Upload
others
View
14
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
ii
iii
MEMBANGUNKAN MODUL PERISIAN ALAT BANTU MENGAJAR (ABM)
BERASASKAN KOMPUTER BERTAJUK DAYA BAGI MATAPELAJARAN
PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL TINGKATAN EMPAT
HASWA-SOFILAH BINTI AB. WAHAB
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Mekanikal)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iv
v
DEDIKASI
Buat suamiku yang dicintai,
Segala pengorbanan dan semangatmu,
Menjadikan ku terus kuat berjuang,
Tanpa peduli segala rintangan,
Semoga kasih antara kita dirahmati oleh Allah s.w.t
Dan berkekalan hingga akhir hayat.
Untuk Ayahanda dan Bonda yang disayangi,
Ayah dan Ibu mertuaku yang dikasihi,
Doa kalian memberikan ku kekuatan dan kesejahteraan
Dalam menempuhi segala dugaan,
Di sepanjang perjuangan ini.....
Kepada cahaya mata ku Nur Syahirah Najibah & Nur Afiqah Najibah ,
Kalian menjadi sumber inspirasi Ma,
Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama
Semoga Allah merahmati hidup kalian,
Dengan cahaya Iman dan Taqwa,
Serta jadikanlah kejayaan ma sebagai landasan,
Untuk kalian terus berjuang dalam mencapai,
Cita-cita kalian suatu hari nanti.
Ya Allah
Sesungguhnya ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga
di atas segala limpah kurnia mu.........
vi
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya, penulis
telah berjaya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Di sini penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada
pembimbing projek, Tuan Haji Muslim Bin Jonid di atas segala bimbingan, teguran
membina, tunjuk ajar dan nasihat serta kesabaran dan penumpuan beliau dengan penuh
kerelaan tanpa rasa jemu di sepanjang tempoh laporan projek ini disiapkan.
Ucapan penghargaan juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan yang
banyak membantu dan memberi komen-komen yang membina sepanjang penulis
melaksanakan projek. Terima kasih di atas segala kerjasama yang diberikan dalam usaha
penulis membangunkan modul perisian ABM bagi Projek Sarjana Muda.
Tidak ketinggalan juga penghargaan diberikan kepada sesiapa sahaja yang turut
membantu dalam menjayakan projek ini samada terlibat secara langsung atau tidak
langsung. Semoga ALLAH memberkati dan merahmati hidup kalian.
Wassalam.
vii
ABSTRAK
Teknologi maklumat adalah merupakan asas kepada kehidupan masyarakat pada
abad ke-21. Justeru itu, pengajaran dalam bentuk multi media seperti penggunaan modul
perisian ABM boleh digunakan sebagai salah satu kaedah dalam pengajaran oleh guru.
Satu projek yang merangkumi pembangunan perisian modul ABM yang bertajuk ‘Daya’
bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan 4 telah direka bentuk
dengan tujuan untuk menambahkan lagi perisian yang bersifat pendidikan di negara kita.
Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan Microsoft Power Point 2003, Adobe
Protoshop 7.0, Sony Vegas 5.0, Ulead Gift Animator 5, Sound Forge 7.0, Ulead Cool 3D
3.5, Ulead Cool 3D Production dan Adobe Premier 6.5. Gabungan elemen-elemen multi
media iaitu teks, grafik, animasi, video dan audio dalam perisian tersebut akan
menjadikan pengajaran guru lebih sistematik dalam mata pelajaran tersebut.
viii
ABSTRACT
Information technology becomes the basic needs for the society at 21st century.
Thus, the teaching with multimedia like using teaching aid software module can be used
as a method to teach. A module of educational software is designed based on the topic of
Force for Mechanical Engineering Studies for form 4 students with purpose to enhance
more educational software to be widely used in our country. This educational software
teaching aid is developed by using Microsoft Power Point 2003, Adobe Protoshop 7.0,
Sony Vegas 5.0, Ulead Gift Animator 5, Sound Forge 7.0, Ulead Cool 3D 3.5, Ulead
Cool 3D Production and Adobe Premier 6.5. The combination of multimedia elements
such as text, graphic, audio, video and animation in that software can help the teacher in
the process of teaching become systematic.
ix
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
Pengesahan Status Tesis i
Pengakuan Penyelia ii
Tajuk Kajian iii
Halaman Pengakuan iv
Halaman Dedikasi v
Halaman Penghargaan vi
Abstrak vii
Abstract viii
Kandungan ix
Senarai Jadual xv
Senarai Rajah xvi
x
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Latar Belakang Masalah 2 1.3 Pernyataan Masalah 3 1.4 Objektif Projek 4 1.5 Rasional Pemilihan Tajuk 5 1.6 Kepentingan Projek 5 1.7 Skop Projek 6 1.8 Definisi dan Istilah 7 1.8.1 Alat Bantu Mengajar (ABM) 7 1.8.2 Perisian
1.8.3 Multimedia
1.8.4 Pembelajaran Berbantukan
Komputer 1.8.5 Animasi
1.8.6 Modul
8 8 8 9 9
1.8.7 Interaktif
1.8.8 Pembelajaran
1.8.9 Sekolah Bestari
1.8.10 Pengajaran
9
10
10
10
xi
BAB 2 SOROTAN PENULISAN 2.1 Pengenalan
2.2 Definisi Modul Alat Bantu Mengajar
(ABM) 2.3 Definisi Pembelajaran Berbantukan
Komputer (PBK) 2.4 Perbezaan ABM dengan PBK 2.5 Kelebihan ABM berbanding dengan
PBK 2.6 e-book 2.7 Ciri-Ciri ABM yang Baik 2.8 Ciri-Ciri ABM yang Kurang Baik 2.9 Kebaikan Perisian Modul ABM 2.10Kelemahan Perisian Modul ABM 2.11Strategi Pengajaran dalam Modul ABM
11
11
12
12
13
15
15
17
18
19
20 2.11.1 Tutorial
2.11.2 Latih tubi
20
21 2.12 Pendekatan Pengajaran dalam Modul
ABM 21
2.12.1 Pendekatan Induktif 21 2.12.2 Pendekatan Deduktif 22 2.13 Teori Pembelajaran 22 2.13.1 Teori Pembelajaran
Konstruktivisme 23
xii
2.13.2 Teori Pembelajaran Behaviorisme
24
2.13.3 Teori Pembelajaran
Kognitivisme 25
2.14 Elemen-Elemen Multimedia 26 BAB 3 METODOLOGI 3.1 Pengenalan
3.2 Penentuan Skop, Tajuk dan Objektif
28
29 3.2.1 Skop dan Tajuk
3.2.2 Objektif Pengajaran
29
29 3.3 Mengenalpasti Kumpulan Sasaran
3.4 Pembinaan Pendekatan Perisian 3.5 Pemilihan Perisian Pembangunan 3.6 Pemilihan Perisian Multimedia 3.7 Pemilihan Perkakasan 3.8 Spesifikasi Perkakasan Minimum
Pengguna 3.9 Pemilihan Model Rekabentuk Instruksi
Bersistem
30
30
30
31
33
33
34
3.9.1 Analisis
3.9.2 Rekabentuk 3.9.3 Pembangunan
36
37
37 3.9.4 Perlaksanaan 38 3.9.5 Penilaian 38
xiii
3.10 Pembangunan Perisian 3.11 Carta Alir Umum Bagi Modul Perisian
38
39 BAB 4 PEMBANGUNAN PERISIAN 4.1 Pengenalan
4.2 Operasi-Operasi Perisian
49
49 4.3 Pakej Perisian 50 4.4 Persediaan Bahan 51 4.4.1 Penyediaan dan Pengeditan
Teks 4.4.2 Kesan Audio dan Grafik 4.4.3 Penghasilan Animasi dan
Pengeditan Video dalam Perisian
4.4.4 Penghasilan Audio
52
52
52
53 4.5 Susuncara Perisian 53 4.5.1 Paparan Persembahan Tajuk 53 4.5.2 Paparan Menu Utama 54 4.5.3 Paparan Isi Pengajaran 55 4.5.4 Paparan Latihan 55 4.5.5 Paparan Bantuan 56 4.5.6 Paparan Glosari 56 4.5.7 Paparan Hiburan 57 4.5.8 Paparan Keluar 57
xiv
BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan
58
58 5.2.1 Kekuatan Modul Perisian ABM 59 5.2.2 Kelemahan Modul Perisian ABM 60 5.3 Masalah-Masalah yang dihadapi
semasa Pembangunan Perisian 61
5.3.1 Kekurangan Kepakaran 61 5.3.2 Kekangan Masa 62 5.3.3 Kos yang Tinggi 62 5.4 Cadangan 63 5.5 Kesimpulan 64 RUJUKAN 65
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 2.4 Jadual Perbezaan ABM dengan PBK 12
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
Rajah 3.9 Aliran Kerja Berdasarkan Model ADDIE 36
Rajah 3.11 Carta Alir Umum Modul Perisian 40
Rajah 3.12 Carta Alir Pengajaran Modul Perisian 41
Rajah 3.13 Carta Alir Pengenalan 42
Rajah 3.14 Carta Alir Konsep 43
Rajah 3.15 Carta Alir Leraian 44
Rajah 3.16 Carta Alir Paduan 45
Rajah 3.17 Carta Alir Keseimbangan 46
Rajah 3.18 Carta Alir Latihan 47
Rajah 3.19 Carta Alir Hiburan 48
Rajah 4.1 Memilih Package For CD dalam 51 Microsoft Power Point 2003
Rajah 4.2 Opsyen Package For CD 51
Rajah 4.3 Paparan Persembahan Tajuk 54
Rajah 4.4 Paparan Menu Utama 54
Rajah 4.5 Paparan Isi Pengajaran 55
Rajah 4.6 Paparan Bantuan 56
Rajah 4.7 Paparan Glosari 56
Rajah 4.8 Paparan Hiburan 57
Rajah 4.9 Paparan Keluar 57
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Perkembangan teknologi maklumat yang pantas tanpa mengira masa dan
tempat telah banyak mengubah proses pengajaran dan pembelajaran seiring dengan
perkembangan teknologi terkini. Oleh itu dalam usaha meningkatkan mutu
pengajaran yang berkualiti, strategi pengajaran seorang guru disifatkan sebagai satu
sumber yang amat diperlukan oleh semua pelajarnya terutama dalam usaha
membantu mereka mencapai kejayaan. Bidang pendidikan juga turut merasa bahang
perkembangan teknologi ini, di mana kebanyakan maklumat pada masa kini dapat
diperoleh melalui internet dengan melayari e–learning, e–media, e–library, e–book
dan pelbagai lagi laman web yang dapat memenuhi keperluan maklumat yang
dikehendaki oleh pengguna.
Dalam era ledakan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan masa kini,
pendidikan di Malaysia berkembang pesat dan semakin menghampiri sasaran negara
iaitu Wawasan 2020. Dalam aspek ini, teknologi maklumat menjadi salah satu agen
pemangkin yang mengorak langkah ke arah pembudayaan sains dan teknologi bagi
mewujudkan masyarakat yang berkebolehan dan berkemampuan dalam bidang
teknologi.
2
Pihak guru adalah antara individu yang memainkan peranan penting dalam
merealisasikan hasrat negara untuk memperkembangkan teknologi terutamanya
teknologi maklumat. Corak pengajaran guru kepada murid di dalam bilik darjah
bolehlah dirancang mengikut peredaran dan keperluan pada masa kini.
1.2 Latar Belakang Masalah
Perisian yang berorientasikan multi media amatlah digalakkan untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran. Perisian multi media merupakan salah satu aplikasi
Alat Bantu Mengajar (ABM) yang berunsurkan teknologi maklumat. ABM adalah
satu alat peneguhan yang perlu di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia
juga dapat mempelbagaikan kaedah penyampaian guru.
Menurut Baharuddin et. al (2001), penggunaan ABM yang canggih atau yang
berbentuk elektronik jarang sekali digunakan. Memandangkan untuk menghasilkan
satu perisian ABM memerlukan banyak masa dan tenaga, guru-guru hanya lebih
cenderung kepada penggunaan papan tulis dan kapur (chalk and talk), carta atau
poster.
Kemampuan pelajar untuk mengikuti sesuatu pembelajaran adalah berbeza di
antara satu sama lain. Ee Ah Meng (1989), menegaskan bahawa perbezaan tersebut
disebabkan oleh faktor fizikal, mental, sosial dan emosi. Oleh itu ABM perlu
dipelbagaikan lagi untuk kesesuaian dengan kemampuan pelajar.
3
Melalui pengalaman pembangun perisian selama empat tahun mengajar mata
pelajaran Sains Juruteknik, didapati pelajar agak payah untuk memahami apa itu
daya. Dari pengalaman pembangun pula sebagai seorang guru agak sukar untuk
menggambarkan dan menerangkan dengan jelas apa itu daya jika tanpa bantuan
keadaan sebenar di mana daya itu terjadi. Menerusi pengalaman yang ada serta
melalui sesi temu bual secara tidak formal dengan kawan-kawan yang juga mengajar
mata pelajaran yang sama dan juga yang melibatkan daya secara tidak langsung,
pembangun akhirnya mendapat idea untuk membangunkan modul perisian ABM
yang bertajuk ‘Daya’.
Justeru itu, penggunaan ABM multi media yang sesuai amatlah penting untuk
meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan ABM yang tepat dan
terkini perlulah bersesuaian untuk mencapai keberkesanan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
1.3 Pernyataan Masalah
ABM merupakan salah satu media yang penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah. ABM perlu untuk membantu meningkatkan
pemahaman pelajar terhadap apa yang diajar oleh guru. Menurut Baharuddin et. al
(2001), kadar pengekalan informasi dalam pelajaran menggunakan multi media
berasaskan komputer yang interaktif boleh mencapai 30 peratus daripada kadar
pengekalan informasi oleh pelajar yang menggunakan ABM kaedah tradisional.
Dengan itu, satu perisian modul ABM berciri multi media akan dibina untuk
membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana kebanyakan guru
(hasil dari temu bual secara tidak formal) yang mengajar mata pelajaran berkaitan
menghadapi banyak masalah untuk menyampaikan topik daya dengan lebih berkesan
4
jika tidak di bantu oleh apa-apa bentuk ABM yang dapat menunjukkan keadaan yang
sebenar. Secara tidak langsung, dengan terhasilnya perisian ini akan dapat
membantu para guru melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran kepada
pelajar dengan lebih baik sistematik lagi.
Dengan itu, satu modul perisian ABM berciri multi media akan dibina untuk
membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Modul perisian ABM
yang akan dihasilkan adalah mengikut sukatan pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Mekanikal Tingkatan Empat, bagi tajuk Mekanik iaitu Daya.
1.4 Objektif Projek
Objektif pembinaan modul perisian ABM ini adalah bertujuan untuk:
(i) Membangunkan satu modul perisian ABM yang interaktif di mana ia
menggabungkan elemen-elemen multi media seperti teks, animasi,
grafik, video dan audio bertajuk ‘Daya’ dalam mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal Tingkatan Empat bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Menengah Teknik di
Malaysia.
5
1.5 Rasional Pemilihan Tajuk
Sub topik Mekanik bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
iaitu ‘Daya’ adalah meliputi definisi daya, konsep daya, leraian daya, paduan daya
dan keseimbangan daya yang wujud dalam sesuatu jasad yang bergerak disebabkan
oleh daya. Seperti yang diketahui dalam pernyataan masalah sebelum ini, guru yang
di temu bual menghadapi masalah dalam menyampaikan sub topik daya kerana
pelajar payah untuk memahami apa yang digambarkan oleh guru secara abstrak.
Oleh sebab itu, guru memerlukan satu perisian modul ABM yang boleh
membantu menunjukkan keadaan sebenar di mana berlakunya daya dan lain-lain
yang berkaitan dengan topik tersebut. Dengan membangunkan perisian modul ABM
ini, ia akan membantu para guru menggambarkan dengan jelas kepada semua pelajar
yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran tentang sub topik tersebut
iaitu daya.
.
1.6 Kepentingan Projek
Modul perisian ABM ini dibina untuk membolehkan serta membantu guru
mempelbagaikan kaedah penyampaiannya dalam bilik darjah kerana menggunakan
unsur-unsur multi media dan interaktif. Dengan itu ia akan menggalakkan proses
berfikir secara kritis dan kreatif kepada pelajar serta membantu guru memberi
gambaran jelas mengenai sub topik yang disampaikan iaitu daya..