6
1 MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENG AN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN. 1.1 Pengenalan Jurnal ini membincangkan tentang masalah sosial pelajar yang mempengaruhi hubungan dengan pembelajaran. Penulis menyatakan Manus ia adalah seseorang y ang memerlukan  pelbagai benda dalam proses belajar dan menjadikannya seronok. Disebabkan oleh pengaruh kawan-kawan adalah salah satu penyebab pelajar terlibat dengan masalah sosial dan disiplin. Media massa juga menjadi puncanya apabila secara berterusan mendedahkan pelbagai masalah disiplin dan jenayah di sekolah yang telah menimbulkan kebimbangan masy arakat terutama  pemimpin Negara. Sebagai contohnya perbuatan lepak yang diberikan oleh Vani Appalasami (2001) turut menyebabkan masalah sosi al lain seperti bohsia yang akhirnya mengandung tanpa ikatan dan pasangan tidak mahu bertanggungjawab, akhirnya berlaku kes pembuangan bayi. Masalah-masalah inilah yang menganggu proses pengajaran dan pembelajaran tetapi tetap peka dengan persekitaran pelajar walaupun di luar proses pengajaran dan pembelajaran.  2.1 Ulasan Jurnal Kajian ini telah dijalankan oleh seorang pensyarah kontrak, iaitu Fatimah Binti Ali daripada Akademi Pengajian Islam, Nilam Puri, Universiti Malaya. Fokus kajian ini ialah untuk mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan masalah sosial dan bagaimana masalah-masalah sosial mempunyai hubungan erat dengan kemerosotan pencapaian akademik pelajar. menyatakan. Menurut penulis, kajian lepas yang telah dilakukan oleh Azizah Lebai Nordin (2002) yang telah menyentuh faktor-faktor penyumbang kepada masalah dis iplin di kalangan remaja dan Salmah Hussin meninjau mengenai disiplin pelajar.  Kajian juga turut dilakukan oleh Zool Hilmi Hj. Suhaimi (1998), beliau telah membuat kajian tentang gejala sosial remaja dan cara mengatasinya melalui perbandingan masa dahulu dan masa kini. Penulis menganggap yang masalah sosial pelajar semakin berleluasa dimana pelajar bukan sahaja terlibat dengan masalah disiplin tetapi kes-kes di luar kawasan sekolah yang melibatkan  polis dan mahkamah. Penulis akan mengaitkan tentang permasalahan sosial dan faktor-faktor yang mendorong menyebabkan berlaku masalah sosial ini dan bagaimana masalah sosial ini mempunyai hubungan yang kuat dengan kemerosotan percapaian akademik. Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan menyelesaikan gejala yang menghalang pencapaian pelajar termasuk melibatkan masalah sosial kerana masalah sosial adalah penghalang kepada pencapaian pelajar dalam pendidikan. Kajian ini juga adalah untuk menghurai dan mengenal pasti masalah, jenis dan punca kepada masalah sosial ini. Tinjauan  juga dilakukan antara hubung kait antara gejala sosila pelajar dengan pencapaian mereka. Fakta- fakta penting yang diperolehi akan menjadi panduan kepada semua pihak untuk menghindarkan atau mengatasi masalah sosial pelajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik di sekolah.

MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN  HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx

7/27/2019 MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/masalah-sosial-pelajar-dan-hubungannya-dengan-kemerosotan-pembelajarandocx 1/6

1

MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN

PEMBELAJARAN.

1.1 Pengenalan

Jurnal ini membincangkan tentang masalah sosial pelajar yang mempengaruhi hubungan

dengan pembelajaran. Penulis menyatakan Manusia adalah seseorang yang memerlukan

 pelbagai benda dalam proses belajar dan menjadikannya seronok. Disebabkan oleh pengaruhkawan-kawan adalah salah satu penyebab pelajar terlibat dengan masalah sosial dan disiplin.

Media massa juga menjadi puncanya apabila secara berterusan mendedahkan pelbagai masalah

disiplin dan jenayah di sekolah yang telah menimbulkan kebimbangan masyarakat terutama pemimpin Negara. Sebagai contohnya perbuatan lepak yang diberikan oleh Vani Appalasami

(2001) turut menyebabkan masalah sosial lain seperti bohsia yang akhirnya mengandung tanpa

ikatan dan pasangan tidak mahu bertanggungjawab, akhirnya berlaku kes pembuangan bayi.

Masalah-masalah inilah yang menganggu proses pengajaran dan pembelajaran tetapi tetap peka

dengan persekitaran pelajar walaupun di luar proses pengajaran dan pembelajaran. 

2.1 Ulasan Jurnal

Kajian ini telah dijalankan oleh seorang pensyarah kontrak, iaitu Fatimah Binti Ali daripadaAkademi Pengajian Islam, Nilam Puri, Universiti Malaya. Fokus kajian ini ialah untuk 

mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan masalah sosial dan bagaimana masalah-masalah

sosial mempunyai hubungan erat dengan kemerosotan pencapaian akademik pelajar.

menyatakan. Menurut penulis, kajian lepas yang telah dilakukan oleh Azizah Lebai Nordin(2002) yang telah menyentuh faktor-faktor penyumbang kepada masalah disiplin di kalangan

remaja dan Salmah Hussin meninjau mengenai disiplin pelajar. 

Kajian juga turut dilakukan oleh Zool Hilmi Hj. Suhaimi (1998), beliau telah membuat kajian

tentang gejala sosial remaja dan cara mengatasinya melalui perbandingan masa dahulu dan masakini. Penulis menganggap yang masalah sosial pelajar semakin berleluasa dimana pelajar bukan

sahaja terlibat dengan masalah disiplin tetapi kes-kes di luar kawasan sekolah yang melibatkan

 polis dan mahkamah. Penulis akan mengaitkan tentang permasalahan sosial dan faktor-faktor yang mendorong menyebabkan berlaku masalah sosial ini dan bagaimana masalah sosial ini

mempunyai hubungan yang kuat dengan kemerosotan percapaian akademik.

Tujuan penyelidikan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti dan menyelesaikan gejala yangmenghalang pencapaian pelajar termasuk melibatkan masalah sosial kerana masalah sosial

adalah penghalang kepada pencapaian pelajar dalam pendidikan. Kajian ini juga adalah untuk menghurai dan mengenal pasti masalah, jenis dan punca kepada masalah sosial ini. Tinjauan juga dilakukan antara hubung kait antara gejala sosila pelajar dengan pencapaian mereka. Fakta-

fakta penting yang diperolehi akan menjadi panduan kepada semua pihak untuk menghindarkan

atau mengatasi masalah sosial pelajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam akademik di

sekolah.

Page 2: MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN  HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx

7/27/2019 MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/masalah-sosial-pelajar-dan-hubungannya-dengan-kemerosotan-pembelajarandocx 2/6

2

Penulis juga menghuraikan masalah adalah sesuatu yang memerlukan penyelesaian atau

keadaan yang menimbulkan kesukaran. Manakala sosial adalah semua yang berkaitan dengan

masyarakat dan masalah sosial adalah keadaan yang berlaku dalam masyarakat hasil interaksiantara anggota masyarakat. Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 menyatakan orang yang

 berdisiplin tidak mengalami masalah sosial kerana orang yang berkelakuan baik tidak akan

menganggu orang lain. Penulis juga menyatakan yang masalah sosial sama dengan masalahdisiplin. Pathibai a/l Sinapan (2002) pula telah membahagikan masalah sosial kepada tiga iaitu jenis kesalahan berunsur jenayah, jenis kesalahan jenis gangterisme dan jenis perbuatan yang

tidak sopan dan biadap. Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan pelajar bukan sahaja

menjejaskan pelakunya malah menganggu individu dan masyarakat sekitarnya terutama guru dan

rakan-rakan.

Penulis telah menyatakan faktor pertama yang dihadapi oleh pelajar ialah pelajar berasa

keliru dan tidak memahami peranan diri sendiri telah menyebabkan mereka mengalami pelbagai

krisis dan terpaksa pula menyesuaikan diri dari segi perhubungannya dengan orang dewasa serta

 perlu memenuhi harapan masyarakat sekitarnya. Pendapat ini disokong oleh LaporanPembangunan dan Permasalahan Sosial Selangor 2000 yang telah menyatakan lingkungan umur 

16 hingga 18 tahun merupakan satu tahap kritikal dalam hidup manusia dalam tempoh peralihanke alam dewasa. Disini boleh difahami yang faktor keremajaan adalah penglibatan pelajar dalam

masalah disiplin. Azizah binti Lebai Nordin (2002), menyatakan remaja tidak mengambilkeputusan yang tepat sedangkan mereka tidak cukup ilmu dan kurang pengalaman. Hasil kajian

Azizah Lebai Nordin (2002) juga mendapati faktor ibu bapa, sekolah dan rakan sebaya juga

menjadi faktor penyumbang. Disiplin seorang murid bukan ditentukan oleh sekolah sahaja

kerana faktor luar adalah paling kuat pengaruhnya.

Pengkaji-pengkaji lain juga memberi penekanan yang berbeza, contohnya Galloway, (1985)menyatakan kerisauan yang berkaitan dengan perkembangan atau perhubungan cinta juga

mempengaruhi pelajar melakukan salah laku. Ghazali Osman (1983), menyatakan sikap guru

yang nagetif dan saiz sekolah yang besar antara faktor masalah sosial pelajar. Manakala Wan Norasiah Wan Ismail (2003) mempunyai pendapat yang sama dengan Azizah yang mana ibu

 bapa juga menjadi penyebab masalah sosial remaja. Hasil kajiannya menunjukkan tidak banyak 

komunikasi antara golongan remaja dan ibu bapa berlaku. Hal ii berlaku kerana anak-anak tidak suka dikawal dan dikonkong oleh ibu bapa. Kajian Wan Asiah meyatakan anak-anak bertindak 

mengikut kehendak hati tanpa pengawasan dan pengawalan keluaga ditambah dengan kesibukan

ibu bapa bekerja.

Penulis mendapati ibu bapa yang bekerja memberitahu mereka bekerja untuk kepentingananak-anak dan sebagai balasannya mengharapkan anak-anak akan faham dan memahami

 pengorbanan ibu bapa. Namun, bagi penulis, bilangan anak-anak yang faham sumbangan ibu

 bapa adalah kecil kerana mereka sukar memahami kasih sayang dan pengorbanan yangdiberikan. Kajian Wan Norasiah juga menyokong dapatan Azizah yang mana pengaruh rakansebaya adalah juga faktor kepada gejala sosial dimana mengaitkan faktor ibu bapa dan rakan

sebaya dalam menyemarakkan gejala sosial sekolah.

Penulis menganggap apabila ibu bapa dan keluaga tidak memberi perhatian dan kasih sayang

yang secukupnya, remaja akan cenderung memilih kawan sebagai pakar rujuk dalam membuat

keputusan dan kajiannya juga merumuskan pengabaian kepada pendidikan agama mendoronganak-anak melakukan salah laku akhlak. Pemerhatian penulis mendapati kebanyakkan ibu bapa

Page 3: MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN  HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx

7/27/2019 MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/masalah-sosial-pelajar-dan-hubungannya-dengan-kemerosotan-pembelajarandocx 3/6

3

hanya memberikan tunjuk ajar yang baik dari segi pemakaian dan cara pergaulan dan di sekolah

diberi pendedahan dari segi agama. Namun ini tidak memberi kesan kerana pengaruh media

massa dan rakan sebaya adalah lebih besar. Berlainan pula bagi anak-anak yang dilatih sejak kecil dengan mengambil kira tindakan sesuai dengan ajaran agama. Anak-anak akan difahamkan

 bahawa cara yang betul untuk menjamin kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat.

Penulis mengaitkan masalah sosial dan hubungannya dengan kemerosotan pembelajaran

dengan menggunakan ukuran pencapaian akademik yang standard untuk mengukur pencapaian

akademik dimana skor ujian dan pemeriksaan menyumbang tentang konsep individu seseorangkepada ilmu. Penulis juga sempat meninjau dapatan kajian penyelidik lain seperti dapatan kajian

Ragunathan (2000), menjelaskan masalah sosial pelajar yang paling tinggi pencapaiannya

adalah sederhana sahaja sementara pelajar yang tidak bermasalah ada yang pencapaiannya tinggi.Dapatan Kajian Aziziah Leai Nordin (2002), merumuskan pelajar yang semakin tinggi

 pencapaiannya dalam akademik adalah seorang yang semakin kurang penglibatan dalam salah

laku jenayah, kurang melibatkan diri dalam kategori salah laku, salah laku kekemasan dan salah

laku kurang sopan ini berbanding pelajar yang sederhana dan rendah.

Penulis juga sempat mewawancara Encik Mokthar Musa yang merupakan seorang guru yangtelah bertugas lebih daripada 20 tahun yang bertugas di sekolah menengah agama dan jenis

kebangsaan melalui panggilan telefon yang sekaligus menyokong pendapat penyelidik- penyelidik ini kerana kajian yang dibuatnya di sekolah Menengah Bachok Kelantan tiga tahun

sebelum ini menunjukkan pelajar-pelajar yang cemerlang tidak melibatkan diri dalam masalahsosial atau disiplin. Manakala pelajar yang bermasalah prestasi akademiknya semakin menurun.

Baginya masalah sosial lebih banyak berlaku di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah

kebangsaan berbanding sekolah aliran agama yang lebih banyak didedahkan dengan dan

didorong berakhlak mulia.

Page 4: MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN  HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx

7/27/2019 MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/masalah-sosial-pelajar-dan-hubungannya-dengan-kemerosotan-pembelajarandocx 4/6

4

3.1 Perkaitan Teori

3.1.1 Teori Pembelajaran Sosial

Kajian ini boleh dikaitkan dengan teori pembelajaran sosial dalam artikel yang ditulis olehAzizi Yahaya dan Mohd Sofie Bin Bahari iaitu teori-teori tingkah laku berisiko dari fakulti

 pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Menurutnya, Tingkah laku yang agresif tidak 

dapat dinafikan merupakan sebahagian daripada tingkah laku berisiko remaja. Secara tidak lansung, masalah yang melibatkan pelajar berpunca dari persekitaran sekeliling. Teori

Pembelajaran Sosial yang diperkenalkan oleh Albert Bandura sangat relevan dengan

 penyelesaian masalah tingkah laku agresif dan keganasan. Menurut Bandura (1977), teori pembelajaran sosial didefinisikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan

memerhati orang lain melakukan sesuatu atau menjadikan seseorang sebagai model tingkah

laku.

Hal ini bererti persekitaran dan juga orang-orang yang signifikan akan mempengaruhi

tingkah laku. Bandura (1977) juga menyatakan seseorang individu akan memerhatikan

sesuatu tingkah laku daripada orang lain yang signifikan dengannya dan menyimpanmaklumat yang diperhatikan secara kognitif dan seterusnya mempersembahkan tingkah laku

tersebut. Justeru itu, tingkah laku agresif dipelajari daripada persekitaran sosial seperti

interaksi dengan keluarga, rakan sebaya, media massa dan konsep kendiri individu(Mahmood, 2001). Di dalam teori pembelajaran sosial Bandura (1977) juga, beliau telah

membuat analisis yang menyatakan bagaimana manusia belajar melalui pemerhatian.

 pembelajaran adalah melalui peniruan, mengajuk dan memadan. Biasanya, setiap individu

terutama kanak-kanak akan menilai sesuatu perkara berasaskan kepada perkara yang pernahdilihat oleh mereka daripada orang-orang yang signifikan dan persekitaran. Bandura (1977),

mendapati kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton filem yang

 berunsurkan aksi agresif. Teori pembelajaran sosial menekankan kepada proses peniruansebagai bertanggung jawab kepada pembelajaran tingkah laku. Pemerhatian tingkah laku

orang lain merupakan sebagai proses peniruan yang akan membentuk tingkah laku devian

seseorang. Peniruan melalui pemerhatian merupakan satu proses pembalajaran tanpa

 penglibatan pengalaman lepas secara langsung (Renfrew, 1997).

3.1.2 Teori Tingkah Laku

Teori tingkah laku ini menyatakan bahawa tingkah laku manusia adalah telah dikendalikan

oleh ganjaran dan penguatan atau faktor persekitaran. Dengan demikian dalam tingkah laku

 belajar mempunyai jalinan yang erat antara reaksi-reaksi tingkah laku dengan rangsangan

yang telah diterimanya. Sebagai seorang guru, dengan menggunakan pandangan ini, dapatdirumuskan bahawa tingkah laku remaja merupakan reaksi terhadap rangsangan dan tingkah

laku adalah hasil belajar. Hal ini bermakna, masalah yang dihadapi oleh pelajar sama ada di

sekolah atau di luar kawasan sekolah adalah mempengaruhi pembelajaran dalam kelas.

Skinner (1977) telah memfokuskan penelitian tentang perilaku dan menghabiskan

kariernya hanya untuk mengembangkan teori tentang Reinforcement. Dia percaya bahawa perkembangan keperibadian seseorang, atau perilaku yang terjadi adalah sebagai akibat dari

Page 5: MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN  HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx

7/27/2019 MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/masalah-sosial-pelajar-dan-hubungannya-dengan-kemerosotan-pembelajarandocx 5/6

5

tindak balas terhadap adanya rangsangan dari luaran. Dengan kata lain, kita menjadi seperti

apa yang kita inginkan kerana mendapatkan hasil dari apa yang kita inginkan tersebut. Bagi

Skinner (1977 ), hal yang paling penting untuk membentuk keperibadian seseorang adalahmelalui hasil dan hukuman. Guru boleh menggunaka teori ini bagi menyelesaikan masalah

yang melibatkan masalah sosial atau masalah disiplin dengan menggunakan peneguhan

secar positif atau peneguhan secara nagetif. Memberi hadiah, menjadikan mereka sebagaiketua dalam kumpulan atau menghantar nota pujian kepada ibu bapa adalah contoh kepada peneguhan secara positif . Dengan pendekatan ini, pelajar mempunyai satu perasaan untuk 

 berubah. Tetapi jika keadaan ini tidak membantu, guru boleh menggunakan pendekatan

secara peneguhan nagetif seperti memberi denda, merotan bagi menimbulkan rasa insaf dalam diri pelajar. Guru mempunyai banyak cara bagi menyelesaikan masalah yang

melibatkan sosial dan pembelajaran di dalam kelas.

Dengan kata lain, belajar merupakan bentuk perubahan yang dialami oleh siswa dalam

hal kemampuannya untuk bertingkah laku dengan cara yang baru sebagai hasil daripada

interaksi antara rangsangan dan respon. Menurut teori ini yang terpenting adalah masuk atauinput yang berupa rangsangan dan keluaran atau output yang berupa respon. Sedangkan apa

yang terjadi di antara rangsangan dan respon dianggap tidak penting kerana tidak bolehdinilai. Faktor lain yang juga dianggap penting oleh aliran tingkah laku adalah faktor 

 penguatan adalah apa saja yang dapat memperkuat timbulnya tindak balas. Apabila penguatan ditambahkan maka tindak balas akan semakin kuat. Begitu juga bila penguatan

dikurangi respon juga akan tetap dikuatkan. 

4.1 Kesimpulan

Masalah sosial yang dihadapi oleh pelajar dan remaja boleh diatasi oleh mereka secara

 bersedirian atau dibantu oleh orang lain. Sebahagian memerlukan bimbingan daripada ibu

 bapa, guru, rakan sebaya dan orang lain. Terdapat juga remaja yang tidak dapatmenyelesaikan masalahnya kerana tidak mendapat bantuan yang menyebankan pendidikan

dan pencapaian akademik mereka terjejas. Didikan dan tunjuk ajar oleh emak dan ayanhserta ahli keluaga di rumah penjadi panduan kerana faktor luar daripada keluaga

 penyumbang terbesar kepada bagaimana pergaulan mereka. Kesan daripada ini, masalah

 pencapaian akan turut sama terjejas. Peranan gurulah yang boleh membantu mengatasimasalah ini. Nilai-nilai murni murni perlu diterapkan dalam setiap individu kerana guru

 boleh menjadi cerminan kepada perlakuan pelajarnya. Hal ini merupakan nilai yang

 penting dalam pembentukan individu yang unggul. Jadilah seorang guru yang mempunyaisahsiah yang unggul yang dapat menjadikan institusi kerguruan ke arah lebih baik 

mengikut perkembangan semasa.

Page 6: MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN  HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx

7/27/2019 MASALAH SOSIAL PELAJAR DAN HUBUNGANNYA DENGAN KEMEROSOTAN PEMBELAJARAN.docx

http://slidepdf.com/reader/full/masalah-sosial-pelajar-dan-hubungannya-dengan-kemerosotan-pembelajarandocx 6/6

6

Lampiran