15
F:\YBK.09 Documentasi\09.02.002 Laporan Tahunan\20151009 Laporan YBK 2004 BHEUU.docx LAPORAN TAHUNAN 2004 YAYASAN BASMI KEMISKINAN (BERDAFTAR) SELANGOR DARUL EHSAN Untuk Bahagaian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri

LAPORAN TAHUNAN 2004 YAYASAN BASMI KEMISKINAN … fileLaporan Prestasi Tahunan YBK 2004 disediakan sesuai dengan peruntukkan perkara 16 (b) Instrument Of Trust Of YBK iaitu ‘No later

  • Upload
    lynhan

  • View
    268

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

F:\YBK.09 Documentasi\09.02.002 Laporan Tahunan\20151009 Laporan YBK 2004 BHEUU.docx

LAPORAN TAHUNAN 2004

YAYASAN BASMI KEMISKINAN (BERDAFTAR)

SELANGOR DARUL EHSAN

Untuk Bahagaian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

2 | P a g e

Kandungan

1 Pendahuluan ...................................................................................................... 3

2 Lembaga Pemegang Amanah .............................................................................. 3

3 Pengurusan YBK ................................................................................................. 4

4 Kewangan .......................................................................................................... 4

5 Program ............................................................................................................. 5

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

3 | P a g e

1 Pendahuluan

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004 disediakan sesuai dengan peruntukkan perkara 16 (b) Instrument Of Trust Of YBK iaitu ‘No later than the 25th day of March each year the Trustees shall submit to the Attorney General an audited account of the revenue and expenditure of the Foundation for the previous year together with a statement of assets and liabilities thereof’.

Sebagai sokongan kepada Penyata Kewangan Beraudit 2004, Prestasi Tahunan YBK 2004 melaporkan program-program dilaksanakan sesuai perkara 2 (objective) yayasan iaitu ‘The Foundation is established for the eradication of poverty in the State of Selangor Darul Ehsan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur and for the benefit of Malaysians in such other states, region and/or country as the Trustees may from time to time determine’

Laporan ini mengandungi senarai lembaga pemegang amanah YBK semasa dan struktur pengurusan yayasan.

2 Lembaga Pemegang Amanah

Dato Zainal Abidin Hj Sakom

(Pengerusi)

Prof Emeritus Dr Dato

Sulaiman Md Yassin

15/7/1999-14/6/2007

Khairunie Mohd Ali

15/7/1998-16/6/2006

Dato Husein Yunus

31/10/1999-30/9/2011

Dato Mat Yassir Ikhsan

1/1/2002-31/12/2013

Bing Selamat Amir

1/1/2002-31/12/2013

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

4 | P a g e

3 Pengurusan YBK

Prestasi Tahunan

Latihan

Pengurusan Pelaburan

Perjawatan

Urusetia Mesyuarat

Sistem Fail Berpusat

Mailing List

Urusetia Program YBK

Perhubungan Awam

Pusat Sumber YBK

Fotografi

PENTADBIRAN

PERKHIDMATAN

Program Desa Kasih Cemerlang

PPP KPLB

Lindungan Kasih - PPR

D'KASIh CAFE

Koperasi DKMBB

Pembangunan Ekonomi DK

SOSIO-

EKONOMI

Laporan Kewangan

Pembayaran &Penerimaan

Si Berhutang

Si Piutang

Pengurusan Portfolio

KEWANGAN

Asrama Kasih

KUNTUM 2004

Tracers Study

Program Latihan

Pendidikan SUK

PENDIDIKAN

LATIHAN

Pembangunan

Penyelenggaraan

Keselamatan

Kebersihan

Pejabat

Pengurusan Harta

PEMBANGUNAN

ASET

Portal YBK

Laporan Tahunan

YBK 2003

Persekitaran ICT

Pembangunan

ICT Desa Kasih

ICT

KETUA

PEGAWAI

EKSEKUTIF

4 Kewangan

Laporan kewangan beraudit tahun 2004 dibentang dan diluluskan pada tahun 2007.

Bantuan Kewangan1

Bil Penerima RM

1 Badrol Hisam Baharin 50.00

2 Komuniti di zon Batang Kali – Zainuddin 1,000.00

3 Komuniti di zon Batang Kali – Zainuddin 1,000.00

4 Sumbangan ikhlas 50.00

5 En Arifin Baba 200.00

6 Simposium Kerjaya IPT 2004 200.00

7 Dana Modal Yayasan Sungai Siput Berhad 1,000.00

8 Pelajar Projek KUNTUM di Banting 200.00

9 RTM 200.00

10 Sumbangan ikhlas 522.00

11 JK Orang asli Hulu Selangor 300.00

12 Komuniti di zon Batang Kali – Zainuddin 500.00

13 Tabung Kebajikan Guru dan Kakitangan SMT Pasir Mas 300.00

14 En Ramli bin Osman 200.00

1 Bantuan kewangan yang dibiayai YBK berdasarkan permohonan bertulis yang diperakukan

oleh Pengerusi atau Lembaga Pemegang Amanah atau permohonan secara walk-in yang

diluluskan oleh CEO

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

5 | P a g e

15 Sumbangan ikhlas - kematian 300.00

JUMLAH 6,022.00

5 Program

Asrama Kasih YBK 2

Asrama Kasih YBK Serendah - Bilangan pelajar 165 orang, Prestasi PMR2004 (70.86%) berbanding PMR2003 (62.5%) dan UPSR2000 (75.2%). Prestasi SPM2004 (60.1%) berbanding PMR2002 (67.7%) dan UPSR1999 (63.8%). SMK Asrama Kasih – sistem pemantauan akademik pelajar asrama dibatalkan kerana aktiviti pembangunan sistem dan mengemaskini data tidak dapat dijalankan dengan lancar.

UNIKL Buka Peluang Kepada Pelajar Asrama Kasih, 10/4/2004 – MOU antara YBK dengan Universiti Kuala Lumpur memberi peluang kepada pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK untuk melanjutkan pelajaran. MoU ini akan memberi peluang kepada pelajar asrama ini untuk memilih institusi di bawah UniKL bagi melanjutkan pelajaran mereka.

Seramai 23 orang pelajar Asrama Kasih yang menduduki SPM 2003 mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke beberapa pusat pengajian tinggi awam dan swasta untuk mengikuti berbagai kursus mengikut kelulusan dan minat mereka.

Asrama Kasih YBK Gesir - Bilangan pelajar 10 orang. Permohonan ‘Bantuan Makanan Asrama’ diluluskan. Kos makan asrama mula dibiayai oleh Jabatan Pendidikan Selangor pada bulan Mei’ 04. Prestasi UPSR2004(76.8%)

KUNTUM3

Bilangan pelajar – 980 orang, 27 pusat (23 sekolah 4 institusi)

KUNTUM 2004, YBK memperkenalkan Modul KUNTUM yang dibangunkan oleh guru KUNTUM yang dilantik. Namun modul tidak berjaya membantu guru mengajar dengan baik kerana guru cenderung dengan kaedah dan keutamaan tajuk yang sesuai untuk pelajar mereka

Prestasi KUNTUM 20044

2 Asrama Kasih YBK adalah program pembiayaan pembelajaran dan kehidupan pelajar miskin dan yatim.

YBK menyediakan kemudahan asrama, peralatan sukan, surau, kemudahan belajar (perpustakaan, bilik komputer), kelas fardhu ain dan pembiayaan yuran sekolah, duit belanja harian, pengangkutan. YBK

berharap dapat melahirkan pelajar yang cemerlang, berdisiplin dan memiliki siasah hidup yang baik seterusnya mereka akan terkeluar dari kemiskinan 3 KUNTUM adalah program tuisyen SPM percuma dengan penyertaan seramai 20 orang pelajar setiap kelas. Mereka yang terpilih adalah pelajar dari keluarga miskin yang tidak mempunyai kemampuan

kewangan mengikuti tuisyen swasta. Matlamat KUNTUM meningkatkan prestasi SPM pelajar seterusnya

mengurangkan keciciran dikalangan pelajar miskin luar bandar. YBK membiayai elaun guru dan buku/bahan cetakan pelajar 4 Prestasi KUNTUM berdasarkan purata markah % subjek yang diajar dalam kelas tuisyen di sekolah KUNTUM

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

6 | P a g e

Sekolah Purata markah T4 Purata markah SPM 2004

Asrama Kasih YBK 56.49 61.2

IKD 53.17 56.6

ITMYBK 54.91 59.4

PLYBK 57.27 63.5

SAM Sg. Selisek 47.32 64.8

SAMT SSAAS Bt 38 43.10 59.9

SMK Abdul Jalil 31.23 51.4

SMK Bagan Terap 35.00 58.3

SMK Batu Laut 35.61 52.9

SMK Dato Mustaffa 45.08 51

SMK Engku Husain 44.16 56.6

SMK Gedangsa 57.03 47.5

SMK Jalan Kebun 40.67 59.6

SMK Jenjarom 46.13 52.6

SMK Jeram 41.04 61.2

SMK Jugra 47.55 46.6

SMK Kg Soeharto 34.01 50.8

SMK Munshi Abdullah 38.91 50.5

SMK Pandamaran Jaya 48.06 57

SMK Sg Rawang 47.98 42.1

SMK Sg Besar 51.64 61.4

SMK Sg Burong 40.05 56.1

SMK Syed Mashor 53.07 67.1

SMK Tmn Bg Raya 1 51.89 53.8

SMK Tiram Jaya 44.24 54.6

SMK TAR Putra 59.57 62.5

SMK Yoke Kuan 46.8 56.5

Seminar Pendidikan Guru KUNTUM 2004, 5/5/2004

YBK telah menganjurkan seminar pendidikan guru-guru KUNTUM 2004 di mana seramai 117 orang guru KUNTUM telah hadirk diri. Seminar ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Hj. Yusof Bin Harun, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Turut hadir En. Zulhairy Jalaluddin dan beberapa orang pegawai JPNS dan Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah.

Tujuan mengadakan seminar ini ialah untuk membentangkan modul-modul subjek yang diajar di dalam program KUNTUM. Modul ini disediakan sebagai garis panduan kepada para guru untuk mengajar peserta KUNTUM. Ketua Pegawai Eksekutif YBK telah membentangkan Sistem Maklumat Kemiskinan YBK khusus untuk program KUNTUM kepada semua guru. Sistem ini diguna pakai bagi menilai perkembangan prestasi pelajar KUNTUM selain menyimpan data-data para peserta bersesuaian dengan era IT.

Bersempena seminar ini, mesyuarat bersama semua penyelaras pusat KUNTUM turut

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

7 | P a g e

diadakan. Mesyuarat pertama bagi tahun 2004 ini membentangkan beberapa cadangan program motivasi untuk dilaksanakan bagi mempertingkatkan prestasi pelajr-pelajar yang mengikuti program KUNTUM. Antara program yang akan dilaksanakan ialah program motivasi bulanan, teknik belajar, teknik menjawab soalan SPM dan bimbingan kerjaya dan peruntukan tambahan RM100 setiap pusat bagi menampung perbelanjaan makan dan minum pelajar sebelum menghadiri kelas tuisyen KUNTUM.

Tajaan Latihan Kemahiran

YBK telah menaja peserta miskin iaitu

10 orang pelatih @RM3,000.00 mengikuti Kursus Pembantu Tadbir Komputer & Pembantu Juruteknik Komputer di ITMY Banting, mulai Nov 2004-Apr 2005 (RM30,000.00)

5 orang pelatih @4,900.00, 1 orang pelatih @2,450.00 - Kursus Pembuat Pakaian Wanita Tahap 1 MLVK, di IKD mulai Sep 2004-Feb 2005 (RM26,950.00)

6 orang peserta desa kasih - Latihan Kemahiran Jahitan Pakaian & Langsir, SERANGKAI FESYEN Kuala Lumpur 22/7/2004-21/8/2004 (RM16,200.00)

45 orang ibu tunggal desa kasih - Latihan Pengukuhan Persatuan Ibu-ibu Tunggal Desa Kasih, 9-10/10/2004 (RM14,350.00)

6 orang pelatih dari keluarga miskin sekitar daereah Gombak @RM5,000.00 - kursus Pembantu Juruteknik Komputer di Institut KUNTUM Dinamik, Taman Samudera Gombak, Mei - Okt 2004 (RM30,000.00)

Shaharuddin bin Sobri Desa Kasih Sekendi - Kursus Asas Kontraktor CIDB, Pusat Latihan CIDB 16/4/2004-23/4/2004 (RM1,075.00)

9 orang peserta Desa Kasih Sg Kajang, Tg Karang - kursus Latihan Kemahiran Menjahit, di Bengkel Jahitan Desa Kasih Sg Kajang, mulai Jul 2004-Nov 2004 (RM7,161.00). Sebuah bengkel jahitan telah dibangunakan di Desa Kasih Sg Kajang. Bangunan diperolehi daripada Pusat Zakat Selangor dan seorang pengajar telah dilantik. Seramai 20 pelatih telah dilatih.

8 orang remaja Desa Kasih Kajang, Tg Karang - kursus Latihan Kemahiran Menjahit, di Bengkel Jahitan Desa Kasih Sg Kajang mulai Feb 2004-Jul 2004 (RM9,989.50)

Bantuan Perkakasan Perniagaan dan gerai

Puan Salmah Binti Mahad - Felda Kepis Bahau Negeri Sembilan. Suami sakit. 2004 Bantuan Mesin Pengguli tepung, Periuk Nasi Eletroknik untuk menyara keluarga dengan menjual kuih dan nasi lemak. -

Hasiyah Sarijo @ Hj Nawawi dari Telok Panglima Garang. Surirumah (18/12/2004) - bantuan Perkakasan Dispenser (RM2,350.00)

Siti Aini bt Surip dari Jenjarom. Surirumah, anak 7 orang (18/12/2004) - bantuan Perkakasan (Mixer, mesin soya) RM3,110.00

Aini bt Alias dari Jalan Genting Klang. Ibu Tunggal (5/11/2004) - bantuan oven, pemanas kuih (RM6,750.00)

Surayah bt Saat dari Desa Kasih Sg Kajang Tambahan Tg Karang. PPRT, Surirumah (31/9/2004) - bantuan mesin membuat kerisik (RM4,760.00)

Jariah bt Janom dari Desa Kasih Sg Kajang Tambahan, 2004 menerima bantuan mixer (RM3,200.00)

Halimah bt Husaini dari Gombak Setia. Klien Pusat RAHMAT, Ibu Tunggal (29/6/2004).

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

8 | P a g e

Menerima bantuan mesin jahit (RM1,187.50)

Rohani bt Yusoff dari Tg Karang. Surirumah, anak 2 orang. (31/9/2004). Menerima bantuan gerai bergerak (RM4,700.00)

Fadzir bin Hashin dari Taman Melati Kuala Lumpur, Penganggur anak 4 orang (4/6/2004). Menerima bantuan khemah gerai (RM5,550.00)

Sarimah bt Hj Sabar dari Desa Kasih BNO. PPRT surirumah, anak 3 (16/2/2004)

Siti Hajar bt Yahya dari Desa Kasih Sekendi. PPRT surimah, anak 10 orang (16/2/2004). Menerima bantuan mesin jahit (RM3,200.00)

Meryam bt Ahmad dari Bandar Baru Tasik Puteri Rawang. Surirumah. (20/5/2004). Menerima bantuan perkakasan perniagaan gerai, mesin ABC, dapur periuk nasi, showecase, balang buah, balang air (RM7,265.00)

Norzilawati bt Mohd Basar dari Desa Kasih BNO. Penganggur. (26/4/2004). Menerima bantuan motosikal bagi membolehkan dia bekerja di pekan kerana tiada pengangkutan awam di kawasan tempat tinggal (RM3,120.00)

Azlan Abd Aziz dari Gombak Setia. Penganggur anak 2 yang masih bersekolah (9/3/2004). Menerima bantuan perkakasan perniagaan gerai, showcase, bekas air, tong nasi, generator elektrik, payong dan kerusi meja (RM4,872.00)

Ibrahim Musa dari Desa Kasih BNO. PPRT, anak 6 orang (16/2/2004). Menerima bantuan perkakasan perniagaan - gerai, showcase, bekas air, tong nasi, payong dan kerusi meja (RM5,530.00)

Harison bt Ahmad dari Jalan Bomba Tg Karang. Surirumah, anak 3 orang (26/2/2004). Menerima bantuan gerai bergerak (RM4,400.00)

Ahmad bin Hassan dari Desa Kasih Merbau Berdarah. PPRT, anak 9 orang (13/1/2004). Menerima bantuan perkasakan perniagaan - motorsikal dan mesin membuat bertih (RM6,030.00)

Salmah Kamaruddin dari Desa Kasih Sg Kajang. Ibu Tunggal (2004) Menerima bantuan peralatan perniagaan - chiller, freezer, dapor (RM2,488.00)

Mustafa Dollah dari dari Desa Kasih Bagan Nakhoda Omar Sabak Bernam. Ketua isi rumah keluarga termiskin. Tanggungan 7 orang. (13/1/2004). Terima bantuan gerai bergerak, freezer (RM4,400.00)

D’KASIH Café5

Outlet Taman Samudera - dikendalikan oleh Hj Junid bermula pada Ogos’ 2003 berjaya menjalankan perniagaan dengan baik.

Outlet Bukit Dukong – ditutup setelah Pengusaha Puan Rohaya Md Said menarik diri. Sebahagian perkakasan dihantar ke ITMY Gesir untuk tujuan pembangunan D’KASIH Gesir dan sebahagian diambil oleh Puan Rohaya untuk membolehkan dia memulakan perniagaan di Sabak Bernam.

Outlet Batang Kali – pengiusaha ditamatkan kerana gagal mematuhi peraturan dan syarat perniagaan. Perjanjian dengan pengusaha baru, Puan Fatimah Ismail pada bulan Mac’

5 D’Kasih Café (Kopie Ekspress) menyediakan bantuan modal dan kemahiran dan membimbing perniagaan golongan miskin seperi ibu tunggal untuk meneroka bidang perniagaan makanan. Melalui program ini YBK

akan membangunkan premis perniagaan dan menyediakan peralatan perniagaan makanan dengan sewajarnya bagi membolehkan golongan sasar menjalankan perniagaan

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

9 | P a g e

04.

Outlet Jalan Klang Lama - telah melanggar perjanjian telah membawa lari perkakasan yang dibekalkan.

Outlet Gesir – untuk memenuhi keperluan pelajar ITMY Hulu Bernam sedang dibangunkan

Koperasi Desa Kasih Merbau Berdarah – Mesyuarat agong koperasi ke-2 telah diadakan dan pengurusan koperasi telah diserahkan sepenuhnya kepada peserta dan tiada lagi wakil YBK dalam lembaga koperasi.

Pembangunan Pusat ICT Desa Kasih

YBK membangunkan Pusat ICT Desa Kasih. Pusat ICT Desa Kasih menyediakan latihan celik ICT kalangan pelajar dari desa kasih. Bilangan pelajar yang tamat modul ICT bagi tahun 2004 ialah Merbau Berdarah (10 menengah & 9 rendah), Bt 2 Tebuk Pulai (10 menengah & 10 rendah), Parit 8 (10 menengah), Tebuk Pulai Tengah (4 menengah & 4 rendah) dan Sg Kajang (16 menengah & 7 rendah). Sebanyak 6 mesyuarat ICT telah diadakan.

Tracers Study

YBK melaksanakan kajian pengesanan pelajar YBK seperti KUNTUM, FASTRACK. Kajian ini gagal apabila yang memberi respons sangat rendah misalnya hanya 5 dari 96 bekas pelatih PLYBK response

Pusat Latihan YBK6

PLYBK melatih anak FELCRA – YBK menerima seramai 29 orang anak-anak FELCRA untuk dilatih dalam bidang automobil selama 9 bulan. Pelatih-pelatih ini merupakan kumpulan perintis yang mengikuti program ini hasil kerjasama antara YBK dengan Yayasan FELCRA.

Institut Teknologi Komuniti YBK7

Sehingga tahun 2005 kolej ini telah memberi faedah kepada lebih 1,200 orang pelajar mengikuti pengajian di kolej ini. Walau bagaimanapun pada tahun 2005, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK telah memutuskan untuk menutup program IPTS kolej disebabkan kedudukan aliran kewangan yang ketat.

6 PLYBK - pusat latihan YBK terletak di Bandar Baru Kuala Selangor. Mula beroperasi pada 18 Ogos 1992 hasil permuafakatan dengan UMW Corporation Bhd. Kemudahan latihan ini dibangunkan dengan kos

RM1.9juta dan mengandungi kemudahan kelas, bengkel automotive, bengkel pendawaian elektrik, asrama

pelatih. Pusat ini memberi peluang llatihan kemahiran kepada golongan sasar yang gagal meneruskan pelajaran ke IPTA/S dan tidak mampu meneruskan latihan kemahiran di institusi latihan swasta. Pada tahun

2003 pihak UMW menyerahkan sepenuhnya pusat ini kepada YBK. 7 Akademi Komuniti Mutiara YBK Banting ditubuhkan pada tahun 1997 untuk memberi peluang kepada

pelajar miskin lepasan SPM dengan gred rendah meneruskan pengajian ke peringkat diploma. Dengan perjanjian usahasama dengan EDI, YBK telah menubuhkan kolej ini dengan modal RM400,000. Mulai tahun

2003, kolej komuniti ini sepenuhnya di bawah pengurusan anak syarikat YBK apabila pihak EDI menarik

diri daripada usahasama ini. Sukatan pelajaran di kolej ini telah mendapat pengiktirafan minimum oleh Lembaga Akreditasi Negara, di mana kolej menawarkan pengajian di peringkat diploma. Kursus-kursus

yang ditawarkan adalah Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Pengajian Perniagaan dan Perakaun dengan yuran pengajian RM169.00 sebulan.

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

10 | P a g e

Institut Teknologi Mutiara YBK8

Program Latihan & Pendidikan Skim Pembangunan Kesejateraan Rakyat - Seramai 76 orang pelatih miskin telah ditaja selaam 6 bulan dalam sijil kemahiran di kolej-kolej komuniti YBK iaitu Pusat Bertauliah MLVK Institut Mutiara YBK Gesir, Pusat Latihan Kuala Selangor dan Institut Komuniti Mutiara YBK Banting. Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg Dato Zainal Karib bin Abdul Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Sosial) Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pada 10/7/2004

10/1/2004 | Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) Melawat YBK

YBK menerima tetamu dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) bagi bertukar-tukar fikiran mengenai program-program pembasmian kemiskinan kedua-dua negeri. Mereka diberi taklimat tentang YBK dan program-program pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan

oleh YBK.Ahli Lembaga Amanah YAKIN, Datu Dr. Haji Hatta Solhee dalam ucapbalasnya berkata YAKIN juga merupakan sebuah badan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada 19 Februari 1998 oleh Kerajaan Negeri Sarawak bagi merangka dan melaksanakan program-program pembasmian kemiskinan di negeri Sarawak.

1/3/2004 | Majlis Ramah Mesra Pusat Kecemerlangan Pelajar

YBK meenganjurkan Majlis Ramah Mesra Pusat Kecemerlangan Pelajar Desa Kasih yang di hadiri oleh Ketua-ketua dan AJK-AJK Desa Kasih telah di adakan dengan jayanya di Salah sebuah Resort di Sabak Bernam. Majlis yang turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato` Dr. Haji Mat Yassir. Majlis ini bertujuan menyampaikan sedikit bantuan peralatan permainan dalaman untuk digunakan oleh anak-anak desa kasih untuk mengisi masa lapang mereka di Pusat Kemerlangan Pelajar selain daripada mengulangkaji pelajaran.

27/3/2004 | Seminar Teknologi Kejayaan Diri

Seminar Teknologi kejayaan Diri telah di anjurkan untuk anak-anak desa kasih bagi peringkat menengah dan rendah. Seminar yang berlangsung selama sehari ini telah membabitkan penyertaan sebanyak 170 anak-anak peserta desa kasih.

30/5/2994 | YBK Sertai Seminar Kemiskinan ASEAN

8 Institut Teknpologi Mutiara YBK - mula beroperasi pada tahun 2000 dengan menawarkan kursus-kursus peringkat diploma Teknologi Maklumat, Sains Komputer dan Perakaunan.

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

11 | P a g e

Wakil YBK dilantik sebagai wakil NGO Malaysia dimana serba sedikit pengalaman YBK dalam menggunakan kemudahan IT bagi membantu penduduk Desa-Desa Kasih YBK meningkatkan pendapatan keluarga dapat dikongsi bersama di dalam bengkel yang dilaksanakan.

Pembentangan kertas kerja daripada wakil Kementerian Air, Tenaga dan Komunikasi, wakil Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, wakil MIMOS, wakil e-Bario Projek dan wakil kerajaan Thailand dapat berkongsi idea berkenaan projek-projek yang telah/sedang dilaksanakan oleh kerajaan tempatan bagi merapatkan lagi jurang titian digital antara penduduk bandar dan luar bandar seperti pembangunan dan kemajuan yang ketara berlaku kepada penduduk pendalaman Bario, Sarawak

3/6/2004 | Taklimat YBK Kepada YB Dr Marsitah

YBK untuk memberi taklimat program pembasmian kemiskinannya kepada pucuk pimpinan negara telah mendapat maklumbalas apabila Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri, YB. Dr. Masitah Ibrahim sudi melawat ke YBK.

Taklimat ini memberi sedikit sebanyak maklumat tentang kejayaan yang dicapai oleh YBK dalam membantu golongan miskin meningkatkan taraf kehidupan mereka. Dalam ucap balasnya, Dr. Masitah berharap agar dapat bekerjasama dengan YBK agar program-program pembasmian kemiskinan ini dapat diimplementasikan di Baling, Kedah bagi membantu penduduk-penduduk di kawasan tersebut meningkatkan taraf hidup mereka.

3/6/2004 | Pegawai Bangladesh lawat YBK

8 orang pegawai dari Bangladesh yang mengadakan lawatan sambil belajar telah melawat YBK.

Lawatan ini bertujuan untuk menimba pengalaman Malaysia dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat khususnya yang berkaitan pembangunan wanita dalam sektor

ekonomi.

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

12 | P a g e

6/6/2004 | Seminar Membina Kemantapan Diri Menghadapi Peperiksaan II

YBK menganjurkan Seminar Membina Kemantapan Diri Menghadapi Peperiksaan selama sehari untuk pelajar-pelajar program KUNTUM 2004 bagi daerah Kuala Langat, Hulu Langat, Sepang dan Klang. Seramai 323 orang pelajar dari 10 buah sekolah dari daerah berkenaan telah menghadiri seminar ini.

Seminar ini telah dirasmikan secara ringkas oleh Tn. Hj. Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK. Seminar ini telah dijalankan sepenuhnya oleh Tn. Hj. Md. Taib bin Mat, Fasilitator dari Bintang Generasi Sdn Bhd. Seminar tersebut telah diadakan di Dewan Sri Jugra, Telok Datok Banting, Selangor.

Seminar ini adalah seminar kedua selepas program pertama yang telah diadakan di Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS) Sabak Bernam pada 21 Ogos 2004. Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk mendedahkan kaedah-kaedah yang boleh membantu para peserta lebih yakin dalam menghadapi peperiksaan SPM yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ia memberi penekanan kepada kaedah menghilangkan kebimbangan dan kerisauan, meletakkan diri dalam keadaan puncak diri dan mengelak tekanan serta menggunakan minda (sedar dan separa sedar) dengan seoptima yang boleh.

10/7/2004 | Majlis Penyampaian Sijil Program Kesejahteraan Rakyat

YBK telah menyampaikan sijil kemahiran Malaysia dalam pelbagai bidang seperti automatif dan komputer bertempat di Kelab Shah Alam. Seramai 76 orang pelatih dari kolej-kolej komuniti YBK iaitu Pusat Bertauliah MLVK Institut Mutiara YBK Gesir, Pusat Latihan Kuala Selangor dan Institut Komuniti Mutiara YBK Banting.

Penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg Dato Zainal Karib bin Abdul Rahim, Timbalan Ketua Setiausaha (Sosial) Kemeneterian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Dato Ahmad Tufti Ketua Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Selangor.

21/7/2004 | Pegawai Bagladesh Melawat Desa Kasih Sg Kajang

YBK telah menerima lawatan 9 orang pegawai daripada Kementerian Buruh dan Pekerjaan Bangladesh ke Bengkel Jahitan YBK dan Pusat ICT Desa Kasih Sg Kajang.

Tujuan lawatan ini adalah untuk belajar pengalaman Kementerian Kemajuan Luar bandar Dan Wilayah membangunkan model pembasmian kemiskinan melalui latihan kemahiran.

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

13 | P a g e

27/7/2004 | YBK Latih 29 Anak Anak FELCRA

Institut Teknologi Mutiara YBK menerima seramai 29 orang anak-anak FELCRA untuk dilatih dalam bidang automobil selama 9 bulan. Pelatih-pelatih ini merupakan kumpulan perintis yang mengikuti program ini hasil kerjasama antara YBK dengan Yayasan FELCRA. Penyerahan pelatih-pelatih ini telah disempurnakan oleh Pengerusi FELCRA, Senator Dato’ Hamzah Zainudin dan Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom.

Dalam ucapannya, Dato’ Hamzah percaya kumpulan pertama yang diambil dari seluruh kawasan FELCRA di Perlis, Kedah, Perak dan Pahang ini akan berjaya merealisasikan impian dan harapan Yayasan FELCRA untuk melihat generasi mudanya mendapat kemahiran dan mendapat latihan menjadi usahawan yang akan membuka bengkel, pusat-pusat servis dan lain-lain perniagaan berkaitan dengan automobil.

21/8/2004 | Seminar Membina Kemantapan Diri Menghadapi Peperiksaan

YBK menganjurkan Seminar Membina Kemantapan Diri Menghadapi Peperiksaan selama sehari. Seramai 166 orang pelajar KUNTUM daerah Sabak Bernam dan pelajar Desa Kasih YBK telah menghadiri seminar tersebut yang dikendalikan sepenuhnya oleh Hj. Md. Taib Mat, dari Konsultan Gemilang Generasi Sdn Bhd. Seminar tersebut telah diadakan di Institut Latihan & Dakwah Selangor, Sabak Bernam.

Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk mendedahkan kaedah-kaedah yang boleh membantu para peserta menjadi lebih yakin dalam menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ia memberi penekanan kepada kaedah menghilangkan kebimbangan dan kerisauan, meletakkan diri dalam keadaan puncak diri dan mengelak tekanan serta menggunakan minda (sedar dan separa sedar) dengan seoptima yang boleh. Dengan kaedah-kaedah yang diutarakan di seminar ini, YBK berharap seminar ini dapat membantu peserta mendapat keputusan yang cemerlang. Secara tidak langsung, seminar ini mampu membantu peserta-peserta dan keluarga keluar dari kekangan kemiskinan apabila mereka telah berjaya nanti.

Ogos 2004 | Majalah Prihatin YBK 2004, diterbitkan bulan Ogos.

8/12/2004 | YBK Lawat Rumah Seri Kenangan Cheng

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

14 | P a g e

Lawatan YBK yang diketuai oleh Pengerusinya Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom banyak memberi manfaat dan pengetahuan kepada yayasan ini cara bagaimana mengelolakan rumah untuk warga tua menghabiskan sisa-sisa kehidupan mereka.

Rumah Seri Kenangan Cheng di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat ini didiami seramai 151 orang warga tua sejak ditubuhkan pada tahun 1972. Objektif penubuhan rumah ini adalah memberi penjagaan, perlindungan dan ketenteraman bagi memenuhi keperluan warga tua yang daif dan orang papa yang telah diperintahkan masuk oleh mahkamah untuk diberi pemulihan ataupun penjagaan dan perlindungan. Penguasa Rumah Seri Kenangan, Puan Rahmah Tasrib berkata bilangan penghuni Melayu di rumah tersebut mengatasi bangsa-bangsa lain dengan 62 orang, Cina 54 orang, India 36 orang dan lain-lain seorang dengan bilangan penghuni perempuan seramai 56 orang dan penghuni lelaki seramai 97 orang.

9/12/2004 | Rumah Terbuka YBK

Kemeriahan hari raya masih lagi dirasai walaupun sudah sampai ke penghujung Syawal.

YBK juga tidak ketinggalan memeriahkan sambutan hari raya ini dengan mengadakan rumah terbukanya baru-baru ini. Kemeriahan ini disambut bersama pegawai dan kakitangan anak-anak syarikat YBK, tetamu-tetamu yang berurusan dengan YBK dan juga jiran tetangga.

Seminar Teknologi Kejayaan Diri | 27 Mac 2004

YBK menganjurkan Seminar Teknologi kejayaan Diri telah di anjurkan untuk anak-anak desa kasih bagi peringkat menengah dan rendah. Seminar yang berlangsung selama sehari ini telah membabitkan penyertaan sebanyak 170 anak-anak peserta desa kasih. Seminar yang di sampaikan oleh Tuan Haji Md. Taib sedikit sebanyak telah menyedarkan anak-anak desa kasih tentang kepentingan pelajaran di masa hadapan. Teknik dan kaedah pembelajaran yang betul turut di praktikkan dalam seminar kali ini.

Laporan Prestasi Tahunan YBK 2004

15 | P a g e

Seminar Menghadapi Peperiksaan I | 21/8/2004

YBK telah menganjurkan Seminar Membina Kemantapan Diri Menghadapi Peperiksaan selama sehari. Seramai 166 orang pelajar KUNTUM daerah Sabak Bernam dan pelajar Desa Kasih YBK telah menghadiri seminar tersebut yang dikendalikan sepenuhnya oleh Hj. Md. Taib Mat, dari Konsultan Gemilang Generasi Sdn Bhd. Seminar tersebut telah diadakan di Institut Latihan & Dakwah Selangor, Sabak Bernam.

Tujuan seminar ini diadakan ialah untuk mendedahkan kaedah-kaedah yang boleh membantu para peserta menjadi lebih yakin dalam menghadapi peperiksaan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Ia memberi penekanan kepada kaedah menghilangkan kebimbangan dan kerisauan, meletakkan diri dalam keadaan puncak diri dan mengelak tekanan serta menggunakan minda (sedar dan separa sedar) dengan seoptima yang boleh. Dengan kaedah-kaedah yang diutarakan di seminar ini, YBK berharap seminar ini dapat membantu peserta mendapat keputusan yang cemerlang. Secara tidak langsung, seminar ini mampu membantu peserta-peserta dan keluarga keluar dari kekangan kemiskinan apabila mereka telah berjaya nanti.

10/11/2004 | Personaliti TV Bantu Pelajar Miskin Kuasai Bahasa Inggeris

8 orang personaliti TV akan berganding bahu menjayakan program 1901-YBK Living Skills bagi membantu pelajar-pelajar miskin menguasai bahasa Inggeris. Program yang akan dimulakan tahun depan adalah kerjasama antara 1901 Sdn Bhd (1901) dan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Buat permulaan program ini akan diperkenalkan kepada anak-anak Asrama Kasih YBK.

Antara personaliti yang akan turut menjayakan program ini ialah Aznil Nawawi, Suhaimi Sulaiman, Tengku Elida Bustaman, Nizal Mohamad, Kamarul Bahrin Haron, Normala Shamsudin dan juga Ketua Pegawai Eksekutif 1901, Tengku Rozidar Tengku Zainal Abidin. Menurut Tengku Rozidar, program ini bertujuan untuk membantu masyarakat khasnya pelajar-pelajar Melayu lebih menguasai bahasa Inggeris supaya mereka dapat berdikari, berdaya saing dan terus maju setanding pelajar-pelajar bukan Melayu.