LAPORAN_PEMERIKSAAN MEDIKOLEGAL

  • Upload
    zahari

  • View
    30

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Format Laporan pemeriksaan perubatan forensik klinikal

Citation preview

Pengarah

Jabatan Perubatan FornesikTarikh:-

Hospital Pulau Pinang,No. Laporan Polis:-

Jalan Residensi,

10560 Pulau Pinang. No. Kes

SULIT DARI HAL PERUBATAN

UNTUK KEGUNAAN POLIS SAHAJAKepada:-

Pegawai Penyiasat

Polis DiRaja Malaysia

LAPORAN PEMERIKSAAN FORENSIK KLINIKALBertindak atas permintaan Polis DiRaja Malaysia, bersabit dengan Laporan Polis..... saya(No. K/P), Pegawai Perubatan Kerajaan Berdaftar, Hospital Pulau Pinang, yang bertandatangan di bawah telah menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas penama seperti di bawah

Saya telah melakukan Pemeriksaan Perubatan Klinikal Forensik ke ataspenama.

..No. KP/Passport

.

No. Pendaftaran Hospital:

Umur:Jantina:Bangsa:

Tempat pemeriksaan di Wad/Klinik/Unit/Pusat Krisis Sepadu

Tarikh dan masa pendaftaran/masuk ke wad:

Tarikh dan masa pemeriksaan :

Pegawai Polis Nama dan No. Rank, alamat balai, no. hp

Jurugambar PolisNama dan No. Rank

Jururawat/PPP yang membantuNama dan No. KP

Kebenaran pemeriksaan di berikan oleh:-Pesaskit sendiri/Waris/Pelindung

Hasil Pemeriksaan

Keadaan am pesakit:-

Kecacatan fizikal:-

Kecederaan:-

Spesimen forensik

Kesimpulan:-

Tanda tangan

Cop jawatan

Nama dan No. KP.

Laporan Kes Medikolegal

Pengenalan

Laporan Medikolegal ialah satu dokumen rasmi yang diserahkan kepada pihak Pegawai Penyiasat Polis DiRaja Malaysia unutk setiap kes medikolegal yang melibatkan siasatan polis. Laporan ini perlu diisi sebaik sahaja selepas pemeriksaan atau selepas pesakit di discaj dari wad. Ianya perlu untuk pesakit atau suspek atau orang yang terlibat dengan kes polis (OKT).

Dokumen ini hanya untuk kegunaan siasatan polis sahaja, tetapi pihak polis boleh menggunakan laporan ini untuk kes jenayah yang melibatkan persidangan di Mahkamah Sesyen ke bawah, bergantung kepada budi bicara Hakim dan Majistret, terutamanya untuk kes dimana peslah mengaku salah.

Laporan ini bukan untuk tujuan pihak yang lain seperti insurans, peguam, mahkamah kes jenayah berat dan tidak boleh digunakan oleh orang perseorangan untuk tujuan saman kes sivil. Untuk kegunaan tersebut perlu Laporan Perubatan yang khusus.

Keperluan Laporan Medikolegal

Pengeluaran laporan ini dapat mengatasi beberapa masalah yang timbul sebelum ini:-

1. Mengatasi kelewatan pihak polis untuk mendapatkan laporan dari pihak hospital.

2. Membolehkan pihak polis meneruskan siasatan keatas sesuatu kes dibuat dengan lebih efisien.

3. Mengelakkan dari kelewatan siasatan hingga menyebabkan tahanan terpaksa di tambah tempoh tahanan.

4. Mempercepatkan proses pendakwaan keatas sesuatu kes di mahkamah.

5. Membolehkan Pegawai Perubatan yang memeriksaa pesakit tersebut sahaja yang memberi laporan. Ini dapat mengelak Pegawai Perubatan yang lain memberi laporan ke atas kes yang diperiksa oleh pegawai yang lain.

6. Mengatasi backlog pengeluaran laporan perubatan kepada pihak polis.

7. Laporan yang diberi kepada polis lebih sesuai digunakan dalam siasatan, kerana maklumat yang diberikan hanya yang perlu untuk tujuan siasatan. Oleh itu maklumat yang dianggap konfidential dan tidak berkenaan tidak perlu di berikan.

8. Mengelakkan dari Pegawai Perubatan terpaksa ditemuramah dan memberi statement yang panjang lebar kepada polis. Seperti yang dilakukan mengikut Seksyen 112 Akta Keterangan 1950.

9. Mengelakkan atau mengurangkan keperluan Pegawai Perubatan menghadiri ke mahkamah.

10. Mengelakkan dari berlaku percanggahan fakta apabila pegawai memberi keterangan pada polis dengan keterangan kepada mahkamah, kerana, keterangan pada polis selalunya tiada pendua dan pihak polis jarang memberi salinan keterangan tersebut.

Panduan Mengisi Laporan Medikolegal Polis

Siapa yang layak mendapatkan laporan ini?

Pegawai Penyiasat polis yang berpangkat Sarjan ke atas berkuasa untuk mengeluarkan Borang Polis 59 atau membuat permohonan medapatkan laporan ini. Pegawai polis pangkat bawahan tidak boleh mengeluarkan Borang Polis 59 atau menandatangani permohonan mendapatkan laporan ini. Mereka Cuma boleh sebagai wakil untuk mendapatkan laporan ini besertakan dengan Borang Polis 59 atau surat permohonan yang bertandantangan dan cop oleh Pegawai Penyiasat Polis berpangkat Sarjan ke atass.

Laporan ini perlu diberikan apabila:-

1. Polis mengeluarkan Borang Permintaan Pemeriksaan Orang Yang Terlibat Dengan Kwes Polis (Polis 59).

2. Polis membawa surat resmi sekiranya Borang Polis 59 tidak ada.

Laporan ini perlu diisi sebaik sahaja selesai pemeriksaan keatas pesakit berkenaan atau sbelum atau selepas discaj. Ia perlu diberika kepada Pegawai Penyiasat Polis sendiri bukan kepada wakilnya. Laporan ini hanya boleh dikeluarkan apabila Polis mengeluarkan Borang Polis 59 atau memohon dengan surat permohonan rasmi, permohonan secara percakapan tanpa Borang Polis 59 atau Surat permohonan rasmi tidak harus dilayan.

Laporan ini mesti diisi hanya oleh Pegawai Perubatan Kerajaan yang Berdaftar Penuh dengan Majlis Perubatan Malaysia dan yang memeriksa sendiri pesakit berkenaan.

Laporan ini diisi dengan menggunakan carbon Copy supaya satu salinan dapat disimpan bersama Case Notes pesakit berkenaan sebagai rujukan.

Cara mengisi format laporan

1.Rujukan laporan

Jabatan Perubatan ForensikTarikh:-

Hospital Pulau Pinang,No. Laporan Polis:-

Jalan Residensi,

10560 Pulau Pinang No. Kes

Setiap laporan mesti bertarikh dan tuliskan No. Laporan Polis yang dapat diperolehi dari Borang Permintaan Pemeriksaan Orang Yang Terlibat Dengan Kes Polis (Polis 59), Laporan Polis dan maklumat yang diberikan oleh Pegawai Penyiasat Polis.

2.Keperluan syarat

SULIT DARI HAL PERUBATAN

UNTUK KEGUNAAN POLIS SAHAJAKenyataan di atas jelas pihak Pegawai Perubatan menegaskan kepada pihak polis tentang keperluan laporan ini sebagai dokumen sulit dan tanggungjawab memastikan konfidentialiti (rahsia perubatan) dipelihara.

Dokumen ini hanya untuk kegunaan polis sahaja dan tidak boleh diberikan kepada pihak ketiga seperti Peguam, Pegawai Insurans, orang perseorangan, atau untuk apa apa tuntutan. Walaubagaimanapun pihak mahkamah berhak untuk mendapatkan dokumen ini apabila diserahkan oleh polis.

Adakah polis mempunyai kuasa untuk memohon laporan dari Pegawai Perubatan?

Polis memang mempunyai kuasa untuk memhon laporan atau keterangan percakapan dari saksi, dalam hal ini, iaitu Pegawai Perubatan. Ini kerana dalam Borang Polis 59 telah tertulis keperluan untuk memohon laporan.

Seseorang Pegawai Perubatan boleh enggan memberi laporan dan keterangan percakapan. Tetapi sekiranya pihak polis merasakan perlu untuk siasatan, mereka berkuasa untuk memaksa Pegawai Perubatan memberi keterangan percakapan seperti dalam Seksyen 112 Akta Keterangan atau mendapatkan perintah mahkamah untuk sapina pegawai tersebut.

3.Deklarasi oleh Pegawai Perubatan

Bertindak atas permintaan Polis DiRaja Malaysia, bersabit dengan Laporan Polis..... saya(No. K/P), Pegawai Perubatan Kerajaan Berdaftar, Hospital , yang bertandatangan di bawah telah menjalankan pemeriksaan perubatan ke atas penama seperti di bawah

Pegawai Perubatan Berdaftar perlu mengisi ruangan ini, nama penuh dan No. Kad Pengenalan mesti di isi dengan jelas.

4.Maklumat peribadi pesakitNo. Pendaftaran Hospital:

Umur:Jantina:Bangsa:

Tempat pemeriksaan di Wad/Klinik/Unit/Pusat Krisis Sepadu

Tarikh dan masa pendaftaran/masuk ke wad:

Tarikh dan masa pemeriksaan :

Ruang ini adalah maklumat yang perlu sahaja, berdasarkan apa yang tertulis dalam Case Notes. Potong yang mana tidak berkenaan.

5.Butir hasil pemeriksaan

Hasil Pemeriksaan

Keadaan am pesakit:-

Kecacatan fizikal:-

Kecederaan:-

Spesimen forensik

Kesimpulan:-

Keadaan am pesakit:-

Bahagian ini perlu di isi secara ringkas keadaan pesakit semasa pemeriksaan dibuat. Iaitu Conciousness or unconsciousness, alertness, rational, vital signs hanya perlu disebut stable atau tidak. Kurangkan penggunaan detailed medical terms. Sekiranya pesakit mengalami perubahan ketika dalam wad, boleh ditulis seperti On admission patient was unconscious but vital signs were stable, however conditions improved and he regained consciousness before discharged from the ward.

Tidak perlu ditulis berapa Blod pressure, pulse, Glasgow Coma Scale dan sebagainya.

Kecacatan fizikal:-

Apa apa physical abnormalities, yang ada bolehlah ditulis. Termasuk congenital abnormalities, deformities, abnormal appearance due to physical diseases dan sebagainya.

Kecederaan:-

Senaraikan kecederaan luaran dan dalaman yang di alami pesakit.

Contoh:-

1. Laceration over the lateral third, lateral part of the left forearm, measuring 4 cm x 2 cm.

2. Sutured incised wound on the left abdomen.

Kecederaan dalaman yang dialami juga perlu disenaraikan. Contoh:-

3. Fracture anterior aspect of the left 3rd and 4 th ribs. Haemothorax left pleural cavity and collapsed left lung.

4. X Ray showed bullet lodged in the left forearm.

Kalau kecederaan dikesan ketika pembedahan, bolehlah ditulis dalam senarai di atas. Contoh:-

5. The ileum and jejunum showed multiple tears with peritoneal haemorrhages.

Rawatan terperinci tidak perlu dicatatkan, memadai dengan disebut treatment given or surgical operation done. Patient stabilised dsb.

Spesimen forensik

Senaraikan spesimen yang diambil untuk tujuan bukti forensik sahaja. Misalnya hair samples, blood for alkohol, vaginal swabs dalam kes rogol.

Sebagai panduan spesimen ini yang telah di seal dan diserahkan kepada polis.

Spesimen untuk tujuan rawatan tidak perlu dicatatkan. Kecuali sekiranya keputusan spesimen tersebut mempunyai keperluan dalam diagnosis.

Kesimpulan

Keperluan kesimpulan ialah dalam diagnosis dan manner of injuries or abnormalities.

Contoh:-

Kes assault di A & E Department atau Ward

The chest injuries sustained are consistent with impact or truama from a blunt object.

Kes Sexual assault seperti rape/sodomy.

The genital injuries indicate/suggest that there were penetration by a blunt object or blunt penetration of the genitalia. Diagnosis rape atau sodomy atau molest tidak perlu dicatatkan. Bukan tugas seorang Pegawai Perubatan untuk mengadili seseoorang itu telah dirogol atau diliwat atau di cabuli kehormatannya.

Kes suspect of a crime

Kalau terdapat kecederaan maka kesimpulan adalah sama seperti di atas.

Suspects of a sexual crime

Patient is a normal male with no history and physical evidence of impotency or sexual dysfunction.

Untuk kes yang dirujuk kepada pakar pakar lain

Tambahkan patient was referred to the specialist.

Tidak perlu diterangkan keadaan pesakit semasa discaj atau rawatan terperinci.

6.Tandatangaan dan cop jawatan

Laporan ini mestilah ditandatangani oleh Pegawai Perubatan Berdaftar yang memeriksa kes tersebut.

Ini bermakna tidak boleh ditandatangani oleh Houseman atau Pegawai Perubatan lain yang tidak memeriksa pesakit tersebut.

7.Penyimpanan Laporan Awal Kes Medikolegal/Polis

Pendua laporan ini mestilah disimpan bersama dalam BHT atau Case Notes pesakit berkenaan. Kemudian disimpan di Pejabat Rekod Perubatan.

8.Rujukan.

1. Kanun Acara Jenayah ( F.M.S. Chapter 6)

2. Evidence Act 1950

3. McLay WDS, Clinical Forensic Medicine 2nd ed, Greenwich Medical Media, London, 1996.

4. Robinson SP, Principles of Forensic Medicine, Greater Manchester Police, 1996

5. Panduan Undang Undang Polis, International Law Book Services, Kuala Lumpur, 1992.

6. Kuasa Kuasa Polis DiRaja Malaysia, Lembaga Penyelidikan Undang Undang, International Law Books, Kuala Lumpur, 1992.