41
1.0 PENGENALAN KEPADA SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA 1.1. Definisi Undang-Undang Menurut Kamus Dewan, undang-undang membawa erti sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal atau dibuat oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Berdasarkan Kamus Undang-Undang Oxford, perkataan undang-undang bermaksud sekumpulan perturan-peraturan yang dikuatkuasakan bertujuan untuk mentadbir sesebuah masyarakat. Konklusinya, undang-undang adalah peraturan-peraturan yang diwujudkan oleh sesebuah negara atau organisasi dan wajib dipatuhi oleh semua individu yang terikat dengan negara atau organisasi tersebut. 1.2. Ciri-Ciri Undang-Undang Terdapat berberapa element yang diambil kira sebagai syarat untuk mengiktiraf satu-satu draf undang-undang sebagai undang-undang yang diwartakan. Undang-undang yang diwartakan membaw maksud bahawa undang-undang tersebut akan dikuatkuasakan dan digunapakai oleh semua rakyat Malaysia. 1

OUMM3203 Professional Ethic

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Assignment ethics

Citation preview

1.0 PENGENALAN KEPADA SISTEM UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

1.1. Definisi Undang-UndangMenurut Kamus Dewan, undang-undang membawa erti sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal atau dibuat oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Berdasarkan Kamus Undang-Undang Oxford, perkataan undang-undang bermaksud sekumpulan perturan-peraturan yang dikuatkuasakan bertujuan untuk mentadbir sesebuah masyarakat. Konklusinya, undang-undang adalah peraturan-peraturan yang diwujudkan oleh sesebuah negara atau organisasi dan wajib dipatuhi oleh semua individu yang terikat dengan negara atau organisasi tersebut.

1.2. Ciri-Ciri Undang-UndangTerdapat berberapa element yang diambil kira sebagai syarat untuk mengiktiraf satu-satu draf undang-undang sebagai undang-undang yang diwartakan. Undang-undang yang diwartakan membaw maksud bahawa undang-undang tersebut akan dikuatkuasakan dan digunapakai oleh semua rakyat Malaysia.

Rajah 1: Ciri-ciri Undang-undang.

1.3. Klafikasi Undang-Undang di MalaysiaUndang-undang Malaysia adalah terdiri daripada dua jenis undang-undang asas iaitu undang-undang awam dan juga undang-undang persendirian.

Rajah 2: Klasifikasi Undang-Undang Malaysia.

1.3.1. Undang-Undang AwamUndang-undang awam ataupun public law adalah merupakan undang-undang yang digubal bagi memelihara hubungan antara kerajaan ataupun negara dan rakyat-rakyatnya. Undang-undang awam bertujuan untuk melindungi hak asasi rakyat atau masyarakat negara berkenaan. Terdapat 3 jenis undang-undang yagn termaktub di bawah undang-undang awam iaitu pertama Undang-Undang Perlembagaan, Undang-undang Pentadbiran dan Undang-undang Jenayah.

26

Jenis-Jenis Undang-Undang AwamKeterangan

Undang-undang Perlembagaan Melibatkan perhubungan antara pelbagai badan dalam kerajaan seperti eksekutif, perundangan dan kehakiman. Mentakrifkan struktur kerajaan dan hak-hak asasi rakyat atau individu di bawah pemerintahannya. Memastikan segala hak yang termaktub dalam perlembagaan adalah dipatuhi.

Undang-undang Pentadbiran Melibatkan perhubungan individu dan negara. Mengawal tindak-tanduk dan penggunaan kuasa oleh badan eksekutif atau pentadbiran kerajaan. Memstikan pihak berkuasa membuat tindakan dan keputusan berdasarkan undang-undang yang telah ditetapkan.

Undang-undang Jenayah Memastikan individu tidak melakukan kesalahan yang boleh mermudaratkan masyarakat. Menyenaraikan pelbagai jenis kesalahan yang berkemungkinan dilakukan oleh anggota masyarakat keapda negara. Undang-undang ini disertakan dengan hukuman mahupun denda yang bakal dikenakan sekiranya kesalahan tersebut berlaku.

Jadual 1: Senarai undang-undang yang temaktub di bawah Undang-Undang Awam serta fungsinya.

1.0 1.1. 1.2. 1.3. 1.3.1. 1.3.2. Undang-Undang PersendirianUndang-undang persendirian, private law merupakan undang-undang yang diwujudkan bagi memelihara hubungan sesama individu dengan individu yang lain. Undang-undang ini melindungi individu daripada ditindas oleh individu yang lain. Individu yang teraniaya boleh mendapatkan pampasan sebagai ganti daripada indivudu yang menindas mereka. Undang-undang persendirian boleh dibahagikan kepada berberapa jenis.

Rajah 2: Jenis-jenis Undang-Undang Persendirian

Jenis-Jenis Undang-Undang PersendirianKeterangan

Undang-undang Perkongsian Memelihara hak individu-individu yang terlibat dalam aktiviti perkongsian ataupun aktiviti bersama bagi memperolehi keuntungan seperti perkongsian perniagaan. Terdapat berberapa jenis pekongsi seperti pekongsi am, pekongsi aktif, pekongsi semu dan pekongsi tidur.

Undang-undang Amanah Mendaftarkan pemengang amanah bagi sesuatu badan/kumpulan orang sabagai satu pertubuhan perbadanan yang ditubuhkan. Undang-undang ini hanya diterima pakai di Semenanjung Malaysia sahaja.

Undang-undang Syarikat Mengurus penubuhan syarikat, pendaftaran dan pembubaran syarikat. Menyenaraikan hak-hak dan tanggungjawab syarikat sebagai ahli koperat. Melindungi hak-hak dan menyenaraikan tanggungjawab kesemua pekerja, pemegang saham dan pengarah syarikat.

Undang-undang Keluarga Mengurus segala perkara berkaitan kekeluargaan seperti perkahwinan, penceraian, hak penjagaan anak, pemberian nafkah dan pembahagian harta pusaka. Undang-undang ini dipraktikakan untuk rakyat yang bukan beragama Islam.

Undang-undang Tanah Setiap pemilikan tanah hendaklah dibuktikan dengan pendaftaran hakmilik. Melindungi tanah dan mngesahkan tanah tersebut milik individu yang telah dinamakan di dalam pendaftaran hakmilik. Pengesahan ini akan mengelakkan berlakunya pertikaia n terhadap tanah tersebut.

Undang-undang Tort Membolehkan seseorang individu menuntut pampasan atas kecederaan atau kerugian yang ditanggungnya daripada individu yang lain atas kecuian yang yang dilakukan. Contohnya individu A boleh menuntut ganti rugi daripada individu B yang telah menyebabkan kerugian atau kecederaan atas kecuaian individu B.

Undang-undang Komersial Mentadbir semua transaksi berkaitan dengan aktiviti periagaan dan perdagangan.

Jadual 2: Jenis-Jenis Undang-Undang Persendirian1.4. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah diwujudkan retentan peristiwa letupan sbuah kilang membuat mercun dikenali sebagai Bright Sparkle di Sungai Buloh, Selangor pada tahun 1991. Kemalangan tersebut telah menyingkap kelemahan Akta Kilang dan Jentera 1967 yang dimana akta tersebut tidak melindungi pekerja yang tidak bekerja atau terlibat secara lansung dengan jentera ataupun di dalam kilang. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dikuatkusakan oleh kerajaan Malaysia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).

2.0 HUBUNGAN DI ANTARA AKTA KESELAMATAN DAN PEKERJAAN 1994 DENGAN STANDARD MORAL

1. 2. 2.1. Definisi Standard MoralBerdasarkan kepada Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, standard membawa maksud dapat diterima sebagai yang rasmi atau yang sah. Standard juga membawa maksud sesuatu yang diterima dan dijadikan dasar pengukur atau menilai sesuatu yang lain.Manakala moral membawa maksud ajaran atau pegangan tentang buruk dan baiknya sesuatu perbuatan, sikap atau kelakuan contohnya seperti ajaran agama yang membantu membezakan sikap yang baik dan buruk. Secara kesimpulannya standard moral bererti dasar yang membantu membezakan perkara atau tingkah laku yang baik dan buruk yang dapat diterima secara rasmi atau sah.

2.2. Perkara yang membezakan undang-undang dan standard moralUndang-undang adalah gubahan oleh sekumpulan manusia manakala moral adalah prinsip-prinsip yang datang sejajar dengan ajaran agama. Undang-undang memerlukan penguatkuasaan dan harus dipatuhi oleh semua rakyat sedangkan moral tidak perlu dikuatkuasakan mahupun harus dipatuhi, ia terpulang kepada individu itu sendiri sama ada mahu memprkatikan standard moral tersebut.Batas-batas yang digariskan oleh undang-undang adalah terang dan jelas. Manakala batas-batas standard moral pula adalah bersikap relatif berdasarkan nilai-nilai yang diterapkan oleh perikemanusiaan, adat, agama dan idealisme. Contohnya tiada undang-undang yang menegah bahawa lelaki dan perempuan bukan muslim yang tidak berkahwin atau memiliki hubungan yang sah tidak boleh tinggal di dalam rumah yang sama. Namun standard moral menganggap bahawa perbuatan itu tidak elok dan boleh menyumbang kepada kemaksiatan.Standard moral mengambil kira aspek rohaniah seperti iri hati, hasad dengki, cemburu dan sebagainya bagi mentakrifkan perkara tersebut sebagai tingkah laku buruk. Namun demikian undang-undang cuma mengambil kira dan menjatuhkan hukuman sekiranya terdapat bukti yang nyata kesan daripada perbuatan cemburu tersebut. Sebagai contoh, Anita berasa cemburu dengan Caroline kerana Caroline seringkali mendapat pujian daripada majikan mereka kerana sering menjalankan tugas dengan cekap dan sempurna sedangkan Anita pula tidak mendapat perhatian daripada majikannya. Oleh itu, Anita telah menggelapkan sejumlah wang syarikat dan menjadikan Caroline sebagai kambing hitam atas perbuatannya itu. Dari segi standard moral, perbuatan Anita memerangkap Caroline kerana cemburu tidak boleh diterima dan dianggap tidak baik, tetapi dari segi undang-undang Anita tiadak bersalah kerana semua bukti telah menunjukkan bahawa Caroline yang telah melakukan kesalahan pecah amanah.

1. 2. 2.1. 2.2. 2.3. Undang-undang menegah aspek negatif tetapi tidak menggalakkan aspek positif standard moralTuntutan undang-undang seringkali bertindan dengan keperluan standard moral. Undang-undang seringkali menegah perbuatan negatif atau tingkahlaku buruk standard moral namun tidak menggalakkan perbuatan baik dalam standard moral. Undang-undang digubal bagi mengawal perlakuan individu namun begitu, moral adalah panduan kepada individu tersebut dalam membezakan perkara yagn baik dan buruk. Contohnya seperti, adalah menjadi kesalahan dari segi undang-undang untuk sebuah pusat perjudian beroperasi tanpa permit yang sah namun begitu undang-undang tidak melarang kelab tersebut beroperasi sekiranya pusat tersebut berdaftar dan memiliki permit yang sah.Mematuhi standard moral menjerumuskan individu tersebut kearah mematuhi undang-undang namun begitu, dengan mematuhi undang-undang seseorang itu tidak semestinya mematuhi kehendak standard moral. Contohnya seperti kita tidak dibenarkan untuk mengeksploitasikan orang kurang upaya untuk kepentingan persendirian seperti memaksa mereka meminta sedekah, tetapi kita tidak diwajibkan oleh undang-undang untuk membantuk mereka. Keinginan untuk membantu orang kurang upaya adalah bergantung dengan sejauh mana seseorang individu tersebut berpegang kepada standard moral yang menuntut masyarakat untuk menghulurkan bantuan kepada yang kurang upaya.

2.4. Undang-undang menyokong aspek positif dalam standard moralAdakalanya undang-undang turut menyokong kuat tingkahlaku baik dan positif di sisi standard moral dengang menguatkuasakan kepercayaan standard moral tersebut di dalam berberapa aspek perundangan.Undang-undang jalan raya menegah kita daripada membunyikan hon di kawasan-kawasan tertentu seperti kawasan hospital dan sekolah. Undang-undang ini mengalakkan pengguna jalan raya agar menghormati orang lain meskipun orang tersebut tidak menggunakan jalan raya ketika itu. Undang-undang Malaysia ada memberi kebenaraan dan kelonggaran kepada masyarakat beragam lain untuk mempraktikkan agama mereka walaupun agama rasmi negara adalah agama Islam. Ini membuktikkan bahawa negara Malaysia memamndang tinggi dan menyambut baik tututan standard moral agar kita menghormati antara satu dengan yang lain walaupun datang dari agama, bangsa dan budaya yang berbeza. Peraturan ini juga telah menyumbang kepada keharmonian kehiduan berbilang kaum dan masyarakat majmuk di Malaysia.Kesimpulan amnya, individu yang mematuhi undang-undang tidak semestinya mematuhi standard moral yang sedia ada, ini dapat dikaitkan dengan pernyataan bahawa undang-undang adalah wajib dipatuhi oleh semua rakyat manakala standard moral merupakan satu pilihan oleh seseorang individu sama ada individu tersebut mahu berpegang dan mempraktikkan standard moral tersebut.

2.3. Hubungkait antara undang-undang dengan standard moral berdasrkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

2.3.1. Bahagian 4: Kewajipan am majikan dan orang yang bekerja sendiri15(1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.Berdasarkan perkara di atas, undang-undang mewajibkan bahawa para majikan mengambil berat akan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja mereka dalam waktu bekerja. Undang-undang yang sama tidak pula menggalakkan para majikan untuk mengambil berat akan pekerja mereka pada waktu bukan bekerja sedangkan standard moral menuntut kita agar mengambil berat antara satu dengan yang lain tanpa mengira bangsa, agama, waktu dan pangkat.15(2)(e) pengadaan dan penyelengaraan persekitaran pekerjaan bagi pekerja-pekerjanya yang setakat yang praktik, selamat, tanpa risiko kepada kesihatan dan memadai berkenaan dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang bekerja.Pernyataan di atas menuntut agar majikan menyediakan kelengkapan yang secukupnya kepada para pekerja. Namun definisi secukupnya adalah berbeza bagi setiap individu. Majikan diberi kelonggaran untuk menentukan sama ada penyelengaraan adalah perlu bagi menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Perkara ini boleh dirujuk dengan penggunaan istilah setakat yang prkatik dalam pernyataan di atas. Oleh itu majikan hanya berusaha memastikan semua kelengkapan adalah mencukupi setakat yang digariskan oleh undang-undang. Contohnya, majikan Syarikat Atelah menyediakan tandas, ruang pejabat yang selesa, elaun sara hidup dan sebagainya namun, syarikat berkenaan tidak menyediakan khairat kematian bagi para pekerja sekiranya berlaku kematian dalam keluarga pekerjanya walaupun kita seharusnya memberi bantuan kepada keluarga orang yang meninggal dunia berdasarkan standard moral.

2.3.2. Bahagian 4: Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja24(1) Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja-(c) untuk memakai atau menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majiakn bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya.Para pekerja diminta untuk mengenakan segala perlalatan keselamtan individu sekiranya peralatan tersebut disediakan oleh majikan. Namun begitu peralatan keselamatan individu adalah disediakan atas budi bicara majikan. Kewajipan mengenakan perlatan keselamtan individu adalah tututan undang-undang manakala budi bicara phak majikan pula adalah berdasarkan standard moral sama ada majikan merasakan bahawa para pekerjanya cukup selamat tanpa peralatan keselamatan individu atau mereka bersetuju bahawa para pekerja seharusnya dibekalkan dengan peralatan keselamtan individu sewaktu bertugas.

2.3.3. Bahagian 4: Kewajipan am pekerja yang sedang bekerja (Diskriminasi terhadap pekerja, dsb)27(1) Tiada majikan boleh memecat seseorang pekerja, mencederakannya, dalam pekerjaannya atau mengubah kedudukannya sehingga memudaratkannya semata-mata oleh pekerja itu-(a) membuat suatu aduan mengenai perkara yang dianggapnya tidak selamat atau suatu risiko kepada kesihatan.Pernyataan di atas menunjukkan aspek undang-undang yang menyokong standard moral. Undang-undang ini menggalakkan individu atau pekerja melaporkan apa-apa perkara yang boleh menjejaskan kesihatan. Contohnya seperti, En. Azhar telah mealporkn kepada majikannya Syarikat Berjaya bahawa terdapat salah seorang rakan sekerjanya telah diserang penyakit demam denggi. Majikan tersebut telah bertindak dengan menghubungi pihak Kementrian Kesihatan agar pihak kementerian boleh menghantar pekerja untuk melakukan proses semburan kabus ataupun fogging. Perbuatan En. Azhar dan majikan Syarikat Berjaya telah memenuhi tututan standard moral supaya menjaga kebajikan sesama anggota masyarakat tanpa mengira sama ada dari segi keselamatan, kesihatan dan kebajikan.

2.4.1. Bahagian 6: Organisasi Keselamatan dan Kesihatan (Pengawasan perubatan)28(1) Jika Menteri mendapati bahawa dalam mana-mana industri atau kelas atau jenis industri-1. kes-kes penyakit telah terjadi yang dia mempunyai sebab untuk percaya mungkin disebabkan oelh jenis proses atau keadaan lain kerjadia boleh membuat peraturan-peraturan mengkehandaki supaya perkiraan munasabah sebagaimana yang dinyatakan dalam peratuan-peraturan itu dibuat bagi pengawasan perubatan dan pemeriksaan perubatan, tidak termasuk rawatan perubatan yang bersifat pencegahan, orang-orang atau mana-mana golongan orang yang diambil kerja dalam industri atau kelas atau jenis industri itu.Undang-undang diatas memberi kebenaraan untuk melakukan pengawasan perubatan sekiranya berlaku kes-kes kesihatan yang melibatkan sifat dan perskitaran pekerjaan tersebut. Ini menunjukkan undang-undang ini menyokong standard moral di mana semua anggota masyarakat layak diberi perhatian atas maslah kesihatan mereka dan hendaklah ditolong semampu yang boleh bagi meringgankan beban kesakitan mereka.

1.0 2.0 3.0 PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG

2. 3. 3.1. Sumber undang-undangMenurut Wu Min Aun (1986), sumber undang-undang membawa maksud sumber sejarah yang menunjukkan factor yang mempengaruhi perkembangan undang-undang seperti ajaran agama, adat resam dan pandangan pakar perundangan. Maksud kedua pula, sumber undang-undang mungkin merujuk kepada di mana asalnya undang-undang tersebut, laporan perunangan, buku rujukan dan keputusan mahkamah. Manakala maksud yang ketiga ialah sumber undang-undang merujuk kepada sumber perundangan iaitu garis panduan yang diguna pakai dalam membentuk sesuatu undnag-undang. Dalam tajuk ini, maksud yang ketiga telah digunakkan bagi menerangkan sumber undang-undang. Sumber undang-undang boleh dikategorikan keada dua jenis utama iaitu undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis.

Rajah 3: Kategori utama sumber undang-undang di Malaysia

3.1.1. Undang-undang bertulis Sumber bertulis merupakan sumber utama bagi pembentukan undang-undang. Ianya sama ada diterbitkan dengan rasmi(diwartakan), ditulis mahupun dibukukan. Undang-undang bertulis dibentuk oleh Parlimen, badan perundangan negeri dan badan-badan berkanun. Undang-undang bertulis boleh dibahagikan kepada berberapa bahagian seperti berikut:-I. Perlembagaan PersekutuanPerlembagaan Persekutuan telah ditubuhkan pada 1948 dan dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perlembagaan ini merupakan sumber undang-undang tertinggi di Malaysia.Perlembagaan Persekutuan diwujudkan bagi mengasingkan bidang kuasa di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Pengasingan ini dilakukan sebagai langkah untuk memastikan kelancaran pentadbiran. Bidang-bidang di bawah kuasa kerajaan pusat atau Perlembagaan Persekutuan kebiasaannya berkisar dengan isu-isu diperingkat negara atau kebangsaan seperti isu pertahanan, keselamatan dalam negeri,pendidikan, kerakyatan, kesihatan, industri, perdagangan dan hal-ehwal luar negara. Undang-undang ini digubal oleh Parlimen.II. Perlembagaan NegeriKesemua negeri di Malaysia mempunyai perlembagaannya yang tersendiri. Perlembagaan Negeri boleh dipinda oleh Majis Perundangan Negeri atas persetujuan pemerintah tertinggi negeri seperti sultan dan yang DiPertua Negeri bagi negeri yang tidak memilik sultan. Perlembagaan ini hanya boleh dikuatkuasakan di dalam kawasan negeri tersebut.III. Akta/Undang-Undang PersekutuanAkta adalah set undang-undang yang digubal oleh Parlimen selepas merdeka. Akta hendaklah dipersetujui oleh 2/3 ahli Dewan Undangan Negara dan diluluskan oleh Yang DiPertuan Agong. Undang-undang yang telah diperkenankan akan diwartakan. Contoh Akta adalah seperti, Akta Buruh, Akta Kualiti Alam Sekitar, Akta Perdagangan dan sebagainya. Semua aspek terkandung di dalam undang-undang persekutuan atau akta adalah terikat dibawah syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Negara.IV. Enakmen/Undang-Undang Negeri/OrdinanUndang-undang negeri digubal oleh Dewan Undangan Negara (DUN). Enakmen adalah istilah yang digunakan oleh semua kerajaan negeri kecuali kerajaan negeri Sarawak. Kerajaan negeri Sarawak menggunakan istilah Ordinan. Undang-undang ini berasaskan daripada kes undang-undang atau juga dari rentetan peristiwa. Undang-undang yang digubal hendaklah berdasarkan syarat-syarat dibawah Perlembagaan Kerajaan Negeri.V. Undang-undang SubsidiariAkta 1967 mendefinisikan bahawa undang-undang subsidiari adalah apa-apa pengisytiharaan, kaedah,peraturan, pemberitahuan, undang-undang kecil atau suratcara lain yang dibuat di bawah mana-mana akta, enakmen, ordinan atau kuasa yang sah, yang lain yang mempunyai kesan perundangan. Contohnya seperti Undang-Undang Kutipan Zakat I. II. III. IV.

1. 2. 3. 3.1. 3.1.1. 3.1.2. Undang-undang tidak bertulisUndang-undang tidak bertulis terdiri daripada undang-undang yang tidak digubal oleh Parlimen dan kerajaan negeri dan tidak terkandung di dalam mana-mana perlembagaan, akta, ekanmen, ordinan dan undang-undang subsidiari. Undang-undang tidak bertulis terdiri daripada:-a) Undang-undang Inggeris/ English Common LawUndang-undang Inggeris telah diperkenalkan di Tanah Melayu terutamanya di Negeri-Negeri Selat sebagai membantu British untuk mentadbir di Zaman Penjajahan British di Tanah Melayu. Undang-undang Inggeris telah diolah semula oleh pemerintah British agar bersesuaian dengan adat dan budaya masyarakat di Tanah Melayu ketika itu disamping menjaga kepentingan mereka. Pada masa kini, undang-undang Inggeris hanya digunapakai dalam pembentukan dan penggubalan undang-undang di Malaysia sekiranya perlu dimana Malaysia tidak memilik sumber rujukan yang lain.b) Adat ResamAmalan budaya dan adat resam masyarakat di Malaysia turut digunakkan sebagai titik rujukan dalam penggubalan sesetengah undang-undang seperti undang-undang perkahwinan, undang-undang penceraian, keluarga dan undang-undang pembahagian harta pusaka. Ini kerana Malaysia merupakan sebuah negara yang memilik masyarakat majmuk dan berbilang kaum, agama, adat dan budaya. Pengadaptasian perbezaan agama dan bangsa memberi panduan kepada penggubal undang-undang agar undang-undang yang bakali dihasilkan boleh dipraktikkan oleh semua masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Contohnya, perkahwinan adalah tidak sama di antara masyarakat beragama Islam dengan yang bukan Islam. Masyarakat beragam Islam boleh mengahwini 4 orang perempuan pada satu-satu masa dan mendaftarkan keempat-empat perkahwinan tersebut dengan sah, namun begitu masyarakat yang bukan Islam hanya boleh mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah dengan seorang perempuan sahaja pada satu-satu masa.c) Undang-undang IslamAgama Islam telah dijadikan agama rasmi oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu undang-undang yang digubal turut menerap sebahagian daripada prinsip syariah yang boleh diterima pakai bukan sahaja oleh masyarakat Islamtetapi juga dalam kalangan masyarakat bukan Islam. Undang-undang Islam turut digubal dan diwujudkan agar ajaran Islam dapat dipraktikkan dalam kalangan masyarakat beragama Islam tanap menyinggung perasaan masyarakat yang menganut agama lain di Malaysia.

3.2. Rang Undang-Undang Rang undang-undang adalah istilah yang digunakan bagi sesuatu undang-undang yang masih didalam proses pembentukkan dan juga cadangan pindaan yang ingin dilakukan ke atas undang-undang sedia ada. Rang undang-undang akan diluluskan oeh Parlimen atau Dewan Undangan Negaradan diperkenanan oleh yang DiPertuan Agong.Undang-undang yang diluluskan akan diwartakan atau di maklumkan kepada umum. Rang undang-undang terbahagi kepada 4 jenis iaitu:-1. Rang undang-undang Awam/Kerajaan (Public Bill)Rang undang-undang awam merupakan rang undang-undang paling selalu dibincangkan. Rang undang-undang ini diperkenalkan ataupun dibentangkan oleh menteri. Rang undang-undang ini berkait dengan perkara-perkara yang berasaskan dasar-dasar kerajaan dan perkara-perkara umum.2. Rang undang-undang Bukan Kerajaan (Private Members Bill)Rang undang-undang yang dibentangkan oleh mana-mana ahli perundangan selain daripada mneteri dan timbalan menteri. Undang-undang ini melibatkan semua/umum atau untuk sesetengah pihak sahaja.3. Rang undang-undang Persendirin (Private Bill)Rang undang-undang ini dirangka untuk sesetengah pihak, kumpulan, organisasi dan jabatan.4. Rang undang-undang Hybrid (Hybrid Bill)Rang undang-undang ini diperkenalkan oleh kerajaan seperti menteri dan timbalan menteri mahupun bukan kerajaan seperti Ahli Dewan Undangan. Namun begitu, matlamat rang undang-undang itu pada hemat Yang DiPertua Dewan sebagai memenuhi kepentingan tertentu tidak seperti yang dibentangkan.

1.0 2.0 3.0 3.1. 3.2. 3.3. Proses penggubalan undang-undang Sebelum undang-undang dihasilkan, terdapat berberapa proses dan proseduer yang perlu dilalui bagi mewujudkan undang-undang tersebut. Proseduer tersebut boleh dibahagikan kepada 3 peringkat utama seperti dibaawah:-

Rajah 4: Pringkat-peringkat penggubalan undang-undang

3.3.1. Pra ParlimenMenteri dan pihak kementerian akan menghasilkan satu draf berkenaan undang-undang yang ingin diperkenalkan mahupun apa-apa pindaan ke atas undang-undang yang sedia ada.Penghasilan draf ini berdasarkan kajian, penelitian, kepentingan dan keperluan undang-undang tersebut pada pandangan pihak menteri dan kementerian. Draft tersebut dihasilkan berbentuk polisi dan dasar-dasar yang berkaitan. Draft tersebut akan dihantar kepda Jabatan Peguam Negara. Pihak Jabatan Peguam Negara akan meneliti draf tersebut dan mula merangka draft tersebut berdasarkan format yang telah ditetapkan dan objektif penghasilan undang-undang tersebut.

3.3.2. ParlimenMenteri akan membentangkan rang undang-undang tersebut sama ada di hadapan ahli salah satu dewan sama ada Dewan Undagan Rakyat atau Dewan Undangan Negara. Pembentangan tersebut akan melalui tiga fasa iaitu:-Fasa Pertama: Bacaan PertamaFasa Pertama, menteri akanmembentangkan tajuk rang undang-undang tersebut dan memaklumkan bahawa beliau ingin meneruskan perbincangan ke fasa kedua. Fasa Kedua: Bacaan KeduaFasa kedua bermul dengan permohonan oleh menteri kepada speaker dewan untuk membentangkan kali kedua. Pada bacaan kedua, Salinan rang undang-undang telah diedarkan kepada semua ahli dewan. Bacaan kedua adalah di mana rang undang-undang tersebut akan dibahaskan oleh ahli dewan undangan terlibat. Perbahasan juga menentukan sama ada rang undang-undang itu dipinda ataupun tidak. Setelah itu rang undang-undang diserahkan kepada Jawatakuasa Seluruh Dewan di mana perbincangan dilakukan dengan teliti dalam keadaan tidak formal di antara ahil dewan. Kemudian ahli dewan akan mengundi sama ada bersetuju atau tidak dengan pengubalan undang-undang tersebut. Rang undang-undang hanya akan diterima sekiranya undi tidak kurang daripada 2/3 jumlah kesemua ahli dewan.Fasa Ketiga: Bacaan KetigaMenteri akan mengumumkan bahawa rang undang-undang tersebut telah dibahaskan dan dipersetujui atau tidak bersama-sama pindaan ataupun tanpa pindaan. Sekiranya rang undang-undang tersebut dipersetujui dengan pindaan ataupun tanpa pindaan, menetri akan memohon agar dibacakan kali ketiga. Apabila Bacaan Ketiga dijalankan, rang undang-undang itu dengan rasminya telah dipersetujui oleh dewan dimana ianya telah dibahaskan.

Setelah itu, rang undang-undang tersebut akan dihantar kepada dewan yang satu lagi, sekiranya rang undang-undang dibahaskan di Dewan Rakyat, ia akan dihantar pula ke Dewan Undangan Negara manakala sekiranya dibahaaskan di Dewan Undangan Negara, ianya akan dihantar ke Dewan Rakyat untuk diteliti dan dipersetujui. Rang undang-undang tersebut akan melalui kaedah yang sama sepertimana pada permulaan ianya dibentangkan di dewan asal rang undang-undang tersebut.Setelah dipersetujui oleh kedua-dua dewan, rang undang-undang tersebut akan dihantar dibentangkan dihadapan Yang DiPertuan Agong untuk diperkenankan oleh baginda dengan menurunkan cap Mohor Besar untuk rang undang-undang tersebut. Cap Mohor Besar menandakan bahawa Yang DiPertuan Agong telah memperkenankan rang undang-undang tersebut menjadi undang-undang penuh.

3.3.3. Post ParlimenWalaupun rang undang-undang telah diluluskan dan dan secara rasminya menjadi undang-undang penuh, undang-undang tersebut tidak boleh dikuatkuasakan sehinggalah undang-undang tersebut diwartakan kepada rakyat.

4.0 PENILAIAN PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMBENTUKAN AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Malaysia. Menurut laman sesawang Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Majils Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah badan tertinggi yang bertanggungjawab menentukan halatuju dan Dasar Negara berkenaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Ianya ditubuhkan pada 1995 bagi memenuhi keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

4.1. Kronologi Pembentukan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

Rajah 5: Kronologi Peristiwa Pembentukan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994sumber dari Jabatan Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan

Era Keselamatan Dandang Sebelum 1914En. William Gavin dilantik menjadi pemeriksa jentera pada tahun 1878. Tugas utama beliau adalah untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan katas dandang stim yang digunakan dalam perlombongan bijih timah. Kerajaan Negeri Perak telah memutuskan untuk melantik orang persoarangan yang terlatih dan diiktiraf serta diberi lessen untuk memeriksa dandang stim yang dikenali sebagai boiler surveyor sekitar tahun 1980an. Sistem tersebut kemudiannya diganti dengan Inspector of Boiler yang disandang oleh En. C. Finchman pada tahun 1900. Dari peristiwa itu wujudnya Enakmen-Enakmen Dandang Stim yang bersifat kenegrian. Enakmen tersebut telah dikeluarkan masing-masing oleh Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.Era Keselamatan Jentera (1914-1952)Enakmen Dandang Stim yang terdapat di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dimansuhkan dan diganti dengan Machinery Enactment 1913. Machinery Enactment tidak hanya memeriksa dandang stim tapi juga meliputi kesemua jentera-jentera lain seperti enjin pembakaran dalam, turbin air dan pemasangan jentera auxiliary yang bersangkutan. Oleh itu, jawatan Inspector of Boiler telah diganti dengan Inspector of Machinery dan Assistant Inspector of Maschinery.Machinery Enactment 1913 telah dimansuhkan dan diganti dengan Machinery Enactment 1932. Enakmen ini menambah pendaftaran jentera di dalam undang-undangnya. Machinery Enactment ini diletakkan di bawah kausa Jabatan Galian memandangkan jentera-jentera yang termaktub di dalam undang-undang ini digunakkan di dalam sektor perlombongan.

Era Keselamatan Industri (1953-1967)Pada masa ini, pemeriksaan telah berkembang dan tidak hanya dilakukan hanya ke atas sektor perlombongan. Oleh yang demikian, Cawangan Jentera yang asalnya dibawah kelolaan Cawangan Galian telah dipisahkan dan diasingkan menjadi satu cawangan lain yang dikenali sebagai Jabatan Kejenteraan.Kesemua Enakmen Kejenteraan di bawah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat dimansuhkan dan diganti dengan Machinery Ordinace 1953. Ordinan ini telah menambah satu aspek baru iaitu keselamatan tidak lagi hanya pada jentera yang diguna pakai tetapi juga mengambil kira keselamatan pekerja di mana jentera tersebut digunakan.

Era Keselamatan & Kesihatan Industri (1970-1994)Akta Keselamatan Kilang dan Jentera telah diluluskan oleh Parlimen pada tahun 1967. Akta ini mula dikuatkuasakan pada tahun 1970. Dengan berkuatkuasanya akta tersebut, maka dengan rasminya Machinery Ordinace 1953 telah dimansuhkan. Akta ini digubal bagi manampung kekurangan Machinery Ordinace 1953 dari segi aspek keselamatan pekerja. Hal ini kerana ordinan tersebut tidak merangkumi pekerja di mana jentera-jentera yang termaktub di dalamnya tidak digunakan. Akta ini meliputi 3 aspek utama iaitu keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja. Namun begitu akta ini hanya berkuatkuasa di Semenanjung Malaysia. Akta ini mula berkuatkuasa di Sabah dan Sarawak pada tahun 1980. Melalui Akta Kilang dan Jentera 1967, mak wujudlah berberapa undang-undang kecil/ undang-undang subsidiary seperti, Akta (langkah-Langkah Keselamatan) Petroleum 1984, Peraturan-Peraturan (Langkah-Langkah Keselamatan) (Pengankutan Petroleum Melalui Talian Paip) 1985.

Era Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan-Selepas 1994.Parlimen telah meluluskan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada tahun 1993. Akta ini membantu mengatasi kekurangan yang ada pada Akta Kilang dan Jentera 1967 dimana akta tersebut tidak melindungi kesemua pekerja tanpa mengira sektor. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 telah meluaskan perundangan agar pekerja yang tidak bekerja di sektor perlombongan, perkilangan, pembinaan dan penguarian turut mendapat perlindungan keselamatan, kesihatan dan kebajikan.

4.2. Penilaian Proses Pembentukan Undang-Undang Berdasarkan Kronologi Pembentukan Akta Keselamatan dan Kesihatan PekerjaanKewujudan titik permulaan undang-undang negara bermula pada zaman penjajahan British. Bagi melindungi kepentingan mereka di Tanah Melayu, pihak British telah memperkenalkan undang-undang mereka iaitu Undang-Undang Inggeris di Negeri-Negeri Melayu Besekutu.Kemudian undang-undang yang berdasarkan kepada kerajaan negeri telah dimansuhkan dengan mewujudkan undang-undang diperingkat pusat seperti Machinery Orfinace 1953. Ini adalah unutk menyelaraskan pentadbiran dan melancarkan pentadbiran kerajaan British di Tanah Melayu ketika itu. Serelah merdeka, Kerajaan Berpelembagaan Tanah Melayu telah menggubal sendiri undang-undang berpandukan Machinery Ordinace 1953. Undang-undang tersebut dikenali sebagai Akta Kilang dan Jentera 1967. Disini terbukti bahawa pembentukan undang-undang di Malaysia adalah berpandukan undang-undang bertulis yang digubal oleh kerjaan British dan juga undang-undang tidak nertulis iaitu Undang-Undang Inggeris. Undang-undang tersebut adalah di bawah kuasa Jabatan Kilang dan Jentera. Dengan penguatkuasaan Akta Kilang dan Jentera 1967, wujud berberapa undang-undang kecil/undang-undang subsidiary yang memfokuskan industry Petroleum pada ketika itu. Setelah sekian lama dikuatkuasakan, pihak Jabatan Kilang dan Jentera mendapati bahawa akta sedia ada tidak lagi releven dan perlu digubal semula. Dengan itu, Rang Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah diusulkan di Parlimen bagi menampung kekurangan Akta Kilang dan Jentera 1967. Rang undang-undang tersebut telah diluluskan pada 1993 oleh Parlimen dan diwartakan pada tahun 1994.Akta tersebut juga mengalami berberapa proses pindaan sepanjang ianya dikuatkuasakan sehingga ke hari ini bagi memenuhi keperluan semasa.

5.0 6.0 KESIMPULANUndang-undang digubal bagi memelihara hubungan antara kerajaan dan masyarakat juga hubungan sesama anggota masyarakt itu sendiri. Ia juga memstikan hak-hak asasi rakyat dilindungi. Undang-undang adalah penentuan bagi membicarakan sesebuah kes di Mahkamah.Undang-undang adalah bersifat konsisten/tetap, tidak berubah, umum dan diterima oleh semua anggota masyrakat, diterbitkan serta dikuatkuasakan oleh penguasa yang ditetapkan. Namun begitu undang-undang boleh diubah dengn meminda undang-undang tersebut bagi memastikan ianya masih releven dan memenuhi keperluan masa kini. Undang-undang boleh dibahagikan kepada 2 jenis iaitu undang-undang awam dan persendirian. Undang-undang dibentuk dan digubal berdasarkan undang-undang bertulis dan undang-undang tidak bertulis. Ini bagi memastikan undang-undang tersebut tidak mengatasi perlembagaan negara dan releven sebagai satu undang-undang. Undang-undang amat berkait rapat dengan standar moral. Namun begitu, tidak kesemua aspek undang-undang memenuhi standard moral.Undang-undang memerlukan proses tertentu untuk digubal. Draf undang-undang atau Rang Undang-Undang di hasilkan terlebih dahulu bagi mengusulkan undang-undang yang baru mahupun melakukan sebarang pindaan kepada undang-undang yang sedia ada. Rang undang-undang ini hendaklah dibentangkan, dibahaskan kemudian dipersetujui oleh ahli dewan sebelum dihantar unutk kelulusan Parlimen dan doperkenan kan oleh Yang DiPetuan Agong. Setelah diluluskan dan iperkenankan, barulah rang undang-undang tersebut dengan rasmi menjadi undang-undang penuh. Undang-Undang hanya boleh dikuatkuasakan setalah diwartakan. Aliran penggubalan undang-undang boleh dilihat di dalam sejarah penggubalan dan pembentukkan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.Kesimpulannya, undang-undang adalah teras pentadbiran sesebuah negara kerana tanpa undang-undang pentadbiran negara akan mengalami kesukaran untuk berfungsi dengan baik dan lancar. Walau bagaimana pun, undang-undang tidak menjamin pematuhan individu terhadap standard moral kerana undang-undang bersikap lebih kebendaan berbanding standard moral yang menjerumus kearah kemanusiaan.RUJUKANAdmin. (2010). Pengenalan kepada Perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Malysia. Retrieved from http://agc-blog.agc.gov.my/agc-blog/?p=145on 15/03/2016. Aziz. (2013). Proses Penggubalan Undang-Undang dan Pindaan Terhadap Perlembagaan Persekutuan serta Kepentingannya. Retrieved from https://prezi.com/l83xdgpcgd0m/proses-penggubalan-undang-undang-dan-pindaaan-terhadap-perle/ on 14/03/2016.Baharuddin, Asnan & Yahya. (n.d). Managerial Ethics, The Rule of Law and The Organization Design. Retrieved from www.geocities.com/norlionline on 12/03/2016Bari. (2001). Perlembagaan Malaysia Asas-asas dan Masalah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.Ho & Tee. (2003). OUMM3203 Professional Ethics. Selangor. Open University Malaysia.Karsahid. et. al. (n.d.). P2114 Undang-undang Komersan Modul Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Retrieved from http://notapoliteknikmalaysia.blogspot.my/2013/10/p2114-undang-undang-komersan.htmlon 2/03/2016.Ibrahim Ahamd. (1992). Towards A History Of Law In Malaysia And Singapore. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.n.a. (n.d). Do you know how the law of Malaysia are made.Retrieved from http://www.lawyerment.com/library/kb/Malaysian_Legal_System_and_Constitution/Legal_System_and_Theory/1000.htm on 15/03/2016.n.a. (1999). Moral dan undang-undang Jagan gadai maruah dan negara untuk keseronkkan hari ini. Retrieved from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0103&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_04.htmon 12/03/2016.n.a. (n.d). Moral, Etika dan Undang-Undang. Retrieved from http://documents.tips/documents/hubungkaitantaramoraletikadanundang-undang.htmlon 10/03/2016.n.a. (n.d). Pengenlan Sistem Perundangan Malaysia. Topik 1 Sistem Perundangan. Retreived form http://onlyyoumylaw.weebly.com/topik-1-sistem-perundangan-malaysia.html on 15/03/2016.n.a. (2010). Pengertian undang-undang. Retrieved from http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0413&sec=Rencana&pg=re_02.htm on 8/03/2016.n.a. (2010). Penggubalan Sesuatu Undang-Undang di Malaysia. Retrieved from http://miqdad-hak.blogspot.my/2010/02/pengggubalan-sesuatu-undang-undang-di.htmlon 15/03/2016.n.a. (2013). Peranan dan Perkembangan Profile Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Retreived from http://www.dosh.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=84:the-role-and-development&catid=39:dosh-profile&Itemid=750&lang=mson 16/03/2016. n.a. (2013). Proses Penggubalan Undang-Undang. Retrieved from http://www.slideshare.net/azam_hazel/6-proses-penggubalan-undang2 on 14/03/2016. Penasihat Undang-Undang. (2011). Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Peraturan-Peraturan. Kuala Lumpur. MDC Publishers Sdn. Bhd.Perlembagaan Persekutuan Undang-Undang Malaysia; Pindaan 2009.Suffian, Lee & Trindade. (1979). The Constitution of Malaysia; Its Development: 1957-1977. Petaling Jaya. Oxford University Press.Shuid & Yunus. (2001). Malaysian Studies. Selangor. Pearson Education Malaysia sdn. Bhd.Wu Min Aun. (1999). Public Law In Contemporary Malaysia. Selangor. Addison Wesley Longman Malaysia Sdn. Bhd.Wu Min Aun. (1986). An Introduction To The Malaysian Legal System. 3ed. Kuala Lumpur. Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd. Zubairy. (n.d). Signifikan Setakat Yang Praktik Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Terhadap Konsep Pengaturan Kendiri Premis Kencana HL Sdn. Bhd. Selangor. Universiti Selangor Malaysia.