PBL Trigger 1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Problem Based Learning

Citation preview

KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)Kementerian Pelajaran telah lama menetapkan salah satu elemen penting dalam sistem pendidikan negara adalah aspek kemahiran berfikir. Program seperti Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK) telah diadakan sejak tahun 80an. Pelaksanaan program pengajaran berfikir dilaksanakan di sekolah menerusi pendekatan merentas kurikulum, dimana guru semua mata pelajaran diminta mengintegrasikan kemahiran berfikir sama ada kreatif atau kritis dalam pengajaran berbagai mata pelajaran. Pendekatan merentas kurikulum ini dilaksanakan juga bagi elemen lain seperti kemahiran belajar, alam sekitar, nilai-nilai murni dimana penerapan dilakukan menerusi mata pelajaran sedia ada secara berterusan. Program pengajaran berfikir yang terkini adalah program Kemahiran Berfikir Aras Tinggi atau KBAT.Baru-baru ini diumumkan bahawa pada tahun 2014, pelajar Tahun 4 dan Tingkatan 2 adalah kumpulan perintis yang akan diajar dan diuji tentang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Pada tahun 2016, difahamkan 40 peratus daripada soalan peperiksaan UPSR dan SPM akan terdiri daripada soalan berbentuk KBAT. Ini bermakna semua guru mata pelajaran sekolah menengah dan menengah perlu memastikan kemahiran berfikir aras tinggi diterapkan dalam pengajaran masing-masing.I think, therefore I am. Ini adalah kenyataan oleh Bapa Falsafah Moden Barat, Ren Descartes. Berfikir dan mengajar berfikir mempunyai falsafah tersendiri dari segi erti, nilai serta kepentingannya. Apakah falsafah pengajaran berikir yang disarankan dalam pendidikan negara ini?Berfikir adalah satu proses psikologi. Apakah teori yang menjelaskan jenis dan proses berfikir manusia? Bagaimana pengetahuan kita tentang proses berfikir membantu rekabentuk kurikulum dan pengajaran berfikir?Masalahnya ialah tentang bagaimana program pengjaran berfikir perlu dilaksanakan di sekolah supaya mendatangkan kesan kepada pelajar. Apakah pendekatan pengajaran berfikir yang paling sesuai dan optima. Adakah perlu diwujudkan satu mata pelajaran khusus bagi mengajar kemahira berfikir? Atau mengajar secara merentas kurikulum? Terdapat 3 pendekatan dalam mengajar berfikir (Yoram Harpaz 2007).Pendekatan KemahiranBarry Beyer; Frank Smith; Edward deBono; Robert Schwartz

Pendekatan DispositiPaul; Robert Ennis; Arthur Costa; Robert Sternberg; David Perkins; Laurent Resnick

Pendekatan KefahamanMcPeck; Tishmand and Perkins; Howard Gardner

Ketiga-tiga pendekatan mempunya falsafah, rasional serta tumpuan yang berbeza dalam mengajar berfikir. Menurut Harpaz, pendekatan Kefahaman adalah yang paling sesuai bagi pengajaran berfikir, berdasarkan alasan-alasan tertentu.

MASALAHAnda adalah Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran, yang mengetuai pembangunan kurikulum bagi mata pelajaran dalam KSSR/KBSM. Bagi membantu pelaksanaan program pengajaran berfikir KBAT menerusi mata pelajaran anda, anda bersama empat orang pegawai serta guru pakar akan menyediakan satu modul latihan bagi digunakan untuk melatih guru mata pelajaran mengajar KBAT menerusi pendekatan kefahaman. Dalam modul ini, satu contoh lengkap Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi mengajar satu topik mata pelajaran anda disediakan, dimana KBAT diajar menerusi topik berkenaan. Pada peringkat permulaan, kandungan modul disediakan dalam bentuk Power Point (PP) untuk dibentangkan kepada Jawatankuasa Kurikulum KBAT yang akan menilai modul, khususnya RPH yang disediakan. Berikut adalah isi kandungan modul dalam PP yang akan disediakan:Pengenalan KBAT

Falsafah Pengajaran KBAT

Pendekatan Kefahaman dalam Mengajar Berfikir

Rekabentuk Pengajaran KBAT dalam Mata Pelajaran X

Contoh Pelajaran KBAT bagi Topik Y

Contoh Soalan Penaksiran KBAT bagi Topik Y.

Pembentangan PP bagi modul anda akan dibuat secara pameran poster pada 2 April 2014 akan datang. Bilangan maksimum slaid PP bagi poster yang dipamerkan ialah 10. Sebelum hari pembentangan, mesyuarat bagi membincang perkembangan pembinaan modul berkenaan akan diadakan sebanyak 3 kali pada 12, 19 dan 25 Mac 2014.Selepas pembentangan poster, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kumpulan anda akan mengembangkan isi kandungan dalam PP anda menjadi modul bertulis, bagi memberi penjelasan kepada guru-guru di sekolah. Modul bertulis akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kurikulum KBAT pada 28 Mei 2014 akan datang.

2