Upload
phungthuy
View
229
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
MENGKAJI MASALAH PEMBELAJARAN
SAINS KBSM DALAM BAHASA INGGERIS.
MAYZURA BINTI MOHAMAD
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind 1/97)
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor dan Sarjana Secara penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL :MENGKAJI MASALAH PEMBELAJARAN SAINS KBSM DALAM BAHASA INGGERIS
SESI PENGAJIAN : 2003/2004
______MAYZURA BINTI MOHAMAD (820703-14-5606)____
(HURUF BESAR)
Saya
Mengaku membenarkan tesis ( PSM / Sarjana / Doktor Falsafah )* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut; 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia di benarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972 ) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan )
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
(TANDATANGAN PENYELIA)
PROF MADYA DR. ZALEHA ISMAIL Nama Penyelia
Tarikh : 11 MAC 2004
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap: NO. 1, JALAN PERDANA 2 / 14A, TAMAN BUKIT PERDANA, 83000 BATU PAHAT, JOHOR. Tarikh : 11 MAC 2004
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Sains serta Pendidikan (Sains).”
Tanda tangan : …………………………………………
Nama Penyelia : Prof. Madya Dr. ZALEHA BT ISMAIL
Tarikh : 11 MAC 2004
MENGKAJI MASALAH PEMBELAJARAN SAINS KBSM DALAM
BAHASA INGGERIS.
MAYZURA BINTI MOHAMAD.
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada
syarat penganugerahan ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains).
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
2004.
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : MAYZURA BINTI MOHAMAD
Tarikh : 11 MAC 2004
iii
DEDIKASI
Buat Ayahanda Mohamad Haji Bin,
Engkaulah sumber Inspirasiku.
Buat Bonda Salmah Basir,
Nasihatmu membakar semangatku.
Buat Kekanda Mazliana & Razali, Mazuwin & Syed Madzlilan, Mazliza & Mahadi,
Kalian amat bermakna buatku.
Buat Adinda Maisara, Mariani & Mardhati,
Gelak tawamu menawar pilu.
Buat Anak-anak buahku Syed Irfan Irsyad & Nurin Yasmin,
Kecomelanmu menambat hatiku.
Buat Heroku Mohd Hasrol Baharom,
Kekuatanmu kekuatanku jua.
Buat Sahabat-sahabat Setiaku,
Budimu kukenang hingga akhir nanti kenangan bersama tak kan kulupa.
Semoga kalian diberkati Yang Maha Esa,
Untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
iv
PENGHARGAAN Assalamualaikum….. Alhamdullilah… kerana dengan izinNya dapat saya menyiapkan latihan ilmiah
ini dengan sempurna.
Ucapan jutaan terima kasih saya tujukan kepada pembimbing saya, Prof Madya
Dr. Zaleha binti Ismail di atas segala tunjuk ajar, nasihat dan galakan yang diberikan
kepada saya semasa menjalankan kajian ini.
Tidak lupa juga ribuan terima kasih saya kepada pensyarah-pensyarah di Fakulti
Pendidikan khususnya pensyarah yang terlibat dalam memberikan tunjuk ajar serta
nasihat selama saya berada di Universiti Teknologi Malaysia.
Ucapan paling istimewa saya tujukan kepada Emak, Ayah, Abang-abang, Kakak-
kakak dan Adik-adik di atas doa, perangsang, dorongan, kerjasama dan bantuan yang
diberikan.
Tidak ketinggalan ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan
seperjuangan terutama yang banyak memberi tunjuk ajar, nasihat, dorongan, kerjasama
serta sokongan moral. Kenangan bersama kalian tidak akan ku lupakan.
Wassalam.
v
ABSTRAK Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenal pasti masalah berkaitan
pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris. Subjek kajian adalah terdiri daripada 80
orang pelajar-pelajar tingkatan satu di tiga buah sekolah menengah di daerah Batu Pahat
Johor. Instrumen kajian merupakan soal selidik yang diubahsuai daripada soal selidik H.
Seliger & M. Long (Eds.) berdasarkan aspek bahasa, guru dan pengajarannya serta minat
pelajar. Data-data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian
SPSS 10.0 (Statistical Package For Social Science) dan data telah diterjemahkan dalam
bentuk min, peratusan dan Korelasi Pearson. Hasil keseluruhan kajian menunjukkan
bahawa masalah utama pelajar berkaitan pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris ialah
bahasa diikuti oleh masalah minat pelajar itu sendiri dan akhir sekali adalah guru dan
pengajarannya yang kurang menjadi masalah pelajar. Selain daripada itu, melalui
analisis perbandingan min didapati wujud perbezaan masalah utama pelajar berkaitan
pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris mengikut etnik. Bagi pelajar Melayu masalah
utama mereka adalah berhubung dengan masalah bahasa manakala bagi pelajar Cina
masalah utama mereka adalah berhubung dengan guru dan pengajarannya. Seterusnya
daripada analisis Korelasi Pearson menunjukkan aspek guru dan pengajarannya tidak
wujud hubungan yang signifikan dengan pencapaian pelajar sementara aspek masalah
bahasa dan masalah minat pelajar mempunyai hubungan yang signifikan dengan
pencapaian pelajar. Walaupun wujud hubungan yang signifikan bagi masalah minat
pelajar dengan pencapaian pelajar tetapi nilai korelasi agak kecil. Dengan adanya kajian
ini, mudah-mudahan ianya dapat memberikan faedah kepada pelajar, guru-guru dan
pihak sekolah dalam usaha memperbaiki taraf pendidikan khususnya dalam mata
pelajaran Sains.
vi
ABSTRACT
This descriptive study is conducted to identify the problems faced in learning
science in English. The respondents are eighty form one students chosen from three
secondary schools in Batu Pahat Johor. A set of questionnaires were modify from H.
Seliger & M. Long (Eds.)’s questionnaires and its based on language, teachers’ teaching
and students’ interest aspects. The data were collected and processed using Statistical
Packages For Social Science for Windows version 10.0 (SPSS Software) and the
findings are presented by percentage, mean, and Pearson Correlation. Generally the
findings show that the main problem faced by student in learning science in English is
the language, followed with the students’ interest and the last is the teachers’ teaching.
The result of the compared means shows that there are different main problem between
Malay students and Chinese students. The Malay students main problem is the language
meanwhile the Chinese students main problem is the teachers’ teaching. However
Pearson Correlation, indicates that the teachers’ teaching haven’t significant relationship
with the students’ achievement meanwhile the other two problems have significant
relationships with the students’ achievement. Although, there have significant
relationship between the students’ interest problem and the students’ achievement but
the Correlation value is small. It is hoped that the study give benefit to students, teachers
and school management in improving the level education especially for science subject.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PERAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xii SENARAI SINGKATAN xiii SENARAI LAMPIRAN xiv
viii
BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 8
1.4 Objektif Kajian 9
1.5 Persoalan Kajian 10
1.6 Kepentingan Kajian 10
1.7 Skop Dan Batasan Kajian 11
1.8 Definisi Terminologi 12
1.8.1 Masalah 12
1.8.2 Pembelajaran 13
1.8.3 Sains KBSM 14
1.9 Penutup 15
BAB II SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan 16
2.2 Pembelajaran Sains Dalam Bahasa Kedua 16
2.2.1 Masalah Bahasa 17
2.2.2 Usaha Mengatasi Masalah Bahasa 19
2.3 Guru Dan Pengajarannya Dalam
Bahasa Inggeris 21
2.4 Minat Pelajar 25
2.5 Masalah Utama Pembelajaran Sains Dalam
Bahasa Inggeris Mengikut Etnik 27
2.6 Hubungan Masalah Pembelajaran Sains Dalam
Bahasa Inggeris Dengan Pencapaian Pelajar 30
ix
2.7 Pengajaran-Pembelajaran Sains Dalam
Bahasa Inggeris Di Malaysia 32
2.8 Penutup 34
BAB III METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 35
3.3 Sampel Kajian 36
3.4 Instrumen Kajian 36
3.5 Prosedur Kajian 38
3.6 Kajian Rintis 38
3.7 Kaedah Analisis Data 39
3.8 Penutup 42
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 43
4.2 Bahagian A : Latar Belakang Responden 44
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Etnik 44
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan
Peperiksaan Penggal Pertama 44
4.3 Rumusan Latar Belakang Responden Yang Dikaji 45
4.4 Bahagian B : Pernyataan Maklum Balas Responden 46
4.4.1 Masalah Bahasa Berkaitan Pembelajaran Sains
Dalam Bahasa Inggeris 46
4.4.2 Masalah Guru Dan Pengajarannya Berkaitan
Pembelajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris 50
x
4.4.3 Masalah Minat Pelajar Berkaitan Pembelajaran
Sains Dalam Bahasa Inggeris 53
4.4.4 Tahap Masalah Berkaitan Pembelajaran Sains
Dalam Bahasa Inggeris 56
4.4.5 Perbezaan Masalah Utama Pelajar Berkaitan
Pembelajaran Sains Dalam Bahasa Inggeris
Mengikut Etnik 56
4.4.6 Hubungan Masalah Pembelajaran Sains
Dalam Bahasa Inggeris Dengan Pencapaian
Pelajar 57
4.5 Penutup 58
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 60
5.2 Perbincangan Kajian 60
5.2.1 Masalah Bahasa Dalam Pembelajaran Sains 61
5.2.2 Minat Pelajar Dalam Sains 62
5.2.3 Guru Dan Pengajarannya Dalam Sains Melalui
Bahasa Inggeris 63
5.2.4 Masalah Utama Pembelajaran Sains Dalam
Bahasa Inggeris Mengikut Etnik 64
5.2.5 Hubungan Masalah Pembelajaran Sains Dalam
Bahasa Inggeris Dengan Pencapaian Pelajar 66
5.3 Rumusan Kajian 67
5.4 Implikasi Kajian 68
5.4.1 Implikasi Kepada Para Pelajar 69
5.4.2 Implikasi Kepada Pihak Guru 69
5.4.3 Implikasi Kepada Pihak Sekolah 70
5.5 Masalah / Kelemahan Yang Dihadapi 71
xi
5.6 Cadangan Untuk Kajian Masa Depan 71
5.7 Penutup 72
BIBLIOGRAFI 73-80 SENARAI LAMPIRAN Borang Soal Selidik 81-85 Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 86-89
xii
SENARAI JADUAL No. Jadual Tajuk Muka surat 3.1 Skala Likert 37
3.2 Mempamerkan Taburan Item-item yang Dikaji 37
3.3 Pengelasan Pemeringkatan Likert 40
3.4 Pemarkatan Skala Likert yang Dipermudahkan 40
3.5 Analisis Tentang Skor Min 41
3.6 Analisa Korelasi Pearson 41
4.1 Taburan Responden Mengikut Etnik 44
4.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan Peperiksaan
Mata Pelajaran Sains Penggal I 45
4.3 Masalah Bahasa Berkaitan Pembelajaran Sains Dalam
Bahasa Inggeris 47
4.4 Masalah Guru dan Pengajarannya Berkaitan Pembelajaran
Sains Dalam Bahasa Inggeris 50
4.5 Masalah Minat Pelajar Berkaitan Pembelajaran Sains Dalam
Bahasa Inggeris 54
4.6 Tahap Masalah Berkaitan Pembelajaran Sains Dalam
Bahasa Inggeris 56
4.7 Perbezaan Masalah Utama Pelajar Berkaiatan Pembelajaran
Sains Dalam Bahasa Inggeris Mengikut Etnik 56
4.8 Hubungan Masalah Berkaiatan Pembelajara Sains Dalam
Bahasa Inggeris Dengan Pencapaian Pelajar 57
xiii
SENARAI SINGKATAN 1. ASM - Akademi Sains Malaysia
2. Bil - Bilangan
3. BI - Bahasa Inggeris
4. BPG - Bahagian Pendidikan Guru
5. ELTC - English Learning Teaching Centre
6. EPRD - Education Planning Research Development
7. ETeMS - English for the Teaching of Mathematics and
Science
8. GPMS - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung
9. IPT - Institusi Pengajian Tinggi
10. Jwb - Jawab
11. KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah
12. NGO - Non-Government Organization
13. P - Perempuan
14. PKPSM - Persidangan Kebangsaan Pengetua Sekolah
Menengah
15. PMR - Penilaian Menengah Rendah
16. PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
17. SJK - Sekolah Jenis Kebangsaan
18. SK - Sekolah Kebangsaan
19. SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
21. SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
22. SPSS - Statistical Package for Science for Windows
23. STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
24. UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
25. UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran Tajuk Muka surat Borang Soal Selidik 81-85
Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada
Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Sekolah 86-87
Surat Kebenaran Menjalankan Kajian Daripada
Jabatan Pendidikan Negeri Johor 88
Surat Pengesahan UTM Kepada Pelajar Untuk
Menjalankan Kajian 89
BAB I
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pendidikan sains terawal yang dikesan di sekolah Tanah Melayu bermula dari
tahun 1931, di mana hanya melibatkan Kurikulum Sains Asas di Negeri Melayu
Bersekutu sahaja. Pada tahun 1941, pelaksanaan program sains terhenti kerana
berlakunya Perang Dunia Kedua. Selepas tamatnya peperangan pada tahun 1945,
Kurikulum Sains Am telah dilaksanakan di sekolah menengah. Program empat tahun ini
adalah bercorak kurikulum England. Kurikulum sains di Tanah Melayu hanya menjadi
seragam dan dilaksanakan di semua sekolah selepas pelaksanaan Penyata Razak pada
tahun 1956. Mata pelajaran sains wajib diikuti oleh semua pelajar bermula dari sekolah
rendah sehingga ke peringkat sekolah menengah atas. Sejak dari tarikh tersebut,
kurikulum Malaysia telah mengalami beberapa reformasi demi melahirkan warganegara
yang berpengetahuan, mahir serta mempunyai budi pekerti yang mulia. Tumpuan
kurikulum diberikan ke arah pembentukan warganegara yang boleh menyesuaikan diri
dari segi fizikal, mental, emosi, moral dan rohani kepada keadaan semasa dan setempat,
di samping berkebolehan menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang, sosial, ekonomi,
politik dan sebagainya (Abu Hassan Kassim, 2002).
Walau bagaimanapun, reformasi yang drastik telah berlaku ke atas sistem
pendidikan Malaysia pada tahun 1967 apabila Parlimen meluluskan Akta Bahasa
Kebangsaan yang menetapkan Bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi yang tunggal.
2
Ekoran daripada itu, maka Kementerian Pelajaran telah mengambil langkah untuk
menginjakkan sistem pendidikan kebangsaan daripada bertunjangkan bahasa Inggeris
kepada yang lebih berpaksikan penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya.
Namun begitu, akibat beberapa kelemahan yang timbul dalam sistem pendidikan
pada ketika itu, maka kerajaan telah menubuhkan satu jawatankuasa kabinet yang
dipertanggungjawabkan untuk mengkaji pelaksanaan dasar pelajaran kebangsaan, dan
kesannya ke arah memenuhi aspirasi negara bagi membentuk masyarakat yang bersatu
padu, bersopan santun, berdisiplin dan berkemahiran. Akhirnya pada tahun 1979,
jawatankuasa tersebut telah mengemukakan satu laporan yang lebih dikenali sebagai
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 yang telah mengesyorkan kurikulum pendidikan
lebih memberi penegasan pendidikan dalam bidang 3M, melahirkan lebih ramai guru
yang berkemahiran dalam bidang sains dan aspek kemudahan hendaklah diberikan
kepada sekolah-sekolah menengah untuk meningkatkan mutu pendidikan sains, khasnya
sekolah-sekolah di kawasan luar bandar (Mok Soon Sang, 2001).
Apabila memasuki tahun 1990, perkembangan dan pembangunan sistem
pendidikan telah menjadi lebih mantap dengan mengikuti dasar-dasar teras yang
diusulkan oleh Laporan Rahman Talib (1960) dan Laporan Kabinet (1979). Secara
amnya, sistem pendidikan telah mendokong hasrat integrasi nasional dengan jayanya
iaitu membentuk negeri-negeri yang bersatu padu melalui penghayatan Rukun Negara di
kalangan generasi muda dan yang lebih penting adalah dari aspek politik iaitu sistem
pendidikan telah berjaya melebarkan sayap mobiliti sosioekonomi kaum bumiputera,
selaras dengan hasrat DEB yang ingin menyusun semula struktur masyarakat dengan
cara membasmi kemiskinan dan dasar ekuiti negara dipatuhi.
Kehangatan perkembangan dan pembangunan sistem pendidikan ini ditambah
dengan adanya hasrat Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad yang
membentangkan pemikirannya mengenai negara maju dan bertamadun dalam satu kertas
3
perdana bertajuk “Malaysia : Melangkah ke Hadapan” atau lebih dikenali dengan
“Wawasan 2020” pada tahun 1991.
Wawasan 2020 adalah aspirasi negara yang menginginkan kemajuan industri
yang berasaskan sains dan teknologi di samping masyarakat yang bertamadun dengan
taraf pendidikan yang tinggi. Oleh yang demikian, sekolah merupakan salur utama
dalam menjana minda generasi muda ke arah menjadi generasi berwawasan. Justeru itu,
institusi pendidikan dari peringkat rendah hingga ke peringkat IPT seharusnya berusaha
untuk ke arah globalisasi. Dengan itu, institusi pendidikan bergerak ke arah globalisasi
dengan pelbagai pendekatan. Salah satu aspek yang dititikberatkan adalah penekanan
kepada penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di kolej dan institusi
pengajian tinggi, atau pelajar-pelajar wajib lulus bahasa Inggeris kerana bahasa Inggeris
adalah bahasa antarabangsa (Sufean, 2002).
Lantaran daripada itu, cabaran bagi globalisasi dan Wawasan 2020 untuk
mewujudkan masyarakat yang saintifik, progresif dan inovatif memerlukan penduduk
Malaysia yang mana bukan sahaja menjadi pengguna pengetahuan sains dan teknologi
bahkan menjadi penyumbang dalam bidang tersebut. Sebelum menjadi penyumbang
kepada bidang tersebut, masyarakat mestilah dapat menguasai bidang sains dan
teknologi itu terlebih dahulu dengan baik. Di sini pendidikan merupakan suatu elemen
yang penting dalam mencorak pemikiran rakyat Malaysia ke arah globalisasi dan
Wawasan 2020. Ini kerana bak kata pepatah “melentur buluh biar dari rebungnya” sesuai
dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan masyarakat yang celik sains dan teknologi
dengan memperbaiki setiap inci dasar pendidikan mengikut peredaran zaman bagi
pelajar-pelajar di sekolah. Ini dapat kita lihat apabila berlakunya pelbagai perubahan
dalam dasar pendidikan negara sepanjang abad ke-20. Perubahan yang seringkali
berlaku ini adalah kerana kerajaan sendiri ingin memastikan masyarakat dan negara
dapat bersaing dalam bidang sains dan teknologi seiring dengan negara lain.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Negara telah mengalami pelbagai perubahan sejajar dengan Wawasan 2020. Ini
menunjukkan sesuatu yang positif ke arah merealisasikan hasrat dan aspirasi negara
menjadi sebuah negara maju. Dalam pada itu, pelbagai cabaran telah diharungi dalam
menongkah arus kemajuan. Antara cabaran yang menjadi isu penting adalah cabaran
globalisasi.
Menjelang tahun 1990-an, terdapat beberapa petanda yang menunjukkan
globalisasi sedang berlaku di seluruh dunia secara disedari atau tanpa disedari , ianya
tidak dapat dihalang lagi. Salah satu daripadanya adalah penggunaan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua di lebih 100 buah negara di seluruh dunia.
Menyedari akan kepentingan bahasa Inggeris dalam menjadikan negara sebuah
negara maju di samping membentuk ke arah globalisasi, pada tahun 1993, Perdana
Menteri telah menyarankan supaya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantara untuk mata pelajaran sains dan teknologi. Penggunaan bahasa Inggeris ini
adalah daripada 30% hingga 50% bagi kuliah yang disampaikan untuk mata pelajaran
berkenaan. Saranan yang dikemukakan untuk pengajian di IPT ini tidak dijalankan
sepenuhnya (Utusan Malaysia, 16 Jun 1993 dalam Sufean 2002).
YB Tan Sri Dato’ Seri Musa Mohamad menyatakan, Kementerian Pendidikan
telah menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah
Pendidikan Malaysia, Datuk Abdul Rafie Mahat bagi merangka strategi pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Dalam
merangka strategi ini, Jawatankuasa telah mengambil kira ulasan, pandangan dan
teguran pelbagai pihak. Ini termasuklah pendidik, ahli akademik, guru-guru, majlis guru
besar dan pengetua, kesatuan-kesatuan guru dan orang ramai. Mesyuarat Khas Jemaah
Menteri pada 19 Julai 2002 telah menimbang strategi yang dicadangkan oleh
Jawatankuasa Pelaksanaan dan memutuskan perkara-perkara berikut :
5
i) Bahawa penggunaan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik
dalam bahasa Inggeris dilaksanakan sepenuhnya di Tahun 1, Tingkatan 1
dan Tingkatan 6 Rendah, mulai 2003.
ii) Di kelas atau tingkatan lain, sekolah-sekolah digalakkan mengajar mata
pelajaran ini dalam bahasa Inggeris.
iii) Pelaksanaan dasar ini di Kolej Matrikulasi akan bermula pada tahun 2004
manakala di Politeknik, pelaksanaan dasar ini akan bermula pada 2008,
iaitu selepas pelajar kumpulan pertama menduduki SPM sepenuhnya
dalam bahasa Inggeris pada 2007.
vi) Peperiksaan sepenuhnya mata pelajaran sains dan matematik ini dalam
bahasa Inggeris bagi UPSR ialah 2008, PMR (2005), SPM (2007) serta
STPM dan Matrikulasi (2004). Bagaimanapun, mulai 2003 semua
peperiksaan awam akan dilaksanakan dalam dwibahasa.
Penukaran bahasa dalam pengajaran mata pelajaran sains iaitu daripada bahasa
Melayu kepada bahasa Inggeris adalah salah satu daripada tindakan kerajaan khususnya
Kementerian Pendidikan ke arah meningkatkan penggunaan bahasa Inggeris di kalangan
pelajar. Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan oleh semua
orang di seluruh dunia. Menurut Pengarah Bahagian Pendidikan Guru (BPG),
Kementerian Pendidikan, Razali Ismail, penguasaan bahasa antarabangsa iaitu bahasa
Inggeris itu penting pada era globalisasi, lebih-lebih lagi ia dipertuturkan di seluruh
dunia (Berita Harian, 20 Julai 2002).
Oleh itu, katanya, kegagalan menguasai bahasa Inggeris akan menyebabkan
rakyat Malaysia tidak mampu bersaing di peringkat antarabangsa dan langkah itu
diambil untuk menggerakkan pelajar menguasai bahasa berkenaan, sekali gus
mempersiapkan diri menghadapi cabaran globalisasi kelak. Tambahan pula, amat sukar
untuk menterjemahkan seluruh bahan penulisan bidang sains, teknologi dan matematik
ke dalam bahasa Melayu kerana ianya terlalu banyak. Oleh itu, adalah lebih baik dan
ekonomik jika kita menguasai mata pelajaran sains melalui bahasa Inggeris.
6
Menurut Pengarah Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) pula, Dr Sharifah
Maimunah Syed Zin, matlamat utama pelaksanaan pengajaran sains dan matematik
dalam bahasa Inggeris ialah untuk membolehkan pelajar menguasainya sebagai bahasa
ilmu dua bidang berkenaan sejak di peringkap awal lagi. Beliau berkata, ini bermakna
tujuan utama langkah pembaharuan itu bukanlah untuk mempertingkatkan kemahiran
berbahasa Inggeris di kalangan pelajar sahaja, sebaliknya bagi mempersiapkan mereka
ke arah menguasai ilmu sains dan matematik dengan lebih berkesan dan mudah.
Tambahan pula, pendedahan awal sebegini memang penting untuk memperkukuhkan
persediaan asas pelajar kerana apabila memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) kelak,
sebahagian besar bahan rujukan dan pembelajaran kedua-dua bidang berkenaan adalah
dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, bahasa Inggeris ialah bahasa komunikasi
antarabangsa. Masyarakat di Malaysia tidak boleh membataskan pandangan mereka
kepada perkembangan tempatan sahaja tetapi perlu juga memikirkan proses globalisasi.
(Berita Harian, 27 Julai 2002).
Menurut Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di Majlis Pelancaran Kumpulan
Wang Amanah Pelajar Malaysia, penggunaan bahasa Inggeris dengan meluas di seluruh
dunia menyebabkan penguasaan bahasa Inggeris menjadi salah satu faktor penting untuk
berinteraksi dan bersaing. Untuk menguasai bahasa Inggeris, ia perlu digunakan dalam
pertuturan dan penulisan dengan kerap. Satu strategi untuk menggalakan dan menambah
peluang pelajar bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris adalah dengan menjadikan
mata pelajaran sains dan matematik diajar dalam bahasa Inggeris (Berita Harian, 23 Julai
2003).
Selain itu, pengetahuan sains dan matematik adalah asas penting dalam
perkembangan teknologi. Pekerja yang menguasai sains dan matematik adalah antara
input penting dalam membangunkan ekonomi negara berasaskan perindustrian.
Sehubungan dengan itu, penekanan perlu diberikan kepada penguasaan sains dan
matematik dalam sistem pendidikan. Penguasaan bahasa Inggeris, terutamanya dalam
pembelajaran sains dan matematik membuka peluang akses kepada berbagai maklumat
terkini dalam kedua-dua bidang tersebut yang kebanyakkannya adalah dalam bahasa
7
Inggeris. Sebenarnya apa jua ilmu yang dikuasai dan dipelajari akan didapati dengan
mudah dalam apa jua keadaan jika penekanan yang serius diberikan. Ini kerana setiap
ilmu yang diperolehi pasti mempunyai kelebihannya.
Katanya lagi, ada sesetengah pihak berpendapat bahawa penukaran bahasa
dalam pengajaran sains dan matematik ke bahasa Inggeris menyekat perkembangan
bahasa Melayu. Kerajaan ingin menegaskan bahawa bahasa Melayu akan terus
digunakan dalam pengajaran mata pelajaran lain di sekolah. Sebaliknya strategi ini lebih
menjamin kepentingan negara pada masa hadapan dengan meningkatnya daya saing
sumber manusia. Secara tidak langsung, strategi pengajaran sains dan matematik dalam
bahasa Inggeris akan dapat membantu ke arah menjadikan penduduk negara ini lebih
kompetitif dan menjana kemampuan pertumbuhan ekonomi negara.
Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana pembelajaran
merupakan suatu proses yang berterusan bagi mewujudkan insan yang seimbang
harmonis dari segi Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek, maka segala masalah-masalah
yang mengurangkan minat para pelajar di dalam pembelajaran perlu diatasi terlebih
dahulu. Bagi mengatasi masalah ini, setiap pelajar perlulah disesuaikan dengan sifat-
sifat bertanggungjawab terhadap diri sendiri, masyarakat dan sekolah. Justeru itu, bagi
tujuan menyemai minat pelajar terhadap pembelajaran, pihak sekolah dan guru
seharusnya mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar berkenaan proses
pembelajaran dan pengajaran yang seringkali mengalami perubahan. Kini ramai yang
memperkatakan tentang pengajaran mata pelajaran sains dan matematik yang telah pun
bermula pada tahun 2003. Ramai yang bimbang dasar ini akan menyebabkan anak-anak
mereka tidak dapat menguasai kedua-dua mata pelajaran tersebut hanya kerana anak-
anak mereka tidak menguasai bahasa Inggeris.
Menurut Presiden Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS),
Datuk Suhaimi Ibrahim, menerusi perbincangan, ada wakil pertubuhan bukan kerajaan
(NGO Melayu) berpendapat masalah sebenar dalam perkara itu ialah kegagalan pelajar
8
menguasai bahasa Inggeris dengan berkesan, terutama di luar bandar. Mereka
berpendapat, dua masalah lain yang bakal dihadapi oleh pelajar luar bandar ialah mereka
tidak mendapat cukup buku bahasa Inggeris dan kelemahan sedia ada dalam mata
pelajaran sains dan matematik. Oleh itu, jika pengajaran dalam bahasa Inggeris
dilaksanakan dalam mata pelajaran sains dan matematik, ia akan mendatangkan masalah
kepada mereka (Berita Harian, 25 Ogos 2002).
Tidak dapat dinafikan lagi tentang kepentingan menguasai bahasa Inggeris pada
zaman mengejar arus ledakan globalisasi ini. Oleh yang demikian usaha dalam
mempersiapkan diri ke arah tersebut amatlah digalakkan dan dititikberatkan, disebabkan
itulah wujudnya perubahan yang besar ke atas sistem pendidikan negara iaitu penukaran
bahasa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik daripada
bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris. Ini adalah kerana penguasaan bidang sains dan
matematik adalah lebih praktikal apabila ianya di dalam bahasa Inggeris berbanding
bahasa Melayu yang memerlukan penterjemahan daripada bahasa Inggeris. Justeru itu,
pendidikan akan memainkan peranan yang penting dalam memikul tanggungjawab bagi
memastikan semua pelajar dapat menguasai mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris.
Ekoran daripada itu, pelbagai reaksi masyarakat yang timbul akibat perubahan dasar
pendidikan negara yang dibuat seperti menjangkakan akan wujudnya pelbagai masalah
yang berkait rapat dengan perubahan yang dilaksanakan seperti masalah tidak dapat
menguasai ilmu sains akibat tidak fasih berbahasa Inggeris.
1.3 Pernyataan Masalah
Perubahan yang berlaku ke atas sistem pendidikan negara adalah wajar dan perlu
disebabkan kerajaan menginginkan masyarakat dan negara dapat bersaing di peringkat
antarabangsa. Justeru itu, penguasaan ilmu dunia iaitu sains amatlah dirasakan perlu
sekiranya ianya dilaksanakan dari peringkat sekolah lagi. Ini adalah kerana pelajar
digalakkan untuk mempersiapkan diri lebih awal sebelum melangkah ke IPT kelak.
9
Lantaran daripada perubahan drastik yang berlaku ke atas sistem pendidikan negara,
pelbagai maklum balas masyarakat timbul dan ada yang mengatakan wujud masalah-
masalah yang dihadapi oleh pelajar dengan terlaksananya perubahan ini.
Oleh yang demikian bagi menyemai minat pelajar terhadap pembelajaran sains
dalam bahasa Inggeris, pihak sekolah dan guru seharusnya mengenalpasti masalah
pelajar terhadap pembelajaran tersebut. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji masalah
pembelajaran Sains KBSM dalam bahasa Inggeris. Kajian ini adalah penting bagi
mengenalpasti adakah bahasa, guru dan pengajaran serta minat merupakan masalah yang
dihadapi pelajar dalam proses pembelajaran Sains KBSM dalam bahasa Inggeris.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk i) Mengenalpasti sama ada bahasa merupakan masalah utama pembelajaran
sains dalam bahasa Inggeris.
ii) Mengenalpasti sama ada guru dan pengajarannya adalah antara masalah
yang dihadapi pelajar berkaitan pembelajaran sains dalam bahasa
Inggeris.
iii) Mengenalpasti sama ada minat pelajar merupakan masalah berkaitan
pembelajaran sains dalam bahasa Inggeris.
iv) Mengenalpasti perbezaan masalah utama pelajar berkaitan pembelajaran
sains dalam bahasa Inggeris mengikut dua etnik majoriti iaitu Melayu dan
Cina.
v) Mengenalpasti hubungan antara masalah berkaitan pembelajaran sains
dalam bahasa Inggeris dengan pencapaian pelajar.
10
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan kepada kajian yang dibuat penyelidik berharap kajian ini dapat
menjawab persoalan kajian seperti berikut :
i) Adakah bahasa merupakan masalah utama pembelajaran sains dalam
bahasa Inggeris?
ii) Adakah guru dan pengajarannya merupakan antara masalah pembelajaran
sains dalam bahasa Inggeris?
iii) Adakah minat pelajar merupakan masalah pembelajaran sains dalam
bahasa Inggeris?
iv) Adakah terdapat perbezaan masalah utama pelajar berkaitan pembelajaran
sains dalam bahasa Inggeris mengikut dua etnik majoriti iaitu Melayu dan
Cina?
v) Adakah terdapat hubungan antara masalah pembelajaran sains dalam
bahasa Inggeris dengan pencapaian pelajar?