Upload
aerul-shahrul
View
117
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
PENTAKSIRAN DALAM PSV
PSV 3111
PENSYARAH PEMBIMBING :EN AB RAZAK DIN SAFII
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU
• DISEDIAKAN OLEH :
• MOHD SHAHRUL BIN SULIMAN• MUHAMMAD FIRDAUS DAN CHE SOH
KONSEP PENTAKSIRAN
• Merupakan salah satu sistem penilaian dan
merupakan proses mengumpul maklumat
tentang perkembangan murid.
• Bertujuan mengenal pasti kecerdasan dan
potensi murid bagi memperkukuhkan dan
mempertingkatkan perkembangan pelajar.
PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARAN
Definisi:
• Proses pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah
memberi kesan kepada mereka yang terlibat @ dalam kata lain, adakah hasil
yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang
terlibat.
Pentaksiran berasaskan hasil pembelajaran :MONTGOMERY
• Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan.
• Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja.
• Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang individu sahaja.
• Pihak sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu.
• Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan.
• Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.
Pendekatan yang dikemukan oleh MONTGOMERY tentang pentaksiran
berasaskan hasil pembelajaran :
1. Student learning outcomes (SLO)- Jangkaan hasil pembelajaran yang diperoleh
dengan memberi penekanan kepada pertambahan ilmu pengetahuan , kemahiran dan sikap.
2. Student progress outcomes (SPO)- Berterusan iaitu murid dapat melakukan
perubahan yang lebih baik dalam peringkat yang seterusnya.
- Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap semata- mata.
- Pembelajaran bersifat berterusan maka pentaksiran juga bersifat berterusan.
Kebaikan kepada pelajar:
• Faham kehendak hasil pembelajaran yag diharapkan.
• Pentaksiran lebih konsisten dan telus.• Pentaksiran menggalakan pembelajaran
merentas kurikulum.• Murid dapat menentukan pekara yang terbaik
untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik.
Kebaikan kepada penilai:
• Menentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak.
• Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci.
• Memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran.
Kebaikan kepada sekolah• Bukti komitmen berterusan sekolah dalam usaha
memperkembangkan potensi murid.• Menyediakan maklumat bertepatan untuk rujukan
yang akan datang.• Menerapkan nilai akaunbiliti dalam
mengumpulkan maklumat berkaitan perkembangan murid.
• Memberi maklumat berguna untuk merancang tindakan susulan dalam usaha meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran.
Kesimpulan pentaksiran hasil pembelajaran:
• Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang sistematik.
• Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik.
• Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang.
• Pembelajaran yang berterusan akan berlaku kerana penilaian bersifat berterusan.
• Pentaksiran lebih terarah kepada program yang afektif bukan bebentuk individu.
PENTAKSIRAN PEMBENTUKAN WATAK
PENTAKSIRAN KENDIRI
KONSEP
• Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran
persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya, persepsi dan konsep kendiri
berbanding dengan orang lain dan persekitarannya.
• Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963),
berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara :
– Tanggapan diri seseorang individu
– Proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu.
FUNGSIMembolehkan pelajar secara individu mengukur, dan membuat refleksi
terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu
kemahiran atau disiplin ilmu.
Memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi
pembelajaran seterusnya.
Memberi keyakinan kepada
pelajar tentang perananya dalam
menilai perkembangan
diri dan pencapainya
Mengurangkan kebergantungan
pelajar pada guru dalam kelebihan
dan kekurangan / kekuatan dan
kelemahan dalam sesuatu bidang /
kemahiran.
Membolehkan pelajar
sentiasa bersikap kritis
terhadap kerjanya.
KAEDAHBagi memastikan penilaian kendiri
dilaksanakan dengan berkesan dan menepati
metlamatnya guru hendaklah :
-Menyakinkan pelajar tentang kepentingan
kendiri dalam proses P&P
- mengemukakan soalan-soalan yang boleh
membantu pelajar membuat penilaian kendiri
-Melatih pelajar menilai setiap langkah atau
pembelajaran mereka berpandukan
instrumen seperti senarai semak
- membimbing pelajar melaporkan dapatan
penilaian masing-masing dan kesannya
terhadap proses P&P.
Penilaian kendiri juga dibuat dengan
pelajar yang berkenaan menstruktur
sendiri segala butiran yang hendak dinilai
dan ktiteris yang hendak dicapai. Sama
ada dalam bentuk senarai semak atau
sebagainya, kemudian meminta
kerjasama rakan sebayanya (individu /
kumpulan) membuat penilaian terhadap
dirinya. Dapatan akan dikumpul dan
dianalisis oleh pelajar tersebut.
Proses menganalisis dan membuat
refleksi terhadap penilaian mengenai
dirinya sendiri itulah menjadi “penilaian
kendiri”.
PENTAKSIRAN BERBANTUKAN KOMPUTER
-Merupakan satu-satunya pentaksiran yang menggunakan
komputer sebagai medium untuk merekod data supaya
lebih cepat tepat dan cekap.
- Pentaksiran ini juga membolehkan data yang diperolehi
disimpan dengan lebih tersusun dan bersistematik.
KELEBIHAN
-Data yang disimpan dapat disimpan lebih lama
- Lebih sistematik dan tersusun
- Dapat memudahkan guru untuk merekod, menyimpan dan
menyusun maklumat pentaksiran murid
- Dapat memotivasikan, meningkatkan kefahaman, merangsang
penglibatan, mengkekalkan minat pelajar terhadap pelajaran
serta meningkatkan tahap pembelajaran murid.
PENTAKSIRAN NILAI DAN SAHSIAH
ASPEK NILAI DAN SAHSIAH MURID YANG
DINILAI
Amalan nilai – nilai
murni
Perbuatan menghormati
dan mematuhi arahan
Sifat menghargai hasil
kerja sendiri, kumpulan
dan rakan sebaya.
Kebaikan Nilai-Nilai
PENTAKSIRAN MOTIVASI
Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan, dan menyalurkan
tingkah laku ke arah suatu tujuanj tertentu.
Motivasi tidak dapat dilihat dari luar. Motivasi mengerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan.
Motivasi berhubung dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia. Tingkah laku dapar dilandasi oleh berbagai macam motivasi :
- Sesuatu yang mengerakkan dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan sama ada secara negatif atau positif.
- Pengarah tuju dan pengerak tindakan- Darjah kesungguhan
- Stimulator / semangat
3 KATEGORI MOTIVASI
1. Motif Primer :
- Dibawa sejak lahir dan bukan hasil proses belajar
- Faali / Psikologi
- Keinginan untuk makan dan minum
2. Motif Umum :
-Dibawa sejak lahir dan bukan hasil proses belajar
-Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia
-Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu dan diperhatikan
3. Motif Sekunder :
-Tumbuh sebagai hasil pembelajaran
-Tidak berhubungan dengan proses faali
-Kebutuhan berprestasi dan berkuasa
PENTAKSIRAN PENAMBAHBAIKAN
Pentaksiran merupakan suatu proses yang dijalankan bagi menentukan kuantiti atau bakat pembelajaran pelajar.
Hasil yang diperolehi daripada pentaksiran akan digunakan untuk menilai keberkesanan p&p yang dijalankan.
Melalui skor atau pencapaian, guru dapat merangka atau merancang serta menjalankan penambahbaikan bagi mengatasi masalah atau kekurangan yang timbul semasa proses p&p.
TERIMA KASIH…