11
1.0 Pengenalan Keselamatan merupakan perkara asas dan hak semua manusia. Setiap individu berhak untuk mendapat keperluan keselamatan yang dapat mencegah mereka daripada terlibat setiap kecelakaan, kemalangan dan kematian yang disebabkan oleh aspek keselamatan yang rapuh. Keselamatan adalah merangkupi semua tempat baik di rumah, sekolah, tempat awam, tempat kerja dan jalan raya. Setiap individu terdedah kepada pelbagai risiko yang pelbagai. Mereka yang terdedah kepada risiko bahaya yang tinggi adalah seperti anggota pasukan keselamatan, pekerja binaan dan juga kanak-kanak. Berdasarkan Teori Motivasi Maslow, setelah tahap keperluan makanan dipenuhi, seseorang itu perlukan keselamatan. Setelah tahap keperluan keselamatan dipenuhi, seseorang itu melangkah ke tahap keperluan sosial iaitu keperluan berkawan dan berhubung dengan orang lain. Tuntutan ini menyebabkan manusia melakukan pelbagai perkara untuk menjamin tahap dan standard aspek keselamatan diri sentiasa dipenuhi, dihormati dan dijamin. Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, kanak- kanak akan merasa takut, bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara sedar atau tidak. Oleh itu, satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada kanak-kanak supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian, perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang membahayakan kepada manusia. 2.0 Pelaksanaan Keselamatan di Sekolah Pelaksanaan keselamatan di sekolah adalah dilaksanaan atas dasar keselamatan kepada murid, guru dan semua warga sekolah bagi mengelakkan sebarang ancaman bahaya sama ada dari dalam ataupun luar sekolah. Pelaksanaan ini juga bagi mengelakkan sebarang pihak dituduh atau cuai dalam melaksanakan sebarang tugas sehingga menyebabkan warga sekolah menghadapi bahaya. Pelaksanaan keselamatan di sekolah adalah bermula daripada pihak pentadbir, staff sokongan, persatuan ibu bapa dan guru, dan pengawal keselamatan. Pihak pentadbiran harus memastikan aspek keselamatan sekolah terjamin dengan mewujudkan peraturan dan polisi keselamatan yang dapat melindungi semua warga sekolah. Pihak pentadbiran juga harus memastikan setiap aspek keselamatan dari segi kemudahan keselamatan seperti kawasan 1

Pendidikan Kesihatan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

PKE semester 4 (minor)

Citation preview

Page 1: Pendidikan Kesihatan

1.0 Pengenalan

Keselamatan merupakan perkara asas dan hak semua manusia. Setiap individu berhak

untuk mendapat keperluan keselamatan yang dapat mencegah mereka daripada terlibat

setiap kecelakaan, kemalangan dan kematian yang disebabkan oleh aspek keselamatan

yang rapuh. Keselamatan adalah merangkupi semua tempat baik di rumah, sekolah, tempat

awam, tempat kerja dan jalan raya. Setiap individu terdedah kepada pelbagai risiko yang

pelbagai. Mereka yang terdedah kepada risiko bahaya yang tinggi adalah seperti anggota

pasukan keselamatan, pekerja binaan dan juga kanak-kanak.

Berdasarkan Teori Motivasi Maslow, setelah tahap keperluan makanan dipenuhi,

seseorang itu perlukan keselamatan. Setelah tahap keperluan keselamatan dipenuhi,

seseorang itu melangkah ke tahap keperluan sosial iaitu keperluan berkawan dan

berhubung dengan orang lain. Tuntutan ini menyebabkan manusia melakukan pelbagai

perkara untuk menjamin tahap dan standard aspek keselamatan diri sentiasa dipenuhi,

dihormati dan dijamin.

Konsep keselamatan merujuk kepada langkah-langkah yang dilaksanakan oleh

individu atau kumpulan untuk mengelakkan kemudaratan seperti kemalangan, kematian

atau kecederaan. Tanpa perlindungan keselamatan, kanak-kanak akan merasa takut,

bimbang atau mudah terdedah kepada sesuatu yang memudaratkannya sama ada secara

sedar atau tidak. Oleh itu, satu sistem perlindungan yang adil hendaklah diberikan kepada

kanak-kanak supaya dapat memenuhi tuntutan keperluan ketenteraman, kedamaian,

perlindungan, bebas dari rasa resah, bebas dari ketakutan yang semuanya merupakan

aspek keselamatan. Ketiadaan keselamatan ini akan menimbulkan satu keadaan yang

membahayakan kepada manusia.

2.0 Pelaksanaan Keselamatan di Sekolah

Pelaksanaan keselamatan di sekolah adalah dilaksanaan atas dasar keselamatan kepada

murid, guru dan semua warga sekolah bagi mengelakkan sebarang ancaman bahaya sama

ada dari dalam ataupun luar sekolah. Pelaksanaan ini juga bagi mengelakkan sebarang

pihak dituduh atau cuai dalam melaksanakan sebarang tugas sehingga menyebabkan

warga sekolah menghadapi bahaya.

Pelaksanaan keselamatan di sekolah adalah bermula daripada pihak pentadbir, staff

sokongan, persatuan ibu bapa dan guru, dan pengawal keselamatan. Pihak pentadbiran

harus memastikan aspek keselamatan sekolah terjamin dengan mewujudkan peraturan dan

polisi keselamatan yang dapat melindungi semua warga sekolah. Pihak pentadbiran juga

1

Page 2: Pendidikan Kesihatan

harus memastikan setiap aspek keselamatan dari segi kemudahan keselamatan seperti

kawasan sekolah yang berpagar, ada pengawal keselamatan, memasang CCTV, peralatan

pemadam kebakaran, pelan kecemasan, mewujudkan jadual bertugas untuk guru dan

semua kakitangan sekolah. Pihak pentadbir juga patut menyenaraikan kawasan larangan

semasa murid belajar, semasa murid rehat, murid menjalankan aktiviti kokurikulum dan

semasa balik.

Buku rekod pelawat adalah perlu diletakkan di pintu masuk iaitu di pondok jaga.

Setiap pergerakkan warga sekolah dan pelawat direkodkan bagi membantu pihak yang

berkenaan jika berlaku sebarang perkara yang tidak dijangka. Peranan ibu bapa juga

penting seperti ketika menghantar dan mengambil anak ke sekolah. Perkara seperti ibu

bapa perlu menjemput anak ke dalam kawasan sekolah lebih baik daripada membiarkan

anak berjalan ke luar kawasan sekolah dan mencari tempat letak kereta ibu bapa mereka.

Perkara ini akan mendatangkan risiko seperti kemalangan dan penculikan. Walau

bagaimanapun kesukaran akan di hadapi oleh murid yang menggunakan bas atau van

sekolah. Oleh itu, guru dan pengawal keselamatan perlu bekerjasama dalam mengawasi

segala pergerakan murid-murid sewaktu pergi dan balik sekolah.

Pihak pentadbir juga boleh meminta pertolongan unit bantuan seperti rela atau pihak

polis bagi mengawasi kawasan sekolah semasa pergi dan balik dari sekolah. Inisiatif ini

perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan murid dan warga sekolah. Pihak sekolah juga

harus sentiasa mengingatkan murid-murid agar sentiasa menjaga keselamatan diri dengan

berjalan dalam kumpulan.

3.0 Pelaporan Pelaksanaan Keselamatan Sekolah

Pelaporan pelaksanaan keselamatan sekolah adalah merangkumi keselamatan

persekitaran, keselamatan diri dan keselamatan semasa melakukan amali atau aktiviti

olahraga di sekolah. Perkara tersebut harus di pandang serius oleh pihak yang bertanggung

jawab. Aspek keselamatan tersebut dihuraikan seperti berikut:

3.1 Konsep dan Polisi Keselamatan di Sekolah

Konsep sekolah selamat adalah persekitaran sekolah yang selamat di mana warga

sekolah merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari

dalam mahupun luar.

Polisi keselamatan di sekolah adalah seperti berikut:

i. Ambil serius setiap aduan

ii. Tindakan serta merta bagi setiap aduan

2

Page 3: Pendidikan Kesihatan

iii. Ambil kira perasaan

iv. Layanan yang saksama dan adil

v. Selesaikan kes dengan sempurna

vi. Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk

vii. Tatacara seharusnya boleh difahami oleh sumua pihak yang terlibat.

3.1.1 Keselamatan Persekitaran

Keselamatan persekitaran adalah keselamatan dalam skop yang luas iaitu

keseluruhan kawasan sekolah. Kawasan persekitaran sekolah yang selamat

dalah kawasan sekolah yang berpagar, tidak ada sebarang ancaman

daripada benda tajam pada kawasan sekolah, persekitaran yang bersih, tiada

ancaman dari binatang berbisa seperti ular dan binatang buas.

Keselamatan persekitaran juga merangkumi keadaan kemudahan

yang terdapat di sekolah. Kemudahan perlu diselenggara mengikut tempoh

yang ditetapkan misalnya peralatan sukan yang digunakan oleh murid-murid

semasa aktivit sukan dan permainan. Pihak sekolah seharusnya mewujudkan

kawasan larangan kepada semua warga sekolah semas aktiviti kelas,

perhimpunan, rehat dan, pergi dan balik sekolah. Perkara ini akan

memudahkan pihak yang bertanggungjawab memantau keadaan di setiap

kawasan.

3.1.2 Keselamatan Makmal

Di dalam makmal aspek keselamatan yang dititik beratkan adalah berkaitan

dengan cara menggunakan perkakas makmal supaya tidak terjatuh, pecah

dan mendatangkan bahaya seperti risiko kebakaran dan kecederaan. Melalui

pemerhatian, sekolah telah melabelkan peralatan makmal yang digunakan

supaya tidak tersalah guna. Peraturan-peraturan ditulis pada dinding makmal

sekolah untuk peringatan kepada murid-murid. Berikut adalah prosedur

keselamatan yang perlu ada di setiap makmal:

a) Semua makmal ada pemadam api dan peti kecemasan.

b) Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru.

c) Pelajar mesti beratur dan senyap semasa masuk ke makmal.

d) Pelajar sentiasa mematuhi peraturan am makmal serta arahan

guru.

e) Pelajar tidak bising dan bermain dalam makmal.

3

Page 4: Pendidikan Kesihatan

f) Pelajar tidak menjalankan sesuatu aktiviti atau uji kaji tanpa

kebenaran guru.

g) Pelajar tidak memasang kipas semasa menjalankan eksperimen

khususnya eksperimen yang melibatkan penggunaan penunu

Bunsen.

h) Pelajar yang berambut panjang mesti mengikatnya dan yang

bertudung mestilah dipinkan kepada baju supaya tidak ditiup

angin.

i) Pelajar tidak berebut-rebut untuk mendapatkan bahan kimia.

j) Baca label pada botol bahan uji dengan teliti sebelum

memulakan eksperimen.

k) Pelajar tidak membazirkan bahan kimia, gas, air dan tenaga

elektrik.

l) Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan kepada

guru dengan segera.

m) Bersihkan radas atau bahan selepas digunakan dan letakkan

pada tempat asal.

n) Buangkan semua sampah ke dalam tong sampah.

o) Bersihkan papan tulis, sinki, meja dan letakkan bangku di atas

meja serta tutup semua suis elektrik dan paip air sebelum

meninggalkan makmal.

3.1.3 Keselamatan Diri

Keselamatan diri didefinisikan sebagai keupayaan dan kebolehan seseorang

untuk melindungi diri daripada mendapat kemudaratan secara fizikal dan

emosi sebagai gerak balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam

dirinya dan di sekitarnya. Keupayaan menjaga keselamatan diri melibatkan

adanya usaha dan tindakan awal individu untuk mengelak sesuatu

kecelakaan seperti kecederaan dan kemalangan daripada berlaku. Setiap

manusia memberikan respon kepada perkara-perkara yang mengancam

keselamatan dirinya. Misalnya, lari menyelamatkan diri apabila dikejar anjing.

Keselamatan diri juga merangkumi keselamatan murid-murid apabila

berada di luar kawasan sekolah terutama semasa melintas jalan raya.

4

Page 5: Pendidikan Kesihatan

Sehubungan dengan itu pihak sekolah seharusnya mewujudkan sistem

keselamatan.

3.1.3.1 Dalam bilik darjah

Elakkan berlari dalam bilik darjah

Tidak bermain barangan yang boleh membahayakan diri seperti

barangan elaktrik, cermin tingkap dan sebagainya.

3.1.3.2 Di kawasan kantin

Beratur ketika membeli makanan dan tidak berebut

Elakkan berlari kerana lantai mungkin licin dan berminyak

3.1.3.3 Di Kawasan Persekitaran

Tidak bermain di kawasan sunyi seperti di belakang bangunan

Tidak berlari – terjatuh longkang

Tidak memanjat tiang gol

Berhati-hati ketika bermain di padang, dan ikut peraturan

Terdapat beberapa aspek yang perlu dititik beratkan oleh murid-murid untuk

mengelak dari sebarang ancaman bahaya. Terdapat cara-cara menjaga

keselamatan diri daripada diancam di sekolah seperti berikut:

Perkara-perkara yang perlu kamu perhatikan apabila kamu berada

disekolah

Apabila kamu tiba disekolah, sedangkan kebanyakan guru dan murid

lain belum sampai elakkan daripada berada di tempat tersebut

bersendirian. Tunggu di tempat yang biasanya banyak orang lalu –

lalang di situ.

Selepas waktu belajar pulang ke rumah dengan segera. Merayau-

rayau di kawasan sekolah tanpa pengetahuan dan kebenaran guru

adalah berbahaya.

Jika kamu murid sesi pietang, kamu hendaklah pulang ke rumah

sebaik sahaja tamat waktu belajar. Adalah kurang selamat jika lewat

pulang ke rumah.

5

Page 6: Pendidikan Kesihatan

Jangan percaya kepada orang yang tidak dikenali. Bagi orang yang

kamu kenal pastikan ibu bapa kamu sedia maklum sebelum kamu

mengikut beliau pulang ke rumah.

Jika didapati ada orang yang boleh disyaki berada di kawasan

sekolah, hendaklah beritahu pihak sekolah atau guru dengan segera.

Elakkan daripada berada di tempat-tempat seperti stor sukan, bilik

cetak dan lain-lain yang biasanya tidak banyak orang berada di situ.

Jika dengan kebenaran guru pun, pastikan anda tidak bersendirian.

Sekirannya ada orang yang melakukan perbuatan yang kurang sopan,

kamu hendaklah beritahu pihak sekolah atau guru dengan segera.

3.2 Aspek Keselamatan Amali Olahraga/Permainan

Pihak sekolah hendaklah menyediakan arahan berkaitan keselamatan murid

sebelum, semasa dan selepas aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.Sekolah

hendaklah membuat pengawasan murid sebelum, semasa dan selepas aktiviti

kokurikulum, sukan dan permainan. Aspek keselamatan yang dititik beratkan adalah

seperti berikut:

i. Sekolah hendaklah merekodkan kehadiran murid.

ii. Sekolah hendaklah memastikan tatacara penggunaan peralatan aktiviti

kokurikulum, sukan dan permainan dipatuhi.

iii. Sekolah hendaklah memastikan murid mematuhi peraturan  berpakaian

semasa melaksanakan aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.

iv. Sekolah hendaklah merekodkan pergerakan keluar murid yang menghadiri

aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan.

3.2.1 Keselamatan Acara Balapan

Guru perlu memastikan getah pelapik blok permulaan masih elok dan

permukaanya tidak terkoyak. Tujuannya adalah untuk memastikan apabila murid

ingin membuat starting block , murid tidak tergelincir atau terjatuh. Guru juga

perlu memastikan papan kukuh pada besi penyokong.

Pastikan spike tidak terkoyak dan saiz pakunya sesuai dengan acara dan

permukaan balapan. Spike mestilah dalam keadaan yang selamat digunakan.

Pakunya hendaklah sesuai mengikut padang atau trek. Murid tidak dibenarkan

6

Page 7: Pendidikan Kesihatan

memakai spike ketika berjalan-jalan. Guru perlu memastikan baton yang

digunakan mengikut spesifikasi.

3.2.2 Acara Padang

Guru perlu memastikan peluru dan blok penahan tidak berkarat serta bersih.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan tapak tangan luka ataupun cedera. Guru

perlu memastikan palang tidak bengkok dan tiang kukuh serta tidak berkarat.

Tiang mestilah dalam keadaan yang kukuh. Jika tiang tidak kukuh, akan

mengakibatkan tiang itu patah dan menghempap murid. Bagi tiang bola jaring,

tiang mestilah dibalut dengan pembalut yang sesuai.

Guru perlu memastikan ketebalan tilam yang sesuai. Jika guru ingin membuat

aktiviti lompat tilam, tilam yang digunakan mestilah tabal. Tilam tersebut dapat

mengurangkan kesakitan atau kecederaan apabila murid membuat fasa

pendaratan. Pastikan permukaan kawasan mendarat bagi lompat jauh terdiri

daripada pasir serta tidak ada benda-benda tajam seperti batu dan kaca. Papan

lonjakan mestilah kukuh rata dan jelas dilihat. Papan lonjakkan mestilah kukuh.

Hal ini kerana, murid akan menggunakan papan lonjakkan ini berulang-ulang.

3.2.3 Alatan

Bola yang digunakan tidak dipam terlalu keras. Gunakan bola dan kayu hoki

yang masih elok. Gunakan bola takraw yang elok dan permukaan tidak kasar

atau pecah. Pastikan permukaan kanvas pada peti lombol tidak koyak atau

berlubang.

3.3 Kelemahan dan Kebaikan Pelaksanaan Sistem Keselamatan Sekolah

Setiap perkara ada kelemahan dan kelebihan kepada pihak yang terlibat.

Pelaksanaan sistem keselamatan sekolah mempunyai kelemahan sama ada dari

segi pelaksana dan pengamal. Contohnya, bagi menjamin keselamatan murid ketika

waktu rehat dan, pergi dan balik sekolah, pihak sekolah perlu membuat jadula

bertugas untuk guru. Guru akan datang lebih awal dari murid. Misalnya murid akan

tiba di sekolah jam 7 pagi, guru akan tiba setengah jam lebih awal. Perkara ini akan

menyebabkan guru datang lebih awal dari kebiasaan dan menjadikan guru stress

dan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada objektif utama iaitu

mengajar. Guru akan dibebankan dengan tugasan yang lain dan terpaksa

menanggung risiko kepada tugas yang diberikan untuk memenuhi aspek

keselamatan murid dan warga sekolah.

7

Page 8: Pendidikan Kesihatan

Pihak sekolah juga akan memperuntukkan kewangan yang besar seperti

membayar gaji kepada pengawal keselamatan, memasang kamera litar tertutup

(CCTV), menyelenggara alat pemadam api, dan aspek keselamatan seperti

kemudahan pengajaran dan pembelajaran (PdP). Perkara ini adalah beban kepada

pihak pengurusan untuk mendapatkan peruntukkan daripada kerajaan.

Walau bagaimanapun, terdapat kebaikan pelaksanaan sistem keselamatan

sekolah seperti dapat mencegah setiap warga sekolah dari anacaman bahaya pihak

luar dan dalam. Aspek keselamatan adalah perkara yang tidak ada sebarang

kompromi. Setiap individu berhak meminimumkan sebarang ancaman bahaya

seperti kemalangan, kecelakaan dan kecederaan. Oleh itu, dengan adanya

pelaksanaan sistem keselamatan sekolah, warga sekolah lebih yakin dan terjamin

berada dalam kawasan sekolah. Keyakinan ini akan mengakibatkan proses PdP di

sekolah akan berjalan lancar.

Sehubungan dengan itu, pelaksanaan sistem keselamatan sekolah dapat

membantu setiap warga sekolah daripada terjebak ke dalam tuduhan atau penyebab

kepada sebarang musibah yang berlaku. Misalnya, pihak sekolah telah mewujudkan

kawasan larangan di sekolah semasa proses PdP iaitu di kawasan kantin tetapi

terdapat murid pergi ke kantin dan berlaku kecelakaan. Pihak sekolah dapat

membela diri jika ibu bapa menyalahkan pihak sekolah atas kecelakaan murid

tersebut.

4.0 Produk

Bagi membantu guru mengajar tantang cara-cara menggunakan pemadam api jenis karbon

dioksida, saya telah menyediakan sebuah video. Dalam video tersebut dinyatakan jenis-

jenis alat pemadam api dan kegunaannya. Selain itu, saya juga memasukkan cara-cara

menggunakan pemadam api dengan betul di dalam video ini juga terdapat demonstrasi

memadamkan api menggunakan pemadam api jenis debu kering. Bagi memudahkan guru

dan murid-murid sila rujuk video pada bahagian lampiran.

5.0 Penutup

Keselamatan adalah sangat penting walau di mana sahaja kita berada sama ada di darat,

udara dan laut. Salah satu tempat yang memerlukan perhatian penuh dalam isu

keselamatan adalah sekolah. Sekolah adalah salah satu tempat di mana terdapat ramai

generasi yang perlu diselamatkan daripada pelbagai ancaman bahaya. Ini kerana sekolah

akan melahirkan manusia yang berguna dan berkualiti untuk memajukan dan

8

Page 9: Pendidikan Kesihatan

membangunkan negara kita pada masa akan datang. Oleh itu, tatacara penggunaan

sesuatu tempat perlu disebarkan bagi memberi peluang kepada semua warga sekolah

memahami peraturan yang perlu diikuti bagi mengelakkan sebarang kecelakaan dan

kemalangan berlaku. Jadi, pelbagai cara yang boleh digunakan dalam menyebarkan

tatacara penggunaan sesuatu tempat seperti melalui risalah, poster, media cetak dan juga

media elektrik. Melalui medium ini akan memberi satu panduan untuk kegunaan murid, guru

dan secara am dalam membantu mengelakkan kemalangan dan kecelakaan berlaku di

kawasan sekolah.

9

Page 10: Pendidikan Kesihatan

Refleksi

Subjek PKE3023E merupakan subjek elektif 2 bagi guru pelatih BM ambilan Jun 2013. Bagi

subjek ini kami telah dibimbing oleh Pensyarah Encik Quek Eeu Len. Beliau telah

memberikan tugasan projek yang berkaitan dengan keselamatan di sekolah semasa PBS.

Beliau telah memberikan keterangan dan penjelasan berkaitan dengan tugasan yang

diberikan. Banyak perkara yang perlu dilakukan semasa membuat tugasan ini.

Tugasan ini terbahagi kepada dua iaitu tugasan bertulis dan juga lawatan untuk

menghasilkan produk. Saya telah mencari buku rujukan yang berkaitan untuk menyiapkan

tugasan bertulis terlebih dahulu. Saya juga mencari sumber rujukkan yang terdapat dalam

internet. Banyak maklumat yang saya dapat dalam internet berbanding buku. Walau

bagaimanapun saya harus lebih teliti supaya maklumat yang saya gunakan adalah fakta

yang ada bukti dan rujukkan yang sah.

Bagi melaksanakan tugasan lawatan, kami telah menubuhkan AJK lawatan, saya

telah dilantik menjadi pengerusi majlis. Sepanjang lawatan kami diberikan taklimat berkaitan

dengan jenis-jenis alat pemadam api dan kegunaannya. Dalam tugasan kami diminta untuk

mencipta produk berkaitan dengan penggunaan alat pemadam api jenis karbon dioksida.

Walau bagaimanapun terdapat kekangan daripada pihak bomba dan menggantikan dengan

cara menggunakan pemadam api jenis debu kering. Bagaimanapun pihak bomba

memberikan gambaran penggunaan alat pemadam api dengan menunujukkan cara

memegang alat pemadam api jenis krbon dioksida yang berbeza dengan alat pemadam api

yang lain.

Kami juga diberi peluang untuk membuat demonstrasi menggunakan alat pemadam

api jenis debu kering. Saya seronok dengan pengalaman yang saya dapati dari lawatan

tersebut. Pegawai bomba juga memberikan taklimat berkaitan dengan cara menggunakan

hose pada jentera bomba dan juga taklimat berkaitan dengan peralatan yang terdapat

dalam jentera pemadam api bomba. Melalui lawatan tersebut saya dapat menghasilkan

produk saya bagi membantu guru dan murid menghadapi situasi kebakaran di sekolah.

Saya juga yakin dengan pengetahuan dan pengalaman yang ada, saya akan dapat

membantu pihak sekolah jika menghadapi situasi kebakaran di sekolah suatu hari nanti.

Saya juga berharap lawatan keselamatan dan pengetahuan seperti ini perlu ada pada setiap

orang guru bagi membolehkan guru bersedia mengahadapi sebarang kemungkinan yang

berlaku.

10

Page 11: Pendidikan Kesihatan

BibliografiAbdullah, Z., & Ahmad, A. (2007). Pengenalan Pendidikan Kesihatan. Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Bakar, H. (2012, Oktober 10). Keselamatan di Kawasan Sekolah. Retrieved Mac 20, 2015, from hadembakar blogspot: http://hamdenbakar.blogspot.com/2012/12/keselamatan-di-kawasan-sekolah.html

Ismail, D. B., Ahmad, J. B., & Ujang, A. F. (2008). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ismail., D. B., Ahmad, J. B., & Jalil, Y. B. (2008). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahun 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

11