpul di

dalam petrosains untuk mengikuti aktiviti yang seterusnya dibuat oleh pegawai

petrosains.

Aktiviti seterusnya adalah menguji minda murid dimana beberapa orang murid

dipanggil oleh pegawai petrosains tersebut untuk menjawab beberapa soalan. Setelah

itu, murid – murid telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membuat aktiviti

berkumpulan.

Setelah selesai aktiviti kumpulan dan penyampaian hadiah, sesi penutupan

secara ringkas telah dibuat, ketua rombongan telah menyampaikan cenderahati kepada

pihak petrosains sebagai tanda penghargaan kepada petrosains kerana sudi menerima

lawatan daripada pihak sekolah. Sesi bergambar bersama dengan pihak petrosains

dibuat selepas sesi penyampaian cenderahati.

Setelah selesai semuanya, murid – murid berkumpul di hadapan perpustakaan

dan mengambil beberapa gambar kenangan sebelum menikmati makan tengahari yang

dihantar ke perpustakaan. Murid – murid dan guru pengiring berangkat balik ke sekolah

pada jam 1.00 petang dan selamat tiba ke sekolah pada jam 2.10 petang. Semua murid

selamat tiba dan para ibu bapa telah berada di sekolah untuk mengambil anak – anak

mereka semua.

Page 5: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains Playsmart

KEVIN JOHN JALANI SCE 3112 PISMP SN JAN 2011

LAPORAN BERGAMBAR

Murid – murid sedang beratur menaiki

bas.

Taklimat perjalanan di berikan oleh ketua

rombongan.

Cik Nur Farhana sedang mengedarkan

tanda nama kepada murid yang mana

harus dipakai sepanjang lawatan.

Page 6: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains Playsmart

KEVIN JOHN JALANI SCE 3112 PISMP SN JAN 2011

Ketibaan murid di Perpustakaan Negeri

Sabah, Kota Kinabalu.

Murid – murid beratur untuk masuk ke

dalam Perpustakaan Negeri sabah.

Murid – murid meluangkan masa di

perpustakaan sementara menanti

Petrosains buka.

Murid – murid bersedia untuk masuk ke

dalam Petrosains.

Page 7: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains Playsmart

KEVIN JOHN JALANI SCE 3112 PISMP SN JAN 2011

Murid – murid mendengar sedikit

ceramah daripada pegawai Petrosains.

Murid – murid dan guru pengiring sedang

mencuba permainan yang terdapat di

dalam Petrosains.

Page 8: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains Playsmart

KEVIN JOHN JALANI SCE 3112 PISMP SN JAN 2011

Aktiviti kedua bersama dengan pegawai

Petrosains.

Page 9: Laporan Lawatan Sambil Belajar Ke Petrosains Playsmart

KEVIN JOHN JALANI SCE 3112 PISMP SN JAN 2011

Acara penutupan dan sesi bergambar

beramai – ramai.