PEMULIHAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Pendidikan pemulihan

Citation preview

PROGRAM PEMULIHAN

PROGRAM PEMULIHAN

Definisi Program Pemulihan KhasSatu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asasmembaca, menulis, mengira (3M)yang kompleks disebabkan olehfaktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus. (Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan. (National Association for Remedial Education NARE Great Britain - 1977)

Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira.(PanduanAm KBSR - 1982)

Murid Pemulihan KhasMurid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan olehfaktor persekitaran dan bukan kognitif.(Jabatan Pendidikan Khas, KPM, 2008 )RasionalProgram Pemulihan Khas (PPK) dijalankan di sekolah adalah kerana bilangan murid yang ramai di dalam sesebuah kelas agak menyukarkan guru untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.Majoriti kelas KBSR pada masa ini mempunyai bilangan murid antara 35-45 orang. Hal ini berlawanan dengan konsep kelas kondusif yang seharusnya mempunyai bilangan murid antara 25-30 orang sahaja. PPK pada dasarnya bertujuan untuk memastikan murid-murid menerima layanan individu mengikut kadar perkembangan kognitif mereka.

Kumpulan SasaranProgram Pemulihan Khas dijalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal.1) Masalah pembelajaran akibat : a) ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru b) sering tidak hadir ke sekolah c) cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran d) leka dan lambat2) Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran : a) masalah peribadi b) masalah psikologi c) kurang kecerdasan (lambat berfikir, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan)Senarai Tugas Guru Pemulihan Khas1) Merancang dan melaksanakan program pemulihan khas mengikut prosidur yang telah ditetapkan.2) Membantu guru-guru mata pelajaran dalam hal mengenalpasti murid-murid yang memerlukan pengajaran pemulihan.3) Berjumpa dan berbincang dengan guru mata pelajaran, guru bimbingan, ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, tabiat, kesihatan dan lain-lain keterangan mengenai latar belakang murid.4) Bertindak sebagai setiausaha Jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah dan mengadakan latihan perkembangan staf di peringkat sekolah atau daerah.5) Tugas-tugas yang berkaitan dengan kebajikan murid- murid.Senarai Semak Tugas-Tugas GPK1) Instrumen/Ujian yang dijalankan Mengumpul maklumat murid Pemulihan Khas (Borang Pencalonan Murid) Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik BM (Lisan, Bertulis, Praktik) Menjalankan Ujian-ujian Diagnostik MT Menjalankan Ujian Pelepasan IPP2M Merekod dan menganalisis Ujian-ujian yang dijalankan kepada murid Menjalankan tindakan susulan ke atas murid (berjumpa/berbincang dengan ibu bapa) Mengusulkan murid menjalani pemeriksaan doktor Mengumpulkan rekod ujian/peperiksaan murid dalam arus perdana Mengadakan perbincangan dengan pihak pentadbir/mesyuarat dari semasa ke semasa tentang masalah murid Melapor pencapaian murid kepada pihak pentadbir/ mesyuarat dari semasa ke semasa

2) Pengurusan Fail dalam Pemulihan Khas Menyedia/ melengkapkan Fail Induk dan diletakkan di pejabat pentadbiran sekolah 06/04/013 Fail Guru 06/04/013/01(Melengkapkan segala maklumat guru/sijil kursus) Fail Maklumat Program 06/04/013/02 (Melengkapkan carta organisasi/ AJK/ Pekeliling/Takwim/Borang/ Jadual waktu kelas) Fail Surat Menyurat 06/04/013/03 (Surat-surat dari sekolah/PPD/JPNS/KPM) Fail Minit Mesyuarat 06/04/013/04 (Surat panggilan/agenda mesyuarat/minit mesyuarat) Fail Murid 06/04/013/05(Senarai nama murid/borang pencalonan) Fail Diagnostik BM&MT 06/04/013/06 (Ujian Diagnostik BM-Lisan/Praktik/Bertulis, Ujian Diagnostik MT Fail Pelepasan BM&MT 06/04/013/07 (Ujian IPP2M/Ujian Pelepasan MT dan lain-lain) Fail Analisa Ujian 06/04/013/08 (Borang Rekod Ujian Diagnostik BM/MT/ Ujian & Peperiksaan dalam arus perdana) Fail Lembaran Kerja 06/04/013/09 (Lembaran kerja BM & MT) Fail Kertas kerja 06/04/013/10 (Kertas kerja/ pamplets/ laporan program) Fail LINUS 06/04/013/11(Maklumat LINUS/ Fail Individu murid3) Pengurusan Program LINUS Menyedia/ melengkapkan Fail LINUS 06/04/013/011 Menjadi AJK program LINUS di sekolah Memahami keperluan/masalah murid dalam menguasai Konstruk 1 & Konstruk 2 Merancang aktiviti P&P yang sesuai bagi Konstruk 1 & Konstruk 2 Mengadakan pertemuan/perbincangan dengan ibu bapa/ penjaga murid Tindakan susulan kepada murid untuk menjalani pemeriksaan doktor Menyediakan BBM yang sesuai dengan keperluan murid Membuat pemerhatian ke atas murid samaada di dalam/ di luar kelas. Latihan bertulis disediakan sesuai dengan kebolehan muridSumber : Borang Pemantauan, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan.Perbezaan Pemulihan Khas Dan Pendidikan KhasSeringkali guru-guru asas keliru membezakan di antaraPemulihan KhasdanPendidikan KhasMasalahPembelajaran. Salah tanggapan ini kadang kala menyebabkan murid-murid di salah label. Setiap insan itu istimewa, tidak kira siapa pun murid- murid kita, mereka berhak mendapat pendidikan yang terbaik demi masa depan mereka.Dunia pendidikan sekarang lebih fokus kepada murid-murid yang istimewa ini. Tidak kira mereka berada dalam kelas pemulihan khas atau pendidikankhas, mereka diberi keutamaan dan penumpuan yang lebih untuk mencapai sifar dalam menangani masalah 3M. Pelbagai cara dan kaedah yang dijalankan untuk membantu murid-murid menguasai kemahiran 3M. Bagi muridPendidikanKhas mereka juga diberi pendedahan dan pengajaran yang lebih kurang sama dengan PemulihanKhas.

Murid Pemulihan KhasYang nyata, murid pemulihan khas ialah murid normal yang menghadapi kesulitan pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Murid- murid ini tercicir dalam penguasaan 3M berbanding rakan sebaya mereka. Murid pemulihan khas akan datang ke kelas pemulihan khas ketika waktu mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik sahaja dan akan kembali ke kelas mereka semula untuk mempelajari mata pelajaran lain.

Murid pendidikan KhasMurid pendidikan khas pula ialah murid OKU yang telah mendapat pengesahan daripada doktor dan diberikan elaun. Murid- murid ini belajar sepenuh masa di kelas pendidikan khas.

Ciri-Ciri Murid Pemulihan KhasMurid-murid pemulihan khas mempunyai bermacam ciri yang membezakannya dengan murid-murid lain yang tahap pembelajarannya adalah normal di dalam kelas.Ciri-ciri kanak-kanak pemulihan juga boleh dikelaskan kepada 5 kategori, iaitu emosi dan tingkahlaku, sosial, kesihatan, kesediaan belajar dan pengamatan.Antaraciri-ciri murid pemulihan khasadalah seperti berikut:1) Emosi dan Tingkahlaku Mempunyai perasaan rendah diri dan risau. Mempunyai perasaan sedih, hiba atau duka. Cepat berasa bosan atau jemu terhadap pelajaran. Mempunyai perasaan takut akan perkara-perkara baru. Bersikap degil, tidak patuh pada peraturan-peraturan dan suka melawan. Bersikap pasif. Malas2) Sosial Sentiasa berasa gelisah dan selalu bergerak di dalam bilik darjah serta mengganggu kawan-kawan. Lemah / kurang interaksi dengan rakan. Mempunyai perangai ganjil seperti gemar menghisap atau menggigit jari/kuku. Selalu tidak hadir ke sekolah dengan berbagai-bagai alasan. Suka berbohong dan kadang-kadang mencuri. Hyper aktif.3) Kesihatan Tidak bertenaga serta kurang zat makanan. Tumbesaran tubuh badan tidak seimbang (gemuk/kurus). Tumpuan perhatian terhad (masalah penglihatan). Lemah gerakan motor-kasar dan halus. Kesihatan terganggu seperti selalu sakit, sakit terlalu lama dan teruk. Kurang menjaga kebersihan diri.

4) Kesediaan Belajar Belum bersedia untuk belajar. Perbendaharaan kata kurang. Lemah pemahaman. Kurang keyakinan diri dan rangsangan. Kurang matang IQ tidak seimbang dengan umur hayat.5) Pengamatan Tidak boleh mengenal perbezaan bentuk, saiz, warna dan turutan. Lemah terhadap pendengaran bunyi dan rentak. Keliru terhadap konsep ruang dan mencari arah. Lambat mengelaskan benda atau nombor. Kesukaran mengaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru. Tidak dapat menyelesaikan masalah. Sukar mengambil bahagian dalam permainan dan tidak faham undang-undang. Tidak dapat membuat kerja-kerja yang kreatif. Lemah pergerakan dan perbuatan. Lemah daya pemikiran/ingatan. Tidak boleh mengingat kembali apa yang telah dipelajari. Sukar untuk membuat kenyataan am

Sumber: Jabatan Pendidikan Khas, 2009

TUGAS GURU PEMULIHAN KHASCatatan ini pula adalah berdasarkan Buku Panduan Pelaksanaan Program pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M), Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia, 1999.A. Senarai tugas1) Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari tahun 1 hingga tahun 6. Keutamaan hendaklah diberikan kepada murid-murid tahun 1, 2 dan 3.2) Membantu guru-guru asas dalam hal-hal: Mengenal pasti muri-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pemulihan. Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan Mengajar bersama-sama dengan guru asas sekiranya keadaan memerlukan.3) Berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/doktor/pegawai kebajikan atau pihak lain berkaitan untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang dan biodata murid yang belum menguasai kemahiran asas 3M yang telah dicalonkan untuk mengikuti program pemulihan khas.4) Melaksanakan penilaian berterusan terhadap kemajuan murid-murid kelas pemulihan khas dan merekodkan kemajuan murid, latar belakang murid, laporan kesihatan, hasil temu bual dan rujukan.5) Menjadi ahli jawatankuasa KBSR sekolah6) Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah untuk guru-guru, guru-guru besar dan pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri mengenai teknik-teknik pengajaran pemulihan serta bahan-bahannya sekiranya keadaan mengizinkan.7) Lain-lain tugas yang diberikan dari semasa ke semasa.B. Jadual WaktuGuru Pemulihan Khas dikehendaki mempunyai agihan masa seperti berikut: Masa untuk mengajar 990 minit Masa untuk persediaan dan panduan 120 minit (dimasukkan ke dalam Jadul Waktu) Masa luang (free period) sama seperti yang diberi kepada guru-guru lain di sekolah yang berkenaan.

Jumlah masa terlibat dengan program pemulihan ialah1110 minit seminggu. Masa untuk persediaan dan panduan hendaklah digunakan untuk: Membuat rundingan dengan ibu bapa atau penjaga murid Membuat persediaan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran mengemas kini rekod-rekod Bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid Runding cara dengan guru kelas atau guru mata pelajaran tentang perkembangan murid di kelas biasa Runding cara dengan guru besar untuk meningkatkan mutu pencapaian murid Mengemas kini sudut-sudut pameran pembelajaran Sentiasa berusaha mempertingkatkan kemajuan pencapaian kemahiran murid

PERANAN GURU PEMULIHAN KHAS1)Peranan Penilaian (Assessment Role) Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M. Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh murid secara khusus. Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan sistematik.

2)Peranan Preskriptif (Prescriptive Role) Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu. Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya diperlukan.

3)Peranan Pengajaran (Therapeutic Role) Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif pembelajaran khusus dapat dicapai. Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa. Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara team-teaching atau khidmat damping sekiranya perlu.

4)Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role) Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenai teknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi m,asalah pembelajaran.

5)Peranan Perhubungan (Liaison Role) Berhubung dengan: Pentadbir sekolah Guru Besar dan Penolong Kanan Guru-Guru lain guru kelas dan guru subjek Ibu bapa dan waris Masyarakat Khidmat sokongan pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.

6)Peranan Kaunseling (Counseling Role) Memupuk hubungan mesra (rapport) dengan murid dalam suasana yang bebas dari ancaman Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif.

7)Peranan Advokasi (Advocative Role) Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di peringkat PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri. Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan juga para waris melalui program reach out atau outreach.