23
Persidangan Speaker Parlimen Malaysia & Dewan Negeri Media_Selangor MediaSelangor selangortv.my www.selangorkini.my #SmartSelangor PERCUMA 19 - 26 Mei 2017, 22 - 29 Syaaban 1438 BERITA PENUH MUKA 16 5 Jangan jadikan masjid medan politik 2 PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan Dato’ Menteri Besar dan pelaksanaan skim mesra rakyat yang dilaksanakan Dato’ Dr Mohammad Redzuan Timbalan Pengerusi IDE BERITA PENUH MUKA � Peduli Siswa di empat IPTA PELABURAN SERANTAU 20

PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

Persidangan Speaker Parlimen Malaysia & Dewan Negeri

Media_SelangorMediaSelangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

#SmartSelangorPERCUMA 19 - 26 Mei 2017, 22 - 29 Syaaban 1438

BERITA PENUH MUKA ��

16

5

Jangan jadikan masjid medanpolitik

2

PELUANG PERNIAGAAN &

69% KEKAL SOKONG

Rakyat memilih untukkekal bersama PAKATAN

kerana mereka cukup senangdengan kepimpinan

Dato’ Menteri Besar danpelaksanaan skim mesrarakyat yang dilaksanakan

Dato’ Dr Mohammad Redzuan Timbalan Pengerusi IDE

BERITA PENUH MUKA �

Peduli Siswa di empat IPTA

PELABURAN SERANTAU20

Page 2: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

Utama2 SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

Persidangan Speaker Parlimen Malaysia dan Dewan Negeri

Sultan Selangor cemar duli sempurna majlisOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Pe-rasmian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Ma-laysia, bagi tahun 2017.

Keberangkatan tiba baginda

kira-kira jam 8.50 pagi diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali; Speaker Dewan Negeri, Hannah Yeoh dan Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Panglima Pandi-kar Amin Mulia.

Pada masa sama, Sultan Sharafuddin turut berkenan menyaksikan gimik pelancaran sebagai simbolik perasmian

persidangan di Hotel Con-corde, di sini, pada 13 Mei lalu.

Dewan Negeri Selangor menjadi tuan rumah tahun ini yang disertai delegasi Speaker dan Timbalan Speaker iaitu ma-sing-masing mewakili Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) seluruh Malaysia.

Persidangan itu dilak-sanakan sebagai wahana

perkongsian ilmu selain men-jadi landasan untuk melak-sanakan proses semak dan imbang dalam pengurusan pentadbiran.

Ia juga dilaksanakan bagi memperkukuh peranan Parli-men dan DUN bagi menerajui pengukuhan demokrasi negara.

Tumpuan persidangan tahun ini turut memfokuskan kepa-

da pembentangan kertas kerja ‘Transformasi Parlimen Ke Arah Memartabatkan Wadah De-mokrasi’ oleh Pandikar Amin.

Sementara itu, pemben-tangan kertas kerja ‘Toward A World Class Parliament: ‘Pro-posals And Prospects’ oleh Hannah Yeoh dan Panel Univer-siti Malaya, Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.

Pandikar sanjung kepimpinan HannahSHAH ALAM - Komitmen Speaker De-wan Negeri Selangor (DNS) Hannah Yeoh menjalankan tugas dan fung-sinya dihargai Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau berkata, kredibiliti Hannah berjaya menggalas tangungjawab itu dalam menentukan corak kepimpinan dan pengurusan terbaik DNS.

“Syabas dan tahniah khusus buat Hannah yang berjaya menggalas tang-gungjawab sebagai Speaker DUN wanita pertama dan termuda di Malay-sia dalam memegang jawatan penting

ini.“Ia sejarah penting dalam barisan

kepimpinan DNS untuk menyusun atur cara terbaik persidangan tahun ini,” ka-tanya pada majlis perasmian di Hotel Concorde, di sini, pada 13 Mei lalu.

Hannah menggalas tugas sebagai Speaker DNS di bawah Kerajaan Paka-tan, pada 21 Jun 2013.

Sepanjang tempoh itu, pelbagai pembaharuan dan pengukuhan de-mokrasi diterapkan dalam dewan ne-geri bagi memberi peluang Ahli De-wan Negeri berbahas secara konsisten.

TERIMA PENGHORMATAN - Delegasi Kerajaan Selangor dipimpin Dato' Menteri Be-sar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali diberikan penghormatan rasmi Gabenor Wilayah Liege, Belgium, H.E. Herve Jamar di Prince Bishops Palace. Dalam ucapannya, Herve Jamar menegaskan harapannya supaya hubungan bilateral an-tara Selangor dan Liege dapat diperkukuhkan khususnya dalam bidang ekonomi serta perdagangan.

Page 3: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

Utama3SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

Kepimpinan Dato' Menteri Besar

Sokongan rakyat semakin utuhOLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Sokongan rakyat terus utuh terhadap kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melalui ker-jasama gabungan parti kompo-nen dalam PAKATAN.

Berdasarkan kajian terbaru In-stitut Darul Ehsan (IDE), sokongan terhadap gabungan itu menin-gkat kepada 69 peratus berban ding 59 peratus, pada Ogos 2016.

Timbalan Pengerusi IDE, Pro-fesor Dato’ Dr Mohammad Red-zuan Othman berkata, walaupun timbul spekulasi negatif pihak tertentu terhadap Kerajaan Ne-geri, namun ia tidak menghalang rakyat untuk kekal memilih pen-tadbiran PAKATAN.

“Data ini menunjukkan rak-

yat negeri itu masih utuh mem-beri kepercayaan tinggi kepada gabungan PAKATAN untuk terus berkhidmat di Selangor,” katanya merujuk kepada Hasil Kajian Sur-vei dan Kajian Persepsi Rakyat Se-langor 4.0, baru-baru ini.

Beliau berkata, IDE sebe-lum ini turut mendedahkan PAKATAN kekal menjadi pilihan utama rakyat untuk terus me-nerajui pentadbiran negeri itu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Mohammad Redzuan berka-ta, keyakinan itu juga didorong hasil komitmen pengurusan pi-hak berkuasa tempatan (PBT) yang menjalankan pentadbiran penuh bertanggungjawab.

“Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana me-

reka cukup senang dengan kepimpinan Dato’ Menteri Be-sar dan pelaksanaan skim mesra rakyat yang dilaksanakan di ne-geri itu.

“Perkara ini juga didorong hasil keyakinan rakyat ter-hadap pengurusan PBT yang menjalankan tugas sebaiknya membabitkan isu setempat di seluruh Selangor. Pengurusan terbaik PBT ini menjadi cermi-nan kepada sumbangan besar sokongan rakyat terhadap PAKA-TAN,” katanya.

Kajian itu membabitkan 2018 responden yang dipilih secara rawak menggunakan inovasi apikasi IDE, e-Survei dan 'tablet'.

Kajian lapangan dilakukan di seluruh Selangor meliputi 56 Dewan Undangan Negeri.

Stabil, tiada pilihan raya awalPETALING JAYA - Tiada pilihan raya awal di Selangor ekoran Kerajaan Negeri sedia ada berada dalam kedudukan kukuh dan sta-bil, kata Dato’ Seri Mohamed Az-min Ali.

Dato’ Menteri Besar itu berka-ta, pentadbiran Kerajaan Negeri akan berfungsi seperti sedia ada dengan agenda Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) menjadi keutamaan.

“Tiada keperluan bagi pem-bubaran Dewan Negeri Selangor dan mengadakan pilihan raya awal kerana pentadbiran Kera-jaan Negeri begitu stabil, 'solid' dan berpadu tenaga.

“Kita akan terus fokus untuk pembangunan rakyat,” katanya selepas majlis Karnival IPR di Pa-

saraya Giant, Kota Damansara, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, apa dinyatakan dalam ucapannya pada majlis itu berdasarkan laporan media yang membayangkan Pilihan Raya Umum ke-14 kemungkinan dia-dakan, kira-kira tiga bulan lagi.

Dalam ucapannya, Timbalan Presiden KEADILAN itu meminta rakyat 'tunggu lagi tiga bulan' bagi memberi mandat kepada PAKATAN mengambil alih pen-tadbiran negara di Putrajaya.

“Itu saya dapat daripada me-dia. Media kata PRU pada Sep-tember, maka kita perlu bersiap sedia.

“Kita bersedia terhadap seba-rang kemungkinan,” katanya.

Rakyat terus beri sokonganPETALING JAYA - Rakyat me-nyambut baik dan berpuas hati terhadap pentadbiran integriti serta bertanggungjawab yang diamalkan Kerajaan Negeri di-terajui PAKATAN, di Selangor.

Tinjauan dilakukan Sela-ngorKini mendapati keba-nyakan mereka memberi so-kongan kepada PAKATAN dan berharap gabungan itu kekal mentadbir negeri itu sete-rusnya mengambilalih pen-tadibran negara di Putrajaya, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Mazni Mat Dani, 44, berkata banyak pembaharuan dilaku-kan PAKATAN demi manfaat rakyat melalui pelbagai pro-gram bantuan sejak mengam-bilalih pentadbiran Kerajaan Negeri, pada 2008,

“Pembaharuan dilaksanakan dengan mengutamakan keba-jikan rakyat adalah baik selain pentadbiran penuh bertang-gungjawab, maka rakyat sema-kin yakin untuk terus memberi sokongan.

“Kerajaan Negeri harus mengekalkan prestasi ini bagi meraih kepercayaan rakyat dalam usaha memenangi PRU akan datang,” katanya kepada SelangorKini, baru-baru ini.

Sementara itu, K Ambasa-ran berkata, perkembangan positif di Selangor ketika ini membanggakan dan sokongan rakyat kepada PAKATAN diper-cayai semakin meningkat.

Katanya, hal itu dapat dilihat melalui sambutan menggalak-kan terhadap program yang dijalankan seperti Karnival Ini-siatif Peduli Rakyat.

“Dengan sambutan diberikan kepada Kerajaan Negeri seperti karnival ini, saya kira ia satu ke-jayaan dan memberi gambaran rakyat menyokong PAKATAN.

“Malah, pentadbiran Kera-jaan Negeri yang cemerlang pasti meyakinkan rakyat untuk terus memberi sokongan,” ka-tanya.

Dengan sambutan diberikan kepada Kerajaan Negeri seperti karnival ini, saya kira ia satu kejayaan dan memberi gambaran rakyat menyokong PAKATAN. Malah, pentadbiran Kerajaan Negeri yang cemerlang pasti meyakinkan rakyat untuk terus memberi sokonganK AMBASARAN

Page 4: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

Utama4 SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

Exco teruskan manifesto

Kekal mandat rakyatOLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA - Kerajaan Negeri konsisten berpegang kepada manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang menyaksikan pentadbiran PA-KATAN kekal menerajui tampuk kepimpinan negeri untuk tem-poh dua penggal.

Exco Pelaburan, Perindus-trian, Perdagangan dan Pe-ngangkutan, Dato’ Teng Chang Khim berkata, tanggungjawab melaksanakan manifesto perlu diteruskan melalui kerjasama komponen PAKATAN dan per-muafakatan bersama PAS, di negeri itu.

“Kami tidak mempunyai se-barang isu dan kerjasama itu masih berjalan seperti biasa di peringkat negeri dengan meru-juk kepada manifesto Kerajaan Negeri, pada PRU-13.

“Berpegang kepada mani-festo itu, tidak menjadi masalah bagi pentadbiran negeri untuk meneruskan amanah ini berpan-dukan kuasa yang ditentukan rakyat,” katanya di Hotel Hilton, di sini, baru-baru ini.

Beliau diminta mengulas ke-nyataan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali untuk mengekalkan barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas timbul beberapa speku-

lasi negatif yang dicetuskan pi-hak tertentu.

Menafikan berlakunya kon-flik dalaman, Chang Khim me-negaskan, keutamaan dalam Kerajaan Negeri adalah untuk terus merancakkan pembangu-nan ekonomi melalui pelaksa-naan dasar sedia ada.

“Hubungan ini cukup baik dan kami tidak bercakap ten-tang hal politik dalam penguru-san Kerajaan Negeri. Apa yang berlaku sekarang apabila ter-lalu banyak spekulasi terhadap Kerajaan Negeri memandang-kan pilihan raya sudah semakin hampir,” katanya.

Untuk rekod, pelbagai

pengiktirafan terus diraih hasil komitmen kepimpinan negeri dalam usaha melonjakkan ke-cemerlangan Selangor bagi be-rada pada tahap terbaik.

Ia dibuktikan melalui laporan Malaysian Institute Of Economy Research (MIER) yang menge-sahkan kestabilan dan penya-tuan pentadbiran negeri hingga menjadikan Selangor kekal se bagai negeri paling memba-ngun.

Terdahulu, antara manifesto Pakatan di Selangor pada PRU-13 lalu termasuk memberi galakan kepada aspek kesihatan dan pe-nyediaan jaringan pengangku-tan percuma untuk manfaat ma-

Politik matang rai demokrasiSHAH ALAM - Kewujudan blok gabungan parti politik untuk me-mastikan satu lawan satu dalam pilihan raya membolehkan peng-giliran kuasa dilakukan, sekali gus memudahkan rakyat membuat pilihan.

Ahli Dewan Negeri Kota Ang-gerik, Dr Yaakob Sapari berkata, strategi terbabit dilihat paling ber-kesan setakat ini untuk meyakin-kan rakyat dalam meraih soko-ngan, pada pilihan raya.

Katanya, sesiapa sahaja be-bas menubuhkan parti politik jika merujuk kepada dasar demokrasi sebenar.

“Setiap parti politik juga bebas membuat menifesto masing-ma-sing. Tidak mungkin satu parti poli-tik dapat membunuh parti politik lain. Jadi, kalau nak masuk medan demokrasi jadilah seorang de-

Guru ada hak kritik kerajaan SHAH ALAM - Golongan guru memainkan peranan pen-ting dalam membangunkan negara dan mereka berhak meluahkan pandangan ter-hadap pentadbiran sesebuah kerajaan.

Exco Pendidikan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia termasuk hak mengkritik ke-rajaan yang dilihat meming-girkan kepentingan rakyat, bahkan ia sesuai dengan sifat guru yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dan berkeperibadian terpuji serta berupaya menjadi teladan.

“Apatah lagi, Malaysia pada hari ini terpalit dengan pel-bagai budaya seperti rasuah, salah guna kuasa dan pemo-tongan belanjawan pendi-dikan. Bukankah bermula 1 Ogos 2010, pegawai pendi-dikan perkhidmatan siswa-zah Gred DG41 hingga DG48 dibenarkan terbabit dalam politik.

“Langkah ini seiring de-ngan hakikat bahawa guru memainkan peranan penting dalam memimpin masyarakat

dalam senario politik nega-ra,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Guru, pada 16 Mei lalu.

Nik Nazmi berkata, guru akan terus komited melak-sanakan amanah walaupun bertindak mengkritik kera-jaan.

“Saya percaya guru yang terbabit dalam politik tetap mengutamakan tugas dan fokus mereka iaitu mendidik. Saya ingin mengucapkan Se-lamat Hari Guru,” katanya.

Pada Belanjawan 2017 lalu, Kerajaan Persekutuan mem-peruntukkan RM6.12 bilion bagi 20 universiti awam ber-banding RM7.57 bilion tahun sebelumnya iaitu potongan 19 peratus.

Antaranya, Universiti Ke-bangsaan Malaysia hanya di-peruntukkan RM352.7 juta dari RM512.33 juta bagi tahun sebelumnya iaitu potongan 31 peratus, manakala Univer-siti Teknologi Mara pula di-potong 25 peratus iaitu dari RM2.23 bilion kepada RM1.67 bilion.

Tarik balik caj terhadap #UMANY�SHAH ALAM - Universiti Malaya (UM) digesa menarik semua caj dan keputusan terhadap pelajar terbabit dengan protes 1Malay-sia Development Berhad (1MDB).

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KE-ADILAN, Elizabeth Wong berkata, pelajar yang berani menyuarakan kebimbangan terhadap skandal terkenal seantero dunia itu seha-rusnya dipuji.

Katanya, universiti berkenaan tidak harus mengambil tinda-kan itu memandangkan pelajar mempunyai sebab relevan untuk bersuara.

“Sebaliknya, UM memutus-kan untuk menghukum mereka dan langkah itu, sekali gus men-jadi halangan kepada usaha me-negakkan hak bersuara dalam kalangan pelajar dan rakyat di negara ini.

“Saya menggesa pentadbiran universiti menarik balik semua

caj dan keputusan dibuat secara tidak wajar terhadap #UMANY4 tanpa syarat,” katanya dalam ke-nyataan.

Terdahulu, UM menolak rayu-an salah seorang dari empat pe-lajar yang didenda kerana meme-gang sepanduk bantahan ketika sesi ceramah 1MDB di kampus itu, tahun lalu.

Sementara itu, Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) berkata, UM mendakwa rayuan Tan Jia You ditolak kerana gagal mengemukakan petisyen dalam tempoh 14 hari sebelum prosi-ding pertama.

UMANY berkata, bagaimana-pun perbincangan bersama pensyarah undang-undang mendapati Jia You mengemu-kakan petisyen dalam tempoh dibenarkan dan tidak terlalu le-wat.

“Dalam erti kata lain, alasan

diberikan universiti jelas tidak sah dan kami mempunyai sebab untuk percaya bahawa pengu-rusan UM bercadang mengha-puskan hak pelajar membuat rayuan.

“UMANY akan mengemuka-kan satu lagi surat kepada pe-ngurusan universiti untuk mem-bantah keputusan itu,” katanya dalam satu kenyataan.

syarakat bandar dan luar bandar.Kini, ia sudah diterjemah me-

lalui Skim Peduli Sihat dan pe-ngenalan perkhidmatan bas per-cuma, Bas Selangorku.

mokrat,” kongsinya melalui status dimuat naik di Facebook.

Dalam status sama, Yaakob turut berkongsi pandangannya berkenaan kewujudan pelbagai parti politik di Malaysia.

Dengan merujuk buku 'Jangan Bersedih', beliau memberi contoh “anak yang sudah lahir tidak mung-

kin masuk ke perut ibunya semula, sama seperti buah yang jatuh tidak mungkin di sambung semula”.

“Oleh itu, jangan bersedih de-ngan kelahiran pelbagai parti ke-rana ini medan demokrasi.

“Dalam medan demokrasi, semua orang bebas menubuhkan parti politik,” katanya.

Tidak mungkin satu parti politik dapat membunuh parti politik lain. Jadi, kalau nak masuk medan demokrasi jadilah seorang demokratYAAKOB SAPARIAhli Dewan Negeri Kota Anggerik

Page 5: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

Utama5SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBKETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus

PENGARANG : Nurul Farina NazlanPENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera

WARTAWAN: Hafizan Taib: [email protected],

Nazli Ibrahim: [email protected], Afix Redzuan: [email protected],

Lizawati Madfa: [email protected], Norhayati Umor: [email protected],

Syazwani Sufian : [email protected] Ermizi Muhamad : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Budi Setyawan : [email protected] | 013 399 2848

Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 117)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib AyobGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

SIDANG PENGARANG

DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah

Masjid bukan medan politikOLEH ERMIZI MUHAMAD

RAWANG - Duli Yang Maha Mu-lia Sultan Selangor, Sultan Shara-fuddin Idris Shah bertitah tidak membenarkan sebarang aktiviti politik dijalankan di masjid, selu-ruh negeri.

Baginda bertitah, kepenti-ngan masjid perlu digunakan secara tepat berpandukan garis panduan ditetapkan di pering-kat negeri.

“Janganlah kita menyalah-gunakan masjid untuk kepenti ngan diri-sendiri terutama dalam keduniaan.

“Beta tidak berkenan jika ada sesiapa yang menggunakan

masjid untuk berpolitik, menga-dakan ceramah tidak berlandas-kan garis panduan ditetapkan serta mempengaruhi umat Islam ke arah sesuatu yang meragukan dan menyesatkan,” titah baginda selepas berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Perodua, pada 12 Mei lalu.

Terdahulu, media melaporkan wujudnya aktiviti berpolitik di masjid dan surau seluruh negeri membabitkan individu tertentu bagi kepentingan peribadi.

Ia termasuk insiden Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang menggunakan ‘keranda’ dan van jenazah milik

masjid dalam sidang medianya sebagai sentimen provokasi ter-hadap pentadbiran negeri sebe-lum ini, sekali gus menimbulkan persoalan umum bagaimana se-wenangnya kelengkapan masjid digunakan untuk tujuan politik.

Sementara itu, baginda turut bertitah supaya masjid seluruh negeri didaftar dan diletakkan di bawah pengawasan Jabatan Agama Islam bagi tujuan meme-lihara kesucian rumah ibadat itu.

“Perkara ini untuk mengelak-kan penyalahgunaan masjid dan juga penyelewengan dana serta (menghalang) pengem-bangan ajaran sesat,” titah ba-ginda.

Sultan Sharafuddin rasmi Masjid PeroduaRAWANG - Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menyempur-nakan Majlis Perasmian Masjid Perodua, Sungai Choh, di sini, pada 12 Mei lalu.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira jam 12.10 petang diiringi Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Dr Ahmad Yu-nus Hairi dan Zaidy Abdul Talib.

Baginda turut berkenan melawat pa-meran masjid seterusnya menandata-ngani plak perasmian sebelum menunai-kan solat Jumaat bersama jemaah.

Masjid Perodua dibangunkan sebagai inisiatif bagi memberi kemudahan kepa-da warga kerja syarikat itu dan masyara-kat setempat menunaikan solat serta

menjalankan aktiviti keagamaan.Menelan belanja RM10 juta, masjid

terletak di atas tanah seluas 0.92 ekar itu mula dibangunkan, sejak Ogos 2014.

Ia dilengkapi pelbagai kemudahan ter-masuk penyediaan ruang majlis keraian, ruang qurban dan pengendalian jenazah.

Diklasifikasikan sebagai masjid pe-ngurusan, ia mampu memuatkan 3,000 jemaah, pada masa tertentu.

Menariknya, pembangunan itu me-maparkan reka bentuk individu sedang bersujud yang diinspirasikan daripada logo Perodua, manakala konsep ke-senian dan keselesaan juga diterapkan dalam struktur masjid bagi memberi ketenangan serta keharmonian kepada jemaah.

Page 6: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

6Utama

SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Tourism Selangor julung kalinya mengambil baha-gian dalam pameran pelancon-gan terbesar di Expo Pelanco-ngan Taipei 2017, Taiwan, yang berlangsung, pada 5 hingga 8 Mei lalu.

Pengurus Besarnya, Noorul Ashikin Mohd Din berkata, expo terbabit bertujuan meningkat-kan bidang tumpuan baru khu-susnya Taiwan yang menjadi destinasi terkenal bagi rakyat Malaysia.

Beliau berkata, pihaknya memberi penekanan kepada tiga elemen utama iaitu perubatan, eco dan sukan serta Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pa-meran (MICE).

“Kita memperkenalkan tem-pat menarik antaranya Kampung Kuantan, Kuala Selangor yang terkenal dengan kelip-kelip hing-ga pusat membeli-belah bertaraf dunia, hiburan dan taman tema terbaik, di Asia.

“Tourism Selangor juga mem-beri penekanan kepada bebe-rapa produk baru yang mun-

Pelancong Taiwan sasaran produk baru

Tingkat pulangan pelancongan

cul dengan pesat. Produk ini se perti 'Sky Mirror' di Kuala Sela-ngor, 'Bangi Wonderland' di Ba-ngi dan beberapa pusat membe-li-belah mesra pelancong yang diramalkan untuk menjadi 'hit' bagi pelancong Taiwan,” katanya dalam kenyataan.

Noorul berkata, Tourism meng alu-alukan pelancong Taiwan ke

negeri itu yang menawarkan siri tarikan pelancongan menarik serta pengalaman baru ekoran jumlah pelancong mencecah 51,480 yang menjadikan Taiwan di kedudukan ke-9 dari 10 negara Asia Timur.

Katanya, infrastruktur moden Selangor adalah destinasi pilihan pelancong dalam dan luar nega-

ra dengan gabungan sejarah ser-ta budaya yang menggabungkan kehidupan bandar serta kam-pung.

"Populariti Selangor dalam kalangan pelancong Taiwan di-harap dapat meningkat dari tiga hingga lima peratus. Kami di Tourism Selangor juga ingin mengukuhkan lagi hubungan

bersama dengan Biro Pelanco-ngan Taiwan dan bekerja bersa-ma, di luar 2017.

“China adalah pasaran terbe-sar pengunjung Selangor. Ia se-makin berkembang dan menyak-sikan pertumbuhan mampan dalam ketibaan pelancong China ke Selangor, dalam tempoh lima tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata, kapasiti pe-nerbangan dari dua syarikat pe-nerbangan antaranya Malindo Air dan Air Asia serta agensi pelancongan baru turut mem-bantu meningkatkan jumlah pelancong.

“Discover Selangor adalah tan-da aras Tourism mempromosikan produk baru dan lama yang be-lum mendapat perhatian, sekali gus menonjolkan dan mengga-lakkan pasaran pelancongan.

“The ‘Heart of Malaysia’ tu-rut digunakan sebagai slogan mengukuhkan kempen promo-si semasa, selain menunjukkan Selangor sebagai hab bagi pe ngangkutan, pembangunan, pelaburan, perniagaan, pendidi-kan dan perubatan,” katanya.

Beri kerjasama isu Paya Indah Wetlands

PETALING JAYA - Sebanyak 38 program dilaksanakan Kerajaan Negeri dalam usaha membantu rakyat menikmati hasil keka-yaan negeri bersesuaian dengan agenda peduli rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Ke-rajaan Negeri di bawah pentadbi-ran PAKATAN memberi penekan-an terhadap pembangunan dan kepentingan rakyat, sejak 2008.

Justeru, katanya, pelbagai program dirancang saban tahun demi mencapai sasaran ditetap-kan.

“Bermula pada 2008 dengan tujuh program, Kerajaan Negeri menambah sehingga 38 program yang dapat memberi manfaat ke-

pada rakyat, maka tercetusnya nama baru iaitu Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

“Saya rasa bangga dengan pelaksanaan program ini yang membantu rakyat kerana se-memangnya mereka berhak berkongsi hasil kekayaan negeri,” katanya sempena Karinival IPR di Pasaraya Giant, Kota Damansara, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, Kerajaan Ne-geri mampu meningkatkan hasil negeri dan mengukuhkan eko-nomi hingga rizab mencecah le-bih RM3.6 bilion melalui amalan bertanggungjawab dan integriti.

Dalam karnival itu, Mohamed Azmin menyampaikan sumba-ngan dan bantuan IPR iaitu Skim Hi-

jrah Selangor (RM2.6 juta), Program Bantuan Sekolah Agama Selangor (RM3.6 juta), 'Smart Selangor Food Stamp' (RM5,000) Skim Peduli Sihat (RM50,000), Program Khas Peduli Siswa dan Bantuan Warga Emas.

Turut hadir, Exco Kerajaan Negeri iaitu Elizabeth Wong, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Amirudin Shari; Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa; Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian; Da-tuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain dan Penye laras Pusat Khidmat Masyarakat Kota Damansara, Radzlan Jalalud din.

Program terbabit dianjurkan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (Perangsang Selangor).

�� program IPR demi rakyat

PETALING JAYA - Kerajaan Negeri tidak mendapat kerjasama dari-pada Kerajaan Persekutuan ber-hubung pembangunan Paya Indah Wetlands walaupun sudah menge-mukakan kertas cadangan kepada Majlis Pembangunan Fizikal Nega-ra.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pi-haknya dimaklumkan terdapat arahan daripada menteri berkaitan yang meminta kertas cadangan itu diketepikan dan tidak melalui pro-ses perbincangan.

“Dalam konteks ini, kertas cadan-gan sudah dikemukakan kepada Majlis Pembangunan Fizikal Negara tetapi kita dimaklumkan menteri mengarahkan supaya ia dikeluar-kan dan tidak dibentangkan.

“Maka, kita tidak boleh diper-salahkan dan akan menunggu perkembangan selanjutnya,” ka-tanya selepas Karnival Inisiatif Pedu-li Rakyat (IPR) di Pasaraya Giant, Kota Damansara, di sini, pada 10 Mei lalu.

Beliau berkata, Kerajaan Perseku-tuan perlu

bekerjasama berhubung perkara itu dan kertas cadangan bagi pem-bangunan kawasan terbabit harus dibentang serta diluluskan.

Mohamed Azmin berkata, Kera-jaan Negeri melalui Exco Pelanco-ngan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong turut memberi penjelasan penuh terhadap perkara itu, sejak setahun lalu.

“Proses itu perlu kerana ter-dapat aspek tertentu memerlukan kelulusan Kerajaan Persekutuan selain Kerajaan Negeri berkuasa meluluskan apa yang tertakluk di bawah bidang kuasanya,” katanya.

Baru-baru ini, Menteri Kese-jahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mendakwa, projek pem-bangunan di sekitar kawasan Paya Indah Wetlands dijalankan tanpa kelulusan Majlis Pembangunan Fizikal Negara dan menggesa Mo-hamed Azmin menjelaskannya.

Page 7: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

7SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

Page 8: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

Nasional8 SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

Pengangguran kian meningkat

Perkenal polisi baru bantu anak muda

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Perseku-tuan digesa mengambil langkah drastik memperkenalkan polisi baru ekoran tahap penganggu-ran anak muda membimbangkan ketika ini.

Timbalan Angkatan Muda KE-ADILAN (AMK), Dr Afif Bahardin berkata, kerajaan perlu meng-hentikan segera sebarang pe-ngambilan pekerja asing dan mensyaratkan setiap syarikat juga agensi kerajaan memberi keutamaan kepada pekerja tem-patan

Katanya, kerajaan juga perlu menggalakkan keusahawanan dalam kalangan anak muda dan memudahkan skim kewangan seperti mikrokredit yang dilaku-kan kerajaan PAKATAN di Pulau Pinang.

“Kerajaan juga boleh mem-berikan insentif cukai kepada syarikat dan perusahaan yang dimiliki anak muda untuk meng-

galakkan perkembangan pernia-gaan mereka.

“Kerajaan harus membantu mobiliti usahawan muda di se-luruh negara untuk memasarkan produk ke peringkat global,” ka-tanya dalam kenyataan, di sini, pada 12 Mei lalu.

Pada masa sama, satu medium tersusun untuk panduan kerjaya dan bantuan carian pekerjaan penting untuk diwujudkan.

Laporan Economic Re-view|2016 Labour Market kelu-aran MIDF Research mendedah-kan tahap pengangguran dalam

kalangan anak muda negara ini yang berusia 35 tahun ke bawah terus tinggi, sejak 2012.

Kadar pengangguran anak muda mencecah 10.5 peratus dengan jum-lah belia menganggur membabitkan 273,400 individu berumur bawah 25 tahun dan merangkumi 17.8 peratus daripada jumlah tenaga buruh Malay-sia, pada 2016.

Dr Afif berkata, keadaan ter-babit berpunca daripada ke-melesetan ekonomi global dan kegagalan kerajaan Barisan Nasio nal dan perdana menteri memberi-kan keyakinan kepada pelabur a-

sing untuk datang melabur di Ma-laysia.

“Masalah ini juga akibat krisis keyakinan yang dihadapi peme-rintah hari ini yang terpalit de-ngan skandal 1MDB. Kegagalan untuk menarik masuk pelaburan asing mengakibatkan banyak peluang pekerjaan baru tidak dapat diwujudkan,” katanya.

Di Kelantan paling ramai anak muda menganggur selain Sa-bah, Terengganu, Kuala Lumpur, Johor, Perak, Perlis dan Sarawak yang mencatatkan peratusan dua angka.

Hanya ��� pekerja mahir pulangSHAH ALAM - Program Kepula-ngan Pakar (REP) yang dijalankan Talent Corporation Malaysia (Tal-entCorp) hanya dapat menarik 398 pekerja mahir Malaysia kem-bali ke negara ini berbanding jumlah 1,200 yang disasarkan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TalentCorp, Shareen Shariza Ab-dul Ghani berkata, rakyat Ma-laysia yang menghabiskan masa agak lama di luar negara mung-kin disebabkan tidak biasa de-ngan peluang dan pertumbuhan di negara ini.

Katanya, cabaran lain terma-suk faktor peribadi seperti pendi-dikan anak menjadi punca ketara yang menghalang mereka kem-bali ke negara ini.

“Apa yang perlu kita lakukan

adalah ‘menjual’ negara lebih baik dan ‘menjual’ peluang su-paya mereka mahu kembali,” ka-tanya lapor MalaysiaKini.

REP dilancarkan semula pada 2011 dengan matlamat memberi pengecualian cukai dan insentif lain bagi rakyat Malaysia yang mahir untuk kembali ke negara ini.

Kebanyakan rakyat Malay-sia yang mengambil bahagian dalam REP adalah daripada sek-tor minyak dan gas diikuti kewan-gan dan perakaunan, perkhid matan perniagaan, komunikasi serta elektrik dan elektronik.

Kebanyakan peserta REP dari Singapura, China, United King-dom, Australia dan Amerika Syarikat dengan bilangan mere-

0

400

800

1200

1600

Program Pemulangan Pakar (REP)

2013 2014 2015 2016

800 859

398

1000 1000

1200

10071113

Sasaran REP diluluskan Sasaran REP dicapai

Tahun

SPRM perlu profesional, bebas urusan politikSHAH ALAM - Kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Dzulkefli Ahmad dibidas Parti Keadilan Rakyat (KEADI-LAN) apabila beliau secara ter-buka mengakui badan itu bertin-dak berdasarkan suasana politik semasa.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, SPRM perlu men-jadi badan bebas yang tidak mempunyai kaitan dengan uru-san politik sebarang parti.

“Ini adalah hujah yang sangat lemah. Tak tunjuk kesungguhan dan tiada profesionalisme SPRM, bahkan dia sangat lemah dalam hujah.

“Apa kena-mengena SPRM dengan politik kerana ia badan yang tak ada kaitan dengan uru-san parti. Kenapa dia nak ambil kira sudut politik untuk bertindak dan ini tidak masuk akal,” katanya ketika dihubungi SelangorKini, di sini, baru-baru ini.

Katanya, jawapan Dzulkefli itu adalah hujah yang sangat lemah dan tidak boleh diterima sama sekali.

Terdahulu, Dzulkefli memberi-tahu media bahawa SPRM tidak akan bertindak sehingga Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sele-sai dijalankan kerana tidak mahu tindakan itu nanti dijadikan ba-han kempen musuh politik pihak yang dikenakan tindakan.

Beliau juga mengingatkan pengundi tidak memilih pe-mimpin korup dalam PRU-14 atau pemimpin terbabit bakal di-dakwa sekiranya menang.

Apa kena mengena SPRM dengan politik kerana ia badan yang tak ada kaitan dengan urusan parti. Kenapa dia nak ambil kira sudut politik untuk bertindak dan ini tidak masuk akalTIAN CHUANaib Presiden KEADILAN

ka bagi 2016 kurang separuh dari 800 yang disasarkan.

Pada 2016, anggaran bajet Ta-lentCorp adalah RM9.42 juta iaitu 5.5 peratus (RM518,000) diperun-tukkan untuk REP.

Dr Afif Bahardin

Shareen Shariza

Page 9: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

9SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

Page 10: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

10Ekonomi

SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

Selangor International Business Summit

Gerbang pelaburan serantauOLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA - Inisiatif meran-cakkan lagi pembangunan Sela ngor sebagai ‘Smart State’ teru-lung di Malaysia diteruskan me-lalui penganjuran Selangor Inter-national Business Summit 2017 (SIBS), pada September ini.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan, dan Pengangku-tan, Dato’ Teng Chang Khim ber-kata, penganjurannya bertujuan menarik lebih ramai pelabur an-tarabangsa dalam usaha melon-jakkan lagi pembangunan eko-nomi negeri.

“Ia menjadi landasan terbaik kepada Kerajaan Negeri men-jalin kerjasama serantau antara pelabur dalam dan luar negara. Matlamat persidangan ini juga diyakini mampu menjadikan Se-langor sebagai ‘pintu gerbang ASEAN’ dalam usaha meningkat-kan lagi peluang perniagaan dan pelaburan serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Selangor International Business

PKNS optimis capai RM��� jutaSHAH ALAM - Perbadanan Ke-majuan Negeri Selangor (PKNS) optimis berjaya mencapai sasa-ran pendapatan RM800 juta, menjelang hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Noraida Mohd Yusof berkata, PKNS sudah mencapai RM84.1 juta pendapatan, setakat Mac lalu.

“Jumlah itu sememangnya agak jauh daripada sasaran tetapi kita mampu menam-pung baki sasaran melalui pen-jualan projek baru.

“Kita juga yakin dapat perolehan hasil pendapatan projek terdahulu iaitu stok ta-hun lalu bagi mencapai sasaran RM800 juta, akhir tahun ini,” ka-

tanya ketika temubual eksklu-sif bersama Media Selangor di Laman PKNS, di sini, pada 11 Mei lalu.

Noraida berkata, PKNS juga meletakkan sasaran untuk me-nyiapkan 19 projek serta Per-akuan Siap dan Pematuhan (CCC).

“Ini bermakna, kita siapkan

projek dan boleh serahkan te-rus kepada pembeli dengan adanya CCC.

“Kita letakkan sasaran tinggi kepada penjualan rumah mam-pu milik berharga RM250,000 ke bawah memandangkan ke-adaan ekonomi kurang mem-berangsangkan, ketika ini,” ka-tanya.

Bank Negara kekal kadar OPR �%SHAH ALAM - Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) iaitu penanda aras rujukan pinjaman, pada 3.0 peratus.

Keputusan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi memas-tikan ekonomi negara terus berkembang secara mapan.

Pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari adalah akomodatif dan me-nyokong aktiviti ekonomi dengan MPC akan terus me-nilai imbangan risiko ber-hubung prospek pertumbu-han domestik juga inflasi.

Bagi Malaysia, BNM berka-ta, momentum pertumbuhan sejak separuh kedua 2016 dijangka bertambah kukuh pada suku pertama tahun ini dan dijangka kekal, sepan-jang tahun.

“Pertumbuhan ekonomi di-jangka dipacu terutama oleh aktiviti permintaan dalam negeri dan sealiran dengan keadaan pertumbuhan upah juga pekerjaan berterusan serta pelaksanaan projek pelaburan yang sedang atau akan dijalankan.

“Bagi sektor luaran, ekoran pertumbuhan global ber-tambah baik, eksport dijangka berkembang lebih kukuh dan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekono-mi Malaysia,” kata bank pusat itu dalam satu kenyataan, pada 12 Mei lalu.

Bank Negara berkata, kadar inflasi pada keseluruhannya meningkat kepada 4.3 peratus pada suku pertama tahun ini sejajar dengan jangkaan MPC.

Kadar inflasi lebih tinggi itu mencerminkan sebahagian

besar kesan daripada pinda-han kenaikan harga minyak dunia dan gangguan bekalan sementara yang menyebab-kan kenaikan harga makanan.

Kadar inflasi lebih tinggi itu, jelasnya, dijangka menu-run, pada separuh kedua ta-hun ini.

“Bagaimanapun, corak ali-ran kadar inflasi domestik ini bergantung kepada harga minyak dunia yang sangat ti-dak menentu.

“Inflasi dorongan kos ini dijangka akan memberikan kesan ketara ke atas corak pergerakan harga lebih me-luas memandangkan keadaan permintaan domestik yang stabil.

“Inflasi asas seperti diu-kur inflasi teras yang dijang-ka hanya meningkat dengan sederhana,” katanya.

Ia menjadi landasan terbaik kepada Kerajaan Negeri menjalin kerjasama serantau antara pelabur dalam dan luar negara. Matlamat persidangan ini juga diyakini mampu menjadikan Selangor sebagai ‘pintu gerbang ASEAN’ dalam usaha meningkatkan lagi peluang perniagaan dan pelaburan serantauTENG CHANG KHIMExco Pelaburan

Summit 2017 di Hotel Hilton, pada 11 Mei lalu.

Persidangan 10 hari bermu-la tujuh hingga 17 September ini bakal diadakan di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah

Alam, turut memberi tumpuan kepada agenda keusahawanan, pembangunan teknologi pin-tar serta pengajuran seminar membabitkan panel dari dalam dan luar negara.

Chang Khim berkata, pengan-juran tahunan itu juga mensasar-kan lebih banyak penyertaan dan

delegasi luar negara berbanding tahun lalu.

Beliau optimis persidangan itu mampu dijayakan secara berke-san selepas mengambil kira ke-cenderungan pelabur dari Asia dan Eropah, di Selangor.

“Di peringkat Kerajaan Ne-geri, kami memberi jaminan akan

terus memberikan komitmen terbaik menjadikan Selangor se-bagai destinasi pelaburan utama, di Malaysia.

“Malah, menjadi harapan kami untuk menyediakan peluang perniagaan itu seiring hasrat me-letakkan Selangor sebagai negeri pintar, pada masa depan,” katanya.

Page 11: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

11SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

ADN

Skim Peduli Sihat

DUN Sri Muda agih pemberian fasa duaOLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Seramai 250 penerima individu dan keluarga di DUN Seri Muda menerima manfaat Skim Peduli Sihat fasa kedua, di sini, baru-baru ini.

Ahli Dewan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata, ia menjadikan hampir separuh daripada mereka yang layak di DUN itu sudah menerima kad skim perlindungan kesi-hatan asas terbabit.

Katanya, penyerahan fasa pertama membabit-kan kira-kira 300 peneri-ma, pada April lalu.

“Pengedaran fasa ketiga akan diada-kan dalam masa terdekat iaitu sebelum Ramadan supaya rakyat dapat meman-faatkan skim kesihatan ini.

“Kerajaan Negeri tidak mahu sekat hak mereka, sebaliknya kita mahu

semua menikmati segala program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR),” ka-tanya kepada SelangorKini.

Pada Belanjawan Se-langor 2017, Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan RM125 juta bagi menjayakan Skim Peduli Sihat.

Skim terbabit menawarkan pembia-yaan penjagaan kesihat-an secara percuma untuk 250,000 keluarga atau se-juta rakyat Selangor.

Skim berkenaan di-uruskan Selgate Corpo-ration selaku Third-Party Healthcare Administrator bagi membiayai rawatan

kesihatan asas sehingga RM500 setahun untuk setiap keluarga atau RM250 bagi individu bujang.

Penerima skim boleh mendapat rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Se-langor dan Lembah Klang.

Page 12: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

GRAFIK OLEH

13SelangorKini 19 - 26 Mei 201712 SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

Page 13: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

14 SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD (1082296-U)

KENYATAAN TAWARAN

1. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd mempelawa Kontraktor-kontraktor yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Ejen Pengedar dan Pengedar Berdaftar Dengan Syarikat Pengeluaran Pam serta masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berikut:-

Bil. Perihal Kerja/No. Tender/ Harga Dokumen

Syarat Pendaftaran

Tarikh Jual Dokumen / Tutup

Tender

Taklimat & Lawatan Tapak (Diwajibkan)

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

PROPOSED INTERCONNECTION PIPE FROM 1050mm FEDERAL HIGHWAY TO 1000mm SUBANG JAYA

No. Tender: AIS/PCW/T7/5/2017Harga Dokumen*: RM318.00

REPLACEMENT OF FILTER MEDIA AND OTHER REHABILITATION WORKS AT SG LOLO & SG PANGSOON WATER TREATMENT PLANTS

No. Tender: AIS/OS/T1/5/2017Harga Dokumen*: RM318.00

PACKAGE C2 – SUPPLY AND DELIVERY OF FOURTEEN (14) UNITS PROTON SAGA STANDARD CVT (AT)

No. Tender: AIS/OS/T5/5/2017Harga Dokumen*: RM318.00

PACKAGE C3 – SUPPLY AND DELIVERY OF THIRTY SEVEN (37) UNITS TOYOTA HILUX

No. Tender: AIS/OS/T6/5/2017Harga Dokumen*: RM530.00

PACKAGE C5 – SUPPLY AND DELIVERY SIX (6) UNITS OF LORRY ISUZU NPR PRO INTERCOOLER TURBOCHARGER COMPLETE WITH HALF CANOPY & CANVAS, CHEQUERED PLATE AND EIGHT (8) SEATER BENCH FOR PENGURUSAN AIR SELANGOR SDN BHD

No. Tender: AIS/OS/T12/5/2017Harga Dokumen*: RM318.00

PURCHASE OF STRATEGIC REPAIR STOCKS FOR MECHANICAL & ELECTRICAL

PURCHASE OF NEW MOTORS AS SPARE UNIT FOR CRITICAL PUMPHOUSE IN SELANGOR STATE, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYA

No. Tender: AIS/OS/T4/5/2017Harga Dokumen*: RM318.00

PROPOSED SLOPE REHABILITATION WORKS AT SG RANGKAP WTP, AMPANG INTAKE WTP AND SG SERAI WTP

No. Tender: AIS/OS/T8/5/2017Harga Dokumen*: RM530.00

1.CIDBGred: Minimum G4Kategori: CEPengkhususan: CE20 (Sistem Bekalan Air)

2.SPANPermit: Minimum C3 (bekalan air)

Tarikh: 22 / 5 / 2017 (Isnin)Masa: 10.00 pagiTempat Berkumpul: Perkarangan Pejabat Air Selangor Wilayah Petaling, Jalan Templer.

Pegawai Untuk Dihubungi: En. Khairul Anam (019-282 7671)En. Syazwan (019-280 5170

Tiada

Tarikh : 18/05/2017 (Khamis)Masa: 10.00pagiTempat berkumpul: Loji Rawatan Air Sg Pangsoon, di Empangan Sg Langat, Hulu Langat

Pegawai untuk dihubungi:En. Shaffiq Rozak (No. H/P: 019-956 0065)En. Mohd Ariff Majid (No.H/P: 017-397 4432)

1. CIDBGred: Minimum G3Kategori: CEPengkhususan: CE20 (Sistem Bekalan Air)

ATAU

CE21 (Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)

ATAU

M15 (Kelengkapan Mekanikal pelbagai)

DAN

2. SPANPermit: Minimum C3 atau D (Bekalan Air)

1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ATAU

2. Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)Kod: 110103 – Kenderaan Bermotor – Kereta

DAN

Surat Wakil / Ejen Pengedar Proton

1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ATAU

2. Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)Kod: 110103 – Kenderaan Bermotor – Kereta

DAN

Surat Wakil / Ejen Pengedar Toyota

1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ATAU

2. Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)Kod: 110104 – Kenderaan Bermotor – Lori

DAN

Surat Wakil / Ejen Pengedar Isuzu

1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ATAU

2. Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)Kod: 140101 – Motor dan Alat Ubah / Alat Ganti

CIDBGred: Minimum G4Kategori: CE Pengkhususan: CE08 (Perlindungan Cerun dan Penstabilan Tanah)

SPAN Permit: minimum C3 atau D (Bekalan Air)

Tarikh Jual Dokumen

24 / 5 / 2017 hingga

2 / 6 / 2017

Tarikh Tutup Tender

9 / 6 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

19 / 5 / 2017 hingga

25 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

1 / 6 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

18 / 5 / 2017 hingga

26 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

30 / 5 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

18 / 5 / 2017 hingga

26 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

30 / 5 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

19 / 5 / 2017 hingga

31 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

6 / 6 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

18 / 5 / 2017 hingga

26 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

30 / 5 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

18 / 5 / 2017 hingga

26 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

30 / 5 / 2017

Tiada

Tiada

Tiada

Tarikh: 17 Mei 2017 (Rabu)Masa: 10.00 pagiTempat Berkumpul:Loji Sg. Rangkap, KM 19, Taman Rimba Templer, Rawang, Selangor Darul Ehsan

Pegawai Untuk Dihubungi:En. Mahadzir Ahmad Nadzri (019-226 1412 / 03-4291 4040)En. Mohamad Shaffiq Rozak (019-956 0065)

Page 14: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

15SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

2 Naskhah Meja Tender akan dipamerkan mulai tarikh dokumen dijual pada waktu pejabat di Jabatan Perolehan, Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., Tingkat 32, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur. Sila hubungi No. 03-2088 5385 / 5798 / 5390 untuk sebarang pertanyaan urusan pembelian dokumen tender.

3. Dokumen dijual secara ‘softcopy’ dan tuan/puan dikehendaki membawa pen drive yang bebas dari virus bagi pembelian dokumen tersebut. Sekiranya pentender tidak membawa pen drive, caj bayaran akan dikenakan sebanyak DUA KALI GANDA HARGA TENDER untuk pembelian secara ‘Hardcopy’.

4. Setiap petender hanya dibenarkan membeli satu Dokumen Tender dan mengemukakan satu tawaran sahaja berbentuk ‘Hardcopy’.

5. Penender yang ingin memasuki tawaran di atas adalah dikehendaki membuat pembayaran secara Wang Pos/Wang Kiriman Pos/Draf Bank yang dibuat atas nama “Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd.” sebagai bayaran Dokumen Tender. Bayaran ini tidak akan dikembalikan dan pembayaran secara tunai tidak diterima.

6. Jika tidak hadir sendiri, wakil syarikat/kontraktor hendaklah membawa surat pengesahan wakil yang telah ditauliahkan. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil kontraktor yang sah sahaja.

7. Wakil-wakil kontraktor/syarikat hendaklah membawa sijil asal berkaitan; SIJIL PENDAFTARAN KONTRAKTOR oleh SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA (SSM), KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA (KKM), LEMBAGA PEMBANGUNAN INDUSTRI PEMBINAAN (CIDB), SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AIR NEGARA (SPAN) PERMIT IPA JENIS C atau D (bekalan air), EJEN PENGEDAR dan PENGEDAR BERDAFTAR DENGAN SYARIKAT PENGELUARAN PAM serta SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA serta SIJIL ASAL PENGIKTIRAFAN TARAF BUMIPUTERA (Jika bertaraf bumiputera) berserta salinannya.

8. Dokumen tender hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Tender yang disediakan pada tarikh tender ditutup di alamat :

Jabatan Perolehan, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd., Tingkat 32, TM Annexe 2, Jalan Pantai Jaya, Off Jalan Pantai Baharu, 59200 Kuala Lumpur

pada hari tersebut tidak lewat dari jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup tersebut.

9. Maklumat mengenai kenyataan tawaran ini boleh diakses melalui laman web https://www.syabas.com.my/business/current-tender#1

Walaupun notis Tender ini dikeluarkan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., penganugerahan kepada penender yang berjaya untuk kerja-kerja/pembekalan yang disebutkan di atas juga boleh diberikan oleh mana-mana anak syarikat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.

*Harga dokumen tender/sebut harga termasuk 6% Cukai Barangan & Perkhidmatan (CBP)/Goods & Services Tax (GST).

Bil. Perihal Kerja/No. Tender/ Harga Dokumen

Syarat Pendaftaran

Tarikh Jual Dokumen / Tutup

Tender

Taklimat & Lawatan Tapak

8.

9.

10.

11.

12.

SUPPLY AND DELIVERY OF PUMPS AND IMPELLERS AT SELECTED 12 WTPS (PACKAGE 3H)

No. Tender: AIS/OS/T9/5/2017Harga Dokumen*: RM318.00

UPGRADING OF 63 UNITS SYABAS QUARTERS AT SELECTED REGIONS (PACKAGE 1)

No. Tender: AIS/HRA/T11/5/2017Harga Dokumen*: RM530.00

PROPOSED REHABILITATION AND UPGRADING WORKS FOR CRITICAL PUMP HOUSES IN THE STATE OF NEGERI SELANGOR, FEDERAL TERITTORY OF KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYAPACKAGE 1.

No. Tender: AIS/PCW/T13/5/2017Harga Dokumen*: RM530.00

PROPOSED REHABILITATION AND UPGRADING WORKS FOR CRITICAL PUMP HOUSES IN THE STATE OF NEGERI SELANGOR, FEDERAL TERITTORY OF KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYAPACKAGE 2.

No. Tender: AIS/PCW/T14/5/2017Harga Dokumen*: RM530.00

PROPOSED REHABILITATION AND UPGRADING WORKS FOR CRITICAL PUMP HOUSES IN THE STATE OF NEGERI SELANGOR, FEDERAL TERITTORY OF KUALA LUMPUR AND PUTRAJAYAPACKAGE 3.

No. Tender: AIS/PCW/T15/5/2017Harga Dokumen*: RM530.00

1. Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

ATAU

2. Kementerian Kewangan Malaysia (KKM)Kod: 130101 atau 130102

ATAU

Pengedar Berdaftar Dengan Syarikat Pengeluaran Pam

Tarikh: 22 Mei 2017 (Isnin)Masa: 9.30 pagiTempat Berkumpul:Perkarangan Pejabat AIR Selangor Wilayah Petaling

Pegawai Untuk Dihubungi:En. Mohd Din Bin Shamsuddin (019-282 7590)Ms. Chung Yoke Guan (019-282 7571)

Lawatan tapak diwajibkan untuk Dua (2) hari iaitu:

Hari Pertama:Tarikh: 18 Mei 2017 (Khamis)Masa: 10.00 pagiTempat Berkumpul:Pejabat Wilayah Klang, Jalan Kota, 41000 Klang(Lawatan untuk kuarters di Wilayah Klang, Petaling dan Kuala Lumpur)

Hari Kedua:Tarikh: 22 Mei 2017 (Isnin)Masa: 10.00 pagiTempat Berkumpul:Pejabat Wilayah Hulu Selangor, Jalan Syed Mashoor, 44000 Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor(Lawatan untuk kuarters di Wilayah Hulu Selangor dan Gombak)

Pegawai Untuk Dihubungi:En. Shaharudin Shah (013-643 4177)Datin Padiah (017-397 4280)

1. CIDBGred: Minimum G5Kategori: B Pengkhususan B24 (Kerja Penyenggaraan Bangunan) atau B28 (kerja Ubahsuai)

1. CIDBGred: Minimum G4Kategori: ME Pengkhususan: M15 atau E04

2. SPAN Permit: minimum C2 (Bekalan Air)

1. CIDBGred: Minimum G4Kategori: ME Pengkhususan: M15 atau E04

2. SPAN Permit: minimum C2 (Bekalan Air)

1. CIDBGred: Minimum G4Kategori: ME Pengkhususan: M15 atau E04

2. SPAN Permit: minimum C2 (Bekalan Air)

Tarikh Jual Dokumen

18 / 5 / 2017 hingga

30 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

6 / 6 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

23 / 5 / 2017 hingga

31 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

9 / 6 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

23 / 5 / 2017 hingga

30 / 5 / 2017

Tarikh Tutup Tender

6 / 6 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

25 / 5 / 2017 hingga

1 / 6 / 2017

Tarikh Tutup Tender

8 / 6 / 2017

Tarikh Jual Dokumen

26 / 5 / 2017 hingga

2 / 6 / 2017

Tarikh Tutup Tender

9 / 6 / 2017

Tarikh: 24 Mei 2017 (Rabu)Masa: 9.30 pagiTempat Berkumpul:Perkarangan Pejabat AIR Selangor Wilayah Petaling

Pegawai Untuk Dihubungi:En. Mohd Din Bin Shamsuddin (019-282 7590)Ms. Chung Yoke Guan (019-282 7571)

Tarikh: 25 Mei 2017 (Khamis)Masa: 11.00 pagiTempat Berkumpul:Perkarangan Pejabat AIR Selangor Wilayah Sabak Bernam

Pegawai Untuk Dihubungi:En. Mohd Din Bin Shamsuddin (019-282 7590)Ms. Chung Yoke Guan (019-282 7571)

Tiada

Page 15: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

16 SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

Hadiah Sastera Selangor

OLEH AK KELANA

MATAHARI telah naik beratus kali sejak dia menjulurkan kaki keluar dari jendela

kamarnya awal tahun lalu. Ma-tanya terbuka lagi oleh denyutan nafas hutan serta desing suara penghuninya. Rumput bergetar oleh angin, meneleh embun di hujung daun. Sungai yang me-ngalir tanpa henti menyambut daun tua yang gugur dari ran-ting pohon. Burung bangun awal, mencari cacing menyuap perut kecil mereka. Unggun api telah dipadamkannya bangun tadi lagi setelah dia memanggang seekor ikan sungai yang tak diketahui namanya. Dari dalam perut be-lantara yang sudi menghamilkan-nya selama beberapa hari itu, dia beranak keluar berjalan menuju matahari terbenam.

Begitulah bagaimana kemba-ranya bermula pada suatu pagi. Hari sebelumnya, rumah tiba-tiba kosong. Ibu dan ayahnya ti-

dak pulang dari kerja setelah jam sembilan malam itu. Dia bersen-dirian di dalam kamarnya. Mbah Suti si pembantu rumah juga hi-lang. Dia tertidur akhirnya dan bermimpi didatangi seorang le-laki.

“Nanti kau buka mata, kem-baralah.” Tirus suara lelaki itu se-perti gesekan mancis.

Dia ingin bertanya tetapi mu-lutnya terkunci. Lelaki yang se-perti malaikat putih itu menghu-lurkannya sebiji epal berwarna merah. Harum baunya. Kental kulitnya berkilat apabila disuluh cahaya bulan.

“Nanti kaubuka mata, kem-baralah! Halakan kakimu ke arah matahari terbit dan apabila kautemui maksud epal ini, pu-langlah menurut matahari ter-benam. Di dalam epal ini, terkan-dung segala isi yang kau tidak tahu, kau tidak nampak dan kau tak pernah lihat serta ibumu, ser-ta ayahmu…serrr..taaaaaaaaa…”

Lelaki dalam jubah putih itu tiba-tiba menghilang. Segala-

nya memutih sehinggalah dia memutuskan untuk membuka mata dan terkejut apabila dia mendapati dalam tangannya ter-dapat sebiji epal merah. Ketika fajar masih menghendap curi-ga dari balik pokok-pokok dan bukit-bukit, dia melompat ke luar jendela dengan sebuah beg galas berisi sebarang dua kelengkapan untuk kembaranya, serta sebiji epal merah dari mimpi malam itu.

Dan hari ini merupakan hari yang kesekian hari, dia menuju matahari terbit. Mula-mula pada awal kembaranya, dia menem-puh gurun, laut, dan kini dia menemukan hutan. Dia telah ha-fal semua arah angin, naik-jatuh matahari dan suara alam.

Ketika sampai di gurun, dia mula sedar yang epal merah itu tidak pernah buruk dan busuk. Setiap kali dia dahaga atau lapar, epal itulah digigitnya dan setiap gigitan itu tumbuh semula! Faham lah dia bahawa epal itu meru-pakan sebiji epal ajaib yang akan sentiasa menyambung nyawanya sepanjang kembara.

Setelah hutan ini, dia ber-harap akan menemui manusia lagi. Iya. Sebelum ini dia telah menemukan sebuah kota setelah menyeberangi lautan biru. Dia pandai berenang tetapi di lautan itu dia berjalan seperti seorang wali Tuhan yang telah mencapai maksudnya.

Suasana di kota membuat-kannya kagum. Kota itu penuh dengan bangunan dan jalan teratur seperti disusun. Bergu-mul ramai manusia di dalamnya. Setiap bangunan penuh ukiran dan lukisan warna-warni tanda kota itu meraikan kesenian. Pel-bagai lapisan masyarakat mesra menyambutnya selaku musafir. Ucapan salam memenuhi ruang telinganya sehingga tidak sem-pat dia menjawabnya satu-satu. Lama berjalan mengelilingi kota itu, dia berhenti pada satu tulisan pada dinding. Nyata, kota penuh kesenian ini tidak hanya merai-kan seni semata malah kebuda-yaan dan ilmu pengetahuan. Dia tiba-tiba ditegur seorang lelaki.

“Kamu,” lelaki itu menguntum bicara, “dari mana, saudara?”

“Aku seorang kembara, tuan.”

“Bersyukurlah, seorang kem-bara merupakan pembawa obor masyarakatnya! Apa yang tuan bawa dalam beg kecil itu?”

Dia memberi lelaki itu epalnya.“Epal ini dari tanah seberang

ya! Kami meraikan semua buah-buahan di sini. Jangan bimbang!”

Dengan tamatnya perbualan singkat itu, dia dibawa ke rumah lelaki tadi yang mengenalkan dirinya sebagai Akil.

“Terima kasih, tuan. Kalau bo-leh, bermalamlah saya di sini tua tiga hari lagi demi menyantuni kota ini.”

“Silakan tuan!”Serentak kata-kata itu, dia ter-

ingatkan beberapa catatan yang sempat ditulisnya dalam buku nota mengenai kota tersebut.

Catatan hari pertama

Melewati kota ini, seronok sekali melihat pelbagai lapisan masyarakat bebas mengamalkan adat tradisi dan agama di rumah ibadat serta pondok kebudayaan masing-masing. Oh. Ke pasar hari ini, pelbagai buah-buahan di-jual termasuk epal! Mengelilingi kota untuk melihat hasil seni yang tidak hanya mural malah persembahan jalanan dari muzik sehingga ke karya lukisan dan persembahan bebas. Kota yang menarik!

Catatan hari kedua

Berpeluang ke sebuah rumah ibadat iaitu masjid. Tak sangka masjid bukan saja dijadikan se-bagai pusat penyebaran agama malah penyebaran ilmu-ilmu sains, falsafah dan matematik dari guru bertauliah! Sangat sero-nok dapat berbual-bual dengan seorang lelaki (yang kemudian-nya mengaku sebagai imam mas-jid itu) mengenai peranan rumah ibadat sebagai wadah mendidik dan menyatukan masyarakat.

Catatan hari ketiga

Seronok di sini tetapi yang tidak enak aku menyaksikan seorang wanita diragut. Kota yang sebegini baik masyarakat-nya, terlalu sempurna tetapi ma-

sih ada kejahatan. Kata Akil, “Di mana saja ada kejahatan kerana kejahatan lahir dari dalam bukan dari luar. Dan kata orang, pen-curi yang berilmu lebih licik dari pencuri yang tidak.” Aku senang dan dengan kenyataan itu.

Dia menutup buku catatan tersebut apabila melihat be-berapa ekor kijang berlari-lari lincah ke dalam semak. Beberapa pemburu yang mengejar kijang tadi pan-tas menghampirinya, mening galkan kijang-kijang tadi bebas ke dalam belantara.

“Kamu… dari mana?” soal seorang lelaki dari sekumpulan pemburu itu.

“Aku kembara, baru melinta-si hutan ini ingin menuju sana,” sambil menghalakan jarinya ke arah matahari jatuh.

“Di sana kampung kami. Dan kami tidak menerima kembara.”

Dia kaku mendengar bicara le-laki itu. Tubuhnya tiba-tiba mera-sakan getaran yang tiada lain ti-dak pernah dirasakan sebelum ini. Seorang lelaki di sebelah le-laki yang berbicara tadi menarik deras begnya. Terbeliak mata mereka apabila lelaki itu meme-gang epal di dalam genggaman. Lelaki itu berkata, “Kau tahu? Di tanah ini, kami tidak makan epal. Yang memperdagang atau me-miliki epal akan dihukum!”

Mendengar kata-kata dari lela-ki itu, dia tersenyum. Tahulah dia perjalanannya demi epal itu telah mencapai maksudnya melebihi segala maksud yang termaksud-kan. Tanpa bunyi apa dan tanpa disedarinya, dia telah tercampak jauh menuju matahari terbenam kembali ke dalam penjara – ka-marnya sendiri.

Ibu dan ayahnya bergegas me-masuki kamar seperti anggota polis yang cemas mencari bahan bukti. Cuma satu amaran keras ter-pacak di lubang telinganya ketika ini - “Kamu kini dilarang memakan epal!”

Dia tiba-tiba ketawa sehing-gakan ibunya curiga. Dia sebenar nya teringatkan ikan yang dipang-gangnya di hutan tempoh hari. Dia tidak akan pernah lupa, hanya ikan yang mati berenang bersama arus, ikan yang hidup melawannya.

Page 16: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

17SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

CUKAI TANAH HANYA DIBAYAR SETAHUN SEKALI

Page 17: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

18PBT

SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mempe-runtukkan RM350,000 bagi kerja penyelenggaraan ka-wasan pentadbirannya sebagai inisiatif meng-hadapi Sukan SEA ke-29, pada Ogos ini.

Pengarah Ja-batan Korporat-nya, Mohamad Zin Masoad ber-

kata, usaha itu bagi memperin-dahkan kawasan persekitaran MPS memandangkan Selayang

bakal menerima kunjungan atlet dan peminat sukan

bola sepak dari dalam dan luar negara.

“Tahun ini, MPS bakal menjadi tuan rumah

dalam Sukan SEA ke-29 yang bakal b e r l a n g s u n g , pada 18 hingga 23 Ogos ini.

“MPS berharap dengan usaha ini dapat memberi persepsi posi-tif pengunjung terhadap keinda-han yang terdapat, di Selayang,” katanya kepada SelangorKini selepas melawat tapak depoh simpanan kereta buruk, di sini, pada 9 Mei lalu.

Zin berkata, antara kerja naik taraf membabitkan Stadium Selayang, pintu gerbang MPS, lanskap dan kerja mengecat ba-ngunan lama serta penggantian kerusi penonton di stadium.

Sempena Sukan SEA ke-29

RM���,��� cantikkan Selayang

KUALA LANGAT - Sebanyak 5,084 motosikal retro berhimpun bagi acara 'Morib Retromania Grand Gathering' di Dataran Pan-tai Morib, di sini, sekali gus di-senaraikan dalam 'Malaysia Book Of Records'.

Yang Dipertua Majlis Dae-rah Kuala Langat (MDKL), Mo-hamad Zain A Hamid berkata, pihaknya berbangga dengan rekod dicatatkan serta memberi peluang kepada peminat retro menggegarkan pantai berke-naan dengan pelbagai aktiviti.

“Walaupun berdepan ke-se-sakan teruk, namun kerjasama semua pihak terutama polis membantu melancarkannya.

“Kami berbangga apabila perhimpunan kali ini mendapat pengiktirafan 'Malaysia Book Of Records' dan menerima kunju-ngan penunggang motosikal se-

luruh negara,” katanya.Mohamad Zain berkata, pe-

nganjuran sejak 2013 itu dija-dikan landasan bagi menghim-punkan peminat dan pengumpul motosikal retro, di seluruh nega-ra.

“Penganjuran ini tidak menya-sarkan keuntungan semata-mata, sebaliknya lebih kepada minat.

“Lebih 15,000 pengunjung ha-dir ke acara ini dan ia melebihi sa-saran, sekali gus memberi impak kepada ekonomi setempat dan mengukuhkan hubungan pemi-nat motosikal retro,” katanya.

Program itu membabitkan kerjasama 13 kumpulan motosi-kal retro seluruh negara dengan kerjasama MDKL dan Majlis Ke-selamatan Jalan Raya yang turut diselitkan dengan fesyen retro juga basikal BMX serta pakaian penunggang tahun 60-an.

Gabungan �,��� motosikal retro cipta rekod

KLANG - Sebanyak 500 pokok hiasan ‘Eugina Sepsis’ atau lebih dikenali pokok kelat paya dan pokok Buchina ditanam Maj-lis Perbandaran Klang (MPK) membabitkan 42 peserta dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara di Kolam Ta-dahan Laman Impian, Ambang Botanik 2, di sini.

Program gerak kerja sosial ke-sihatan dan menanam pokok itu dirasmikan Orang Besar Daerah Klang, Dato’ Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir dan Setiausa-ha MPK, Adi Faisal Ahmad Tarmi-zi.

Adi Faisal berkata, program itu turut membantu peserta dan komuniti untuk membuat peme-riksaan secara percuma selain mengindahkan kawasan.

“Peserta dan pengunjung ber-peluang mendapatkan peme-riksaan serta nasihat Jabatan Kesihatan Daerah yang terdiri

daripada beberapa doktor peru-batan.

“Pemeriksaan percuma ini membolehkan masyarakat sedar pentingnya menjaga kesihatan. Selain itu, ia dapat merapatkan lagi hubungan kerjasama dan tanggungjawab sosial dalam ka-langan pemimpin serta komuni-ti,” katanya.

Pada masa sama, beliau ber-kata, program komuniti terbabit dapat menyumbang faedah nya-ta kepada masyarakat khususnya penduduk setempat dan perseki-taran.

“Malah, ia memberi impak ser-ta ‘outcome’ positif kepada pihak berkaitan,” katanya.

Peserta INTAN dari ALMP (Ad-vance Leadership and Manage-ment) siri 54 itu terdiri daripada Yang DiPertua MPK, Dato’ Yasid Bidin dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor, Mas Abdul Rah-man Mas Mohamed.

��� Eugina Sepsis warnai Ambang Botanic �

PETALING JAYA - Majlis Bandara-ya Petaling Jaya (MBPJ) mengorak langkah ke hadapan melalui 'PJKI-TA' bagi memenuhi keperluan dan kehendak komuniti di bandar raya berkenaan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain ber-kata, ia adalah penjenamaan baru dilakukan MBPJ selari dengan ke-hendak komunitinya serta me-mastikan setiap informasi berkai-tan disebar luas dan dicapai orang awam dengan mudah.

“PJKITA adalah gerakan ko-muniti bersifat keterbukaan iaitu segala pelaksanaan pelan dan program digubal mengikut aliran perkembangan terkini serta selari dengan kehendak juga panda-ngan komuniti.

“Ia juga landasan 'community engagement' secara digital yang akan menghubung erat dan mela-hirkan nilai kekitaan dalam kala-ngan penduduk serta warga kerja MBPJ,” katanya dalam Majlis Anu-gerah Perkhidmatan Cemerlang 2016 dan Meraikan Pesara 2017

MBPJ, di sini, pada 13 Mei lalu.Beliau berkata, salah satu seg-

men diilhamkan di bawah 'PJKI-TA' adalah #PJCARE dengan MBPJ lebih prihatin dan memberi tum-puan dalam aspek keselamatan, kesihatan serta perlindungan da-ripada segala bentuk bahaya juga kemudaratan.

Bagi menterjemahkan hasrat itu, katanya, MBPJ menyediakan satu pelan induk keselamatan Petaling Jaya yang akan melihat aspek keselamatan secara keselu-ruhan melalui empat skop utama.

Perkara itu adalah keselamatan persekitaran, infrastuktur, digital serta aspek pengurusan kesela-matan dan penguatkuasaan.

“Seiring dengan pelaksanaan 'Smart Selangor' yang dilancar-kan Dato’ Menteri Besar, MBPJ menyambut baik untuk melak-sanakan inisiatif membangunkan projek ‘Smart PJ’ berteraskan ke-pada matlamat menjadikan Pe-taling Jaya sebagai bandar raya pintar dengan aplikasi teknologi digital, menjelang 2030,” katanya.

Berhubung majlis anugerah itu, Mohd Azizi berkata, MBPJ sentiasa komited dalam mengik-tiraf budaya kerja cemerlang, komitmen dan jasa pegawai ser-ta kakitangannya dengan me-nyediakan pelbagai anugerah atau ganjaran.

Beliau berkata, anugerah itu diharap dapat menggalak-kan warga kerja MBPJ bagi te-rus memberikan komitmen dan daya usaha mempertingkatkan produktiviti serta mutu kerja berkualiti tinggi.

“Ia sekali gus menjadikan perkhidmatan MBPJ sebagai pi-hak berkuasa tempatan penera-ju, dinamik dan lestari serta me-nepati kehendak juga ekspektasi orang ramai,” katanya.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali menyam-paikan anugerah penghargaan itu kepada 149 pegawai dan kakitangan serta 31 pesara MBPJ yang turut dihadiri,Timbalan Da-tuk Bandar Petaling Jaya, Johary Anuar.

PJKITA penuhi kehendak komuniti Petaling Jaya

Page 18: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

19SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

PBT

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM - Program Kebun Komuniti membuka peluang ke-pada penduduk 24 Setia, di sini, berbakti kepada tanah dengan menanam pelbagai jenis sayuran.

Pengerusi Persatuan Pen-duduk Rumah Teres Seksyen 24 Setia, Ismail Mat berkata, inisiatif sejak setahun lalu itu juga mem-bolehkan penduduk menjana pendapatan melalui hasil jualan sayur dan berjaya memperoleh RM2,211 hasil jualan, setakat April lalu.

“Pendapatan yang diperoleh, kami gunakan semula untuk modal pusingan bagi membeli baja, benih dan keperluan lain, manakala bakinya disimpan me-lalui tabung persatuan.

“Pada masa sama, kita juga

benarkan penduduk mengambil sayuran yang ditanam secara per-cuma dan membolehkan mereka berjimat sehingga RM50 seming-gu,” katanya, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Jabatan Pertani-an MBSA diketuai Mohd Nazrol Mohd Fauzi melakukan lawatan tapak, di Kebun Komuniti 24 Se-tia.

Ismail berkata, kebun seluas kira-kira 0.35 ekar itu dijaga ber-sama 20 sukarelawan terdiri dari-pada penduduk 24 Setia.

“Kebanyakan sukarelawan adalah golongan pesara dan tidak bekerja. Terdapat juga sukarela-wan belia, namun mereka hanya dapat bersama, pada hujung ming gu atau hari cuti,” katanya.

24 Setia dihuni kira-kira 217 keluarga, namun hanya 167 yang aktif dengan aktiviti setempat.

Kebun Komuniti jana pendapatan penduduk 24 Setia

Bakti kepada tanah

PETALING JAYA - Sejumlah RM5 juta diperuntukkan Majlis Ban-daraya Petaling Jaya (MBPJ) ber-mula tahun lalu bagi menaik taraf sistem pembelajaran abad ke-21 melalui program PJKITA bagi seg-men #PJSCHOOL.

Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, perun-tukan itu membabitkan baik pu-lih kemudahan dan infrastruktur sekolah, di seluruh kawasan Pet-aling Jaya.

Katanya, antara sekolah yang menerima manfaat itu adalah Sekolah Kebangsaan Taman Medan, Lembah Subang, Da-mansara Damai, Sultan Alam Shah 1 dan 2, Sri Petaling, Sri Da-mai, Sekolah Menengah Assunta, Sri Aman dan Sekolah Rendah Agama Kampung Medan dan Pinang Tunggal.

“Melalui landasan #PJSCHOOL ini, MBPJ juga menjalinkan ker-jasama dengan sekolah untuk berganding bahu ke arah perseki-taran yang selamat, bahagia dan mampan.

“Baru-baru ini, MBPJ turut bekerjasama dengan SMK (P) Sri Aman bagi menjayakan program SAEYLS iaitu satu persidangan bertaraf antarabangsa yang di-sertai 110 peserta daripada pel-bagai negara termasuk Indone-sia, Filipina, Thailand dan China.

“Selain itu, perkongsian tang-gungjawab bersama sekolah Damansara Damai turut men-dorong MBPJ membangunkan projek PJKITA PARK1:i-Play Park di Urban Park,” katanya di majlis pelancaran PJ City Food Truck, di sini, baru-baru ini.

Pada masa sama, katanya,

RM� juta naik taraf #PJSCHOOL

SHAH ALAM - Sekolah di ka-wasan pentadbiran Majlis Per-bandaran Subang Jaya (MPSJ) berpeluang memenangi wang tunai sehingga RM2,000 melalui penganjuran Anugerah Sekolah Sejahtera 2017/18.

Berdasarkan hebahan di la-man sesawang rasmi MPSJ, pe-nyertaan terbuka kepada semua sekolah rendah dan menengah termasuk sekolah swasta.

Dengan slogan ‘Melentur Bu-luh Biar Dari Rebungnya’, antara aspek utama dinilai termasuk kesihatan dan kebersihan, keles-tarian

alam sekitar serta lanskap juga keceriaan.

Bagi anugerah utama, tempat pertama kategori sekolah ren-dah bakal menerima wang tunai RM1,500 diikuti tempat kedua (RM1,000) dan ketiga (RM800).

Bagi kategori sekolah mene-ngah pula, RM2,000 untuk pemenang tempat pertama, kedua (RM1,500) dan ketiga (RM1,000).

Sementara itu, bagi Anugerah Khas (Kesihatan dan Kebersihan) juga Anugerah Khas (Kelestarian Alam Sekitar) pula, pemenang

bagi kategori seko-lah rendah dan mene-ngah bakal menerima RM1,000 bagi tempat pertama diikuti RM800 tempat kedua dan RM500 (ketiga).

Selain wang tu-nai, pemenang turut menerima piala dan sijil, manakala borang serta syarat penyer-taan boleh diperolehi melalui ocps.mpsj.gov.my.

Untuk sebarang pertanyaan, mereka yang berminat bo-leh menghubungi Ja-batan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ di talian 03-80264038 atau 03-80264452.

Anugerah Sekolah Sejahtera peluang rebut RM�,���

MBPJ kini giat melaksanakan pel-bagai program dan projek ber-sama pelajar sekolah bagi me-mimpin mereka mengharungi masa depan.

“Generasi muda ini kunci ke-jayaan dan bakal pemimpin. Me-reka penyambung generasi dan berpontensi membuat perubah-an dalam signifikan persekitaran bandar raya kita,” katanya.

Page 19: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

20Pendidikan

SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

OLEH HAFIZAN TAIB

PETALING JAYA - Kerajaan Ne-geri menyediakan bantuan ke-wangan kepada anak Selangor yang menuntut di empat uni-versiti awam di negeri itu dalam usaha meringankan beban me-reka.

Dato ‘ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berka-ta, universiti itu ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pertanian Malaysia, Universiti Is-lam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

“Di saat Kementerian Penga-

jian Tinggi memotong bantuan pelajar, kita menyedia dan mem-beri bantuan kepada anak Se-langor yang menuntut di empat universiti yang berada di dalam negeri ini.

“Ia adalah program di bawah Skim Peduli Siswa yang dilak-sanakan Kerajaan Negeri,” ka tanya sempena Karnival Inisia-tif Peduli Rakyat (IPR) di Pasa-raya Kota Damansara, di sini, pada 10 Mei lalu.

Pada masa sama, beliau turut meminta pelajar dari empat universiti terbabit mengemukakan permohonan

kepada Kerajaan Negeri bagi mendapatkan manfaat dise-diakan.

Mohamed Azmin berkata, langkah itu perlu dilakukan pe-lajar sendiri kerana beliau tidak diberi kebenaran memasuki universiti untuk menjelaskan berkenaan program terbabit.

“Kerajaan Negeri sentiasa prihatin berkenaan perkara itu demi manfaat golongan muda, malahan bantuan sama turut diberikan kepada pelajar Selangor di Mesir dan Jordan dengan kunjungan dilakukan ke sana, baru-baru ini,” katanya.

SHAH ALAM - Inisiatif Universiti Selangor (UNISEL) membawa hasil kerja pelajar ke luar kampus melalui Pameran Seni Visual (VEX17) antara strategi terbaik mendedahkan kebolehpa saran mereka.

Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mahfar Ali berkata, usaha itu juga memboleh-kan idea dan bakat pelajar dalam bidang grafik serta fotografi dinilai penggiat industri.

Katanya, pendedahan hasil kerja pelajar itu, sekali gus meningkatkan peluang kerjaya me-reka.

“Syabas dan tahniah kepada UNISEL kerana masih mendukung penuh aktiviti seni di negara kita.

“Pameran ini juga adalah titik penting bagi mengeratkan lagi hubungan universiti terutama pelajar dengan industri luar,” katanya ketika uca-pan perasmian Pameran VEX 2017 di AEON Pi-azza, di sini, pada 10 Mei lalu.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor, Prof Dr Mokhtar Abdullah dan Dekan Fakulti Komuni-kasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Prof Dr Azmuddin Ibrahim.

Pameran dua tahun sekali itu berlangsung se-lama enam hari di Aeon Piazza Shah Alam, ber-mula 9 hingga 14 Mei lalu.

VEX�� dedah kemampuan dan bakat pelajar

Peduli Siswa di empat IPTA

Ringan beban anak negeri

SHAH ALAM - Seramai 300 grad-uan Inpens International College (INPENS) menerima pertauliahan kecemerlangan akademik dan tamat pengajian, pada Majlis Konvokesyen INPENS kali ke-21.

Majlis konvokesyen disem-purnakan Exco Pendidikan, Pem-bangunan, Modal, Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad di Dewan Jubli Per-ak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, pada 16 Mei lalu.

Hadir sama, Exco Kemiskinan, Kerajaan Prihatin dan Pekerja Ladang, V Ganabatirau dan Ketua Eksekutif INPENS, Ahmad Zabri Mohd Yaman.

Sementara itu, majlis kon-vokesyen turut meraikan grad-uan sijil kemahiran peringkat PW2 dan PW4 meliputi pengaji-

an 10 sektor pendidikan INPENS.Majlis kemuncak itu juga tu-

rut mengiktiraf graduan cemer-lang menerusi penganugerahan khas, Anugerah Exco Pendidikan Negeri Selangor, Anugerah Se-tiausaha Kerajaan Negeri Selan-gor.

Turut disampaikan, Anugerah Semangat Jati Diri, Anugerah In-spirasi Belia, Anugerah Terbaik Sektor dan Anugerah Sukan.

Majlis sama turut memperli-hatkan Cokmar INPENS sebagai simbolik pengisytiharan pen-ganugerahan diploma dan sijil pada perarakan masuk graduan.

Ia sebagai signifikan kepada kejayaan cemerlang graduan IN-PENS sepanjang tempoh dua ta-hun pengajian di bawah Institusi Pendidikan Kerajaan Negeri itu.

��� graduan INPENS dirai

Page 20: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

21SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

Agama

WAKTU SOLAT SELANGOR19 - 26 Mei 2017

22 - 29 Syaaban1438HGombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat

Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak

19 Jumaat 5:30 5:40 7:01 1:12 4:35 7:20 8:3420 Sabtu 5:30 5:40 7:01 1:13 4:36 7:20 8:3421 Ahad 5:30 5:40 7:01 1:13 4:36 7:21 8:3522 Isnin 5:30 5:40 7:01 1:13 4:36 7:21 8:3523 Selasa 5:30 5:40 7:01 1:13 4:36 7:21 8:3524 Rabu 5:30 5:40 7:01 1:13 4:37 7:21 8:3525 Khamis 5:30 5:40 7:01 1:13 4:37 7:21 8:3526 Jumaat 5:30 5:40 7:01 1:13 4:37 7:21 8:36

19 Jumaat 5:32 5:42 7:01 1:15 4:38 7:23 8:3620 Sabtu 5:32 5:42 7:01 1:15 4:38 7:23 8:3721 Ahad 5:32 5:42 7:01 1:15 4:38 7:23 8:3722 Isnin 5:32 5:42 7:01 1:15 4:38 7:23 8:3723 Selasa 5:32 5:42 7:01 1:15 4:39 7:23 8:3724 Rabu 5:32 5:42 7:02 1:15 4:39 7:23 8:3825 Khamis 5:32 5:42 7:02 1:15 4:39 7:24 8:3826 Jumaat 5:32 5:42 7:02 1:15 4:39 7:24 8:38

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM - Jabatan Mufti Negeri Se-langor (JMNS) berikrar menyemarakkan nilai integriti dalam kalangan penjawat awam serta bebas rasuah melalui pelak-sanaan program Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan kerjasama Suruhanjaya Pence-gahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mufti Selangor, Dato’ Setia Mohd Tam-yes Abdul Wahid berkata, pihaknya komi-ted melahirkan penjawat awam berde-dikasi, berkualiti serta tahan ujian dalam mendepani cabaran masa hadapan.

“Sebagai penjawat awam, bukan ha-nya rasuah sahaja dilihat sebagai kesala-han dalam berintegriti tetapi meliputi seluruh aspek kehidupan individu.

“Kita tidak boleh menyalahguna kuasa untuk kepentingan sendiri juga keluarga. Kita harus bersifat telus dalam memikul tanggungjawab diamanahkan terutama sebagai penjawat awam dalam agensi agama,” katanya dalam program IBR di Bilik Seminar Sakinah, Jabatan Agama Is-lam (JAIS), di sini, pada 12 Mei lalu.

Mengambil contoh isu terbaru, apabi-la dua bekas pegawai masjid di Melaka yang direman empat hari bagi memban-tu siasatan berhubung urusan jual beli tanah wakaf masjid, Tamyes mengakui salah guna kuasa dan integriti boleh ber-laku kepada sesiapa sahaja.

SHAH ALAM - Jabatan Mufti Ne geri Selangor (JMNS) menjadi jabatan mufti pertama di Malaysia yang be-rani menyahut seruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Pengarah SPRM Selangor, Dato’ Wan Ramli Wan Abdullah berkata, tin-dakan kepimpinan dan warga JMNS menyertai program IBR jelas mem-perlihatkan kesungguhan berkhid-mat dalam suasana kerja kondusif dan bebas rasuah.

“IBR kali ini agak unik dan berbe-za berbanding IBR korporat kerana ia memberi penekanan kepada ikrar serta janji pimpinan JMNS juga war-ganya dalam kapasiti individu untuk menjunjung tanggungjawab serta akauntabiliti bagi menjauhi serta menghindari diri daripada terbabit dengan sebarang godaan rasuah atau salah guna kuasa.

“Aspirasi dan kesedaran ini harus

Jabatan Mufti Selangor tekad bebas rasuah

Semarak nilai integriti

Jabatan mufti pertama ikrar bebas rasuah

“Situasi ini memberi gambaran kepada kita bahawa isu rasuah boleh berlaku di mana sahaja dan lebih memilukan jika ber-laku pada pihak yang ada hubung kait de-ngan urusan atau institusi agama.

“Dengan IBR, saya menyeru kakitangan JMNS mempertingkatkan kualiti kerja serta integriti tinggi dalam melaksanakan tuntu-tan amanah yang dipikul,” katanya.

Kita tidak bolehmenyalahguna kuasa untuk kepentingan sendiri juga keluarga. Kita harus bersifat telus dalam memikul tanggungjawab diamanahkan terutama sebagai penjawat awam dalam agensi agamaMOHD TAMYESABDUL WAHIDMufti Selangor

dipuji serta menjadi ikutan juga con-toh kepada agensi kerajaan lain,” kata-nya dalam program IBR di Bilik Seminar Sakinah, Jabatan Agama Islam (JAIS), di sini, pada 12 Mei lalu.

Pada majlis itu, 53 warga JMNS hadir berikrar akan menyediakan perkhidmatan yang telus serta bebas rasuah.

Ramli juga menyatakan, sifat keter-bukaan dan kebertanggungjawaban dipamerkan JMNS membuktikan usaha membanteras rasuah bukan tanggung-jawab eksklusif SPRM sahaja.

“Inisiatif JMNS ini membuktikan tanggungjawab itu perlu dikongsi ber-sama seluruh masyarakat khususnya kalangan agensi kerajaan,” katanya.

Page 21: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

22 SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

Wanita & Kebajikan

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM - Duli Yang Maha Mulia Sultan Sela-ngor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sukacita di atas pemilihan Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh sebagai speaker wanita per-tama dan termuda negara.

Baginda bertitah, lantikan itu membuktikan ke-sungguhan Kerajaan Negeri mengangkat marta-bat wanita dalam pentadbiran Selangor.

“Selangor mencatatkan sejarah dengan memi-lih speaker wanita dan yang paling muda di Ma-laysia.

“Beta mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini kerana ia membuktikan anak muda dan wanita mampu memimpin serta memberi sumbangan positif kepada masyarakat, negeri atau negara,” ti-tah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Majlis Peras-mian Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Seluruh Malaysia 2017, di Hotel Concorde, di sini, pada 13 Mei lalu.

Hannah menggalas tugas sebagai speaker DNS di bawah Kerajaan Pakatan, pada 21 Jun 2013.

Sepanjang tempoh itu, pelbagai pembaharuan dan pengukuhan demokrasi diterapkan dalam DNS bagi memberi peluang Ahli Dewan Negeri berbahas secara konsisten.

SHAH ALAM - Seramai 1,000 wanita Se-langor dirai Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) sem-pena sambutan Hari Ibu, pada 14 Mei lalu.

Pengerusinya, Datin Seri Shamshida Taharin berkata, majlis itu bagi menghar-gai kaum ibu yang banyak berjasa dalam memainkan peranan membina keluarga sejahtera.

Katanya, ia harus disambut setiap masa dan hari bukan sekadar pada hari tertentu sahaja.

“Nikmat tertinggi sebagai wanita apa-bila kita diberikan amanah bergelar ibu. Allah SWT mengangkat tinggi kaum ibu begitu juga agama lain yang sentiasa me-mentingkan nilai hormat kepada ibu.

“Namun, ibu perlu ingat bahawa tang-

gungjawab ini besar, maka galaslah de-ngan sebaik-baiknya untuk anak dan ke-luarga,” katanya ketika menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Ibu 2017, di sini, pada 13 Mei lalu.

Hadir sama, Exco Kebajikan, Kesihat-an, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi dan Pengerusi Persatuan Taska Negeri Selangor (PTNS), Mahanom Basri.

Terdahulu, tirai majlis sambutan dibu-ka dengan slot motivasi oleh pakar moti-vasi tersohor, Prof Dr Muhaya Mohamad, selama satu jam.

Majlis turut menyaksikan Ketua Pem-bangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima Anugerah Khas PEKAWANIS 2017.

DYMM Sultan Sharafuddin puji pentadbiran negeri

Cipta sejarah tingkat martabat wanita

Ia termasuk mewajibkan Ketua Pem-bangkang dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Awam selaras amalan negara Komanwel.

Selain itu, kemudahan, elaun dan akses pengangkutan turut diberikan kepada Ketua Pembangkang bagi me-mastikan fungsi DNS dijalankan secara

berkesan.Mengambil kira segala pelaksanaan

itu, baginda bertitah supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) dan badan legislatif sentiasa bergerak maju dalam memenuhi peranan pentadbiran ne-geri.

Titah baginda, ia termasuk kerjasa-

ma komponen kerajaan dan peranan dimainkan wakil pembangkang dalam DUN.

“Beta ingin menegaskan bahawa gerak usaha harus bersendi semula dengan nilai teras budaya bangsa kita yang sentiasa menghormati Majlis Raja-Raja,” titah baginda.

Lebih �,��� ibu dirai

Page 22: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

23SelangorKini 19 - 26 Mei 2017

Sukan

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM - Kebangkitan yang dipamerkan PKNS FC selepas ketinggalan 1-3 sebelum mengi-kat Kedah 4-4 pada 9 Mei lalu mendapat pujian Ketua Jurulatih, E Elavarasan.

Namun, kehilangan dua mata tetap dianggap satu kerugian kerana Kedah tidak turun dengan kesebelasan utama terbaik, pada perlawanan itu.

“Kita kena terima, melepaskan tiga gol awal kerana pertahanan yang longgar dalam merantai pe-main Kedah.

“Masuk babak kedua, pemain kita tahu bagaimana untuk bang-kit dan tahniah kepada pasukan dari 1-3 kepada 3-3 sebelum dua pasukan dapat penalti. Yang penting, jangan kalah bagi kita,” katanya.

Elavarasan berkata, padang yang becak juga menjejaskan

rentak pemain ditambah faktor keletihan kerana mereka baru sahaja pu-lang daripada perlawanan Pi-ala Sultan Sela-ngor.

Kataya, per-lawanan menen-tang Kedah pada pusingan pertama lebih baik kerana mereka menjaringkan gol terlebih da-hulu berbanding, pada 9 Mei lalu.

Elevarasan tetap menyatakan kepercayaan kepada pasukannya untuk bangkit terutama pada pusingan kedua liga dan akan memperkukuh pasukan, selepas ini.

“Kita akan mantapkan baha-gian tengah dan mungkin perta-hanan atau serangan. Semuanya bergantung kepada peruntukan pengurusan,” katanya.

SUBANG - Karnival Sihat Se-langor peringkat Majlis Per-bandaran Subang Jaya (MPSJ) 2017 yang diadakan di Pasar Tani FAMA Putra Height, di sini, mendapat sambutan menggalakkan apabila lebih 1,000 peserta menyertainya.

Dua kategori iaitu larian si-hat dan kayuhan hidup sihat dijayakan bertujuan mene-rapkan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti setempat.

Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, program membabit-kan dua aktiviti itu dilak-sanakan secara serentak ber-mula jam 7.30 pagi, pada 13 Mei lalu.

“Karnival Sihat Selangor ini

Pusingan kedua Liga Super

PKNS FC mahu bangkit

Warga Subang meriahkanKarnival Sihat

#kapcaipackers: Alfif dan Diana rentasi KathmanduSHAH ALAM - Siri jelajah ke kota London pasangan suami isteri, Mohd Alfifshahrin Zakaria ser-ta Diana Latief dengan menaiki kapcai berterusan dan kini mere-ka berjaya merentasi bumi Kath-mandu, Nepal.

Alfifshahrin, 31, dan Diana, 30, memulakan siri jelajah itu pada 8 April lalu di Batu Caves menaiki Honda RS 150R dengan sasaran menamatkannya dalam tempoh 120 hari, sebelum September ini.

Melalui laman media sosial Facebooknya, Alfifshahrin yang juga anak kelahiran Klang me-maklumkan pengembaraannya kini di Kathmandu dan berkongsi maklumat serta gambar.

Sebelum itu, Alfifshahrin dan Diana melalui beberapa negeri di Thailand ketika memulakan pengembaraan yang dilepaskan

Exco Generasi Muda, Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawa-nan, Amirudin Shari.

Pengembaraan ‘percutian bulan madu’ bagi pasangan pe-ngantin baru itu adalah program sulung direncanakan merentasi 25 negara antaranya Austria, Bel-gium, Perancis, England, Hungary sebelum berakhir di London.

Ia turut didukung sepenuh-nya Persatuan Mencegah Dadah (PEMADAM) Selangor dan GIVI Motorcycle Accessories yang menaja kelengkapan peralatan mereka.

Sebagai tanda sokongan rakyat Malaysia khususnya warga Sela-ngor, aktviti pengembaraan me-reka boleh diikuti di laman rasmi Facebook, PEMADAM SELANGOR atau menggunakan hashtag #kapcaipackers di laman sosial.

salah satu program Jawatankua-sa Tetap Kesihatan Negeri Se-langor bagi menerapkan gaya hidup sihat dalam kalangan ma-syarakat.

“Program ini juga mengete-ngahkan Kempen Berjalan 10,000 Langkah sehari ke arah gaya hidup sihat selari dengan hasrat Kerajaan Negeri,” katanya pada program itu.

Katanya, program itu juga memberikan peluang untuk ma-syarakat bertemu dan beramah mesra dengan pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan.

Larian Sihat MPSJ terbuka kepada peserta berumur 12 ta-hun ke atas dan 300 medal dita-warkan kepada peserta terawal

yang berjaya menamatkan la rian serta mengumpul tiga ‘wrist-bands’ dari tiga ‘check point’.

Sementara itu, kayuhan sihat berbentuk santai itu terbuka ke-pada individu berumur 15 tahun ke atas dengan jarak kayuhan se-jauh 25 kilometer.

Peserta digalakkan meng-gunakan basikal jenis ‘mountain bike ‘ serta mempunyai ciri ke selamatan iaitu brek selain mere-ka diwajibkan memakai topi kele-dar khas.

Turut hadir merasmikan pelepasan peserta adalah Exco Kebajikan, Kesihatan dan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi dan Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Supri-tendan Choo Lily.

Page 23: PELUANG PERNIAGAAN PELABURAN SERANTAU - … · PELUANG PERNIAGAAN & 69% KEKAL SOKONG Rakyat memilih untuk kekal bersama PAKATAN kerana mereka cukup senang dengan kepimpinan ... siti

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

23

OLEH LIZAWATI MADFA

GOMBAK - Kelab Bola Sepak Remaja Shah Alam muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala 9 Se-belah YB Amirudin Shari selepas menewaskan pasukan Sungai Terentang 2.

Kemenangan itu, sekali gus melayakkan kelab terbabit menerima wang tunai RM2,000 serta piala pusingan, piala dan medal, manakala naib juara menerima RM1,000 juga medal.

Mula diperkenalkan pada 2015, kejohanan bola sepak yang sebelumnya dikenali sebagai Pia-la William Leong mempertaruh-kan 20 pasukan.

Penyelaras DUN Kuang, Sala-siah Disa berkata, kejohanan kali ini dijenamakan semula sempena inisiatif Jawatankuasa Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pem-bangunan Usahawan membaik pulih padang perlawanan, di Batu Arang.

Katanya, ia termasuk kerja meratakan padang, menanam rumput baru dan memasang pagar keliling.

“Selain itu, kita juga yakin ak-tiviti sebegini dapat menggalak-kan gaya hidup sihat dalam ka-langan rakyat terutama golongan belia dengan aktiviti bersukan.

“Ia sekali gus dapat mencung-kil dan mengasah bakat permain-

SHAH ALAM - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) enggan berganjak daripada keputusan untuk mengekalkan final Piala FA di Stadium Shah Alam bukan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, pada 20 Mei ini.

Terdahulu, Perbadanan Stadi-um Malaysia (PSM) mencadang-kan aksi final itu diadakan di Sta-dium Nasional, Bukit Jalil.

Bagaimanapun, selepas me-ngambil kira keadaan tempat letak kereta yang terhad di kawasan itu terutama bagi penyokong, maka FAM dan Usahasama Liabiliti Ter-

had Bola Sepak Malaysia (FMLLP) enggan mengambil risiko me-ngubah lokasi perlawanan.

“FAM dan FMLLP sudah melihat keadaan Stadium Nasional, mala-han kami juga didekati PSM dan Kementerian Belia dan Sukan.

“Tetapi, sudah tentu kami ti-dak boleh menggunakan stadium berkenaan ekoran keadaan tempat letak kereta yang tidak mencukupi memandangkan kawasan itu se-dang sibuk dengan kerja naik taraf,” kata Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, lapor ASTRO AWANI.

Kejohanan Bola Sepak Piala 9 Sebelah YB Amirudin Shari

Kelab Bola Sepak RemajaShah Alam juara

an bola sepak dalam kalangan mereka dan boleh diketengah-kan jika berpotensi ke arah itu,” katanya.

Kejohanan itu anjuran bersama Kelab Belia Batu Arang dan Ang-katan Muda Keadilan Selayang dengan kerjasama Exco Kerajaan Negeri, Ahli Parlimen Selayang, Majlis Perbandaran Selayang, Jawatankuasa Komuniti India Batu Arang dan JKKK Batu Arang.

Stadium Shah Alam jadi pilihan final Piala FA

PKNS FC mahu bangkit dalam pusingan kedua Liga Super